Guru Sebagai Pembentuk Insan Artikel

2
Guru Sebagai Pembentuk Insan Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, Perdana Menteri Malaysia kelima telah membangkitkan mengenai Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia KE 9 (RMK 9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada generasi pelapis, sudah tentu mereka ini adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah pada masa sekarang. Merekalah yang bakal menerajui negara dalam segenap lapangan. Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu. Dalam penulisan ini saya tertarik untuk membincangkan peranan guru secara langsung dalam membentuk generasi pewaris tampuk kepimpinan negara ini berteraskan konsep modal insan yang digagaskan oleh kerajaan. Seperti mana yang kita telah maklum, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam menyediakan dan mempersiapkan generasi pelapis ini dalam era revolusi informasi abad ke 21. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pembentukan “knowledge worker” dalam era kepesatan teknologi ini sangat luas sehingga tak terdaya untuk dikawal oleh guru-guru, walaupun dalam sekolah. Jika kita lihat fenomena yang berlaku dalam masyarakat Malaysia kini, guru-guru sering dipersalahkan jika anak-anak tidak mencapai kecemerlangan. Ini bermaksud masyarakat telah memandang rendah terhadap profesionalisme perguruan di Malaysia sekarang, berbanding pada zaman dahulu. Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutamanya apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara-bangsa dan global. Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam rangka melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akademik terutamanya aspek pembangunan fizikal di sekolah. Pihak pentadbiran menuntut bangunan yang selesa, komputer yang cukup, makmal komputer yang lengkap, makmal Sains yang banyak sudah cukup untuk membuktikan komitmen pihak sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang di bidang pelajaran. Tetapi, pada masa yang sama mereka mengabaikan mengenai aspek pembentukan

description

Artikel

Transcript of Guru Sebagai Pembentuk Insan Artikel

Page 1: Guru Sebagai Pembentuk Insan Artikel

Guru Sebagai Pembentuk Insan

Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai

kecemerlangan negara yang berterusan, Perdana Menteri Malaysia kelima telah

membangkitkan mengenai Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia

KE 9 (RMK 9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang

berkualiti dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam

menghadapi Wawasan 2020.

Apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada generasi pelapis, sudah tentu

mereka ini adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah pada masa

sekarang. Merekalah yang bakal menerajui negara dalam segenap lapangan. Merekalah

yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya

merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping

menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu.

Dalam penulisan ini saya tertarik untuk membincangkan peranan guru secara

langsung dalam membentuk generasi pewaris tampuk kepimpinan negara ini berteraskan

konsep modal insan yang digagaskan oleh kerajaan. Seperti mana yang kita telah maklum,

adalah menjadi tanggungjawab guru dalam menyediakan dan mempersiapkan generasi

pelapis ini dalam era revolusi informasi abad ke 21. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

guru dalam pembentukan “knowledge worker” dalam era kepesatan teknologi ini sangat

luas sehingga tak terdaya untuk dikawal oleh guru-guru, walaupun dalam sekolah.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku dalam masyarakat Malaysia kini, guru-guru

sering dipersalahkan jika anak-anak tidak mencapai kecemerlangan. Ini bermaksud

masyarakat telah memandang rendah terhadap profesionalisme perguruan di Malaysia

sekarang, berbanding pada zaman dahulu. Orang ramai semakin kerap mempersoalkan

kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan

sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutamanya apabila mendapati kelakuan murid lepasan

sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada

sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir,

kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku,

keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara-bangsa dan global.

Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam rangka

melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akademik terutamanya aspek pembangunan

Page 2: Guru Sebagai Pembentuk Insan Artikel

fizikal di sekolah. Pihak pentadbiran menuntut bangunan yang selesa, komputer yang

cukup, makmal komputer yang lengkap, makmal Sains yang banyak sudah cukup untuk

membuktikan komitmen pihak sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang di bidang

pelajaran. Tetapi, pada masa yang sama mereka mengabaikan mengenai aspek

pembentukan akhlak pelajar di sekolah menyebabkan selepas sekolah bukan Universiti yang

dijejaki oleh para peljar ini, tetapi Penjara dan Pusat Serenti yang menanti.

Walaupun dalam usaha melahirkan sebuah negara yang maju, kebanyakan perbincangan

lebih dominan memperdebatkan hal-hal fizikal, namun aspek pembentukan akhlak amat

perlu dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat persekolahan. Mengambil contoh

fenomena terkini yang berlaku dalam sistem pendidikan sebuah negara maju iaitu Amerika

Syarikat menunjukkan bilangan murid-murid yang belajar di rumah “homeschooling”

semakin meningkat dari setahun ke setahun sebagai manifestasi ketidakpercayaan ibubapa

dan orang awam terhadap kualiti dan prestasi pendidikan yang ditunjukkan oleh sekolah-

sekolah awam. Perkara ini berpunca akibat kebimbangan ibubapa terhadap sistem

persekolahan yang boleh menjejaskan aspek fizikal, mental dan spritual anak-anak mereka.

Tidakkah anda semua terfikir bahawa Malaysia juga akan mengalami kedaaan yang sama

apabila mencapai taraf negara maju nanti?

Oleh itu, guru seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam

menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri guru tersebut. Menjadi

seorang guru yang cemerlang bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi

yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan

peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan

spiritualnya seta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan

diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi bakal peneraju kemajuan negara

suatu hari nanti.