GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Warisan Semulajadi dan Antikuiti
description
Transcript of GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Warisan Semulajadi dan Antikuiti
Warisan Semulajadi dan Antikuiti
DRAF 29/4/2011
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2010
Warisan Semulajadi dan Antikuiti
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Cetakan Pertama 2010
Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta terpelihara
Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara
elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
978-983-2773-98-6
Diterbitkan di Malaysia oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Pemberitahuan
GP ini mengandungi 10 GP yang perlu dibaca secara bersama iaitu-
Kawasan Pesisiran Pantai;
Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai;
Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sisa Toksid;
Pertanian Makanan; Warisan Semulajadi dan Antikuiti;
Rizab Hidupan Liar; Hutan Simpanan Kekal; dan Bukit dan Tanah Tinggi.
GP ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan
dan Negeri, serta GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada
12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.
GP ini juga disediakan untuk menyokong GP sedia ada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain.
29 April 2011
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KAWASAN WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Bahagian ini menyentuh kawasan yang dikenalpasti mempunyai nilai
warisan kebudayaan dan warisan semulajadi berdasarkan definisi yang terkandung di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) iaitu:
Jenis Warisan
Huraian
Warisan Kebudayaan
Merupakan bentuk ketara struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan yang penting kepada cara hidup rakyat di Malaysia
dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semulajadi.
• Monumen
• Tapak Warisan
• Rizab Arkeologi
Warisan Semulajadi
Merupakan kawasan bercirikan semulajadi yang terdiri daripada
pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri-ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir laut atau mana-mana tapak semulajadi yang mempunyai nilai-nilai yang menonjol dari pandangan semulajadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semulajadi termasuk flora dan fauna Malaysia.
Contohnya:-
• Aktif seismik
• Berfosil
• Manifestasi geothermal (antaranya mata air panas)
• Kawasan batu kapur
• Air terjun
• Mata Air Panas
• Koridor Pemandangan Menarik
•
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
A. KAWASAN TAPAK ARKEOLOGI
1. SKOP 1 1.1 Definisi Kawasan Tapak Arkeologi 1 1.2 Kawasan Tapak Arkeologi Sebagai KSAS 2
1.3 Kategori Kawasan Tapak Arkeologi 2
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2 2.1 Prinsip-prinsip Umum Pemuliharaan dan
Pembangunan Kawasan Tapak Arkeologi 2
3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3 3.1 Dasar Sedia Ada 3 3.2 Akta / Perundangan Berkaitan 3
4. GARIS PANDUAN UMUM 3
4.1 Kawasan Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah 3
4.2 Zon Penampan 4
5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5 5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan
Kawasan Arkeologi 5
SENARAI FOTO Foto 1 : Candi sebagai rizab arkeologi 2
i
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
B. MONUMEN GEOLOGI & TAPAK WARISAN GEOLOGI
1. SKOP 6 1.1 Definisi Kawasan Monumen Geologi dan Tapak Warisan Geologi Sebagai KSAS 6 1.2 Kawasan Monumen Geologi dan Tapak Warisan
Geologi dalam Konteks KSAS 8 1.3 Kategori Kawasan Monumen Geologi dan
Tapak Warisan Geologi 8
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 8 2.1 Prinsip-prinsip Umum Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Monumen Geologi
Dan Tapak Warisan Geologi 8
3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 8 3.1 Akta / Perundangan Berkaitan 8
4. GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN 9
4.1 Kawasan Monumen Geologi/Khazanah Geologi/ Tapak Warisan Geologi 9
4.2 Zon Penampan 10
5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pengurusan
11 5.2 Garis Panduan Khusus Pembangunan
13
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
SENARAI FOTO Foto 2 : Kawasan gua batu kapur sebagai tapak warisan geologi 6 Foto 3 : Gua Cengkerik, Paradise Valley,
Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak 7 Foto 4 : Monumen Geologi yang terdiri daripada
spleotem merah di Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak 7 Foto 5 : Bukit Batu Kapur Gunung Rapat,
Lembah Kinta, Perak 7 Foto 6 : Daun muda Monofilia sp. berfloresen
di batu kapur, Goldfish Wang, Lembah Kinta, Perak 7 Foto 7 : Monumen berpandangan indah
“Batu Jarum” Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak 7
Foto 8 : Puncak yang terdiri daripada kuarzit di Banjaran Mat Chincang, Langkawi 7 Foto 9 : Stalaktit (jenis „straw) dan stalagmit
kecil dalam gua „Snow Cave‟, Paradise Valley, Lembah Kinta, Perak 12
Foto 10: Hablur halus (kiri) dan hablur jenis „straw‟ (kanan) dalam Gua Kwong
Fook Ngean, Kinta, Perak 12
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
C. TAPAK EKOPELANCONGAN / TAMAN ALAM
1. SKOP 14 1.1 Definisi Ekopelancongan / Taman Alam 14 1.2 Kawasan Tapak Ekopelancongan / Taman Alam
Dalam Konteks KSAS 14 1.3 Kategori Kawasan Tapak Ekopelancongan /
Taman Alam 14
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN
15 2.1 Prinsip-prinsip Umum Pemeliharaan dan
Pembangunan Kawasan Tapak Ekopelancongan/ Taman Alam 15
3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 16 3.1 Dasar Sedia ada 16
3.2 Akta / Perundangan Berkaitan 16
4. GARIS PANDUAN UMUM 17
4.1 Perancangan dan Pelaksanaan Projek Ekopelancongan 17 4.2 Zon Penampan 17
4.3 Garis Panduan Pembangunan di Sekitar Bukit Batu Kapur dan Gua 18
4.4 Garis Panduan Perancangan dan Penubuhan Tapak Perkhemahan 19
5. GARIS PANDUAN KHUSUS 20 5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan 20
SENARAI FOTO Foto 11 : Kawasan paya sebagai komponen ekopelancongan 14
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
A . KAWASAN TAPAK
ARKEOLOGI
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1. SKOP
1.1 Definisi Kawasan Tapak Arkeologi
Definisi Di Bawah Seksyen 2 , Akta
Warisan Kebangsaan, 2005
Monumen Kerja senibina, kerja membuat arca dan mengecat monumen,
elemen atau struktur daripada jenis arkeologi,
inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat
yang menonjol dari pandangan sejarah, seni
atau sains
Objek
Warisan
Sesuatu objek yang
diisytiharkan di bawah s49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51
sebagai objek warisan
Tapak
Warisan
Sesuatu tapak
termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon,
warisan semulajadi, monumen atau bangunan di atas tanah, rizab
arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan,
taman, pokok atau rizab arkeologi yang ditetapkan sebagai tapak warisan di
bawah seksyen 24
Rizab
Arkeologi
Suatu kawasan yang di
dalamnya relik arkeologi terletak
Relik Arkeologi
Mana-mana mendapan arkeologi atau artifak,
peninggalan atau keterangan matan yang
dikaitkan dengan mendapan arkeologi dan berusia lima puluh tahun
atau lebih.
1.2 Kawasan Tapak Arkeologi Sebagai KSAS
Tapak Arkeologi mempunyai peninggalan
sejarah purba yang mempunyai nilai warisan yang tinggi. Kebanyakan tapak arkeologi mudah terganggu oleh faktor
alam seperti iklim dan aktiviti pembangunan. Maka adalah penting
supaya tapak arkeologi ini dipulihara dan diintegrasi dengan pembangunan.
1.3 Kategori Tapak Arkeologi Sebagai Bernilai Warisan
Foto 1 : Candi sebagai rizab arkeologi
1
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2. PRINSIP-PRINSIP
PERANCANGAN
2.1 Prinsip-prinsip Umum Pemuliharaan dan Pembangunan
Kawasan Tapak Arkeologi Tapak arkeologi perlu dilihat sebagai :-
i. entiti yang kekal; ii. tidak boleh diperbaharui; iii. bernilai tinggi; dan iv. amat sensitif. Apabila tapak penting arkeologi negara ini
dan persekitarannya diancam oleh kesan pembangunan, keutamaan dan
kepentingan hendaklah memihak kepada pengekalan bentuk fizikal tapak tersebut.
3. DASAR DAN PERUNDANGAN
SEMASA
3.1 Dasar sedia ada
Dasar Pengekalan Warisan Negara menyatakan bahawa “Semua bahan
warisan sama ada mudah alih atau tidak mudah alih yang telah menepati kriteria kepentingan sejarah atau seni bina mesti
dilindungi dari kepupusan”.
3.2 Akta/Perundangan Berkaitan
Perundangan Agensi
Pelaksana
1. Perlembagaan Persekutuan
Agensi
Kerajaan yang berkaitan
2. Akta Warisan
Kebangsaan 2005
Jabatan Warisan
Negara
3. Kanun Tanah Negara 1965
Pejabat Tanah dan Daerah
4. Akta Perhutanan Negara 1984
Jabatan Perhutanan
5. Akta Pengambilan Tanah 1960
Pejabat Tanah dan Daerah
6. Akta Kerajaan Tempatan 1976
Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT)
7. Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976
PBPT
8. Akta Penyiasatan
Kaji Bumi 1974
Jabatan Mineral dan
Geosains
KSAS
Bernilai Warisan
Fungsi utama
Tapak arkeologi mempunyai kesan aktiviti manusia di masa lampau yang
tidak boleh diganti. Ia termasuk rumah ibadat, tanah perkuburan, medan pertempuran, kubu pertahanan, gua,
ladang pertanian dan monumen. Jika kesan ini hilang atau dibiarkan lenyap
oleh aktiviti pembangunan, maka kita akan hilang peluang untuk mengetahui
sejarah dan aktiviti manusia di masa lampau.
2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
4. GARIS PANDUAN UMUM 4.1 Kawasan Monumen Lama dan
Tapak Tanah Bersejarah
Tapak warisan kebudayaan ketara
(termasuk kawasan, monumen dan bangunan) perlu berdasarkan kepada Daftar Warisan Kebangsaan yang
disediakan oleh Jabatan Warisan Negara.
Semua monumen Lama, Tapak Tanah
Bersejarah dan Rizab Arkeologi perlu
diwartakan.
Penyediaan Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan
Khas) perlu mengambilkira tapak warisan kebudayaan ketara dan tapak
warisan semulajadi mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Kerja-kerja di atas tapak monumen atau berhampiran monumen perlu
mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Warisan
Negara.
Pemohon perlu mendapatkan
persetujuan Pesuruhjaya Warisan mengenai tapak warisan sebelum
memohon Kebenaran Merancang daripada PBPT.
Pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan perlu mengikut pelan
pengurusan pemuliharaan yang disediakan.
Semua aktiviti menggali atau excravation perlu mendapat kelulusan
Jabatan Warisan Negara.
Monumen mempunyai kepentingan
nasional dan perlu dikekalkan di tempat asal.
4.2 Zon Penampan
Penyediaan zon penampan perlu untuk mengasingkan kawasan warisan
daripada aktiviti yang tidak sesuai. Zon penampan boleh dalam bentuk
seperti jalan raya, kawasan lapang atau bangunan.
Bangunan di dalam zon penampan perlu diambilkira dari segi merit dan
hanya akan dibenarkan jika pembangunan tersebut bersesuaian dengan bangunan sekeliling dan
keseluruhan bandar secara amnya.
Penguatkuasaan yang tegas ke atas pembangunan baru di dalam zon penampan hendaklah dilaksanakan
untuk mengekalkan vista yang signifikan dan pemandangan sekitar
kawasan warisan.
Pembangunan fizikal di dalam zon
penampan hendaklah bersesuaian dengan bangunan sediada di dalam
kawasan warisan.
3
4
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
5. GARIS PANDUAN KHUSUS
5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan Kawasan Arkeologi
KSAS/ Kategori
Tahap Kesensi-
tifan
Aktiviti Dibenarkan
Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti tidak
dibenarkan Catatan / Garispanduan
Aktiviti Syarat
Monumen Lama, Tapak
Tanah Bersejarah dan Rizab Arkeologi
1
Aktiviti pemuliharaan
dan penyelidikan
Tiada sebarang aktiviti pembangunan
dibenarkan di dalam atau di sempadan
kecuali dengan kebenaran Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara
Tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Pengenalpastian zon penampan di sekeliling tapak perlu disediakan mengikut ketetapan Jabatan Warisan Negara.
Tapak
Warisan (Zon
Warisan)
2
Aktiviti
penyelidikan Kawasan
lapang
Sebarang aktiviti tidak
dibenarkan tanpa kebenaran Pesuruhjaya
Jabatan Warisan Negara.
Tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Pengenalpastian zon penampan di sekeliling tapak perlu disediakan mengikut ketetapan oleh Jabatan Warisan Negara.
Nasihat Jabatan Warisan Negara harus didapati sebelum Kebenaran Merancang diberi.
Bangunan Bersejarah
dan Senibina tradisi
3 Perdagangan
terutama galeri dan pejabat
Kediaman Institusi
Kemudahan
Masyarakat
Untuk kediaman
single family unit Mematuhi
garis panduan ICOMOS
Kegunaan Industri
Bangunan di senaraikan sebagai „listed buildings‟ di bawah Rancangan Tempatan.
Tidak dibenarkan apa jua pembangunan, pengubahsuaian dan perobohan bangunan tanpa
kebenaran. daripada pihak PBPT.
Kebenaran merancang hanya diberi setelah mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Warisan Negara.
Nota: Tahap Kesensitifan: 1 = Tiada pembangunan kecuali aktiviti penyelidikan 2 = Aktiviti berimpak rendah dibenarkan tanpa pertukaran gunatanah
3 = Pembangunan terkawal (dengan syarat-syarat tertentu)
5
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
1. S 2.
B. MONUMEN GEOLOGI &
TAPAK WARISAN
GEOLOGI
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1. SKOP
1.1 Definisi Monumen Geologi dan
Tapak Warisan Geologi
Kategori Penerangan
Taman Geologi
Taman geologi mesti
mempunyai gabungan beberapa sistem geologi atau
landskap yang bernilai warisan
tinggi dan secara keseluruhan menunjukkan
keunikan tabii yang luar biasa. Taman
Geologi biasanya akan mengandungi beberapa geotop
atau geo-tapak.
Monumen Geologi
Monumen atau tugu
geologi ditakrifkan sebagai tapak atau
kawasan yang mempunyai satu sistem geologi atau
landskap bernilai warisan unggul,
khusus untuk nilai saintifik atau estetik. Monumen
geologi boleh mengandungi
beberapa geotop di dalamnya.
Tapak Terpelihara
Tapak terpelihara
geologi adalah yang mengandungi satu atau beberapa fitur
geologi atau landskap yang
bernilai warisan unggul. Lazimnya mengandungi satu
geotop.
Landskap Berpandangan Indah
Kawasan landskap
berpandangan indah adalah kawasan
atau tapak yang menunjukkan ciri-ciri geomorfologi
cantik, bernilai estetik tinggi dan
sesuai untuk tujuan rekreasi. Ia boleh mengandungi satu
atau beberapa geotop.
Tugu geologi terdiri daripada marmar yang
mengalami pelarutan, digunakan dalam kelandar Persatuan Geologi Malaysia (2002), Gunung Rapat, Kinta Perak.
Tugu geologi terdiri daripada marmar yang
mengalami pelarutan, digunakan dalam kelandar Persatuan Geologi Malaysia (2002), Gunung Rapat, Kinta Perak.
Foto 2: Kawasan gua batu kapur sebagai tapak warisan geologi
6
6
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Monumen berpandangan indah bukit
batukapur, yang dinamakan sebagai ‘Batu Jarum’ Gunung Rapat, Kinta, Perak.
Monumen berpandangan indah bukit
batukapur, yang dinamakan sebagai ‘Batu Jarum’ Gunung Rapat, Kinta, Perak.
Foto 3 : Gua Cengkerik, Paradise Valley,
Gunung Rapat, Lembah Kinta, Perak
Foto 4 : Monumen Geologi Yang Terdiri Daripada Spleotem Merah Di Gunung
Rapat, Lembah Kinta, Perak
Foto 5 : Bukit Batu Kapur Gunung Rapat,
Lembah Kinta, Perak
Foto 6 : Daun muda Monofilia sp.
berfloresen di batu kapur, Goldfish Wang, Lembah Kinta, Perak
Foto 7 : Monumen berpandangan indah
“Batu Jarum” Gunung Rapat,
Lembah Kinta, Perak.
Foto 8 : Puncak yang terdiri daripada
kuarzit di Banjaran Mat Cinchang,
Langkawi.
7
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1.2 Kawasan Monumen Geologi Dan
Tapak Warisan Geologi dalam
Konteks KSAS
Kepentingan khazanah geologi sebagai warisan adalah sangat penting kerana pemusnahan sesuatu biotop boleh dibaik
pulih melalui tanaman semula atau dengan penyuburan (nurturing) biotop
tersebut. Pemusnahan geotop merupakan lambang dan rekod sejarah serta peristiwa detik geologi kuno tidak boleh
diganti atau dipulihkan semula.
Jika fitur geotop tersebut adalah satu-satunya bagi meneruskan proses geologi sejak beberapa ribu atau juta tahun
dahulu, maka pemeliharaan dan pemeliharaan fitur ini adalah amat
penting.
1.3 Kategori Kawasan Monumen
Geologi Dan Tapak Warisan Geologi
KSAS Bernilai Warisan KSAS
Berisiko Bencana
Fungsi Utama Fungsi Sampingan
Mempunyai kepentingan dan nilai tinggi untuk
dipelihara. Sistem geologi yang
unggul, khususnya untuk nilai saintifik dan estetik.
2. PRINSIP-PRINSIP
PERANCANGAN 2.1 Prinsip-prinsip Umum
Pemeliharaan dan Pembangunan
Kawasan Monumen Geologi Dan Tapak Warisan Geologi
Tapak arkeologi perlu dilihat
sebagai:-
i. entiti yang kekal
ii. tidak boleh diperbaharui; iii. bernilai tinggi; dan
iv. amat sensitif.
3. DASAR DAN PERUNDANGAN
SEMASA 3.1 Akta / Perundangan Berkaitan
Senarai perundangan yang mempunyai kaitan dengan warisan semulajadi dan
antikuiti adalah :-
Perundangan Agensi
Pelaksana
1. Akta Warisan
Kebangsaan 2005
Jabatan Warisan
Negara
2. Perlembagaan
Persekutuan
Semua Agensi
Kerajaan
3. Kanun Tanah Negara
1965
Pejabat Tanah
dan Daerah
4. Akta Perhutanan
Negara 1984
Jabatan
Perhutanan
5. Akta Pengambilan
Tanah 1960
Pejabat Tanah
dan Daerah
6. Akta Kerajaan
Tempatan 1976
Pihak Berkuasa
Tempatan
8
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Perundangan Agensi
Pelaksana
7. Akta Perancangan
Bandar dan Desa
1976
PBPT
8. Akta Penyiasatan
Kaji Bumi 1974
Jabatan Mineral
dan Geosains
(JMG)
9. Akta Pembangunan
Mineral JMG
10. Akta Perikanan 1985 Jabatan
Perikanan
11. Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974
(Pindaan) 1985
Jabatan Alam
Sekitar
12. Akta Perlindungan
Hidupan Liar 1972
(Pindaan) 1988
Jabatan
PERHILITAN
13. Akta Taman Negara
1980 (Pindaan)
1983
Jabatan
Perhutanan
Jabatan
PERHILITAN
14. Akta Pemuliharaan
Tanah 1960
KPTG
PTG
15. Kaedah-kaedah
Kuari Selangor 2003 JMG
4. GARIS PANDUAN UMUM PEMULIHARAAN
Garis panduan umum kawasan monumen geologi dan tapak warisan monumen adalah seperti berikut:
4.1 Kawasan Monumen Geologi /
Khazanah Geologi / Tapak Warisan Geologi
Menyediakan laporan kajian terperinci
yang disahkan oleh Jabatan Warisan
Negara mengenai jenis khazanah
geologi dan kepentingan tahap nilai khazanah yang perlu dipelihara.
Kawasan pemuliharaan perlu
ditandakan di atas pelan. Kajian sempadan perlu dibuat jika kawasan ini akan diisytiharkan atau diwartakan
oleh pihak kerajaan.
Tujuan pemuliharaan hendaklah mengikut kategori pemuliharaan kawasan tersebut (contohnya sebagai
Taman Geologi, Tugu / Monumen Geologi, Tapak Geologi atau sebagai
Kawasan Berpandangan Indah).
Permohonan untuk pemuliharaan perlu
dikemukakan kepada PBT atau Pejabat Daerah. JMG Negeri atau Persekutuan
mesti dirujuk sebelum permohonan diluluskan.
Pengisytiharan kawasan sebagai
khazanah geologi akan dilakukan oleh
Pesuruhjaya Warisan Kebangsaan.
Jika kawasan tersebut didapati di dalam hutan simpan kekal, pemuliharaan boleh dibuat melalui Akta
Perhutanan (Hutan Lipur dan lain-lain).
Pemuliharaan kawasan Khazanah Geologi dalam hutan simpan kekal boleh dibuat melalui Akta Perhutanan
manakala pemuliharaan khazanah geologi di pulau boleh dibuat melalui
Akta Perikanan atau Akta Perhutanan.
9
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
10
Pemuliharaan khazanah geologi di tanah lapang atau tanah milik orang
ramai boleh dibuat di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Pemuliharaan bertujuan pendidikan
mestilah memberi maklumat
secukupnya sebagai terbitan, risalah dan brosur.
Penyelidik mesti mendapat kebenaran
bertulis untuk memasuki ke kawasan
tersebut.
Kemudahan asas untuk aktiviti ekopelancongan yang mampan dan berimpak rendah boleh disediakan
untuk pengunjung seperti di kawasan Taman Geologi.
Jika kawasan pembangunan didapati
mengandungi tapak atau kawasan berciri warisan geologi, kajian perlu dilakukan oleh perunding geologi yang
bertauliah.
Penilaian tentang kepentingan tapak bagi kawasan yang mempunyai nilai luar biasa atau tinggi permohonan
untuk diisytiharkan sebagai geotapak atau khazanah geologi boleh dibuat di
bawah Akta Warisan Kebangsaan.
Pihak Berkuasa Tempatan boleh
mengisytiharkan tapak atau kawasan sebagai kawasan khazanah geologi,
monumen geologi, geotapak atau geotop dengan kerjasama dari pihak JMG, LESTARI dan ahli geologi yang
bertauliah di bawah Akta Warisan Kebangsaan, Akta Perancangan Bandar
dan Desa, Akta Perikanan Negeri (jika meliputi sebahagian pantai) atau Akta
Perhutanan Negara (Hutan Lipur).
Kawasan khazanah geologi yang luas dan mengandungi beberapa geotapak atau geotop di dalamnya boleh
diisytiharkan sebagai Taman Geologi Negeri, Taman Geologi Negara, Taman
Laut atau Taman Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan, Akta Perhutanan Negara, Akta Perancangan Bandar dan
Desa atau Akta Perikanan Negara.
4.2 Zon Penampan Zon penampan perlu diadakan
mengelilingi Taman dan Monumen Geologi. Hanya pembangunan intensiti
rendah dibenarkan di dalam zon penampan.
Jika monumen atau tapak geologi
terdiri dari bukit batu kapur, zon
penampan hendaklah 2 kali ganda jarak cerun tegak atau tebing tegak
bukit batu kapur pada sempadan tersebut. Semua jenis pembangunan tidak dibenarkan di zon tampan seperti
ini.
Bagi kawasan geotapak (geological site), zon penampan tidak diperlukan bagi kawasan yang pemuliharaan amat
kecil seperti tapak spesifik kehadiran fosil.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
11
5. GARIS PANDUAN KHUSUS
5.1 Garis Panduan Khusus Pengurusan
Garis Panduan Agensi
Pelaksana Kawalan Pemusnahan Fitur Geologi, Grafiti dan Vandalisme
Kawasan tapak geologi yang diisytiharkan sebagai khazanah geologi mesti dipagar. Yuran kemasukan yang rendah dicadang dikutip untuk pembiayaan kerja-kerja pemuliharaan tersebut.
Syarat mesti dipatuhi oleh pelawat semasa dalam kawasan khazanah geologi:
a) Pelawat tidak dibenarkan mengutip sebarang sampel bahan bumi mahupun fosil, mineral, serpihan batuan, pasir, kelikir, tanah dan lain-lain (termasuk bunga, pokok dan bahagian tumbuh-tumbuhan) kecuali dengan kebenaran bertulis dari pegawai / pengurus taman / geo-monumen/geotapak;
b) Pelawat dilarang menconteng di permukaan batuan atau dalam gua atau sebarang permukaan batuan mahupun pokok dan tumbuh-tumbuhan yang ada pada taman/geo-monumen dan geotapak.;
c) Orang ramai dilarang menjalankan penjelajahan (prospecting), mendulang, mengorek lubang di dalam kawasan taman geologi / geo-monumen / geotapak atau dalam kawasan zon penampan;
d) Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan penalti denda.
Jabatan Warisan Negara
JMG PBT
Kawalan Pengkuarian Bawah Permukaan
Permohonan pengkuarian mesti mendapat kelulusan dan cadangan yang sewajarnya daripada JMG Negeri.
Kajian EIA diperlukan sebelum menjalani pengkuarian di sesuatu tempat.
Satu pernyata alam sekitar (Environmental Statement) diperlukan juga untuk mengetahui kawasan tersebut samada mengandungi fitur geologi atau tidak.
Kawasan yang mengandungi fitur geologi atau gua yang berpotensi dijadikan khazanah geologi dilarang menjalani aktiviti pengkuarian.
Pengkuarian batu kapur bawah permukaan adalah digalakkan. Kawasan batu kapur jenis ini adalah lebih sesuai bagi mengendalikan kuari untuk menghasilkan agregat atau bahan mentah bagi kegunaan industri.
JMG JAS Jabatan
Warisan Negara
PBT
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
12
Contoh-Contoh Fitur Geologi
Foto 9 : Stalaktit (jenis „straw‟) dan
stalagmit kecil dalam gua „Snow Cave‟,
Paradise Valley, Kinta, Perak.
Foto 10 : Hablur halus (kiri) dan
hablur jenis „straw‟ (kanan) dalam Gua Kwong Fook Ngean, Kinta, Perak
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI 13
5.2 Garis Panduan Khusus Pembangunan
Kategori Khazanah Geologi T
ah
ap
Kesen
sit
ifan
Aktiviti Dibenarkan
Aktiviti Dibenarkan dengan syarat
Aktiviti tidak dibenarkan
Catatan / Garis panduan
Aktiviti Syarat
Taman Geologi
1
Penyelidikan Pendidikan Tadahan air
Rekreasi menggunakan sumber semula jadi
Ekopelancongan menggunakan sumber semula jadi
Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik
Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.
Menara Komunikasi tidak dibenarkan
Pembangunan kemudahan
tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.
Pelan Eko Pelancongan Negara.
Monumen Geologi
1
Penyelidikan Pendidikan Tadahan air
Rekreasi menggunakan sumber semula jadi
Ekopelancongan menggunakan sumber semula jadi.
Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik
Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.
Menara Komunikasi tidak dibenarkan.
Pembangunan kemudahan
tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.
Pelan Eko Pelancongan Negara.
Tapak Geologi
1
Penyelidikan Pendidikan Tadahan air
Ekopelancongan menggunakan sumber geologi yang ada.
Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik
Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.
Menara Komunikasi tidak dibenarkan
Pembangunan kemudahan tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.
Pelan Eko Pelancongan Negara.
Berpandangan
Indah
2
Penyelidikan Pendidikan Tadahan air
Rekreasi menggunakan sumber semula jadi
Ekopelancongan menggunakan sumber semula jadi
Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selain yang disenaraikan.
Menara Komunikasi tidak dibenarkan
Pembangunan kemudahan
tanpa penukaran penggunaan tanah selain daripada kegunaan taman geologi.
Pelan Eko Pelancongan Negara.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
C. TAPAK EKOPELANCONGAN /
TAMAN ALAM
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
14
1. SKOP 1.1 Definisi Ekopelancongan/Taman
Alam
Definisi Ekopelancongan yang digunakan di dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia adalah:
“Lawatan dan perjalanan yang
dibuat ke kawasan-kawasan alam semula jadi yang belum tercemar,
dengan tujuan untuk menikmati dan menghargai alam sekitar (juga melibatkan kawasan yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan lampau dan masa kini) iaitu
kawasan-kawasan yang menggalakkan pemuliharaan, mempunyai impak pelawat yang
rendah dan turut menyediakan penglibatan penduduk tempatan
secara aktif dari segi sosioekonomi”.
Komponen-komponen ekopelancongan adalah seperti berikut:-
Taman-taman Marin dan Pulau-pulau Taman-taman Negara, Hutan Simpan
dan hutan-hutan lain
Kawasan Paya Bakau Kawasan Hutan Simpan Rekreasi
Bukit Batu Kapur dan Kawasan Gua Sungai-sungai, Air Terjun dan Tasik-
tasik
Kawasan Pantai Kawasan„Montane‟
1.2 Kawasan Tapak
Ekopelancongan/ Taman Alam dalam konteks KSAS
Kawasan Tapak Ekopelancongan dan
Taman Alam merupakan sebahagian daripada kawasan semulajadi dan sensitif terhadap pembangunan. Tapak
ekopelancongan dan Taman Alam mempunyai kekayaan sumber
kepelbagaian biologi tropika lembap. Kawasan ini juga kaya dengan nilai warisan flora dan fauna yang tinggi.
Foto 11 : Kawasan paya sebagai komponen ekopelancongan
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
15
1.3 Kategori Kawasan Tapak
Ekopelancongan/Taman Alam
Kepentingan Tapak Ekopelancongan/
Taman Alam Sebagai KSAS
KSAS Bernilai
Warisan
KSAS
Berisiko
Bencana
Fungsi utama Fungsi
sampingan
Mempunyai nilai penting dari
perspektif persekitaran ekosistemnya, kepentingan
bagi tujuan rekreasi dan perlu dipelihara secara semulajadi.
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN
2.1 Prinsip-Prinsip Umum
Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Tapak Ekopelancongan
/ Taman Alam
National Conservation Strategy (NCS)
WWF telah menggariskan 10 prinsip bagi memastikan ekopelancongan
dibangunkan secara mampan, iaitu:-
a) Pemuliharaan dan penggunaan
sumber-sumber alam semula jadi, sosial dan budaya secara mampan;
b) Mengurangkan penggunaan yang
berlebihan dan sisa buangan dapat
mengelakkan kos memulihkan alam sekitar yang musnah di samping dapat
menyumbang ke arah sektor pelancongan yang berkualiti;
c) Mengekal dan mempromosi sumber
alam semula jadi, sosial dan budaya yang pelbagai adalah penting bagi
memastikan pelancongan yang mampan dalam jangka masa yang panjang;
d) Pembangunan pelancongan yang
diintegrasikan kepada rangka perancangan strategik bagi negara dan tempatan serta menjalankan penilaian
impak alam sekitar dapat meningkatkan jangka masa panjang
bagi sektor pelancongan;
e) Industri pelancongan yang menyokong
pelbagai aktiviti ekonomi tempatan dan yang mengambil kira harga dan
nilai alam sekitar;
f) Penglibatan sepenuhnya masyarakat tempatan dalam sektor pelancongan.
g) Rundingan di antara pengusaha industri pelancongan dengan
masyarakat tempatan, organisasi dan institusi yang berkenaan adalah perlu;
h) Kursus latihan yang berkenaan ekopelancongan kepada penduduk
tempatan;
i) Program promosi dan pemasaran perlu
menyediakan maklumat yang lengkap untuk kawasan ekopelancongan;
j) Penyelidikan dan pengawasan yang
berterusan untuk memelihara warisan
semulajadi masa ini dan hadapan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI 16
3. DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA
3.1 Dasar sedia ada
Dasar Penerangan
Strategi
Pemuliharaan
Negara
National
Conservation
Strategy (NCS)
Perlu dihadkan bilangan
pelawat mengikut
keupayaan daya
tampung.
Had bagi jenis kegiatan
yang dibenarkan perlu
ditetapkan untuk
memastikan
penggunaan sumber
adalah mampan
manakala kawasan dan
aktiviti di dalam
kawasan tersebut
hendaklah dizonkan.
Setiap kawasan
ekopelancongan di
kawasan yang dilindungi
seperti taman negara
dan hutan simpan
haruslah mempunyai
pelan pembangunan dan
pengurusannya yang
tersendiri.
Suatu dokumen
berasingan mengenai
pelan pembangunan dan
pengurusan perlu
disediakan bagi setiap
tapak ekopelancongan
kerana terdapatnya
perbezaan di dalam
kemudahan
infrastruktur, bilangan
pelawat, dan keadaan
semula jadi alam sekitar
bagi setiap kawasan.
3.2 Akta/Perundangan Berkaitan
Perundangan Agensi Pelaksana
1. Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974,
Perintah Kualiti
Alam Sekeliling
(Aktiviti Yang
Ditetapkan)
(Penilaian Kesan
Kepada Alam
Sekeliling) 1987
Jabatan Alam Sekitar
2. Akta Kerajaan
Tempatan 1976 PBT
3. Kanun Tanah
Negara 1960
Pejabat Tanah dan
Daerah
4. Akta Perikanan
1984
Jabatan Perikanan
Jabatan Taman Laut
Malaysia
5. Akta Taman Laut
2004
Jabatan Taman Laut
Malaysia
6. Akta Perhutanan
Negara Jabatan Perhutanan
7. Akta Warisan
Kebangsaan 2005
Jabatan Warisan
Negara
8. Akta Perancangan
Bandar dan Desa
1976
PBPT
9. Akta Perlindungan
Hidupan Liar 1972
(Pindaan) 1988
Jabatan PERHILITAN
10. Akta Taman Negara
1980 (Pindaan)
1983
Jabatan Perhutanan
Jabatan PERHILITAN
Jabatan Taman Laut
Malaysia
11. Akta Pemuliharaan
Tanah 1960
KPTG
PTG
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
17
4. GARIS PANDUAN UMUM 4.1 Perancangan dan Pelaksanaan
Projek Ekopelancongan
Kawasan semulajadi yang dikhaskan mestilah mempunyai Pelan Pembangunan dan Pengurusan yang
disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;
Setiap hotel, restoran dan rangkaian
kedai perlu ditempatkan di luar
kawasan taman dan pengunjung hanya dibenarkan memasuki kawasan
taman pada waktu siang sahaja;
Kaedah pembinaan dan bahan binaan
yang digunakan hendaklah berimpak rendah terhadap alam sekitar.
Pembinaan bangunan hendaklah menggunakan kayu yang telah dirawat dan boleh mempunyai asas,
tapak dan sokongan struktur konkrit sekiranya perlu;
Bangunan yang didirikan mestilah
lebih rendah daripada kanopi pokok
dan ketinggiannya dihadkan kepada satu atau dua tingkat sahaja;
Laluan “boardwalk” yang berstruktur,
bermutu dan mempunyai papan arah digalakkan supaya tidak mengganggu ekosistem semulajadi;
Pencahayaan di kawasan
ekopelancongan / taman alam hendaklah direka khas supaya tidak memberi kesan negatif terhadap flora
dan fauna.
4.2 Zon Penampan
Zon penampan perlu diadakan di
sekitar kawasan taman negara atau
kawasan yang diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi dan tidak
boleh ditukarkan guna tanahnya kepada kawasan pertanian.
Pembangunan kemudahan fizikal hendaklah dibuat berdasarkan pelan
tapak. Setiap pembangunan hendaklah bersesuaian dengan persekitarannya dan harmoni dengan
fungsi taman negara dan kawasan pelancongan alam yang lain.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI 18
4.3 Garis Panduan Pembangunan di
Sekitar Bukit Batu Kapur dan Gua
Hanya pemandu pelancong yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk melakukan aktiviti meneroka gua bagi
memastikan keselamatan para pengunjung di samping mengamalkan
pemuliharaan gua.
Pelan pengurusan serta langkah ketika
berhadapan kecemasan dan keselamatan di dalam gua perlu
disediakan oleh pihak pengurusan untuk melindungi pengunjung daripada sebarang bahaya.
Sebarang aktiviti, struktur, tempat
letak kenderaan dan gangguan pemandangan adalah dilarang di
kawasan sekitar pintu masuk.
Pengunjung perlulah mematuhi
arahan dan hanya dibenarkan menggunakan laluan yang disediakan
dan dilengkapi dengan selusur jalan.
Setiap pemasangan alatan hendaklah
pada kadar yang minimum dan penggunaan barangan dari sumber
alam sahaja bagi mengurangkan impak ke atas visual dan alam sekitar.
Sebarang peralatan yang akan dipasang kekal seperti penyusur
tangan keselamatan (safety hand rail), tangga dan pencacak tali mestilah diperbuat daripada besi
tahan karat.
Sekiranya papan pejalan kaki tidak
dapat dibina, laluan pejalan kaki harus diperbaiki di kawasan yang diperlukan
sahaja. Penggunaan asfat (asphalt), tar dan minyak adalah dilarang sama ada di dalam atau pun di sekitar gua.
Jumlah bilangan pengunjung di dalam
sesebuah kumpulan ditetapkan untuk memudahkan kawalan ke atas pengunjung dan mengurangkan
kerosakan yang mungkin berlaku serta memelihara nilai estetika gua.
Apa-apa pembangunan hendaklah
dibina di luar zon penampan dan jauh
dari pintu masuk gua. Hanya pembangunan asas yang tidak
memberi kesan negatif kepada kawasan batu kapur.
Papan tanda yang disediakan
hendaklah kecil, tidak menonjol dan
mudah dialihkan. Kaedah pemasangan papan tanda tidak boleh
merosakkan batu gua dan dilarang dipasang pada formasi batu yang lembut.
Tiada kemudahan tempat
pembuangan sampah dibenarkan di dalam gua. Semua pembuangan sampah di dalam gua adalah dilarang
dan pengunjung dikehendaki membawa keluar sampah tersebut.
Operator gua ekopelancongan
mestilah berpengetahuan luas dalam
bidang pengoperasian gua, penerokaan gua, latihan pertolongan
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
19
cemas, berkepimpinan, pemuliharaan gua serta berpengetahuan dalam
menghadapi kecemasan yang berlaku di dalam gua.
Semua pemandu penerokaan gua
mestilah menjalani latihan praktikal
dengan badan kerajaan seperti Taman Negara dan Jabatan PERHILITAN serta
Badan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau “Malaysian Nature Society
(MNS)”.
4.4 Garis Panduan Perancangan dan
Penubuhan Tapak Perkhemahan
Tapak perkhemahan perlu direka agar
tidak mengganggu persekitaran. Pembinaan tapak perkhemahan
perlulah mematuhi semua peraturan keselamatan dan menjaga persekitaran alam sekitar.
Menyediakan kemudahan
perkhemahan termasuk Pusat Penerangan dan Kawalan.
Setiap tapak perkhemahan perlu dilengkapkan dengan peralatan asas
perubatan dan keperluan memasak.
Unggun api hanya boleh dinyalakan di
tempat yang dikhaskan seperti di “fireplace” ataupun di tempat
memanggang.
Kemudahan pembuangan dan rawatan sisa buangan pepejal dan organik
perlu diteliti supaya tidak memberi impak kepada alam sekitar.
Kemudahan tandas hendaklah dibina
dengan jarak minimum 50m dari
sumber air dan tapak perkhemahan, serta diletakkan di kawasan yang lebih
rendah.
Sistem lampu dan pencahayaan
hendaklah direka khas supaya tidak memberi kesan negatif kepada flora
dan fauna.
Peraturan untuk berkhemah dan
mengembara hendaklah disediakan bagi menyenaraikan aktiviti yang
boleh dan tidak boleh dilakukan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
20
5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Garis Panduan Khusus Pembangunan
KSAS/ Kategori
Tah
ap
Kesen
si
tifa
n
Aktiviti Dibenarkan
Aktiviti Dibenarkan
dengan syarat
Aktiviti tidak dibenarkan
Catatan/Garis panduan
Aktiviti Syarat
Tanah
Lembap/ Bakau/ Inter-Tidal Mudflats
1 Penyelidikan
Ekopelancongan
Berkayak
Rekreasi Memancing
Mengembara berjalan kaki
Berkelah
Menaiki bot enjin
Jet ski
Mengumpul cangkerang dan crustaceans
Pembangunan struktur kekal
Pembalakan
Pertanian
Akuakultur
Struktur binaan untuk aktiviti ekopelancongan adalah
terhad kepada pembinaan boardwalk atau bangunan kayu di atas air.
Taman Negara, kawasan hutan yang dilindungi, dan hutan yang digunakan untuk tujuan pelancongan mestilah dizonkan berdasarkan kepada jenis dan intensiti guna tanah.
Pembangunan kemudahan fizikal mestilah berdasarkan kepada pelan tapak.
Hotel, restoran dan kedai mestilah dibina di luar kawasan taman.
Kaedah dan bahan pembinaan yang digunakan mesti bertujuan meminimumkan kesan ke atas alam sekitar.
Hutan Simpan, Taman Negara, Hutan Simpan Rekreasi, Kawasan Pergunungan
Bukit Batu Kapur, Gua
1 Pemuliharaan Kawasan Hutan
Penyelidikan
Ekopelancongan
Memerhati burung
Fotografi
Mendaki
Berkhemah
Berkayak
Berakit
Memetik tumbuhan dan mengumpul haiwan sebagai cenderamata
Memotong kayu api dan perkhemahan
Pembuangan sampah
Industri
Perumahan
Tiada Penukaran Penggunaan tanah selain untuk kegunaan perhutanan.
Kawasan paya bakau hendaklah dizonkan sebagai kawasan pemeliharan keselamatan.
Laluan masuk pelancong menggunakan bot atau boardwalk .
Pembinaan bangunan hendaklah dihadkan di tebing kawasan paya bakau yang kering dengan ketinggian tidak melebihi kanopi pokok.
Garis panduan kesihatan dan keselamatan hendaklah diutamakan.
(Rujukan : Pelan Eko Pelancongan Negara)
Taman Laut, Pulau dan Pantai
Sungai, Air Terjun, Tasik
3 Penyelidikan
Ekopelancongan
Berenang
Menyelam
Snorkel
Sukan pantai
Terkawal dan tidak merosakkan alam sekitar
Jet ski
Ski air
Bot enjin
Bonfires
Kenderaan bermotor tidak dibenarkan di tepi pantai, kecuali untuk keperluan membaik pulih pantai.
Sumber pencahayaan, seperti lampu neon mestilah dielakkan atau dikurangkan.
Bangunan yang dibina hendaklah terdiri daripada bangunan satu tingkat atau ½ tingkat atau bertiang.
(Rujukan : Pelan Eko Pelancongan Negara)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170
Email: [email protected]
Laman web: http://www.townplan.gov.my
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS
WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Chenderasari, 50646 Kuala Lumpur