Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan

12
Pengenalan Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan : Seksyen 53 Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah. Seksyen 54 Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu. Seksyen 55 Gerenti tersirat mengenai masa siap. Seksyen 56 Gerenti tersirat mengenai harga. Seksyen 53 Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah. Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah. Seksyen 54 Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu. Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu, dan apa- apa keluaran hasil daripada

Transcript of Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan

Pengenalan

Gerenti berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan :

Seksyen 53 – Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah.

Seksyen 54 – Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu.

Seksyen 55 – Gerenti tersirat mengenai masa siap.

Seksyen 56 – Gerenti tersirat mengenai harga.

Seksyen 53 – Gerenti tersirat mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah.

Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu

gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang

munasabah.

Seksyen 54 – Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu.

Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah

tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu, dan apa- apa keluaran hasil daripada

perkhidmatan itu, akan semunasabahnya sesuai bagi apa- apa maksud tertentu dan

daripada jenis dan kualiti yang semunasabahnya dapat dijangka akan mencapai apa- apa

hasil tertentu. Sebelum atau pada masa kontrak dibuat bagi pembekalan perkhidmatan itu,

pengguna perlu memaklum segalanya maklumat kepada pembekal. Sebagai maksud

tertentu yang baginya perkhidmatan itu dikehendaki atau hasil yang pengguna berhasrat

untuk mencapainya.

Subseksyen (2), gerenti tersirat yang disebut dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai

jika hal keadaan menunjukkan bahawa pengguna tidak bergantung pada kemahiran atau

pertimbangan pembekal atau tidaklah munasabah bagi pengguna untuk bergantung pada

kemahiran atau pertimbangan pembekal.

Seksyen 55 – Gerenti tersirat mengenai masa siap.

Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu

gerenti bahawa perkhidmatan itu akan disiapkan dalam masa yang munasabah jika masa

bagi perkhidmatan yang akan dijalankan itu tidak ditentukan melalui kontrak, dibiarkan

untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak atau dibiarkan untuk

ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak- pihak itu.

Seksyen 56 – Gerenti tersirat mengenai harga.

Subseksyen (1), jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah

tersirat suatu gerenti bahawa pengguna tidak dikenakan membayar kepada pembekal

lebih daripada harga yang munasabah bagi perkhidmatan itu jika harga perkhidmatan iti

tidak ditentukan melalui kontrak, dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang

dipersetujui melalui kontrak, atau dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan

antara pihak- pihak itu.

Subseksyen (2), jika terdapat kegagalan untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah

subseksyen (1), hak tebus rugi bagi pengguna hanyalah untuk enggan membayar lebih

daripada harga yang munasabah itu.

Subseksyen (3), tidak apa- apa jua dalam Bahagian IX boleh dikira sebagai memberi

pengguna apa- apa hak tebus rugi yang lain.

Subseksyen (4), maksud seksyen ini dimana apa yang dikatakan “harga yang

munasabah” ialah persoalan fakta yang bergantung pada hal keadaan setiap kes tertentu,

dan jika harga telah ditetapkan di bawah mana- mana undang- undang bertulis, harga yang

munasabah hendaklah sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang- undang bertulis itu.

Peraturan-peraturan pelindungan pengguna (pendedahan maklumat bengkel)2002

Perkhidmatan pembaikan –perkhidmatan peraturan-peraturan

Berperanan dan bertanggungjawab untuk membuat kerja selenggaraan, pembaikan, dan

baikpulih ke atas komponen-komponen utama pada sistem di pelbagai jenis kenderaan.

i) Mampu, faham dan berupaya cara membuat kerja merombak dan mencerai (stripping)

komponen-komponen, serta menentukan status kerosakan/keausan alat ganti asal, dan

menentu keperluan alat ganti yang baru.

ii) Mampu, faham dan berupaya cara selenggaraan (rawat), pembaikan dan baik pulih pada

komponen-kompenen utama pada kenderaan.

iii) Mampu, faham dan berupaya cara memasang komponen-komponen utama ketempatnya,

menguji kemampuannya dan membuat penyelarasan dimana perlu.

Peraturan 1-Nama dan permulaan kuat kuasa

1)Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan pelindungan pengguna (pendedahan

maklumat bengkel)2002.

2)Mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2002.

Peraturan 2-Tafsiran

“barang gantian”- apa-apa barang ganti kenderaan bermotor.

“bengkel”- apa-apa tempat yang di situ perniagaan membaiki kenderaan bermotor bagi

pengguna dijalankan

“kenderaan bermotor”- kenderaan daripada apa-apa perihal, yang didorongi oleh mekanisme

yang terkandung di dalam badan kenderaan itu, dan dibina serta disesuaikan supaya dapat

digunakan di atas jalan.

“perkhidmatan pembaikan” ialah perkhidmatan

a)mendiagnosis dan membaiki kerosakan pada kenderaan motor

b)mengganti bahagian kenderaan bermotor

c)menservis, menyenggara, mengubahsuai atau membaik pulih kenderaan bermotor

Peraturan 3-pendedahan maklumat berkenaan barang ganti

1)Dalam tiap-tiap bengkel ,pengendali perlulah mendedahkan apa-apa senarai barang ganti

yang yang akan dijual dan diperoleh daripada bengkel tersebut.

2) senarai daripada perkara yang disebut di atas:

a)memerihalkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan barang ganti kenderaan motor

tentang nombor siri, model kenderaan tersebut.

b) menyebutkan tentang jual-beli berkenaan barangan automobil yang baru dan terpakai

seperti kereta, motorsikal, alat ganti dan aksesori.

c)menyebutkan tentang harga-harga barang ganti yang akan akan jijual dan dibeli oleh

pengguna.

Peraturan 4- pendedahan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan

1) Dalam tiap-tiap bengkel ,pengendali perlulah mendedahkan apa-apa senarai barang ganti

yang berkaitan tentang perkhidmatan–perkhidmatan pembaikan diperoleh daripada bengkel

tersebut.

2) senarai daripada perkara yang disebut di atas

a)apa-apa cukai yang hendak dibayar berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan pembaikan

kenderaan motor.

b)perihal tentang setiap perkhidmatan pembaikan yang diadakan di bengkel tersebut.

c)tentang apa-apa fi tenaga kerja yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan pembaikan.

Peraturan 5-Cara pendedahan

1)Senarai barang gantian dan senarai perkhidmatan pembaikan hendak didedahkan. Jika

dapat dilaksanakan, menampal di tempat yang mudah dilihat dalam bengkel supaya

pengguna membaca dengan mudah.

2) Senarai itu boleh disimpan dalam bahan tara eletrik dan dipamer kepada pengguna pada

monitor komputer atau pada skrin paparan elektrik yang diletak di kedudukan mudah dilihat

dalam bengkel.

3)Jika penampalan senarai itu atau pempamerannya melalui cara elektronik tidak dapat

dilaksanakan, boleh disimpan dalam folder atau fail.

4)Folder atau fail hendak diletak di kedudukan yang mudah dilihat dalam bengkel dan

disedia kepada semua pengguna.

5)Senarai itu disenggarakan dan didedahkan dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris,

atau kedua-duanya.

6)Teks senarai itu ditulis dalam perkataan yang mudah difahami dan dibaca, dalam apa-apa

saiz dan warna.

7)Harga disebut dalam senarai itu hendaklah dalam ringgit Malaysia.

Peraturan 6-Pendedahan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan

kepada setiap pengguna

1)Sebelum melaku apa-apa perkhidmatan pembaikan bagi seseorang pengguna, pengendali

bengkel hendak memasti pengguna diberi suatu penyataan bertulis:

a)yang memerihal perkhidmatan pembaikan yang dijangkakan perlu dibuat kepada

kenderaan motor itu

b)anggaran fi tenaga kerja yang dikenakan

c)anggaran cukai kena dibayar , jika ada

d)anggaran masa siap

2)Apabila perkhidmatan pembaikan bagi seseorang pengguna disiapkan, pengendali bengkel

hendak memasti pengguna diberi suatu penyataan bertulis:

a)yang memerihal perkhidmatan pembaikan yang dibuat kepada kenderaan motor itu

b)fi tenaga kerja yang dikenakan

c)cukai kena dibayar , jika ada

d)yang memerihal tiap-tiap barang gantian dipasang dengan nama, nombor siri, model

kenderaan motor dan pengilang

e)menyata samada barang gantian itu baru, sekendhend atau dibaikpulihkan

f)harga setiap barang gantian dipasang

3)Pernytaan bertulis hendak dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris, atau kedua-

duanya.

4)Harga dalam pernyataan bertulis hendak dalam ringgit Malaysia.

Peraturan 7-Penalti

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini melakukan suatu

kesalahan.

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti Dalam Pembekalan Perkhidmatan

S 57. Hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal

Pengguna diberi hak tebus rugi terhadap pembekal perkhidmatan jika perkhidmatan atau

keluaran hasil daripada perkhidmatan itu gagal untuk mematuhi mana-mana gerenti

tersirat di bawah seksyen 53 hingga 55.

S 58. Kekecualian kepada hak untuk tebus rugi terhadap pembekal berhubung dengan

perkhidmatan

Walaupun S 57 memberi hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal tetapi S 58 ini

mengecualikan hak tebus rugi terhadap pembekal. Akta ini berkenaan dengan kegagalan

perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi

gerenti tersirat di bawah seksyen 54 atau 55 jika kegagalan itu disebabkan oleh sesuatu

perbuatan keingkaran atau peninggalan, atau apa-apa representasi yang dibuat oleh,

seseorang selain pembekal. Pengecualian juga boleh disebabkan oleh suatu sebab di luar

kawalan manusia. Contoh suatu di luar kawalan adalah seperti banjir, gempa bumi dan

sebagainya.

S 60. Pilihan terhadap pembekal

Dalam subseksyen (1), jika pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pembekal di

bawah Bahagian IX ini yang berkenaan dengan kegagalan apa-apa perkhidmatan atau apa-

apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti di bawah Bahagian

VII, seseorang pengguna boleh menggunakan remedi jika kegagalan itu ialah kegagalan

yang dapat dibetulkan, maka pengguna boleh menghendaki pembekal membetulkan

kegagalan itu dalam masa yang munasabah. Selain itu, pengguna boleh menggunakan

remedi jika kegagalan itu ialah kegagalan yang tidak dapat dibetulkan atau bersifat

substantial mengikut pengertian seksyen 62, pengguna boleh tertakluk kepada S61 untuk

membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63. Pengguna

juga boleh mengunakan remedi dengan mendapat ganti rugi daripada pembekal sebagai

pampasan bagi apa-apa penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu ke

bawah caj yang telah dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan itu apabila kegagalan itu

ialah kegagalan tidak dapat dibetulkan.

Subseksyen (2) ialah tambahan kepada remedi di bawah subseksyen (1). Pengguna boleh

mendapatkan ganti rugi daripada pembekal bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang

ditanggung oleh pengguna selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai

keluaran hasil daripada perkhidmatan itu yang terbukti sebagai hasil atau akibat daripada

kegagalan itu.

Menurut subseksyen (3), jika pembekal enggan atau abai untuk menbetulkan kegagalan

sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(a), atau enggan atau abai untuk

berbuat demikian dalam masa yang munasabah, pengguna boleh membetulkan kegagalan

itu di tempat lain dan mendapatkan semua kos munasabah yang ditanggung dalam

membetulkan kegagalan itu daripada pembekal. Pengguna juga boleh mentakluk kepada

seksyen 61 dengan membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut

seksyen 63.

Pembatalan Kontrak

S61- Kehilangan hak untuk membatalkan kontrak

Bagi pengguna yang telah menandatangani kontrak bagi perkhidmatan pembaikan, di

bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999(APP 1999) ini memberi hak untuk membatalkan tetapi di

sebaliknya mungkin kehilangan hak untuk membatalakan kontrak. Pembatalan kontrak tidak

dibenarkan jika perkhidmatan yang dibekalkan di bawah kontrak hanya bersampingan kepada

pembekalan barang atau dalam keadaan kedua ialah pengguna mempunyai hak untuk menolak

barang itu jika barang gagal mematuhi gerenti, sama ada k dia menggunakan hak tersebut.

S63-Kaedah-kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak

Dalam seksyen ini, dinyatakan kaedah –kaedah yang terpakai bagi pembatalan kontrak. Pertama

ialah peraturan jika seseorang ingin membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan tetapi

tidak akan berkuatkuasa jika sebelum masa pembatalan kontrak itu dimaklumkan kepada

pembekal atau jika pembekal tidak dapat dihubungi, sebelum masa pengguna menunjukkan

kepada pembekal tentang niatnya untuk membatalkan kontrak tersebut. Pembatalan kontrak

boleh dimaklumkan dengan perkataan atau perlakuan atau kedu-dua yang menunjukksn niat

pengguna untuk membatalkan kontrak itu dan tidak perlu untuk menggunakan apa-apa perkataan

tertentu sekiranya niat membatalkan kontrak itu jelas.

S64- Kesan pembatalan kontrak

Manakala bagi pembatalan kontrak, pengguna pertamanya akan meminta mendapat balik bayaran

daripada pembekal.Oleh itu, akta ini memperuntukkan bahawa pengguna berhak mendapat balik

bayaran yang telah dibayar atau apa-apa balasan lain yang telah diberikan berkenaan dengan

perkhidmatan itu melainkan jika mahkamah atau tribunal memerintahkan bahawa pembekal boleh

menyimpan kesemua atau mana-mana bahagian wang yang telah dibayar atau balasan yang diberi.

Selain itu, setakat kontrak itu telah dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak boleh dilucut

haknya disebabkan pembatalan kontrak mengenai wang-wang yang dibayar di bawah kontrak itu.

Setakat kontrak itu masih belum dilaksanakan pada masa pembatalan, tiada pihak wajib atau

berhak melaksanakannya.

S65- Kuasa mahkamah untuk memberikan relief sampingan

Di samping itu, bagi kuasa mahkamah untuk memberi relief sampingan, jika pengguna

membatalkan sesuatu kontrak pembekalan perkhidmatan, mahkamah boleh memberi relief di

bawah seksyen ini dengan adil dan praktis untuk berbuat demikian. Pengguna, pembekal atau

sesiapa pun yang menanggung kerugian boleh memohon mendapat relief sampingan. Contoh relief

ialah memberi harta tak alih atau harta alih yang menjadi subjek kontrak atau sebahagian

balasannya. Relief yang laian ialah mengarahkan pihak lain memindahkan atau menyerahkan

kepada mana-mana pihak untuk memberi milikan keseluruhan atau harta tak alih atau harta alih

yang merupakan subjek kontrak atau sebahagian balasan. Relief juga boleh dalam bentuk

mahkamah mengarahkan mana-mana pihak prosiding membayar kepada pihak lain apa-apa

jumlah wang yang difikirkan adil. Relief lain ialah membenarkan pembekal menyimpan wanh yang

dibayar atau balasan yang diberi terhadap perkidmatan di bawah kontrak ini. Mahkamah juga patut

mengambilkira apa-apa manfaat yang pengguna boleh dapat oleh sebab perlakuan pembekal. Nilai

harus diambilkira dan juga apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh pengguna atau pembekal

dalam pelaksanaan perkhidmatan. Tetapi tiada perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini

berkenaan denagan apa-apa harta jika mana-mana pihak kepada kontrak iatu telah mengubah

kedudukannya berhubung dengan harta itu sama ada sebelum atau selepas pembatalan kontrak.

Mesti mengambilkira semua keadaan sehingga mendapat perintah mahkamah.