GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) - rmc.uitm.edu.my · PDF filemaklumat penyeliaan. d. Tidak...

4
[GARIS PANDUAN GERAN GIP, UITM] [2016] INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKANDAN INOVASI (IRMI) Page 1 GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN DALAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) 1.0 PENGENALAN 1.1 Geran Inisiatif Penyeliaan (GIP) diwujudkan untuk membantu pelajar pasca siswazah (mod penyelidikan) dengan menyediakan bantuan kewangan untuk elaun dan keperluan penyelidikan dalam tempoh pengajian bagi menyemarakkan pengajian pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). 1.2 GIP ini disediakan oleh Dana Kecemerlangan Pendidikan UiTM bertujuan untuk mewujudkan UiTM sebagai universiti yang berintensifkan penyelidikan seperti yang digariskan dalam Polisi Penyelidikan & Inovasi Universiti. 1.3 Tujuan geran ini adalah untuk membangunkan sumber manusia serta memberi kesan kepada masyarakat melalui aktiviti penyelidikan. Ia melengkapi usaha-usaha yang diperkenalkan oleh UiTM untuk meningkatkan prestasi penyelidikan UiTM. 2.0 JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK 2.1 Jumlah peruntukan projek adalah seperti berikut: i) Kedoktoran : RM 35,000 ii) Sarjana : RM 30,000 2.2 Tempoh peruntukan adalah dua belas (12) bulan bagi kedua-dua pelajar kedoktoran dan sarjana (mod penyelidikan) tertakluk kepada kajian semula selepas enam (6) bulan pertama kelulusan peruntukan.

Transcript of GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) - rmc.uitm.edu.my · PDF filemaklumat penyeliaan. d. Tidak...

Page 1: GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) - rmc.uitm.edu.my · PDF filemaklumat penyeliaan. d. Tidak menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada ... Institut Pengurusan Penyelidikan

[GARIS PANDUAN GERAN GIP, UITM] [2016]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I ) Page 1

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN DALAMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP)

1.0 PENGENALAN

1.1 Geran Inisiatif Penyeliaan (GIP) diwujudkan untuk membantu pelajar

pasca siswazah (mod penyelidikan) dengan menyediakan bantuan

kewangan untuk elaun dan keperluan penyelidikan dalam tempoh

pengajian bagi menyemarakkan pengajian pasca siswazah di Universiti

Teknologi MARA (UiTM).

1.2 GIP ini disediakan oleh Dana Kecemerlangan Pendidikan UiTM bertujuan

untuk mewujudkan UiTM sebagai universiti yang berintensifkan

penyelidikan seperti yang digariskan dalam Polisi Penyelidikan & Inovasi

Universiti.

1.3 Tujuan geran ini adalah untuk membangunkan sumber manusia serta

memberi kesan kepada masyarakat melalui aktiviti penyelidikan. Ia

melengkapi usaha-usaha yang diperkenalkan oleh UiTM untuk

meningkatkan prestasi penyelidikan UiTM.

2.0 JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK

2.1 Jumlah peruntukan projek adalah seperti berikut:

i) Kedoktoran : RM 35,000

ii) Sarjana : RM 30,000

2.2 Tempoh peruntukan adalah dua belas (12) bulan bagi kedua-dua pelajar

kedoktoran dan sarjana (mod penyelidikan) tertakluk kepada kajian

semula selepas enam (6) bulan pertama kelulusan peruntukan.

Page 2: GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) - rmc.uitm.edu.my · PDF filemaklumat penyeliaan. d. Tidak menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada ... Institut Pengurusan Penyelidikan

[GARIS PANDUAN GERAN GIP, UITM] [2016]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I ) Page 2

3.0 SYARAT KELAYAKAN

3.1 Penyelidik Utama mestilah ahli akademik tetap/kontrak di UiTM Selangor

3.2 Penyelidik Utama mestilah Penyelia Utama kepada pelajar

pascasiswazah (mod penyelidikan)

3.3 Merupakan penyelia kepada pelajar pasca siswazah seperti berikut:

a. Pelajar merupakan warganegara Malaysia.

b. Pelajar telah mendaftarkan diri dibawah mod penyelidikan program

kedoktoran atau sarjana secara sepenuh masa.

c. Menyertakan surat pengesahan pendaftaran pengajian yang

dikeluarkan oleh fakulti/PTJ masing-masing yang mengandungi

maklumat penyeliaan.

d. Tidak menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada

mana-mana organisasi untuk membiayai kursus pengajian.

3.4 Sekiranya pelajar mendapat tawaran pembiayaan daripada mana-mana

pihak semasa dalam tempoh penawaran ini, secara automatik lantikan

sebagai pembantu penyelidik adalah terbatal.

4.0 KEWANGAN

4.1 Perbelanjaan geran adalah dihadkan bagi vot-vot berikut :

Vot 11000 Upah & Elaun

Sarjana : RM1500 × 12 bulan = RM 18 000 Kedoktoran : RM1800 × 12 bulan = RM 21 600

Vot 21000 Perjalanan, penginapan dan pengangkutan

Baki peruntukan daripada jumlah geran

Vot 24000 Sewaan

Vot 27000 Bahan Pakai Habis dan Bekalan

Vot 29000 Perkhidmatan ikhtisas

4.2 Permohonan pembantu penyelidik (RA) perlu dibuat melalui atas talian

sistem IRMIS (http://orchid.uitm.edu.my/irmis).

Page 3: GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) - rmc.uitm.edu.my · PDF filemaklumat penyeliaan. d. Tidak menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada ... Institut Pengurusan Penyelidikan

[GARIS PANDUAN GERAN GIP, UITM] [2016]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I ) Page 3

5.0 PERMOHONAN GERAN

Permohonan geran adalah secara atas talian di IRMIS

(http://orchid.uitm.edu.my/irmis/).

6.0 PENILAIAN GERAN

6.1 Penilaian Geran dilaksanakan oleh Pejabat Komuniti Penyelidkan (CoRe),

Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI).

6.2 Surat kelulusan diedarkan kepada ketua penyelidik dan semua penyelidik

bersama. Satu salinan akan diserahkan kepada Pusat Pengajian

Siswazah fakulti/PTJ.

6.3 Penyelidik perlu mengisi dan menandatangani Borang Setuju Terima yang

disertakan dengan surat kelulusan sebelum memulakan penyelidikan.

7.0 ETIKA DAN KERAHSIAAN

Semua penyelidik mestilah mematuhi Etika Penyelidikan dan Kerahsiaan Data.

8.0 PEMANTAUAN PENYELIDIKAN

8.1 Penyelidik mesti menghantar laporan kemajuan pada setiap enam (6)

bulan secara atas talian di dalam sistem iRMIs.

8.3 Kegagalan menghantar laporan penyelidikan boleh menyebabkan GIP

ditamatkan serta merta.

8.4 Pihak IRMI akan menghantar surat pengesahan tamat penyelidikan

selepas sahaja menerima laporan akhir daripada pihak penyelidik.

8.5 Semua perkara di atas adalah tertakluk kepada Garis Panduan

Pemantauan Penyelidikan UiTM.

Page 4: GERAN INISIATIF PENYELIAAN (GIP) - rmc.uitm.edu.my · PDF filemaklumat penyeliaan. d. Tidak menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada ... Institut Pengurusan Penyelidikan

[GARIS PANDUAN GERAN GIP, UITM] [2016]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I ) Page 4

9.0 HASIL PENCAPAIAN PENYELIDIKAN

9.1 Penyelidik mesti menerbitkan satu (1) penerbitan berindeks

SCOPUS/WOS/ERA

9.2 Penghargaan kepada GIP mestilah dinyatakan dengan jelas dalam

setiap penerbitan.

SASM/JAA/NZ06042016