Hadis dan Sunnah

27
“AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU DUA PERKARA DI MANA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAGI KAMU BERPEGANG TEGUH DENGAN KEDUANYA IAITU KITAB ALLAH DAN SUNNAHKU.” -THE BEST OF MANKIND PROPHET MUHAMMAD-

description

Hadis dan Sunnah Oleh: Atheerah Bt. Azman

Transcript of Hadis dan Sunnah

Page 1: Hadis dan Sunnah

“AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU DUA PERKARA DI MANA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAGI

KAMU BERPEGANG TEGUH DENGAN KEDUANYA IAITU KITAB ALLAH

DAN SUNNAHKU.”-THE BEST OF MANKIND PROPHET MUHAMMAD-

Page 2: Hadis dan Sunnah

HADIS DAN SUNNAH

DALAM ISLAM

Page 3: Hadis dan Sunnah

APA ITU SUNNAH?

“Barangsiapa mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan

barangsiapa yang cinta kepadaku, maka dia akan masuk syurga

bersamaku.”

Page 4: Hadis dan Sunnah

PENGERTIAN SUNNAH :

Cara atau kebiasaan Rasulullah, berkaitan cara hidup, perilaku baginda. Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan,ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.

Page 5: Hadis dan Sunnah

APA ITU HADIS?

Page 6: Hadis dan Sunnah

PENGERTIAN HADIS:

• Perkara yang berkisar dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. dan apa yang disandarkan kepada Rasulullah dari segi perbuatan, pengakuan, sifat, akhlak, dan sifat kejadiannya.

Page 7: Hadis dan Sunnah

Jenis-jenis sunnah

• Terdapat 4 jenis Sunnah• Hadis perkataan( qauliyyah ) : iaitu hadis yang

lahir dari perkataan dan pertuturan Nabi s.a.w.• Hadis perbuatan( fi’liyyah ) : iaitu hadis yang

terbit dari perbuatan Nabi s.a.w.• Hadis pengakuan( taqririyyah ) : iaitu pengakuan

Nabi samada secara jelas ataupun diam.• Hadis sifat( sifat ) : iaitu hadis yang lahir daripada

sifat Nabi samada sifat akhlak atau sifat kejadian.

Page 8: Hadis dan Sunnah

Kedudukan hadis dalam Islam

• Hadis merupakan sumber rujukan kedua selepas al-Quran dalam Islam.

Page 9: Hadis dan Sunnah

• ...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). [59:7]

• “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)

Page 10: Hadis dan Sunnah

Fungsi utama hadis & sunnah

• Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran.

Contoh : Kewajipan menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji.

• Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum.

Contoh : Bilangan rakaat dalam solat, cara menunaikan haji, cara menunaikan zakat dan kaedah jual-beli.

Page 11: Hadis dan Sunnah

• Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al-Quran.

Contoh: makan daging dhab (biawak padang pasir), arnab, dan anak kambing dalam perut ibunya.

• Memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, makruh atau haram.

• Menjelaskan hukuman dan undang-undang dalam al-Quran seperti hukuman terhadap penzina.

Page 12: Hadis dan Sunnah

JENIS-JENIS HADIS

• HADIS MUTAWATTIR- diriwayatkan oleh beberapa orang

perawi yang saling menyampaikan hadis dan yakin hadis itu tidak didustakan kerana bilangan mereka yang ramai.

Contoh : "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).

Page 13: Hadis dan Sunnah

HADIS SAHIH• Hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi

yang adil & dhabit iaitu tepat dan kuat ingatan. Sanadnya perlu bersambung dari awal sampai akhir.

• Beberapa ciri yang perlu dipenuhi oleh perawi hadis Sahih iaitu :

- Adil- Dhabit dan penjagaannya baik.- Hadis diterima daripada perawi-perawi yang

sama sifatnya.- Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.- Tidak terdapat kejanggalan.

Page 14: Hadis dan Sunnah

Contoh Hadis Sahih :

Dari Jabir r.a katanya :Rasulullah s.a.w. bersabda :"Apabila salah seorang daripada kamu telah menunaikan solat (fardhu) dalam masjidmaka sebaik-baik pula ditunaikan solat dirumahnya,kerana dengan solat (sunat) itu Allah akan memberikankebahagian dalam rumah tangganyaHadis sahih riwayat Muslim

Page 15: Hadis dan Sunnah

Hadis Hassan

• Perlu bersambung sanad dari mula hingga akhir tapi ciri-ciri perawi kecualikan kuat ingatan.

• Contoh : - Ishak bin Ibrahim dari Itab bin Basir dari

Ubaidillah bin Abu Ziyad dari Abu Zubair,dari Jabir Nabi Muhammad S.A.W.

(Ubaidillah bin Abu Ziyad dikecualikan daripada orang yang kuat ingatan).

Page 16: Hadis dan Sunnah

Hadis Dha’if• Tidak diketahui periwayatnya atau periwayat tidak

bersifat seperti hadis Sahih dan Hassan ; tidak bersambung sanad atau kecacatan pada perawi hadis.

Hadis Maudhuk • Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan

mendustakannya dari Nabi Muhammad S.A.W. (hadis palsu)

Hadis Ahad• Diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi

sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni para sahabat.

Page 17: Hadis dan Sunnah

Hadis Ahad• Diriwayatkan oleh seorang atau dua orang

perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni para sahabat.

• Contoh :“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu

dengan sekaligus, akan tetapi Allah mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama.” (Riwayat Bukhari)

Page 18: Hadis dan Sunnah

Larangan menulis hadis pada zaman Rasulullah S.A.W.

• “Janganlah kamu menulis sesuatu yang kamu terima daripada aku selain Al-Qur’an. Barangsiapa yang menulis apa yang diterimanya dari aku selain Al-Qur’an hendaklah memadamkannya tetapi tidak mengapa kamu cukup menyampaikan apa yang kamu dengar dari aku (tanpa menulisnya) dan barangsiapa yang sengaja berdusta ke atas aku maka hendaklah bersedia dengan tempat duduknya di neraka.” (hadith sahih riwayat Muslim).

Page 19: Hadis dan Sunnah

Sebab :

• Bimbang ada percampuran antara al-Quran dan hadis.

• Tidak ramai para sahabat yang tahu membaca dan menulis.

Page 20: Hadis dan Sunnah

Sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian

Page 21: Hadis dan Sunnah

BANGUN PAGI• Mengusap bekas tidur dari muka :

“Rasulullah S.A.W. bangun dari tidur, lalu baginda duduk seraya mengusap bekas tidurnya dari wajahnya dengan kedua tangannya.” – HR Muslim.

• Beristintsar ( menghirup air ke dalam hidung dan mengeluarkannya kembali ) : “ Apabila diantara kalian bangun dari tidurnya,hendaknya ia beristintsar 3 kali, kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya”.

(Muttafaq’alaih)

Page 22: Hadis dan Sunnah

MAKAN• Duduk dengan posisi kaki lutut kanan dinaikkan kerana ia

mampu menjaga keseimbangan ruang dalam perut. • Makan guna tangan kanan.• Menjilat jari• Makan dalam satu dulang secara berjemaah (iftar). Ia

dapat mengelakkan pembaziran dan menguatkan ikatan silaturrahim terutamanya sahabat dan suami isteri.

• Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.• Nabi bersabda kepada Aisyah r.a. " Seringlah mengetuk

pintu syurga,niscaya akan dibukakan untukmu,Aisyah bertanya ' bagaimana caranya kami membiasakan mengetuknya?nabi saw bersabda ' Dengan lapar dan dahaga “.

• “Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka, mereka itulah paling jeleknya ummatku.”

Page 23: Hadis dan Sunnah

TIDUR• Dari Aisyah R.A. : “Setiap kali Rasulullah S.A.W. ingin tidur, baginda akan

membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas dan menghembus ke tapak tangan lalu menyapukan ke seluruh muka dan bahagian badan yang mampu dicapai. Dan apabila baginda jatuh sakit, baginda akan menyuruhku melakukannya untuk baginda.”

• Tidur di awal malam dan bangun di penghujung malam untuk solat tahjud. Allah juga berfirman “Sungguh, bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.” (al-Muzammil : 6)

• Berwudhuk sebelum tidur dan mengiring di atas rusuk kanan, menghadap kiblat.

• Mengibaskan alas tidur tiga kali.• Makruh tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur penghuni neraka.• Menutup pintu, jendela, matikan api dan lampu sebelum tidur.• Apabila bermimpi buruk, ludah 3 kali ke sebelah kiri lalu ubah posisi tidur

dan tidak menceritakan mimpi kepada sesiapa.• Kalau menguap kerana mengantuk, tutuplah mulut dan tahan sekuatnya,

kerana syaitan akan mentertawakan kita.

Page 24: Hadis dan Sunnah

• Bercakap hanya benda yang perlu dan berfaedah. -"Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta

dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Page 25: Hadis dan Sunnah
Page 26: Hadis dan Sunnah

SESI SOAL JAWAB