Gerak Balas Rangsangan Tahun 4

7
1 TOPIK 5 : GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN 1. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. 2. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan di persekitaran yang dapat dikesan oleh manusia. 3. Rangsangan adalah seperti berikut: a. Cahaya b. Bunyi c. Bau d. Rasa ( manis, masin, masam, pahit ) e. Kesakitan, kesejukan, tekanan dan kepanasan 4. Manusia menggunakan LIMA organ deria bagi mengesan rangsangan – rangsangan tersebut: a. Mata – mengesan cahaya b. Hidung – mengesan bau c. Lidah- mengesan rasa d. Telinga – mengesan bunyi e. Kulit – mengesan perubahan sekeliling 5. Contoh: Apabila kita terpijak paku, kita akan serta – merta mengangkat kaki sambil menjerit kesakitan. Hal ini bagi mengelakkan kecederaan pada kaki kita.

description

Sains tahun 4 tentang gerak balas rangsangan tahun 4

Transcript of Gerak Balas Rangsangan Tahun 4

  • 1

    TOPIK 5 : GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

    1. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.

    2. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan di persekitaran yang dapat dikesan oleh

    manusia.

    3. Rangsangan adalah seperti berikut:

    a. Cahaya

    b. Bunyi

    c. Bau

    d. Rasa ( manis, masin, masam, pahit )

    e. Kesakitan, kesejukan, tekanan dan kepanasan

    4. Manusia menggunakan LIMA organ deria bagi mengesan rangsangan rangsangan

    tersebut:

    a. Mata mengesan cahaya

    b. Hidung mengesan bau

    c. Lidah- mengesan rasa

    d. Telinga mengesan bunyi

    e. Kulit mengesan perubahan sekeliling

    5. Contoh:

    Apabila kita terpijak paku, kita akan serta merta

    mengangkat kaki sambil menjerit kesakitan. Hal

    ini bagi mengelakkan kecederaan pada kaki kita.

  • 2

    6. Berikut ialah contoh contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan:

    a. Kita menutup telinga jika bunyi muzik terlalu kuat.

    Rangsangan : Muzik terlalu kuat

    Gerak balas : Menutup telinga

    b. Kita menarik tangan jika tersentuh cerek panas.

    Rangsangan : Cerek panas

    Gerak balas : Menarik tangan serta - merta

    c. Kita menggigil apabila persekitaran terlalu sejuk kerana salji turun.

    Rangsangan : Salji turun dan persekitaran sejuk

    Gerak balas : Badan menggigil dan gigi bergetar

  • 3

    d. Kita melindungi mata jika cahaya matahari terlalu terang.

    Rangsangan : Cahaya matahari terlalu terang

    Gerak balas : Melindungi mata supaya mata tidak rosak

    e. Kita menutup hidung apabila bau sampah busuk.

    Rangsangan : Bau sampah busuk

    Gerak balas : Menutup hidung

    7. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan untuk melindungi diri daripada

    bahaya.

    8. Jika kita tidak bergerak balas terhadap rangsangan, kita akan mendapat kecederaan.

  • 4

    9. Contohnya:

    a. Jika kita tidak bergerak balas terhadap cerek panas, tangan kita akan

    melecur.

    b. Jika kita tidak bergerak balas terhadap bunyi bising, telinga kita akan menjadi

    pekak.

    c. Jika kita tidak bergerak balas terhadap cahaya matahari yang terang, mata

    kita akan menjadi buta.

    d. Jika kita tidak bergerak balas terhadap cuaca sejuk, kita akan mati kesejukan.

    10. Oleh itu, badan kita perlu bergerak balas supaya kita selamat dan boleh hidup selesa.

    Jawab soalan soalan berikut:

    1. Tulis istilah yang tepat.

    Gerak balas Organ deria Rangsangan

    a. Sesuatu yang menyebabkan manusia bergerak balas.

    .

    b. Anggota badan yang bergerak balas terhadap rangsangan.

    .

    c. Tindakan organ derria terhadap rangsangan.

    .

    2. Gariskan jawapan yang betul.

    a. Manusia bergerak balas terhadap [ cahaya / rangsangan ]

    b. Bau, rasa, bunyi dan sentuhan adalah contoh contoh [ rangsangan / gerak

    balas ].

  • 5

    c. Manusia mengesan rangsangan melalui organ [ perkumuhan / deria ].

    d. Tindakan menutup telinga apabla terdengar bunyi mercun yang kuat adalah

    suatau [ rangsangan / gerak balas ].

    e. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan untuk melindungi diri daripada

    [ bahaya / penyakit ].

    3. Labelkan organ organ deria berikut dan namakan jenis rangsangan yang diterima

    oleh organ organ tersebut.

    Organ deria Nama organ deria Rangsangan

    Telinga

    Cahaya

  • 6

    Organ deria Nama organ deria Rangsangan

    Kulit

    4. Tuliskan organ deria yang digunakan untuk gerak balas di bawah.

    Nama organ deria Rangsangan

    Buah epal itu

    rasanya manis.

    Bunga itu berbau

    harum.

  • 7

    Nama organ deria Rangsangan

    Api itu terasa

    sangat panas.

    Bunyi mercun

    sangat kuat.

    Cahaya matahari

    sangat terang.

    Sos cili sangat

    pedas.