GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan...

5
Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017 (SSTM 2017) 1 GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan dan Shariah Kartini bt Said Husain Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia 1. Pendahuluan Menurut D’Ambrio (1986), etnomatematik bererti kesenian teknik memahami, menerangkan, menjelaskan, mempelajari dan menangani serta mengurus kehidupan kumpulan manusia dengan cara yang tersendiri sesuai dengan kaum itu. Dengan pengertian yang lebih mudah, etnomatematik meruruk kepada matematik atau pemikiran yang berkaitan dengannya yang lahir berdasarkan budaya dan sistem nilai sesuatu etnik. Oleh itu, Etnomatematik Melayu pula merujuk kepada matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibina dalam bahasa dan mengikut nilai Melayu. Dalam mengkaji sesuatu kebudayaan, kebanyakan pengkaji akan menumpu kepada kesenian. Namun kini, pemahaman terhadap maksud seni itu sendiri kian menghilang sehinggakan begitu mudah untuk mendapat pengiktirafan hasil seni berbeza dengan zaman dahulu. Untuk mendapat pengiktirafan, hasil seni itu seharuslah mempunyai unsur-unsur keindahan, kebenaran dan kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Akhirnya, gabungan unsur- unsur ini mesti memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat. Begitulah cara zaman dahulu mengangkat ketinggian taraf sesuatu seni. Seni merupakan sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia yakni pada sudut penglihatan atau pendengaran. Dalam menentukan nilai kehalusan sesuatu seni, perlu wujud kehalusan dalam jiwa manusia itu dan ia berasakan kepada ketinggian budinya. Penghasilan sesuatu karya seni itu tidak hanya untuk kepuasan semata-mata atau sebagai sesuatu hiburan yang tidak menentu tetapi ia perlu memberi kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Bagi pengertian seni yang lebih mendalam, kesenian adalah hasil perbuatan atau usaha manusia yang mengandungi unsur-unsur keindahan. Kesenian dicipta untuk melahirkan keindahan rasa kepada manusia namun ia bukan sesuatu yang ghaib. Jadi keindahan alam yang bukan ciptaan manusia tak termasuk dalam istilah seni. Menurut ahli-ahli kebudayaan, pembahagian kelompok etnik dilakukan berdasarkan warna kulit, bentuk dan warna mata, hidung, bibir, muka, kepala, rambut dan bentuk badan. Terdapat sebelas kelompok utama iaitu Caucosoid (Arian), Mongoloid, Australoid, Mironisia, Polinisia, Afrikan Negroid, Melanisia, Bushmen Hottentot, Pigmy Afrika Tengah, Pigmy Timur Tengah, Ainus dan Vedoid. Dalam Mongoliod, terdapat tiga lagi pecahan iaitu Mongoloid Tenggara Asia, Mongoloid Klasik dan Mongoloid Tebeto Indonesia. Akhir sekali, Mongoloid Tebeto Indonesia dibahagi kepada Melayu Proto dan Melayu Deutro.

Transcript of GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan...

Page 1: GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan Mu… · Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ... perlu dipertimbangkan organisasi

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

(SSTM 2017)

1

GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU

Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan dan Shariah Kartini bt Said Husain

Institut Penyelidikan Matematik,

Universiti Putra Malaysia

1. Pendahuluan

Menurut D’Ambrio (1986), etnomatematik bererti kesenian teknik memahami, menerangkan,

menjelaskan, mempelajari dan menangani serta mengurus kehidupan kumpulan manusia dengan

cara yang tersendiri sesuai dengan kaum itu. Dengan pengertian yang lebih mudah,

etnomatematik meruruk kepada matematik atau pemikiran yang berkaitan dengannya yang lahir

berdasarkan budaya dan sistem nilai sesuatu etnik. Oleh itu, Etnomatematik Melayu pula

merujuk kepada matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis,

dipakai dan dibina dalam bahasa dan mengikut nilai Melayu.

Dalam mengkaji sesuatu kebudayaan, kebanyakan pengkaji akan menumpu kepada

kesenian. Namun kini, pemahaman terhadap maksud seni itu sendiri kian menghilang

sehinggakan begitu mudah untuk mendapat pengiktirafan hasil seni berbeza dengan zaman

dahulu. Untuk mendapat pengiktirafan, hasil seni itu seharuslah mempunyai unsur-unsur

keindahan, kebenaran dan kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Akhirnya, gabungan unsur-

unsur ini mesti memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat. Begitulah cara zaman dahulu

mengangkat ketinggian taraf sesuatu seni.

Seni merupakan sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia yakni pada

sudut penglihatan atau pendengaran. Dalam menentukan nilai kehalusan sesuatu seni, perlu

wujud kehalusan dalam jiwa manusia itu dan ia berasakan kepada ketinggian budinya.

Penghasilan sesuatu karya seni itu tidak hanya untuk kepuasan semata-mata atau sebagai sesuatu

hiburan yang tidak menentu tetapi ia perlu memberi kebaikan kepada manusia dan masyarakat.

Bagi pengertian seni yang lebih mendalam, kesenian adalah hasil perbuatan atau usaha

manusia yang mengandungi unsur-unsur keindahan. Kesenian dicipta untuk melahirkan

keindahan rasa kepada manusia namun ia bukan sesuatu yang ghaib. Jadi keindahan alam yang

bukan ciptaan manusia tak termasuk dalam istilah seni.

Menurut ahli-ahli kebudayaan, pembahagian kelompok etnik dilakukan berdasarkan

warna kulit, bentuk dan warna mata, hidung, bibir, muka, kepala, rambut dan bentuk badan.

Terdapat sebelas kelompok utama iaitu Caucosoid (Arian), Mongoloid, Australoid, Mironisia,

Polinisia, Afrikan Negroid, Melanisia, Bushmen Hottentot, Pigmy Afrika Tengah, Pigmy Timur

Tengah, Ainus dan Vedoid. Dalam Mongoliod, terdapat tiga lagi pecahan iaitu Mongoloid

Tenggara Asia, Mongoloid Klasik dan Mongoloid Tebeto Indonesia. Akhir sekali, Mongoloid

Tebeto Indonesia dibahagi kepada Melayu Proto dan Melayu Deutro.

Page 2: GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan Mu… · Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ... perlu dipertimbangkan organisasi

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

(SSTM 2017)

2

2. Sejarah Seni Tari Melayu

Seni tari merupakan antara sebahagian cabang dalam kesenian Melayu, ia terhasil daripada

pemerhatian dan penelitian gerak geri, lenggang liuk daun, kayu dan sebagainya. Tarian

memancarkan perasaan manusia yang dipengaruhi oleh alam sekelilingnya. Umumnya, sejarah

tarian bermula dari istana dan walaupun seni tari melayu mempunyai hubung rapat dengan

kesenian luar seperti Portugis, Sepanyol, Arab dan lain-lain tapi asas sesuatu bentuk tarian

bersifat atau sekurang-kurangnya apa ang diambil telah disesuaikan dengan kesenian Melayu

yang sedia ada.

Dalam dunia Melayu lama, sejarah tarian bermula apabila ia digunakan sebagai alat untuk

berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai sebagai fenomena semula jadi pada

hari ini. Ia menjadi asas merasionalisasi fenomena semula jadi yang tidak dapat diduga pada

zaman itu. Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ia perlu dilihat daripada perspektif

sejarah kawasan Asia Tenggara. Penduduk awal kawasan ini mencipta ritual-ritual lengkap yang

mengandungi pergerakan namun malangnya bentuk-bentuk ritual ini tidak dapat dipastikan.

Sewaktu zaman Kerajaan Hindu Funan, istana Funan dipercayai mengadakan tarian dan

muzik hindu sebagai hiburan kaum kerabat dan para bangsawan. Ia kemudiannya berkembang ke

wilayah-wilayah Funan melalui bangsawan yang dating berkunjung ke Funan. Kerajaan

Seriwijaya, Majapahit, dan Melaka yang wujud kemudian membentuk satu identiti budaya yang

dikenali sebagai dunia Melayu Lama.

Sepanjang pemerintahan kerajaan Hindu, kepercayaan penduduk berubah dari animisme

kepada dewa-dewa Hindu. Para pengikut Syiva membentuk asas persembahan tarian dengan

menggunakan bahan daripada Ramaana, Mahabharata dan cerita-cerita Jataka. Apabila taraf raja-

raja tempatan diangkat ke taraf dewa-raja, ia membantu perkembangan kebudayaan Hindu.

Sebahagian ritual sembahyang kepada dewa-raja adalah dalam bentuk persembahan kepada

Syiva yang dikenali sebagai penari kosmik dan raja pelakon.

Parameswara mengambil gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam, unsur

Islam ula diterapkan dalam tarian tempatan. Ayat Quran dimasukkan dalam jampi serapah

semasa mulakan persembahan tarian dan drama tari. Cerita dongeng Islam dimasukkan dalam

repertoir drama tari. Antara tarian diperkenalkan oleh Islam ialah Tarian Zapin, Tarian Hadrah,

Rodat, Dabus dan Tarian Kuda Kepang. Sepanjang kurun ke-19, negara Siam mencuba

menguasai negeri-negeri di utara Semenanjung. Oleh itu, negeri-negeri di utara dipengaruhi oleh

kebudayaan Siam dari masa ke masa lebih dari 500 tahun yang dilihat dalam tarian Menora,

Makyung, Tarian Asyik dan Tarian Inai. Manakala dari pengaruh Melayu Indonesia dari selatan

Semenanjung.

Penjajahan British telah memundurkan seni tempatan secara menyeluruh. British

menghadkan kuasa politik dan ekonomi para sultan-sultan Melayu sehingga para sultan tidak

mampu membiayai kumpulan seni teater dan tarian istana. Akhirnya tarian seperti Makyung

bertukar menjadi tarian hiburan rakyat. Pada kurun ke-20, hanya joget gamelan sahaja diteruskan

sebagai tarian istana oleh sultan Pahang dan Terengganu. Pada tahun 1969 menjadi tarikh

penting dalam usaha pemuliharaan tarian dan teater istana apabila sewaktu menjadi tuan rumah

Page 3: GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan Mu… · Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ... perlu dipertimbangkan organisasi

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

(SSTM 2017)

3

untuk persidangan tarian dan drama Asia Tenggara, dipamerkan tarian dan muzik gamelan

Terengganu dan makyung Kelantan atas usaha Tan Sri Mubin Sheppard.

Sebagai aspek penting dalam masyarakat melayu,dan tarian menyediakan kedua-dua

fungsi tersebut iaitu, sekular dan spiritual. Fungsi sekularnya ialah ia mendidik dan

menyambungkan cerita dongeng, lagenda dan adat tradisi disamping menghiburkan manakala

dari fungsi spiritual pula, ia menjadi saluran untuk menghubungi dan mempelawa semangat

animisme.

3. Struktur dan Estetika Tarian Melayu

Dalam melihat struktur tarian, perlu dipertimbangkan organisasi sosioekonomi, agama dan

politik. Orang melayu suka pada keamanan, bersopan santun dan saling menghormati antara satu

sama lain jadi ia mempengaruhi tarian yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lembut.

Koreografi tarian tradisi telah ditetapkan pada masa kemunculan tarian itu, dan

diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dalam bentuk asal. Namun

perubahan tetap berlaku walaupun sedikit, lebih-lebih dalam tarian sekular berbanding tarian

ritual. Persembahan tarian ritual masih mengikut koreografi asal kerana sebarang perubahan,

dipercayai akan mewujudkan kemarahan semangat tapi sebaliknya bagi tarian sekular, mudah

mengalami perubahan terutama daripada segi kehalusan pergerakan.

Kesemua tarian mematuhi sebilangan prinsip umum koreografi dan hamper kesemua

tarian melayu gunakan konsep imbangan simetri yang menegaskan kemantapan dan

keharmonian. Corak simetri adalah bergaris, dalam bentuk tegak atau lintang, separuh bulatan

atau bulatan. Konsep simetri juga dikenakan pada keseluruhan bentuk tarian yang bermula dan

berakir dengan corak lantai dan pergerakan yang sama.

Dinamik dalam koreografi berbeza antara tarian tradisi melayu dan ia terbahagi kepada

dua iaitu dinamik sublime yang merangkumi lontaran tenaga pergerakan dari sudut psikologi

(psychological projection of movement energy) yang memanjangkan pergerakan selepas

tamatnya pergerakan fizikal dan dinamik spiritual yang menggunakan tenaga spiritual untuk

kuasai pergerakan fizikal. Dinamik fizikal dan sublime menambahkan keindahan koreografi

sementara dinamik spiritual membawa tarian itu ke demensi yang lebih tinggi.

Umumnya, tarian melayu ditarikan secara beramai-ramai atau berpasangan. Antara

pasangan lelaki dan wanita tidak berpegang tangan atau bertemu badan, dan selendang atau kain

akan digunakan sebagai penghubung sewaktu tarian. Tiada pakaian khusus untuk setiap tarian

tetapi para penari sering berpakaian seragam yang sama warna dan bentuk. Namun begitu, setiap

tarian melayu lazimnya mempunyai lagu tersendiri tetapi ia juga boleh ditari pada lagu yang

sama rentak dan irama. Tarian melayu secara dasarnya ialah tarian untuk hiburan, jadi ia sering

dipersembahkan di majlis-majlis tertentu atau di temasya bersukaria atau di majlis perkahwinan.

Antara alat muzik tradisional yang digunakan termasuklah seruling, gendang panjang,rebana,

rehab dan gong.

Page 4: GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan Mu… · Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ... perlu dipertimbangkan organisasi

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

(SSTM 2017)

4

Disebabkan wujudnya pelbagai jenis tarian, para pengkai seni tari mengumpulkan tarian-

tarian ini kepada dua iaitu Tarian Melayu Asli dan Tarian Melayu Moden. Tarian Melayu Moden

bermaksud tarian yang dipenaruhi unsur seni asing seperti Portugis, Arab, Hindu, Parsi dan

sedikit unsur kesenian Tionghua. Begitu juga seperti irama, ia dibahagikan kepada irama

perlahan dan irama rancak.

Seni tari merupakan suatu bentuk seni gerak manusia yang melambangkan corak dan asas

budaya terutama dari ciri adat, budi bahasa dan watak sesuatu bangsa. Alam kesenian melayu

kaya dengan pelbagai bentuk dan corak seni tari sehinggakan terdapat tarian tradisi rakyat yang

bercorak tempatan atau sukuan bergantung kepada negeri atau daerah. Namun terdapat empat

jenis tarian yang tidak bersifat daerah iaitu Joget, Inang, Zapin dan Asli. Keistimewaan keempat-

empat tarian ini adalah meraka mempunyai rentak dan irama tersendiri.

Berdasarkan pelbagai bentuk dan corak yang wujud dalam seni tarian melayu, ahli

kebudayaan membahagikan ia kepada tiga bentuk yang utama iaitu Seni Tari Pertunjukan, tarian

yang ditunjukkan sewaktu di majlis keramaian atau perayaan yang diaturkan. Kedua, Tarian

Pergaulan atau Hiburan, tarian ini adalah untuk menghiburkan hati atau bersuka ria secara

berkumpulan. Akhir sekali ialah Seni Tari Pemujaan atau Persembahan, taria berbentuk ini telah

banyak ditinggalkan dan ia ditukarkan menjadi tarian hiburan.

Perubahan zaman menjadikan manusia lebih cenderong untuk memperhalusi dan

memperindahkan lagi tarian tetapi ia tidak mengubah tiga dasar seni tari melayu itu sendiri. Tiga

dasar tersebut adalah gerak geri kaki atau tari, gerak geri tangan atau tanduk dan gerak geri

tangan serta pinggan atau liuk. Dasar dan corak tarian melayu ternyata bersifat kebudayaan

Malaysia kerana ia tidak bertentangan dengan Islam yang menjadi unsur terpenting dalam

kebudayaan Malaysia.

3.1 Tarian Inang

Menurut rekod yang tertulis, Tarian Mak Inang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu

Melaka di abad ke 15 Masihi tetapi perkembangannya tidak dapat dikesan sehingga ke 19

Masihi. Tarian ini dihasilkan atas perintah Sultan Mahmud Shah Melaka dan ia merupakan tarian

yang paling popular pada zaman tersebut kerana ia ditarikan di istana dan majlis perkahwinan

orang-orang kenamaan. Tarian ini juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina. Pada tahun

1918, dua orang pemain biola dari Ipoh, Perak dan Singgapura dikatakan telah mencipta Tarian

Mak Inang yang ditarikan kini. Tarian ini berasaskan peristiwa teruna mencari jodoh yang

dimulai dengan peristiwa merisik sebelum meminang. Oleh itu, tarian ini mempunyai gerak dan

irama tari yang lembut serta menekan pergerakkan liuk tangan, langkah dan gerak kaki dan

badan. Tarian Mak Inang yang mempunyai corak tari duduk bertingkuk dikenali sebagai Mak

Inang Balai dan jika sebaliknya, ia dikenali sebagai Mak Inang Barat. Dalam istilah muzik,

tempo yang lazim bercorak 2/4 atau 4/4 bagi tiap bar.

Page 5: GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL …einspem.upm.edu.my/sstm2017/img/Wan Muhammad Afiq bin Wan Mu… · Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ... perlu dipertimbangkan organisasi

Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia 2017

(SSTM 2017)

5

3.2 Tarian Joget

Tarian Joget adalah antara tarian melayu yang unik dan menarik kerana ia tidak mempunyai

bentuk yang khusus dan sebaran gubahan tarian yang ditarikan mengikut rentak tersebut oleh

dinamakan sebagai tarian joget. Ia mempunyai rentak yang pantas dan rancak kerana ia adalah

sejenis tarian pergaulan yang boleh ditarikan di mana-mana sahaja. Antara keunikan lain Tarian

Joget adalah ia satu-satunya tarian yang ditarikan secara terbuka dan oleh itu, tarian ini tidak

memerlukan kumpulan penari tertentu. Pasangan dibentuk oleh setiap individu sendiri yang ingin

menari di majlis tarian namun ia tetap mengikut peraturan tarian iaitu dimulai dengan permulaan

dan di ikuti dengan perkembangan tari dan tarian penutup. Tarian ini juga tidak mempunyai

tempoh masa kecuali ia ditarikan sebagai pertunjukan sahaja. Terdapat pendapat yang

mengatakan bahawa tarian ini dibawa oleh orang Portugis kerana terdapat seni tari barat dan

berasal dari seni tari Portugis iaitu Tarian Branyo. Bagaimanapun anggapan umum mengatakan

tarian adalah berasal dari Melaka.

Rujukan

Mat Rofa Ismail. (2012). Rampaian Etnomatematik. Institut Penyelidikan Matematik, Universiti

Putra Malaysia.

Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmad.(1990). Kesenian Tarian. Associated Education Distributors (M) Sdn. Bhd.