Haiwan Yang Hampir Pupus Di Malaysia

download Haiwan Yang Hampir Pupus Di Malaysia

of 41

  • date post

    11-Feb-2016
  • Category

    Documents

  • view

    125
  • download

    1

Embed Size (px)

description

science

Transcript of Haiwan Yang Hampir Pupus Di Malaysia

HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS DI MALAYSIA

Haiwan Yang Telah Pupus

Plectostoma sciaphilum

Plectostoma sciaphilumIa adalah sejenis siput mikro (mikrosnail)Di Bukit Panching, Kuantan ( Gua Batu Kapur di Pahang)Pertama sekali ditemui pada 1952Sangat unik, mempunyai kulit yang tidak sekata (bergelung) dan dihiasi.

Sebab KepupusanSebuah syarikat simen memusnahkan keseluruhan bukit dan semua moluska yang tinggal di situ.

Disahkan pupus oleh Red List of Threatened Species released by the International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Haiwan Yang Hampir Pupus

HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS DI MALAYSIA PENYULATAR BELAKANG PENYU

JENIS-JENIS PENYU

Penyu Belimbing / Leatherback Turtle Nama Saintifik :Chelonia mydas

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di dunia. Penyu yang tidak bertempurung keras Panjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Makanan utamanya ialah obor-obor Ianya menghasilkan telur antara 60 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Tempat pembiakan di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur.

Penyu Agar /Green Turtle Nama saintifik : Dermochelys coriace

Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 Berat badannya di antara 135 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April September dan menghasilkan 100 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Penyu Karah / Penyu Sisik /Hawksbill Turtle Nama Saintifik :Lepidochelys olivecia

Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 90 sm Berat badannya di antara 35 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. csddc

Penyu Lipas /Olive Ridley Turtle Nama Saintifik :Lepidochelys olivecia

Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Penyu Bantu Pulihara Ekosistem LautOleh Intan Norasyikin Mohd Ariffin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) Sebanyak tiga daripada tujuh spesies penyu di dunia, termasuk yang terbesar, penyu Belimbing (Dermochelys coreacea) mendarat di pesisir pantai timur negara.

Penyu belimbing yang hampir pupus

Dua lagi ialah penyu Agar (Chelonia mydas)dan penyu Karah (Eretmochelys imbricata). Umum tahu bahawa populasi penyu kini diancam kepupusan terutama penyu Belimbing akibat faktor semula jadi dan ancaman manusia, namun masih ramai tidak faham kenapa ada pihak yang beria-ia mahu memelihara spesies ini daripada pupus.

Ketua Pasukan Projek Konservasi penyu Karah di Melaka Lau Min Min berkata penyu juga seperti haiwan lain memainkan peranan penting dalam memulihara keseimbangan ekologi secara langsung di lautan.

Penyu Belimbing yang semakin pupus

PENUNJUK RANTAIAN EKOSISTEM LAUTRantaian ekosistem bermaksud rangkaian yang saling mengikat antara satu sama lain, dan jika satu daripadanya hilang maka ia akan memusnahkan hidupan laut yang lain jugaTUMBUHAN YANG HAMPIR PUPUS DI MALAYSIA

POKOK CENGAL

Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain Tergolong dalam keluarga Dipterocarpacease iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, sertajambatantanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangananai-anai.Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai digunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun. Pokok cengal itu setinggi 16.5m dengan ukur lilit 16.75 meter membolehkan 13 memeluk batangnya yang besar. Pokok Cengal itu dijumpai di pada tahun 1999 oleh pekarja Jabatan Hutan, Omar Mohamad.Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafanThe Malaysia Book of Recordssebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

Terima Kasih