GOTONG-ROYONG syarahan

2
FAEDAH GOTONG-ROYONG Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”. Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung- kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Hadirin yang dikasihi, Amalan gotong-royong dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Contohnya, di kampung majlis perkahwinan biasanya dibuat secara gotong-royong. Penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah. Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga . Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Hadirin yang dihormati, Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja . Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Para hadirin sekalian,

description

GOTONG-ROYONG syarahan

Transcript of GOTONG-ROYONG syarahan

FAEDAH GOTONG-ROYONGSelamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong.Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.Hadirin yang dikasihi,Amalan gotong-royong dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Contohnya, di kampung majlis perkahwinan biasanya dibuat secara gotong-royong. Penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah.Hadirin yang dihormati,Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Para hadirin sekalian,Amalan gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu Maufakat Membawa Berkat. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.Sekian, terima kasih.