HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf ·...

7
HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: Definisi Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut : • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; • penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan • karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia. Tujuan utama: Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya. Terbahagi kepada 2 kategori utama: 1. Hak ekonomi 2. Hak moral Hak Ekonomi Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material. Tujuan : Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan. Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta hasil daripd jualan ciptaannya.

Transcript of HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf ·...

Page 1: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN:

Definisi

Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa

tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan

hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat

berikut :

• usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;

• karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;

• penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan

• karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Tujuan utama:

Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya.

Terbahagi kepada 2 kategori utama:

1. Hak ekonomi

2. Hak moral

Hak Ekonomi

Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material.

Tujuan :

Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan.

Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta

hasil daripd jualan ciptaannya.

Page 2: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

Hak Moral

Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang pencipta.

Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak moral yang tinggi

dan memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta.

Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari mengalami apa-apa

perubahan tanpa persetujuan pencipta.

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :

1. karya sastera ;

2. karya muzik ;

3. karya seni ;

4. filem ;

5. rakaman bunyi ;

6. siaran; dan

7. karya terbitan

Karya Sastera

Karya sastera terdiri daripada:

novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;

lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan

pantomin;

treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;

ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;

surat, laporan dan memorandum;

syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;

jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka

dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan

program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak

termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat

perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.

Page 3: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

Karya Muzik

Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.

Karya Seni

Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa

karya tiga dimensinya;

Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung

dengan geografi, topografi, senireka atau sains;

Karya seniukir;

Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;

Fotografi yang tidak terkandung dalam filem;

Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan

barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.

Filem

Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa

perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu

dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:

ditunjukkan sebagai gambar bergerak atau

dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya

dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan

termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan

dengan suatu filem.

Rakaman Bunyi

Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan

apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.

Siaran

Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk

penerimaan orang awam.

Page 4: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

Karya-karya lain yang mendapat hakcipta

Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah seksyen 7(1) Akta Hakcipta

1987 terdapat karya-karya lain yang juga diberikan perlindungan hakcipta. Karya-

karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut:

(a) Karya Terbitan : "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal;

i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak bagi

hakcipta; dan

ii) koleksi karya-karya yang layak bagi hakcipta yang oleh sebab pemilihan dan susunan

kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek.

b) Harta Intelek dalam Edisi Karya Diterbitkan : Harta Intelek dalam edisi karya yang

diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku dan penerbit-

penerbit lain. Setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni

atau muzik sama ada dalam hal:

i) Penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau

ii) Penerbit edisi itu adalah orang berkelayakkan pada penerbitan pertama itu.

Undang-Undang Hak Cipta

Undang-undang ini menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka

yang mencipta idea atau pengetahuan.

Memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya

intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan

mereka,untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan

ciptaan mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;

Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang

Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses

penemuan

Page 5: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang

digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti

produk dan perkhidmatan mereka.

Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui

umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

Antara bahan-bahan yg dikawal di bawah undang-undang hakcipta:

-Bahan bercetak seperti novel,puisi,aritikel dan sebagainya.

-Muzik atau kesan audio

-Pantomin

-Gambar dan Grafik

-Audio Visual

-Rakaman suara

Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting :

Simbol © atau perkataan “Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”

Tahun pertama penerbitan

Nama pemilik hakcipta tersebut

Langkah Keselamatan:

Jangan membuka e-mel yang diragu.

Jangan terlalu mudah memberikan maklumat seperti pengenalan diri, no kad kredit,

no telefon dan sebagainya kepada pihak-pihak yang tidak dikenali tanpa

pengetahuan orang dewasa

Page 6: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

Menggunakan kata laluan/perisian tertentu bagi menghalang pelajar/anak daripada

laman-laman yang tidak sesuai

Tips Menjaga Keselamatan Data:

a. Jenis penyalahgunaan data;

i. Mencuri data

ii. Memanupulasi data

iii. Mengintip

b. Keselamatan Data

i. Membentuk kata laluan

ii. Mengakses mengikut tingkat keperluan

iii. Prosedur

iv. Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan selamat.

c. Membuat salinan data;

- simpan data dalam storan sekunder yang lain

- gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan

- pilih peranti storan yang baik; Contoh CD - Rom

- simpan di sever.

Page 7: HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH …cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/5.pdf · HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN: ... direkod atau dijadikan dalam bentuk

JENIS-JENIS MEDIA:

Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem)

Media Kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)

Orang (guru, pelajar & orang ramai)

Media pameran: yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar

(Model, boneka, diorama)

Media cetak (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)

Media grafik (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll)

Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)

Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)

PENGAJARAN TERANCANG:

Kelebihan

Kemahuan sendiri (self pacing)

Latihan dan maklum balas ( Practice & feedback)

Boleh dipercayai (reliable)

Berkesan dan efektif

Kelemahan

Memerlukan usaha mereka bentuk pengajaran.

Boleh membosankan.

Kekurangan hubungan sosial