Geografi Taburan Penduduk
date post
01-Feb-2015Category
Education
view
24.716download
0
Embed Size (px)
description
Inilah hasil kerja saya....
Transcript of Geografi Taburan Penduduk
- 1. NAMA :NUR ANIS SYAMIMI BINTI MOHAMMAD AZMI KELAS :2AA TAJUK :TABURAN PENDUDUK (BAB 7) GURU BIMBINGAN : ENCIK RASHID BIN HUSIN
- 2. TABURAN PENDUDUK
- 3.
- Penduduk Malaysia berjumlah kira-kira 23 274 690 orang pada tahun 2000.
- Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata. Kebanyakan penduduk tinggal di dataran dan lembah sungai,kaki bukit dan pinggir pantai.
- Sebanyak 18 537 800 (78.7%) orang tinggal di Semenanjung Malaysia,2 656 400 (11.4%) orang tinggal di Sabah dan 2 071 800 (8.9%) orang tinggal di Sarawak.
- Taburan penduduk Malaysia terbahagi kepada kawasan berpenduduk padat,berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.
- 4.
- Kepadatan penduduk sesebuah negara dapat dikirakan dengan menggunakan format yang berikut:
- Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk
- Luas kawasan
- Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah dan kepadatan penduduk Malaysia pada tahun 2000.
- 5. Jadual Jumlah Kepadatan Penduduk Malaysia pada Tahun 2000
- 6. 526 144 35 17 98 175 5 676 7 960 18 987 73 619 124 450 21 005 9 425 243 4 188 876 2 740 625 2 603 485 2 071 506 2 051 236 1 649 756 1 379 310 Selangor Johor Sabah Sarawak Perak Kedah W.P.Kuala Lumpur Kepadatan Penduduk (orang per km persegi) Luas Kawasan (km persegi Jumlah Penduduk (orang) Negeri
- 7. 87 1 274 36 69 129 385 257 827 15 024 1 031 35 965 12 955 6 644 1 652 795 92 1 313 014 1 313 449 1 288 376 898 825 859 924 635 791 204 450 76 067 Kelantan Pulau Pinang Pahang Terengganu Negeri Sembilan Melaka Perlis W.P.Labuan
- 8.
- Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
- Contoh kawasan berpenduduk padat ialah seperti Lembah Klang,Lembah Kinta,Pulau Pinang,Seberang Perai,Dataran Kedah-Perlis,Seremban,Melaka dan Johor Bahru di pantai barat Semenanjung Malaysia.
- Di pantai timur Semenanjung Malaysia,kawasan tumpuan penduduk ialah di kawasan dataran dan delta iaitu di Dataran Kelantan,Dataran Terengganu dan di bandar Kuantan.
- 9.
- Banyak penduduk bertumpu di kawasan dataran dan delta. Hal ini demikian kerana tanihnya jenis aluvium dan subur untuk kegiatan penanaman padi.
- Perkembangan awal bandar Alor Setar,Kota Bharu dan Kuala Terengganu disebabkan kegiatan pertanian.
- Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak berpenduduk padat juga.
- Bandar-bandar utama berpenduduk padat kerana berfungsi sebagai ibu negeri,pusat perniagaan dan perdagangan,pusat kewangan dan perindustrian. Contohnya Kuala Lumpur,Ipoh,Georgetown dan Johor Bahru.
- Lembah Kinta dan Lembah Klang berpenduduk padat hasil kegiatan perlombongan bijih timah.
- 10.
- Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
- Kawasan tersebut termasuklah kawasan pertanian dan perikanan utama. Contohnya seperti :-
- (a) kawasan penanaman padi,getah dan kelapa sawit di pantai barat Semenanjung Malaysia.
- (b) kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia antara Dungun dengan kawasan luar Kuantan,bandar Mersing dan kawasan sekitarnya.
- (c) kawasn rancangan kemajuan tanah seperti Segi Tiga Jengka,Pahang Tenggara dan Kelantan Selantan .
- 11.
- (d) bandar-bandar kecil seperti Sibu,Bintulu dan Miri di kawasan pantai barat Sarawak.
- (e) kawasan di sepanjang lembah Sungai Rajang di Sarawak.
- (f) pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah seperti Sandakan dan kawasan sekitarnya,Lahad Datu dan Tawau.
- 12.
- Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
- Kawasan-kawasan ini lazimnya kawasan hutan,paya dan pedalaman. Contohnya seperti :-
- (a) kawasan bergunung-ganang daan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia,Sarawak dan Sabah.
- (b) kawasan paya air masin dan paya air tawar di bahagian timur negeri Johor,pantai timur Sabah dan pantai Sarawak.
- 13.
- Kawasan pergunungan yang berhutan tebal adaalah terpencil kerana kurang kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan kurang kegiatan pertanian.
- Taburan penduduk di kawasan ini jarang dan tinggal berselerak serta menjalankan kegiatan pertanian pindah.
- 14. TABURAN PENDUDUK MALAYSIA TAHUN 2000
- 15. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK
- 16.
- Bentuk Muka Bumi
- Kawasan Sosioekonomi
- Sumber Mineral
- Dasar Kerajaan
- Pengangkutan dan Perhubungan
- 17.
- Bentuk muka bumi
- Tanah pamah yang rata sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi,contoh penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan,Dataran Kerian.
- Kaki bukit beralun sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit,contoh Kluang,Labis di Johor telah menjadi tumpuan penduduk.
- Kawasan yang rata juga sesuai untuk pembinaan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan kawasan petempatan.
- 18.
- Kawasan Sosioekonomi
- Kawasan perindustrian,perniagaan dan perdagangan menarik tumpuan penduduk.
- Contoh,Mak Mandin dan Perai di Pulau Pinang,Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor,Larkin dan Tampoi di Johor.
- Kawasan yang giat kegiatan pertanian mempunyai penuduk sederhana pada seperti Teluk Intan,Kluang,Layang-Layang dan Tawau.
- 19.
- Sumber Mineral
- (a) Kawasan yang mempunyai sumber mineral telah menjadi tumpuan penduduk.
- (b) Sumber bijih timah di Lembah Kinta (Ipoh,Taiping).
- (c) Kertih,Miri menjadi tumpuan penduduk kerana perlombongan petroleum.
- (d) Bintulu menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan mencairkan gas asli.
- 20.
- Dasar Kerajaan
- Dasar Pertanian Negara membawa pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan pertanian.
- Di bawah rancangan FELDA,penduduk telah berpindah dari kawasan luar bandar ke luar bandar dan menyebabkan kawasan baru berpenduduk sederhana,contoh Jengka Tiga Segi di Pahang.
- Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas,contoh Sungai Way di Selangor,Bayan Lepas dan Perai di Pulau Pinang,Batu Berendam di Melaka,Sama Jaya di Sarawak,Pasir Gudang di Johor,Teluk Kalong di Terengganu.
- 21.
- Pengangkutan dan perhubungan
- Kawasan yang jaringan pengangkutannya padat mempunyai taburan penduduk yang padat juga.
- Di kawasan penduduk yang jaringan pengangkutannya kurang,taburannya adalah kurang padat.
- Contohnya kawasan tanah tinggi di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Pengangkutan melalui Lebuh Raya Utara Selatan telah menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti Sungai