GST 6% _ Oskortosgj,

8
14 hours ago oleh: Norman [http://twitter.com/norman__g] PENDAHULUAN Artikel ini adalah kemaskini daripada artikel GST [http://oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html] [baca dahulu artikel ini sebelum menyambung bacaan disini] yang ditulis 5 bulan lepas. Akhirnya yang menjadi sebutan rakyat Malaysia berbulan-bulan selepas pilihan raya umum yang lalu kini hampir menjadi kenyataan. Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia semasa ucapan Belanjawan 2014 [http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf] pada kadar 6% akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Di dalam artikel yang lepas saya telah menerangkan tentang GST dengan menggunakan cadangan kadar yang dibaca di parlimen pada tahun 2009 iaitu 4% [http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf] . Oleh sebab kerajaan berhasrat mengenakan GST pada kadar 6% maka dengan itu ada fakta di dalam artikel saya sebelum ini dikira terbatal atau tidak lagi sahih. GOODS AND SERVICES TAX (GST) DI DALAM BELANJAWAN 2014 Di dalam artikel ini tidak perlu lagi saya terangkan apa beza cukai langsung, cukai tak langsung, cukai pendapatan atau cukai penggunaan dan sebagainya. Secara dasar saya masih menyokong GST kerana ia adalah sistem cukai yang telus, menyeluruh, mengelakkan cukai atas cukai (tax-on-tax) dan mengurangkan pengelakan cukai (tax-evasion) oleh pihak tertentu. Walaubagaimanapun disebabkan GST dikenakan pada kadar 6% dan bukan 4% seperti dicadangkan sebelum saya tidak akan menafikan bahawa GST akan menaikkan harga atau bersifat inflationary ke atas kebanyakan barangan dan perkhidmatan. Di dalam ucapan belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lalu, beliau mengumumkan senarai barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan (exempted) daripada GST iaitu: GST 6%

description

fjhghjhjhjhjm

Transcript of GST 6% _ Oskortosgj,

Page 1: GST 6% _ Oskortosgj,

14 hours ago

oleh: Norman [http://twitter.com/norman__g]

PENDAHULUAN

Artikel ini adalah kemaskini daripada artikel GST [http://oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html] [baca dahulu

artikel ini sebelum menyambung bacaan disini] yang ditulis 5 bulan lepas. Akhirnya yang menjadi sebutan rakyat

Malaysia berbulan-bulan selepas pilihan raya umum yang lalu kini hampir menjadi kenyataan. Cukai

Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) diumumkan oleh Perdana Menteri

merangkap Menteri Kewangan Malaysia semasa ucapan Belanjawan 2014

[http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf] pada kadar 6% akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Di

dalam artikel yang lepas saya telah menerangkan tentang GST dengan menggunakan cadangan kadar

yang dibaca di parlimen pada tahun 2009 iaitu 4%

[http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf] . Oleh sebab kerajaan berhasrat

mengenakan GST pada kadar 6% maka dengan itu ada fakta di dalam artikel saya sebelum ini dikira

terbatal atau tidak lagi sahih.

GOODS AND SERVICES TAX (GST) DI DALAM BELANJAWAN 2014

Di dalam artikel ini tidak perlu lagi saya terangkan apa beza cukai langsung, cukai tak langsung, cukai

pendapatan atau cukai penggunaan dan sebagainya. Secara dasar saya masih menyokong GST kerana

ia adalah sistem cukai yang telus, menyeluruh, mengelakkan cukai atas cukai (tax-on-tax) dan

mengurangkan pengelakan cukai (tax-evasion) oleh pihak tertentu. Walaubagaimanapun disebabkan GST

dikenakan pada kadar 6% dan bukan 4% seperti dicadangkan sebelum saya tidak akan menafikan

bahawa GST akan menaikkan harga atau bersifat inflationary ke atas kebanyakan barangan dan

perkhidmatan. Di dalam ucapan belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat yang

lalu, beliau mengumumkan senarai barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan (exempted)

daripada GST iaitu:

GST 6%

Page 2: GST 6% _ Oskortosgj,

[http://3.bp.blogspot.com/-

SY9qSCXsNoI/Umvya8V6XhI/AAAAAAAAAfM/U-Wtvya0KdM/s1600/gst1.png]

Barangan makanan asas termasuk beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan sebagainya

Utiliti iaitu bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan (untuk golongan berpendapatan

rendah dan sederhana)

Perkhidmatan kerajaan seperti hospital, pasport, lesen, perkhidmatan sekolah dan lain-lain

Perkhidmatan pengangkutan; bas, keretapi, teksi, feri, lebuhraya bertol dan lain-lain

Transaksi jual beli dan sewaan rumah serta perkhidmatan kewangan tertentu (contoh: membuka

akaun)

Selain barangan dan perkhidmatan di atas semuanya akan dikenakan GST pada kadar standard 6%

(standard rate) melainkan barangan dan perkhidmatan yang akan dieksport yang akan dikenakan GST

kadar sifar (zero-rated). Sesetengan barangan yang dikenakan Cukai Jualan atau Sales Tax pada kadar

5%-10% [http://www.mida.gov.my/env3/index.php?page=sales-tax] sebelum ini pula MUNGKIN akan mengalami

sedikit penurunan apabila GST dilaksanakan kerana kadar GST 6% adalah lebih rendah 4% berbanding

Sales Tax 10% (dan naik sedikit untuk barangan yang dikenakan Sales Tax 5%). Untuk perkhidmatan yang

sebelum ini dikenakan Cukai Perkhidmatan atau Service Tax pada kadar 6%

[http://www.mida.gov.my/env3/index.php?page=service-tax] MUNGKIN tidak akan memberi kesan kepada harga

perkhidmatan sebelum ini.

BARANGAN YANG DIKECUALIKAN CUKAI SEBELUM INI DAN AKAN DIKENAKAN CUKAI SELEPAS

GST

Untuk pengetahuan kawan-kawan sebelum ini banyak barangan dikecualikan daripada dikenakan Sales

Tax. Selepas GST dilaksanakan barangan yang sebelum ini dikecuali daripada dikenakan Sales Tax akan

dikenakan GST 6%. Sudah tentu barangan yang sebelum ini dikecualikan daripada Sales Tax akan naik

harga selepas GST berkuatkuasa. Terlalu banyak barang yang sebelum ini dikecualikan daripada Salex

Tax untuk disenaraikan di sini tetapi kawan-kawan boleh merujuk Jadual 1 bermula dari mukasurat 4

Page 3: GST 6% _ Oskortosgj,

sehingga mukasurat 253 di dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No 2) 2012

[http://malaysiantax.com/attachments/Malaysian-tax-PUA-355-Sales-Tax-2.pdf] . Di dalam jadual kedua

(mukasurat 254-292) pula adalah barangan yang sebelum ini dikenakan Sales Tax pada kadar 5%

bermakna selepas GST dilaksanakan harga barangan di jadual 2 akan meningkat sedikit.

Contoh antara barangan di dalam Jadual 1 yang dikecualikan daripada Sales Tax adalah daging, ikan,

ayam, makanan beku, susu berkrim, teh, kopi, jem, buah-buahan didalam tin, air mineral, sabun, bahan

cucian, syampu, barangan dapur, beg sekolah, produk kayu-kayuan, kertas, majalah, suratkhabar,

pakaian, karpet, kebanyakan barangan logam, barangan elektronik, telefon bimbit, tablet dan macam-

macam lagi. Barangan tersebut yang sebelum ini tidak dikenakan Sales Tax akan dikenakan GST 6% dan

harga barangan tersebut akan naik. Untuk maklumat lengkap rujuk pautan di perenggan sebelumnya.

Tiada siapa boleh menafikan harga barang-barang ini akan naik dan jangan percaya dengan hujahan

bahawa banyak harga barang akan turun selepas GST dilaksanakan. Walaubagaimanapun kebanyakan

barang-barang asas yang digunakan secara harian dikecualikan daripada dikenakan GST seperti yang

dimaklumkan dalam ucapan belanjawan.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KOS KENAIKAN GST

Seperti yang saya jangka dalam artikel berkenaan GST yang lepas, kerajaan akan mengumumkan

langkah-langkah untuk menangani atau membantu rakyat untuk menghadapi kos kenaikan harga

barangan. Langkah-langkah tersebut adalah:

1. Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada isi rumah yang menerima BR1M.

2. Penurunan kadar cukai pendapatan 1% hingga 3% untuk menambahkan pendapatan boleh guna

(disposable income) dan dijangka hampir 300,000 mereka yang membayar cukai sebelum ini tidak lagi

perlu atau layak membayar cukai pendapatan; secara ringkas mereka yang memperoleh pendapatan

kurang daripada RM4,000 tidak akan dikenakan cukai pendapatan

3. Penyusunan semula struktur cukai di mana kadar maksimum dinaikkan melebihi RM100,000 kepada

RM400,000 dan kadar maksimum cukai pendapatan pada 26% diturunkan kepada 24%, 24.5% dan

25%.

Selain daripada itu terdapat langkah-langkah lain untuk perniagaan seperti penurunan cukai pendapatan

korporat, dan SME dan juga pelepasan cukai untuk menyediakan perniagaan sebelum penguatkuasaan

GST pada tahun 2015. Saya tidak mahu menghurai lebih lanjut sama ada langkah-langkah di atas cukup

untuk mengurangkan beban GST kepada rakyat kecuali saya rasa ada ruang lagi yang kerajaan boleh

gunakan untuk mengurangkan kesan GST dan meratakan lagi beban cukai supaya ia menjadi lebih

progresif contohnya:

Meluaskan lagi liputan cukai dan menaikkan kadar nilai pendapatan boleh dicukai (chargable income)

Tidak perlu menurunkan kadar marginal tertinggi cukai pendapatan (marginal income tax rate) seperti

26% kepada 24%-25%

Cukai korporat tidak perlu diturunkan daripada 25% kepada 24%

Pengenalan Capital Gains Tax [http://oskortos.blogspot.com/2013/08/capital-gains-tax-cgt.html] ke atas

keuntungan penjualan instrumen pelaburan

CUKAI REGRESIF (REGRESSIVE TAX)

Kita sedia maklum GST adalah cukai yang regresif (regressive tax) yang bermaksud dari segi

perbelanjaan kepada jumlah pendapatan isi rumah, golongan berpendapatan rendah akan membayar

lebih peratusan daripada pendapatan mereka untuk GST manakala golongan berpendapatan tinggi akan

Page 4: GST 6% _ Oskortosgj,

membayar kurang peratusan daripada pendapatan mereka untuk GST. Contohnya:

Situasi A;

Keluarga berpendapatan rendah sebanyak RM1,000 sebulan. Setelah dikira (secara kasar) melalui

perbelanjaan mereka cukai yang akan dibayar sebanyak RM60, ini bermakna sebanyak 6% pendapatan

mereka digunakan untuk membayar cukai.

Situasi B;

Keluarga berpendapatan tinggi sebanyak RM10,000 sebulan dan menganggap barangan yang dibeli

adalah sama dengan keluarga berpendapatan rendah, cukai yang dibayar sebanyak RM60. Ini bermakna

0.6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.

Dengan itu cukai diatas dinamakan cukai regresif kerana golongan berpendapatan rendah akan lebih

terkesan berbanding golongan berpendapatan tinggi kerana jumlah pendapatan mereka rendah. [Contoh

di atas adalah contoh semata-mata untuk memberi pemahaman tentang maksud Regressive Tax].

Walaupun golongan berpendapatan tinggi kebiasaannya akan berbelanja lebih dan mereka akan

membayar lebih cukai, kita tidak boleh nafikan bebanan GST kepada golongan berpendapatan rendah

dan sederhana atas sebab pendapatan mereka yang terhad.

SALAH SANGKA BERKENAAN GST

GST dikutip daripada setiap rantaian bekalan (supply chain) bermula daripada pengeluar (manufacturer),

pemborong (wholesaler), peruncit (retailer) dan pengguna (consumer).

Page 5: GST 6% _ Oskortosgj,

[http://1.bp.blogspot.com/-Err-C74HxLI/UmwMsaIGMRI/AAAAAAAAAfc/7BzCV3coPs8/s1600/gst.png]

GST yang dikutip pada setiap rantaian bekalan tapi ia tidak bermakna pengeluar, pengilang, pemborong,

peruncit akan membayar cukai. Mereka hanya akan mengutip cukai daripada pembeli mereka dan akhir

sekali GST hanya akan ditanggung oleh pengguna. GST yang dikutip juga akan direkod dan peniaga

hanya boleh memohon claim input tax jika mempunyai bukti (proses ketelusan tinggi/high transparency).

Berbeza dengan Sales Tax di mana cukai dikutip hanya pada satu peringkat iaitu di peringkat pengilang

sahaja atau peruncit kepada pengguna sahaja. Walaubagaimanapun Sales Tax terdedah kepada tax on

tax di mana di tengah-tengah rantaian bekalan pemborong mengutip cukai daripada peruncit kadar penuh

dan peruncit juga mengutip cukai penuh daripada pengguna dan pemborong tadi tidak menghantar cukai

yang dikutip kerajaan. Ini adalah disebabkan ketidaktelusan atau kurang ketelusan (less transparent) di

dalam sistem percukaian sedia ada iaitu Sales Tax dan sudah tentu akhirnya yang akan terbeban dan

terpaksa membayar adalah pengguna seperti kita.

Bukan semua perniagaan boleh mengutip GST kerana syarat-syarat yang dikenakan adalah hanya

perniagaan yang mempunyai jumlah hasil tahunan melebihi RM500,000 dan perniagaan yang berdaftar

secara sukarela (voluntary basis) sahaja dibenarkan mengutip GST. Walaubagaimanapun boleh kata

hampir semua perniagaan akan terkesan dengan GST akibat bekalan dan perkhidmatan yang diperlukan

Page 6: GST 6% _ Oskortosgj,

untuk menghasilkan sesuatu barangan atau produk contohnya; penjual pisang goreng di tepi jalan

sepatutnya tidak perlu mengutip GST dan secara teori pisang goreng yang dijual tidak akan naik

harganya. Tetapi disebabkan pisang dikenakan GST maka harga pisang goreng MUNGKIN akan dinaikkan

oleh penjual pisang goreng untuk menampung kos kenaikan membeli bahan mentah (pisang) [minyak

masak, tepung, gula dikecuali daripada GST].

GST diakui lebih cekap, telus dan luas berbanding Sales Tax dan Service Tax sedia ada.

Walaubagaimanapun ia tetap bergantung kepada kecekapan agensi pelaksana seperti Kastam Diraja

Malaysia untuk memastikan keberkesanan, kecekapan dan ketelusan GST ini boleh berlaku. Terdapat

unsur skeptik atau kurang percaya di kalangan masyarakat terhadap kerajaan dan agensi-agensinya

sebelum ini dan ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengubah persepsi masyarakat.

PELINDUNGAN KEPADA PENGGUNA

Realitinya peniaga-peniaga cenderung menaikkan harga barangan atau perkhidmatan apabila

pengumuman seperti cukai diperkenalkan, subsidi dikurangkan dan sebagainya. Malah ada peniaga yang

pasti akan menaikkan harga barangan walaupun hakikatnya GST tidak ada kena mengena dengan

mereka. Oleh yang demikian pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti

Pencatutan (Price Control and Anti Profiteering Act) [http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk-

theme/images/pdf/723_PRICECONTROLANDANTI-PROFITEERINGACT2011.pdf] perlu diperluas untuk

mengelakkan perniagaan menaikkan harga sewenang-wenangnya tanpa alasan atau justifikasi yang boleh

diterima. Ini untuk mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan dengan menggunakan GST sebagai

alasan (dan bukannya meletakkan harga siling ke atas barangan). Perlindungan kepada pengguna

(rakyat) dengan cara di atas penting kerana peniaga yang tamak dengan mengambil keuntungan secara

berlebihan akan membebankan pengguna.

PENUTUP

Saya tahu ramai di kalangan anda menentang GST kerana ia akan membebankan mereka dari segi

kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menulis artikel ini untuk mengubah pendapat atau

bantahan anda kepada GST tetapi artikel ini hanya bertujuan untuk memberi ilmu dan menerangkan GST

supaya anda semua lebih faham. Rata-rata mereka yang saya tanya tidak dapat menerangkan bagaimana

GST berfungsi dan apa tujuan GST dan sebagainya dan artikel ini bertujuan memberi pemahaman

berkenaan GST secara ringkas sekiranya anda ditanya berkenaan GST anda boleh menjawab dan

berbahas dengan fakta sebenar dan bukan emosi semata-mata.

Kepada mereka yang menyokong GST juga tidak perlulah menutup fakta dan realiti bahawa harga barang

akan naik selepas GST dikuatkuasa. Cukuplah dengan tulisan saya di atas berkenaan pengecualian Sales

Tax ke atas barangan sebelum ini dan kenaan GST kepada barangan tersebut selepas GST

dilaksanakan. Mungkin ada barangan yang akan turun harga selepas GST dikuatkuasa tetapi PASTI ada

barangan yang akan naik harga selepas GST dikuatkuasa dan ia bukan kemungkinan lagi. Jangan

menutup/menyembunyikan satu kebenaran dan mengemukakan satu kebenaran untuk menyokong

pendapat anda. Keluarkan fakta dan biar orang menilai sejauh mana GST ini akan membeban atau

membantu mereka. Jika GST tidak akan membebankan rakyat, kerajaan tidak akan memperkenal langkah

membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup seperti bantuan tunai one-off RM300 dan juga

pelarasan cukai pendapatan.

Kita semua mengetahui kerajaan yang memerintah sekarang membazir berbilion wang negara saban

tahun seperti yang dibentang dalam Laporan Ketua Audit Negara [http://www.audit.gov.my/] . Ramai di

Page 7: GST 6% _ Oskortosgj,

kalangan kita termasuk saya mempersoal moral kerajaan untuk mengutip dan meluaskan lebih banyak

kutipan cukai kepada rakyat secara keseluruhan. Apakah inisiatif kerajaan setelah berulang-ulang

Laporan Ketua Audit Negara tiap-tiap tahun yang melaporkan kebocoran, ketirisan, pembaziran dan

salahguna kuasa wang negara dalam bentuk projek, kontrak, tender dan sebagainya. Sudah tentu ramai

yang tidak akan mempersoal pengenalan GST sekiranya kerajaan juga lebih berjimat cermat dan tidak

membazir dalam dasar fiskal (perbelanjaan) nya.

Walaubagaimanapun pembaharuan sistem cukai (tax reform) adalah sangat perlu. Seperti yang saya

faham Pakatan Rakyat tidak membantah GST tetapi membantah waktu pelaksanaannya di mana masih

ramai rakyat yang tidak membayar cukai pendapatan yang bermakna pendapatan rakyat Malaysia masih

rendah atau berkembang secara perlahan dan juga bebanan cukai di Malaysia masih tidak meluas lantas

menyebabkan jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya semakin melebar. Anda ada pendapat

masing-masing, baik yang menyokong atau yang membantah sama-sama kita faham apa itu GST dan

kesannya kepada negara dan juga anda sebagai pengguna. Gunakan akal dan fikiran untuk menyatakan

pendapat kita dan jangan guna emosi kerana ia akan mengaburkan penilaian kita. Selamat membantah

kepada mereka yang mahu membantah (demonstrasi, forum, debat) dan selamat menyokong kepada

mereka yang mahu menyokong (media perdana, tweet berbayar etc) *gurau jangan ambil hati

p/s: Siapa suruh undi Barisan Nasional? Khas untuk 47% pengundi ha ha ha.

Sumber:

Teks Ucapan Belanjawan 2014 muka surat 27-33 [http://www.treasury .gov .my /data/ucapan/ub14.pdf ]

Rang Undang-Undang GST 2009 [http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf]

Pengecualian cukai jualan/sales tax kepada barangan muka surat 4 - 253 [http://malay siantax.com/attachments/Malay sian-tax-PUA-355-Sales-

Tax-2.pdf ]

Cukai Regresif / Regressive Tax [http://en.wikipedia.org/wiki/Regressive_tax]

Pengutipan GST [http://gst.customs.gov.my/ms/gst/Pages/gst_sr.aspx]

Price Control and Anti Profiteering Act 2011 [http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk-

theme/images/pdf/723_PRICECONTROLANDANTI-PROFITEERINGACT2011.pdf]

Pakatan Rakyat akan bantah GST secara besar-besaran [http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-

rakyat-akan-bantah-gst-besar-besaran]

#knowGST di Twitter [https://twitter.com/search?q=%23knowGST&src=ty pd] *banyak fakta yang salah di sini. kasihan.

Posted 14 hours ago by Norman GM

1 View comments

Hafiz Zabid October 26, 2013 at 5:38 PM

Walau di tetap kn threshold > RM500 k utk perniagaan yg dikenakan GST, tetapi secara logik nya,peniaga dlm golongan < RM 500k, tetap akan me naikkan harga barang kerana peniaga terpaksamembeli barangan yg telah dikenakan GST dari kilang. Kan?

Reply

Page 8: GST 6% _ Oskortosgj,

Enter your comment...

Comment as: Google Account

PublishPublish

PreviewPreview