Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang...

15
Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Transcript of Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang...

Page 1: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Page 2: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Mari Kita Hargai Hasil Kerja Orang Lain

Dilarang mengedarkan atau menjual semula ebook ini tanpa kebenaran bertulis daripada pihak NuhaBaby Enterprise.

Jika berlaku perkara demikian, tindakan undang-undang akan diambil di bawah

Akta hakcipta 1987.

Apabila anda membayar untuk download ebook ini, anda memberi sokongan kepada kami untuk terus menerus berkongsi tips percuma di Facebook, blog, group

dan sebagainya.

Terima kasih

- Aisyah Samat, Founder NuhaBaby

Antara Masalah Ibu Berpuasa

Antara masalah dan kerisauan ibu menyusu yang berpuasa ialah risau susu kurang, badan mudah letih, kurang air, dahaga melampau, rasa lapar yang boleh

membuatkan ibu menggigil kelaparan sehingga akhirnya ibu tidak mampu meneruskan berpuasa.

Dari segi agama, sememangnya ibu menyusu punya kelonggaran untuk berbuka.

Namun, ibu juga perlu ilmu pemakanan yang betul dan teknik untuk kekal bertenaga.

Jadi, disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal

bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan atau ketika berpuasa ganti.

Okay mari kita lihat satu-persatu tipsnya.

Page 3: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

TIP # 1 NIAT

Perkara yang paling penting adalah niat, niat bermula dari hati yang paling dalam iaitu ikhlas. Pasang niat sebelum Ramadhan lagi, yang kita nak berpuasa dan dalam

masa yang sama kita juga nak menyusukan anak kita.

Yakin 100% rezeki itu dari Allah. Kita perlu tanam rasa yakin yang kita akan diberikan rezeki atas niat baik kita nak berpuasa penuh dan pada masa sama

menyusu.

Perbetulkan niat kita, rezeki susu dari Allah. Bukan dari orang lain atau makanan milk booster contohnya. Milk booster adalah salah satu usaha kita, tetapi rezeki

susu tetap dari Allah.

TIP # 2 MINDSET POSITIF

Dari niat, membentuk mindset. Bila niat kita positif, InsyaAllah minda juga positif dan yakin kita boleh. Kalau mindset kita negatif seperti letih, tak larat maka

kerisauan itu akan menarik diri kita menjadi seperti apa yang kita fikir.

Bak kata Dr Azizan Osman, Jurulatih Kejayaan Asia. “ Apa Yang Kita Fikir, Rasa, Cakap dan Tulis itu adalah Doa dan Menentukan Apa

Yang Kita Dapat “.

Ini menunjukkan, kita perlu ubah mindset daripada rasa risau kepada rasa teruja untuk berpuasa. Bila kita teruja, kita akan lebih positif dan ini membuatkan hormon

juga akan aktif dan membantu banyakkan susu kita nanti.

Page 4: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

TIP # 3 DOA

Sentiasa perbanyakkan doa agar kita dimudahkan untuk berpuasa dan menyusukan anak. Doa agar kita mampu untuk menjadi hamba ALLAH yang baik, ibu yang dapat

menyusukan anak walaupun berpuasa, isteri yang baik, susu yang cukup dan sebagainya.

Perhatikan waktu ketika doa makbul dan perbanyakkan doa ketika itu. Kuasa doa

memang hebat sebenarnya jika kita menghayati doa yang kita baca.

TIP # 4 SAHUR

Pastikan bangun sahur ya. Jangan sesekali skip sahur. Seeloknya lewatkan waktu bersahur. Ini kerana, kita kena pastikan badan kita cukup air dan nutrisi untuk

susukan anak dan pam susu di siang hari.

Sambil-sambil kita sediakan sahur tu, boleh terus makan dan minum. Tak perlu tunggu semua terhidang, baru nak makan ya. Sekurangnya, sambil masak sahur tu,

kita boleh minum susu, air masak atau makan kurma.

Dari pengalaman saya dan ibu lain, menu bersahur banyakkan makanan berasaskan bijirin gandum, protein dan soya seperti tauhu dan tempe.

Contoh menu lauk yang tinggi protein ialah : Tempe, tauhu, kacang panjang, kentang

(digoreng dahulu dan angkat). Kemudian, tumiskan bawang merah, bawang putih, udang dan masukkan bahan gorengan tadi. Taburkan cili kering yang dihiris nipis

untuk rasa yang lebih pedas dan sedap. Makan bersama nasi panas.

Page 5: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Oat, kurma dan susu juga amat membantu. Boleh ambil menu susu bersama oat dan kurma.

Kemudian, tutup sahur dengan segelas kecil air suam. Amalan saya selalunya,

membaca Bismillah 7x dan Selawat 3x sebelum minum dan niatkan supaya Allah beri tenaga ketika puasa.

TIP # 5 BERBUKA

Pertama sekali, segerakan masa berbuka. Seeloknya, buka puasa dengan air suam dan kurma. Seeloknya selepas berbuka, makanlah kurma 5 biji dan keatas, terpulang

sama ada mahu makan bergilir atau masa yang sama.

Ini kerana, kurma mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Bila kita makan banyak kurma, ia membantu kita untuk menghasilkan susu yang banyak dan cukup.

Selepas itu, makanlah makanan berbuka yang sihat dan seimbang. Ramai ibu akan

risau susu “drop” ketika berpuasa. Sebenarnya konsep ini perlu diperbetulkan.

Susu banyak atau sedikit itu nombor dua, yang penting ialah pastikan susu yang terhasil ialah susu yang berkualiti

TIP # 6 FOKUS HASILKAN SUSU YANG BERKUALITI

Apabila susu kita berkualiti, tentunya susu juga akan banyak dari segi kuantiti, maknanya cukup untuk bayi kita.

Page 6: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Bagaimana cara untuk pastikan susu yang terhasil berkualiti?

Daripada pemakanan kita, jadi pastikan kita jaga makan, makan makanan yang sihat dan seimbang. Kawal nafsu makan semasa berbuka. Jangan berlebihan. Boleh buat

jadual menu makan kalau rasa teringin nak makan semua makanan.

Kurangkan pengambilan minyak, garam dan gula.

Perlu diingat, makan banyak belum tentu boleh banyakkan susu. Yang penting, makan makanan sihat untuk menjamin kualiti susu.

Jika kita tidak jaga makan, zat-zat tertentu dalam susu akan berkurangan jadi ia

mempengaruhi pembesaran bayi. Jadi, makan makanan yang baik.

Elakkan makanan proses dan fast food.

Jadi, makanlah yang baik-baik waktu masa berbuka dan bersahur. Bila kita mula jaga makan dan minum, InsyaAllah susu akan kekal kualiti dan kuantitinya.

TIP # 7 PERSEDIAAN DI ANTARA WAKTU BERBUKA HINGGA SAHUR

Di antara waktu berbuka dan sahur, kita perlulah makan dan minum yang secukupnya.

Kita perlu pulihkan balik badan kita, dipanggil “replenish yourself”. Maknanya

banyakkan minum air dan makan.

Amalkan kudapan sihat seperti kurma, buah tin, kacang badam, kacang hazel, pistachio dan yang sepertinya.

Elakkan kudapan daripada makanan proses dan yang mengandungi MSG.

Minum air suam setiap setengah jam, lakukannya selepas berbuka hingga sampai

waktu tidur. Air suam boleh mempercepatkan proses penyerapan zat makanan yang kita makan semasa berbuka. Jadi, sesi pagi nanti kita boleh dapat hasil pam yang

banyak.

ELAKKAN AIS !

Page 7: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Minum banyak ais akan membuatkan hasil susu anda berkurangan walaupun anda mengikut diet pemakanan yang saya sarankan. Ais akan mengelakkan dan

melambatkan zat makanan diserap sepenuhnya dalam badan kita

Kalau anda ada masalah untuk minum air kosong kerana tiada rasa, boleh digantikan air yang berperisa dan sihat tetapi tidak terlalu manis seperti air pati jus

buah-buahan, air longan, air delima, air madu atau susu vanilla atau coklat yang anda suka. Yang pasti kurang manis.

Elakkan minuman yang berkafein dan bergas, kerana ia boleh kurangkan susu

badan.

Salah satu cara untuk pastikan badan kita cukup air atau tidak ialah, pantau air kecil kita. Kalau air kecil terlalu kuning dan berbau, ia tanda badan kita kekurangan air.

Seeloknya air kecil biarlah jernih, tanda badan kita cukup air.

Ambil makanan ringan sebelum tidur.

TIP # 8 VITAMIN

Pastikan kita cukup nutrisi dan vitamin dalam badan dengan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Jus buah juga seeloknya yang original dan tidak

ditambah gula.

Sayuran pula banyakkan ulam-ulaman. Digalakkan untuk kita dapatkan sumber vitamin daripada yang asli dan semulajadi.

Ini kerana, pil supplement kebanyakannya adalah sintetik (tiruan) serta ianya

adalah untuk orang yang kurang sihat, yang tidak mampu dapatkan vitamin dari sumber semulajadi.

Jika badan kita sihat, seeloknya dapatkan sumber vitamin dari makanan semulajadi kerana badan kita adalah organik dan natural, badan kita lebih senang memproses

makanan yang semulajadi berbanding sumber sintetik (tiruan).

Jadi, cari sumber yang segar ye.

Page 8: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

TIP # 9 JADUAL PAM SUSU

Teruskan pam susu seperti biasa bagi ibu yang bekerja, walaupun hasil pam yang kita dapat tak sama banyak macam hari biasa.

Fleksibelkan masa pam. Maksudnya, tak kisah anda nak pam sekejap-sekejap ke

atau lama, itu terpulang. Tak perlu kisah juga hasil pam untuk 1 sesi tak dapat banyak tapi pam seberapa banyak sekalipun sehari.

Juga, anda boleh pam tak kira waktu tapi pastikan bilangan sesi pam mesti sama dan

tak kurang daripada biasa. Bila kurang pam, susu akan berkurang.

Yang penting, pada penhujung hari anda dapat kumpul total amaun yang bayi perlukan untuk 1 hari esoknya pada pengasuh.

FOKUS : HASIL PAM HARI INI CUKUP UNTUK ESOK

Kalau kita “skip” pam, signal akan dihantar ke otak yang susu tak diperlukan lagi.

Jadi, lama-lama susu akan “drop”.

Jadi, perlu disiplin mengepam seperti biasa dan kerapkan lagi jika boleh.

Pastikan selepas mengepam setiap kali sesi, payudara benar-benar dikosongkan.

Page 9: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

TIP # 10 LATIHAN PUASA

Bila kita berpuasa, aliran susu akan mula perlahan. Susu tidak kurang tetapi aliran susu sahaja yang perlahan kerana cecair dalam badan kita perlu fokus pada banyak

organ lain seperti buah pinggang, contohnya.

Jadi, air di kelenjar susu akan berkurangan, sebab itu aliran susu juga perlahan. Hal ini akan buat sesetengah bayi meragam sebab biasanya susu laju, tiba-tiba “slow”.

Hehe. Jadi, apa yang boleh kita buat ialah beberapa hari sebelum bulan puasa ni kita

mulakan dengan puasa sunat dahulu.

Tujuannya supaya badan kita boleh biasakan diri dan bayi pun dapat biasa dengan aliran susu yang agak “slow” ini. Waktu kita puasa sunat, bolehlah kita borak-borak

dengan bayi kata, “ibu puasa ni jadi susu slow sikit” dan minta bayi kita bersabar juga.

InsyaAllah bila masuk bulan Ramadhan, bayi mula faham.

TIP # 11 BANTUAN

Akhir sekali, minta bantuan suami untuk buat kerja rumah bersama terutama ibu

bekerja. Bersama keluar mencari rezeki dan bersama juga uruskan rumah.

Boleh minta suami buat kerja yang dia mampu supaya kita juga cukup rehat dan boleh menyusukan bayi.

Page 10: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

TIPS TERAKHIR

Akhir kata, semoga kita sama-sama dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa pada kali ini, yang baik hanya dari Allah dan yang tidak baik daripada kelemahan

kami sendiri.

Salam Ramadhan.

Semoga kita berjumpa lagi dalam ebook yang seterusnya.

Energy Booster Ketika Berpuasa (Ibu Mengandung dan Menyusu)

Saya suka untuk kongsikan, antara minuman kegemaran saya ketika berpuasa ialah Gochoc dan Gomilk, ianya ialah minuman susu kambing dengan campuran Madu, Kurma, Habbatus sauda dan Protein Beras.

Apa Sebab Saya Sukakan Minuman Ini?

1. Kerana ianya daripada kilang yang saya yakini iaitu, HR Marketing (Kilang Susu Kambing Higoat) yang mana kilang Muslim, GMP dan Pengeluar Susu Kambing Terbesar iaitu Higoat di Malaysia. Saya sendiri pernah melawat kilangnya melihat pemprosesan produk tersebut. 2. Kerana ia kurang manis dan kurang gula berbanding minuman coklat yang lain di pasaran. Saya sudah merasa pelbagai minuman koko dan inilah satu-satunya minuman coklat yang sangat sedikit dan hampir tiada rasa gula itu. Ianya lebih rasa coklat. MINUMAN COKLAT YANG KURANG GULA adalah penting untuk kesihatan saya sebagai seorang ibu dan isteri, juga penting untuk kesihatan suami dan anak saya. KANDUNGAN SUSU GOCHOC DAN GOMILK

Page 11: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Bagaimana Gochoc Gomilk Boleh Membantu Anda Ketika Berpuasa ?

Kenapa saya kongsikan? Ini kerana Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana

minuman ini telah membantu menyelesaikan masalah ramai ibu yang sering bermasalah letih, susu kurang dan lapar ketika berpuasa supaya bertenaga hingga

waktu berbuka dan susu tak “drop” melalui minuman Gochoc dan Gomilk.

Anda boleh rasai sendiri kegembiraan mereka dengan membaca komen di bawah!

“ Pada akak berbaloi, sebab tahu banyak bahan berkhasiat dicampur dalam satu minuman. Rasanya sedap dalam khasiat-khasiat tu. Ada best part kurang

gula dan chocolate dia rasa real Chocolate “. – Puan Mashitah, ibu menyusu.

“ Akak rasa banyak-banyak susu kambing tepung, Gochoc yang paling sedap, sebab tak berbau dan takde rasa hamis.

Sepanjang bulan puasa haritu, akak memang amalkan bersahur dengan

Gochoc dan tamar, memang Alhamdulillah walaupun menyusu tak rasa letih dan lapar sangat. “ – Faezah Jamil (ibu menyusu)

Page 12: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

“ Saya minum Alhamdulillah, ada la puasa 4 kali ganti puasa, memang rasa berbeza. Dah petang pun still bertenaga lagi tak lapar. Walaupun masih

breastfeed kan. “ – Nurul (ibu menyusu)

“ Setiap kali minum masa sahur. Alhamdulillah. Rasa bertenaga ja walaupun menyusu..” – Noor Baizura (ibu menyusu)

“ Saya baru try minum Gomilk. Semalam minum masa sahur sebab nak cuba berpuasa memandangkan nanti memang InsyaAllah akan puasa penuh tahun

ni.

The best thing is siap bole buat semua kerja rumah without penat, siap boleh tahan sampai waktu berbuka.

Alhamdulillah, dan jumpa solution terbaik untuk energy booster semasa

pregnant kali ni.” – Puan Shahirah (ibu mengandung)

Page 13: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

“ Saya pun minum Gochoc. Sedap, tak manis sangat. Yang penting bertenaga walaupun puasa. Kelmarin pula pi berjalan beli baju raya. Alhamdulillah

maintain cergas “. – Zakiah Rashid (ibu menyusu)

“ Memang rasa bertenaga, sampai malam. Alhamdulillah tak letih untuk beribadah. Memang pastikan ambil segelas gochoc atau gomilk ketika sahur. “

– Nurul Iffah

" TERUS RECHARGED BERTENAGA LEPAS MINUM GOMILK WALAUPUN MENYUSU SERENTAK DUA-DUA ANAK!"

Saya jatuh cinta dengan rasanya, dan yang penting macam dapat instant

energy dengan minum Gomilk" Saya tandem nursing anak2 saya dua orang, dulu memang cepat sangat letih.

Tapi, dengan Gomilk Alhamdulillah. Ok je rasa. Alhamdulillah rasa bertenaga sangat.

Kalau tengah malam rasa lapar, saya bancuh gomilk segelas. Terus recharged semula"

- Afinah, Sabah.

Page 14: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Siapa Aisyah Samat?

Puan Siti Aisyah ialah seorang Kaunselor Laktasi (Penyusuan) dan Pembimbing Ibu Menyusu serta berpengalaman lebih kurang 4 tahun dalam bidang penyusuan. Beliau aktif membantu ibu yang bermasalah penyusuan dan berkongsi Ilmu Penyusuan, Kehamilan dan Berpantang secara percuma di blog, facebook dan group. Puan Aisyah juga seorang penulis blog dan ebook berkaitan penyusuan. Setakat ini, beliau telah menyediakan ebook penyusuan secara percuma iaitu Survival Di Awal Penyusuan untuk memberi inspirasi kepada ibu yang pernah gagal menyusu, supaya terus berjuang untuk terus berjaya menyusukan anak.

Boleh klik sini untuk download ebook penyusuan secara percuma di link

http://www.nuhababy.com/ebook-percuma-survival-di-awal-penyusuan/

Page 15: Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH … disini saya ingin kongsikan apakah tips yang boleh membantu ibu supaya kekal bertenaga dan dapat meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Hakcipta terpelihara NuhaBaby Enterprise | AISYAH SAMAT

Beliau juga telah membantu ramai ibu yang bermasalah puting tenggelam supaya berjaya keluarkan puting dan akhirnya berjaya menyusukan anak dengan susu ibu.

Boleh klik sini untuk melihat ebook Puting Tenggelam dan kisah kejayaan ibu yang telah berjaya menyusu setelah mendapatkan ebook beliau. http://www.nuhababy.com/ebook-puting-tenggelam/ Besar harapan saya semoga dengan perkongsian ini mampu membantu ibu berjaya meneruskan perjuangan penyusuan sehingga 2 tahun penuh. Yang Benar, Aisyah Samat www.nuhababy.com www.facebook.com/NuhaLittleShop (NuhaBaby) Boleh hubungi saya di no : 011-32746769 / 018-6696769