GLOBALISASI BARAT.docx

43
GLOBALISASI BARAT PENGENALAN Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan demi perubahan berIaku dengan begitu cepat dan pesat lebih-Iebih lagi dengan tercetusnya gelombang evolusi maklumat yang berterusan. Evolusi maklumat yang berterusan ini menjadi penggerak dan generator kepada perubahan dunia hari ini. Menerusi penyebaran maklumat yang meluas ini manusia mampu mengenali budaya asing dan amalan sosial masyarakat dari segenap pelusuk dunia tanpa halangan. Apa jua yang berIaku kepada dunia seperti gempa bumi di Indonesia, peperangan di Iraq, serangan pengganas terhadap W orId Trade Centre dan apa jua peristiwa dunia, dengan mudahnya tersebar ke segenap pelusuk dunia dalam jangka waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi. Globalisasi adalah produk yang dihasilkan di Barat di mana Barat merupakan pengasas kepada perkembangan teknologi maklumat. Kerana Barat yang mempelopori apa itu globalisasi dan Barat yang menguasai sumber maklumat dunia tentunya globalisasi dunia yang sedang berIangsung pada hari ini lebih menyebelahi mereka. Berbagai agenda telah dan sedang dirancang oleh Barat bagi menyebarIuaskan fahaman dan pegangan mereka dalam apa jua bidang. Bagi mereka fahaman globalisasi ala-Barat perIu dapat tersebar dan menyerap masuk ke dalam diri masyarakat dunia tanpa pengecualian. Sebagai salah sebuah masyarakat penduduk dunia yang kerdil, kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari segenap aspek cabaran, implikasi dan trend globalisasi ala-Barat yang semakin rancak dan tidak terkawal. Kita seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan nilai jati diri tidak akan tergugat dan tergadai. Kita tidak harus menolak kedatangan globalisasi, tetapi kita harus berani, yakin dan tegas dalam mempertahankan jati diri sementara kita terus berinteraksi dengan dunia global. DEFINISI GLOBALISASI Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha rl\enyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sarna dan seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undang- undang globalisasi yang sarna. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah

description

GLOBALISASI BARAT.

Transcript of GLOBALISASI BARAT.docx

Page 1: GLOBALISASI BARAT.docx

GLOBALISASI BARATPENGENALAN

Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan demi perubahan berIaku dengan begitu cepat dan pesat lebih-Iebih lagi dengan tercetusnya gelombang evolusi maklumat yang berterusan. Evolusi maklumat yang berterusan ini menjadi penggerak dan generator kepada perubahan dunia hari ini. Menerusi penyebaran maklumat yang meluas ini manusia mampu mengenali budaya asing dan amalan sosial masyarakat dari segenap pelusuk dunia tanpa halangan. Apa jua yang berIaku kepada dunia seperti gempa bumi di Indonesia, peperangan di Iraq, serangan pengganas terhadap W orId Trade Centre dan apa jua peristiwa dunia, dengan mudahnya tersebar ke segenap pelusuk dunia dalam jangka waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi.

Globalisasi adalah produk yang dihasilkan di Barat di mana Barat merupakan pengasas kepada perkembangan teknologi maklumat. Kerana Barat yang mempelopori apa itu globalisasi dan Barat yang menguasai sumber maklumat dunia tentunya globalisasi dunia yang sedang berIangsung pada hari ini lebih menyebelahi mereka. Berbagai agenda telah dan sedang dirancang oleh Barat bagi menyebarIuaskan fahaman dan pegangan mereka dalam apa jua bidang. Bagi mereka fahaman globalisasi ala-Barat perIu dapat tersebar dan menyerap masuk ke dalam diri masyarakat dunia tanpa pengecualian. Sebagai salah sebuah masyarakat penduduk dunia yang kerdil, kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari segenap aspek cabaran, implikasi dan trend globalisasi ala-Barat yang semakin rancak dan tidak terkawal. Kita seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan nilai jati diri tidak akan tergugat dan tergadai. Kita tidak harus menolak kedatangan globalisasi, tetapi kita harus berani, yakin dan tegas dalam mempertahankan jati diri sementara kita terus berinteraksi dengan dunia global.

DEFINISI GLOBALISASI

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha rl\enyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.

Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sarna dan seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undangundang globalisasi yang sarna. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, kesannya dunia tidak lagi mempunyaisempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta dunia bahkan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi

Page 2: GLOBALISASI BARAT.docx

seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat tanpa melibatkan perbelanjaan yang banyak.

Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Globalisasi pula didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cendekiawan Barat secara umumnya memberi takrifan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia secara milik bersama.

Sarjana-sarjana telah memberikan pelbagai definisi terhadap globalisasi. Kenichi Ohmae (1991) berpandangan bahawa tamadun manusia kini memasuki era 'borderless world' iaitu dunia tanpa sempadan. Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan. Nurcholish Majid (1996), mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan umat manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja.

Umumnya, globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat difahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh alam buana ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global ini, hubungan adalah cepat dan rapat. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi elektronik yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah satu tatacara or de dunia baru yang dikatakan akan menggantikan sistem dunia dewasa ini. Melalui globalisasi, dunia dilihat tiada batasan sempadan (borderless world), ketelusan (transparent), internationalism dan lain-lain lagi yang menjurus kepada persaingan yang drastik dalam apa jua keadaan. Dunia dilihat sebagai satu fenomena di mana semua penduduknya mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing dalam semua bidang kehidupan (Amirudin Sadali, 1999: 177).

Secara komprehensif, globalisasi juga didefinisikan sebagai suatu himpunan pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan bergantungan sifatnya (Osman Bakar, 1998 : 6)

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN

Setelah membincangkan tentang definisi globalisasi, jelas bahawa globalisasi ini merujuk kepada kehidupan yang lebih meluas merangkumi pelbagai isu dan aspek termasuk di dalamnya ekonomi, politik, budaya dan sosial. Setiap isu globalisasi yang disentuh ada

Page 3: GLOBALISASI BARAT.docx

membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama membawa kepada keburukan. Isu-isu inilah yang memberi sedikit sebanyak kesan kepada peradaban manusia dari segala aspek.

Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa terdapat lapan aspek positif globalisasi:(1) Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.(2) Peningkatan mobiliti so sial dan pengukuhan kelas menengah.(3) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.(4) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.(5) Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi.(6) Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakmanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.(7) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.(8) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial. Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah:(1) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.(2) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.(3) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara selatan.(4) Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.(5) Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri.(6) Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.(7) Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.(8) Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan paneaindera dan mematikan roh" .(9) Keeenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikankursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Page 4: GLOBALISASI BARAT.docx

(10) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

(11) Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.(12) Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.(13) Pengantarabangsaan penyakit.

Apa yang disenaraikan baik dan buruk globalisasi di atas, menjelaskan bahawa sebenarnya globalisasi ini memberikan kesan sarna ada berbentuk positif atau negatif dalam segenap dimensi. Namun, apa yang lebih ketara ialah globalisasi banyak memberi pengaruh kepada dimensi ekonomi. Globalisasi ekonomi dilihat banyak memberi kesan yang negatif dan secara tidak langsung mampu memberi kesan terhadap dimensi-dimensi lainnya. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang berteraskan kapitalisme. Globalisasi ekonomi yang menggunapakai satu peraturan ekonomi dunia yang seragam menjadikan kapitalisme sebagai asas di mana ia berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas tanpa dikawal oleh nilai-nilai sahsiah murni serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Ini yang secara jelas membawa kepada kesan negara yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya serta meletakkan jurang perbezaan ekonomi yang jauh antara dua negara miskin dan kaya.

Dari'segi globalisasi maklumat dan ilmu, secara positifnya memberi peluang yang lebih luas kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berdasarkan kecanggihan teknologi baru komunikasi dan maklumat tanpa melibatkan banyak koso Namun, kesan terburuk yang dinyatakan oleh Chandra ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Sedangkan Islam yang meletakkan ilmu sebagai sesuatu yang cukup tinggi dan mulia kedudukannya amat bencikan maklumat yang tidak berguna. la boleh membahayakan pembinaan masyarakat yang bermoral sekiranya ia tidak mampu dikawal dengan baik dan menghilangkan corak budaya berilmu yang sihat.

Dalam globalisasi sosial, secara negatifnya ia mampu membawa kepada penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia. Kesan juga dapat dilihat ke arah pembentukan budaya global yang homogen serta penyebaran budaya pop Amerika yang "menyegarkan pancaindera dan mematikan roh". Begitu juga dalam globalisasi politik di mana kita perlu menghadapi c~baran penyebaran fahaman demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita.

Semua kesan di atas yang menyentuh setiap dimensi dan aspek globalisasi serba sedikit memberi impak kepada peradaban. Perspektif peradaban adalah perspektif jangka mas a panjang. Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isuisu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya. Juga

Page 5: GLOBALISASI BARAT.docx

perspektif peradaban lebih mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik budaya politik mahu pun budaya intelektual.

Dalam memastikan peradaban Malaysia ini mampu menangani arus globalisasi, kita harus meneliti segala baik buruk kesan daripada globalisasi ini. Peradaban Malaysia perlu mengekalkan nilai jati diri berteraskan peradaban Islam dan agamaagama lain yang dianuti oleh kepelbagaian masyarakat Malaysia.

ISU-ISU GLOBALISASI

Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di duma ini dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer.

Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.

Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan hikmah dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna. Kita tahu bahawa lambakan maklumat yang tidak berguna ini amat mudah diakses dengan kecanggihan teknologi maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak benar dan tidak

Page 6: GLOBALISASI BARAT.docx

berguna ini sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita. Apa yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda dan remaja yang sedang meningkat naik.

Selain masalah bahaya maklumat yang tidak berguna ini, kita juga berhadapan dengan masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat. Jurang ini jelas ketara antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Untuk itu, kerajaan kita khususnya telah dan sedang membuat berbagai aktiviti bagi mendedahkan masyarakat di luar bandar akan kepentingan 'celik IT' dengan menyediakan berbagai bantuan dan kelengkapan komputer yang mampu menarik minat masyarakat luar bandar dan seterusnya mendedahkan mereka kepada dunia globalisasi.

Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (Utusan Malaysia, 15 April 2001 : 3).

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan perusahaan melampui sempadan negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap (http:! jwww.me.gov.myjictjict04.htm):(1) Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan bahan mentah.(2) Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di

Page 7: GLOBALISASI BARAT.docx

berbagai negara.(3) Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.

Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi pasaran. Serangan para spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang sesetengah negara jatuh merudum berbanding dengan Dollar Amerika. Umpamanya kita menyaksikan pada 2 Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi Asia di mana Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Usaha penyelesaian secara tradisional oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa buah negara yang ditimpa krisis juga menemui kegagalan (Ismail Awang, 1999: 152). Di Malaysia, kita masih'mampu bertahan kerana kebijaksanaan pemimpin kita dalam menyelesaikan kemelut ekonomi yang merudum ketika itu.

Di samping itu, Malaysia amat beruntung kerana dari aspek perdagangan kita mendapat faedah dari globalisasi dan turut mendapat faedah buruk. Ini kerana, harga eksport komoditi kadang kala boleh jatuh amat rendah dan kadang kala boleh memuncak dengan tinggi sekali. Malaysia mendapat faedah dari globalisasi kerana ia sebuah negara perdagangan. Kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Tetapi kepada negara lain seperti Afrika, industri mereka lemah dan sukar untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah. Inilah realiti dunia globalisasi ekonomi di mana negara yang bijak mencari sumber hasil negara dapat bersaing dengan negara maju manakala negara yang kurang sumber bahan asli dan kurang aset sukar untuk bersaing bersama negara maju dan mengakibatkan negara miskin terus miskin dan terpinggir dalam kelancaran arus globalisasi.

PolitikGlobalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia.

Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena 'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat (Amran Muhammad et aI, 2001 : 419).

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super

Page 8: GLOBALISASI BARAT.docx

power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pad a hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi (Amran Muhammad et al, 2001: 419).

Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pad a zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Melalui pelbagai salman, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23).

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesankesan globalisasi budaya di bawah :(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.

Page 9: GLOBALISASI BARAT.docx

(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek sepertiMaybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84).(3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992)(http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm).(6) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragarnan budaya dan gaya hidup.

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abadabad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu

Page 10: GLOBALISASI BARAT.docx

dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar menguntungkan negara-negara maju.

8.6 KESIMPULAN

Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.

Hegemoni Barat

Pengenalan

Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang membawa

maksud pengaruh atau penguasaan. Istilah asal adalah dari Yunani

iaituhegeisthai.  Konsep hegemoni digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan

tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan. Menurut teori

Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan hubungan antara kelas masyarakat

yangtertentu dimana unit yang dominan akan memonopoli unit yang lain dari segi

ekonomi, budaya dan moral. Hegemoni Barat bermaksud pengaruh Barat. Globalisasi

adalah diambil daripada perkataan Inggeris iaitu globalization yang membawa maksud

menyeluruh. Secara teknikalnya perkataan ini membawa maksud “dunia tanpa

sempadan”, “dunia sebagai satu kampung”, ataupun “maklumat di hujung jari”. Ini

kerana segala maklumat berada di hujung jari manakala semua perbincangan dan

Page 11: GLOBALISASI BARAT.docx

transaksi perniagaan boleh dilakukan dengan begitu cepat dan mudah melalui

kecanggihan alat komunikasi dan teknologi terkini.

Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu usaha mengubah nilai manusia seperti

cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia kepada satu

daerah dunia yang lain.Usaha globalisasi merupakan penerapan ideologi, budaya dan

cara hidup kuasa-kuasa besar. Ia adalah satu agenda bentuk baru penjajahan Barat

untuk menguasai negara lain dan dunia. Pada satu tahap globalisasi dapat

digelar westernization bertujuan memalingkan mentaliti manusia ( berkiblatkan Barat )

atau mengubah mentaliti ke arah mengagungkan Barat.

Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah

kehidupan umat manusia kepada satu masyarakat sahaja. Modelski mentakrifkan

globalisasi sebagai satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar terhadap pembentukan

pandangan dunia masyarakat antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan demokrasi.

Kenichea Ohmea mentakrifkan globalisasi sebagai dunia tanpa sempadan yang

bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dipermudahkan dengan

adanya kemajuan dalam bidang teknologi untuk memperluaskan lagi hegemoni Barat.

Faktor yang memberi sumbangan kepada kelahiran dunia global ialah

penciptaan alat komunikasi yang semakin canggih dari masa ke semasa yang bukan

sahaja canggih dari segi fizikal dan kegunaannya sahaja malah kos yang dilaburkan

untuk mendapatkan perkhidmatan atau memiliki peralatan itu semakin murah dari masa

ke semasa. Pencapaian teknologi informasi yang tinggi memberi sumbangan yang

amat besar kepada kelahiran dunia global pada hari ini.Tidak dapat dinafikan

penggalakan kepada elektonik dan lain-lain urusan yang kesemuanya menggunakan

perkhidmatan e- dalam kehidupan manusia hari ini akan menyemarakkan lagi

kesinambungan dunia global yang dijadikan pemangkin dalam perluasan hegemoni

Barat seantero dunia. Penciptaan dan pelancaran satelit yang kini mempunyai

keupayaan yang amat tinggi dan mempunyai kegunaaan yang amat besar dalam dunia

komunikasi antarabangsa.

Page 12: GLOBALISASI BARAT.docx

Dalam masyarakat manusia global pada hari ini akan terjadi pola hubungan

sosial yang berbeza dari sebelumnya. Kemudahan berpindah dari satu tempat ke satu

tempat yang lain dengan mudah, jaringan komunikasi yang menjangkau setiap pelusuk

dunia akan mencipta komuniti global yang mewujudkan masyarakat yang mudah

mengenali antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan budaya, agama dan

lokasi. Ahli-ahli sosiologi berpendapat dunia global telah menyebabkan tembok-tembok

yang membatasi pertembungan budaya telah dirobohkan. Masyarakat telah dibawa

kepada satu persekitaran keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas dan identity.

Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka warga dunia. Melalui media

komunikasi moden, masyarakat yang berada di Malaysia contohnya tidak perlu ke

Amerika Syarikat semata-mata untuk mendengar lagu-lagu barat kegemaran mereka.

Peminat-peminat fesyen tidak perlu ke Paris untuk melihat fesyen terbaru. Semuanya

boleh didapati dihujung jari sahaja sekarang ini. Hanya berbekalkan jaringan internet

dan sentuhan di hujung jari melayari youtube, facebook dan web dapat dilayari dengan

mudah. Sfera dunia semakin kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia

menjadi semakin kompleks dan tidak menentu yang membuatkan sebahagian besar

warga dunia mengalami disorientasi nilai.

John Naisbit dan Patricia Aburdence berpendapat bahawa dunia sekarang

dibentuk oleh enam peradaban besar iaitu peradaban Barat, Cina, Jepun, Islam, Hindu

dan Amerika Latin. Konflik antara peradaban berlaku disebabkan beberapa factor

antaranya ialag latarbelakang sejarah, bahasa, budaya dan agama. Perbezaan

peradaban agama melahirkan pandangan manusia terhadap hubungan dengan Tuhan,

individu dan kelompok, warga dan negara, orang tua dan anak, suami dan isteri, hak

dan kewajipan serta kebebasan dan kekuasaan. Perbezaan ini merupakan hasil proses

kehidupan yang telah berabad-abad lamanya dan tidak mudah hilang dengan

sewenang-wenangnya.Proses modenisasi ekonomi dan social menyebabkan

masyarakat hilang identiti serta melemahkan negara bangsa mereka. Sebahagian

daripada pelopor agama dunia dicap sebagai fundamentalis kerana menentang

modenisasi barat. Sebahagian masyarakat dunia mula berpaling kepada peradaban

bukan barat. Manusia semakin banyak menunjukkan kecenderungan untuk kembali ke

Asia. Kekuasaan barat terpaksa berhadapan dengan peradaban Jepun yang semakin

berkeinginan untuk membentuk dunia dengan cara mereka dan menjadikan peradaban

Page 13: GLOBALISASI BARAT.docx

mereka sebagai peradaban dunia. Regionalisme ekonomi semakin meningkat.

Masyarakat Eropah bersandarkan kepada landasan budaya Barat Berjaya mewujudkan

perdagangan pasaran bebas dengan sokongan Kanada dan negara-negara Amerika

Selatan sebaliknya Jepun menghadapi kesuitan dalam mencipta entiti ekonomi kerana

masyarakat Jepun masih terasing dengan negara-negara Asia yang lain. Perbezaan

agama dan budaya Jepun menghalang integrasi nasional Asia seperti yang tercapai

oleh Eropah.

Konflik dunia yang berlaku hari ini banyak bergantung kepada konflik politik

global. Kemelut kemanusiaan pada saat yang laing kritis dan tragis. Pembersihan etnik

di Kosovo, kemelut pencemaran alam, penaklukan Amerika Syarikat ke atas Iraq,

perang saudara yang terus menerus dan pelonggaran hak asasi manusia adalah

merupakan permainan pengaruh politik kuasa-kuasa besar dunia. Kekuasaan barat

berada pada puncak luar biasa dalam hubungannya dengan peradaban lain. Kekuatan

tenteranya tidak dapat ditandingi. Ia mendominasi lembaga politik dan keamanan

antarabangsa. Masalah-masalah politik dan keamanan global secara totalnya dikuasai

Amerika, Inggeris dan Perancis. Keputusan Dewan Keamanan PBB yang

mencerminkan kepentingan barat dikemukakan sebagai cerminan dari keinginan

masyarakat dunia keseluruhannya.

Dominasi Barat atau Dewan Keamanan PBB serta keputusannya hanya sekali

sekala diganggu oleh Cina yang ternyata tidak begitu memberi kesan seperti yang

sepatutnya. Amerika Syarikat masih Berjaya memujuk Dewan Keamanan PBB

menuntut Libya menyerahkan orang-orang yang dicurigai melakukan pengeboman dan

menguatkuasakan serangan ke atas Iraq atas alas an penggunaan tenaga nuclear.

Idea barat tentang individualism, Liberalisme, pemerintahan berdasarkan hokum,

demokrasi, pasaran bebas, pemerintahan diasingkan dari gereja (agama) akhirnya

telah tercipta imperialism terhadap hak-hak asasi manusia dan reformasi nilai-nilai

masyarakat setempat.

Pemimpin Turki dihujung abad e 20 telah mengikuti tradisi Kamal Attartuck serta

mendefinisikan semula Turki sebagai negara secular dan Turki disatukan dengan barat

Page 14: GLOBALISASI BARAT.docx

dalam perjanjian NATO serta perang teluk. Politik secular barat telah menular tanpa

dibatasi atas nama negara moden. Idea-idea masyarakat dunia telah dijajah dan

akhirnya berlaku kolonialisme bentuk baru.

Kerancakan globalisasi akhir-akhir ini menyebabkan falsafah social barat telah

berkembang pesat dikalangan masyarakat dunia. Falsafah kebendaan ini mengajar

kehidupan yang mengosongkan perkiraan dan pertimbangan daripada kehidupan

beragama. Kemajuan yang dianjurkan adalah kemajuan material iaitu pencapaian dan

perolehan kesenangan di dunia  yang bergantung kepada tuntutan nafsu. Manusia

moden ternyata hilang aspek kawalan moral dan terjebak dalam cinta kepada

kebendaan. Gejala social Barat semakin bercambah meliputi pelbagai aspek kehidupan

falsafah sosial barat. Globalisasi menyalurkan cerita-cerita memberansangkan,

kecenderungan seksual, menjaga iklan gaya hidup barat serta membawa bersamanya

kemudahan amalan rasuah dan riba.

John Naisbit dan Patricia Aburdence dalam Megatrends 2000 menyatakan

bahawa telah berlakunya kesamaan gaya hidup masyarakat dunia dalam abad ke 21

apabila diperhatikan kepada globalisasi 3F (Food, Fashion and Fun). Sebagai contoh

makanan dan minuman yang menjadi kegemaran daripada pelbagai daerah adalah

resepi Kolonel Sanders dari Kentucky Fried Chicken. Kanak-kanak sekarang lebih

berminat kepada McDonalds atau Pizza Hut daripada sajian tempatan. Coca-cola,

Pepsi menjadi begitu rapat dengan remaja. Ringkasnya makanan dan minuman ala

barat telah menjadi kegemaran masyarakat dunia tanpa timbulnya persoalan dan rasa

sangsi di kalangan umat Islam.

Kota-kota besar seperti Paris, New York dan Milan Berjaya menentukan

perubaha fesyen pakaian masyarakat antarabangsa. Majalah model France Elle dicetak

dalam 16 edisi antarabangsa dan antara pelanggan yang terkemuka ialah wanita

Kuwait dan Arab Saudi. CNN dan stesyen televisyen terkemuka sentiasa melaporkan

model-model terbaru dengan bantuan teknologi komunikasi moden dan sangat

mendapat perhatian di seluruh dunia. Pereka-pereka fesyen tempatan galak meniru

fesyen-fesyen barat walaupun ianya jelas bercanggah dengan tuntutan Islam. Dunia

hiburan telah menjadi perniagaan antarabangsa. Industri filem dan muzik telah dikuasai

Page 15: GLOBALISASI BARAT.docx

sepenuhnya oleh peradaban barat yang terkandung di dalamnya nilai-nilai negative

yang melalaikan manusia untuk menumpukan tumpuan terhadap tuntutan agama.

Menurur Berger The Sacred Canopi (1991), manusia moden telah hilang keseimbangan

yang kritikal yang kemudiannya menumbuhkan naluri kehaiwanan dalam dirinya.

Manusia moden berjaya mencipta berhala-berhala baru yang mana kekuatan agama

tidak berjaya untuk menarik perhatian. Televisyen mampu menjadi berhala-berhala

tersebut bagi anak-anak yang masih lagi memerlukan bimbingan. Mereka tidak lagi

berguru kepada ibubapa atau guru kerana rumah mereka telahpun dilengkapi dengan

internet dan pelbagai media elektronik yang canggih. Melalui televisyen dan media

elektronik maka berlangsungnya proses pembunuhan budaya.

Dengan kejayaan ini, secara tidak langsung mengukuhkan lagi ekonomi negara

barat.

Fenomena penguasaan negara kecil dan lemah oleh negara yang besar bermula

sejak Zaman Imperialisme. Apabila berlakunya peningkatan taraf hidup manusia yang

sejak azalinya memang tidak akan puas dengan apa yang dikecapi maka manusia mula

tamak dan memikirkan cara untuk menjadi lebih berkuasa.Penguasaan dan penjajahan

adalah berbeza bentuk dan tujuan penguasaan dari masa ke semasa berdasarkan

kepada situasi dan kehendak semasa.

Hegemoni Barat telah dimulakan sejak berabad lamanya tetapi bentuk

penghegemoniannya adalah berbeza antara dulu dan kini. Manifestasi hegemoni Barat

ke atas benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum ini adalah dalam bentuk penjajahan

dengan tiga matlamat utama iaitu Gold, Gospel dan Glory. Dasar ini dijalankan hamper

500 tahun dengan mengaut banyak sumber asli dan tenaga manusia. Kini hegemoni

Barat iaitu pemapanan elemen peradaban Barat secara global.

Walaubagaimanapun terdapat pandangan dari kalangan ahli sejarah

menyatakan bahawa globalisasi blok Barat telah bermula selepas kejatuhan Islam di

Sepanyol lagi. Ketika itu pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang lama bertapak di sana

telah dibawa balik ke Barat diaplikasikan secara keseluruhannya dan dilabelkan dengan

jenama baru. Segala hasil tulisan dalam bahasa Arab dirampas dan  dibawa menaiki

Page 16: GLOBALISASI BARAT.docx

kapal dimana para ilmuan Barat membuat terjemahan dan kitab-kitab ilmu Islam telah

dibuang ke laut. Laut Hitam ialah laut yang telah menguburkan semua kitab-kitab itu.

Laut itu menjadi hitam kerana kesan dakwat daripada buku-buku tersebut.

Proses pengglobalisasi ini telah berjalan dengan lancar tanpa banyak halangan

kerana tiada lagi persaingan. Ini ditambah dengan kemudahan pengangkutan dan

perhubungan yang ada hingga hari ini memudahkan lagi pengaliran nilai-nilai

globalisasi Barat ini.

            Kini hegemoni barat bertindak dengan lebih drastik menguasai negara-negara

lain dari pelbagai sudut penguasaan seperti politik, ekonomi, budaya, pemikiran,

perundangan, teknologi, pendidikan dan lain-lain.Baru-baru ini penguasaan dari sudut

ketenteraan dapat dilihat dan dilakukan ke atas negara yang tidak sehaluan dengan

mereka.Sasaran terkini konspirasi mereka ialah agama Islam dan seluruh umatnya.

            Blok Barat yang diterajui Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan

agenda hegemoni mereka untuk mendominasi dunia jelas dapat diperhatikan melalui

polisi yang diamalkan oleh mereka.Antara tiga polisi yang diamalkan oleh Barat ke atas

bukan Barat ialah usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan

perjanjian senjata nuklear, biologikal, dan kimia yang berat sebelah, usaha

mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala Barat serta menjaga integriti

negara-negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.

            Jeffrey F Bennet telah merumuskan ciri-ciri dominasi Tamadun Barat ke atas

dunia sejagat. Antara kelebihan Barat ialah memiliki system perbankan antarabangsa

bertaraf dunia iaitu IMF (Internati) , World Bank dan bank-bank gergasi antarabangsa.

Barat juga mengawal matawang utama dunia iaitu US dollar yang digunakan sebagai

pengukur nilai mata wang antarabangsa. Mereka juga menghasilkan pelbagai jenis

barangan dan ini secara tidak langsung menjadikan Barat sebagai pasar dan juga

pelanggan barangan utama dunia. Jika diperhatikan mereka mengeksport pelbagai

barangan perindustrian, pertanian, pembinaan dan pelbagai lagi dan ini menjadikan

mereka Berjaya untuk mendominasi pasaran antarabangsa. Lihat sahaja di negara kita,

pelbagai barangan dari luar negara yang melekat di hati rakyat Malaysia seperti KFC,

Page 17: GLOBALISASI BARAT.docx

Macdonald, Coca cola, dan seumpamanya. Dari segi kepimpinan moral dunia juga

Barat dilihat sebagai contoh yang terbaik melalui propaganda mereka yang disalurkan

melalui pelbagai saluran media.

Barat menunjukkan keprihatinan mereka dengan menawarkan bantuan

ketenteraan kepada negara-negara yang berperang. Memandangkan agenda baru

mereka ialah menghapuskan Islam maka, bantuan ketenteraan biasanya diberikan

kepada negara yang ingin memerangi negara Islam. Memandangkan Barat

mendominasi pengetahuan dan perkembangan sains dan teknologi, mereka berupaya

mengawal laluan maritime antarabangsa. Dengan kemajuan sains dan teknologi

mereka mampu untuk mengadakan kajian penyelidikan dan pembangunan teknikal

terkemuka di dunia. Jika diperhatikan Barat juga mendahului dari segi penerokaan

angkasa lepas. Bukan itu sahaja teknologi maklumat mereka juga lebih terkehadapan

beratus tahun berbanding negara Timur.

            Mereka juga mendominasi dunia dari segi bahasa komunikasi. Ini dapat

diperhatikan sekarang bahawa kebanyakan negara menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa utama dan bahasa kedua. Segala urusan antarabangsa dalam semua

bidang seperti politik, ekonomi dan social akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantara utama.Selain itu, mereka juga mengawal penciptaan dan

pembangunan senjata nuclear, biological dan kimia melalui perjanjian non-poliferation

senjata terhadap negara-negara lain yang disebut istilah obligatory compliance.

            Melalui media antarabangsa juga Barat memainkan peranan penting dalam

menanamkan perasaaan takut manusia terhadap Islam dengan momokan seperti

penggganas, poligami dan sebagainya. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui

kenyataan Profesor James Kurt, Senior Fellow at US Foreign Policy Research Institute

yang menggambarkan hasrat Amerika Syarikat untuk mendominasi dunia Islam.

            Amerika Syarikat dan sekutunya telah bertindak sebagai kuasa penjajah baru

yang mengancam keselamatan dunia Islam dan juga mana-mana negara yang tidak

seangkatan dengannya.Campurtangan Amerika untuk menjatuhkan Marcos di Filipina

dan Saddam Hussein di Iraq atas nama reformasi rakyat sehingga mencetuskan

Page 18: GLOBALISASI BARAT.docx

Perang Teluk dan menggunakan platform Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

untuk menyokong tindakannya menyerang bumi Iraq.

            Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan

prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara-

negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikan dalam usaha mempengaruhi

negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya

sendiri. Amerika Syarikat juga menyebarkan ideology liberal demokrasi dan pasaran

bebas yang diamalkan olehnya kepada negara-negara lain, khususnya negara-negara

membangun. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah melalui

Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) sebenarnya adalah percubaan Amerika

Syarikat dalam memperluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran. Ini bermakna

mana-mana negara yang mengamalkan cara dan system yang bertentangan dengan

kehendak Amerika Syarikat akan dapat dibendung dengan mudah.

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan tindakan Barat khususnya Amerika didakwa

sebagai kempen memerangi keganasan atau disebut anti pengganas antarabangsa

yang menjadikan umat dan negara-negara Islam sebagai sasarannya. Sebenarnya

kempen anti pengganas mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa

serangan dasyat ke atas World Trade Centre (WTC), New York pada 11 September

2001.Pihak Amerika Syarikat dengan rasminya mengistiharkan perang terhadap

pengganas global. Umat Islam terus dilibatkan dengan pelbagai tohmahan dan

dakwaan yang mencemar imej Islam sebagai agama yang sukakan keamanan.

Penguasaan Barat terhadap media utama mempercepatkan lagi serangan propaganda

mereka terhadap ajaran agama, umat dan negara-negara Islam. Mereka dilabelkan

dengan pelbagai gelaran yang disamakan dengan pengganas dan anti Barat. Barat dan

media mereka kini melaungkan slogan pengganas Islam bagi terus mengecap umat

Islam sebagai pengganas.

Kesimpulan

            Hegemoni Barat sejak berabad yang lampau telah banyak mempengaruhi hala

tuju dan dasar negara-negara tertentu khususnya yang pernah dijajah secara fizikal

Page 19: GLOBALISASI BARAT.docx

oleh mereka. Segala kekayaan sumber asli yang diangkut dari negara-negara tersebut

telah diguna kembali untuk menguasainya dalam bentuk penjajahan yang lain. Dasar

globalisasi yang dipelopori Barat banyak memberikan kesan kepada ketamadunan

dunia yang meliputi politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain lagi.

            Bagi umat Islam, cara untuk menangani perkara ini perlulah dengan cara Islam

iaitu menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Umat Islam perlu bijaksana dalam

menghadapi segala bentuk ancaman dan serangan yang timbul daripada fenomena

hegemoni ini. Ketahanan diri dengan nilai-nilai keagamaan dan keislaman perlu

dikukuhkan dan didampingi persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang betul-betul

mengikut landasan Islam sambil berusaha mengembalikan era globalisasi Islam pada

zaman kebangkitan Islam dahulu. Hegemoni Barat melalui apa bentuk sekalipun seperti

globalisasi perlu ditangani dengan baik agar masyarakat dapat dihindarkan daripada

pengaruh dan corak hidup yang menyeleweng daripada nilai keagamaan dan leka

dengan kehidupan yang tidak bermoral.

REFLEKSI

            Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberi saya banyak mendapat input

tentang kejadian-kejadian dan sejarah meliputi pelbagai tamadun dan pertembungan

antara tamadun yang membawa kepada kemajuan teknologi dan peradaban dunia

pada hari ini. Dalam tempoh dua minggu yang disediakan untuk membuat tugasan ini

saya banyak membuat perbincangan bersama rakan sekelas dan pertukaran pendapat

dan idea banyak menyumbang kepada tugasan ini.

            Berdasarkan tugasan ini saya sendiri terkesima dan dalam sudut hati yang kecil

berharap agar pembelajaran saya ini mampu mempertingkatkan diri saya menjadi

manusia yang berguna kepada manusia yang lain dalam menyampaikan ilmu dan

meningkatkan kesedaran kepada anak-anak didik yang lain agar mereka sentiasa

berpegang kepada jalan yang benar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang

makin mencabar dari hari ke hari. Jika tiada pegangan agama yang kukuh, rosaklah

generasi masa hadapan sekiranya tidak dikekang dari sekarang.

            Lihat sahajalah sekarang berapa ramai golongan anak luar nikah yang

dilahirkan di muka bumi, berapa ramai umat Islam yang membazirkan wang untuk

Page 20: GLOBALISASI BARAT.docx

membeli rokok, berlumba-lumba mendapatkan gajet terkini di pasaran, membazirkan

wang untuk memenuhi tuntutan duniawi tanpa disedari kita kurang memberi perhatian

kepada pengisian hati dan nurani. Dengan pengalaman dan sedikit pengetahuan yang

diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa sebagai

umat Islam kita perlu menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat kerana dunia ialah

perjalanan menuju akhirat ibarat kata pepatah Kita Hidup Untuk Mati.

Kesan Negatif Globalisasi

Globalisasi

BAB 4

Kesan Negatif Globalisasi

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi.

Page 21: GLOBALISASI BARAT.docx

Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara.

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat.

Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang

Page 22: GLOBALISASI BARAT.docx

sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi.

(Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

a) Pakaian jenama barat.

b) Makanan segera keluaran barat.

c) Minuman global yang ditaja oleh barat.

d) Hiburan yang menonjolkan budaya barat.

e) Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.

f) Rekreasi yang meniru ala barat.

Page 23: GLOBALISASI BARAT.docx

g) Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat

h) Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.

i) Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.)

(Utusan Pengguna, November 1997, M/S 23)

Selain memberi perhatian kepada isu global, kita juga perlu beri perhatian kepada isu yang berlaku di Malaysia sebagai kesan daripada globalisasi yang negatif. Sebagai contoh:

a)Pemikiran pluralisme, liberalisme dan feminisme sebagai kesan negatif daripada globalisasi pemikiran.

b)Keengganan untuk solat, maksiat yang berleluasa, moral yang rendah, fesyen lelaki bersubang dan wanita yang menayangkan pusat sebagai kesan negatif daripada globalisasi kebudayaan.

c)Sikap rakus untuk memperbanyakkan harta sehingga segala tujuan hidup adalah kerana imbalan harta di sebaliknya. Ini adalah kesan negatif daripada globalisasi ekonomi kapitalis.

d)Banyaknya umat Islam yang berpaling ke agama Kristian atau tidak beragama (atheis) sebagai kesan negatif daripada globalisasi agama.

e)Demikian beberapa isu, sama ada yang bersifat global secara umum atau sebagai kesan negatif daripada globalisasi, yang pada pengamatan saya amat kurang diberi perhatian oleh umat Islam Malaysia.

Page 24: GLOBALISASI BARAT.docx

USE DIS ONE 1ST

pengaruh globalisasiperspektif akademik.. 

Makalah ni ditulis bagi membincangkan peranan globalisasi sebagai dua proses yang saling berkontradiksi. Sememangnya diketahui dunia pada masa kini berada dalam situasi yang memerlukan setiap negara bergantung antara satu sama lain bagi menjalankan kegiatan ekonomi di peringkat global. Malahan bukan sahaja dalam kegiatan ekonomi bahkan jua dalam politik serta sosial. Melalui situasi dunia pada masa kini yang didalamnya wujud satu pengaruh yang kuat iaitu globalisasi yang sering dikaitkan dengan Barat dan dikatakan telah mendominasi dunia dari semua aspek iaitu ekonomi, politik, sosial dan teknologi. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa globalisasi ini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Globalisasi dijadikan satu konsep penting yang dapat membantu kita memahami transformasi masyarakat dunia dengan menarik perhatian kita kepada perubahan asas yang sedang berlaku dalam era Perang Dingin (Ishak Shari 2000)\ Globalisasi sememangnya diketahui merupakan satu medium atau ruang bagi mewujudkan hubungan antara setiap negara. Ada sesetangah pihak berpendapat bahawa globalisasi ini adalah satu medium atau platform yang digunakan oleh kuasa besar sebagai saluran dalam melebarkan sayap pengaruh mereka. Jika dilihat kebanyakan negara pada masa kini telah dipengaruhi oleh kuasa besar Barat terutamanya Amerika Syarikat tidak kiralah dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Seperti yang diperkatakan tadi globalisasi mempunyai kebaikan dan keburukannya.Malahan di dalam makalah ini jua ada terselit serba sedikit mengenai keburukan dan kebaikan globalisasi. Globalisasi dikatakan telah muncul pada akhir abad ke 1989 yang mana pada ketika itu berlakunya satu peristiwa yang memberi impak kepada dunia iaitu robohnya Tembok Berlin yang selama ini menjadi lambang kekuatan regim Soviet pada ketika. Selepas berlakunya peristiwa besar itu dunia telah mula dipengaruhi oleh arus globalisasi yang didalamnya terdapat satu kuasa unipolar yang besar iaitu Amerika Syarikat.Secara kronologinya bahagian pertama makalah ini akan menerangkan tentang maksud globalisasi melalui beberapa pentakrifan yang diberikan secara akademik. Bahagian ini penting bagi menerangkan tentang apa itu sebenarnya globalisasi sebelum pergi jauh kepada perbincangan utama bagi makalah ini iaitu tentang dua proses dalam globalisasi yang saling berkontradiksi. Perbincangan seterusnya akan diteruskan dengan menerangkan tentang beberapa aliran atau pendekatan teoritis yang terdapat dalam globalisasi. Tiga pendekatan utama iaitu

Page 25: GLOBALISASI BARAT.docx

juggernout, skeptik dan transformasionalis. Kemudiannya barulah dibincangkan tentang dua proses yang saling berkontradiksi yang menjadi subjek utama dalam makalah ini.Pengakhiran makalah ini akan diakhiri dengan bahagian kesimpulan bagi menyatakan sama ada benarkah globalisasi itu merupakan dua proses yang saling berkontradiksi. Persoalannya di sini benarkah globalisasi itu merupakan dua proses yang saling berkontradiksi? Secara ringkasnya makalah ini akan membincangkan kesahihannya berdasarkan hujah-hujah daripada sarjana-sarjana yang mengkaji globalisasi ini yang dikatakan telah menjadi satu pengaruh besar dan kuat yang sedang menguasai dunia pada masa kini.DEFINISI GLOBALISASIPelbagai pentakrifan diberikan bagi menerangkan definisi globalisasi. Bagi memahami apa itu globalisasi haruslah diketahui dahulu maksud atau definisi globalisasi. Berdasarkan Kamus Dewan globalisasi ditakrifkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia yang disebabkan oleh kepantasan atau lajunya perkembangan teknologi maklumat. Menurut Robertson (1992) pula mendefinisikan globalisasi sebagai satu fenomena multidimensi yang meliputi aspek-aspek ekonomi, politik, ideologi dan budaya.Manakala bagi seorang sarjana yang mengkaji globalisasi ini sejak mula kewujudannya iaitu Anthony Giddens (1989) pula mentakrifkan bahawa globalisasi ini merupakan satu hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara di sebaliknya. Ada juga sarjana yang memberi pentakrifan berbeza mengenai globalisasi. Misalnya, Ishak Shari (2000)[1] memberi penakrifan bahawa globalisasi ini merupakan satu konsep yang bersifat pelbagai atau plural kerana globalisasi mempunyai dimensinya yang tersendiri dimana ianya merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, budaya, sosial dan ideologi.Dalam satu pertubuhan iaitu United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) pula mentakrifkan bahawa globalisasi merupakan satu keadaan dimana perusahaan-perusahaan dan institusi kewangan beroperasi secara transnational yang mana barang-barang faktor pengeluaran dan aset kewangan suatu negara dapat diperdagangkan dengan sempurna diseluruh dunia sehingga kita tidak mungkin lagi melihat negara sebagai satu entiti ekonomi yang berbeza dalam menetapkan dasar ekonomi negara secara otonomi dalam mewujudkan matlamat negara masing-masing.Manakala bagi Hurrel & Woods (1995) memberi definisi bahawa globalisasi ialah satu proses peningkatan saling kebergantungan dan jaringan sosial yang berlaku akibat daripada wang, manusia, imej, nilai idea yang bergerak dengan begitu cepat dan lancar melangkaui sempadan negara. Friedman (1999) mentakrifkan globalisasi sebagai satu sistem dinamik yang berterusan iaitu terdapatnya integrasi pasaran, negara bangsa dan teknologi yang tidak dapat disekat hingga ke tahap tidak pernah dilihat sebelum ini melaluinya orang perseorangan, syarikat dan negara bangsa dapat berhubung ke serata dunia dengan lebih cepat, lebih jauh, lebih mendalam, dan lebih murah. Apa yang dapat disimpulkan di sini globalisasi merupakan satu konsep

Page 26: GLOBALISASI BARAT.docx

pengurangan kedaulatan negara, keterobosan sempadan, kecanggihan teknologi dan perkembangan transaksi perdagangan.PENDEKATAN TEORITIS ATAU ALIRAN DALAM GLOBALISASISememangnya diketahui di dalam sesebuah konsep itu pasti ada pendekatan-pendekatan teoritis yang wujud bagi mengkaji globalisasi ini. Terdapat tiga aliran atau pendekatan teoritis yang berpengaruh dan popular dalam menghujahkan konsep globalisasi ini. Tiga pendekatan teoritis utama ini ialah pendekatan juggernout atau tesis aliran hyperglobalis, pendekatan skeptik atau tesis aliran skeptik dan ketiga ialah pendekatan transformasionalis atau tesis aliran transformasionalis[2]. Bagi ketiga-tiga pendekatan ini masing-masing mempunyai hujahnya yang tersendiri dalam menerangkan peranan globalisasi yang sememangnya berpengaruh dan menguasai dunia termasuklah aspek-aspek seperti ekonomi, politik dan sosial serta tidak ketinggalan dari segi kemajuan teknologi juga.Pendekatan Juggernout atau Tesis Aliran HyperglobalPendekatan juggernout atau aliran hyperglobal ini juga dikenali sebagai tesis ’keras’ dimana aliran atau pendekatan ini menganjurkan dan mengagungkan keunggulan sistem pasran bebas. Menurut pelopor aliran ini, telah muncul satu ekonomi dunia yang benar-benar global bagi menguasai dunia dan disebabkan itu mereka menganggap bahawa ekonomi nasional dan strategi domestik dalam pengurusan ekonomi nasional tidak lagi penting. Ekonomi global pada masa kini telah didominasi oleh kuasa pasaran yang tidak dapat dan tidak perlu dikawal. Mereka juga menyatakan bahawa dalam ekonomi global faktor utama dan ejen perubahan paling penting ialah syarikat transnasional atau transnasional corporation yang mana telah diketahui hanya bermotifkan untung dan modal bukannya kepada bertujuan untung menguntungkan negara.Syarikat-syarikat ini telah menempatkan operasinya di mana jua di dunia yang mereka anggap boleh memberikannya keuntungan dan kelebihan dalam persaingan pasaran dan mereka akan memindahkan ke lokasi lain sekiranya pertimbangan mengenai keuntungan yang akan diperolehi yang akan menyebabkan mereka memindahkan syarikat ke tempat lain. Bagi golongan aliran hyperglobalis ini globalisasi merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan oleh kerana dunia telah menjadi dunia tanpa sempadan negara bangsa tidak mempunyai fungsi dan sudah ketinggalan zaman. Mereka menghujahkan bahawa pada penghujung abad ke-20 dan abad ke-21 bukan lagi era bangsa-bangsa tetapi era region-state dan menganjurkan bahawa satu-satunya cara atau metod bagi negara mundur untuk mengatasi masalah mereka ialah dengan menyertai secara lebih mendalam dalam arus globalisasi. Ini akan menjsdikan mereka lebih terintegrasi dalam ekonomi global dan meningkatkan daya saing antarabangsa dan sebagainya.Pendekatan Skeptik dan Tesis Aliran SkeptikTesis atau aliran ini juga dikenali sebagai pendekatan yang menolak globalisasi lebih-lebih lagi pandangan ’keras’ yang secara ekstrim menghujahkan bahawa globalisasi sesuatu yang tidak terelakkan dan harus menerima seperti sedia ada. Golongan skeptis menganggap globalisasi hanya satu mitos, tetapi satu mitos yang perlu. Mereka menegaskan bahawa apa yang terdapat di dunia hari ini bukannya globalisasi tetapi pengantarabangsaan (internationalisation) dan

Page 27: GLOBALISASI BARAT.docx

pelbagai negara lagi di dunia tetap beroperasi sebagai satu sistem negara yang menggerakkan hubungan antara negara atau antarabangsaan.Golongan skeptis menganggap apa yang berlaku ialah proses pengantarabangsaan bukannya globalisasi yang hanya perlu satu mitos. Walaubagaimanapun mereka mengakui globalisasi merupakan satu bentuk mitos yang perlu keran ianya digunakan untuk menyakinkan pelbagai negara dan pihak lain di dunia supaya menerima globalisasi sebagai sesuatu yang tidak terelakkan.Pendekatan Transformasionalis atau Tesis Aliran TransformasionalisTesis lembut ini atau pendekatan aliran transformationalis iaitu aliran pemikiran teoritis yang menganggap bahawa globalisasi sebagai satu proses yang benar-benar berlaku dan menjadi kenyataan serta mencirikan dunia dewasa ini. Keadaan ini dimungkinkan oleh pemampatan masa dan ruang dalam hubungan sosial yang kepesatan dan kedalamannya belum pernah terjadi dalam sejarah. Di samping itu, terdapat pula kesedaran global mengenai pemampatan tersebut. Golongan ini berpendirian bahawa globalisasi ialah satu frasa baru dalam sejarah modal yang rangkaiannya membawa pelbagai masyarakat yang berbeza di dunia ke dalam satu sistem yang sama. Tesis ini menganggap memang benar terdapat pemindahan modal, buruh, maklumat dan pengetahuan di peringkat global yang mendorong arus kuat integrasi aktiviti ekonomi secara sejagat.. Apa yang sebenarnya berlaku bukanlah semata-mata pengantarabangsaan seperti yang dihujahkan oleh tesis skeptis tetapi pengglobalan.Aliran ini juga berpendapat bahawa globalisasi bukan semata-mata melibatkan pergerakan modal dan kewangan tetapi juga melibatkan integrasi politik dan sosial yang berasaskan pergerakan kuasa pasaran. Fenomena ini dimungkinkan oleh kemunculan begitu banyak syarikat TNC atau syarikat transnasional yang besar. Aliran transformasionalis ini mengakui bahawa globalisasi sememangnya berlaku dan negara bangsa sebagai unit politik semakin dipinggirkan. Oleh yang demikian aliran ini menganggap globalisasi bukan satu proses yang melahirkan penyeragaman sepenuhnya kerana terdapat perlawanan oleh negara dan juga oleh aktor bukan negara di peringkat dalam negeri dan juga antarabangsa terhadap proses tersebut.GLOBALISASI SEBAGAI DUA PROSES YANG SALING BERKONTRADIKSIGlobalisasi sememangnya merupakan satu konsep yang dunia pada hari bergantung kepadanya. Globalisasi di dalamnya terdapat dua proses yang dikatakan saling berkontradiksi dan mempunyai prosesnya yang tersendiri. Dua proses tersebut ialah penyamarataan dan pembezaan identiti atau diferensisasi. Penyamarataan ialah satu proses dimana globalisasi menghasilkan satu dunia yang semakin seragam atau sama rata dari segi ekonomi, politik, sosial dan budaya serta teknologi. Manakala pembezaan identiti atau diferensisasi merupakan satu proses yang melawan atau mengadaptasi dengan proses penyeragaman atau penghomogenan yang dilakukan oleh proses penyeragaman. Oleh hal yang demikian, kedua-dua proses ini dikatakan saling berkontradiksi atau berlawanan antara satu sama lain serta dua proses ini tidak dapt dielakkan.PENYAMARATAAN ATAU PENYERAGAMAN

Page 28: GLOBALISASI BARAT.docx

Proses penyamarataan seperti yang diperjelaskan tadi merupakan satu proses dalam globalisasi yang menghasilkan satu dunia yang semakin seragam atau sama rata dari segi ekonomi, politik, sosial dan budaya serta teknologi. Proses penyeragaman ini penting bagi merealisasikan matlamat yang ditetapkan oleh pihak yang cuba menyebarkan pengaruh globalisasi ini.Penyeragaman atau penyamarataan dalam ekonomi’The world is becoming a global shopping mall in which ideas and products are avalaible everywhere at the same time’-

(Rosabeth Moss Kanter 1995)Kata-kata diatas menerangkan bahawa dunia pada masa kini sememangnya telah menuju untuk menjadi sebuah gedung di mana gedung ini menghasilkan idea dan produktiviti dan mampu diperolehi di semua tempat. Ini dikaitkan dengan situasi pada masa kini yang mana dunia pada masa kini bergantung kepada arus globalisasi yang menyediakan pelbagai keperluan bagi penduduk dunia. Hal ini demikian kerana terdapat usaha untuk membuka seluas-luasnya pasaran kewangan dan pelaburan serta meruntuhkan pelbagai tembok yang dianggap penghalang kepada liberalisasi kewangan, pasaran bebas didukung supaya ia berkembang tanpa sekatan dan ini dikatakn cekap, rasional dan berautonomi.Proses penyamarataan ini berlaku melalui peranan organisasi antarabangsa misalnya WTO (World Trade Organization)[3], IMF (International Monetary Fund)[4] dan AFTA (Asean Free Trade Areas)[5] di mana negara-negara yang terlibat perlu melakukan perjanjian yang ditandatangani beberapa buah negara dalam perdagangan. Perjanjian ini akan membentuk satu dasar di mana setiap negara yang menandatangani perjanjian akan disamaratakan cukai dan tarif negara yang terlibat dalam perjanjian. Pihak kapitalis Barat dilihat sebagai pendominasi perdagangan dan kewangan antarabangsa yang lebih cenderung ke arah kekayaan secara individu dan mengidamkan gaya hidup yang mewah. Dalam proses penyamarataan ini, proses ini mewujudkan keadaan ekonomi yang terbuka dan saling kebergantungan (interdependence) antara negara wujud melalui perdagangan bebas, pelaburan asing secara langsung dan pelaburan portfolio.Penyeragaman atau penyamarataan dalam politikDalam proses penyeragaman atau penyamarataan ini terdapat cubaan untuk menyeragamkan bentuk pemerintahan di seluruh dunia. Sememangnya globalisasi menyalurkan sebuah idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh masyarakat dunia yang diterajui oleh Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa dunia yang terkuat di dunia (Abdul Rahman Embong 2000). Amerika Syarikat menjadikan globalisasi itu sebagi satu medium untuk menyalurkan idea demokrasi dan kesan daripada itu wujudlah satu istilah yang digelar ’Americanization’.Proses penyamarataan dalam politik wujud dalam bentuk kerjasama. Kerjasama dalam proses penyamarataan atau penyeragaman wujud bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia hari ini. Melalui globalisasi, masalah dikatakan bukan lagi pada sesebuah pihak atau satu negara tetapi keputusan bagi menyelesaikan masalah dilakukan secara bersama dan melibatkan

Page 29: GLOBALISASI BARAT.docx

satu dunia. Kerjasama ini wujud apabila berlakunya beberapa krisis atau masalah dalam dunia. Antaranya ialah masalah berkenaan alam sekitar, keselamatan negara dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya proses penyamarataan dalam politik merupakan analisis berteraskan negara mengenai integrasi masyarakat dunia ke dalam satu sistem ekonomi dan politik global yang diketuai oleh satu kuasa utama. Misalnya dunia pada masa kini yang diketuai oleh satu kuasa unipolar iaitu Amerika Syarikat seperti yang telah dijelaskan tadi.Penyeragaman dan penyamarataan dalam sosial atau budayaDari segi penyamarataan dalam budaya pula, terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia melalui makanan, pakaian dan budaya seperti Mcdonald, Pizza, Coca Cola, Pepsi dan lain-lain. Selain itu terdapat juga trend dimana dunia dipengaruhi oleh fesyen ala kebaratan dan menjadi ikutan pada hari ini. Pengaruh budaya ini dilihat juga disebabkan oleh pihak kapitalis Barat kerana perubahan dunia kini dilihat ke arah pembaratan atau istilah yang sering digunakan dan telah dinyatakan sebelum ini iaitu proses ’Americanization’. Pengaruh globalisasi juga menyebabkan tersebarnya penyeragaman yang membentuk satu budaya baru yang digelar budaya kosmopolitan iaitu dimana masyarakat yang hidup dalam budaya kosmoplitan masih mengamalkan budaya atau cara hidup tempatan tetapi pemikiran mereka lebih terarah kepada global yang mana mereka lebih bersifat terbuka dan memikirkan kebajikan mereka sahaja. Proses sosio-budaya yang berteraskan kepada konsep ’satu dunia’ menyebabkan berlakunya pergerakan globalist warganegara dunia.Makalah ini mengambil contoh dimana dalam penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat berlakunya satu proses yang dipanggil Mcdonaldisation of Society (Abdul Rahman Embong 2000). Hal ini demikian kerana Mcdonald dikatakan smenjadi lambang bagi memaksudkan keseluruhan budaya konsumer tersebut. Istilah digunakan bagi merujuk kepada proses penyebaran budaya konsumer oleh syarikat-syarikat transnasional dunia. Perluasan pasaran ekonomi bebas yang ditunjangi oleh TNC dan juga sistem politik demokrasi liberal ala-Barat tidak lengkap sekiranya ia dibatasi kepada bidang ekonomi dan politik sahaja. Oleh itu, penyebaran bagi membentuk penyeragaman harus diperluaskan kepada kehidupan dan pemikiran supaya sistem ekonomi dan politik tersebut menjadi satu norma yang diterima tanpa soal. Bagi menzahirkan matlamat itu, budaya konsumer ini harus diperluaskan sebaik mungkin supaya ianya akan melahirkan penyeragaman budaya khususnya dari segi gaya hidup. Proses penyeragaman ini jika dilihat pada masa kini hampir berlaku di seluruh dunia walaupun masih ada segelintir pihak yang tidak dapat menerima dengan baik hasil daripada proses penyeragaman dalam globalisasi ini.Penyeragaman atau penyamarataan dalam teknologiTeknologi sememangya diketahui merupakan salah satu faktor utama yang menjadi antara pendorong kepada berlakunya proses dalam globalisasi. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menggalakkan rangkaian global dalam sesebuah negara dengan negara yang lain. Penggunaan media telekomunikasi seperti internet dan televisyen dikatakan menjadi platform penting bagi melancarkan proses penyamarataan berlaku. Kesan daripada itu wujudlah satu

Page 30: GLOBALISASI BARAT.docx

konsep yang dikenali sebagai proglobalis iaitu satu konsep yang menjadi medium bagi menyebarkan budaya sehingga ada pihak yang menyatakan wujudnya perkampungan global. Marshall Mcluhan (1960 an) ada memberi definisi tentang perkampungan global iaitu:’ transendence of contraints of phisycal place enabled by new communications technologies thatallow instant, inexpensive global communication’

(Marshall Mcluhan 1960-an)Kata-kata ini menjelaskan mengenai perkampungan global iaitu satu proses transendesi terhadap keadaan fizikal sesebuah tempat yang mampu diubah melalui teknologi komunikasi dan membenarkan proses penyeragaman berlaku dengan lebih cepat dan murah untuk menghasilkan komunikasi global yang baik. Hal ini demikian kerana dunia hari ini menjadikan internet sebagai satu ruang umum kepada masyarakat awam untuk membahaskan isu-isu dunia dengan bebas tanpa kawalan kerajaan dan institusi yanbg lain melalui email dan laman interaktif seperti Myspace, Friendster, blogs, Facebook dan lain-lain. Kemajuan dan penyamarataan dalam teknologi ini dikatakan menjadi salah satu asas kepada demokrasi kerana wujudnya keterbukaan untuk masyarakat membahaskan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan kebajikan mereka dan mereka. Media-media interaktif seperti ini dijadikan sebagai satu medium untuk mereka menyuarakan pendapat mereka mengenai dasar-dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan. Friedman (1999) berpendapat bahawa proses penyeragaman dalam teknologi ini berlaku apabila berlakunya perubahan dalam metod berkomunikasi antara satu sama lain iatu apabila berlakunya penciptaan telefon dalam kereta lalu beliau membentuk satu konsep kesan daripada proses penyeragaman atau penyamarataan iaitu pendemokrasian dalam teknologi or democracy in technology[6].PEMBEZAAN IDENTITI ATAU DEFERENSISASISememangnya diketahui bahawa pembezaan identiti merupakan salah satu daripada proses yang terdapat dalam globalisasi selain daripada proses penyeragaman. Proses pmbezaan identiti secara konseptualnya merupakan satu proses yang berlawanan atau mengadaptasi dengan proses penyeragaman atau penghomogenan. Proses ini dikatakan saling berkontradiksi dengan proses penyeragaman yang mana proses pembezaan ini juga wujud dalam pelbagai aspek iaitu aspek ekonomi, politik, sosial atau budaya dan teknologi. Pembezaan ini dikatakan wujud kesan daripada proses penyeragaman itu tadi yang berkontradiksi antara satu sama lain.Pembezaan identiti atau deferensisasi dalam ekonomiDalam aspek ekonomi pula wujud usaha untuk memperkembangkan dan memperluaskan pasaran kewangan dan pelaburan serta berusaha untuk pelbagai tembok yang menjadi penghalang dalam usaha melebarkan dakyah proses penyeragaman dalam globalisasi. Sememangya diketahui pengaruh globalisasi menganjurkan sitem ekonomi kapitalis lanjutan daripada ideologi liberal yang mendukung pasaran bebas sebagai satu pasaran yang dianggap cekap, rasional dan mempunyai autonominya teresendiri. Pihak-pihak yang memperjuangkan ideologi liberalisme sebagai satu ideologi yang utuh telah berusaha sedaya upaya supaya sistem ekonomi kapitalis menjadi sebuah sistem ekonomi yang digunapakai di seluruh dunia. Hal ini terbukti pada masa

Page 31: GLOBALISASI BARAT.docx

kini dunia menganjurkan sistem ekonomi kapitalis atau pasaran bebas (free trade) sebagai sistem ekonomi global.Namun disebalik usaha untuk meluaskan pasaran bebas itu ke serata dunia terdapat pula usaha untuk mendirikan tembok bagi mejaga kepentingan ekonomi domestik dan bertentangan dengan proses penyeragaman itu tadi. Dalam arus globalisasi kesan akibat daripada proses penyeragaman menyebabkan wujudnya proses pembezaan identiti atau deferensisasi dimana terdapatnya jurang ekonomi yang besar antara negara kaya (negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis) dengan negara miskin yang rata-rata penduduknya memiliki pendapatan perkapita yang rendah. Negara yang miskin atau negara sedang membangun terpaksa menggubal undang-undang atau dasar-dasar yang memihak kepada negara kaya yang bersetentang dengan dasar-dasar ekonomi yang ditetapkan oleh pihak mereka sendiri. Hal ini demikian kerana peraturan atau dasar global ini dilihat mengenepikan masyarakat di negara-negara miskin. Mengapa pembezaan identiti atau deferensisasi dalam ekonomi ini berlaku? Hal ini disebabkan oleh kemasukan syarikat multinasional atau multinasional corporation (MNC) ke negara-negara miskin untuk menjalankan operasinya yang menyebabkan sesebuah negara yang MNC melakukan pelaburan modal terpaksa membentuk satu polisi baru yang dikehendaki oleh pihak MNC yang sememangnya diketahui mempunyai matlamat untuk menghasilkan untung yang maksimum (maximum of profit). Melalui cubaan mereka untuk merealisasikan matlamat mereka telah mengambil pendekatan yang dikatakan menindas golongan pekerja bawahan iaitumengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan gaji pekerja. Kesannya dapat dilihat berlakunya proses pembezaan dimana wujud ketidakseimbangan dalam jurang pendapatan rakyat di negara tersebut dan negara kaya terus kaya manakala negara miskin terus miskin bertentangan dengan matlamat asal untuk memajukan ekonomi sesebuah negara. Ini yang diperjuangkan oleh sessetengah kumpulan yang menentang penyebaran pengaruh globalisasi ke seluruh dunia yang menyebabkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin menjadi lebih besar.Pembezaan identiti atau deferensisasi dalam politikProses pembezaan identiti wujud dan berkontradiksi dengan proses penyeragaman atau penyamarataan melalui idea demokrasi yang dicanangkan oleh kuasa besar dunia pada masa kini iaitu Amerika Syarikat. Idea atau sistem pemerintahan yang berbentuk demokrasi ini telah mencetuskan perlawanan dan pembezaan di setiap atau pelbagai pelosok dunia. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara yang cuba mentakrif semula idea demokrasi dan hak asasi manusia supaya mengikut tempat atau negara masing-masing. Misalnya nilai Asia, demokrasi ala Malaysia dan hak komuniti atau masyarakat mengatasi individu diketengahkan dengan alasan kita sepatutnya melakukan perubahan ini mengikut acuan sendiri dan tidak sepatutnya dilakukan mengikut acuan Barat.Proses pembezaan dalam globalisasi yang kontra dengan proses penyeragaman ini tidak berhenti setakat itu. Bahkan melalui proses pembezaan ini juga menyebabkan wujud gerakan masyarakat sivil yang mendesak pembentukan dan perluasan demokrasi dari bawah iaitu dari dari golongan bawahan dan golongan kelas menengah. Gerakan masyarakat sivil ini berpendirian kritis

Page 32: GLOBALISASI BARAT.docx

terhadap idea demokrasi dan hak asasi manusia sejagat yang dipropagandakan oleh kuasa besar Barat. Selain itu juga, gerakan masyarakat sivil ini juga mempunyai matlamat untuk mendedahkan sikap dan amalan double standard kuasa-kuasa tersebut terutamanya Amerika Syarikat mengenai idea demokrasi dan hak asasi manusia yang diketengahkan oleh mereka. Tetapi gerakan-gerakan sivil ini juga berhati-hati dan mempunyai pandangan kritis terhadap agenda politik negara bukan Barat yang menjadikan hujah ’mengikut cara tersendiri’ sebagai alasan untuk melaksanakan bentuk pemerintahan autoritarianisme dalam negeri yang mengekang perkembangan masyarakat sivil dan kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh warganegaranya. Gerakan masyarakat sivil yang wujud akibat daripada globalisasi melalui proses pembezaan ini juga menyatakan pandangan mereka bahawa globalisasi telah menyebabkan berlakunya pertambahan dalam migrasi buruh ke negara sedang membangun danmaju akibat daripada pelaburan yang dilakukan oleh syarikat multinasional atau multinasional corporation(MNC) dan syarikat transnasioanl atau transnasional corporation (TNC) melalui operasi mereka di negara-negara yang dipilih.Pembezaan identiti atau deferensisasi dalam sosial atau budayaDalam globalisasi juga terdapat proses pembezaan dalam sosial yang melibatkan budaya, agama dan peradaban. Penyebaran budaya konsumer yang rata-ratanya mempengaruhi dunia dengan proses Mcdonaldisation of society yang menjadi taruhan dalam usaha untuk mempengaruhi kehidupan dan pemikiran telah mencetuskan pembezaan dan bahkan perlwanan terhadap proses penyeragaman sosial. Proses pembezaan yang terdapat dalam globalisasi ini mengambil bentuk usaha menegaskan semula budaya dan identiti sendiri iaitu dengan menggali budaya transnasional dan juga merekacipta tradisi. Proses pembezaan ini juga telah melahirkan satu gerakan revivalisme udaya dalam pelbagai ragam dan bentuk di kebanyakan negara di dunia. Gerakan revivalisme ini menentang penyebaran budaya konsumerisme yang dikatakan telah mencacatkan budaya di sestengah tempat atau negara. Hal ini demikian kerana golongan revival ini mempunyai matlamat untuk mengekalkan budaya di tempat masing-masing melalui penentangan keras terhadap budaya konsumerisme yang disebarkan melalui globalisasi.Proses pembezaan tidak terhenti setakat itu sahaja bahkan dari aspek keagamaan dan peradaban juga wujud usaha untuk memperkembangkan nilai-nilai agama. Usaha untuk memperkembangkan nilai-nilai kebangkitan agama ini diwujudkan melalui gerakan ’pemurnian’ hidup bagi mengelak daripada pengaruh sekularisme yang sememangnya sinonim dengan Barat. Misalnya wujud gerakan Islam di seluruh dunia yang menganjurkan Islam sebagai addin atau cara hidup bukannya sebagai satu kepercayaan semata-mata. Ini penting bagi mengekang kemaraan pengaruh sekularisme yang menjadikan globalisasi sebagai platform atau medium untuk menyebarkan fahaman mereka daripada terus cuba untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam.Pembezaan identiti atau deferensisasi dalam teknologiProses pembezaan identiti atau deferensisasi dalam teknologi berlaku dan berlawanan dengan proses penyeragaman. Hal ini demikian kerana dalam perkongsian teknologi terutamanya dalam

Page 33: GLOBALISASI BARAT.docx

perkongsian teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan lagi perhubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Proses pembezaan ini berlaku apabila matlamat untuk berlakunya perkongsian teknologi ini tidak tercapai. Hal ini demikian wujud pihak yang cuba untuk memprovokasi pihak lain supaya pihak yang memiliki keupayaan teknologi tersebut tidak tergugat dalam kemajuan teknologi. Misalnya jika dilihat dunia pada hari ini wujud kawalan teknologi ke atas sesebuah negara seperti China. Seperti yang diketahui China merupakan salah satu daripada kuasa besar di dunia yang pengaruhnya semakin utuh. Kapitalis Barat iaitu terutamanya pihak Amerika Syarikat dikatakan tidak mahu menjual teknologi kepada China dan dengan itu China telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan teknologi. Hal ini menunjukkan proses pembezaan identiti berlaku apabila adanya teknologi lain selain daripada teknologi yang disalurkan oleh Barat. Ini menyebabkan wujud proses pembezaan identiti dalam teknologi. Amerika Syarikat mengetahui bahawa China mempunyai struktur ekonomi yang kukuh tidak mustahil China mampu untuk maju dalam teknologi. Amerika Syarikat sememangnya akan cuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraan China dan ini menyebabkan deferensisasi itu berlaku dalam kemajuan teknologi.KESAN GLOBALISASIGlobalisasi sememangnya diketahui mempunyai kesannya sama ada baik atau buruk. Kesan globalisasi ini akan diterangkan secata umum melibatkan kebaikan dan keburukan globalisasi terhadap aspek ekonomi, politik dan sosial. Secara umumnya dapat dilihat kesan globalisasi terhadap aspek-aspek ini.EkonomiKesan globalisasi terhadap aspek ekonomi dapat dilihat apabila globalisasi menyumbang kepada perkembangan ekonomi melalui sistem ekonomi yang berdasarkan kepada pasaran bebas ataufree trade. Selain itu, proses globalisasi juga menyumbang kepada penggunaan teknologi baru dalam pengeluaran khususnya dalam sektor perindustrian dan mewujudkan persaingan antara pengusaha-pengusaha tempatan dengan pelabur asing. Walaupun pada asalnya globalisasi mewujudkan persaingan antara pengusaha tempatan dengan pelabur asing tetapi sebaliknya berlaku apabila wujud pendominasian daripada pelabur modal asing. Hal ini demikian kerana keupayaan bagi pemodal tempatan untuk melabur adalah rendah berbanding pelabur modal asing. Manakala sistem ekonomi yang berdasarka pasaran bebas ini memberi kesan yang sebaliknya apabila negara kaya mengeksploitasi negara miskin bagi memperoleh untung yang maksimum.PolitikKesan globalisasi terhadap aspek politik pula dapat dilihat apabila kerajaan melakukan perubahan dan menggubal dasar-dasar yang bersesuaian dengan perdagangan antarabangsa untuk memperoleh faedah daripada aktiviti perdagangan antarabangsa yang dilakukan dengan negara lain. Tetapi dalam masa yang sama kesan daripada globalisasi juga menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan kos yang banyak dalam menangani masalah migrasi yang datang ke negara secara haram untuk memperoleh pekerjaan serta kerajaan juga perlu menyediakan dana

Page 34: GLOBALISASI BARAT.docx

bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan isu sosial yang mampu menggugat ketenteraman awam. Kesan globalisasi yang baik juga dapat dilihat apabila wujud hubungan diplomatik antara negara dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kawasan serantau atau lain-lain.SosialMelalui aspek sosial pula dapat dilihat bahwa globalisasi memberi kesan apabila globalisasi membawa pengaruh budaya Barat yang menyebabkan berlakunya pencampuran budaya di mana budaya Barat ini sememangnya bertentangan dengan budaya asli sesebuah negara atau tempat. Selain itu, kesan globalisasi terhadap aspek sosial ialah berlakunya peningkatan migrasi pekerja dari luar iaitu migrasi pekerja asing ke negara-negara membangun di dunia termasuklah Malaysia.Kesan daripada berlakunya proses migrasi itu menyebabkan berlakunya penularan wabak-wabak penyakit khususnya wabak penyakit pandemik yang mampu mengancam keselamatan penduduk di sesbuah tempat atau negara.KESIMPULANSecara ringkasnya jelaslah bahawa globalisasi ialah dua proses yang saling berkontradiksi. Berdasarkan perbincangan dalam makalah ini dua proses globalisasi yang saling berkontradiksi tersebut ialah proses penyeragaman atau penyamarataan dan proses pembezaan identiti. Melalui kedua-dua proses ini dapat ditunjukkan dengan jelas bagaimana berlakunya usaha menyebarkan pengaruh globalisasi ke serata dunia dengan ada pihak yang menyatakan globalisasi cuma dijadikan sebagai medium atau ruang bagi kuasa-kuasa besar Barat melebarkan sayap pengaruhnya ke seluruh dunia terutamanya negara-negara Asia Timur. Sememangnya globalisasi merupakan satu proses berbentuk sejagat. Oleh itu, usaha penting harus dilakukan bagi meneliti peranan globalisasi sebenarnya dengan kritis dan memberi input daripada perspektif yang sesuai dalam membincangkan apa itu globalisasi. Akhir sekali, sememangnya globalisasi merupakan dua proses yang saling bertentangan dan berkontradiksi kerana terdapatnya proses yang menyamaratakan masyarakat global dan juga membezakan masyarakat.