Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

8
Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka Guru dan Cabaran Semasa | 1 BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN 6.1 KEPENTINGAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN Perubahan : penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan. Pendidikan menjadi agen utama dalam perubahan bagi menggerakkan masyarakat sepanjang kontinum perkembangan. Jurang meningkat apabila perubahan dalam pendidikan lembab berbanding perubahan yang pantas berlaku dalam kehidupan masyarakat kebanyakan institut pendidikan bergantung kepada pelan perancangan yang lama dan lapuk serta tidak relevan dengan kepantasan perubahan hidup masyarakat. Matlamat inovasi : perubahan positif yang menjadikan kehidupan lebih baik yang mendorong kepada penambahan produktiviti. Inovasi perlu berlaku dalam teknologi terkini, perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja bagi menjimatkan tenaga, masa dan kos tetapi masih mampu meningkatkan produktiviti. Swenson (1997) masyarakat yang mengalami proses globalisasi perlu sentiasa melakukan perubahan dalam pendidikan sebagai satu keperluan bagi memastikan amalan yang diguna pakai sentiasa relevan dan diterima pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 6.2 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN Pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama maju seperti rakyat di negara lain. 6 strategi pengurusan dan perubahan pendidikan: o Strategi Perubahan o Pembinaan Negara Bangsa (PNB) o Pengurusan Pendidikan o Transformasi dalam Kurikulum o Sekolah Bestari o Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 6.2.1 Strategi Perubahan Strategi Kekuasaan Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang. Agen perubahan boleh menggunakan sama ada ganjaran pada perubahan positif atau hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan. Contoh : Kerajaan menggunakan sistem kad perakam waktu bagi memastikan kakitangannya lebih berdisiplin dan menepati waktu. o Dapat tingkatkan produktiviti o Yang lewat dikenakan tindakan

Transcript of Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Page 1: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 1

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN

PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.1 KEPENTINGAN INOVASI &

PERUBAHAN PENDIDIKAN

Perubahan : penerimaan inovasi

apabila matlamat utama adalah

untuk meningkatkan pencapaian

melalui penambahbaikan dalam

pelaksanaan dan amalan.

Pendidikan menjadi agen utama

dalam perubahan bagi

menggerakkan masyarakat

sepanjang kontinum

perkembangan.

Jurang meningkat apabila

perubahan dalam pendidikan

lembab berbanding perubahan

yang pantas berlaku dalam

kehidupan masyarakat –

kebanyakan institut pendidikan

bergantung kepada pelan

perancangan yang lama dan lapuk

serta tidak relevan dengan

kepantasan perubahan hidup

masyarakat.

Matlamat inovasi : perubahan

positif yang menjadikan kehidupan

lebih baik yang mendorong kepada

penambahan produktiviti.

Inovasi perlu berlaku dalam

teknologi terkini, perubahan dalam

sistem dan prosedur bekerja bagi

menjimatkan tenaga, masa dan

kos tetapi masih mampu

meningkatkan produktiviti.

Swenson (1997) – masyarakat

yang mengalami proses globalisasi

perlu sentiasa melakukan

perubahan dalam pendidikan

sebagai satu keperluan bagi

memastikan amalan yang diguna

pakai sentiasa relevan dan

diterima pada peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

6.2 STRATEGI PENGURUSAN

INOVASI DAN PERUBAHAN

PENDIDIKAN

Pengurusan inovasi dan

perubahan pendidikan di Malaysia

memerlukan pendekatan yang

menjurus ke arah pembinaan

modal insan Malaysia yang

memiliki peribadi unggul apabila

rakyat Malaysia sama maju seperti

rakyat di negara lain.

6 strategi pengurusan dan

perubahan pendidikan:

o Strategi Perubahan

o Pembinaan Negara Bangsa

(PNB)

o Pengurusan Pendidikan

o Transformasi dalam Kurikulum

o Sekolah Bestari

o Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA)

6.2.1 Strategi Perubahan

Strategi Kekuasaan

Pihak atasan atau berkuasa

menggunakan autoriti formal dan

kawalan untuk memaksa

kumpulannya berubah seperti yang

dirancang.

Agen perubahan boleh

menggunakan sama ada ganjaran

pada perubahan positif atau

hukuman dan pengukuhan negatif

demi mencapai persetujuan

terhadap rancangan perubahan.

Contoh : Kerajaan menggunakan

sistem kad perakam waktu bagi

memastikan kakitangannya lebih

berdisiplin dan menepati waktu.

o Dapat tingkatkan produktiviti

o Yang lewat dikenakan tindakan

Page 2: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 2

Strategi Pujukan

Seorang ketua / agen perubahan

perlu kemahiran interpersonal

yang mantap.

Strategi ini memerlukan logik dan

kebijaksanaan bagi meyakinkan

kumpulan sasaran tentang

kepentingan dan kebaikan

perubahan yang dibawa dan perlu

dilakukan.

Contoh : Bagi membudayakan

penggunaan TMK dalam kalangan

guru dan murid, agen perubahan

wajar mempengaruhi kumpulan

sasaran dalam membudayakan

penggunaan TMK.

Strategi Pendidikan Semula

Strategi penggunaan maklumat

baharu yang disediakan oleh agen

perubahan dan menyerahkan

maklumat kepada kumpulan

sasaran untuk menentukan

rancangan mereka sendiri.

Agen perubahan mendorong

kumpulan sasaran untuk membuat

refleksi – baiki kekurangan.

Contoh : Guru perlu berupaya

melaksanakan P&P yang mampu

melahirkan generasi yang kreatif

dan inovatif. IPG dan IPTA perlu

lahirkan guru yang kreatif dan

inovatif – semak semula kurikulum.

Strategi Memudah Cara

Kumpulan sasaran menentukan

rancangan yang dipilih oleh

mereka dan agen perubahan akan

menghantar sumber yang

diperlukan kepada kumpulan

sasaran.

Sumber : barangan dan

perkhidmatan teknikal

Untuk memastikan tiada halangan

kepada kumpulan sasaran untuk

meruskan perubahan yang telah

dirancang.

Contoh : Guru di Kelas Pendidikan

Khas masalah penglihatan ingin

melaksanakan aktiviti P&P

berbantukan komputer untuk

kemahiran mengarang, maka

pihak sekolah perlu berusaha

mendapatkan kemudahan

tersebut.

6.2.2 Pembinaan Negara Bangsa

(PNB)

Proses pembinaan / pembentukan

sebuah negara bangsa

menggunakan kuasa yang ada

pada pemerintah.

Bertujuan menyatupadukan rakyat

tanpa mengira bangsa dan lokasi

yang menjamin kestabilan politik

dan mampu dipertahankan dalam

masa yang panjang.

Hasrat yang hendak dicapai dalam

PNB:

o Pembinaan rakyat yang

mempunyai jati diri dan imej

Malaysia – ciri-ciri tempatan

tetapi ada kehebatan dan

kekuatan untuk bersaing pada

peringkat antarabangsa.

o Modal insan cemerlang / minda

kelas pertama yang glokal.

o Sumber manusia yang berkualiti

dan mampu mencorakkan hala

tuju negara ke arah Wawasan

2020 – perlu ada ketahanan

dan sanggup hadapi cabaran.

o Pembinaan modal insan

merangkumi proses yang

lengkap dalam membentuk

tenaga kerja yang berilmu,

berakhlak, berkemahiran,

berdaya saing dan berdaya

tahan.

Page 3: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 3

6.2.3 Pengurusan Pendidikan

Pendidikan berjaya menajdi alat

dalam membina sesebuah negara

melalui aspek:

o Kepimpinan

o Pengurusan bilik darjah yang

kondusif

o Landskap maklumat

Kepimpinan

Ciri-ciri kepimpinan terpimpin:

o Pemimpin memimpin – guna

pendekatan perkongsian idea

yang meneliti setiap keputusan

yang dikemukakan oleh ahli dan

boleh buat keputusan bersama.

o Visi yang jelas dalam

pengurusan perubahan – bina

gambaran yang jelas tentang

apa yang hendak dicapai dan

visi perlu difahamkan kepada

ahli kumpulan yang terbabit

dalam proses perubahan.

o Menubuhkan jawatankuasa

pelaksana / pasukan bertindak

– pemilihan perlu dilakukan

dengan berhati-hati dan ambil

kira pengalaman, keupayaan

dan kebolehan.

o Menumpukan perhatian khusus

terhadap setiap perubahan

yang dibuat – sentiasa ikuti

perkembangan dan tindakan

yang dilaksanakan oleh

pasukan bertindak.

o Mengutamakan elemen

kemanusiaan – sikap

memahami dan toleransi perlu

bagi memastikan setiap

perubahan diterima dengan

senang hati oleh orang yang

dipimpin.

Pengurusan bilik darjah yang kondusif

Suasana persekitaran bilik darjah

perlu diubahsuai dengan kehendak

pembelajaran masa kini.

Elemen penting:

o Pendekatan berpusatkan murid

- Guru perlu berubah dan pilih

pendekatan yang lebih sesuai

dengan kehendak semasa.

- Ruang pembelajaran kondusif

yang dapat beri peluang murid

nyatakan pandangan dan

pendapat.

- Sediakan kemudahan dan

keperluan yang selesa dan

lengkap.

o Kemudahan P&P

- Melibatkan sumber

pembelajaran seperti buku, alat

bantu belajar, komputer,

peralatan membaca dsb.

- Kemudahan perlu

dipelbagaikan dan ditambah.

- Keperluan kanak-kanak

berkeperluan khas tidak

diabaikan.

- Kemudahan P&P perlu ambil

kira pelbagai latar belakang dan

sosiobudaya murid.

Landskap maklumat

Perkembangan TMK – murid dapat

data terkini dan tambah

pengetahuan.

Perkara yang perlu diberi

perhatian:

o Pusat Sumber

- Jadi pusat literasi TMK – murid

dapat mengakses pelbagai

bahan dan sumber.

- melengkapkan murid dengan

elemen pembelajaran

sepanjang hayat.

Page 4: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 4

o Peranan Guru

- Guru perlu kuasai kemahiran

TMK agar murid dapat ikuti

perkembangan dan perubahan.

- Kurikulum TMK kepada guru

pelatih dan kursus TMK untuk

guru dalam perkhidmatan.

- Ada guru pusat sumber tidak

mahir TMK menyebabkan pusat

sumber beroperasi dengan cara

dan sistem lama.

6.2.4 Transformasi dalam Kurikulum

Perubahan yang perlu dilakukan

kerana asas perubahan yang

hendak dibawa bermula di

sekolah.

Transformasi dalam pendekatan

P&P yang lebih relevan dan terkini

– berpusatkan murid.

Kurikulum sekolah Malaysia yang

alami perubahan untuk menjamin

keberkesanan pendidikan kepada

generasi muda.

o 1982 : KBSR dilaksanakn di 302

buah sekolah sebagai

percubaan / rintis.

o 1983 : KBSR mula dilaksanakan

di semua sekolah rendah.

o 1988 : KBSM bermula

o 2010 : Transformasi Kurikulum

dimulakan dengan Kurikulum

Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK)

o 2011 : KSSR

6.2.5 Sekolah Bestari

Diadakan bagi menyesuaikan

sistem pendidikan dengan

perubahan yang berlaku pada

peringkat global yang memerlukan

rakyat yang kreatif dan berinovatif.

Merupakan kesinambungan

penubuhan Multimedia Super

Corridor (MSC).

Sekolah Bestari telah direka

semula secara sistematik dari segi

amalan P&P dan pengurusan

sekolah untuk membantu murid-

murid menghadapi era teknologi.

Murid diberi peluang belajar

mengikut keperluan, kebolehan

dan pengalaman masing-masing.

Semua bahan P&P disedaikan

dalam bentuk perisian yang direka

oleh Bahagian Perkembangan

Kurikulum bersama Bahagian

Teknologi Pendidikan.

Guru di sekolah yang dipilih

menjadi Sekolah Bestari diberi

latihan dalam perkhidmatan – khas

dlam bidang pedagogi untuk aktiviti

P&P guna teknologi terkini.

Guru-guru perlu dilatih dalam lima

kemahiran:

o Kemahiran belajar

o Kemahiran membimbing

o Kemahiran berfikir secara

kreatif dan kritikal

o Penilaian dan penaksiran

o Kemahiran teknologi

Sekolah Bestari turut meliputi

sekolah-sekolah di kawasan

pedalaman yang tiada bekalan

elektrik dan kemudahan.

Teknologi yang digunakan

pelbagai – guna apa jua yang ada

di persekitaran bagi melahirkan

murid yang kreatif dan inovatif.

Page 5: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 5

Ciri-ciri Sekolah Bestari:

o Semua murid berupaya belajar

mengikut keperluan, kebolehan

dan gaya pembelajaran masing-

masing.

o Persekitaran sekolah kondusif

untuk aktiviti pembelajaran,

galakkan pembelajaran akses

kendiridan berkadar kendiri

dengan guru sebagai fasilitator.

o Penaksiran murid dijalankan

secara berterusan.

o Pengetua / GB bertindak

sebagai pemimpin pendidikan

dan disokong oleh sekumpulan

tenaga pengajar yang

profesional dan berkaliber.

o Ibu bapa dan komuniti turut

memainkan peranan dalam

menyokong pendidikan bestari.

6.2.6 Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA)

NKRA ketiga – Meluaskan Akses

kepada Pendidikan Berkualiti dan

Berkemampuan.

Sub NKRA ada empat iaitu:

o Memperluas dan memantapkan

pendidikan prasekolah

o Meningkatkan kadar literasi dan

numerasi

o Mewujudkan sekolah

berprestasi tinggi

o Mengiktiraf Pengetua / GB yang

berprestasi cemerlang

Pendidikan yang berkualiti dalam

memastikan generasi muda

mampu bersaing pada peringkat

antarabangsa.

Pendidikan prasekolah sebagai

pendidikan asas yang menjadi

sebahagian daripada sistem

pendidikan kebangsaan aliran

perdana.

Penguasaan kemahiran membaca,

menulis dan mengira dalam

kalangan kanak-kanak yang akan

melangkah ke Tahun 4 perlu

dicapai sebelum menjelang 2012.

Peranan Pengetua / GB – dapat

ganjaran melalui pencapaian

sekolah : new deal / bai’ah

Projek rintis – 100 buah sekolah

terdiri daripada sekolah harian

biasa, sekolah Bestari, Kluster dsb

akan dikenal pasti jadi Sekolah

Berprestasi Tinggi.

Objektif 4 Sub NKRA:

o Murid dapat pembelajaran

optimum mengikut kemampuan

mereka serta beri sumbangan

berguna kepada masyarakat

dan negara.

o Pendekatan membangunkan

modal insan yang inovatif dan

kreatif serta bernilai tambah

bagi menjayakan misi

membangunkan ekonomi

baharu.

6.3 ADAPTASI PELBAGAI

PERKEMBANGAN INOVASI DAN

PERUBAHAN PENDIDIKAN

Latihan Perguruan

Program Pensiswazahan Guru

Kurikulum Transformasi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

6.3.1 Latihan Perguruan

Naik taraf Maktab Perguruan kepada

Institut Pendidikan Guru

Maktab : melatih guru peringkat

sijil dan diploma.

IPG : Guru dianugerahkan Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Bermula tahun 2006.

Page 6: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 6

Mencapai aspirasi KPM untuk

melahirkan guru sekolah rendah

bersiswazah.

Juga menawarkan latihan kepada

lepasan Ijazah dari universiti luar /

dalam negara pada peringkat

Diploma Perguruan – Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Kurikulum Latihan Perguruan

Perkara yang diberi perhatian:

Pendidikan Awal Kanak-kanak

o Program PERMATA dan

prasekolah diberi perhatian

o Buka 14 buah Pusat Anak

PERMATA

o UPSI, UKM, UPM beri latihan

kepada pendidik

o IPGK BM – IPG pertama latih

tahun 2009 melalui program

KPLI

o Pendidikan prasekolah : Kanak-

kanak 4-6 tahun

o Konsep ‘Belajar Sambil

Bermain’ dan ‘Pembelajaran

Bertema’

Kemahiran Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK)

o Kursus TMK teras dan wajib

perlu diikuti di IPG

o Memenuhi tuntutan KSSR dan

KSPK – literasi sains dan

teknologi

o Pembudayaan TMK di sekolah:

- Sistem Maklumat Murid

- e-Nilam

- Urusan penaziran

- Urusan perkhidmatan semua

bahagian kementerian

Literasi dan Numerasi

o Usaha untuk dapatkan kadar

literasi numerasi 100%

o Proses saringan tiga kali

setahun – Mac, Jun, September

o Modul P&P

- Tahun 1 – 3: tumpu kepada

penguasaan kemahiran literasi

dan numerasi

o Latihan guru

- Guru dilatih menggunakan

modul dengan berkesan

- Kursus literasi dan numerasi di

IPG adalah kursus wajib

o Tingkatkan komitmen pihak

berkepentingan

o Pemantauan dan penyeliaan

- PPD dan Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualiti jalankan

pemantauan

- Penggunaan TMK semasa

pengajaran literasi turut

ditekankan

Kompetensi Berbahasa Inggeris

Pendekatan Terkini dalam P&P

o Pengurusan portfolio

o Pembelajaran berasaskan

projek

o Pembelajaran berasaskan

masalah

o Perubahan bilik darjah

tradisional kepada bilik darjah

moden

6.3.2 Program Pensiswazahan Guru

Sasaran KPM menghasilkan guru

siswazah 100% di sekolah

menengah dan 50% di sekolah

rendah menjelang 2010.

Program Khas Pensiswazahan

Guru

o Mula tahun 1999 untuk

siswazahkan guru sekolah

menengah

o Boleh lanjut pelajaran di mana-

mana universiti tempatan

o Kerjasama dengan IPTA dan

IPG

o Henti ambilan tahun 2006

Page 7: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 7

Pensiswazahan Guru Sekolah

Rendah (PGSR)

o Untuk guru sekolah rendah

sambung peringkat ISMP

o Mula November 2008

o Guna mod KDC – 4 tahun

o Ikuti pengajian semasa cuti

sekolah, hari lain bekerja seperti

biasa

Program Khas Pensiswazahan

Guru Besar (PKPGB)

o Dilaksanakan oleh Institut

Aminuddin Baki untuk Guru

Besar sekolah rendah peroleh

ijazah

o Kolaborasi dengan UPSI

o Program pengajian ialah 3

tahun

6.3.3 Kurikulum Transformasi

Kurikulum kebangsaan dikaji

semula demi memastikan

kurikulum yang holistik dan tidak

terlalu akademik sehingga

membebankan murid.

Dimulakan dengan melaksanakan

Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) pada tahun

2010 dan KSSR pada tahun 2011.

KSPK dan KSSR bermatlamat

untuk melahirkan modal insan

yang kreatif, kritis dan berinovatif

melalui enam tunjang.

Enam tunjang KSPK:

o Komunikasi

o Kerohanian, sikap dan nilai

o Kemanusiaan

o Keterampilan diri

o Fizikal dan estetika

o Literasi sains dan teknologi

6.3.4 Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah yang mempunyai etos,

watak, identiti tersendiri dan unik

serta menyerlah dalam semua

aspek pendidikan.

Mempunyai tradisi budaya kerja

yang cemerlang yang mampu

melahirkan modal insan cemerlang

berpersonaliti unggul.

Diberi kelonggaran dalam memilih

kurikulum dan kaedah pengajaran.

Dibenarkan membuat pilihan dan

penempatan semula guru

berdasarkan prestasi guru.

Ibu bapa murid di SBT diberi

opsyen untuk benarkan anak-anak

mereka memendekkan tempoh

pembelajaran bagi sesuatu tahun

tertentu.

Contoh: Murid boleh melangkau

Tahun 2 jika mampu

melengkapkan 50% sukatan

pelajaran tahun tersebut semasa

Tahun 1 dan selebihnya dalam

Tahun 3.

Elemen yang mampu melonjakkan

kecemerlangan sekolah ini:

o Suasana P&P yang kondusif

o Menjadi teladan kepada

sekolah-sekolah lain dengan

beri bimbingan melalui

rangkaian ‘mentoring’ dan

‘coaching’.

o Memperoleh autonomi dan

akauntabiliti dalam pengurusan

dan pencapaian murid.

o Menempatkan murid-murid

yang cemerlang.

Page 8: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 8

6.4 SISTEM KUALITI PENDIDIKAN

MALAYSIA (SKPM)

Adaptasi inovasi pembangunan

dalam sistem pendidikan negara

yang dibangukan oleh Jemaah

Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

pada tahun 2003.

SKPM telah diperakui dan diiktiraf

sebagai Piawai Pendidikan

Kebangsaan (Sekolah).

Tujuan SKPM

Satu nilai tara / sukatan aras tahap

kecemerlangan sekolah dapat

dilakukan.

Beri fokus kepada pemantapan

profesionalisme tenaga pendidik di

sekolah yang dapat meningkatkan

standard kualiti sekolah.

Memperkasa sekolah bagi

menyaingi perubahan dan

perkembangan semasa seperti

globalisasi, boardless world k-

economy.

Memenuhi dasar besar negara

seperti pembangunan modal insan

dan Wawasan 2020.

Meningkatkan motivasi dan

komitmen sekolah dalam

penjagaan kualiti pendidikan.

Budaya meningkatkan kualiti

dalam pengurusan pendidikan di

sekolah diperkukuh.

Dokumen SKPM

SKPM 1

o Pernyataan standard yang

memerihalkan standard

SKPM 2

o Instrument Pemastian Standard

(IPS) jadi panduan untuk

sekolah mengukur pencapaian

standard kualiti skeolah

khususnya melalui penarafan

kendiri.

o IPS dimaksudkan sebagai

instrument induk yang disokong

dengan instrument iringan

seperti matapelajaran, iklim

sekolah, kepimpinan sekolah.

SKPM 3

o Rancangan Pemajuan Sekolah

(RPS) untuk sekolah melakukan

penambahbaikan selepas

pengukuran dibuat.

o RPS: proses bersepadu bagi

memastikan pendidikan yang

berkualiti dan menyeluruh diberi

kepada murid RPS – proses

berterusan bagi melaksnakan

dasar dan program kerajaan.

o RPS: pantau, nilai dan kaji

semula setiap dasar dan

program bagi memastikan

sejauh mana program yang

diadakan mencapai matlamat.

Rujukan:

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &

Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan

Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd