GOLONGAN KATA

download GOLONGAN KATA

of 36

Transcript of GOLONGAN KATA

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. 1. Kata Nama Am 2 . Kata Nama Khas 3 . Kata Ganti Nama

4 .Kata Nama Terbitan

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

:: orang: ''ayah, polis, perempuan dll.'' :: haiwan: ''ayam, itik, buaya dll.'' :: benda: ''televisyen, komputer, bank dll.'' :: tempat: ''stadium, jalan raya, pulau dll.''

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu '''konkrit'' dan ''abstrak'''. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah: benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti tanya. Kata Ganti Tak Tentu Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seorang secara tidak tentu. Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, dan bila-bila.

Kata Ganti Nama Tempat Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama sesuatu tempat. Contoh: sana, sini, dan situ.

Kata Ganti Nama Tunjuk Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan tempat atau cara. Contoh: ini, itu, begini, dan begitu. Kata Ganti Tanya Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya. Contoh: apa, berapa, siapa, dan seumpamanya.

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana). Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga: diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya Kata Nama Terbitan Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan

1. Kata Nama Tunggal

Konotasi: Perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan dianggap perkataan yang membawa makna yang lengkap, termasuk akronim. Contoh: gejala, sekolah, negara, tadika, kerusi, pensel

2. Kata Nama Terbitan Konotasi: Perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan waima awalan, akhiran, apitan, atau sisipan. Contoh: a) imbuhan awalan - pel+ajar = pelajar; per+oleh = peroleh b) imbuhan akhiran - hukum+an = hukuman; tari+an = tarian c) apitan - per+buat+an = perbuatan; peN+pandu+an = pemanduan; meN+pamer+kan = mempamerkan d) sisipan - tunjuk = telunjuk (sisipan - el-); suling = seruling (sisipan -er-); kuning = kemuning (sisipan -em-)

3. Kata Nama Majmuk Konotasi: Perkataan yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu Contoh: ibu bapa; gejala sosial; pinggan mangkuk

4. Kata Nama Ganda Konotasi: Perkataan yang terhasil melalui proses penggandaan untuk melahirkan makna tertentu. Contoh: murid-murid; anak-anak

Apakah Maksud KataKata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ,1994:238 ). Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif

dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif. Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 150 ). Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 ) menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ). Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

GOLONGAN KATA (KATA TUGAS)

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kesemuanya menimbulkan masalah kepada para pelajar. Tetapi yang paling menyulitkan ialah golongan kata tugas. Yang menjadikan kata tugas bermasalah ialah kepelbagaiannya. Bukan sahaja jumlahnya besar, tetapi jenisnya amat pelbagai sehingga mengelirukan. Untuk memulakannya, kita hendaklah faham dan tahu akan definisinya serta cara menjenis-jeniskan golongan kata ini.

KATA TUGAS

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataanperkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat dibahagikannya kepada empat, iaitu:

1.

Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata hubung)

2.

Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)

3.

Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

4.

Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan tertentu (kata pascakata)

Kata Hubung

Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancangan relatif, dan kata hubung pancangan komplemen. Jumlah kata hubung gabungan dalam bahasa Melayu amat besar, antaranya, dan, tetapi, atau, serta, seraya, sambil, dan lalu. Demikian juga dengan kata hubung pancangan keterangan; antaranya, walaupun, kerana, hingga, jikalau, untuk, dan apabila. Sebaliknya, hanya terdapat satu kata hubung pancangan relatif, iaitu yang. Jumlah kata hubung pancangan komplemen juga tidak banyak, antaranya, bahawa, untuk, dan supaya.

Kata Praklausa

Golongan katat praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata Seru

Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. Sebagai contoh ialah perkataan cis dan aduh dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Cis, penakut rupanya! 2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).

Kata Tanya Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

1. Bilakah awak hendak ke pejabat pos? 2. Berapakah harga buku itu?

Perhatikan bahawa dalam ayat yang mengandungi kata tanya (iaitu ayat tanya), terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat tersebut.

Kata Perintah Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. Misalnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. Perhatikan contohcontoh dalam ayat yang berikut:

1. Jangan ambil buku daripada almari itu. 2. Sila masuk ke dewan sekarang juga. 3. Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan.

Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat Dua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah kata pembenar dan kata pangkal ayat, masing-masing tidak begitu kerap digunakan dalam bahasa Melayu dan tidak pula menimbulkan kesukaran. Contoh kata pembenar ialah benar dan ya, sementara contoh kata pangkal ayat ialah maka, arakian, hatta, dan sebermula.

Kata Prafrasa Yang agak besar jumlahnya dan yang kerap menimbulkan masalah ialah golongan yang ketiga, iaitu kata prafrasa. Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Bukan sahaja jumlah subjenisnya banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang besar dan kompleks penggunaannya. Subjenis kata bilangan juga kompleks, dan para pelajar selalu keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata pemeri.

Kata Bantu Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah, dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa hadapan (akan dan belum). Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:

1. Mereka sedang menajalani latihan di pusat sukan. 2. Pisang itu masih muda lagi.

Kata Penguat Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat ialah paling, agak, terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:

1. Pelajar itu sungguh rajin. 2. Karangan Anita agak baik.

Kata Penegas Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: 1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah kah, -tah, dan lah.

2.

Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagianbahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang.

Beberapa contoh kata penegas dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Itulah ibu pejabat persatuan kami. 2. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.

Kata Nafi Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut. Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Peraturan inilah yang kurang diketahui oleh para pengguna bahasa, sehingga menimbulkan kesulitan. Sebenarnya, jikalau dipelajari dan difahami peraturan ini, penggunaan kata nafi tidak akan menjadi masalah. Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:

1. Encik Ahmad bukan guru sukan kami. 2. Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Tetamu dia tidak datang. 2. Pelajar itu tidak cergas sangat.

Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu: 1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contohnya: 1. Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi membasmi kemiskinan.

2.

Adalah, yang hadir di hadapan prediakt yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya: a) Dengan predikat frasa sendi nama 1. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung tersebut. b) Dengan predikat frasa adjektif 1. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.

PERHATIAN

Jika predikatnya frasa kerja, ialah dan adalah tidak diperlukan. Ayat 1 yang berikut lebih tepat daripada ayat 2.

1. Pandangan itu merupakan suatu yang dapat diberikan pertimbangan.

2. Pandangan itu adalah merupakan suatu yang dapat diberikan pertimbangan. Kata Sendi Nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masingmasing dengna cara penggunaan tersendiri. Kata sendi nama adalah antara perkataan yang menjadi masalah bagi para pelajar. Berikut disenaraikan kata sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

di ke dari daripada kepada pada

bagi demi untuk tentang seperti

umpama sejak terhadap akan oleh

hingga untuk antara dengan dalam

Kata Bilangan Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama. Contohnya, dua, lima belas, segala, semua, ketiga-tiga, masing-masing, dan separuh.

Kata Pascakata Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. Terdapat dua subjenis kata pascakata, masing-masing ditandai dengan perkataan nya, iaitu kata penekan, yang memberikan penegasan, dan kata pembenda, yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama. Contoh fungsi penekan ialah sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya. Contoh fungsi pembenda ialah lajunya, sakitnya, dan datangnya. Demikianlah huraian ringkas tentang kata tugas, yang tiap-tiap satu memerlukan huraian yang lebih lanjut. Jelas kelihatan bahawa golongan kata ini penting dalam bahasa Melayu kerana peranan yang dimainkan oleh tiaptiap jenis.

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja TransitifKata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,

mempersilakan.

Kata Kerja Transitif AktifKata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif PasifKata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-. Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat Radio itu didengari Atan seekor kucing seorang perempuan Pak Abu

Burung itu ditangkap oleh Sayur itu Ikan itu Surat itu dijual oleh dijala oleh

sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak TransitifKata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif BerpelengkapKata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut). Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan Kami Dia mandi senyum di tasik semasa berjalan surut

Air sungai beransur

Kata Kerja Tak Transitif Tak BerpelengkapKata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat. Pembuat Rumahnya Radio itu Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula Kata Kerja Tak Transitif roboh berbunyi berkibar

Kata Kerja gandaKata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagianbahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan. 3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu : a. Gandaan Seluruh Kata b. Gandaan Separa / Separuh c. Gandaan Berirama d. Gandaan Menyaling Gandaan Seluruh Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. 1. 2. 3. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan

kata keterangan. Contoh : Gandaan kata nama buku-buku lembu-lembu murid-murid kawan-kawan Gandaan Kata kerja baring-baring pandang-pandang jalan-jalan usik-usik Gandaan Adjektif /sifat manis-manis besar-besar awal-awal bulat-bulat

sama ada sebahagian atau seluruhnya.

2.

Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh

1. 2. 3.

Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan

kata keterangan.

Senarai

Kata

Ganda

Seluruh

alat-alat, awal-awal ,baik-baik, benar-benar ,besar-besar ,budak-budak ,cacingcacing ,cepat-cepat ,curam-curam, dalam-dalam ,daun-daun, dekat-dekat, elok-elok, erat-erat, gajah-gajah, gemuk-gemuk, hampir-hampir, hitam-hitam, ibu-ibu, jarangjarang, jari-jari, kadang-kadang, kasar-kasar, kereta-kereta, lazat-lazat, lembulembu, lembut-lembut, nakal-nakal, nanas-nanas ,nyaris-nyaris, pagi-pagi ,putihputih

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan 2. Kata Ganda Semu

Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.

Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.

Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Semu Agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, buli-buli, dekak-dekak, epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, kunangkunang ,kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, laying-layang, oleh-oleh

,onde-onde,

panji-panji,pijat-pijat,

rama-rama,

sumpah-sumpah,

ubun-ubun

,umang-umang, undang-undang

3. Kata Ganda Separa

Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima

Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa bebawang ,bebenang ,bebudak ,cecair ,dedalu ,dedaun ,dedawai ,gegendang ,geguli, jejari ,jejarum ,jejentik ,kekabu ,kekisi ,kekunci ,kekuda ,lelaki ,lelangit ,lelayang, pepejal, pepijat ,pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut ,tetamu tetangga

4 Kata Ganda Bersajak/Berima

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya: (a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya. persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya. penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi di Pangkal batu-batan beli-belah bengkang-bengkok corat-coret degap-degup

Persamaan Bunyi di Hujung anak-pinak calar-balar cerai-berai comot-momot gotong-royong

Penyesuaian bunyi Seluruhnya bolak-batik compang-camping dolak-dalik gopoh-gapah gunung-ganang

dentam-dentum desas-Jesus gembar-gembur gerak-geri

karut-marut kaya-raya kuih-muih pindah-randah

haru-biru huru-hara huyung-hayang kacau-bilau

Gandaan Separa Separuh 1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya. 2. Hanya diambil hujung perkataan itu. Contohnya : lelaki kekuda bebola jejentik lelabah kekabu pepohon dedaun jejari kekisi

Gandaan Berirama 1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal. 2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Contoh : lauk-pauk tungganglanggang batu-bata tanah-tanih saudara-mara semak-samun bukit-bukau bengkangbengkok kacau-bilau gelap-gelita

Gandaan Menyalin 1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. 2. Perkataan keduanya ditambah me ( N ) contoh : tahu-menahu tolongmenolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar

sulammenyulam tari-menari

tawar-menawar kata-mengata

sepak-menyepak karangmengarang

tangismenangis

rampasmerampas

tumbukmenumbuk

simpanmenyimpan

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan

Nama Betul1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang binatang tumbuh- tumbuhan benda tempat ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll pokok, betik, rumput, lalang dll pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat

gajah. Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a) b) c) d)

benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Kata Am Benda bangunan kereta buku sekolah Orang doktor kerani guru budak lelaki Binatang kucing lembu katak ayam Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Nama Kata Nama Khas

burung Tempat negeri bandar kampung tasek Tumbuhan pisang cili jambu limau

Burung Murai Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi

Kata nama TerbitanKata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

di awal kata di akhir kata

pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :kelas kata kata kerja kata dasar peraga latih bawa lawan kata sendi oleh kata terbitan peragawati latihan pembawaan perlawanan perolehan

untuk kata nama lombong rumah guru kata adjektif cantik besar tinggi

peruntukan perlonbongan perumahan perguruan kecantikan pembesar ketinggian

Kata majmukKata majmuk merupakan proses percantuman dua atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.

Contohnya: - kapal terbang - balai polis - jalan raya - buku kerja

Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan.

Contoh kata majmuk dieja sebagai satu perkataan: - kerjasama - antarabangsa - setiausaha - tandatangan - tanggungjawab - matahari - beritahu - kakitangan - jawatankuasa

BENTUK-BENTUK KATA MAJMUK Tediri daripada tiga kumpulan yang dieja terpisah kecuali bentuk yang sudah mantap sebagaimana disenaraikan di atas.

1. Terdiri daripada rangkaian kata bebas

Kata majmuk ini terdiri daripada gabungan dua atau lebih golongan kata iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja(kata sendi biasanya dieja bercantum walaupun terdiri daripada 2 perkataan) Kata mamjuk yang digolongkan dalam kategori ini juga dapat digunakan sebagai gelaran khusus seperti guru besar, perdana menteri dan ketua jabatan.

2. Terdiri daripada istilah khusus ; merujuk kepada perkara-perkara khusus dalam sesuatu bidang.

3. Terdiri daripada kata majmuk yang menunjukkan kiasan iaitu simpulan bahasa yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Maksudnya kata majmuk ini mendukung maksud kiasan yang berbeza daripada maksud asal perkataan berkenaan. Misalnya kata majmuk "makan suap" bukanlah bermaksud makan bersuap, sebaliknya bermaksud "menerima rasuah".

Imbuhan pada kata majmuk Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan bagi tujuan membentuk kata terbitan. Bagi kata majmuk yang dieja terpisah walaupun menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan ataupun imbuhan akhiran tetap dieja terpisah. Contoh:

- berterima kasih - bersatu padu - direka bentuk

- menyusun atur

Bagi kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, kata majmuk ini dieja sebagai satu perkataan dan tidak boleh dipisahkan. Contoh:

- mencampuradukkan - menyatupadukan - mengurusniagakan - penguatkuasaan

Penggandaan pada kata majmuk

Berbeza dengan rangkai kata setara yang tidak boleh digandakan langsung, kata majmuk yang dieja terpisah (kecuali bentuk yang telah mantap - mesti digandakan keseluruhannya) hanya perkataan pertama sahaja yang digandakan. Penggandaan pada kedua-dua perkataan akan menyebabkan kesalahan pada pembentukan kata majmuk.

Pembentukan rangkai kata setara

Rangkai kata setara secara umum dilihat serupa dengan kata majmuk, bezanya rangkai kata setara terdiri daripada satu golongan kata iaitu kata nama + kata nama seperti ibu bapa, pinggan mangkuk, adat resam, lembu kambing dsb. Sekiranya kata majmuk tidak boleh disisipkan kata hubung "dan" ataupun "atau", rangkai kata setara dapat menerima sisipan ini tanpa mengubah maksud asal rangkai kata berkenaan.

Rangkai kata setara juga tidak boleh digandakan mana-mana perkataannya sama ada perkataan pertama atau kedua.

Analisis Secara Kritis Penggunaan Golongan kata

Konsep Kata Kerja Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada kata kerja leksikal dan kata kerja bantu. (Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 81)

Kata kerja merupakan perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Manakala unsur lain yang wujud dalam binaan frasa tersebut boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan bagi menyempurnakan lagi atau mengindahkan lagi sesuatu ayat. Contoh; i. Dia membaca novel cinta. ii. Adik menangis dalam buaian. iii. Rumah besar itu dibina oleh kontraktor. iv. Dia tiba-tiba ditelan oleh keramaian orang.

Dalam frasa di atas, membaca, menangis, dibina dan ditelan, merupakan unsur intinya, iaitu unsur yang wajib ada dalam binaan ayat tersebut. Jika unsur atau inti tersebut tiada, ayat-ayat tersebut tidak akan berfungsi atau bermakna. Menurut nahu yang disusun Zaba, kata kerja adalah juga disebut sebagai segala perkataan yang yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang diadakan. Namun, definisi tersebut kurang memuaskan. (Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50) Kata kerja bahasa Melayu tidak dapat ditentukan oleh perubahan bentuk. Oleh sebab itu, ia sudah ditegaskan bahawa penjenisan golongan kata dalam bahasa Melayu melalui tiga tahap (menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50 - 51) iaitu;

i. Imbuhan ii. Penanda kata iii. Golongan kata

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50-51 Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 81 2.2 Penjenisan Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa. (Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 88). Kebanyakan sarjana menjeniskan golongan kata kerja kepada dua golongan iaitu transitif dan tak transitif.

Namun, penjenisan yang agak berbeza menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Menurut penulisan mereka, dalam bahasa Melayu terdapat dua golongan kata kerja iaitu kata kerja sederhana tidak berimbuhan; dan kata kerja terbitan yang dibentuk daripada penggunaan imbuhan tertentu. (Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 51). Kata kerja sederhana adalah kata-kata yang menyatakan gerak-geri seharian, seperti; i. Zuhairi tidur dengan nyenyak. ii. Yati sudah pergi ke pasar. iii. Semua pelajar duduk di atas lantai. iv. Azmilia baru pulang dari sawah.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008), dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru) halaman 152, menjeniskan kata kerja kepada dua golongan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif, ia sama dengan Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 88. Dua golongan kata kerja tersebut kemudiannya terbahagi pula kepada dua lagi kategori iaitu transitif aktif dan pasif, manakala tak transitif pula ialah berpelengkap dan tanpa pelengkap.

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 51 Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), hal. 152 Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 88 2.2.1 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ia tidak boleh berdiri dengan sendirinya sebagai predikat.

Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar (1982), menyatakan bahawa kata kerja transitif adalah; kata kerja yang boleh diikuti oleh objek. (Prof. Dr. Asmah hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 86) Beliau memberi contoh; i. Dia menulis surat KK Objek ii. Dia membaca buku KK Objek Nik Safiah Karim et al.,(2008), dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga mengatakan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek.

Objek yang digunakan dalam kata kerja transitif boleh berubah tempat menjadi subjek atau dalam erti kata lain ia boleh dipasifkan. Justeru, kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang disebut oleh Siti Hajar dalam rajah di atas iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

Kata kerja transitif juga dicerminkan melalui penggunaan imbuhan. Antara imbuhan yang digolongkan dalam kata kerja transitif ialah imbuhan pentransitif iaitu imbuhan yang boleh membentuk kata kerja ini. Kehadiran imbuhan tersebut

berhubungan dengan bentuk kata dasar iaitu awalan dan akhiran. Setiap daripada imbuhan yang termasuk dalam golongan pentransitif boleh berlaku bersendirian atau bergabung dengan yang lain di mana kata dasar awalan boleh bergabung dengan akhiran. Namun, bagi kedua-dua akhiran kan dan akhiran i tidak boleh hadir sekali atau serentak dalam satu perkataan. Contohnya bagi perkataan mengatakan, ia tidak boleh menjadi mengatakani. Oleh itu, imbuhan ini berfungsi untuk menerbitkan kata kerja transitif sama ada pasif atau aktif.

Prof. Dr. Asmah hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 86 Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 89 Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan penyambut atau objek (frasa/ perkataan yang bergaris) dalam predikat frasa kerja. Ia juga melibatkan dua kata nama iaitu kata nama pertama ialah pelaku kepada perbuatan dan kata nama yang kedua ialah mangsa atau yang diperlakukan/ dikenai. Kata kerja transitif aktif juga banyak menggunakan awalan meN-, Contoh; a) Ibu menyidai kain. b) Dia melihat bintang. c) Ibu membersihkan halaman rumah. d) Dia membuang sampah. e) Ali mencuci kereta.

Kata kerja transitif pasif Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang terhasil daripada proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Dalam proses inilah yang berlaku di mana objek hadir menjadi subjek dan biasanya ia menggunakan awalan di dan perkataan oleh seperti; i. Kain disidai oleh ibu. (Perkataan bergaris = Objek menjadi subjek) ii. Bintang dilihat oleh dia.

iii. Halaman rumah dibersihkan oleh ibu. iv. Sampah dibuang oleh dia. v. Kereta dicuci oleh Ali.

Penggunaan imbuhan memudahkan penggolongan kata kerja transitif. Penggolongan kata kerja ini berdasarkan penggunaan imbuhan.

2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang sudah lengkap maksudnya dan ia tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Jika dinoktahkan sekali pun pada kata kerja tersebut ia masih dapat difahami dan sesuai serta tidak janggal. Kata kerja ini tidak boleh dipasifkan dan juga tidak terkena pada orang lain atau benda lain. Contoh;

i. Budak itu bernyanyi. ii. Ibu sedang tidur. iii. Aku amat terkilan. iv. Aku hendak melaung. v. Ali suka berbual.

Kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata kerja tak transitif berpelengkap bermaksud kata kerja yang memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan frasa ayat. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contoh;

i. Rumahnya berlantaikan tanah. (pelengkap kata nama)

ii. Burung-burung bersiul riang. (pelengkap kata adjektif) iii. Ayah beransur pulih. (pelengkap kata adjektif) iv. Para perwakilan akan melawat ke Langkawi. ( Frasa sendi nama)

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai predikat ayat. Contohnya;

i. Ramai orang yang datang. ii. Mereka selalu berbincang. iii. Dia suka bergurau. iv. Tina nak lari. v. Layang-layang tu boleh terbang. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ini juga boleh diikuti oleh unsur keterangan selepasnya yang berfungsi sebagai maklumat tambahan atau keterangan (frasa yang bergaris dalam ayat). Contohnya;

i. Ramai orang yang datang ke surau itu. ii. Mereka selalu berehat di bilik tamu. iii. Dia suka bergaduh dengan kawan-kawannya.

Kesimpulan Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas,cerpen Tina karya Aminhad dalam Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menggunakan kesemua jenis penggolongan kata kerja iaitu kata kerja transitif aktif dan pasif juga kata kerja tak transitif berpelengkap dan tak berpelengkap. Kajian dibuat bermula dari perkataan yang pertama hingga perkataan ke-350 sahaja dan secara kesimpulan dapat dibuat terhadap kajian penggunaan kata kerja dalam cerpen tersebut ialah penulisnya iaitu Saudara Aminhad lebih banyak menggunakan jenis kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dalam karya

ini. Antara faktor beliau lebih selesa menggunakan kata kerja jenis tersebut ialah peredaran masa yang berlaku dan karya ini adalah merupakan karya moden. Jika karya klasik, kemungkinan bentuk kata kerja transitif pasif digunakan secara dominan. Hasil dapatan kajian dapat dilihat dalam jadual yang disediakan. Kaedah jadual serta gundalan telah digunakan bagi memudahkan saya untuk memperoleh jumlah kata kerja yang terdapat dalam cerpen Tina ini dengan kadar seberapa banyak yang mungkin. Justeru, melalui tugasan ini para pelajar telah memperoleh ilmu yang sangat berguna terutama mengenai penggunaan kata kerja.

Rujukan

Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am (Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu), Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom, et al., (2007). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin et al., (1997). Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1997). Nahu Melayu Moden, Selangor:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar)

Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. (2004). Bahasa Melayu STPM Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar Sdn. Bhd.)

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, (1982). Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, (1985). Kajian Bahasa (untuk pelatih Maktab Perguruan), Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar Sdn. Bhd.)

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Bibiliografi Abdullah Hassan. (2006).Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2006).Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari.(2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa

Melayu.Selangor : Open University Malaysia. http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukankata.html.

Diakses pada 16.3.2009. http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009 http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada 16.3.2008 Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka