Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

6
Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan Date: Tuesday, January 05 @ 05:20:21 MYT Topic: onfire1 Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan BEBERAPA persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan 'kerja luar' berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan lumayan. Pada masa sama mereka mencadangkan guru terbabit sedar tanggungjawab dan amanah diberikan, jika tidak pun terus melepaskan jawatan bagi menjaga nama baik profesion keguruan dan masa depan anak didik. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama nila setitik rosak susu sebelanga . Ia boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru komited menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tidak dinafikan, di kalangan lebih 300,000 guru seluruh negara ada kes terpencil guru menjalankan kerja luar hingga hilang tumpuan terhadap tugas mengajar dan mereka ini perlu ada kesedaran untuk keluar daripada profesion perguruan. Hak guru mencari pendapatan tambahan tidak boleh disekat, malah ada membuktikan mereka mampu mengimbangi tuntutan kedua-dua tanggungjawab dengan baik, katanya kepada Berita Harian. Buat masa ini, Loke berkata, memadai jika pentadbir sekolah diberi kuasa memantau dan mengambil tindakan terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar. Mengenai cadangan pelaksanaan semula sijil kelayakan mengajar, katanya, ia memerlukan kajian jangka panjang terutama dari aspek pelaksanaan dan perundangan. bagaimanapun, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia menyokong penuh cadangan pewujudan semula pensijilan itu sebagai mekanisme mengembalikan guru kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar. Yang Dipertuanya, Ruslan Madon, berkata langkah itu membantu usaha pentadbir sekolah memantau guru yang sibuk dengan kerja luar hingga mengganggu tugas mengajar. Walaupun tiada halangan guru menjana pendapatan tambahan termasuk menerusi perniagaan jualan langsung dan MLM, kita tidak menggalakkan mereka berbuat demikian jika gagal memanfaatkan masa antara pengajaran dan kerja luar. Jika ingin dilaksanakan, kami cadang ia diperbaharui tiga tahun sekali

Transcript of Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

Page 1: Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruanDate: Tuesday, January 05 @ 05:20:21 MYT

Topic: onfire1

Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan BEBERAPA persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan 'kerja luar' berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan lumayan.

Pada masa sama mereka mencadangkan guru terbabit sedar tanggungjawab dan amanah diberikan, jika tidak pun terus melepaskan jawatan bagi menjaga nama baik profesion keguruan dan masa depan anak didik.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama ‘nila setitik rosak susu sebelanga‘. “Ia boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru komited menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Tidak dinafikan, di kalangan lebih 300,000 guru seluruh negara ada kes terpencil guru menjalankan kerja luar hingga hilang tumpuan terhadap tugas mengajar dan mereka ini perlu ada kesedaran untuk keluar daripada profesion perguruan.

“Hak guru mencari pendapatan tambahan tidak boleh disekat, malah ada membuktikan mereka mampu mengimbangi tuntutan kedua-dua tanggungjawab dengan baik,” katanya kepada Berita Harian.

Buat masa ini, Loke berkata, memadai jika pentadbir sekolah diberi kuasa memantau dan mengambil tindakan terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar.

Mengenai cadangan pelaksanaan semula sijil kelayakan mengajar, katanya, ia memerlukan kajian jangka panjang terutama dari aspek pelaksanaan dan perundangan.

bagaimanapun, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia menyokong penuh cadangan pewujudan semula pensijilan itu sebagai mekanisme mengembalikan guru kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar.

Yang Dipertuanya, Ruslan Madon, berkata langkah itu membantu usaha pentadbir sekolah memantau guru yang sibuk dengan kerja luar hingga mengganggu tugas mengajar.

“Walaupun tiada halangan guru menjana pendapatan tambahan termasuk menerusi perniagaan jualan langsung dan MLM, kita tidak menggalakkan mereka berbuat demikian jika gagal memanfaatkan masa antara pengajaran dan kerja luar.

“Jika ingin dilaksanakan, kami cadang ia diperbaharui tiga tahun sekali supaya tidak memberi

Page 2: Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

tekanan kepada pendidik dan membolehkan penilaian lebih adil serta menyeluruh dilaksanakan,” katanya.

Fokus: Angkara kerja luarOleh Rosniza Mohd [email protected] cadang laksana semula sijil layak mengajar supaya guru utamakan P&P

WALAUPUN cuti sekolah akhir tahun masih berbaki tiga atau dua minggu, lazimnya kebanyakan guru sudah pun kembali bertugas bagi menguruskan pelbagai persiapan menghadapi sesi persekolahan baru.

Apabila persekolahan bermula, pelbagai tugas tambahan pula perlu dilakukan golongan itu, selain tanggungjawab hakiki mereka iaitu mengajar. Antaranya terpaksa melaksanakan pelbagai kerja pekeranian seperti merekod maklumat murid, menerima yuran, pinjaman buku teks dan tidak kurang pula menguruskan perkara berkaitan hingga peringkat pejabat pelajaran daerah serta negeri.

Lambakan tugas tambahan itu antara faktor menjadikan profesion itu kini kian mencabar dan tidak kurang pula menyifatkannya membebankan hingga kesatuan menerima pelbagai aduan guru mengalami tekanan kerja.

Di sebalik pelbagai keluhan akibat kekangan tugas dan waktu itu, segelintir guru pula dikatakan masih mempunyai masa untuk membuat ‘kerja luar’ bagi menambah pendapatan hingga ada antaranya melebihi gaji bulanan. Pelbagai kerja luar dilakukan, antaranya membuka kelas tuisyen, menjalankan jualan langsung, sistem perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), mencetak buku dan menceburi pelbagai peluang perniagaan lain.

Senario itu membimbangkan kerana dikhuatiri bukan saja mengganggu tumpuan guru terhadap tugas hakiki, malah menjejaskan usaha kerajaan yang mahu golongan pendidik mempunyai tahap pendidikan tertinggi.

Dengan minat berganda terhadap kerja luar berbanding berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau meningkatkan profesionalisme, mampukah Kementerian Pelajaran mencapai sasaran 50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus di sekolah menengah memiliki ijazah?

Sikap sesetengah guru yang lebih mementingkan kerja luar itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pendidik lain yang bersungguh-sungguh dan melakukan pelbagai pengorbanan bagi meningkatkan kelayakan profesionalisme hingga peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Seorang guru sekolah rendah berkelulusan sarjana dari Rawang, Selangor, yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Ju, berkata beliau kecewa kerana tidak mendapat insentif sewajarnya berbanding guru terbabit perniagaan jualan langsung.

“Banyak pengorbanan dilakukan guru yang melanjutkan pengajian pasca siswazah

Page 3: Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

termasuk bertungkus-lumus belajar dengan separuh gaji, meninggalkan keluarga yang disayangi, malah ada yang membuat pinjaman bank.

“Segelintir guru “malas” menyambung pengajian bagi meningkatkan tahap akademik mereka, sebaliknya lebih rajin menjalankan perniagaan jualan langsung atau MLM yang turut menjejaskan tumpuan terhadap tugas.

“Dengan pendapatan tambahan diperoleh, ada antara mereka yang hanya berjawatan gred DGA29 tetapi mampu memiliki kereta mewah, sedangkan kami lulusan sarjana dan PhD hanya terdaya memandu kereta buatan tempatan.

“Malah gaji bersih selepas melunaskan pinjaman sekadar cukup menampung perbelanjaan harian,” katanya menerusi e-mel kepada Berita Harian.

Pada dasarnya, kementerian tidak menghalang guru menambah pendapatan menerusi perniagaan atau sumber lain selagi ia tidak menjejas mutu dan kelancaran tugas hakiki mereka iaitu mengajar.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Datuk Zulkifly Mohd Wazir, bagaimanapun berkata kelonggaran itu diberikan tertakluk kepada syarat tertentu termasuk mendapat kebenaran ketua jabatan dan dalam tempoh tertentu.

Sebagai contoh, katanya, guru mengajar di kelas tuisyen diberi tempoh empat jam seminggu bagi memastikan mereka memberi tumpuan utama terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Beliau berkata, guru yang gagal mematuhi ketetapan itu boleh dikenakan tindakan berdasarkan Pekeliling Am Jabatan Perkhidmatan Awam, bermula dengan amaran hingga langkah terakhir dilucutkan jawatan jika berterusan gagal memberi komitmen terhadap tugas hakiki.

“Kementerian maklum sesetengah guru terbabit dalam perniagaan terutama jualan langsung bertujuan menambah pendapatan, namun kebanyakannya tetap komited dan mengutamakan tugas hakiki.

“Dalam hal ini, pentadbir sekolah perlu memastikan guru terbabit mematuhi syarat dan tidak teragak-agak mengambil tindakan jika mereka gagal mengikutinya atau mutu perkhidmatan terjejas kerana sibuk menguruskan kerja luar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pula kini meneliti pelaksanaan semula sijil layak mengajar sebagai instrumen bagi memastikan hanya pendidik benar-benar komited kekal dalam profesion keguruan.

Pengarahnya, Dr Khair Mohamad Yusof, ketika ditemui berkata pensijilan itu sebahagian cadangan dalam rangka hala tuju baru BPG yang dibentangkan pada Seminar Pendidikan Guru di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Katanya, menerusi pensijilan itu, keupayaan guru dinilai dalam empat aspek, iaitu p&p, pengurusan kelas, hubungan dengan masyarakat serta profesionalisme.

Page 4: Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

Sambil menjelaskan cadangan itu masih di peringkat kajian awal dan akan mengambil kira pandangan umum, beliau berkata, guru yang memenuhi keperluan pensijilan itu akan dianugerahkan sijil layak mengajar untuk tempoh tertentu dan perlu diperbaharui secara berterusan.

“Pensijilan guru pernah dilaksana sebelum ini, dikenali sebagai lesen mengajar dan BPG bercadang mewujudkannya semula bagi memastikan guru benar-benar menumpukan kepada p&p serta pembangunan profesionalisme secara berterusan.

“Menjadi kebimbangan apabila wujud kecenderungan sesetengah guru melakukan kerja yang terkeluar dari tugas utama p&p terutama jualan langsung dan MLM hingga menjadi budaya di sesetengah sekolah dan boleh menyebabkan perkhidmatan mereka terjejas.

“Jika pelaksanaan semula pensijilan ini diluluskan, ia membolehkan kita secara perlahan-lahan meminggirkan golongan yang tidak mempunyai jiwa pendidik daripada sistem pendidikan negara,” katanya.

Bahan ini disalin daripada Berita Harian, 04/01/2010. Harap maklum.

Nota daripada tingkir8 :Kes-kes terpencil guru-guru sebegini sepatutnya tidak dihebahkan dalam surat khabar kerana sebenarnya kalau kita mahu meninggikan darjat profesion keguruan, perkara-perkara kurang enak sebegini lebih manis  diselesaikan secara tertutup kerana membuka pekung di dada hanya akan menyebabkan kerjaya keguruan dipandang serong, sering disangsikan keikhlasannya hanya kerana beberapa titis 'nila'. Kalau dikatakan bahawa apa yang dikeluarkan hanya untuk memberi peringatan atau pengajaran ataupun tauladan kepada guru-guru yang lain, motivasi negatif sebegini bukanlah cara yang terbaik. Bagaimana semangat dan motivasi guru mahu meningkat kalau disajikan cerita-cerita negatif saban minggu, bulan dan tahun? Sepatutnya ceritakan betapa hebatnya profesion keguruan dan usah memberi fokus kepada 'sisi gelap'. Ambil contoh, jika ada dua orang anak, seorang elok budi pekertinya dan seorang lagi kurang warasnya, adakah membuat perbandingan dan menyebutnya di hadapan kedua-dua anak tadi tentang sifat kurang waras salah seorang daripada mereka itu jalan terbaik mendidik anak-anak? Apa yang cuba ditunjukkan? Bahkan dalam Islam sendiri, membuka keaiban seseorang ialah perkara yang sangat dilarang. Kalau dikatakan ambil iktibar dari kisah buruk ini dan berfikiran secara positif,maka pihak yang ada cerita kurang enak tentang guru ini juga perlu berfikiran positif.Ceritalah yang baik-baik tentang guru, baru akan menyemai rasa hormat terhadap guru. Pihak-pihak yang berkaitan profesion keguruan sepatutnya lebih memusatkan tumpuan mereka terhadap usaha memantapkan profesion ini hingga berjaya memantapkan kembali budaya 'hormat guru' yang pernah ada dan menebal dalam masyarakat kita suatu waktu dulu dan duduk berfikir tentang kaedah memantapkan method pengajaran pembelajaran, duduk berfikir tentang cara meningkatkan sahsiah murid dan cari kaedah pembelajaran terbaik dengan hasil maksimum, misalnya pemantapan teknik belajar dan penguasaan ilmu, fikirkan juga kenapa ada murid tahun dua(murid normal) yang masih buta huruf atau berfikir

Page 5: Guru Abai Tanggungjawab Calar Imej Profesion Perguruan

sedalam-dalamnya kenapa ada perbezaan yang begitu ketara bagi pencapaian sekolah kebangsaan dengan sekolah yang lain kerana berdasarkan pemerhatian kami, kadangkala kita lebih mementingkan perkara ranting daripada perkara pokok.Contoh yang paling tepat ialah kadangkala ada terlalu banyak program yang dibuat untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid sedangkan kalau kita berfikir lebih dalam, masalah pembelajaran  itu tidak timbul jika guru diberikan peluang menjadi guru yang betul-betul guru(mengabdikan seluruh masanya setiap hari bersama murid-murid, macam dulu-dulu)kerana tugas hakiki guru ialah mengajar. Kita timbulkan masalah kemudian kita buat program untuk selesaikan masalah yang kita timbulkan itu.Kita patahkan kaki ayam, kemudian kita bersusah payah carikan ubat di segenap pelusuk negeri untuk merawat kaki yang patah itu sedangkan kalau kita tidak 'patahkan' kaki itu tadi, kita tidak perlu pun cari ubat untuk merawatnya. Aneh bukan ? KEPADA SEMUA RAKAN GURU DI SELURUH DUNIA, AYUH JANGAN PATAH SEMANGAT.SEMATKAN DALAM HATI ANDA SEMUA "KITALAH PENDAKI ULUNG MEMETIK KUNTUM GUNAWAN DI PUNCAK MAKRAMAT" PANDANG TERUS KE HADAPAN KERANA KERJAYA MENCABAR INI MEMERLUKAN ANDA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF, TABAH DAN SABAR SERTA TETAPKAN MATLAMAT ANDA SEBAGAI KALAM PENGUKIR CITA DAN JAYA  DI DIARI ANAK-ANAK YANG DAMBA KE MERCU.