GOLONGAN KATA.pptx

download GOLONGAN KATA.pptx

of 33

Transcript of GOLONGAN KATA.pptx

Penggolongan Kata

Penggolongan KataHamdanArifinJeya

Golongan kataPenggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :Kata NamaKata KerjaKata Adjektif / SifatKata Tugas

Golongan kata namaKata nama menunjukkan nama benda, naam orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : Kata Nama Khaskata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.Ia terbahagi kepada tiga :Kata Nama Khas Hidup Manusia contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul RazakKata Nama Khas Hidup Bukan Manusia contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, JibrailKata Nama Khas Tidak Hidup Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.

Kata Nama Amkata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.Ia terbahagi kepada dua : Kata Nama Am Abstrak jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.Kata Nama Am Konkrit kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.

Kata Ganti Namakata ganti nama terbahagi kepada :Kata ganti nama tunjuk kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau bendaada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada benda yang dekat)Kata ganti nama diri kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:

Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :Siapa merujuk kepada orangApa merujuk kepada benda atau perkaraMana merujuk kepada benda

ii.Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :orang pertama saya, aku, beta, patik, kitaorang kedua saudara, kamu, awak, engkau, andaorang ketiga ia, dia, beliau, mereka, nya.

Golongan kata kerjaKata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:Kata Kerja Transitif :Kata Kerja Transitif AktifKata Kerja Transitif Pasif Kata Kerja Tak Transitif :Kata Kerja Tak Transitif BerpelengkapKata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja transitifKata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh :Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.i. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan men dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Contoh : Mastura mencuci pakaian di dalam bilik airKata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif. Contoh :Pakaian dicuci oleh Mastura.

Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk mengenali kata kerja transitif :Mengemukakan pertanyaan apa selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? mengecat rumahApabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu, ini bermakna pada asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya perkataaan mengecat berasal daripada kata nama cat selepas menerima imbuhan menge.Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mengandungi dua kata nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh seseorang ke atas orang atau benda lain. Contoh : Sulaiman menembak burung gagak. Sulaiman kata nama pelakuBurung gagak kata nama objekmenembak kata kerja transitif

Apabila membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh :Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas.membelikan kata kerja transitifrantai emas objek tepat kekasihnya objek sipiDalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya apa kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu.

Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap selepasnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua :Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan. Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang. Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya apa selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek. Contoh :Burung terbang terbang apa ? (tiada jawapan)Adik berlari berlari apa ? (tiada jawapan)

Kata kerja tak transitif berpelengkapKata kerja transitif berpelengkap bermaksud kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Terdapat beberapa jenis pelengkap :Waktu . contoh : Ali duduk sejak tadi.Tempat . contoh : Kakak duduk di atas kerusiCara . contoh : Ali duduk bersimpuhSebab. contoh : Dia duduk kerana letih.

Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jikalau pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. Contoh :Sarah ingin menjadi peragawatiAmri bertambah sayang kepada isterinyaJika tanpa pelengkap :Sarah ingin menjadi (menjadi apa?)Ali bertambah(bertambah apa?)Pelengkap hendaklah dibezakan dengan objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, manakala objek pula hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan melengkap maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan.

Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata kerja atau tidak, terdapat beberapa cara :Kata kerja dapat digandingkan dengan kata bantu. Contoh :minum sudah minum sebaliknya : baju sudah baju (tidak memberi makna)Kaedah ini amat perlu apabila hendak membezakan beberapa kata kerja yang kelihatan seakan-seakan kata sifat.2. Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan tertentu seperti ber, me, kan,i dan diKata sifat/adjektifKata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).

Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

Kata Sifat Keadaan-memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar

Kata Sifat Warna-membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah.

Kata Sifat Ukuran-menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek

Kata Sifat Bentuk-menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulatKata Sifat Jarak-menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

Kata Sifat Waktu-memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru

Kata Sifat Cara -membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

Kata Sifat Perasaan-memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu

Kata Sifat Pancaindera-terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat :i.Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya.ii.Kata sifat diberi imbuhan ter dan se.

Kata tugasKata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

- kata hubung- kata penegas- kata tanya- kata nafi- kata seru- kata pemeri- kata perintah - kata sendi nama

- kata pembenar- kata arah- kata pangkal ayat- kata bilangan- kata bantu- kata penekan- kata penguat- kata pembenda

Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok :Kata Penyambung Ayatterdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

b) Kata Praklausa sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada : kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul, Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.

c) Kata Prafrasasejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.terdapat 8 jenis kata prafrasa :Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan Kata Bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.

Kata Bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.

kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegasmenegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.

d) Kata Pascaia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :Lajunya 100 km sejam.

Sekian terima kasih