Gsb1012tajuk3giliran percakapan

7
PERATURAN BERBAHASA GILIRAN BERCAKAP MEMULAKAN DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN PEMILIHAN KATA

Transcript of Gsb1012tajuk3giliran percakapan

PERATURAN BERBAHASA

PERATURAN BERBAHASAGILIRAN BERCAKAPMEMULAKAN DAN MENGAKHIRI PERCAKAPANPEMILIHAN KATA

GILIRAN BERCAKAPMasyarakat Malaysia sangat mementingkan giliran bercakap. Dalam percakapan harian orang muda hendaklah mendahulukan orang yang lebih tua untuk bercakap. Maksudnya, orang muda hanya akan bercakap setelah orang yang lebih tua selesai bercakap. Namun sekiranya orang muda ingin mencela atau menyampuk, mereka hendaklah memastikan orang-orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara seperti maafkan saya, bolehkah saya memberi pendapat. Seorang anak dianggap biadap apabila memintas kata-kata ibu bapa atau orang-orang tua apabila mereka sedang bercakap. Oleh itu, orang muda seharusnya mengerti dan memahami tentang giliran bercakap kerana itu sebahagian daripada kesantunan bahasa. MEMULAKAN KATA DAN MENGAKHIRI PERCAKAPANDi Malaysia, negara kita mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Variasi ini membolehkan kita memulakan percakapan dengan pelbagai cara. Misalnya bagi orang islam, mereka wajib memulakan percakapan dengan salam. assalamualaikumBagi memberi salam kepada mereka yang bukan beragama islam, kita boleh memulakan sapaan dengan selamat sejahtera/ hai/selamat pagiKesantunan seseorang itu akan lebih terserlah jika memulakan kata dan diiringi dengan senyuman. Untuk mengakhiri percakapan pula, haruslah diakhiri dengan ucapan terima kasih dan salam wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh PEMILIHAN KATAapabila berinteraksi dengan orang lain, kita hendaklah mengenali status dan jarak sosial diantara mereka agar boleh sesuaikan dengan pemilihan kata semasa berbicara. Misalnya apabila bercakap dengan rakan, pemilihan kata sangat berbeza dibandingkan apabila kita berbicara dengan orang yang lebih berstatus tinggi. Pemilihan kata semasa berucap dengan orang yang berlainan bangsa juga harus di jaga. Salah faham kerap berlaku kerana perbezaan maksud kata-kata yang disampaikan apa yang kita cakap, lain-lain dorang paham.

Aspek yang perlu dipatuhi juga adalah pemilihan kata, ungkapan, dan wacana yang sesuai dengan tujuan percakapan. Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan dan lain-lain. Misalnya apabila wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel, pemilihan kata haruslah sesuai seperti menggunakan kata-kata yang lebih puitis dan gramatis. Sekiranya kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk, kita hendaklah menggunakan banyak kata-kata pujian seperti sayang, cinta, terima kasih supaya dapat mempengaruhi orang yang hendak dipujuk.

Terima Kasih THANK YOU! NANDRE!XIE XIE!SYUKRAN! PONSIKOU!