GRAFIK

10
 5.0 NOTA GRAFIK Rajah 1: Fungsi kemahiran mendenga r dan bertutur Kemahi ran men dengar dan bertutur merup aka n kemahi ran asa s dalam asp ek pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berfungsi sebagai alat untuk murid mendapatkan maklumat dan mengeluarkan idea yang sedia ada. Selain itu, melalui kaedah ini murid dapat mencari dan memperoleh maklumat dan isi- isi pent ing dalam sesebuah perb ualan yan g berlaku. Kaed ah ini jug a dapa t digu nakan seaktu memberikan arahan dan melalui kaedah mendengar, arahan yang diberikan dapat dilaksan akan. !elalui nada dan intonasi yang didengar , murid dapat mengenalpasti suasana persekitaran dan mengenal pasti hubung kait sesuatu peristia. 17 FUNGSI

description

...

Transcript of GRAFIK

5.0 NOTA GRAFIK

Rajah 1: Fungsi kemahiran mendengar dan bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran asas dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berfungsi sebagai alat untuk murid mendapatkan maklumat dan mengeluarkan idea yang sedia ada.

Selain itu, melalui kaedah ini murid dapat mencari dan memperoleh maklumat dan isi-isi penting dalam sesebuah perbualan yang berlaku. Kaedah ini juga dapat digunakan sewaktu memberikan arahan dan melalui kaedah mendengar, arahan yang diberikan dapat dilaksanakan. Melalui nada dan intonasi yang didengar, murid dapat mengenalpasti suasana persekitaran dan mengenal pasti hubung kait sesuatu peristiwa.

Rajah 2: Kaedah yang digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur

Kaedah merupakan satu prosedur yang membolehkan perlaksanaan pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Kaedah terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur dan harus dituruti untuk mencapai tujuan tertentu.

Terdapat lima kaedah yang sesuai untuk digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur iaitu Kaedah Terus, Kaedah Fonetik Linguistik, Kaedah Eklektik, Kaedah Audio-Lingual dan Kaedah Komunikatif.

Rajah 3: Peringkat-peringkat kemahiran mendengarDalam kemahiran mendengar dan bertutur terdapat tiga peringkat mendengar yang utama iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. Setiap murid perlu menguasai ketiga-tiga peringkat ini. Selain itu, peringkat peringkat awal juga dikenali sebagai peringkat permulaan dan peringkat maju juga dikenali sebagai peringkat lanjutan.

Rajah 4: Peringkat awal kemahiran mendengar Pada peringkat awal murid akan diajar mengecam, mengajuk serta memilih bunyi-bunyi bahasa yang diajar oleh guru. Setelah menguasai kemahiran tersebut murid akan meningkatkan kemahiran dalam kemahiran mendengar dan mengecam makna-makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang di dengari. Setelah murid mula menguasai dan memperbanyakkan kosa kata, murid sudah mula dapat melakukan sesuatu arahan mudah dan menjalankan perintah atau permintaan yang dikemukakan. Seterusnya murid akan dapat memahami dan melakukan tindakan terhadap soalan mudah yang dikemukakan dan mengingati serta memadankan perkatan dan ayat mudah dengan lebih tepat lagi.

Rajah 5: Peringkat pertengahan kemahiran mendengarPada peringkat kedua iaitu peringkat pertengahan. Murid akan dapat mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara lebih tepat serta terperinci lagi, seterusnya lama-kelaman murid akan dapat mengenal maklumat yang lebih khusus dan mngesan urutan-urutan sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila telah menguasai peringkat ini, seterusnya murid akan dapat mengetahui sebab dan akibat sesuatu perkara atau tindakan di mana kemahiran kognitif mula berkait. Pada peringlat pertengahan juga murid seharusnya dapat mengenal perhubungan orang yang berinteraksi dan sekaligus mengenal sikap dan perasaan orang yang berbual bersamanya.

Rajah 6: Peringkat maju kemahiran mendengarPeringkat terakhir dalam kemahiran mendengar adalah peringkat maju dimana murid dapat mengenali isi-isi penting dalam perbualan yang berlaku dan mentafsir tujuan penutur tersebut. Selain itu, murid dapat menyelesaikan masalah yang didengar dengan memberi respon mengikut aliran yang berlaku dari dialog yang didengar atau diucap. Pada peringkat ini murid sudah dapat mentafsirkan maksud orang yang bercakap melalui tekanan dan intonasi yang digunakan serta mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bertutur.

Rajah 7: Peringkat-peringkat kemahiran bertutur

Sebagaimana kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. Setiap murid perlu menguasai ketiga-tiga peringkat ini juga. Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan iaitu alat artikulasi manusia. Kemahiran bertutur berlaku diperingkat pelahiran danmodel pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik.

Rajah 8: Peringkat awal kemahiran bertutur

Para peringkat awal murid dapat melafazkan bunyi-bunyi bahasa seterusnya mengajuk dan menyoal serta mengemukakan soalan dan membuat teguran. Selain itu, murid akan mula memberi respon terhadap sesuatu yang di dengar serta boleh memberi arahan. Pada peringkat awal ini juga, murid sudah boleh atau mula membina ayat untuk menyampaikan maklumat atau kehendak yang mudah.

Rajah 9: Peringkat pertengahan kemahiran bertutur

Pada peringkat pertengahan murid seharusnya sudah dapat bercerita dan mendiskripsi pengalaman dan peristiwa yang berlaku serta dapat memberikan arahan yang bersopan selain dapat mendiskripsi sesuatu objek atau gambar serta membuat ulasan berkaitan sesuatu perkara. Murid juga sudah dapat mencipta satu perbualan mudah selain dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan memberikan komen pada sesuatu hal atau perkara. Selain itu, murid akan mula mahir membuat ucapan pendek dan memahami iklan, peraturan yang dituturkan atau dibaca seterusnya apabila sudah menguasai peringkat ini murid akan mula menguasai kemahiran bertutur diperingkat maju pula.

Rajah 10: Peringkat maju kemahiran bertutur

Pada peringkat ini murid sudah dapat mendiskripsi sesuatu peristiwa atau proses dan mula menguasai kemahiran bercerita dengan menggunakan alat yang ada serta boleh membuat perbincangan, perbualan serta dialog yang lengkap. Murid juga sudah mahir menggunakan ayat tanya dan menghuraikan sesuatu keadaan atau cerita dengan lebih terperinci. Murid yang mahir pada peringkat ini juga sudah dapat menunjukkan arah dan menguasai kemahiran bertutur yang memerlukan suara atau intonasi yang baik seperti syarahan, perbahasan,berdrama dan berpuisi. Murid juga dapat memberikan komen dan mengkritik sesebuah cerpen secara ilmiah.KAEDAH

FUNGSI

KAEDAH KOMUNIKATIF

26