GMGA 2023 DASAR AWAM

download GMGA 2023 DASAR AWAM

of 32

Transcript of GMGA 2023 DASAR AWAM

GMGA 2023 DASAR AWAMSITI AMINAH SUARI [email protected] 010-9598184

PENGENALAN DASAR AWAM OBJEKTIF BAB: Memberikan tafsiran dan maksud konsep dasar awam. Menjelaskan kepentingan dasar awam bagi sesebuah negara. Membincangkan sifat dasar awam. Membezakan bentuk-bentuk dasar awam. Menjelaskan kategori dasar awam. Mengenal pasti komponen yang membentuk sistem dasar

DEFINISI DASAR AWAM Thomas R. Dye (1995: 3) - public policy is whatever governments choose to do or not to do beliau mendefinisikan dasar awam sebagai apa jua pilihan yang diambil oleh kerajaan sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu Persoalan mengenai mengapa kerajaan melakukannya dan apakah perbezaan yang dapat dilihat apabila kerajaan melakukannya atau memilih untuk tidak melakukannya?

SAMB Rose (dlm. Anderson, 1995) iaitu dasar awam ialah A long series of more-or-less related activities and their consequences for those concerned rather than discrete decision. merupakan satu siri tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan dan bukan hanya memadai sebagai keputusan untuk melakukan sesuatu. Tafsiran ini agak khusus kerana tindakan kerajaan dilihat sebagai satu siri atau pattern yang diambil dan bukan hanya melibatkan proses pembuatan keputusan sahaja.

SAMB Friederich (dalam Anderson, 1995) melihat dasar awam sebagai A proposed course of action of a person, group, or government within a given environment providing obstacles and opportunities which the policy was proposed to utilize and overcome in an effort to reach a goal or realize and objective or a purpose.

Ada beberapa perkara yg boleh dilihat drpd definisi beliau (i) Dasar merupakan tindakan yang dicadangkan oleh individu, kumpulan atau kerajaan dalam satu-satu persekitaran. (ii) Persekitaran ini menyediakan halanganhalangan dan peluangpeluang. (iii) Dasar yang dicadangkan itu mampu memanfaatkan persekitaran yang ada. (iv) Ia dilihat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat dan merealisasikan objektif yang telah ditetapkan.

Friederich agak terperinci kerana ia memasukkan elemen persekitaran, iaitu tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bersesuaian dengan keadaan persekitaran yang wujud. Selain itu, penekanan kepada pencapaian matlamat dan objektif diutamakan memandangkan matlamat dan objektif inilah merupakan panduan kepada pelaksanaan dasar.

Anderson (1995) yang melihat dasar sebagai relatively stable, purposive course of action followed by an actor or set of actors in dealing with a problem or a matter of concern. hampir sama - tetapi beliau menekankan bahawa dasar awam merupakan apa yang telah diambil tindakan sahaja (what is actually done) dan apa jua hasrat atau cadangan kerajaan untuk melakukan sesuatu belum lagi dikira sebagai satu dasar awam.

KESIMPULAN DEFINISI DASAR AWAM (i) Dasar awam merupakan tindakan kerajaan yang bertujuan dan bermatlamat (goal-oriented) dan bukannya tindakan kerajaan secara rawak atau nasib (chances). Oleh itu, dasar yang dicadangkan berbentuk hipotesis, iaitu tindakan-tindakan ini boleh diuji (can be tested). (ii) Setiap dasar mengandungi siri tindakan atau patterns of action yang dilakukan sepanjang masa oleh kerajaan dan ini bermaksud bahawa dasar bukan setakat menerima pakai undang-undang tetapi meliputi keputusan yang dibuat ekoran daripadanya.

SAMB (iii) Dasar awam melibatkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan dan bukannya apa yang dihasratkan atau apa yang dikatakan akan dilakukan. (iv) Dasar awam melibatkan pihak yang membuat keputusan dan pihak yang melaksanakan keputusan tersebut. Pihak ini boleh terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa untuk memutuskan keputusan dasar dan diberi mandat untuk melaksanakan dasar berkenaan.

SIFAT-SIFAT DASAR AWAM (i) Permintaan atau tuntutan dasar (policy demands) merujuk kepada permintaan dan tuntutan yang disalurkan kepada kerajaan oleh individu atau kumpulan tertentu seperti NGO, organisasi swasta dan sebagainya. Tuntutan yang dibuat oleh pihak ini bertujuan meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap sesuatu. Dasar awam yang digubal merupakan reaksi kepada tuntutan yangdisalurkan

SAMB (ii) Keputusan dasar (policy decisions) merujuk kepada keputusan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan tuntutan yang disalurkan ini. Kerajaan akan membuat keputusan mengenai kandungan dan arah tuju dasar awam yang diputuskan. Dalam konteks ini, kerajaan mungkin juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kerana dengan tidak mengambil sebarang keputusan (non-decision) juga merupakan satu dasar awam. Ini termasuklah maklumat terperinci bagaimana dasar itu akan dilaksanakan seperti penguatkuasaan undang-undang.

SAMB.. (iii) Kenyataan dasar (policy statements) merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara formal. Ia mungkin individu atau kumpulan yang mewakili pihak kerajaan. Contohnya, kenyataan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan sebagainya.

SAMB (iv) Keluaran atau output dasar (policy outputs) merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil untuk mencapai keputusan dan kenyataan dasar. Ia meliputi jumlah belanjawan yang diperlukan untuk menyokong mencapai matlamat dasar dan jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang apabila sesuatu dasar itu dilaksanakan.

SAMB (v) Hasilan dasar (policy outcomes) merujuk kepada kesan yang lebih luas terhadap masyarakat ekoran daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Ia juga dikenali sebagai policys societal consequences (Anderson, 1995). Persoalan yang cuba diutarakan ialah adakah tindakan kerajaan akan menambahbaikkan keadaan yang ada ataupun sebaliknya.

BENTUK-BENTUK DASAR AWAM Dasar awam yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai pelbagai bentuk. Pada umumnya, terdapat empat bentuk dasar awam, iaitu undangundang, rancangan, program dan projek (Sabitha, 1997). Setiap bentuk ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan dasar yang dihasilkan melalui bentuk-bentuk ini mengikut kesesuaian selaras dengan usaha untuk menyelesaikan masalah awam.

(a) Undang-Undang Merujuk kepada peraturan yang digubal berdasarkan kepada proses perundangan yang memerlukan kelulusan di peringkat Parlimen. Dasar yang dibentuk melalui undang-undang tidak mudah untuk dibatalkan danperlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Segala pindaan dan perubahan perlulah mendapat kelulusan pihak perundangan (legislative). Undang-undang ini mempunyai unsur-unsur hukuman yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku individu. Dengan adanya pengenaan hukuman, maka individu rakyat akan melakukan perkara yang terbaik.

(b) Rancangan Merujuk kepada dasar yang lebih terperinci daripada dasar yang digubal oleh kerajaan. Contohnya, FELDA yang dibentuk oleh kerajaan merupakan satu rancangan penempatan baru yang memberi peluang kepada individu rakyat untuk membangunkan dan menambah peluangpeluang di sektor pengeluaran yang lebih berdaya maju. Selain itu, anda mungkin pernah mendengar tentang RMK5, RMK6 sehinggalah sekarang RMKe berapa?. Rancangan ini merujuk kepada perancangan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan negara. Terdapat dua bentuk rancangan jangka panjang yang dilakukan oleh kerajaan iaitu a) Rancangan Malaysia yang mengambil tempoh lima tahun b) OPP (Outline Perspective Plan) yang mengambil masa selama 10 tahun.

(c) Program Lebih khusus kepada dasar yang digariskan oleh kerajaan. Ia sebahagian daripada dasar awam yang digubal oleh kerajaan. Banyak program yang dianjurkan oleh kerajaan. Contohnya, Program Rakan Muda yang bertujuan mengisi masa lapang remaja dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, Program Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam perkhidmatan yang menggariskan beberapa amalan dan nilai murni yang perlu diterapkan dalam tugas setiap kakitangan.

(d) Projek Merupakan peringkat yang paling bawah dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan dasar pembangunan kerajaan. Ia bersifat lebih spesifik. Kumpulan sasaran lebih kecil berbanding dengan program. Kebiasaannya, projek merupakan sebahagian daripada program. Contohnya, kerajaan mempunyai satu program yang besar dan terkandung di dalamnya projek-projek kecil. Program Pembangunan Rakyat Termiskin menggariskan beberapa projek. Antaranya Projek Perumahan Rakyat Termiskin yang terkandung di dalamnya beberapa projek kecil seperti motivasi, penanaman berkelompok dan sebagainya.

KLASIFIKASI DASAR AWAM Dasar yang dijalankan oleh kerajaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori: (a) Dasar agihan (distributive policv) (b) Dasar agihan semula (redistributive policy) (c) Dasar berbentuk kawal selia (regulatory policy) (d) Dasar keselamatan (security policy) (e) Dasar liberal dan dasar konservatif (f) Dasar substantif dan dasar prosedural (g) Dasar berbentuk material dan dasar berbentuk simbolik

(a) Dasar agihan (distributive policv) Merujuk kepada pengagihan dan peluang yang sama rata di kalangan individu rakyat tanpa mengira status sosial, bangsa, jantina dan sebagainya. Setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk mengecapi nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan. Contohnya ialah peluang pendidikan diberikan sama rata kepada semua individu rakyat.

(b) Dasar agihan semula (redistributive policy) Merujuk kepada pengagihan sumber dan peluang yang ada dalam pembangunan negara dan diagihkan kepada golongan tertentu sahaja berdasarkan kepada status sosial, bangsa dan sebagainya. Contohnya, Program Pembangunan Rakyat Termiskin hanya dikhususkan kepada golongan termiskin yang mempunyai pendapatan yang sedikit.

(c) Dasar berbentuk kawal selia (regulatory policy) Merujuk kepada satu bentuk dasar yang bertujuan mengawal tingkah laku individu rakyat supaya patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Bagi tujuan kepatuhan tersebut, penggunaan hukuman dan denda dikenakan sekiranya individu engkar atau melanggar peraturan yang ditetapkan. Contohnya, Akta Dadah Merbahaya diperkenalkan untuk memastikan individu tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

(d) Dasar keselamatan (security policy) Merujuk kepada dasar keselamatan yang diamalkan oleh kerajaan seperti: memastikan perpaduan dan kestabilan politik wujud dalam negara. Ia juga berkait rapat dengan dasar luar yang diamalkan oleh negara tertentu. Contohnya, Malaysia menekankan dasar berkecuali dan tidak mencampuri urusan negara-negara jirannya di Asia Tenggara kerana menghormati kebebasan negara jiran dan untuk mewujudkan kestabilan dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

(e) Dasar liberal dan dasar konservatif Merujuk kepada fahaman yang dipegang oleh kerajaan. Dasar liberal melihat kepada usaha kerajaan untuk melakukan perubahan sosial khususnya dalam usaha untuk mewujudkan persamaan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, dasar konservatif merujuk kepada tindakan kerajaan yang lebih terarah kepada mengekalkan status quo dan memperjuangkan kepentingan golongan tertentu.

(f) Dasar substantif dan dasar prosedural Merujuk kepada tindakan kerajaan yang diambil untuk mengatasi masalah awam. Dasar substantif melihat kepada tindakan kerajaan dalam menangani masalah berbentuk substantif seperti pembinaan lebuh raya, penjagaan alam sekitar dan sebagainya. Dasar prosedural pula merujuk kepada penerangan bagaimana sesuatu tindakan akan diambil dan mengenal pasti siapa yang akan mengambil tindakan. Contohnya seperti Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan menggariskan prosedur yang terkandung dalam pembayaran bonus dan siapa yang layak untuk menerima bayaran bonus seperti yang dinyatakan oleh kerajaan.

(g) Dasar berbentuk material dan dasar berbentuk simbolik Merujuk kepada bentuk faedah yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan penerima faedah berkenaan. Dasar berbentuk material merupakan sumber-sumber yang diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti subsidi rumah dan pembayaran bantuan kebajikan Ia merupakan pengagihan bantuan yang nampak (tangibles). Dasar berbentuk simbolik lebih kepada pemberian atau pengagihan nilai dan ia bersifat intangibles. Contohnya, Hari Pahlawan dan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang mencerminkan kita bebas daripada dijajah oleh Barat serta Hari Malaysia (pembentukan Malaysia)

SISTEM DASAR AWAM Sistem ini merupakan satu cara untuk kita melihat bagaimana dasar dibentuk dan elemen-elemen yang terkandung di dalamnya. Terdapat tiga komponen dasar awam iaitu dasar awam, policy stakeholders dan persekitaran dasar. Ketiga-tiga komponen ini saling berkait antara satu sama lain

RAJAH SIMBIOSIS SISTEM DADasar Awam

Persekitaran Dasar.

Policy Stakeholders

(a) Dasar awam itu sendiri Merujuk kepada dasar yang digubal oleh kerajaan. Ia juga melihat aspek personel yang terlibat dalam melaksanakan dasar dan bajet yang diperuntukkan untuk melaksanakan dasar. (b) Policy stakeholders Merujuk kepada individu atau pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan dasar yang digubal atau juga dengan masalah awam yang dihadapi oleh kerajaan. Ia terdiri daripada aktor dasar yang akan dibincangkan dalam bab lain dalam modul ini. (c) Persekitaran dasar Merujuk kepada faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi dasar yang dibuat dan dilaksanakan seperti kegawatan ekonomi, bencana alam, rusuhan dan sebagainya.

KESIMPULAN Dasar awam merupakan segala keputusan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Dasar mempunyai bentuknya tersendiri dan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.