Guru Ponteng Isu Serius
description
Transcript of Guru Ponteng Isu Serius
"Guru Ponteng Isu Serius"ULASAN ARTIKEL
1.0 Pengenalan
Guru merupakan satu profesion yang mulia. Guru juga merupakan golongan yang cukup penting yang tidak hanya
dapat memanusiakan manusia supaya akan lahir nanti generasi yang bukan sahaja dapat menyambung kelangsungan
peradaban dan tamadun bangsa, tetapi yang lebih penting dan nyata ialah sejauh mana guru tersebut dapat berperanan
mendidik murid - muridnya untuk menjadi manusia dan rakyat yang berguna kepada negara suatu hari kelak. Guru
perlu berpandangan positif terhadap semua murid - muridnya bagi memastikan keadilan dan kelangsungan sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku kepada semua muridnya.
Justeru itu, menjadi pioriti bagi seorang guru tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam bilik darjah bagi
melengkapkan dirinya dengan nilai – nilai hidup yang positif, beretika mulia, berfikiran positif, dan sudah tentu dapat
diteladani oleh murid – murid di sekolah. Ungkapan ”guru sebagai role model” bukan sesuatu yang retorik semata –
mata tetapi mempunyai kesignifikannya dalam mempamerkan imej diri seorang pendidik dalam keseluruhan
kehidupannya. Ini kerana kerjaya seorang guru bukan sahaja di sekolah, tetapi di mana – mana dengan sebutan mulia
”Cikgu”. Seorang guru sentiasa membawa imej guru ke mana sahaja tempat yang dituju.
Amalan etika keguruan dan profesionalisme keguruan di Malaysia dibangunkan berdasarkan kepada falsafah,
misi dan objektif yang hendak dicapai oleh Kementerian Pendidikan di Malaysia. Pembangunan etika guru ini adalah
sebagai salah satu pendokong kepada sistem perkhidmatan awam, yakni Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
yang diterajui bersama oleh pihak pemimpin negara. Ia menjadi panduan kepada pembentukan nilai – nilai dalam diri
seseorang guru.
Berdasarkan panduan tonggak utama pendidikan di negara ini iaitu melalui Falsafah Pendidikan Negara,
pendidikan itu sendiri dapat didefinisikan sebagai satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh seperti yang diungkapan dalam petikan di bawah:
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Jika ditafsirkan intipati Falsafah Pendidikan Negara, maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan adalah
menumpu kepada pembinaan fikiran yang bijaksana serta rasional selain membina jiwa manusia yang murni dalam
kata lain ianya melibatkan intelek, rohani, emosi, jasmani dan juga sosial. Jelas di sini, pendidikan yang digambarkan
dan diharapkan melalui Falsafah Pendidikan Negara adalah bagi membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
serta bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangankan potensi individu secara keseluruhan dan sepenuhnya
dan dapat memenuhi aspirasi dalam perkembangan kemajuan negara (Nazirmudin Ahmad,Mohd Taib Ariffin,
Marinah Awang & Azlita Yonus@Ahmad, 2005).
Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu
daripada pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini secara globalnya adalah merupakan tanggungjawab secara
keseluruhannya semua warga kerja di sektor pendidikan. Justeru suatu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk
memastikan warga Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai sifat – sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap
profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamahkan sekaligus dapat
melaksanakan misi dan visi yang menjadi keutamaan Kementerian Pelajaran Malaysia di negara ini.
2.0 Isu permasalahan guru (guru ponteng)
Baru – baru ini, seringkali profesion guru mendapat liputan yang meluas baik dari paparan media massa malahan
ianya juga turut menerima tempias daripada media elektronik yang kian meluas secara globalnya di seluruh antero
dunia. Antara isu yang menjadi perhatian utama masyarakat dan juga turut mencetus salah satu fenomena moden
dalam bidang keguruan itu sendiri adalah melalui sudut etika dalam kerjaya seperti yang dinyatakan dalam
petikan Borneo Post Onlinepada 24 Disember 2011. Antara intipati yang menjadi skop artikel yang terdapat di laman
sesawang tersebut adalah seperti berikut :
”RANAU: Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran guru di
sekolah, tegas Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yasin.Beliau berkata hasil pemantauan dan
pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru
dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak
hadir bertugas.“Pihak kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) berasa kesal dan memandang serius
tentang ketidakhadiran guru ke sekolah,” katanya ketika ditemui di SMK Ranau, di sini.Muhiddin menegaskan
walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu
melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.”
Mengikut kepada sebahagian daripada petikan artikel yang ditulis di laman sesawang tersebut, isu yang
dibangkitkan adalah berfokuskan kepada permasalahan yang melibatkan kehadiran guru ke sekolah yang semakin
membimbangkan organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Pengiraan statistik yang diumumkan secara rasmi oleh
pihak Jemaah Nazir dan Jaminan kualiti menunjukkan bahawa bilangan guru yang tidak hadir ke sekolah atau dengan
kata ringkasnya ponteng adalah terlalu ramai bilangannya. Ketidakhadiran guru tanpa alasan ini amat
membimbangkan profesion perguruan ini.
Isu guru ponteng adalah suatu isu nasional dan mampu memberi implikasi kepada bukan sahaja kepada
bidang pendidikan negara malah ianya turut menjejaskan potensi pembangunan mampan negara. Perlakuan guru yang
ponteng sekolah tersebut bukan sahaja memburukan profesion ini di kaca mata pandangan masyarakat malah ianya
juga turut mencerminkan bahawa segala etika dan asas profesionalisme yang telah diberikan sebagai garis panduan
dalam menjalankan tugas tidak berjaya dipatuhi oleh mereka. Ini akan menjatuhkan maruah profesion perguruan itu
sendiri. Masyarakat setempat akan mula memandang serong terhadap profesion ini.
Kerjaya guru merupakan satu kerjaya yang termasuk di dalam suatu profesion yang setanding dengan
kerjaya – kerjaya lain seperti jurutera, akauntan dan lain – lain lagi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Dwibahasa (2000),
profesionalisme adalah suatu pekerjaan yang memerlukan latihan khas. Dalam Kamus Oxford (1999), profesionalisme
ditakrifkan sebagai ciri – ciri sesuatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas, seperti yang terdapat dalam
profesionalisme perguruan, guaman, perubatan dan sebagainya.
Malah ciri – ciri profesion seperti yang dirujuk dari buku Pendidikan Mok Soong Sang (1993) adalah
sebagai :
”Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai automasi bertugas serta
mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya”. (Hlm:. 215-216)
Profesionalisme merupakan suatu ideologi yang bertujuan dalam memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi
dan boleh dipercayai. Malah sebagai salah suatu kerjaya yang bekerja bagi membina generasi masa hadapan,
profesion keguruan ini turut dapat dinaikkan imej dan tarafnya melalui kualiti dan mutu profesionalismenya yang
tersendiri dan dapat dibezakan oleh masyarakat dengan profesion – profesion yang lain. Oleh itu penting bagi seluruh
warga pendidik yang bergelar guru bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memiliki pengetahuan yang
lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya (Kamarudin Hj, Husin & Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz, 2004) .
Isu permasalah guru yang dibincangkan melalui petikan artikel di laman sesawangBorneo Post Onlie tersebut
dapat menunjukkan bahawa kesemua guru yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sekolah adalah sebagai individu
yang tidak memahami profesionnya serta tidak bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan itu sendiri.
Mereka bukan sahaja tidak mematuhi panduan landasan profesionalisme bidang perguruan malah turut tidak
mengamalkan etika kerja yang telah termaktub di dalam etika perguruan selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Profesionalisme meliputi aspek akaunbiliti yang didalamnya terangkum keseluruhan aspek yang perlu
difahami dan dilaksanakan oleh warga pendidik. Mengikut Kamus Dewan Edisi Dwibahasa (1999), perkataan
akaunbiliti itu dapat ditakrifkan sebagai bertanggungjawb kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Dalam konteks keguruan pula, akaunbiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan (Arbak Othman, 1998).
Manakala akaunbiliti seseorang guru terhadap profesionnya boleh dilihat melalui laporan rasmi yang
dikemukan oleh sekumpulan penilai bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestasi guru semasa
melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawab. Keadaan ini merupakan situasi yang sama seperti
yang dinyatakan di dalam artikel yang dirujuk pada isu guru ponteng sekolah ini, di mana pihak Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK) yang menjalankan pemantauan mereka di sekolah – sekolah kawasan sekitar negeri Sabah
mengemukakan laporan rasmi mengenai fenomena pasca baru permasalahan guru kini.
Aspek akaunbiliti merupakan bidang yang mempunyai pelbagai cabang yang terkandung di dalamnya.
Akuanbiliti seorang guru boleh dikenalpasti melalui cabang – cabang bahagian seperti bahagian pekerjaan, sekolah,
tingkah laku, murid dan akhirnya profesion (Ibrahim Mamat, 2000). Fenomena isu ponteng sekolah di kalangan guru
seperti yang dilaporkan oleh artikel di Borneo Post Online, menunjukkan bahawa keseluruhan bahagian didalam
akaubiliti ini telah menerima implikasi negatifnya.
Guru yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng ini telah menjejaskan pioriti utama bahagian pekerjaannya
dalam konteks akaunbiliti profesionalisme itu sendiri. Sebagai seorang pendidik guru bertanggungjawab terhadap
pekerjaannya, iaitu akaunbiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk dilaksanakan dengan jayanya dalam sistem
organisasi sekolah. Ia boleh menyebabkan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut terjejas kerana
kekurangan guru. Ketiadaaan guru gantian menyebabkan kelas dalam keadaan kucar – kacir.
Oleh yang demikian menjadi keutamaan dan pioriti bagi guru supaya dapat memahami kurikulum sekolah
secara mendapat agar segala pelaksanaannya dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar tanpa sebarang kesilapan.
Jelas dapat dilihat disini, guru yang melakukan gejala ponteng kerja tersebut dapat dilihat sebagai seorang yang tidak
memahami misi dan visi kurikulum yang telah dirancang sebaik – baiknya oleh pihak pendidikan. Maka menjadi
tugas mereka agar selepas ini segala intipati kurikulum negara dapat difahami dengan sebaiknya.
Sekolah pula merupakan suatu organisasi dimana seseorang guru itu menjalankan tugasnya. Oleh itu, guru
juga bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Sebagai salah
seorang ahli dalam sesebuah sekolah, guru mempunyai akaunbiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.
Dalam hal ini, selain tugas mengajar di dalam bilik darjah, guru turut dikehendaki menjalankan tugas – tugas seperti
guru displin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengerusi skim pinjaman buku teks dan jawatan – jawatan lain yang
dilantik oleh pihak pentadbir sekolah.
Ketidakhadiran guru di sekolah mendatangkan implikasi yang teruk dimana segala kelancaran pengurusan
sistem organisasi sekolah akan terjejas dan ianya merupakan isu yang serius seperti salah satu bahagian di dalam
artikel isu guru ponteng sekolah yang diambil dari artikel Borneo Post Online :
“Pihak kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) berasa kesal dan memandang serius tentang
ketidakhadiran guru ke sekolah,” katanya ketika ditemui di SMK Ranau, di sini.Muhiddin menegaskan walaupun
kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu
melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya”
Tingkah laku sebagai seorang guru amat dititikberatkan dalam menjamin mutu dan kualiti yang diberikan
sebagai output kepada kerjaya perguruan itu sendiri. Hal ini adalah kerana tingkah laku guru adalah contoh kepada
murid – murid yang menjadi klien sepanjang masa guru di sekolah. Oleh itu, seorang guru harus memaparkan serta
mempunyai sifat – sifat yang terpuji dan boleh menjadi teladan kepada murid – muridnya. Membina sebuah generasi
sudah menjadi keutamaan seorang guru di dalam bidang kerjaya ini. Maka segala perlakuan baik dari segi berpakaian
mahupun sahsiah guru haruslah sentiasa positif bagi memberi kesan yang dapat mewujudkan individu yang
mengamalkan nilai – nilai murni yang baik seperti yang menjadi misi Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan
generasi yang seimbang dari keseluruhan aspek termasuk sosialnya.
Oleh itu,bagi menangani permasalahan ponteng sekolah dikalangan guru ini, terdapat salah satu penyelesaian
yang dirancangkan oleh pihak pentadbiran pendidikan di negara ini yang dinyatakan didalam artikel yang sama seperti
berikut :
“Dengan itu, juga difikirkan keperluan untuk JPNS mewujudkan satu lagi program iaitu Program AKUN yang bakal
dilaksanakan pada tahun 2012-2016. Ia bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus
memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua
peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-
Hadir,” katanya.Menurut Muhiddin lagi, program itu yang bersifat serampang empat mata akan menekankan
pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar
pendidikan”.
Berdasarkan isu ini juga, aspek etika kerja khususnya etika kerja perguruan itu secara terang – terang telah
dilanggar oleh sebilangan pendidik yang ponteng dari melaksanakan tugas mereka di sekolah tersebut. Jika ditafsirkan
secara umum setiap profesion pekerjaan mempunyai etikanya yang tersendiri. Etika ialah suatu sistem dasar akhlak
dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek – aspek moral yang
baik dan yang buruk, yang betul dan yang salah dan memberi garis panduan kepada ahli bidang profesion berkenaan.
Masyarakat menggunakan etika ini untuk menganalisa, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia yang
menunjukkan moral telah mengikut adat dan kebiasaan yang diamalkan (Syed Zulfida Syed Md. Noor, 1991).
Bagi dalam profesion perguruan pula, setiap seorang individu yang bergelar pendidik dikehendaki bagi
mematuhi etika itu sendiri demi menjada status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Bagi tujuan tersebut
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Ikrar dan Tatasusila Profesion Perguruan untuk dijadikan
sebagai landasan dan garis panduan setiap guru menjaga imej bidang profesion ini. Perkara ini amat penting supaya
imej perguruan ini dapat dijaga di samping dapat meningkatkan mutu profesion pendidikan.
Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod – kod tingkahlaku yang perlu
dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik khususnya di dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Tatasusila tersebut telah dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab yang utama iaitu tanggungjawab
kepada murid, ibubapa, masyarakat dan negara dan juga rakan sejawat serta profesion itu sendiri (Nazirmudin
Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang & Azlita Yonus@Ahmad, 2005). Maka jika dilihat fenomena isu ponteng
sekolah di kalangan guru, maka dapat disimpulkan bahawa secara terang – terangkan mereka telah melanggar etika
kerja di dalam bidang perguruan secara langsung.
Seorang guru yang ponteng dilihat sebagai seorang guru yang tidak mempunyai sifat dan kualiti baik dari segi
dalaman mahupun luaran yang perlu bagi seseorang pendidik untuk dipandang tinggi serta dihormati oleh masyarakat.
Etika kerja yang telah dilanggar menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mempunyai sifat dan kualiti seperti
bertanggungjawab dan berkepimpinan. Sifat dan kualiti bertanggungjawab dapat memberi panduan kepada seseorang
guru tersebut agar sentiasa mementingkan tugasnya yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan dengan sempurna,
namun dalam situasi ponteng kerja di sekolah ini, guru yang melakukannya seolah – olah dilihat tidak mengendahkan
sifat dan kualiti yang perlu ada pada diri mereka selaku pendidik ini.
Sementara itu, untuk sifat dan kualiti kepimpinan pula, seseorang guru tersebut haruslah mewarisi sifat
kepimpinan supaya muridnya dapat mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru tersebut. Dengan kualiti kepimpinan
ini guru bukan sahaja dapat melicinkan aktiviti pembelajaran malah dapat mengubah dan mempengaruhi tingkah laku
murid – muridnya. Namun, jika individu yang harus menggalas tonggak kepimpinan ini sendiri tidak hadir ke sekolah,
maka segala implikasi negatif baik dari segi murid malah kepada pihak sekolah itu sendiri. Oleh yang demikian jika
dirujuk kepada artikel di Borneo Post Online, harapan pihak pentadbir pendidikan mengharapkan agar melalui sistem
baru yang diperkenalkan bukan sahaja gejala isu permasalahan guru ini dapat diatasi malah ianya juga dapat
melonjakkan mutu institusi pendidikan di negara ini :
”Dengan tema ‘Transformasi Sikap Ke Arah Integriti’, katanya, program itu menyediakan ruang bagi kakitangan
Jabatan Pelajaran untuk mentransformasikan sikap ke arah lebih bertanggungjawab, komited dan
berintegriti.“Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD
memberi khidmat serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif,” jelas Muhiddin dan
mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kopetensi
dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap orang akan dipantau, seterusnya mampu menangani isu
ketidakhadiran guru di sekolah”.
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, fenomena isu permasalah guru ponteng sekolah ini merupakan isu yang harus dipandang
serius oleh semua pihak. Tidak dinafikan profesion perguruan menuntut guru – guru bukan sahaja terlibat dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah semata – mata, tetapi seorang guru yang
beretika seharusnya sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negaranya. Hal ini kerana guru merupakan ikon
kepada agen ”role model” bukan sahaja kepada muridnya tetapi kepada seluruh masyarakat.
Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha
membentuk generasi negara masa depan yang mampun menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam,
semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup
berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti,
sifat mahupun akaunbiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ianya terus dipandang megah oleh masyarakat dan
dapat mendukung hasrat negara bagi menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.
Bibliografi
Buku Ilmiah :
Arbak Othman (1998), Kamus Pelajar Baru, Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat (2000), Etika Untuk Mahasiswa, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd
Kamarudin Hj, Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004), Pedagogi Asas
Pendidikan, Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise
Nazirmudin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang & Azlita Yonus@Ahmad
(2005), Penghantar Etika Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Pustaka Salam
Laman Sesawang :
http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/ yang telah diakses pada 11 Ogos
2012
Oleh : MOHAMMAD SHAFIQ BIN BASERI