George frideric handel adalah pakar opera itali dan oratario

5
George Frideric Handel adalah pakar opera Itali dan Oratario (drama muzikal keagamaan) Inggeris. Beliau dilahirkan di Halle, Jerman pada tahun 1685, sebulan sebelum kelahiran Johann Sebastian Bach. Handel bukanlah daripada keluarga seni. Bapa beliau hanya seorang tukang gunting rambut dan mahukan anaknya itu belajar undang-undang. Namun bakat beliau dalam bidang muzik begitu menyerlah ketika berusia Sembilan tahun menyebabkan bapa beliau lembut hati dan menghantarnya belajar bermain organ dengan seorang pemain organ dan composer tempatan. Ketika berusia 11 tahun, beliau bukan sahaja mampu menjadi composer malah menjadi guru organ. Bpapa beliau meninggal ketika Handel berumur 12 tahun. Demi menghormati bapanya, Handel memasuki jurusan perundangan. Walau bagaimanapun, Handel tidak menamatkan pengajian. Selepas setahun, beliau meninggalkan Universiti Halle dan pergi ke Hamburg. Rumah opera terkenal di Hamburg telah menarik minat Handel untuk menyertainya. Beliau menganggotai orchestra opera tersebut sebagai pemain violin dan hapsikord, seterusnya menerbitkan salah satu opera ciptaannya ketika berusia 20 tahun. Handel adalah seorang yang pemarah. Dalam satu insiden, beliau telah bertengkar dengan seorang rakan yang hamper meragut nyawanya. Pergaduhan bermula apabila Opera Hamburg akan mementaskan sebuah opera karya salah seorang rakan beliau. Rakannya itu bertegas untuk memainkan sendiri hapsikord. Sebaliknya, beliau berdegil dan tidak mahu menyerahkan tugas itu. Beliau bernasib baik apabila satu tikaman daripada rakannya itu

Transcript of George frideric handel adalah pakar opera itali dan oratario

Page 1: George frideric handel adalah pakar opera itali dan oratario

George Frideric Handel adalah pakar opera Itali dan Oratario (drama muzikal

keagamaan) Inggeris. Beliau dilahirkan di Halle, Jerman pada tahun 1685, sebulan sebelum

kelahiran Johann Sebastian Bach. Handel bukanlah daripada keluarga seni. Bapa beliau hanya

seorang tukang gunting rambut dan mahukan anaknya itu belajar undang-undang. Namun bakat

beliau dalam bidang muzik begitu menyerlah ketika berusia Sembilan tahun menyebabkan bapa

beliau lembut hati dan menghantarnya belajar bermain organ dengan seorang pemain organ dan

composer tempatan. Ketika berusia 11 tahun, beliau bukan sahaja mampu menjadi composer

malah menjadi guru organ. Bpapa beliau meninggal ketika Handel berumur 12 tahun. Demi

menghormati bapanya, Handel memasuki jurusan perundangan. Walau bagaimanapun, Handel

tidak menamatkan pengajian. Selepas setahun, beliau meninggalkan Universiti Halle dan pergi

ke Hamburg.

Rumah opera terkenal di Hamburg telah menarik minat Handel untuk menyertainya.

Beliau menganggotai orchestra opera tersebut sebagai pemain violin dan hapsikord, seterusnya

menerbitkan salah satu opera ciptaannya ketika berusia 20 tahun.

Handel adalah seorang yang pemarah. Dalam satu insiden, beliau telah bertengkar dengan

seorang rakan yang hamper meragut nyawanya. Pergaduhan bermula apabila Opera Hamburg

akan mementaskan sebuah opera karya salah seorang rakan beliau. Rakannya itu bertegas untuk

memainkan sendiri hapsikord. Sebaliknya, beliau berdegil dan tidak mahu menyerahkan tugas

itu. Beliau bernasib baik apabila satu tikaman daripada rakannya itu terkena butang besi kot yang

dipakainya. Jika tidak, sejara muzik mungkin berubah.

Nasip terus menyebelahi Handel. Ketika berusia 21 tahun, beliau pergi ke Itali untuk

meneruskan kerjayanya. Di sana beliau telah menghabiskan masa selama tiga tahun secara

produktif. Beliau mencipta opera-opera Itali yang hebat dan mendapat sambutan meluas. Beliau

bergaul dengan anak-anak raja dan pemuzik-pemuzik terkenal sehingga beberapa orang pegawai

gereja Roman Katholik menulis beberapa jalan cerita opera yang diisi muzik ciptaan beliau.

Pada tahun 1710, Handel pulang semula ke Jerman untuk menjawat jawatan pengarah

muzik kepada Elector of Hanover, George Ludwig. Hanya selepas sebulan berkhidmat, Handel

meminta kebenaran untuk pergi ke London kerana opera beliau ‘Rinaldo’ sedang diterbitkan.

‘Rinaldo’ mendapat sambutan hangat di London dan selepas itu beliau kembali ke Hanover.

Setahun kemudian, Handel sekali lagi meminta kebenaran majikannya untuk pergi ke London.

Pemergian Handel diluluskan dengan syarat beliau tidak tinggal lama di sana.

Page 2: George frideric handel adalah pakar opera itali dan oratario

Kemasyuran Handel di England yang berkembang luas seperti yang pernah dirasainya di

Itali membuatkan beliau lupa akan janji yang dibuat dengan Ludwig. Beliau terus menetap di

London dengan menjadi composer terpenting di England dan menjadi kegemaran Permaisuri

Anne member susidi sebanyak £200 setahun kepada Handel. Setelah kematian Permaisuri Anne,

satu persetujuan telah dibuat untuk melantik Elector of Hanover, George Ludwig (bekas majikan

Handel di Jerman) menjadi King George of England pada tahun 1714. Ludwig yang telah

menjadi Raja England tidak menyimpan dendam terhadap Handel, sebaliknya menambah subsidi

Handel menjadi £400 setahun dan mengajar muzik kepda cucunda-cucunda perempuan baginda.

Opera-opera di London menjadi satu sumber hiburan eksotik bagi golong aristocrat. Bagi

golongan pertengahan pula, mereka kurang berminat dengan karya-karya mitologi yang

dianggap kabur. Beberapa oprang aristocrat telah berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikan

opera komersial yang diberi nama Royal Academy of Music pada tahun 1719. Handel dilantik

menjadi pengarah muziknya. Selepas Sembilan musim, syarikat tersebut terpaksa dibubarkan

kerana kekurangan bantuan. Namun dalam jangka masa tersebut, beliau telah banyak mencipta

opera-opera hebat.

Reputasi Handel semakin berkembang walau pun dengan kejatuhan Royal Academy of

Music. Beliau bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat opera untuk mempersembahkan

karya-karya beliau sendiri. Pada ketika itu juga opera telah menjadi senjata politik. Sekumpulan

puak yang menentang kerajaan telah menubuhkan sebuah syarikat opera yang diberi nama Opera

of the Nobility (Opera Golongan Bangsawan). Handel yamg merupakan sehabat baik raja dan

juga penyokong setia kerajaan menjadi kambing hitamnya.

Syarikat tersebut juga terpaksa gulung tikar kerana terdapat persaingan antara mereka.

Handel hamper muflis dan kembali semula ke Jerman. Bakal raja Prussia yang menganggap era

kegemilangan Handel telah tamat dan tiada inspirasi lagi serta gaya yang suda ketinggalan

zaman.

Handel menjadikan bakan raja Prussia menelan kata-katanya sendiri setelah Berjaya

keluar daripada kemelut kejatuhan dan kembali semula ke London. Walaupun dibebani dengan

hutang, Handel Berjaya menerbitkan sendiri opera-opera ciptaan beliau. Di London juga beliau

memperkenalkan Oratorio-oratorio dan mencipta lembaran baru yang gemilang dalam sejarah

muzik.

Page 3: George frideric handel adalah pakar opera itali dan oratario

Bagi masyarakat Inggeris, Oratorio merupakan sesuatu yang baru dan asing.

Bagaimanapun, mereka mengetahui tentang Injil lama dan suka mendengarnya dipentaskan

dalam bahasa Inggeris. Oratorio berbeza daripada opera kerana tidak memerlukan set-set dan

mesin pentas yang mahal serta penggunaan kostum. Oleh itu, Oratorio jauh lebih murah untuk

diterbitkan. Walaupun Handel mengenakan bayaran yang mahal untuk menontonnya, beliau

berjaya menarik minat penonton-penonton baru daripada kelas menengah.

Pada tahun 1741 iaitu tahun Handel mencipta ‘Messiah’, beliau berhenti menulis opera.

Sebaliknya beliau terus menumpukan kepada penghasilan Oratorio. Pada mulanya, ada beberapa

pendapat mengatakan Oratorio-oratorio Handel melanggar tatasusila agama Kristian kerana

perkataan daripada kitab Injin digunakan untuk nyanyian di teater awam. Walaupun terdapat

percanggahan pedapat, Oratorio tetap diterima ramai. Sebagai daya tarikan tambahan, beliau

sendiri menunjukkan kehebatan bermain organ antara babak-babak lakonan.

Kejayaan yang dinikmati Handel telah mengundang rasa iri hati daripada sebahagian

golongan aristocrat. Mereka berkomplot untuk menjatuhkan Handel. Bagi mereka, seorang

pemuzik kelahiran asing yang mendapat kuasa serta kemasyhuran berlebihan adalah sesuatu

yang melampau. Poster-poster persembahan Handel dikoyak, mengupah budak-budak nakal

supaya mengugut dan merompak penonton-penonton konsert. Akhirnya keadaan menjadi reda

dan Handel sekali lagi jatuh dan terus bangun dengan menghasilkan karya-karya Oratorio.

Pada tahun 1753, Handel masi berkarya dan membuat persembahan-persembahan

permainan rgan walaupun penglihatan beliau semakin terjejas. Beliau hamper menjadi buta.

Semasa masih hidup, sebuah patung beliau telah didirikan di sebuah taman awam. Apabila beliau

meninggal dunia pada tahun 1759, kira-kira 3000 orang menghadiri pengebumiannya di

Westminster Abbey.