glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

54
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU GLOSARI SENI VISUAL TAJUK : PENGERTIAN DAN PERANAN SENI VISUAL ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI Pengertian Seni Visual Berdasarkan kepada beberapa aspek seperti, pernyataan diri (self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D, 3D, komunikasi visual, bahan seni visual, isi mesej, imej, form (cara persembahan) content benda subjek, objek berfungsi, nilai estetika, ciri kreatif, pelukis/ pandai tukang dan karya seni Seni Halus dan barangan kraf. Menurut Ibnu Khaldum seni : Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ismail Zain - Surface Painting, 1970. - Gambar: 57 Abdullah Arif - Dusun kelapa, 1948.- Gambar: 49 Pernyataan diri (self- expression) Idea dan hasrat diri pengkarya. Amron Omar- Bersilat II, 1980. - Gambar : 123 Ahmad Khalid Yusof - Alif Ba TA ,1971. – Gambar: 1 Isi/mesej Hasrat/ makna yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Redza Piyadasa - Malaysian Story No 2, 1999. – Gambar : 153 Dzulkifli Buyung – Kapal Kertas – 1966. – Gambar 5 - Menggambarkan budaya tempatan - Kanak-kanak berbangsa Melayu menghabiskan masa selepas persekolahan Redza Piyadasa - The Great Malaysian Landscape, 1

Transcript of glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

Page 1: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

TAJUK : PENGERTIAN DAN PERANAN SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI

Pengertian Seni Visual Berdasarkan kepada beberapa aspek seperti, pernyataan diri (self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D, 3D, komunikasi visual, bahan seni visual, isi mesej, imej, form (cara persembahan) content benda subjek, objek berfungsi, nilai estetika, ciri kreatif, pelukis/ pandai tukang dan karya seni

Seni Halus dan barangan kraf.Menurut Ibnu Khaldum seni : Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ismail Zain - Surface Painting, 1970. - Gambar: 57Abdullah Arif - Dusun kelapa, 1948.- Gambar: 49

Pernyataan diri (self- expression)

Idea dan hasrat diri pengkarya. Amron Omar- Bersilat II, 1980. - Gambar : 123Ahmad Khalid Yusof - Alif Ba TA ,1971. – Gambar: 1

Isi/mesej Hasrat/ makna yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Redza Piyadasa - Malaysian Story No 2, 1999. – Gambar : 153Dzulkifli Buyung – Kapal Kertas – 1966. – Gambar 5

- Menggambarkan budaya tempatan- Kanak-kanak berbangsa Melayu menghabiskan masa selepas

persekolahan Redza Piyadasa - The Great Malaysian Landscape, 1972. - Gambar 6.Redza Piyadasa - Baba Family, 1986. - Gambar 8

Imej Gambaran visual yang ada hubung kait (asosiasi) dengan idea dalam karya seni visual.

Tengku Sabri Tengku Ibrahim – Untilted Column . – Gambar : 114Zulkifli Dahlan - Jalan Raya, 1975. - Gambar : 15Lai Foong Moi - Rumah Panjang Dayak, 1959. Gambar: 51

1

Page 2: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ILUSTRASI

Form

Sebagai unsur konkrit kepada pecahan unsur tampak Ruzaika Omar Bassaree - Dungun Series, 1981. – Gambar : 12

Chuah Thean Teng - Musim Buah , 1967. – Gambar : 29

Vincent Van Gogh – Starry Night, 1889. – Gambar : 107

Kandungan (Content) Penekanannya kepada pengertian dan makna (tema) memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan untuk menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual.

Syed Thajudeen, - Merdeka, 1989. – Gambar : 9Yusof Ghani - Siri Tari X / 88, 1988. - Gambar 17Mazli Mat Som - Pasar Minggu, 1964 . - Gambar 19Jackson Pollock - Lucifer, 1947. - Gambar: 33

Benda-subjek(Subject – Matter)

Mengkaji melalui kajian tentang sumber yang hendak menjadi inspirasi pelukis.

Berdasarkan aspek bahan, gaya dan teknik.

Lai Foong Moi – Waktu Pagi Di Kampong, 1959. – Gambar : 44

- Bahan - Cat minyak - Gaya - realisme- Teknik - Warna yang cerah pengolahan secara langsung. Gubahan mengutamakan perspektif

Mohd Hossein Enas - Gadis Menumbuk Padi, 1959. – Gambar: 27Zulkifli Dahlan - Di dalam Ruang Rumah, 1974. - Gambar : 34

2

Page 3: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ILUSTRASI

Ciri-ciri kreatif/kreativiti Seperti sensitivi kepada masalah, fluency (kelancaran), flexibility (luwes) , originalty( keaslian), mengubah / mentafsir semula, Coherence of organization ( kelarasan organisasi), independent dan inventive respond (bebas dan tindak balas yang membina.)

Peranan psikologi (individu) dalam Seni Visual.Wong Hoy Cheong – Sook Ching, 1990. Gambar : 115.Ibrahim Hussein – My Father and Astrounaut, 1969 – Gambar : 105Chew Teng Beng - Whither The Culture, 1985 . - Gambar: 35

Pandai tukang Orang yang mahir dan arif, dalam pemikiran, tindakan

dalam sesuatu bidang kraf Tokoh:

Batik : Haji Che Su bin Ishak – Kelantan dan Hj Ali bin Ismail- TerengganuUkiran: Latif bin Long dan Tn Hj. Wan Su b Othman - TerengganuAnyaman : Puan Aminah bt Ali – Terengganu, Tembikar : Puan Hasnah bt Mohd Adnan – Kuala Kangsar

Estetika Membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.

Melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Dari segi psikologi, keindahan sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Keindahan itu bersifat idea dan fakta.Contoh: Keunikan hulu keris Jawa Demam, Hulu keris Pekaka

Pengalaman estetik Kefahaman tentang aspek intelektual dan pengalaman langsung individu.

Gabungan tentang kefahaman intelektual dan pengalaman langsung sebagai penyumbang kepada penghasilan hasil seni visual yang bermutu.Contoh : Suasana pada waktu senja, pemandangan sawah padi dan lain-lainGeorges Seurat - Bathing at Asnieres, 1883 – 1884 - Gambar: 55

3

Page 4: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ILUSTRASI Pengalaman Kesan sensitiviti terhadap apa-apa yang dialami sama

ada daripada persekitaran diri mahupun alam sekeliling..Latif Mohidin -Pago-Pago , 1964. – Gambar : 106Nirmala Shanmughalingham - Vietnam II, 1980. . – Gambar : 63

Pengalaman melalui seni dapat berkeupayaan memahami wawasan artis sehingga seseorang mengenali makna yang hendak disampaikan dalam sesebuah karya.

Pengalaman langsung Penglibatan secara langsung menghasilkan sesuatu karya melalui deria. Menyedari tentang pemeringkatan proses dan teknik dalam penghasilan karya

Lai Fong Moi - Pagi Hari Di Kampong, 1959. – Gambar : 44

Dzulkifli Buyong, - Membakar Semut, 1967. - Gambar: 37Ismail Zain - From There To Now, 1986 - Gambar: 62

Aliran Haluan pemikiran dalam penghasilan sesuatu karya. Syed Ahmad Jamal - Gunung ledang, 1978. Abstrak Ekpresionisme. – Gambar : 103

Abdullah Ariff – Bumi Bahagia, 1960- Impresionisme. – Gambar : 32

Andy Warhol – Pop Art. – Gambar : 98

Hasanul Jamal Saidon – Kdek Kdek Ong! – Instalasi. – Gambar : 117

Pablo Picasso – Kubisme. – Gambar : 75

Claude Monet - Realisme - Bathing At La Grenouillere, 1869. - Gambar: 45

4

Page 5: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ILUSTRASI

Imaginasi Daya kreatif atau kemampuan menggambarkan dalam pemikiran sesuatu secara khayalan.

Ibrahim Hussein – Mengapa kau Begitu, 1969. – Gambar : 138Zulkifli Dahlan – Realiti Berasingan, 1975. – Gambar : 158

Syed Thajudeen - Siri Ramayana, 1972. - Gambar: 48Caravaggio - The Supper At Emmans 1601 – 02 - Gambar: 67

Penaung Intitusi atau organisasi yang menggalak, menyokong dan mengembangkan seni visual melalui pernyataan dan sumbangan

Balai Seni Lukis Negara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, IPTA, IPTS, Perbadanan Kraf Malaysia, Karyaneka, Badan – Badan Koperat dan lain-lain.

Pengamal Individu, kumpulan dan intitusi atau organisasi yang giat menghasilkan seni visual dan barangan kraf

Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohidin, Amron Omar, Sharifah Fatimah Zubir dll.UiTM, UPSI, USM, MIA, One Academy dan lain-lain.

Pengkritik Individu atau intitusi yang memperkatakan hasil seni visual melalui penulisan dan lisan dengan membuat analisis, interpretasi dan penilaian.

T.K Sabapathy, Zakaria Ali, Radza Piyadasa, Abu Talib Putih, Mubin Sheppard, Muliyadi Mahamood dan lain-lain.

Pencinta seni Individu atau kumpulan yang mempunyai kecenderungan, minat dan turut terlibat dalam pelbagai dalam kegiatan seni visual

Individu - Mazli Mat Som, Awang Damit Ahmat, Haron Mokhtar, Din Omar dan lain-lain.Kumpulan - Angkatan Pelukis Malaysia, Persatuan Cat Air Malaysia Institusi – USM, UiTM, UNIMAS, UPSIdan lain-lain.

5

Page 6: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI

Signifikan Sesuatu yang jelas dan mempunyai hubungan Syed Ahmad Jamal – Gunung Ledang , 1978. – Gambar : 103Ruzaika Omar Basaree – Siri Dungun, 1981. – Gambar : 12

Mastura Abdul Rahman - Interior No 29, 1987. - Gambar: 46

Psikologi Perkembangan diri individu berdasarkan kepada sensitiviti, emosi dan ekspresi.

Ibrahim Hussein – Ayah Ku dan Angkasawan 1969 ( sensitivity) . – Gambar : 104Ismail Mustam – Hang Tuah dan Hang Jebat , 1961 (Ekspresi) . – Gambar : 2Mohd Hoessein Enas – Potret Diri 1959 (Emosi) . – Gambar : 149

Persekitaran Suasana di ruang sekeliling Peter Harris – Rumah Rakit , 1956. – Gambar : 152Ismail Hashim – Hebat Juga ! Pemandangan Jambatan Pulau Pinang, 1996. – Gambar : 66

Emosi Keupayaan melahirkan kepelbagaian rasa, perasaan, idea dan hasrat.

Bayu Utomo Radjikin – Bujang Berani, 1991. – Gambar : 89Tan Chin Kuan – Tragic Blue Night, 1991. – Gambar : 156

Tay Hooi Keat - Plantscape, 1959. - Gambar: 50

Propaganda Ideologi, pendapat, idea, hasrat atau kepercayaan yang dihebahkan untuk mempengaruhi penghayat dengan cara membuat perbandingan.

Nirmala Shanmunglingam – Friends In Need, 1986. – Gambar : 150Ibrahim Hussein – Senyum Seorang Monyet, 1970. – Gambar : 139

Ismail Hashim - Pemajuan, 1986. - Gambar: 64Nirmala Shanmughalingam - Afrika II, 1980. Gambar : 69

6

Page 7: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN /ILUSTRASI

Nationalisme Membangkitkan nilai, semangat dan perasaan kebangsaan.

Md. Anuar Ismail – Pemain Rebab, 1991. – Gambar : 151Zakaria Awang – Murakabah, 1991. – Gambar : 157Cheong Lai Tong – Oil On Hardboard, 1991. – Gambar : 9

Ritual Berkaitan dengan ciri-ciri atau tatacara dalam keagamaan dan upacara sesuatu budaya

Patrick Ng Koh Onn – Sprit Of Earth, 1958. – Gambar : 18Sulaiman Esa – Ke Arah Tauhid, 1983 – Gambar : 155 Anthony Lau – Jin Api, 1959 -Gambar : 88

Spritual Semangat yang bersifat kerohanian untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan

Nik Zainal Abidin – Wayang Kulit Kelantan, 1965 (arca ) . – Gambar : 113Raja Shariman Raja Aziddin – Gerak Tempur, 1996 (arca).- Gambar : 85

Gianlorenzo Bernini - The Ectasy of St.Teresa,1645-52. - Gambar: 134

Sensitiviti Kepekaan dalam membuat pertimbangan, persepsi, sosial dan estetik

Joseph Tan – Memories Of Dungun, 1988. – Gambar : 121Johari Said – Garden In The Sky, 1990. – Gambar : 142Awang Damit Ahmat – Essence Of Culture, 1985. – Gambar : 124

Chia Yu Chian - Election, 1978 - Gambar: 104Tan Choon Ghee - Street Scene, Penang. 1960. - Gambar: 99Hasnul Jamal Saidon - Smiling van Gogh and Smiling Gaugin,1997-2001 -Instalasi –. Gambar: 135

7

Page 8: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Ekspresi Peluahan perasaan dan tindak balas emosi hasil daripadaberinteraksi dengan alam

Lim Eng Hooi – Mars Burnt Raw SV.2, 1979. – Gambar : 39Syarifah Fatimah Syed Zubir – Rhythm And Rhyme II, 1987. – Gambar : 108Siti Zainon Ismail – Bendera Kemuliaan, 1987. – Gambar : 40

Pengeluaran Produk seni visual Reka bentuk industriBarangan krafBarangan perhiasan

Pemujukan Perihal perbuatan yang bertujuan untuk memikat hati. Ia berupaya dalam membentuk empati dan tarikan

Chia Yu Chian – Election, 1978. – Gambar : 104Contoh : Iklan komersial

Nirmala Shanmughalingam – Pollution Piece, 1973. – Gambar : 59Pencemaran alam

Yeoh Jin Leng - Sawah Padi, 1983. - Gambar: 95Nirmala Shanmunghalingan - Friends in Need 1986. - Gambar: 150Bayu Utomo Radjikin - Mangsa Dera, 1990. - Gambar : 85

8

Page 9: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

TAJUK : IDEA DAN PENGUCAPAN SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Idea Buah fikiran (menyatakan hasrat). Idea adalah sebahagian daripada cara berfikir bagi membolehkan idea itu dijana dengan kekuatan fikiran.

Bagaimana Idea, sistem penerokaan idea yang dapat dijana dalam pemikiran untuk penghasilan seni visual iaitu :Unsur-unsur idea :

- awareness- interpretasi- penerokaan- penggarapan

Pengucapan Seni Visual

Imej tampak yang dipersembahkan untuk menyampaikan sesuatu maksud dan hasrat.

Zukifli Buyung – Kelambu, 1964. – Gambar : 53Constantin Brancusi – Bird In Space, 1928? . – Gambar: 129Henry Moore – Reclining Figure, 1929. – Gambar : 136

Ibrahim Hussein - My Father And The Astrounaut, 1969- Gambar: 105

Awareness (Kesedaran)

Kesedaran yang membangkitkan tindak balas terhadap sesuatu isu.Redza Piyadasa – Malaysian Story No. II, 1999. – Gambar : 153Ruzaika Omar Basaree – Siri Dungun Jendela Terbuka, 1978. - Gambar : 12

Poster – Bayu Utomo Radjikin - Mangsa Dera, 1990.- Gambar : 85 Anti Dadah, Cintai Sungai Kita, Pandu cermat Jiwa Selamat.

9

Page 10: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Interpretasi Bagaimana pengkarya mentafsir hasrat dan maksudnya dengan menggunakan elemen-elemen seni visual

Zulkifli Buyung – Kapal Kertas, 1966. – Gambar : 5- Bagaimana kakak-kanak yang bersekolah

menghabiskan masa dengan bermain di persekitaran kampong mereka.

Penerokaan Kajian, penemuan, penyelidikan, cuba jaya, percubaan. Kajian dan penerokaan bertujuan untuk menjadi bahan rujukan dan bahan penghasilan karya yang bermutu.Anthony Lau – Rimba, 1968. – Gambar : 92

Raja Shariman Aziddin - Killing Tools - Gambar: 86Lascaux caves Left Hand Wall Great Hall of Bulls, 15 – 10000 BC - Gambar: 72

Penggarapan Gabungan dan olahan ketiga-tiga unsur ( Awareness / Kesedaran, Interpretasi dan Penerokaan )

Ibrahim Hussein – Mengapa Kau Begitu ?, 1969. – Gambar : 138Hasnul Jamal Saidon – Smilling Van Gogh And Smilling Caugin (Fashion Parade) 1997. – Gambar : 135

Leong Chee Siong - Who are you, Where Are You From, Where Are You Going, 1998.

Gambar: 75Wong Hoy Cheong - Aspirations of The Working class, 1994 Arang - Gambar: 74

10

Page 11: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Arketaip Merupakan sesuatu idea yang tidak terdapat secara lahiriah Dalam pemikiran pengkarya

Representasi mental Pembentukkan idea untuk visualisasi (ditampakkan) Karya-karya yang terdapat dalam penghasilan seni visual

Visualisasi Hasil dari idea (buah fikiran) dan bukan idea itu sendiri Karya seni tampak yang dihasilkan secara 3 D atau 2 D

Chee Sek Tim - Tiffin Series, 1996. - Gambar: 108

Homegas Dorongan dari semangat menghargai tuan, mendewa-dewakan sesuatu atau idola

Leonardi di Vinci – Mona Lisa, 1503 - 1506. – Gambar : 20

Mohd Hoessien Enas - Pengantin Perempuan Iban,1963- Gambar: 148Anthony Lau - Jin Api. 1959. - Gambar: 88

Media massa Maklumat dari pelbagai sumber media Berita Perdana, akhbar, majalah, intenet dan lain-lain.

11

Page 12: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Pemerhatian Pesepsi (pengamatan) dan ketelitian melihat sesuatu Cheong Soo Pieng – Tropical Live , 1959. – Gambar : 126Mazli Mat Som – Yati, 1963. – Gambar : 26

Tan Choon Ghee - Street Scene, Penang. 1960. - Gambar: 99

Peristiwa Sesuatu perkara , kejadian yang berlaku Syed Tajuddeen – Merdeka, 1989. – Gambar : 9Ahmad Khalil Ibrahim – Pantai Timur, 1978. – Gambar : 122

Nirmala Shanmughalingam - Pollutions Piece, 1973- Gambar: 59

exotic (eksotik)

Sesebuah karya seni visual yang menghairahkan. Joseph Tan – Love Me In My Batik, 1968. – Gambar : 143Edgar Degas – Breakfast After The Bath, 1894. – Gambar : 130

Icon(ikon)

Imej yang dipandang tinggi (highly regarded) Sulaiman Esa - Kearah Tauhid, 1983. - Gambar: 155Gianlorenzo Bernini - The Ectasy of St.Teresa,1645-52- Gambar: 134

Mistik Unsur ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia Syed Tajudeen – Hanuman ‘s Visit To Sita, 1972. – Gambar : 11Athony Lau – Jin Api, 1959. – Gambar : 88Patrick Kah Onn – Semangat Tanah, Air dan Udara, 1958.– Gambar : 18

12

Page 13: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Eccentricity Sesuatu karya yang menggunakan imej-imej ganjil atau aneh Dzulkifli Dahlan – Suatu Hari Di Bumi Larangan, 1977.- Gambar : 78Dzulkifli Dahlan – Realiti Berasingan, 1975. Gambar: 158

Alegori Sesuatu karya yang imej-imejnya digunakan sebagai lambang untuk menyampaikan maksud atau hasrat

Syed Ahmad Jamal – Umpan, 1959. – Gambar : 4Din Omar – Antara Dua Hidangan, 1992. Gambar : 16

Anthony Lau - Hasil Laut, 1968. - Gambar: 101Wassily Kandinsky - With The Black Arch No 154, 1912- Gambar: 73

Imbauan (reflection) Mimpi dan ingatan lampau Zulkifli Buyung – Membakar Semut, 1967. Gambar : 37Lee Joo For – Bertiga Di Pantai, 1958. Gambar : 144

Dzulkifli Buyong - Kapal Kertas, 1964. - Gambar 5

Idiom Buah fikiran atau gagasan idea / konsep Konsep ini boleh dizahirkan melalui karya seni visual

Lee Joo For - Kabuki, 1962. - Gambar: 77

Medium Bahan yang menjadi bahantara dalam menghasilkan karya Cat minyak bahantaranya ialah – turpentine/minyak linsid.Akrilik bahantara ialah – air.

Carolyn Brandi - White Tulip, 1980 - Cat air -Gambar: 125Redha Piyadasa - Malaysian Story No. 2, 1999 - Campuran- Gambar: 153

13

Page 14: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI

Stail (gaya)

Cara pengolahan atau persembahan sesuatu karya. Imitasi, ideailisasi, staillisasi dan abstraksi

Abdul Latif Mohidin - Langkawi , 1978. - Gambar: 111Ahmad Hassan - Nelayan Menjahit Pukat, 1960.- G : 28

Staillisasi - Penggarapan yang sesuai dengan tema- Keserasian bahan - Imej digubah berdasarkan maksud

Zulkifli Buyung – Kelambu, 19964. – Gambar : 53

Syed Ahmad Jamal - Perhubungan, 1963- Gambar: 120Ismail Zain - Dot: The Detribalization Of Tam Binti Che Lat,1963. - Gambar: 79

Fragmentasi Sebahagian daripada suatu imej yang digambarkan oleh pengkarya Mastura Abdul Rahman – Interior No. 29, 1987. – Gambar : 46Wong Hoy Cheong – Sook Ching, 1990. – Gambar : 117

Profile Gambaran pandangan secara sisi Patung wayang kulit, Lukisan yang terdapat di Kubur Firaun di Mesir

Kesukuran Neb-Amun terhadap Kekayaanya. Catan dinding Mesir. Wangsa ke – 18 Abad ke – 16 – ke 14 S.M- Gambar: 116

Sfumato Cahaya dan redupan berbaur tanpa mengwujudkan garisan/ sempadan (light and shade should be bland without lines or borders)

Rambrandt van Rijn – Self Portrait, 1668. – Gambar : 23

Rembrandt van Rijn - Portrait of a Young Man,1655 - Gambar: 22

14

Page 15: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Chiaroscuro Kajian analitikal berkaitan cahaya yang melimpahi objek yang menimbulkan peratus kesan gelap dan cerah yang berbeza. (balance of light and shadow in a picture)

Jacopo Tintorentto – The Last Supper, 1594. – Gambar : 140Leonardo da Vinci – Mona Lisa, 1503-1506. – Gambar : 20

Sylvia Goh - Red Bridge, 1996 - Gambar: 80

Tenerberisma Kesan cahaya yang suram dalam lukisan dan catan(murky) John Constable – The Hay Wind, 1821. – Gambar : 141Claudse Monet – Impression: Sun Rise, 1872. – Gambar : 128

Halo enlightenment Perlambangan cahaya (suc) yang terdapat dalam karya catan bertemakan keagamaani

Jacopo Tintorento – The Last Supper, 1592-1594. – Gambar : 140Gianlorenzo Bernini – The Ecstacy of Saint Teresa 1645-1652. – Gambar : 134

Sintaktik Penekanan kepada penghuraian hal benda berdasarkan kepada elemen-elemen asas seni lukis, gubahan (olahan imej) dan media

Memperlihalkan, menjelaskan dan memperkatakan hal benda dalam karya.

Yeoh Jin Leng - Sawah Padi, 1983. - Cat Minyak- Gambar: 95

Semantik Penekanan kepada pengertian dan makna berdasarkan tema yang lebih mengutamakan pengertian dari stail.

Eng Hooi Choo – Cry Freedom ! ,1995. – Gambar : 82.

Norma Abass - Indo-Connection 11, 1994. - Gambar: 83.Abdul Latiff Mohidin - Two Standing Figures, 1968.- Gambar: 90

15

Page 16: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Ekspresif Penekanan kepada penyampaian rasa dan perasaan dari gubahan dan jalinan antara sintaktik dan semantik

Berlaku dalam diri individu dalam menghasilkan prouduk seniSyed Ahmad Jamal – Tulisan, 1961. – Gambar : 47

Imitasi(Peniruan)

Pengkarya membina keyakinan diri apabila dia berupaya meniru sesuatu. Pengkarya boleh menghasilkan karya lebih baik dan mencabar.

Aliran Naturalisme, Aliran Realisme dan Aliran Superealisme.

Amron Omar - Potret Diri, 1982. - Gambar: 41 – Aliran Realisme

Naturalisma Pelukis aliran ini meniru alam tanpa membuat sebarang pengubahsuaian dalam karya mereka sama ada objek itu cantik atau indah.Penekanannya pada bentuk bukan kandungan, karya ini lebih mementingkan lahiriah.

Georgette Chen - Lychesees and Peachers, 1940-1945.- Gambar : 133Albrecht Durer - The Great Piece Of Turf, 1503.. – Gambar : 97

Realisme Aliran yang menggambarkan secara nyata dan tanpa idealisme exoticiam atau nostalgia sebenar Ia mementingkan semulajadi melukis dengan penuh perhatian serta kemiripan subjek. Berhasil atau tidak bergantung kepada kemampuan pelukis. Pengkarya cuba mereka keindahan dan kemeripan sesuatu objek. Penekanannya kepada content (kandungan) bukanya bentuk.

Coubert – The Stone Breakers, 1849. – Gambar : 56Mazli Mat Som – Yati, 1963. – Gambar : 26

Mohd Salehuddin - Membeli –belah di Kampung. 1959.- Gambar: 100.Peter Harris - Joget moden, 1961. - Gambar: 24Yong Mun Sen - Self Potrait, 1941. - Gambar: 25Claude Monet - Bathing At La Grenouillere, 1869Gambar : 45

16

Page 17: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Superrealisme Penghasilan karya dengan cara peniruan yang teliti dan tepat Carolyn Brandy – White Tulip, 1980. – Gambar : 125

Romantisme Mementingkan nilai warna dan emosi

Menampakkan dramatik terutamanya pergerakkan figura yang digayakan menunjukkan gelora yangn berkobar-kobar Mementingkan idaea kebabesan, keadilan dan kesamaaan

Francisco de Goya – The Third of May, 1808- 1814.. – Gambar : 132 Eugene Delacroix – Liberty Leading The People.. – Gambar : 131

Idealisasi Maksud untuk menyampaikan rasa keunggulan dan melibatkan tokoh tambah dalam aspek idea mahupun form. Pengolahan dibuat menggunakan fomula. Imejan-imejan keagamaan

Imej-imej keagamaan. Michellengo

Gianlorenzo Bernini - The Ectasy of St.Teresa,1645-52- Gambar: 134Leonardo da Vinci – Monalisa, 1503 - 1506. – Gambar : 20

Exaggeration Mengadakan dan menokok-nambah elemen-elemen seni visual dalam karya untuk pernyataan karya..

Syed Ahmad Jamal – Perhubungan, 1963. – Gambar : 120 Nirmala Shanmughalingham – Vietnam, 1981. – Gambar : 63

Abstraksi Perlambangan untuk aspek mujarad bagi maksud interepretasi tentang perkara yang bukan objek

Pengaruh Seni Islam:Ahmad Khalid Yusoff, Alif, Ba Ta, 1971. – Gambar : 20

Pengaruh Barat:Syed Ahmad Jamal, Gunung Ledang, 1978. – Gambar : 20.

17

Page 18: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Elemental Aplikasi yang mengutamakan aspek-aspek asas dalam berkarya. Asas seni reka - Unsur Seni- Prinsip Rekaan

Kok Yew Puoh - Tample Figures A Study, 1997- Gambar: 81

Primeval Pengkarya menghasilkan karya dengan menggambarkan imej-imej tradisi dan penggunaan perlambangan (abstrak)

Hashim Hassan p- Intruder, 1987. – Gambar : 137

Chuah Thean Teng – Feeding Time, 1951. – Gambar : 124

Johari Said - Garden in the Sky, 1990. - Gambar: 142

Haron Mokhtar - Merah Saga,1995. Gambar : 14

Lai Foong Moi - Pagi Hari Di Kampong, 1959. - Gambar : 44

Harun Mokhtar - Tua Peh Khong Temple 2, 1999.- Gambar: 61

Cheong Laitong - Composition A, 1985. - Gambar: 71

18

Page 19: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI

Grafik

Perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang bermaksud: Boleh melukis dan mewarna

Seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan (Kamus Webstar)

Penghasilan karya seni visual:IklanPosterKain rentang BillboardMuka taipDan lain-lain.

Rekabentuk Grafik

Akitiviti visual yang melibatkan elemen-elemen asas seni reka dalam mereka bentuk pelbagai karya.

Aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, fotografi, percetakan, pemujukan, infomasi dan instruksi

Multimedia Merujuk kepada komunikasi yang menggunakan audio, video, teks, grafik dan animasi yang digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan di persembahkan dengan teknologi computer.

Multimedia digunakan bagi komunikasi

Multimedia interaktif:KartonPersembahan iklandan lain-lain.

19

Page 20: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Reka bentuk multimedia

Reka bentuk yang menggunakan komputer dihasilkan melalui yang memenuhi ciri-ciri reka bentuk grafik. Unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan audio.

Unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan audio.Contoh : Kartun, iklan, filem dan lain-lain.

Multimedia lnteraktif Gabungan pelbagai media seperti video, teks, audio, grafik dan animasi

Menggunakan papan cerita yang mengandungi tajuk, teks penerangan, imej, butang kawalan dan arahan.Contoh : Kartun

Multemedia Linear Multemedia yang bersifat persembahan berterusan yang tidak dikawal melalui butang kawalan.

Persembahan pengajaran dan multimedia koporat

Audio Berkaitan dengan bunyi atau pendengaran. Audio dalam sistem multimedia adalah rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan lain-lain.

Contoh : Bunyi, muzik dan suara

20

Page 21: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Audio visual Sesuatu yang melibatkan pendengaran dan penglibatan Kartun dan persembahan filem, tape, CD, VCD dan lain-lain.

Video Alat untuk merakamkan dan menyangkan filem dengan menggunakan pita vedio / teknologi digital

Rakaman gambar, Elemen multimedia yang menarik dan realistic.

Animasi Elemen dalam multimedia Satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan hidup, dapat digerakkan, beraksi dan bercakapKesan ilusi pergerakanMenjanakan melalui komputer

Kartun, iklan dan lain-lain.

Interaksi Tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Dalam siding video, perbualan talipon, perbualan dan lain-lain.

21

Page 22: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Interaktif Komunikasi dua hala dalam komunikasi dan bertindak antara satu sama lain secara aktifBerkaitan dengan maklum balas

Aplikasi multimedia interaktif membenarkan pengguna mengawal sistem computer dan dapat menwujudkan komunikasi dua hala.Berkaitan dengan maklum balas.

Anatomi Kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh manusia, binatang atau tumbuh- tumbuhan.

Leonardo da Vinci – Illustration Of Proportions Of Human Figure, 1485 – 1490. – Gambar : 145Leonardi da Vinci – Embryo In The Womb, 1510. - Gambar : 146Haiwan seakan Kanggaru. Catan suku kaum dari Mnhemland, Wilayah Utara, Australia. Abad 19 (?)Kulit kayu yang dicatkan - Gambar: 118

Informasi Keterangan dan maklumat Media massa, Pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain.

Tipografi Seni memilih dan mengatur huruf. Seni percetakan ( bentuk, rupa tulisan angka dan huruf)

Ahmad Khalid Yusof - Alif Ba Ta, 1971. Gambar : 1

Media Konvensional Pereka bentuk komunikasi visual menghasilkan rekaan dengan menggunakan alatan lukisan seperti cat, berus dan permukaan tertentu

Ikalan, poster, kain rentang, Bidal penghadang, billboard dan lain-lain.

Redza Piyadasa - Entry Points, 1978 , Gambar 10Din Omar - Antara Dua Hidangan, 1992 . Gambar 16

22

Page 23: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Media cetak Pereka bentuk komunikasi visual menghasilkan rekaan dengan menggunakan peralatan percetakan seperti grafik komputer.

Iklan, poster, kain rentang, brocher, iklan akhbar, majalah dan lain-lain.

Andy Warhol - Marilyn, 1967. - Gambar: 98-Cetakan Saring

Media elektronik Pereka bentuk komunikasi visual menghasilkan rekaan dengan menggunakan teknologi komputer,boleh menghasilkan bentuk persembahan yang dinamik dan inovasi. Bentuk yang tidak terikat dengan sesuatu bentuk.

Bilboard elektronik, internet, televisyen, CD ROM dan persembahan multimedia.

Visual realistik Visual dalam bentuk yang nyata dan asal. Seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan

Visual analogik Visual yang telah dipermudahkan. Seperti gambarajah/ symbol dan lain-lain.

Visual organizational Visual yang dipermudahkan dalam bentuk rekaan grafik Seperti graf, peta carta dan lain-lain.

23

Page 24: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Komunikasi visual Penyampaian mesej melalui audio, video, media cetak, media konvensional dan media elektronik

Komputer, multimedia dan lain-lain..

Imej Vector Imej yang dihasilkan dengan komputer Seperti Adobe Ilustrator, Macromedia FreeHand, CorelDraw, AutoCad dan-lain-lain.

Imej PetaBit (bitmap) Imej dihasilkan dengan perisian computer Imej yang dihasilkan jika dibesarkan dan terdapat imej yang bergerigi. Kebiasaan imej ini adalah daripada gambar foto yang diimbas dengan pengimbas (scan)

Seperti Adobe Photoshop, Corel Paint, Xras dan imej pengimbas.

Home page Laman web untuk pengenalan diri atau organisasi Laman web institusi, syarikat, organisasi, persatuan, ahli koporat dan lain-lain.

24

Page 25: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Reka bentuk komunikasi visual

Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan rekaan komunikasi visual.

Tipografi dan imej disusun atur dengan menggunakan pelbagai teknik

Penghasilan komunikasi visual yang mempunyai daya kreativiti visual dengan cara persembahan yang luar biasa.

Reka bentuk tipografi - Reka bentuk Tipografi - Gambar : 159

Reka bentuk imej dan representasi – Gambar : 164

Reka bentuk kombinasi imej/ tipografi – Gambar : 160

Reka bentuk ilustrasi naratif– Gambar : 163

Reka bentuk Dekoratif – Gambar : 162

Reka bentuk herot- piut– Gambar : 161

Reka bentuk imej dan tipografi bersekuan– Gambar : 165

25

Page 26: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

TAJUK : TRADISI DAN TRANFORMASI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI

Tradisi Penurunan unsur sesuatu kebudayaan dari satu generasi ke satu generasi. Satu mod pemikiran atau tingkah laku yang diikuti oleh sekumpulan manusia secara berterusan .

Barangan kraf – Tembikar, batik, ukiran kayu, anyaman, seni tekat, tenunan dan lain-lain.

Pribumi Sesuatu sifat ciri kepunyaan sesuatu bangsa yang mendiami sesuatu tempat asalnya.

Seni peribumi adalah berhubung dengan seni kraftangan yang melibatkan masyarakat senoi, Negrito, Proto dan lain-lain.

Seni peribumi orang asli. Kelengkapan domestik – budaya penggunaan buluh, kayu kulit kayu, rotan, daun dllAlat muzik gong, kayu tuntung, gendang, rebana, buluh centong dan gengong.Alat muzik jenis talian- Kereb, Kerantin, Rebab dllAlat tiupan – seruling hidung

Tranmisi Peralihan dan perubahan. Contoh: Kraf Anyaman - Perubahan daripada bentuk kraf tradisional kepada bentuk yang lebih moden.

Penggulangan Susunan dan penggulangan motif, warna, pola, bentuk rupa dan ruang.

Contoh : Motif dalam kraf- Ukiran, batik, tenunan, anyaman,Catan dan lain-lain.

Syed Sharuddin Bakeri - Fabrik Merah, Biru, Hijau, 1981- Gambar: 70Sulaiman Esa - Scroll No 3, 1970 . - Gambar: 65

26

Page 27: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Penyambungan hayat renewal)

Menghidupkan proses dalam penghasilan seni tradisi Contoh: Dalam kraf ukiran.

Keseragaman Prihal hasil krfaf tradisi yang seragam dari segi reka bentuk Contoh: Kraf tembikar.

Keserupaan (inward focus) Perihal hasil kraf tradisi yang serupa dari segi motif dalam reka corak.

Contoh: Anyaman yang mempunyai reka corak kelarai yang sama rupanya dari zaman daulu hingga sekarang.

Ethical Akhlak/moral Penghasilan karya yang mempunyai nilai-nilai murni dalam tema dan mesej yang disampaikan oleh pengkarya.

Communal Kelompok satu-satu masyarakat Masyarakat pribumi seperti Senoi, Jahut, Mahmeri dan lain-lain.

Kosmologikal Kajian tentang alam cakerawala Seperti bulan, bintang awan, matahari dan lain-lain.

27

Page 28: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Rebirth dan renewal Kelahiran atau kebangkitan semula dan pembaharuan Dalam kontek tradisi. Proses dan nilai yang diaplikasikan dalam penghasilan karya pada masa-masa tertentu.Contoh : Pengulangan corak dalam karya.

Interrelatedness Saling berkaitan dari segi motif, reka bentuk, fungsi, bahan dan alat Hasil kraf – Ukiran, Tekat dan lain-lain.

Non-detachment Tidak terpisah – dari segi estetik dan keindahan dalam hasil sesebuah karya.

Contoh: Karya seni halus dan bahan kraf

Terrestrial Kehidupan di atas bumi Contoh: manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Celestial Kehidupan di langit dan kepercayaan ghaib (mistik) Hasil karya seni halus atau kraf

Kehalusan (Intricacy ) Kerumitan atau kompleksiti Contoh: Hasil kraf ukiran, tenunan songket, tekat dan lain-lain.

28

Page 29: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Non-developmental Tidak ada perubahan dalam karya.Karya seniu halus atau hasl kraf yang tidak mengalami perubahan dari segi motif, bahan dan lain-lain.

Karya seni halus atau hasl kraf seperti ukiran, tekat, anyaman dan lan-lain.

Synergy Gabungan yang memberi kekuatan pada rekabentuk Contoh:Senjata – kerisRumah tradisional dan lain-lain.

Sensuously mediated Kepekaan terhadap bahan dan alat yang digunakan secara langsung antara pengkarya dan media.

Contoh:Kraf tembikar, anyaman, tenunan dan lain-lain.

Symbiotic Bekerjasama dalam menghasilkan karya Rumah Tradisional Melayu, istana dan masjid

Kelanjuran (inertia) Merupakan kesambungan ilmu pengetahuan adapt resam kepercayaan dan amalan dari generasi ke generasi

Contoh:Tenunan Pua, dan lain-lain.

Daya pemuliharaan (conservative force)

Keupayaan untuk menjaga keaslian adat resam dalam budaya mereka.

Masyarakat orang asli dalam kraf tradisi dan adat resam mereka.

29

Page 30: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Responsive Akur kepada tuntutan persekitaran fizikal, sosial dan psikologi manusia

Contoh:Bahan kraf

Sacred Suci Sesuatu karya yang berkaitan dengan agama atau tuhan.

Profane terbuka Perubahan nilai dalam penghasilan karya dari segi bantuk, makna, fungsi dan proses.

Immutable essence Pengekalan kepada idea perubahan Pengekalan darisegi makna, nilai dan motif kepada perubahan fungsi, bahan dan penghasilan.

Single-manual Pengeluaran secara tradisi dan terhad untuk penggunaan masyarakatnya.

Contoh: Barangan kraf senjata- Keris

Novelty Murni Sesuatu karya yang mempunyai nilai-nilai murni.

Mass- production Pengeluaran yang banyak menggunakan teknologi, mempunyai nilai komersial

Contoh: Barangan kraf- tembikar, ukiran, batik dan lain-lain.

30

Page 31: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

TAJUK : PEMAHAMAN DAN KRITIKAN SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN/ ILUSTRASI

Own opinian Pandangan sendiri dengan penuh yakin tentang hasil seni bagi memantapkan kefahaman terhadap sesuatu karya.

Apresiasi seni visual.

Syed Ahmad Jamal - Perhubungan, 1963. - Gambar: 120Bayu Utomo Radjikin - Bujang Berani, 1991. - Gambar: 89

Kritikan seni visualPengucapan dan penulisan tentang seni visual (.Art talk, write and talk about art)

Membuat kritikan dan pertimbangan (Judgment) yang beralasan dan bersistem untuk menilai gaya, teknik, mengulas, menganalisa sesuatu hasil karya seni visual.

PersepsiPengamatan Persepsi melibatkan proses melihat, memahami dan menginterpretasikannya.

Penonton boleh membuat persepsi berdasarkan pengalaman, ekspresi tampak, emosi dan situasi

Mohd Salehuddin - Membeli –belah di Kampung. 1959. Gambar : 100

Apresiasi Menghargai karya – Tokoh-tokoh seni/artist, pandai tukang. Apresiasi melibatkan deria pandang dan deria sentuh.Apresiasi – dapat menikmati karya seni

- Artist, seperti - Ahmad Khalid Yusof,- Syed Ahmad Jamal, Mohammad Hoessein Enas, - Abdul Latiff Mohidin, Redza Piyadasa, Harun Mokhtar.- Pandai tukang, seperti - Tengku Ibrahim Tengku Wook, - Hj Yusoff Haji Abdullah dan Zaman Pandak Ahmad dan lain-lain.

Seni Hasil buatan manusia yang menggunakan bahan yang diatur dengan mahir untukmerakam pengalaman manusia

Karya-karya seni dan rekaan merupakan satu sumbangan dari perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Hasil seni menjadi cerminan sosio-budaya masyarakat.

31

Page 32: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Pasca moden Hasil karya seni visual yang melampau sempadan. Perubahan berlaku dari sudut bahan, alat, media dan teknik dalam penghasilan karya.

Karya seni mengikut aliran:- Tradisi- Moden dan - Pasca modenPasca moden = Contoh karya : Ibrahim Hussein – Mengapa kau begitu, 1969. – Gambar : 138Andy Warhol – Marilyn, 1967. Gambar : 98

Hal benda - Mengenal pasti pelbagai benda- figura objek alam, obek buatan manusia dalam karya seni visual.- Memahami i penampilan imej dalam karya seni visual.- Memahami dan membezakan imej realistic, abstrak dan non- objektif dalam karya seni visual

Penggunaan asas seni sebagai bahasa seni visual untuk memahami, menikmati dan membuat pernyataan kendiri dalam memperkatakan sesuatu hasil seni.Abdullah Arif – Bumi Bahagia, 1960. – Gambar : 32

Shia Yih Yeng - Penghormatan Untuk Alam Yang Kian Pupus. 1997. - Gambar: 102

Imej realistic Imej sebenar Georgette Chen, The Waked Duck 1942. Gambar : 42- Menggambarkan seekor itik yang disiang dan digantung- Satu bekas berisi 2 ulas lada besar- Sayur-sayuran sebahagiannya di dalam geluk atau

bekas pasu.- Sebotol bekas kicap danLain-lain.

32

Page 33: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Non-objektif Perkara yang bukan objek. Berkaiatan dengan perasaan dalaman manusia, pengertian atau maksud sesuatu karya

Komposisi Memahami bagaimana asas seni lukis diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni

Mengenalpasti asas seni reka: sebagai bahasa seni, sifat-sifat ekspresi dalam menyatakan maksud, bagaimana karya diolah dan penggunaan pelbagai media dan tekik dalam karya seni visual

Non-verbal communication Komunikasi tanpa lisan Perasaan dan emosi dalaman yang melibatkan pengamatan sesesorang individu terhadap seni visual.

Jurnalistik Laporan dan penerangan dan penulisan diskriptif Sebagai bacaan umum seperti dalam penulisan, surat khabar, majalah, radio, televisyen dan internet.

33

Page 34: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Abstrak Perlambangan untuk aspek mujarad (abstrak) untuk maksud interpritasi tentang perkara bukan objek (non-objektif)

Bukan untuk semulajadi, Bukan untuk menggambarkan alam danbentuk-bentuk yang dipermudahkan- intipati bentuk

Pengaruh Seni Islam:Ahmad Khalid Yusoff, Alif, Ba Ta, 1971.- Gambar : 1

Pengaruh Barat:Syed Ahmad Jamal, Gunung Ledang, 1978. - Gambar : 103

Sharifah Fatimah Syed Zubir - Rhythme & Rhyme. 1987- Gambar: 109Syed Ahmad Jamal - Perhubungan, 1963 - Gambar: 120

Diskripsi Membuat iventori melalui pemerhatian tentang imej benda subjek dan bentuk serta penggunaan unsur seni dalam karya .

Contoh:Karya Amron Omar- Potret Diri, 1983.- Gambar : 41

Diskripsi:- Ruang yang terhad- Figura seorang lelaki berkain pelikat dan tidak berbaju

berehat di atas kerusi rehat yang diperbuat daripada rotan

- Gambaran seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi rehat

Elemen-elemen asas seni reka, unsur-unsur seni di ulas dan dinilai dengan mendalam bersandarkan bukti yang kukuh.

34

Page 35: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Analisis Mengkaji dari segi organisasi hasil seni visual dan bagaimana prinsip seni digunakan dalam menyusun unsur seni untuk menghasilkan kesatuan (unity) dalam karya seni visual.

Penulisan analisa menjurus kepada bagaimana kesatuan atau unity yang dapat dihasilkan dalam unsur seni tampak.

Keseimbangan dalam penganalisaan lebih merujuk kepada kekuatan, keseimbangan dan perhubungan antara rupa (imej) bentuk, isi, makna, dan ruang.

Contoh:Karya Amron Omar- Potret Diri, 1983. – Gambar : 41Analisis:- Penggunaan unsur seni garisan yang menyerong dan

melengkung untuk mendapatkan kesan dinamik- Olahan seni rupa pada kesan cahaya dan baying

memantapkan lagi figura dan ilusi ruang tiga dimensi.- Warna yang dipilih dan di adun dengan teliti untuk

mendaptkan ketulinan warna kulit manusia, kain pelikat, kerusi rotan dan ruang bilik.

- Penggunaan arah cahaya dari sisi.- Sapuan berus yang teliti- Penggunan teknik- sfumato, chiaroscuro, dan glazing

dan scumbling.- Penggayaan realisme- Form Follow Structure - Idiom realisme figurative.

Interpretasi Mengkaji kualiti ekspresif (mood/perasaan) bagi menterjemah maksud dan makna.Ekspresif merujuk kepada pernyataan perasaan, mood dan idea dalaman. Pernyataan perasaan ini digunakan bagi menterjemah maksud dan makna seni visual

Contoh:Karya Amron Omar- Potret Diri, 1983.- Gambar : 41

Interpretasi:- Mengenal dan menghargai diri yang memberi erti dalam

kehidupan individu- Satu kajian tentang anatomi manusia manusia berubah

apabila pergerakan berlaku pada bentuk

35

Page 36: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRRASI

Pertimbangan (judgment) Membentuk pendapat dan keputusan bagi menentukan degree of artistic merit dalam hasil karya seni. Di peringkat ini pengkritik menggunakan domain kognitif aras tinggi.

Pertimbangan lebih berbentuk memberi pandangan, pendapat dan membuat keputusan. Pandangan ini bersandarkan kepada pengetahuan dan boleh menilai secara ilmiah yang mempunyai bukti-bukti analisis kajian yang terperinci.

Pendekatan kritikan yang digunakan secara Jurnalistik dan ilmiah.Strategi kritikan secara diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan hendaklah digunakan dalam menentukan degree of artistic.

Objek-objek seperti lukisan, catan dan cetakan boleh dihayati melalui deria mata.Objek-objek seperti arca boleh dihayati melalui deria rasa dan sentuh dengan jari.

Bayu Utomo Radjikin - Bujang Berani, 1991 - Gambar: 89

Ismail Hashim - Hebat Juga? Pada Pemandangan Pulau Pinang? Dengan Jerubu lagi, 1966. - Gambar: 66

Ismail Hashim - Pemajuan, 1986.- Gambar: 64

Ruzaika Omar Basree - Dungun Series, 1981. - Gambar: 12

Johari Said - Garden in the Sky, 1990. - Gambar: 142

36

Page 37: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

TAJUK : LUKISAN

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Lukisan(drawing)

Dalam perkataan bahasa Inggeris disebut drawing - Aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah

untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.

- Garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad .

Rembrandt- The Omval, 1845. – Gambar : 154- Penggunaan garisan yang pelbagai - Garisan pada lukisan ini memberi kesan perspektif - Membentuk landskap yang menarik

Hokusai – Turning The Samisen, 1820 - 1825 - Gambar : 31- karya ini menggunakan satu palitan dan beberapa palitan

berus garisan ala kaligrafi yang dapat menggambarkan seorang pemain muzik.

Lukisan figuratif Lukisan yang menumpukan kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang.

Ismail Mustam – Hang Tuan dan Hang Jebat, 1961.

– Gambar : 2

Mohd. Hoessien Enas - Potret Diri, 1959. - Gambar : 149

Lukisan kajian Kajian lukisan untuk mengkaji sesuatu benda. Kajian terhadap tumbuh-tumbuhan. Pelukis melukis sesuatu bahagian dengan teliti sebagai bahan kajian. Kajian tertumpu kepada objek alam dan haiwan.

Piet Mondrian - Flowering Apple Tree. 1922, 1911 dan 1912- Gambar: 119

37

Page 38: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

ISTILAH MAKSUD CATATAN / ILUSTRASI

Lukisan informasi Lukisan yang bertujuan untuk informasi kepada pelanggan Contoh: Iklan, Poster, Billboard dan lain-lain.

Lukisan teknikal Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik Lukisan teknikal memerlukan kemahiran matematik untuk melukis dengan kadar banding yang tepat, contoh – melukis kenderaan, plan bangunan dan alatan pengguna.

Lukisan konseptual Lukisan imaginasi ( fantasi) yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru.

Contoh: Melukis satu watak seram dalam watak filem.

Lukisan artistik Lukisan yang menumpukan keindahan dalam pengkaryaan Karya pelukis sekadar pameran.

Lukisan ilustrasi Cabang lukisan dalam seni grafik. Lukisan ini menjadi bahan untuk penerbitan, karton dan animasi.Lukisan ini mengandungi grafik atau gambar yang bermaklumat.

Teknik Lukisan Gambar 168,169, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177, 178179, 180 dan 181

38

Page 39: glosari karya seni visual teks 1 MSS smkr

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANUGLOSARI SENI VISUAL

39