Guru pengelola

73
0

description

 

Transcript of Guru pengelola

Page 1: Guru pengelola

0

Page 2: Guru pengelola

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT 1.0 PROFIL SEKOLAH

1.1 Maklumat Am Sekolah 3

1.2 Matlamat Sekolah 4

1.3 Panorama Sekolah 5

2.0 PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT

2.1 Muqaddimah 6

2.2 Sijil Penubuhan Syarikat 7

2.3 Profil Syarikat 8

2.4 Maklumat Korporat 9

2.5 Senarai Nama Pemegang Saham 10

2.6 Latar Belakang Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. 12

2.7 Matlamat Syarikat 13

2.8 Motto Dan Logo Syarikat 14

2.9 Carta Organisasi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd 16

2.10 Aktiviti Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd 22

3.0 ULASAN PENGETUA 26

4.0 ULASAN GURU PENGELOLA 28

5.0 PERUTUSAN PENGURUS BESAR 29

6.0 LAPORAN GURU PENGELOLA

6.1 Profil Guru Pengelola 31

6.2 Pendidikan Awal 31

6.3 Perkhidmatan Sebagai Guru 32

6.4 Guru Penasihat Berkemahiran Dan Berkepimpinan 33

6.5 Guru Penasihat Inovasi Sains Dan Rekacipta 37

6.6 Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak 38

7.0 PENGLIBATAN DALAM PROGRAM USAHAWAN MUDA 40

7.1 Pengalaman Menjadi Guru Pengelola 42

7.2 Kredibiliti Melaksanakan Program Usahawan Muda 43

7.3 Anugerah dan Kejayaan Syarikat Bimbingan 44

8.0 KEPIMPINAN DAN KETRAMPILAN

8.1 Bersikap Positif dan Profesional 45

8.2 Perancangan Strategik dan Bermatlamat 45

8.3 Pengetahuan Ilmu Perniagaan Kunci Usahawan Berjaya 46

8.4 Kemahiran Keusahawanan Penentu Kejayaan 46

8.5 Catur Bistari Bukan Cabaran Lagi 47

8.6 Modal Minima Keuntungan Optima 47

8.7 “Ideas For Leading Innovation” 48

Page 3: Guru pengelola

2

8.8 Komunikasi Berkesan Rangkaian Berkembang 49

9.0 KETEKUNAN DAN DISIPLIN

9.1 Komitmen Kehadiran 50

9.2 Pengorbanan Masa 50

9.3 Pengorbanan Sumber Kewangan 50

9.4 Berdaya Tahan dan Berdaya Saing 50

9.5 Jaringan Hubunga dan Kerjasama 51

10.0 KEKEMASAN DAN KETRAMPILAN

10.1 Kerja Terarah Matlamat Tercapai 53

10.2 Berfikiran Terbuka Amalan Berprinsip 54

10.3 Keuntungan Didahulukan Keselamatan Diutamakan 55

11.0 USAHA DAN SUMBANGAN 56

12.0 LANGKAH PROAKTIF

12.1 Konsep Perniagaan – SMART 57

12.2 Persiapan Konvensyen Usahawan Muda 58

12.3 Hubungan Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak 59

13.0 PENUTUP 60

14.0 PENGHARGAAN 60

15.0 LAMPIRAN

15.1 Sijil-sijil 61

15.2 Gambar 71

Page 4: Guru pengelola

3

1.0 PROFIL SEKOLAH

1.1 Maklumat Am Sekolah

NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

ALAMAT SEKOLAH : Peti Surat 79, 34000, Taiping, Perak Darul Ridzuan

NO. TELEFON : 605-8083020

NO. FAKSIMILI : 605-8062576

WEBSITE : www.seratas.edu.my

Page 5: Guru pengelola

4

1.2 Matlamat Sekolah

VISI SEKOLAH:

Menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Sebagai Pusat Kecemerlangan

Pendidikan Berteraskan Pendidikan Bestari

MISI SEKOLAH

SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar :-

Berkelayakan melanjutkan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi dalam

Bidang Sains Dan Teknologi

Mampu dan Mahir menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Berakhlak Mulia serta Gagah Berani Berkempimpinan dan Patriotisme yang

jitu

FALSAFAH SEKOLAH

Semua manusia boleh dididik.Bahawa manusia itu adalah makhluk yang paling

sempurna dan mempunyai kemampuan untuk dijadikan bijak, gagah dan berakhlak

mulia. Manusia yang bijak, gagah dan berakhlak mulia merupakan manusia yang

amat berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

PIAGAM SEKOLAH

Bahawasanya kami mendukung cita - cita untuk :

Memberi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi

kehendak semasa, masyarakat dan negara.

Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai pusat kecemerlangan

disertai kemudahan fizikal yang lengkap.

Mempertingkat serta mempelbagaikan proses penitisan ilmu berlandaskan

Falsafah Pendidikan Negara.

Menjana pengurusan yang cekap, berkesan dan dinamik untuk menawarkan

perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berdisiplin, produktif, inovatif dan

kreatif.

Mewujudkan masyarakat penyayang bertujuan memaksimumkan pencapaian

keilmuan dan menghasilkan prestasi berkualiti.

Page 6: Guru pengelola

5

1.3 Panorama Sekolah

Pintu hadapan SM Sains Raja Tun Azlan Shah Astaka Di Padang Utama SERATAS

Dewan Kuliah Tugu Peringatan Pemasyuran Nama SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Surau SERATAS Bangunan Sekitar SERATAS

“Sekolah Raja Tun Azlan Shah” Dewan Besar SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Page 7: Guru pengelola

6

2.0 PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT

2.1 Muqaddimah

Segala pujian bagi Allah S.W.T Yang Maha Kudhrat memberi keupayaan

kepada kami untuk bertungkus lumus menyiapkan Laporan Tahunan

Syarikat 2010. disiapkan dengan sempurnanya.

Dengan limpah rahmat-Nya kami diberi kesempatan menerajui dan membangunkan Syarikat

I‟ExCeL Sdn. Bhd.sepanjang 36 minggu syarikat kami beroperasi pada tahun 2010.

Sepanjang tempoh berkenaan kami berjaya mengendalikan syarikat usahawan muda

dengan menimba pengalaman dalam kursus dan seminar yang dianjurkan pihak sekolah

dan pihak sekretariat. Kami sentiasa diberi tunjuk ajar dan panduan bagi memantapkan

organisasi syarikat bermula dengan Kursus Ahli Lembaga Pengarah sehingga menyertai

Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan pengetua kerana sentiasa

menyokong aktiviti syarikat sepanjang penubuhannya. Segala projek yang dijalankan

sentiasa mendapat keizinan dan sokongan daripada pihak sekolah. Dengan sokongan

beliau syarikat kami dapat menjalankan operasi jualan selama 36 minggu operasi di Kiosk

yang berada di kawasan sekolah.

Selain itu, tidak akan dilupakan, jasa guru pengelola dalam memberikan tunjuk ajar

serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah terutamanya dalam menguruskan syarikat.

Tanpa penekanan prinsip bekerja daripada guru pengelola, sudah pasti syarikat ini tidak

akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Beliau sentiasa berkata, dalam dunia perniagaan

usahawan harus meningati ungkapan “What you give, you get back” yang bermaksud,

produk yang dijual hendaklah berkualiti dan mampu menarik minat pelanggan. Sekiranya

produk berkualiti sudah semestinya pelanggan tertarik dan memilih syarikat ini sebagai

pilihan utama.

Pelbagai kebaikan yang kami perolehi sepanjang tempoh penglibatan dalam

program ini. Ilmu keusahawan tidak dipelajari tanpa mengalami pengalaman mengendalikan

perniagaan. Bidang perniagaan memerlukan kemahiran dan pengetahuan ilmu perniagaan

yang spesifik serta perlu dipraktikkan untuk mengendalikan perniagaan.

Setelah menempuh 36 minggu dan selesai menyediakan laporan, besarlah harapan

kami untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri yang akan dianjurkan

Pihak Sekreteriat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak sekaligus mencapai

matlamat syarikat menjadi Syarikat Terbaik Konvensyen Negeri Perak 2010.

Page 8: Guru pengelola

7

2.2 Sijil Penubuhan Syarikat

Page 9: Guru pengelola

8

2.3 Profil Syarikat

Page 10: Guru pengelola

9

2.4 Maklumat Korporat

LEMBAGA PENGARAH Danial Bin Tarmizi Pengurus Besar

Muhamad Ashraf Bin Che Mansor Pengurus Pentadbiran

Nurul Huda Binti Hashim Pengurus Pengeluaran

Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali Pengurus Pemasaran

Ili Fatini Suriati Binti Jailani Pengurus Kewangan

Muhammad Naaim Bin Mohamad Rapi Pengurus Multimedia

PEJABAT UTAMA

SM Sains Raja Tun Azlan Shah Jalan Taman Tasik 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan, Malaysia Tel : +605-8083020 Faks : +605-8062576

TARIKH DAN TEMPAT DITUBUHKAN

4 Februari 2010, Malaysia

PENDAFTAR SYARIKAT

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Wisma Wan Mohamad Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Peti Surat 217 30904 IPOH Tel : +605-5296615 Faks : +605-5296617

JURUAUDIT

En. Md Radzi Bin Abdullah

PENASIHAT

En. Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin Guru Pengelola

AHLI SYARIKAT

25 orang ahli

NILAI SAHAM SEUNIT

RM 10.00

TARIKH PEMBUBARAN

30 Oktober 2010

Page 11: Guru pengelola

10

2.5 Senarai Nama Pemegang Saham

Bil Nama Pemegang Saham Nilai

Saham

1 DANIAL BIN TARMIZI RM 12.00

2 MUHAMAD ASHRAF BIN CHE MANSOR RM 12.00

3 NURULHUDA BINTI HASHIM RM 12.00

4 ILI FATINI SURIATI BINTI JAILANI RM 12.00

5 MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI RM 12.00

6 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI RM 10.00

7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD RM 10.00

8 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN RM 10.00

9 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY RM 10.00

10 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR RM 10.00

11 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN RM 10.00

12 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK RM 10.00

13 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH RM 10.00

14 NORADILA BINTI MOHD ALIAS RM 10.00

15 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN RM 10.00

16 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL RM 10.00

17 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID RM 10.00

18 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN RM 10.00

19 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI RM 10.00

20 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR RM 10.00

21 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN RM 10.00

22 NORAIN BINTI ABD LATIF RM 10.00

23 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN RM 10.00

24 ROZETA BINTI ASBULAH RM 10.00

25 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK RM 10.00

JUMLAH MODAL BERBAYAR RM 260.00

Page 12: Guru pengelola

11

CONTOH SIJIL SAHAM SYARIKAT I‟ExCeL SDN. BHD.

Pemegang saham diberikan sijil saham sebagai bukti.

Page 13: Guru pengelola

12

2.6 Latar Belakang I‟ExCeL SDN BHD

I‟ExCeLSdn.Bhd. ditubuhkan pada 04 Februari 2010 secara rasminya dengan

modal berbayar bersama 25 orang ahli pemegang saham syarikat yang berdaftar sebanyak

RM 260.00. Syarikat berdaftar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan dikelolakan

oleh seorang guru pengelola iaitu Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin.

Syarikat Sendirian Berhad ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan,

perkhidmatan dan penghasilan produk kreatif. Tempoh operasi syarikat selama 36 minggu

untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dan bergiat aktif dalam program anjuran Pihak

Sekretariat, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Antara Program Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang melibatkan Ahli Syarikat

ialah:-

- Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah, di Riverside Resort Kuala

Kangsar.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.

Page 14: Guru pengelola

13

- Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat di Dewan Silvertage

Galleria, Medan Gopeng.

- Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak kali ke-14, di Perak

Techno Trade Centre, Ipoh.

- Kem Keusahawanan, Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor.

- Kursus Penyediaan Laporan dan Pembubaran Syarikat, Hill City Hotel, Ipoh

Syarikat juga mendapat sokongan daripada penaung, Pengetua Cemerlang JUSA C

yang sentiasa memberi pandangan tentang projek dan aktiviti syarikat. Perkongsian

pendapat dan perbincangan dengan pihak pentadbiran membantu pihak syarikat

melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan tersusun serta tidak bertindih dengan

program sekolah.

Pada awal penubuhan syarikat, telah menetapkan pendapatan akhir tahun operasi

sebanyak RM 5,000.00. Berasaskan idea-idea perniagaan yang pelbagai dari ahli-ahli,

syarikat berjaya mencapai pencapaian terbesar dalam menghasilkan produk kreatif dan

menjalankan perkhidmatan terbaik.

I‟ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan produk

makanan yang banyak dari pelanggan yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibubapa. Kami

juga turut menyediakan perkhidmatan pembuatan T-shirt, jualan Hostel Open Day, malam

bakat, jualan makanan ringan dan sebagainya.

Sepanjang tempoh beroperasi, I‟ExCeL Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan

hampir semua aktiviti yang dirancang dan mengaut keuntungan yang LUAR BIASA

disamping dapat memberi pengalaman yang sebenar kepada ahlinya. Lima Ahli Lembaga

Pengarah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan KPI

yang telah ditetapkan oleh Guru Pengelola. Berikut adalah KPI yang ditetapkan oleh Guru

Pengelola.

KPI 1: Pengurus Besar

Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu

Mengadakan minimum satu projek setiap bulan

Memastikan jualan mencapai keuntungan 50% setiap bulan

Mencipta Produk Kreatif

Mengadakan Perkhimatan Yang Terbaik

Membuat penilaian prestasi ahli syarikat

Page 15: Guru pengelola

14

KPI 2: Pengurus Pentadbiran

Melaksanakan mesyuarat bulanan

Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat

Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya

Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%

KPI 3: Pengurus Pengeluaran

Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif

Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf

Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan

Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik

KPI 4: Pengurus Pemasaran

Melaksanakan strategi pemasaran terbaik

Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan

Meningkatkan produktiviti syarikat

KPI 5: Pengurus Kewangan

Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5000.00

Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum

Nilai sesaham meningkat

Adalah menjadi kewajiban kepada semua ahli lembaga pengarah untuk mencapai

KPI masing-masing. Di samping menjalankan operasi perniagaan, menjalankan

perkhidmatan dan menghasil produk kreatif, syarikat juga memainkan peranan sebagai

organisasi yang mempunyai tanggungjawab sosial kemasyarakatan dengan menyumbang

kepada pihak sekolah untuk program-program kebajikan.

“ I N T E R G R I T I , I N O V A S I , I D E A L ”

Page 16: Guru pengelola

15

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Barisan Belakang Dari Kanan:

Muhammad Naa‟im, Muzakkir Ihsan, Danial, Muhd Ashraf Barisan Hadapan Dari Kanan:

Nurulhuda, Ili Fatini Suriati

Page 17: Guru pengelola

16

AHLI SYARIKAT I‟ExCeL SDN. BHD.

Barisan belakang dari kanan:

Abdul Rahman, Muhammad Naa‟im, Farid Qaisem, Muhamad Naqib, Muhammad „Ammar

Faidhi, Fatihah Syafiq, Muhamad Harith, Muhamad Khairan Syamil

Barisan tengah dari kanan:

Alyaa Nabilah, Noradila, Norzainin, Hidayatul Akma, Najwa Farhana, Intan Zurainie, Farhah

Amaliya, Hidayatul Adha, Rozeta, Fatin Nurul Haziera, Wan Nur Aisyah

Barisan hadapan dari kanan :

Norain Abd Latif, Ili Fatini Suriati, Nurulhuda, En. Mohd Saharizal (Guru Pengelola), Danial,

Muhd Ashraf, Muzakkir Ihsan

Page 18: Guru pengelola

17

2.7 Matlamat Syarikat

WAWASAN SYARIKAT

Menjadi sebuah syarikat yang berintegriti dan mempunyai daya inovasi yang kreatif

dan kritis dengan menyediakan perkhidmatan dan menghasilkan produk yang

bernilai tinggi seterusnya membawa nama syarikat ke konvensyen negeri malah ke

peringkat KEBANGSAAN.

VISI SYARIKAT

Menjadi Syarikat Program Usahawan Muda Terbaik di Malaysia

MISI SYARIKAT

Melahirkan bakal usahawan Malaysia yang berintegriti , berinovasi dan

berdedikasi.

Menyemai benih muhibbah dan menyuburkan nilai-nilai murni bagi menggapai

kegemilangan syarikat.

Membongkar dan mengasah bakat terpendam sebagai seorang ahli usahawan

yang berjaya seterusnya menyerlahkan bakat tersebut bagi meningkatkan mutu

kemajuan nusa dan bangsa.

Melahirkan seorang usahawan yang mempunyai ciri-ciri estetika yang tinggi dan

mampu untuk meningkatkan martabat bangsa, agama dan negara sehingga ke

iris dunia.

OBJEKTIF SYARIKAT

Seorang insan yang cukup berintegriti dan berdedikasi dalam melaksanakan

segala tugasan yang telah diberikan.

Seorang insan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan menepati masa ketika

melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Seorang yang berinovasi dan mampu membuat pembaharuan dalam

memajukan segala aktiviti syarikat.

Memenuhi etika kerja yang unggul dan memuaskan hati setiap insan.

Page 19: Guru pengelola

18

2.8 Motto dan Logo Syarikat

MOTTO SYARIKAT

“INTEGRITI, INOVASI, IDEAL”

Pengertian Motto Syarikat

INTEGRITI Sentiasa mempunyai sikap dan nilai positif untuk merangsang

aspirasi kejayaan. Nilai integrati usahawan yang diterapkan

ialah:-

Amanah, jujur, telus dan bertanggungjawab dengan peranan masing-masing.

Fokus kepada urusan syarikat sepenuhnya dan tidak terlalu sibuk dengan perkara yang tidak berhubung kait dengan urusan lain

Menjaga kualiti produk yang dijual untuk kepuasan pelanggan.

INOVASI Membangunkan Program Inovasi dan Penyelidikan dalam

menghasilkan produk-produk syarikat. Syarikat menggalakkan

transformasi ke arah penghasilan produk kreatif yang

menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

IDEAL Menjadikan syarikat sebagai pilihan utama semua dan produk

berjenama kegemaran semua pelanggan.

LOGO SYARIKAT

Dalam mempromosikan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., logo merupakan IKON penting bagi

memperkenalkan syarikat ini dalam dunia usahawanan. Ia juga menjadi salah satu elemen

penting bagi melambangkan identiti syarikat juga secara tidak langsung membantu dalam

memperkenalkan produk-produk syarikat kepada umum. Setiap warna dan bentuk

mempunyai maksud tersendiri yang menjadi asas dan polisi dalam operasi syarikat.

Page 20: Guru pengelola

19

Pengertian Logo Syarikat

I‟ExCeL

Dalam bahasa Melayu,perkataan ini merujuk

kepada ayat,‟Saya Cemerlang‟. Perkataan ini

diwujudkan supaya setiap ahli akan

melaksanakan tanggungjawab yang diberi

dengan lebih efisien serta sentiasa ingin

cemerlang dalam setiap langkah yang diambil.

LINGKARAN MERAH HITAM Melambangkan ranjau hidup dalam mengapai kejayaan perniagaan.

ORANG LIDI Melambangkan sikap ceria dan peramah ahli

dalam melayan pelanggan yang pelbagai

kerenah. Formasinya berbentuk “I” membawa

maksud kepada motto syarikat iaitu: “integrity,

inovasi, ideal”

WARNA MERAH Melambangkan keberanian dan komitmen

kesemua ahli syarikat dalam mengatasi

cabaran yang menghalang kejayaan syarikat

WARNA HITAM Melambangkan kebanggaan ahli syarikat kami

dalam menghasilkan produk dengan inovatif

dan lebih efisien demi kepentingan masyarakat.

WARNA PUTIH Melambangkan kejujuran dan integriti ahli syarikat dalam perniagaan.

Page 21: Guru pengelola

20

2.9 Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI INDUK SYARIKAT I‟ExCeL SDN. BDH

GURU PENGELOLA Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin

PENAUNG

Puan Rahimah Binti Mad Sura

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Tn. Hj. Mohd Sohor Bin Mohamad

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Tn. Hj. Roslan Bin Mohamad

PENOLONG KANAN AKADEMIK

Pn. Hjh Noorhizan Bt Mohd Ariff

SEKRETERIAT PUM PERAK Pn. Elida Bt Idris

Pegawai Eksekutif

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

PENYELARAS

KELAB DAN PERSATUAN

Tn. Hj. Hamidi Bin Mahmood

Page 22: Guru pengelola

21

CARTA ORGANISASI PENERAJU SYARIKAT I‟ExCeL SDN.BHD.

PENGURUS BESAR

Danial Bin Tarmizi

PENGURUS KEWANGAN

Ili Fatini Suriati Binti Jailani

PENGURUS PENGELUARAN

Nurul Huda Binti Hashim

PENGURUS PEMASARAN Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali

PENGURUS

PENTADBIRAN

Muhd Ashraf Bin

Che Mansor

PENGURUS MULTIMEDIA

Muhammad Naa‟im Bin Muhamad Rapi

PEMEGANG SAHAM

19 Orang

Page 23: Guru pengelola

22

2.10 Aktiviti Syarikat

Secara umumnya disenaraikan semua aktiviti keusahawanan yangdijalankan oleh Syarikat

I‟ExCeL Sdn. Bhd..

Mesyuarat

Mesyuarat Agong Tahunan(Penubuhan)

Mesyuarat Pengurusan

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

Mesyuarat Pemegang Saham

Mesyuarat Pembubaran

Pembelian Aset dan Bahan Keperluan

Pembelian Peralatan Memasak

Aktiviti Jualan

Jualan Mingguan

Jualan Hari Cuti Persekolahan/ Cuti Umum

Jualan Hari Peristiwa (Projek)

Jualan Tempahan Pelanggan

Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun

Seminar, Kem dan Kursus

Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah

Kursus Pembubaran Syarikat dan Pembentangan Laporan

Kem Keusahawan

Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat

Bengkel Cabaran Catur Bistari

Perkhidmatan

I’ExCeL IQ Challenge

I’ExCeL Sports

I’ExCeL Acces

Penghasilan Produk Kreatif

Green Plate Technology

Obligasi Kemasyarakatan

Sumbangan kepada Panitia Pendidikan Islam (Surau)

Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang

Page 24: Guru pengelola

23

SEJARAH AKTIVITI SYARIKAT

3 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

5 Mesyuarat Pemegang Saham

11-18 Jualan Piza dan Kek (Projek 4)

3 Mesyuarat Pengurusan

10 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

17 ‟ExCeL IQ Challenge (Projek 2)

20 Mesyuarat Pemegang Saham

24 Hostel Open Day (Projek 3)

4 Penubuhan Syarikat / Mesyuarat Agung Penubuhan

10 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

18 Mesyuarat Pemegang Saham

27 Jualan sempena Hari Sukan Sekolah (Projek 1)

13 Pengumuman pengambilan baru ahli Usahawan Muda sesi 2010

15 Mewujudkan Kumpulan Perintis

20 Pemilihan Ahli Usahawan Muda

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

Page 25: Guru pengelola

24

4 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

18 Mesyuarat Pemegang Saham

22-23 Jualan Piza dan Kek

4 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

14 Mesyuarat Pemegang Saham

17 I‟ExCel Sports (Projek 7)

25 Jualan Piza dan Kek

3 Mesyuarat Pengurusan

5 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

14 Mesyuarat Pemegang Saham

20-27 Jualan Piza dan Kek

3 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

8 I‟ExCeL Excess (Projek 5)

15 Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam (Projek 6)

23 Jualan Piza dan Kek

MEI

JUN

JULAI

OGOS

Page 26: Guru pengelola

25

19 Mesyuarat Pengurusan

23,24 Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun

30 Mesyuarat Pembubaran

6 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

13 Mesyuarat Pemegang Saham

19 Jualan Piza dan Kek

29 Ex Design (Projek 8)

SEPTEMBER

OKTOBER

Page 27: Guru pengelola

26

3.0 ULASAN PENGETUA

Puan Rahimah Binti Mohd Sura, PPT.,PJK., Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja

Tun Azlan Shah (SERATAS)

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat

Illahi kerana dengan limpah kurnia danRahmat-Nya,

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. di bawah naungan saya

memberi peluang kepada saya untuk merakamkan

sepatah dua kata dalam laporan tahunan syarikat ini.

Terlebih dahulu ingin saya memuji Ahli

Lembaga Pengarah dan rakan kongsi syarikat

kerana telah berjaya menyiapkan laporan tahunan

syarikat ini dengan sempurna. Tahniah juga saya

ucapkan kepada guru pengelola kerana telah berjaya

melaksanakan tugas walaupun terpaksa berkorban

masa dan tenaga serta menyumbang idea dalam

memurnikan laporan tahunan syarikat.Impian dan

azam serta kombinasi yang hebat dikalangan ahli syarikat disusuli dengan usaha yang gigih

memastikan laporan syarikat lengkap dan sempurna.

Bidang keusahawanan bukan lagi karier sampingan dikalangan masyarakat

Malaysia, Malah perlu digalakkan bermula dari akar umbi lagi. Pelbagai kemajuan selaras

dengan pemodenan teknologi yang meningkatkan pesaingan dikalangan usahawan

mencipta produk kreatif selaras dengan keperluan masyarakat. Usahawan yang

berwibawadan berdaya cipta diperlukan bagi generasi akan datang. Selaku pengetua

cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah merangkap penaung kepada

syarikat ini saya sentiasa memberi penumpuan dan sokongan keatas segala usaha

persediaan bagi merealisasikan impian setiap syarikat usahawan muda di bawah naungan

saya untuk mencipta nama sebagai usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dalam usaha melahirkan usahawan yang kreatif saya menggalakkan ahli syarikat

menyelidik dan membangunkan program inovasi sains untuk mencipta produk yang boleh

menyelesaikan masalah masyarakat setempat sekaligus mengatasi masalah global.Selaras

dengan kehendak Perdana Menteri yang menggalakkan usahawan dalam bidang inovasi

dan rekacipta yang boleh menyumbang kepada peningkatan arus pembangunan ekonomi

negara.

Page 28: Guru pengelola

27

Saya sentiasa membuat penilaian prestasi syarikat dari pelbagai aspek dari semasa

kesemasa. Pelbagai langkah serius juga diambil bagi memastikan setiap projek yang

dirancang berjalan dengan lancar serta ahli-ahli dapat menimba sebanyak mungkin

pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan .

Kerjasama yang berterusan oleh semua ahli dalam setiap projek memberi semangat

dan membina keyakinan diri semua yang terlibat dan seterusnya membuahkan hasil

keuntungan berlipat ganda kepada syarikat ini. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

serta keupayaan ahli-ahli merebut peluang telah membolehkan syarikat menjalankan begitu

banyak aktiviti yang kesemuanya mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd.

YANG BENAR,

……………………………..

(RAHIMAH BINTI MOHD SURA)

Penaung Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd

Pengetua Cemerlang JUSA C

SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Page 29: Guru pengelola

28

4.0 ULASAN GURU PENGELOLA

ENCIK MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN Guru Penasihat

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Salam usahawan,

Syabas diucapkan semua ahli Syarikat I‟ExCeL Sdn.

Bhd., kerana telah berusaha dengan gigih dan tekun untuk menyempurnakan laporan

tahunan syarikat tahun 2010.

Sebagai guru pengelola Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., saya berasa amat

berbangga dan gembira kerana pada tahun ini kesemua ahli syarikat ini berjaya

melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan mencapai matlamat

syarikat. KPI yang diminta telah pun tercapai malah melebihi prestasi syarikat yang

sepatutnya tercapai.

Tahniah diucapkan kepada Danial Bin Tarmizi selaku Pengurus Besar yang

menerajui tonggak Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., seterusnya menyiapkan laporan

tahunan syarikat dengan lengkap dan terpeinci. Kerjasama yang ditunjukkan

dikalangan Ahli Lembaga Pengarah memperlihatkan semangat keusahawanan yang

tinggi dan memperlihatkan kecekapan dan komited 100% tanggungjawab seiring

dengan motto syarikat “integriti, inovasi, ideal” Semoga tahun ini syarikat mencapai

matlamat sepenuhnya.

Yang menjalankan tugas,

(MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN)

Guru Pengelola

Program Usahawan Muda

Page 30: Guru pengelola

29

5.0 PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian „alam. Selawat ke atas Junjungan Nabi

Muhammad (S.A.W). Doa dirafa‟kan kepada Amirul Mukminin yang menerajui kepimpinan

Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah (S.A.W) dan kesejahteraan ke atas semua

umat Islam seluruh dunia. Amin…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat llahi kerana dengan rahmat dan

kurnia-Nya Laporan Tahunan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dapat dihasilkan bagi tahun 2010.

Penat lelah dan ketekunan kami selama seminggu, kami dapat siapkan laporan ini.

Berbekalkan semangat cintakan Program Usahawan Muda (P.U.M) dan niat untuk

meletakkan Program Usahawan Muda (P.U.M.) dalam kelompok berdaya saing, kami

gagahkan jua semangat ini walaupun rintangan peperiksaan bagi Ujian Satu terpaksa

dihadapi sejurus pembikinan laporan ini dibuat.

Selaku Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, ingin saya merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

(PKNP), Pengetua Cemerlang Puan Rahimah Binti Mohd Sura, guru pengelola dan semua

ahli syarikat.

I‟ExCeL ditubuhkan pada 04 Februari 2010, di Sekolah Menengah Sains Raja Tun

Azlan Shah, Taiping, Perak. Syarikat I‟ExCeL dianggotai seramai 25 orang ahli dan

dibimbing oleh seorang guru. Lima orang ahli lembaga pengarah dipilih menerajui syarikat

selama 9 bulan dengan modal syarikat sebanyak RM 260.00 hasil daripada perkongsian 25

orang ahli. Berbekalkan asas pengetahuan usahawan yang kami perolehi daripadakursus

keusahawanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), kami

Page 31: Guru pengelola

30

menjalankan perniagaan berbentukjualan, pembuatan produk dan perkhidmatan di sekolah.

Hasilnya amat lumayan dan kepercayaan kami bahawa keusahawanan kerjaya pilihan

terbukti benar selama ini.I‟ExCeL ditutup secara rasminya pada 30 Oktober 2010 dengan

keuntungan yang luar biasa iaitu melebihi RM 5000.00!

Di ruangan ini juga, sekalung penghargaan kami ucapkan pada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan dan menggalakkan penyertaan kami di dalam P.U.M terutamanya

pihak PKNP, Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dan

Guru Pengelola P.U.M. Tanpa doa anda siapalah I‟ExCeL!

Di sini juga saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program

Usahawan Muda (PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan

bumiputera yang cemerlang. Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada

syarikat ini, amat saya hargai.

Akhir kata, di zaman pembangunan dan kecanggihan teknologi ini, PUM dapat

membentuk pelajar serta generasi yang berkeyakinan tinggi, gigih menghadapi cabaran.

Inilah satu faktor kejayaan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.

Akhir bicara saya, KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ANDA!

Sekian, terima kasih. (DANIAL BIN TARMIZI) Pengurus Besar, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.

Page 32: Guru pengelola

31

6.0 LAPORAN GURU PENGELOLA

6.1 Profil Guru Pengelola

Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin (Guru Pengelola Program Usahawan Muda)

Beliau berusia 27 tahun dilahirkan pada 28 Ogos 1983

di Kampung Ribu, Kuala Kangsar, Perak. Anak

kedua daripada lima adik-beradik telah berkahwin

dan tinggal bersama isterinya di Taiping dan

menetap di No. 17, Lorong 8A, Taman Assamara

3, 34000, Taiping, Perak.

6.2 Pendidikan awal

Beliau mendapat pendidikan awal di SMK

Simpang, Taiping sejak tahun 1996 hingga

2000. Dengan berbekalkan keputusan yang

membanggakan beliau berjaya melanjutkan

pelajaran dalam Program Matrikulasi di Kolej

Teknologi Timur, Sepang. Beliau telah mengikuti

khusus Sains Fizikal dan mempelajari kemahiran

Multimedia dan ICT. Kemahiran yang begitu diperlukan sebagai seorang guru. Keputusan

yang cemerlang di Matrikulasi melayakkan beliau menerima tawaran Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Sains Dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Beliau mengikuti Jurusan Kimia dan Sains Bersepadu. Beliau tamat pengajian di universiti

pada tahun 2006 dan menerima Ijazah beliau pada 25 Ogos 2006.

SK SIMPANG

(1990-1995)

SMK SIMPANG

(1996-2000)

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR

(2001-2002)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS

(2002-2006)

1990-1995 1996-2000 2001-2002 2002-2006

Page 33: Guru pengelola

32

6.3 Perkhidmatan sebagai Guru

Beliau adalah seorang Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG 41 yang telah

berkhidmat sejak tahun 2007 hingga kini. SM Sains Raja Tun Azlan Shah adalah sekolah

pertama beliau ditempatkan untuk bertugas. Pada awalnya, beliau ditugaskan mengajar

matapelajaran Matematik Tingkatan 1 dan Sains Tingkatan 3 pada tahun 2007. Tahun

berikutnya ditugaskan mengajar matapelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Sains Tingkatan 2.

Pada tahun 2008 hingga kini beliau mengajar matapelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Kimia

Tingkatan 5 iaitu matapelajaran khusus semasa beliau mengikuti Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan.

Guru Kimia Berpengetahuan Luas

Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 4 tahun dan telah

memegang pelbagai jawatan yang bertanggungjawab dalam

bidang Akademik dan Kokurikulum. Didalam akademik beliau

adalah Guru Matapelajaran Kimia yang berwawasan,

sentiasa membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam

matapelajaran berkenaan. Beliau juga membina weblog untuk

rujukan pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan juga guru-guru yang mengajar

matapelajaran kimia di Daerah Larut Matang dan Selama. Weblog beliau ialah

http://www.alchemistfreestyle.blogspot.com

Weblog : http://www.alchemistfreestyle.blogspot.com

Guru Tingkatan Berdedikasi

Beliau juga merupakan guru tingkatan yang berwibawa, berkorban masa dan tenaga untuk

sama membimbing dan mengasuh pelajar umpama anak kandung. Beliau banyak

mendorong dan menyokong para pelajar dalam kelas untuk bersemangat menumpukan

kepada pembelajaran di dalam kelas. Mesra tetapi tegas terhadap pelajar agar pelajar sedar

kepentingan ilmu dalam kehidupan. Kejayaan beliau memberi motivasi diri dan membina jati

diri pelajar untuk memberi perhatian serius dalam pelajaran.

Page 34: Guru pengelola

33

6.4 Guru Penasihat Berkemahiran dan Berkepimpinan

Dalam bidang kokurikulum, beliau merupakan Guru Penasihat yang berdedikasi dan

berkepimpinan mengendalikan Unit Beruniform Persatuan Pengakap LMS 41. Kejayaan

beliau membuahkan hasil dengan mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki

Kategori Bukan Kerajaan (NGO) setiap tahun dalam 4 tahun kebelakangan ini. Beliau

merupakan seorang bekas Pengakap Di Raja (King‟s Scout) yang diiktiraf oleh Majlis Raja

Raja Melayu dan dikurniakan oleh DYMM Raja Nazrin Shah pada 19 Jun 2007 di Bangunan

Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Bersama Pesuruhjaya Negeri Tuan Azam Bin Ahmad semasa menerima Sijil Pengakap Raja

Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja dikurniakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja

Nazrin Shah di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan

Page 35: Guru pengelola

34

Kelebihan yang beliau miliki 100% dicurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau

kepada ahli pengakap ilmu hutan yang sebenar. Ilmu yang beliau miliki terlalu istimewa yang

sentiasa diharapkan oleh semua pelajar setiap tahun dalam Perkhemahan Perdana Unit

Beruniform.

Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Katogeri Badan Bukan Kerajaan (NGO) 2010

peringkat Daerah Larut Matang dan Selama di SK Kg. Boyan, Taiping

Koreografer Kelab Kesenian dan Kebudayaan

Beliau juga merupakan pengasas kepada Kelab Kesenian dan Kebudayaan di SM Sains

Raja Tun Azlan Shah yang telah mencungkil bakat pelajar dalam Kesenian Tarian.

Penglibatan pelajar dalam mempersembahkan tarian tradisional zapin dalam Majlis-majlis

Rasmi sehingga Persembahan di dalam Majlis dengan kehadiran DYMM Sultan Azlan

Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Ghafurullahu-lah merasmikan Hari

Anugerah Cemerlang. Antara kejayaan yang diperoleh kelab keseniaan kebudayaan ialah

mendapat tempat ketiga pada tahun 2008 dalam Pertandingan Tarian Rampaian Peringkat

Daerah Larut Matang dan Selama dan tempat ketiga dalam Pertandingan Tarian Tradisional

2011 di Festival Kesenian dan Integrasi Budaya anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 36: Guru pengelola

35

Tempat Ketiga Pertandingan Tarian Festival Kesenian , UKM Bangi

Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki

Dalam bidang sukan, beliau aktif sebagai Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Sekolah.

Penglibatan beliau dalam sukan ini telah menarik minat pelajar untuk menyertai pasukan

sekolah dalam sukan ini dalam Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Zon Utara anjuran

SBP. Beliau juga seorang pembantu jurulatih dalam pasukan Bola Baling sekolah yang

berbakat. Pasukan bola keranjang sekolah telah mencapai kejayaan Johan empat kali

berturut-turut di peringkat Daerah Larut Matang dan Selama.

Pasukan Bola Keranjang Lelaki SM Sains Raja Tun Azlan Shah dalam Kejohanan Bola

Keranjang SBP 2010 di SMS Bagan Datoh, Perak

Page 37: Guru pengelola

36

Pasukan Bola Keranjang Lelaki SM Sains Raja Tun Azlan Shah 2010

Pasukan Bola Keranjang Lelaki SM Sains Raja Tun Azlan Shah 2010/2011

Page 38: Guru pengelola

37

Guru Penasihat Pasukan Inovasi Sains dan Rekacipta

Beliau juga mengendalikan pasukan inovasi sains dan rekacipta bermula sejak tahun 2009

hingga kini. Pada tahun 2009 pasukan inovasi sains SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah

menyertai Karnival Inovasi Sains Dan Rekacipta Kejuruteraan Sekolah Berasrama Penuh di

Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan dan Pertandingan Inovasi Sains Peringkat Daerah

Larut Matang Dan Selama. Pasukan Inovasi Sains telah mendapat Naib Johan dan layak

menyertai Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2009. Kejayaan ini telah

membuka mata pihak pengurusan sekolah untuk menerbitkan sebuah jurnal pembangunan

penyelidkan sains dan teknologi yang bertajuk “Research And Development of Science and

Technology”. Pasukan bimbingan beliau pada tahun 2009 telah menerima Anugerah Perak

dalam Karnival Inovasi Sains Dan Rekacipta Kejuruteraan Sekolah Berasrama Penuh di SM

Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.

Kursus Penyelarasan Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan 2010

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama

Page 39: Guru pengelola

38

Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak

Beliau telah dipilih oleh Pusat Kokurikulum Negeri Perak untuk mengikuti Kursus

Pendedahan Jurulatih Pusat Kokurikulum pada tahun 2009. Beliau telah dilantik sebagai

Jurulatih Kokurikulum sejak tahun 2009 hingga kini. Beliau berkemahiran untuk

mengendalikan aktiviti disiplin Aras Tinggi seperti Flying Fox, Wall Climbing, Abseiling dan

Bridge Crossing.

Menjalani latihan menyelamat Kursus Kejurulatihan Asas 1/2009

Mengendalikan aktiviti aras tinggi di Pusat Kokurikulum, Pangkor

Page 40: Guru pengelola

39

Pendidik All-Rounder

Beliau merupakan pendidik yang berbakat dan

serba boleh di Sekolah Menengah Sains Raja

Tun Azlan Shah, Taiping. Berikut adalah jawatan

lain yang disandang oleh beliau di sekolah:

- Ketua Guru Rumah Enggang

- Penyelaras Unit Beruniform

- Lembaga Tatatertib dan Disiplin

- Jawatankuasa Pertandingan Dalaman (Unit

Beruniform)

- Jawatankuasa Sistem Rumah

- Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D)

- Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru

Page 41: Guru pengelola

40

7.0 PENGLIBATAN DALAM PROGRAM USAHAWAN MUDA

Pada tahun 2007, pertama kalinya Program Usahawan Muda diperkenalkan di SM

Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Beliau merupakan guru pertama dilantik sebagai Guru

Penasihat Program Usahawan Muda yang menubuhkan syarikat usahawan muda terulung.

Walaupun beliau baru dilantik sebagai guru penasihat, beliau begitu komited

melaksanakan program usahawan muda tanpa pengetahuan tentang bidang perniagaan

dan juga perakaunan. Beliau cekal menimba ilmu keusahawanan tanpa ada perasaan

menyerah kalah dan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan syarikat

bimbingannya.

Beliau amat tegas dalam pengurusan pentadbiran syarikat, sentiasa menyemak

kedudukan kewangan serta memantau prestasi syarikat. Beliau tidak putus menyumbang

idea projek dan produk yang bernas dan banyak membantu meningkatkan produktiviti

syarikat bimbinganya.

Berikut adalah butiran penglibatan beliau dalam Program Usahawan Muda sejak

tahun 2007 hingga kini.

2007

Kursus „Training of Trainers‟ Program Usahawan Muda Wilayah Utara

2007 di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands.

Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak 2007,

Perak Techno Trade Centre, Jelapang, Ipoh

Konvensyen Nasional 2007 di Persada Johor, Johor Bharu.

Kem Keusahawanan 2007, di Kem Sungai Klah Hot Spring, Trolak,

Perak.

Page 42: Guru pengelola

41

2008

Kursus „Training of Trainers‟ Program Usahawan Muda Wilayah Utara

2008 di Hotel Langkasuka, Langkawi.

Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak 2008,

Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar

Kem Keusahawanan 2008, di Kem Nur Lembah Lenggong, Grik, Perak

2009

Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak 2009,

Perak Techno Trade Centre, Jelapang, Ipoh

Bengkel Cabaran Catur Bistari 2009 Peringkat Sekolah

Jurulatih Peserta Cabaran Catur Bistari mewakili Konvensyen Nasional

2009 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis .

2010

Kursus Ahli Lembaga Pengarah 2010, Perak Riverside Resort, Kuala

Kangsar

Kursus Pembubaran Syarikat Program Usahawan Muda 2010, Dewan

Silvertage Galleria, Ipoh

Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak 2010,

Perak Techno Trade Centre, Jelapang, Ipoh

Konvensyen Nasional 2010, Persada Johor, Johor Bharu.

Kem Keusahawanan dan Pembubaran Syarikat 2010, Teluk Dalam Beach

Resort

Cabaran Catur Bistari 2010/2011 Kebangsaan

Page 43: Guru pengelola

42

7.1 Pengalaman Menjadi Guru Pengelola

Sejak Program Usahawan Muda diperkenalkan, beliau adalah pelopor sebagai Guru

Penasihat Utama yang mengelola Syarikat Usahawan Muda sejak 2007 hingga kini. Berikut

adalah butiran pengalaman sebagai Guru Pengelola Program Usahawan Muda sepanjang

beliau bertugas di SM Sains Raja Tun Azlan Shah (2007-kini).

Tahun : 2007

Nama Syarikat : Syarikat OIC‟S Pearl SDN BHD

Logo Syarikat :

Tahun : 2008

Nama Syarikat : Syarikat SIGMA SDN BHD

Logo Syarikat :

Tahun : 2009

Nama Syarikat : Syarikat UNO SDN BHD

Logo Syarikat :

Tahun : 2010

Nama Syarikat : Syarikat I‟EXCEL SDN BHD

Logo Syarikat :

Page 44: Guru pengelola

43

7.2 Kredibiliti Melaksanakan Program Usahawan Muda

Beliau adalah guru pengelola yang berwibawa dalam apa jua tugas dan tanggungjawab

yang dipikul termasuk dalam pengurusan dan pentadbiran Program Usahawan Muda. Ahli

Lembaga Pengarah Syarikat I‟EXCEL Sdn Bhd bersetuju dan yakin bahawa kompetensi

beliau sebagai guru pengelola terbukti dengan komitmen yang tinggi kepada organisasi

syarikat. Beliau mempunyai kemahiran mengembangkan budaya kerja berpasukan dan

menumpukan organisasi dalam mempertingkatkan pemikiran kreatif dalam kerja.

Berikut adalah butiran tugas yang dilaksanakan beliau sebagai Guru Pengelola Syarikat

I‟EXCEL Sdn Bhd.

1. Menemuduga dan memilih pelajar perintis syarikat.

2. Membentuk syarikat dan melantik Ahli Lembaga Pengarah.

3. Mendaftar syarikat dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

4. Menjadi perunding perniagaan kepada ahli lembaga pengarah dalam merangka

rancangan perniagaan

5. Mengendalikan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah dan ahli syarikat setiap

dua bulan sekali.

6. Membuat brains-storming dalam memangkin idea projek untuk dilaksanakan.

7. Menyemak minit mesyuarat selepas tiga hari berlangsungnya mesyuarat.

8. Memastikan aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan

yang telah ditetapkan

9. Memantau aktiviti jualan syarikat setiap masa dan menyemak akaun syarikat setiap

bulan

10. Menguruskan pelajar bagi mengikuti kursus, konvensyen, pameran dan seminar.

11. Menjadi guru pengiring pelajar semasa berkursus, menyertai konvensyen, pameran

dan sebagainya.

12. Membimbing pelajar menyediakan laporan tahunan syarikat dan persembahan

pembentangan laporan tahunan syarikat.

Beliau sentiasa mengambil serius aspek keselamatan, disiplin, kebersihan dan ketepatan

waktu pelajar semasa menjalankan tugas. Kredibiliti beliau sebagai Guru Pengelola tidak

pernah mengambil ringan di atas tugasan dan tanggungjawab yang diberi.

Page 45: Guru pengelola

44

7.3 Anugerah Dan Kejayaan Syarikat Bimbingan

Tahun 2007 : Syarikat OIC‟S Pearl Sdn. Bhd.

Penerimaan Sebuah Kiosk Program Usahawan Muda

Pemerhati Konvensyen Nasional 2007

Tahun 2008 :Syarikat SIGMA Sdn. Bhd.

Tempat Ketiga – Acara Larian Keusahawanan Konvensyen PUM Nasional, UiTM

Shah Alam

Tahun 2009 : Syarikat SIGMA Sdn. Bhd.

Johan Produk Kreatif - Konvensyen PUM Peringkat Negeri Perak, PTTC, Ipoh

Johan Laporan Pengetua Terbaik - Konvensyen PUM Peringkat Negeri Perak,

PTTC, Ipoh

Ketiga Syarikat Terbaik - Konvensyen PUM Peringkat Negeri Perak, PTTC, Ipoh

Ketiga Laporan Pengurus Terbaik - Konvensyen PUM Peringkat Negeri Perak,

PTTC, Ipoh

Ketiga Produk Kreatif Terbaik - Konvensyen PUM Nasional, Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin, Arau

Penyertaan Cabaran Catur Bistari - Konvensyen PUM Nasional, Politeknik Tuanku

Syed Sirajuddin, Arau

Tahun 2010 : Syarikat UNO Sdn. Bhd.

Naib Johan Produk Kreatif Terbaik

Naib Johan Perkhidmatan Terbaik

Penyertaan Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan – Anjuran KFC Holding

Penyertaan Cabaran Catur Bistari - Konvensyen PUM Nasional, Persada Johor,

Johor Bharu.

Page 46: Guru pengelola

45

8.0 KEPIMPINAN DAN KETRAMPILAN

Beliau menerima amanah dan penuh tanggungjawab sebagai seorang guru

pengelola Program Usahawan Muda dengan hati yang terbuka. Beliau seorang guru

pemimpin yang bukan sekadar mengajar mengajar di dalam kelas malah mampu

pembimbing dan menunjuk ajar dalam apa jua bidang dan sesiapa sahaja yang memerlukan

tunjuk ajar.

8.1 Bersikap Positif dan Profesional

Sikap positif dalam mentafsir kesulitan dan masalah yang dihadapi syarikat semasa

menjalankan tugas serta bersikap realistik menerima kenyataan biar pun sukar untuk

dihadapi. Sebagai guru pengelola, beliau sentiasa memberi pesanan supaya bersikap

seperti ahli koperat yang profesional mengendalikan syarikat dengan teliti dan menangani

masalah secara proaktif. Hanya dengan sikap professional sahaja seorang guru seperti

beliau mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran tersirat di dalam Standard

Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini.

8.2 Perancangan Strategik dan Bermatlamat

Beliau seorang yang „bermatlamat‟ (mission-driven) dan juga seorang yang asyik

dalam pekerjaannya. Apa jua perkara yang dilakukan, beliau akan menetapkan misi dan visi

sebagai satu sasaran objektif yang ingin dicapai. Perancangan jangka pendek dan jangka

panjang perlu disediakan dengan cekap, teliti dan berfokus dengan mengambil kira budaya

sesebuah syarikat yang dikendalikan. Pelan pelaksanaan jangka pendek dan jangka

panjang diterapkan semasa menyediakan rancangan perniagaan bersama-sama Ahli

Lembaga Pengarah syarikat.

Jadual Perancangan Jangka Pendek : Bulanan

Perkara/ Pelaksanaan

MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A

Mesyuarat Kursus

Perkhidmatan Perbincangan

Produk

Penghasilan

Produk

Jualan Pembayaran

Gaji

Semakan Laporan

Semakan Stok

Page 47: Guru pengelola

46

Jadual Perancangan Jangka Panjang : Tahunan

Bulan / Perkara

Rancangan

Perniagaan

Mesyuarat dan

Pembentangan

Laporan

Penghasilan

Produk

Kreatif

Aktiviti

Jualan

Pelaksanaan

Perkhidmatan

Persiapan

Konvensyen

JANUARI √ √ √

FEBRUARI √ √

MAC √ √ √ √

APRIL √ √ √

MEI √ √ √

JUN √ √ √ √

JULAI √ √ √

OGOS √ √ √ √ √

SEPTEMBER √ √ √ √

OKTOBER √ √ √

8.3 Pengetahuan Ilmu Perniagaan Kunci Usahawan Berjaya

Beliau begitu komited melaksanakan program usahawan muda tanpa pengetahuan

tentang pengurusan perniagaan dan juga bidang perakaunan. Beliau sangat aktif mengikuti

program, seminar dan juga kursus anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Institusi

Keusahawanan Negara. Sedikit sebanyak beliau mempelajari bidang keusahawanan

dengan mengikuti Kursus Training Of Trainers (TOT) setiap tahun. Beliau tidak lokek

berkongsi ilmu keusahawanan dengan ahli syarikat dalam Program Usahawan Muda. Beliau

sedar bahawa punca kegagalan dalam bidang perniagaan ini salah satunya adalah

pengetahuan yang cetek dan kurang memahami bidang ini. Syarat yang terpenting untuk

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan. Usahawan perlu

melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan

perniagaan.

Beliau mahir mengenalpasti peluang perniagaan dan bijak mengatur strategi yang

sesuai untuk meluaskan perniagaan. Kemahiran beliau menggunakan perkhidmatan internet

seperti weblog, rangkaian sosial „facebook‟ dan „twitter‟ dalam promosi dan pengurusan

perniagaan meningkatkan produktiviti dan pemasaran produk syarikat. Kebelakangan ini,

penggunaan laman sosial „facebook‟ banyak memberi peluang kepada usahawan kecil

meluaskan perniagaan secara online. Rangkaian sosial ini bukan sekadar membuka

peluang perniagaan sekitar tempatan malah sehingga seluruh pelusuk dunia. Pesaingan

hebat dalam perniagaan online memberi peluang untuk pengguna memilih produk yang

berkualiti, murah dan mudah diperolehi. Beliau sentiasa menekankan aspek-aspek penting

tentang mengurus dan mengendali perniagaan.

Page 48: Guru pengelola

47

8.4 Kemahiran Keusahawanan Penentu Kejayaan

Antaranya aspek pengurusan kewangan, pemasaran, jualan dan khidmat selepas

jualan, pengeluaran dan sumber manusia. Aspek yang paling penting dan sentiasa diambil

perhatian adalah perundangan dalam pengeluaran produk. Beliau mengambil kira pesaing

utama, produk berjenama, dan produk berpaten yang berdaftar. Pengetahuan tentang

perundangan amat penting kerana untung-rugi atau berjaya-gagal satu perniagaan

bergantung kepada ketelusan dan kejujuran.

8.5 Catur Bistari Bukan Cabaran Lagi

Beliau cukup berpengalaman dalam permainan „board games‟ Catur Bistari.

Kepakaran beliau sentiasa diperlukan setiap kali ahli syarikat berminat untuk menyertai

Cabaran Catur Bistari anjuran KFC Holding. Beliau juga dilantik oleh Perbadanan Kemajuan

Negeri Perak untuk melatih peserta Cabaran Catur Bistari di Konvensyen Nasional 2010 di

Persada Johor. Beliau berjaya melahirkan pemain Cabaran Catur Bistari sehingga layak ke

Peringkat Akhir Cabaran Catur Bistari 2010/2011 di Putrajaya International Convention

Centre.

Cabaran Catur Bistari 2010 di Konvensyen Nasional, Johor Bharu

Page 49: Guru pengelola

48

Cabaran Catur Bistari 2010/2011 di Putrajaya International Convention Centre

8.6 Modal Minima Keuntungan Optima

Perancangan perniagaan yang dibuat oleh ahli lembaga pengarah sentiasa dipantau.

Beliau menggalakkan ahli syarikat merekod pengiraan harga kos dan kadar pembelian

pengguna setiap masa agar dapat memberikan keuntungan yang bersih dan tidak

membazirkan pembelian bahan mentah. Keuntungan yang tidak dijadikan modal perniagaan

disimpan dalam bank yang boleh memberi keuntungan dividen tahunan. Semua aliran

keluar masuk kewangan diberi perhatian dengan teliti. Kegagalan syarikat mengekalkan

keuntungan menunjukkan kegagalan penasihat meneliti aliran kewangan. Setiap dua bulan

mesyuarat akan diadakan untuk penilaian kedudukan kewangan dan laporan semasa

syarikat.

8.7 “Ideas For Leading Innovation”

Ungkapan “Ideas for Leading Innovations” bermaksud idea untuk inovasi terbaik merupakan

terjemahan prinsip beliau kepada cara kerja beliau untuk memastikan semua ahli dalam

syarikat menyumbang sesuatu untuk kecemerlangan syarikat ini. Setiap ahli syarikat mesti

memikirkan sesuatu untuk menyumbang kepada syarikat bukan mengharapkan sesuatu

yang syarikat akan berikan. Inovasi dalam penciptaan atau penghasilan produk kreatif

adalah satu cetusan idea yang beliau sarankan untuk menubuhkan pasukan Penyelidikan

dan Pembangunan (R&D). Hasilnya, produk kreatif telah dihasilkan dan diuji dalam

pertandingan rekacipta dan inovasi sains. Setiap pertandingan membuktikan produk kreatif

yang dihasilkan adalah yang terbaik.

Page 50: Guru pengelola

49

8.8 Komunikasi Berkesan Rangkaian Berkembang

Kejayaan sesebuah syarikat bukan sahaja bergantung kepada tahap profesionalisme

dan kesungguhan kerja yang dipraktikkannya. Sebahagian lagi aspek yang perlu diberi

perhatian adalah keberkesanan jaringan perhubungan dirinya dengan orang lain. Guru

pengelola sentiasa menggalakan cara komunikasi yang berkesa untuk mewujudkan

suasana aman di dalam syarikat. Apabila setiap ahli syarikat mengamalkan cara

berkomunikasi yang berkesan, kelancaran penyampaian maklumat pasti mudah terlaksana.

Beliau mengurangkan jurang interaksi diantara pengurusan dan ahli syarikat. Beliau

sentiasa bertanya khabar, berbual-bual mengenai perkembangan syarikat dan boleh makan

bersama ahli syarikat untuk berbincang idea dan bertukar-tukar fikiran. Oleh yang demikian,

sebarang rasa tidak puas hati dapat dibincang bersama. Beliau juga sentiasa memberi input

perniagaan yang berguna, berkongsi pendapat mengenai bidang perniagaan dan memberi

ganjaran dan pengiktirafan kepada ahli syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Beliau juga memberi tips mudah untuk berkomunikasi ,”Start with BANG!, Keep it SHORT,

Relate with THEM”.

Sekiranya komunikasi lisan kurang berkesan, beliau menggalakkan mengunakan

teknik komunikasi bertulis atau imaginasi. Menggunakan poster dan iklan yang boleh

menarik perhatian pelanggan dalam promosi produk. Beliau juga seorang pendengar setia

dan tidak mengambil serius masalah remeh seperti persepsi negative, syak wasangka,

gossip sekeliling dan masalah peribadi.

Page 51: Guru pengelola

50

9.0 KETEKUNAN DAN DISIPLIN

9.1 Komitmen Kehadiran

Di dalam takwim syarikat yang dibincangkan bersama ahli lembaga pengarah dan

guru pengelola. Setiap aktiviti jualan dan mesyuarat dilaksanakan dengan kehadiran guru

pengelola. Beliau sentiasa memantau keselamatan, kebersihan dan disiplin ahli syarikat

sepanjang perjalanan aktiviti. Beliau bertanggungjawab mengiringi pelajar sepanjang

program yang melibatkan aktiviti luar. Kehadiran beliau diperlukan sentiasa dalam

membantu menyelesaikan masalah dalaman syarikat dan juga masalah yang dihadapi

dengan pengurusan sekolah. Komitmen beliau sehingga tiada jurang perbezaan diantara

guru pengelola dan ahli syarikat.

9.2 Pengorbanan Masa

Beliau tidak kenal erti jemu dalam menguruskan pelajar dalam kegiatan kokurikulum,

seolah-olah beliau memiliki masa lebih dari 24 jam sehari atau lebih dari 7 hari seminggu.

Beliau tidak pernah gagal memantau dan mengenalpasti program yang dirancang berjalan

lancar. Setiap aktiviti dilaksanakan dingan teliti dan sempurna. Sentiasa membantu setiap

ahli syarikat menyelesaikan segala tugas dan memastikan masalah diselesaikan dengan

segera.

9.3 Pengorbanan Sumber Kewangan

Perniagaan memerlukan modal sebelum mengeluarkan sesuatu produk. Malah untuk

mencari sumber mentah memerlukan pengangkutan dan penggunaan telefon untuk

berhubung dengan pembekal. Beliau tidak berkira dalam mendahulukan kewangan dari

poket sendiri, walaupun masih bergaji kecil. Beliau banyak menyumbang kewangan dalam

syarikat dalam perbelanjaan makan minum semasa mesyuarat dan semasa bertugas di

gerai jualan.

9.4 Berdaya Tahan dan Berdaya Saing

Dalam bidang perniagaan ada syarikat yang sudah berjaya dan tidak kurang juga

yang menemui kegagalan. Ibarat roda, kejayaan sesebuah syarikat bukanlah boleh

dikekalkan berpanjangan, kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang berada di bawah.

Jika terdapat dua syarikat yang menceburi bidang perniagaan yang sama, tidak semestinya

syarikat menghasilkan produk yang berkualiti yang sama dan mendapat keuntungan yang

sama. Semuanya bergantung kepada kemahiran keusahawanan syarikat masing-masing.

Page 52: Guru pengelola

51

Syarikat haruslah berdisiplin melaksanakan perniagaan dengan menghasilkan produk yang

berkualiti dan menguruskan dengan cekap.

Guru pengelola sentiasa menekankan prinsip “What you give, you get back” dalam

menghasilkan sesuatu produk. Produk haruslah diuji kualiti dan penetapan harga harus

bersesuaian. Sekiranya berkualiti, produk yang dijual pasti hasilnya lumayan.

9.5 Jaringan hubungan dan kerjasama

Rangkaian dan jalinan hubungan sangat penting dalam perkembangan perniagaan

bagi sesebuah syarikat. Setiap syarikat perlu memperkembangkan syarikat untuk

memperolehi pasaran yang luas seterusnya mampu bersaing sehingga ke tahap

perdagangan dunia. Jaringan rangkaian yang baik boleh meningkatkan prestasi dan

keuntungan syarikat sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara serta

meluaskan jaringan dagangan Usahawan Islam. Jalinan kerjasama yang boleh digalakkan

dalam syarikat usahawan muda ialah berurusan dengan pembekal. Dalam perniagaan,

pembakal bahan mentah atau produk yang hendak dijual ditentukan berdasarkan harga kos

yang ditawarkan serta kualiti produk tersebut. Produk yang mempunyai kos pembelian yang

rendah boleh memberi keuntungan yang lumayan.

Pembekal yang dipilih mestilah yang boleh dipercayai dan mampu menjamin produk

yang telah dijual. Sentiasa mengekalkan pembekal-pembekal terkini mengikut keperluan

semasa. Menjadi asas dalam hubungan dengan pembakal agar berkekalan untuk

memastikan bayaran tepat pada masanya. Pesaingan diantara pembekal menyebabkan ada

dikalangan pembekal menawarkan hamper atau saguhati untuk mendapatkan peluang

membekal barangan kepada syarikat. Guru pengelola sentiasa menasihat supaya tidak

menerima sebarang bentuk hadiah tanpa melalui pihak pentadbir. Nilai integriti hendaklah

diamalkan dan menjadi tunjang selaras dengan moto syarikat INTEGRITI, INOVASI, IDEAL.

Kerjasama dari pihak pengurusan sekolah juga merupakan pihak yang perlu diberi

keutamaan dalam melaksanakan Program Usahawan Muda. Pihak sekolah telah

meletakkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh syarikat usahawan muda yang

beroperasi sebagai Koperasi Kedua di dalam sekolah. Waktu operasi dan aktiviti sentiasa

diberi perhatian supaya tidak mengganggu masa pembelajaran ataupun tuisyen pelajar itu

sendiri. Pihak pengurusan juga mengharapkan pelajar tidak mengabaikan akademik

disamping menguruskan syarikat yang sangat sibuk dalam operasi perniagaan.

Pesaingan diantara operator kantin dan juga koperasi tidak banyak memberi

masalah kepada syarikat kerana waktu operasi masing-masing telah diambil kira dan

barangan dan produk yang dijual adalah jauh berbeza. Masing-masing mendapat faedah

Page 53: Guru pengelola

52

yang bersesuaian dengan perniagaan yang dibuat. Program Usahawan Muda yang

diusahakan oleh pelajar sendiri mendapat sokongan yang baik oleh semua pihak di dalam

sekolah.

Page 54: Guru pengelola

53

10.0 KEKEMASAN DAN PENAMPILAN

Beliau merupakan contoh terbaik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

sebagai pengelola syarikat. Etika kerja yang diamalkan boleh diklasifikasikan sebagai

sempurna dari aspek kekemasan merancangkan strategi dan ketrampilan professional.

10.1 KERJA TERARAH MATLAMAT TERCAPAI

Sebagai seorang guru pengelola, beliau memainkan peranan yang dominan untuk

menentukan hala tuju syarikat. Beliau sentiasa memastikan sesuatu pelaksanaan kerja

terarah, mempunyai matlamat dan terancang. Beliau sentiasa menyediakan garis panduan

dan memberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan aktiviti syarikat. Berikut adalah carta alir

pelaksanaan sesuatu aktiviti kerja yang diamalkan.

PELAKSANAAN AKTIVITI

PERBINCANGAN

(MESYUARAT PENGURUSAN)

PEMBENTANGAN KEPADA AHLI SYARIKAT

(MESYUARAT)

KERJASAMA PIHAK LUAR

(PENTADBIR / SYARIKAT LUAR / DLL)

PENYEDIAAN KERTAS KERJA CADANGAN

PERBINCANGAN (MESYUARAT AHLI LEMBAGA)

KENAL PASTI MASALAH

(MODIFIKASI)

MEMBENTUK JAWATANKUASA PELAKSANA

DILULUSKAN

PELAPORAN / DOKUMENTASI

CADANGAN

IDEA / PROGRAM / AKTIVITI

Page 55: Guru pengelola

54

10.2 BERFIKIRAN TEBUKA AMALAN BERPRINSIP

Seorang guru pengelola yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri. Beliau

telah menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi syarikat.

Beliau menetapkan sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) bagi setiap

Pengarah syarikat yang mengetuai setiap jabatan sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang

perlu dicapai. Berikut adalah KPI yang ditetapkan oleh beliau kepada setiap Ahli Lembaga

Pengarah Syarikat sepanjang tahun operasi.

10.2.1 KPI 1: Pengurus Besar

- Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu

- Mengadakan minimum satu projek setiap bulan

- Memastikan jualan mencapai keuntungan 50% setiap bulan

- Mencipta Produk Kreatif

- Mengadakan Perkhimatan Yang Terbaik

- Membuat penilaian prestasi ahli syarikat

10.2.2 KPI 2: Pengurus Pentadbiran

- Melaksanakan mesyuarat bulanan

- Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat

- Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya

- Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%

10.2.3 KPI 3: Pengurus Pengeluaran

- Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif

- Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf

- Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan

- Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik

10.2.4 KPI 4: Pengurus Pemasaran

- Melaksanakan strategi pemasaran terbaik

- Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan

- Meningkatkan produktiviti syarikat

10.2.5 KPI 5: Pengurus Kewangan

- Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5000.00

- Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum

- Nilai sesaham meningkat

Page 56: Guru pengelola

55

Sehubungan dengan usaha menjana Syarikat Usahawan muda yang maju dan

berdaya saing, beliau menegaskan beberapa prinsip umum yang harus diterapkan

dikalangan ahli syarikat bagi menjamin kejayaan dalam perniagaan. Antaranya ialah :

Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ( Culture of

excellence)

Menyelidik dan menjelajah peluang dan penemuan baru.( Courage to innovate &

explore)

Cekal menghadapi masalah dan kesulitan. (Preserverance in the face of adversity)

Mementingkan integrity dalam semua hal pengurusan. (Integrity in all matters)

10.3 KEUNTUNGAN DIDAHULUKAN KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Setiap perniagaan memerlukan perancangan rapi dalam penstrukturan syarikat yang

kukuh dan berprestasi tinggi. Semua syarikat yang ditubuhkan mensasarkan keutungan

yang lumayan. Oleh itu, syarikat usahawan muda juga menjadikan keuntungan adalah

matlamat utama setiap projek dan jualan yang dilaksanakan.

Penekanan kepada sasaran sehingga 50% keuntungan setiap bulan ditetapkan

setiap kali projek dan jualan dilaksanakan. Pengurus pemasaran bertanggungjawab

menganalisis setiap kali jualan dibuat untuk memastikan keuntungan tercapai. Kegagalan

mencapai keuntungan memerlukan syarikat mengubah strategi perniagaan.

Guru pengelola juga tidak lepas pandang faktor keselamatan pekerja semasa

mengendalikan perniagaan. Keselamatan sentiasa diutamakan semasa di tempat kerja.

Perkara ini dititik beratkan sentiasa oleh Guru Pengelola kerana semasa melaksanakan

tugas, kemungkinan kemalangan boleh berlaku tanpa diduga. Langkah-langkah

keselamatan diambil sepanjang masa, seperti memastikan pelajar memakai apron, sarung

tangan semasa mengendalikan peralatan panas, menyediakan pemadam api di kiosk dan

rak penyimpanan alatan tajam.

Tanggungjawab mengutamakan keselamatan dipandang serius kerana ia melibatkan

nyawa pelajar. Guru terikat dengan peraturan dan pekeliling Kementerian Pelajaran

Malaysia semasa melaksanakan aktiviti luar sekolah. Faktor keselamatan akan menjadi isu

utama oleh masyarakat setempat sekiranya guru cuai dalam mengawal dan menjaga

keselamatan pelajar.

Page 57: Guru pengelola

56

11.0 USAHA DAN SUMBANGAN

Dalam memperkembangkan perniagaan syarikat, beliau sentiasa berusaha mencari

peluang untuk membantu syarikat walaupun memerlukan pengorbanan sendiri.

Setiap kali perniagaan, masalah utama yang dihadapi Pengurus Pengeluaran ialah

mendapatkan bekalan dan bahan mentah dari luar. Selain itu, Pengurus Pengeluaran

memerlukan pengangkutan untuk memuatkan bahan-bahan mentah dan keperluan untuk

jualan dari pembekal ke premis perniagaan. Oleh yang demikian, bantuan guru pengelola

diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut sekaligus melancarkan perniagaan dengan

sempurna. Beliau bijak mengatur masa untuk memastikan keperluan kenderaan untuk

mendapatkan bekalan tidak mengalami sebarang masalah lagi.

Keperluan bahan mentah dan keperluan asas untuk sesuatu projek menelan kos

yang tidak tetap kesan daripada ekonomi Negara yang tidak seimbang. Adakalanya,

melebihi bajet sehingga menyebabkan operasi sesuatu projek tergendala. Memandangkan

modal terlalu tinggi dan tidak mencukupi, guru pengelola tidak segan mendahulukan wang

sendiri untuk membantu sedikit sebanyak dalam pelaksanaan perniagaan pada awal

penubuhan. Hasilnya syarikat telah berkembang maju dan menyaingi pasaran tempatan.

Kemudahan alatan dan ruangan memasak sentiasa diambil perhatian terutama

peralatan tajam seperti pisau, kaca, dan lain-lain. Keselamatan semasa mengendalikan

peralatan serta penjagaan peralatan diutamakan. Kekurangan dan kerosakan perlu

digantikan segera untuk melancarkan perniagaan jualan sepanjang masa.

Guru pengelola telah banyak menyumbang dalam menyediakan bahan asas dalam

premis perniagaan di kiosk usahawan muda. Kiosk usahawan muda yang diterima daripada

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah berusia empat tahun sejak 2007

penubuhan usahawan muda di SM Sains Raja Tun Azlan Shah adalah hasil usaha beliau

memohon daripada pihak PKNP untuk membina dengan segera kiosk berkenaan pada awal

penubuhan Usahawan Muda. Antara sumbangan lain yang telah diusahakan ialah sebuah

peti ais 254 Liter Kapasiti, dapur 2 penunu, dan 2 tabung gas LPG 24L.

Segala sumbangan ikhlas beliau tidak pernah diminta balas. Sebaiknya beliau ingin

melihat kejayaan syarikat bimbingan merasai kenikmatan sebagai syarikat usahawan muda

yang berjaya.

Page 58: Guru pengelola

57

12.0 LANGKAH PROAKTIF

12.1 Konsep Perniagaan – S.M.A.R.T

Dalam membentuk syarikat perniagaan, setiap syarikat hendaklah menyediakan

rancangan perniagaan dan menentukan matlamat yang perlu dicapai. Pengarah syarikat

perlu menganalisis matlamat berkenaan dengan teliti untuk menentukan penunjuk

pencapaiannya. Kajian dan penyelidikan mengenai fakta dan faktor yang boleh membantu

menyokong dalam penyediaan rancangan perniagaan diperlukan untuk mengenalpasti

penentu ukur atau penanda aras pencapaian matlamat syarikat.

Sehubungan dengan itu, guru pengelola mengetengahkan konsep S.M.A.R.T iaitu;

Specific – Measureable – Achievable – Realistic – Time based goal. Konsep ini digunakan

dalam menentukan Penunjuk Prestasi Utama untuk mencapai matlamat syarikat. Beliau

sendiri telah menentukan Penunjuk Prestasi Utama syarikat kepada Ahli Lembaga Pengarah

untuk disebar luas kepada semua ahli syarikat dan memastikan semua ahli syarikat

memahami dan menghayatinya. Penunjuk yang khusus (spesifik) memudahkan ahli syarikat

meneliti faktor-faktor yang boleh membantu mencapai matlamat syarikat. Pecapaian juga

boleh diukur dari masa ke semasa dengan menetapkan tempoh pelaksanaan.

Oleh itu, Key Performance Index (KPI) merupakan aplikasi yang digunakan bercirikan

konsep S.M.A.R.T. untuk menilai pencapaian Ahli Lembaga Pengarah sepanjang

pengendalian syarikat. Penilaian KPI dibuat sepanjang masa serta direkodkan oleh Ahli

Lembaga Pengarah sendiri. Guru pengelola menggalakkan Ahli Lembaga Pengarah

mempertingkatkan prestasi sepanjang masa dan melebihi pencapaian sebelumnya. Beliau

sendiri menetapkan KPI yang perlu beliau capai sebagai Guru Pengelola.

KPI beliau adalah untuk menjadi wakil Guru Pengelola Terbaik Negeri Perak ke

Konvensyen Nasional Program Usahawan Muda 2011. Untuk mencapai KPI ini beliau telah

menetapkan fokus kepada SMART.

Fokus Specific – khusus kepada Laporan Guru Pengelola Syarikat Usahawan Muda

dalam Konvensyen Usahawan Muda.

Fokus Measureable – Menjadi Johan Laporan Guru Pengelola Terbaik Peringkat

Negeri Perak 2011.

Fokus Achievable – Belum menyertai Konvensyen PUM sebelum ini dan ingin

mendapat kedudukan terbaik.

Time based Realistic Achievable Measureable Specific

Page 59: Guru pengelola

58

Fokus Realistic – Menyertai Konvensyen Negeri pada 25 Jun 2011.

Fokus Time Goal – Sasaran dalam tahun 2011.

Mesyuarat perlu diadakan setiap kali syarikat memerlukan keputusan dan

penyelesaian dengan persetujuan semua ahli syarikat. Sebelum mesyuarat diadakan,

semua Ahli Lembaga Pengarah dipanggil untuk memaklumkan maklumat penting yang perlu

disampaikan dalam mesyuarat. Penetapan tempat dan masa mesyuarat ditentukan dan

notis mesyuarat dikeluarkan serta-merta. Segala keputusan mesyuarat dibuat dengan adil

dengan mengambil kira semua pendapat ahli syarikat dan tidak mendatangkan masalah

pada pihak sekolah.

TATACARA MESYUARAT DILAKSANAKAN

12.2 PERSIAPAN KONVENSYEN USAHAWAN MUDA

Sepanjang tempoh operasi syarikat, ahli lembaga pengarah telah dihantar mengikuti

kursus untuk mengendalikan syarikat. Dalam kursus yang diikuti, ahli lembaga pengarah

telah dilatih untuk memahami program usahawan muda, untuk menguruskan perniagaan

dan melaksanakan program usahawan muda selama 36 minggu. Di akhir program

usahawan setiap tahun operasi, syarikat akan menyediakan Laporan Tahunan Syarikat.

Guru pengelola sangat efektif dan telah menggunakan peluang sebaiknya

menggalakkan pelajar mengikuti kursus pembubaran syarikat dan kursus penyediaan

laporan syarikat pada tahun syarikat beroperasi supaya pendedahan awal dapat membantu

persiapan dalam penyediaan laporan syarikat. Selain itu, guru pengelola memilih ahli

syarikat yang berkebolehan dari segi penggunaan perisian komputer dan juga mahir dalam

Perbincangan ALP bersama Guru

Pengelola

Penetapan Tarikh / Masa / Tempat

Perbincangan Agenda Mesyuarat

Notis Mesyuarat Dikeluarkan

Mesyuarat dilaksanakan

- Pembentangan Laporan Terkini

- Perbincangan Perkara Berbangkit

- Membuat Keputusan

Dokumentasi / Minit mesyuarat

Page 60: Guru pengelola

59

pengucapan awam. Persediaan awal boleh membantu ahli lembaga pengarah lebih

bersedia menghadapi Konvensyen Negeri pada tahun ini.

Beliau juga banyak memberi peransang dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab dalam syarikat. Idea yang bernas diberi sepanjang penyediaan laporan,

tugas dibahagikan mengikut keperluan tenaga kerja. Beliau juga sentiasa mengikuti

perkembangan syarikat dan sentiasa berhubung melalui laman sosial „facebook‟ dengan

mewujudkan group Syarikat Usahawan Muda setiap tahun. Penggunaan laman sosial ini

sangat membantu meningkatkan inspirasi ahli syarikat untuk mencari idea dan saling

bertukar pendapat semasa menyiapkan laporan sepanjang cuti akhir tahun di rumah.

Melalui „facebook‟ guru pengelola telah melampirkan contoh-contoh laporan syarikat

korperat sebagai rujukan dalam penyediaan laporan. Idea beliau sangat menarik dan

membantu dalam penyediaan laporan syarikat.

12.3 HUBUNGAN DENGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK (PKNP)

Sejak program usahawan muda mula bertapak di SM Sains Raja Tun Azlan Shah,

Guru pengelola sentiasa berhubung dengan pihak sekreteriat mengenai program

pelaksanaan yang dianjurkan. Bermula dari kursus pendedahan kepada Guru Pengelola

(Training of Trainer) sehingga mengikuti kursus dan konvensyen anjuran PKNP.

Beliau juga telah dilantik sebagai pemerhati semasa Konvensyen Nasional ke-11,

juga dilantik menjadi Jurulatih Cabaran Catur Bistari bagi penyertaan Konvensyen Nasional

ke-14. Pihak Sekreteriat percaya bahawa kredibiliti guru pengelola untuk membantu

melaksanakan program usahawan muda dan komited dalam apa jua tugasan yang diberi.

Beliau telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk mengendalikan bengkel Cabaran

Catur Bistari buat kali pertama pada tahun 2011. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai

jurulatih kepada wakil ahli syarikat yang menyertai pertandingan sehingga peringkat

kebangsaan, beliau tidak menolak permintaan dari pihak sekreteriat Perbadanan Kemajuan

Negeri Perak untuk mengendalikan program berkenaan.

Beliau juga sentiasa berhubung dengan guru-guru pengelola Program Usahawan

Muda dari sekolah yang lain di dalam laman sosial Facebook untuk berbincang mengenai

program juga pelaksanaan program sepanjang masa. Perbincangan di antara Guru

Pengelola dan Pihak Sekreteriat sedikit sebanyak dapat membantu menyelaraskan program

peringkat negeri sebaik mungkin sekaligus membantu melancarkan perancangan

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak melaksanakan aktiviti sepanjang tahun.

Page 61: Guru pengelola

60

13.0 PENUTUP

Program usahawan muda bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar memahami

pengurusan perniagaan malah dapat memberi pengalaman kepada guru mengelola dan

memantau pergerakan sebuah syarikat dalam menjayakan bidang perniagaan. Program ini

juga sangat berjaya membudayakan setiap pelajar bukan sahaja yang terlibat dalam syarikat

malah yang bukan ahli syarikat juga berminat untuk menyertai bidang perniagaan sekali gus

mencapai matlamat program usahawan muda yang menggalakkan pembudayaan usahawan

dikalangan pelajar di peringkat sekolah menengah.

Oleh itu, pelaksanaan program usahawan muda sudah mencapai misinya sendiri

untuk menerap budaya keusahawanan dikalangan pelajar. Sepanjang tahun operasi,

pengalaman pelajar dikongsi bersama dalam mengendalikan syarikat, berkongsi pendapat

menjayakan perniagaan dan bersabar sepanjang masa bertugas. Semoga konvensyen

usahawan muda dapat memberi makna kepada semua yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam program ini dapat berkongsi bersama kejayaan yang dicapai pada

tahun ini.

14.0 PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung menjayakan Program Usahawan Muda sepanjang tempoh operasi Syarikat

I‟ExCeL Sdn. Bhd. pada tahun 2010. Kerjasama yang diberi oleh semua pihak tidak

berbalas hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih.

Bersyukur kepada ke hadrat Allah S.W.T yang menganugerahkan kudrat kepada

semua ahli syarikat dalam menjayakan program sepanjang tahun sehingga dapat

menyiapkan laporan tahunan syarikat untuk menyertai Konvensyen Peringkat Negeri nanti.

Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang banyak

bekerjasama dalam usaha membantu syarikat, memberi sumbangan dan bantuan dari segi

nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal. Penghargaan ini khas ditujukan

kepada :

- Pihak Pentadbir SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping

- Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak

- Sekreteriat Program Usahawan Muda Negeri Perak

- Ahli Pemegang Saham Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.

- Ahli Lembaga Pengarah Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.

Dan semua pihak yang tidak dapat disebutkan disini, semoga sumbangan mereka diberkati

dan dikurniakan ganjaran dari Allah S.W.T. Amin.

Page 62: Guru pengelola

61

15.0 LAMPIRAN

15.1 Sijil dan Penghargaan

Sijil Anugerah Pengakap Di Raja diterima daripada DYTM Raja Nazrin Shah

Page 63: Guru pengelola

62

Sijil Penghargaan Kursus TOT dan

Pertandingan Produk Kreatif dan Logo Terbaik

Page 64: Guru pengelola

63

Sijil Penubuhan Syarikat Usahawan Muda (2007-2009)

Sijil-sijil Penglibatan dalam Inovasi dan Penyelidikan

Page 65: Guru pengelola

64

Sijil Penyertaan Dalam Konvensyen Nasional (2007 dan 2010)

Page 66: Guru pengelola

65

Sijil Penyertaan Cabaran Catur Bistari

Sijil Penghargaan selaku Jurulatih Pasukan Bola Keranjang

Sijil-sijil Penglibatan Dalam Kesenian dan Kebudayaan

Page 67: Guru pengelola

66

Sijil Tamat Kejurulatihan Pusat Kokurikulum Negeri Perak

Page 68: Guru pengelola

67

Pencapaian :

Sijil Johan Produk Kreatif 2008 Konvensyen Negeri Perak

Sijil Johan Laporan Pengetua Terbaik 2008 Konvensyen Negeri Perak

Page 69: Guru pengelola

68

Pencapaian :

Sijil Ketiga Pengurus Terbaik 2008 Konvensyen Negeri Perak

Sijil Ketiga Syarikat Terbaik 2008 Konvensyen Negeri Perak

Page 70: Guru pengelola

69

Pencapaian :

Sijil Naib Johan Produk Kreatif Terbaik 2009 Konvensyen Negeri Perak

Sijil Naib Johan Perkhidmatan Terbaik 2009 Konvensyen Negeri Perak

Page 71: Guru pengelola

70

15.2 Gambar

Aktiviti Jualan di luar sebelum menerima

bangunan kiosk

Mengikuti Perkhemahan Keusahawanan

Konvensyen Negeri 2008 diadakan di Perak

Riverside Resort

Konvensyen Negeri 2009 diadakan di Perak

Techno Trade Centre, Ipoh

Cabaran Catur Bistari di Konvensyen Nasional

ke-13 di Arau, Perlis

Dianugerahkan tempat ketiga Produk Kreatif

Terbaik di Konvensyen Nasional ke-13 di Arau,

Perlis

Page 72: Guru pengelola

71

Konvensyen PUM Peringkat Negeri kali ke-14 Pemenang Kategori Perkhidmatan Terbaik

Peserta Cabaran Catur Bistari Peringkat

Kebangsaan Anjuran KFC Holdings

Cabaran Catur Bistari di Konvensyen Nasional

kali ke-14, Persada Johor

Bersama Ahli Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. Kem Keusahawanan di Pangkor Beach Resort

Page 73: Guru pengelola

72

Dianugerahkan Naib Johan dalam Program

TiEC-SIFE anjuran UTP

Bersama Fasilitator TiEC-SIFE

Foto Kenangan di Persada Johor Banner Cabaran Catur Bistari di Persada Johor

Kursus TOT di Cameron Highland Sesi taklimat Konvensyen Nasional kali ke-14