Gst

8

description

Gst

Transcript of Gst

Page 1: Gst
Page 2: Gst

GST ialah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem cukai tambah nilai (value added tax VAT). Ini bermakna nilai cukai akan bertambah pada setiap peringkat urus niaga.

Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens, seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST.

Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada 1994.

Apakah itu GST ?

Page 3: Gst

Apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang ?

Terdapat tiga penyataan masalah yang harus diteliti.

Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Kedua,

bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan

menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti.

Page 4: Gst

Merujuk kepada masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar.

Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar.

Page 5: Gst

Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan.

Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.

Page 6: Gst

Masalah ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi, secara realitinya – menurut Singh (2007), pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup,kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi.

GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada peringkat awal pelaksanaan tetapi GST tidak akan mempunyai kesan besar ke atas inflasi.

Adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan menjejaskan golongan miskin dan sederhana? Implementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan memberikan kesan kepada golongan miskin dan sederhana di Malaysia.

Negara yang lebih membangun seperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan yang lebih tinggi. Cukai Perkhidmatan sudah diguna pakai di Britain, India, Hong Kong, Jepun dan Singapura, namun, ia bukan sebab untuk penguatkuasaannya di Malaysia.

Status ekonomi dan cara bagaimana negara tersebut memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia.

Page 7: Gst

.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah langkah ‘regresif’ yang akan memberi kesan buruk kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbeban dengan pengenalan cukai ini daripada segi nisbah kepada pendapatan mereka.

Page 8: Gst

Secara keseluruhan, sistem GST dianggap berkesan kerana ia boleh meningkatkan jumlah hasil kerajaan. Bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan satu sistem yang dirancang memandangkan – tanpanya sistem GST yang komprehensif tidak akan tercapai.

Antara penyelesaian yang harus difikir dan digerakkan ialah meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat berkenaan kepentingan dan pelaksanaan GST, menubuhkan badan bebas dan berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terhadap rakyat apabila GST dilaksanakan dan mengkaji tahap penerimaan rakyat pelaksanaan GST dari sudut kesediaan dan kebolehpercayaan.

Tahap penyampaian maklumat seiring dengan pembebasan unsur-unsur negatif dalam pentadbiran dengan penghasilan pengurusan yang telus dan efektif akan mewujudkan kerjasama erat antara kerajaan dengan rakyat.

Ini kerana rakyat selaku pendukung suara demokrasi yang meletak kepercayaan penuh terhadap kerajaan untuk menguruskan wang yang disalur melalui cukai kepada kerajaan melalui pengurusan telus dan efektif.

Sekurang-kurangnya mereka dapat menilai wang yang disalur itu membawa kehidupan yang lebih baik.

Konklusi