Gerko Bola Baling

26
8/8/2019 Gerko Bola Baling http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 1/26  INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM GERKO BOLA BALING NAMA PELAJAR: ANIS SHAMILA BINTI AB. SALAM NO. KAD PENGENALAN: 900616-03-5652 NO. PELAJAR: 1235 KELAS/KUMPULAN: PPISMP 2.11/JULAI 2009 MATA PELAJARAN: GERKO BOLA BALING NAMA PENSYARAH: PUAN KAMALIAH BT ISMAIL

Transcript of Gerko Bola Baling

Page 1: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 1/26

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

GERKO BOLA BALING

NAMA PELAJAR: ANIS SHAMILA BINTI AB. SALAM

NO. KAD PENGENALAN: 900616-03-5652

NO. PELAJAR: 1235

KELAS/KUMPULAN: PPISMP 2.11/JULAI 2009

MATA PELAJARAN: GERKO BOLA BALING

NAMA PENSYARAH: PUAN KAMALIAH BT ISMAIL

Page 2: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 2/26

HALAMAN PENGAKUAN

³Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya´

Tandatangan : «««««««««««««««««««

Nama Penulis : Anis Shamila Binti Ab Salam

Page 3: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 3/26

PENGHARGAAN

  Alhamdulillah, akhirnya saya berasa sangat gembira dan berbangga kerana telahberjaya menyiapkan tugasan gerko permainan bola baling. Kami ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah gerko,

Pn.Kamaliah bt Ismail, sebagai pensyarah pembimbing gerko bola baling serta

seluruh pensyarah jabatan gerko tahun 2010 kerana telah membimbing dan

member tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan bola baling ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah

banyak membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya. Mereka membantu saya

dalam mencari maklumat, membuat perbincangan, berkongsi pandangan dan

ulasan, mengatasi masalah bersama-sama dan sebagainya, jasa dan budi mereka

sangat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak

Perpustakaan al-Ghazali Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus PendidikanIslam kerana banyak menyediakan sumber-sumber untuk kami membuat rujukan

bagi menyiapkan tugasan ini. Melalui pusat sumber kami dapat mencari buku-buku

yang berkaitan dengan tugasan ini. Kami juga menggunakan kemudahan IT di pusat

sumber secara percuma untuk mencari maklumat malalui internet.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 4/26

1.1 SEJARAH PERMAINAN BOLA BALING

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6

lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ

pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman.Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola

baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari

negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga

permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini.

Haandbold

Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas

sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan

bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan

kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan

kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah

memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-

rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke

seluruh negara Denmark.

Hazena

Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat

pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz

gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m)

dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling moden.

Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri

daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang hanya boleh bermainterhad di kawasan mereka.

Torball

Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di

Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di

Page 5: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 5/26

kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah

menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai

peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi

agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl

Schelenz pada 1917 di Berlin.

Bola Baling Padang

Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di

kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol,

kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit

sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau

bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan

satu organisasi di mana organisasi ini dapat mempromosikan sukan bola baling,

menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program bagi

membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru itu, International

 Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam

dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah

dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jermanmerupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF)

merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada

tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.

Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, saiz

kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan

sukan ini dimainkan di dalam dewan.

Page 6: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 6/26

Bola Baling Dewan

Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan

kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling

dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan denganpantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai

pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966

lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini

menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin

berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan

oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada

tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di

sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling popular 

di sukan Olimpik.

Page 7: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 7/26

1.2 PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA

Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah

asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita?

Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkanoleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah

sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa

balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah

memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang

guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikanHari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978,

permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan

pada waktu itu.

Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling

Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di

Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung

Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya,Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di

Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan

perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM

(peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat

universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran

Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalamkejohanan-kejohanan tersebut.

Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En.

Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan

Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF

Page 8: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 8/26

telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF).

Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling

Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan International

Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia

Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar 

dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada

27 Mei 2000.

Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y.

Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di

peringkat antarabangsa seperti:

a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)

b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan

Bola Baling Asia (AHF)

c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)

d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) Pihak AHF telah meletakkan

kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di peringkat

antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-Ahmad Al-Sabah CupChampionship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola

baling.

Page 9: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 9/26

1.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

1. Kawasan Permainan

Rajah 1.1 Kawasan permainan dan ukurannya

Page 10: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 10/26

 

Rajah 1.2 Kawasan permainan dan garisan-garisannya

2. Bola

Bola baling hendaklah berbentuk bulat keseluruhannya dan hendaklah tidak

terlalu keras, dan bahagian kulitnya hendaklah berwarna putih. Berat bola yang

diukur pada permulaan permainan, untuk bahagian lelaki dan belia lelaki

hendaklah tidak melebihi 475gram dan tidak kurang daripada 425 gram. Lilitan

bulatan bola hendaklah tidak melebihi 60 cm dan tidak kurang daripada 58cm.

Untuk wanita dan ramaja lelaki, berat bola hendaklah tidak melebihi 400 gram

dan tidak kurang daripada 325 gram. Lilitan bulatannya tidak melebihi 56cm dan

tidak kurang daripada 54cm. Hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF

sahaja boleh digunakan untuk pertandingan-pertandingan di peringkat

antarabangsa.

Page 11: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 11/26

Page 12: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 12/26

syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan permainan atau

memilih gelanggang. Balingan mula hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat

di tengah-tengah gelanggang apabila pengadil memulakan permainan dengan

meniupkan wisel.

5. Memainkan bola

Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul

bola dengan apa cara sahaja dengan tangan, lengan, kepala, paha dan lutut.

Pemian dibenarkan memegang bola selama tiga saat sahaja, termasuk ketika

bola berada di atas tanah. Pemain dibenarkan mengambil tiga langkah

maksimum sewaktu memegang bola. Pemain dibenarkan menahan bola dengankedudukan berlutut, duduk atau berbaring di tanah.

Pemain dibenarkan menepis bola ke tanah dan menyambutnya balik

dengan sebelah atau dua belah tangan. Pemain tidak dibenarkan menyentuh

bola lebih daripada sekali kecuali bola telah terkena tanah, pemain atau kedua-

duanya.Pemain tidak dibenarkan menggerak bola dengan bahagian kaki di

bawah lutut atau dengan kaki. Pemain tidak dibenarkan senjaga melintas garisan

tepi atau garisan gol di luar gol dengan bola. Pemain tidak dibenarkan

menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang bergolek atau berada di

tanah, kecuali penjaga gol di kawasan gol sendiri.

6. Menentang pemain lawan

Pemain menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola. Untuk

memainkan bola daripada pemain lawan diri semua arah hendaklah

menggunakan tapak tangan. Pemain dibenarkan menghalang pihak lawan

dengan badan. Pemain tidak dibenarkan sama ada sebelah atau dua belah

tangan meragut atau memukul bola daripada tangan pemain lawan. Pemain

tidak dibenarkan menghalang pemain lawan dengan tangan, lengan atau kaki

Page 13: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 13/26

tanpa bola. Pemain tidak dibenarkan membaling bola dengan sengaja kepada

pemian lawan atau mengacah bola dengan keadaan berbahaya. Untuk

kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan dilakukan di mana-mana

bahagian gelanggang dengan peluang menjaringkan gol yang baik

dimusnahkan, balingan penalti diberikan. Jika seorang pemain terjatuh dengan

keadaan bola terperangkap di bawah badannya, dan ini akan melambatkan

permainan. Pengadil akan memberhetikan permainan dam memulakan semula

dengan balingan pengadil, kecuali menghukum salah satu daripada pasukan itu.

Tindakan yang membahayakan penjaga gol tidak dibenarkan.

7. Kawasan gol

Rajah 7 Tiang gol dan ukurannya

Page 14: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 14/26

Hanya penjaga gol dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan gol.

Hukuman kerana memasuki kawasan gol adalah seperti berikut:

a) Bilangan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol

dengan bola.

b) Bilangan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol tanpa

bola tetapi mendapatkan kelebihan dengan memasuki kawasan gol.

c) Balingan penalti jika pemain gelanggang dari pihak pertahanan dengan

senjaga memasuki kawasan gol, walaupun bertujuan untuk

mempertahankan pasukannya.

Seorang pemain gelanggang memasuki kawasan gol sesudah memainkanbola tidak akan dihukum, kecuali merugikan lawan. Jika pemain dengan sengaja

memainkan bola ke kawasan golnya sendiri dan bola itu tidak keluar, hukuman

berikut dikenakan:

a) Dikira gol, jika bola telah memasuki gol.

b) Balingan penalti, jika penjaga gol Manahan dan bola tidak dapat

memasuki gol.

c) Balingan percuma dalam keadaan yang lain.

8. Penjaga gol

Penjaga gol dibenar menggunakan sebarang cara menjaga pintu golnya

menggunakan kaki dan bestinya. Penjaga gol boleh bergerak ke mana-mana

arah dengan bola tanpa mengira langkah dan had masa di dalam kawasan gol.

Penjaga gol dibenarkan meninggalkan kawasan gol tanpa bola. Di dalam

gelanggang dia harus mematuhi peraturan sebagai pemain gelanggang yang

lain, kecuali jika memasuki kawasan gol. Penjaga gol tidak dibenarkan

meninggalkan kawasan gol bersama bola. Apabila penjaga gol telah

Page 15: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 15/26

membalingkan bola ke gelanggang permainan, dari kawasan gol, dia tidak boleh

memegang bola itu lagi, kecuali telah dimainkan atau terkena salah seorang

pemain lain. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu

bergolek atau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar garisan

kawasan gol.Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki

atau bawah lutut masa bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila

terhenti di dalam kawasan gol.

9. Menjaringkan gol

Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol lawan di

antara kedua-dua tiang dan di bawah palangan gol. Selepas jaringan dibuat,permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengah gelanggang

oleh pemain daripada pasukan yang menerima gol. Jika pengadil atau penjaga

masa telah meniup wisel sebelum keseluruhan bola melintas garisan gol,

 jaringan itu tidak dikira.

10. Balingan ke dalam

Jika seluruh bahagian bola melepas garisan tepi di atas tanah atau di udara

permainan hendaklah dimulakan dengan balingan ke dalam.Balingan ke dalam

hendaklah dibuat di tempat bola keluar dari garisan tepi oleh pemain daripada

pasukan lawan.Balingan ke dalam diberikan jika pemain gelanggang daripada

pasukan bertahan terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melintasi garisan gol

di luar pintu gol. Jika penjaga gol merupakan pemain terakhir menyentuh bola

sebelum bola itu melainatsi garisan gol di luar pintu gol, balingan gol diberi

kepada pihak bertahan dan bukan balingan ke dalam.Semasa balingan ke dalam

diambil, pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya tiga meter dari

pembaling.

Page 16: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 16/26

11. Balingan permulaan

Balingan permulaan diambil oleh pasukan yang menang dalam undian dan telan

memilih untuk memulakan permainan atau pasukan lain setelah pasukan yang

menang itu memilih tempat. Selepas menjaringkan gol, permainan dimulakan

dengan balingan permulaan daripada pasukan yang menjaringkan gol. Balingan

permulaan diambil dari tengah kawasan permainan ke mana-mana arah yang

dikehandaki. Semua pemain hendaklah berada di kawasan permianan masing-

masing semasa balingan permulaan dilakukan dan pemian lawan mesti berdiri

tidak kurang tiga meter dari pembaling.

12. Balingan gol

Balingan gol akan diberi jika seluruh bahagian bola melepasi garisan gol di

sebelah luar gol sama ada do udara atau di atas tanah, telah disentuh kali

terakhir oleh pemain penyerang atau penjaga gol bertahan di kawasan golnya.

Balingan gol hendaklah dibuat oleh penjaga gol dari kawasan golnya ke dalam

gelanggang. Balingan gol boleh dibuat dengan apa-apa cara sekali pun oleh

penjaga gol asalkan bola dilepaskan setelah melinatsi garisan kawasan gol.

Penjaga gol tidak menyentuh bola selepas melakukan balinan gol sehingga bola

disentuh oleh seorang pemain lain. Pemain-pemain daripada pasukan lawan

tidak dibenarkan memasuki kawasan di antara garisan balingan percuma dengan

garisan kawasan gol, serta tidak menyentuh garisan kawasan balingan percuma

sebelum gol dibuat oleh penjaga gol.

13. Balingan percuma

Balingan percuma diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.

Balingan percuma hendaklah dibuat serta-merta tanpa pengadil meniupkan

wisel, di tempat berlakunya kesalahan itu. Bola mesti diletakkan dengan serta-

Page 17: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 17/26

merta oleh pemain yang memegang bola sekiranya balingan percuma diberi

terhadap pasukannya.

14. Balingan penalti

Balingan penalti diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan yang

serius. Pemain yang akan membuat penalty mestilah tidak menyentuh atau

melintasi garisan balingan penalty sebelum bola dilepaskan. Sekiranya semasa

balingan penalty dibuat, penjaga gol melintasi garisan gol sebelum bola

dilepaskan oleh pembaling, balingan penalty akan dibuat sekali lagi sekiranya

bola tidak dijaringkan.15. Balingan pengadil

Permainan bola baling biasanya bermula dengan balingan pengadil. Pengadil

gelanggang akan membaling bola menegak ke atas, tanpa tiupan wisel di tempat

bola berada semasa permianan terganggu. Apabila pengadil membaling

bola, semua pemain kecuali seorang daripada tiap-tiap pasukan mestilah berada

tiga meter dari pengadil.

16. Pencatat dan penjaga masa

Pencatat hendaklah menyimpan rekod permainann dan bersama-sama dengan

penjaga masa mengawal pemain-pemain yang memasuki gelanggang.

17. Pengadil

Sesuatu permainan hendaklah dikendalikan oleh dua orang pengadil, serta

seorang penjaga masa dan seorang pencatat mata. Pengadil bertanggungjawab

mengelolakan permainan daripada pemain-pemain mula memasuki gelanggang

hingga mereka meninggalkan gelanggang.

Page 18: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 18/26

Page 19: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 19/26

y mengugut pemain di luar gelanggang pemain

y kekasaran hingga mencederakan pihak lawan

y kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh

dibatalkan penyertaan

Rajah 18 Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil

Page 20: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 20/26

1.4 KEMAHIRAN DAN TEKNIK ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan berpasukan di

mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan seorang penjaga gol)melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk membuangnya dalam matlamat

kumpulan bertentangan. Permainannya sama seperti bola sepak dan bola keranjang

namun permainana bola baling ini lebih kepada penggunaan tangan kerana ia

melibatkan balingan.Permainan bola baling ini juga terkanaldi seluruh dunia sejak

separuh pertama abad ke-20.

Rajah 4.1 kedudukan pemain untuk menangkap bola

Page 21: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 21/26

 

Rajah 4.2 Menghadang lawan

Rajah 4.3 Menggelecek bola

Page 22: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 22/26

 

Rajah 4.4 Pergerakan hantaran bola aras bahu

Rajah 4.5 Pergerakan hantaran sisi

Page 23: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 23/26

 

Rajah 4.6 Pemain A menghadang pemain B

Rajah 4.7 Pemain pertahanan membentuk benteng secara berkumpulan

Page 24: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 24/26

REFLEKSI

  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan

Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya dapat

menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa

amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Pn. Kamaliah bt Ismail untuk

menyiapkan kerja kursus gerko bola baling ini.

Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan

dan pengetahuan terutamanya dalam kemahiran dan teknik asas permainan bola

baling. Dengan kata lain, tugasan ini telah memantapkan pemahaman dan

pengetahuann saya dalam permainan bola baling. Saya dapat belajar tenteng asal usul

dan perkembangan permainan bola baling, teknik-tenik hantaran bola, syarat dan

peraturan permainan, serta banyak lagi. Saya telah membuat kajian dan mencari bahan

rujukan di Perpustakaan al- Ghazali Institut Perguruan Islam Selangor. Saya juga

mencari bahan rujukan di Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu,

saya juga mencari info tentang bola baling melalui internet. Ini semua telah

memudahkan saya untuk menyempurnakan tugasan ini.

Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan tidak

mementingkan diri. Mereka banyak membantu saya dalam proses menyiapkan

kerja kursus ini. Saya juga berasa untung kerana pensyarah saya sudi menerangkan

dengan lebih terperinci bagaimana untuk menyiapkan tugasan ini terutama dalam

bahagian yang tertentu.

Pada awalnya, saya mengalami sedikit masalah dalam menyiapkan tugasan ini.

Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam daripadapensyarah, saya dapat mengatasi masalah tersebut dengan baik dan dalam jangka

masa yang telah ditetapkan. Masalah tidak mematahkan semangat saya tetapi

membuatkan saya semakin bersemangat dan bersungguh±sungguh untuk

menyiapkan kerja kursus bola baling ini. Selain itu, saya telah dapat mengaplikasikan

teknik-teknik bermain semasa bermain di padang. Ini secara tidak langsung dapat

Page 25: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 25/26

membantu saya apabila saya bertugas sebagai guru kelak. Saya akan dapat mengajar 

murid-murid saya menggunakan teknik dan kemahiran yang betul.

Saya berharap akan mendapat tugasan seperti ini lagi di masa akan dating

kerana ia banyak membantu untuk menjadi seorang guru yang berpengalaman.Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat

pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan ilmu yang

diperolehi hasil daripada tugasan ini, saya Anis Shamila Binti Ab. Salam akan sedaya

upaya mengamalkan teknik-teknik permainan bola baling tanpa melanggar syarat-

syarat dan peraturan permainan apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu hari

nanti.

Page 26: Gerko Bola Baling

8/8/2019 Gerko Bola Baling

http://slidepdf.com/reader/full/gerko-bola-baling 26/26

BIBLIOGRAFI

MELAYARI INTERNET :

(a) http://www.google.com 

(b) http://www.yahoo.com 

(c) http://msn.com 

BAHAN BACAAN

(a) Siri Kegiatan Sukan Bola Baling (2005).Buku Must Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur,Malaysia.

(b) Ahmad Wati,Siri Ke Arah Bintang Sukan Bola Baling (1995).GoodmarkEnterprise,Kuala Lumpur, Malaysia

(c) Buku Teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

(2003).

(d) Buku Teks Tahun 4