Gst

5
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) Pendahuluan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 lalu. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan satu sistem percukaian adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan kelompok penduduk secara lebih meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan jeGSTnis dan kuantum cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakannya. GST sistem cukai yang lebih telus Ketika ini, negara terlalu bergantung pada cukai pendapatan individu dan badan korporat, lebih kurang 28 juta penduduk Malaysia sekarang, tidak sampai dua juta adalah pembayar cukai pendapatan. Sistem percukaian yang diperkenalkan ini lebih telus kerana pengguna mengetahui jenis cukai yang mereka bayar serta jumlahnya. Penduduk yang berpendapatan rendah hanya membayar jumlah minimum, memandangkan mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan perlu sahaja seperti makanan, pengangkutan dan pendidikan, yang mungkin sifar kadarnya dan pengguna tidak perlu membayar cukai tambahan. Cukai dikenakan terhadap mereka yang mampu berbelanja sahaja. Memandangkan golongan lebih berada dan kaya menggunakan lebih banyak barangan dan perkhidmatan, maka secara automatik, merekalah yang paling banyak dikenakan cukai di bawah GST, bukan golongan berpendapatan rendah. GST Menjana pembangunan Pelaksanaan GST, kerajaan akan memperoleh hasil mencukupi bagi menjana pertumbuhan dan membiayai lebih banyak projek pembangunan. Untuk membolehkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu melakukan reformasi terhadap sistem percukaian sedia ada bagi memacu perniagaan dan pembangunan.

description

apa itu GST

Transcript of Gst

Page 1: Gst

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Pendahuluan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri  Kewangan mengumumkan

pelaksanaan GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di

Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 lalu. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan

satu sistem percukaian adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan

kelompok penduduk secara lebih meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan

jeGSTnis dan kuantum cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan

perkhidmatan yang digunakannya.

GST sistem cukai yang lebih telus

Ketika ini, negara terlalu bergantung pada cukai pendapatan individu dan badan korporat, lebih

kurang 28 juta penduduk Malaysia sekarang, tidak sampai dua juta adalah pembayar cukai

pendapatan. Sistem percukaian yang diperkenalkan ini lebih telus kerana pengguna mengetahui

jenis cukai yang mereka bayar serta jumlahnya.

Penduduk yang  berpendapatan rendah hanya membayar jumlah minimum, memandangkan

mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan perlu sahaja seperti makanan,

pengangkutan dan pendidikan, yang mungkin sifar kadarnya dan pengguna tidak perlu

membayar cukai tambahan. Cukai dikenakan terhadap mereka yang mampu berbelanja sahaja.

Memandangkan golongan lebih berada dan kaya menggunakan lebih banyak barangan dan

perkhidmatan, maka secara automatik, merekalah yang paling banyak dikenakan cukai di

bawah GST, bukan golongan berpendapatan rendah.

 

GST Menjana pembangunan

Pelaksanaan GST, kerajaan akan memperoleh hasil mencukupi bagi menjana pertumbuhan dan

membiayai lebih banyak projek pembangunan. Untuk membolehkan Malaysia mencapai status

negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu melakukan reformasi terhadap sistem percukaian

Page 2: Gst

sedia ada bagi memacu perniagaan dan pembangunan.

Transformasii percukaian seperti memperkenalkan GST, mungkin mengundang banyak kritikan

pada peringkat awalnya, namun dari segi ekonomi, ia merupakan suatu keputusan tepat.

Bagaimanapun, kerajaan perlu menghalang kenaikan harga barangan bagi memastikan ia tidak

membebankan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

Pakej bantuan GST

Pakej bantuan yang dirangka adalah tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak

RM300 pada tahun pertama pelaksanaan GST, tambahan BR1M kepada RM650 bagi yang

berpendapatan kurang RM3,000 dan BR1M sebanyak RM450 bagi yang berpendapatan antara

RM3,000 hingga RM 4,000. 

Pelepasan Cukai

Bagi golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan RM8,000 sebulan pula, mereka

diberi pelepasan cukai antara satu hingga tiga peratus, sekali gus boleh mencatat penjimatan

sehingga RM480, manakala bagi individu dengan pendapatan tahunan mencecah RM100,000

pula, penjimatan yang bakal diperoleh adalah RM1,950.

Malaysia, yang dianggap sebuah negara maju di rantau ini, akan ketinggalan jika masih

mengguna pakai sistem cukai sedia ada memandangkan Indonesia, Singapura, Kemboja dan

Vietnam telah lama melaksanakan GST.    Pengguna harus sedar bahawa melalui pelaksanaan

GST, harga sesuatu barangan dan perkhidmatan adalah rendah berbanding di bawah

pelaksanaann sistem percukaian cukai sedia ada kerana ia mengelakkan cukai berganda.

Konsep nilai tambah

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada

pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak

berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika

jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu

yang ditetapkan.

Hanya satu cukai dikenakan

Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai

sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Kadar GST ditetapkan

pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

Antara Faedah Pelaksanaan GST

o Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta

perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

o GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama

Page 3: Gst

elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti

pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.

o Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman

serta perkhidmatan kewangan terpilih.

o Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar

kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan

dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun

semula.

o Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai

tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.

o Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan

menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.

o RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan

2015.

o Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri

Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran

pelaksanaan GST.

GST untuk Kesejahteraan Rakyat

Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan

cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan

rakyat. Kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara

yang mempunyai daya saing. Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah

untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk

bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.

160 negara laksana GST

Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum

memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan

meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi

menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.Sebanyak  160 negara di dunia melaksanakan

GST kerana ia diiktiraf struktur percukaian baik, menyeluruh dan efisyen.

 

Kesimpulan.

Pelaksanaan GST tepat pada masanya, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status

Page 4: Gst

negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. GST merupakan satu sistem

percukaian yang menyeluruh, cekap dan komprehensif, yang mana ia dapat menjana

pendapatan yang baik kepada negara, tapi pada masa yang sama, tidak membebankan rakyat. 

 Dengan kadar enam peratus itu, negara akan memperoleh RM23 bilion dalam tempoh sembilan

bulan pertama pelaksanaan GST, manakala dalam tempoh setahun pula ia akan mencecah

RM32 bilion dan seterusnya mencatat sedikit lebihan apabila ditolak BR1M dan  pengurangan

cukai kepada individu dan syarikat. Cadangan orang ramai supaya kerajaan mengeluarkan buku

panduan harga yang menunjukkan perbezaan harga barangan dan perkhidmatan sebelum dan

selepas pelaksanaan GST.

 

FAHAMI KEBAIKAN GST SECARA TUNTAS

Kebanyakan kritikan pembangkang terhadap Bajet 2014 lebih bersifat politik semata-mata.

Antara yang menjadi sasaran ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang

akan dilaksanakan pada 1April 2015. Pembangkang mahu mengelirukan rakyat kononnya GST

menzalimi dan membebankan kehidupan rakyat. Ia sebenarnya adalah usaha pembangkang

untuk mewujudkan momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pembangkang tidak

menghiraukan fakta sebenar GST yang akan dilaksanakan kerajaan mulai April 2015. Ia satu

sikap yang tidak bertanggungjawab dan satu usaha mensabotaj pelaksanaannya. 

Sepatutnya pembangkang melihat pelaksanaan GST secara holistik dan realistik. Pembangkang

juga sepatutnya sedar bahawa ianya akan mula dilaksanakan kira-kira 17 bulan dari sekarang.

Tempoh ini memberi peluang kepada peniaga dan syarikat untuk membuat persediaan,

memberi rang kepada rakyat memahaminya di samping kerajaan masih bersedia menerima

pandangan mengenainya.

Namun, menyatakan pelaksanaan GST akan menindas rakyat terutama golongan

berpendapatan rendah (miskin) dan sederhana adalah satu tuduhan yang sangat tidak

bertanggungjawab sedangkan kebaikannya belum dirasai lagi. Nyata sekali bahawa

pembangkang cuba memberikan persepsi buruk mengenai pelaksanaan GST.

GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak

mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini

berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli

lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak

langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk

kepentingan rakyat juga.

Page 5: Gst

Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding

cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah

cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan

perkhidmatan. Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana

cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan

dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan

dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar itu

terutamanya cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga

bayaran. Apabila GST dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna

dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan

harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan

penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (HIP) akan mengalami penurunan

sebanyak 8-10 peratus. Kita yakin dengan penubuhan jawatankuasa pemantau GST yang

ditubuhkan kerajaan nanti dapat memastikan GST dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Kerajaan juga dari masa ke semasa akan menilai impak sosial terhadap rakyat kesan daripada

pelaksanaan GST.

Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas,

pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan

dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama

bagi pengguna domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.

GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana

lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini

dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai

orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai

korporat dan pendapatan.

Ini dapat menggalakkan pelaburan, mendorong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran

global yang berdaya saing. Pertumbuhan ekonomi negara pula akan mencipta pekerjaan dan

meningkat pendapatan. Pelaksanaan GST di 160 negara di dunia membuktikan GST adalah

sistem percukaian yang baik, cekap dan adil kerana semua orang membayar cukai berdasarkan

penggunaan.

Kesimpulan, GST membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara

mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta memperbaiki pematuhan dalam urusan

Page 6: Gst

kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang

Antarabangsa (IMF) sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber

percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa panjang. Hanya 1.5

juta sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat

bertahan lama.

MOHD AYOP ABD RAZID

BPDN, Jabatan Penerangan,

Putrajaya