Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah...

150

Click here to load reader

Transcript of Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah...

Page 1: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 1

WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

Bab 11

Bab 12

Bab 13

Bab 14

Bab 15

Bab 16

Bab 17

Bab 18

Bab 19

Bab 20

Bab 21

Bab 22

Bab 23

Bab 24

Bab 25

Bab 26

Bab 27

Bab 28

Bab 29

Bab 30

Bab 31

Bab 32

Bab 33

Bab 34

Bab 35

Bab 36

Bab 37

Bab 38

Bab 39

Bab 40

Bab 41

Bab 42

Bab 43

Bab 44

Bab 45

Bab 46

Bab 47

Bab 48

Bab 49

Bab 50

Bab 51

Bab 52

Bab 53

Bab 54

Bab 55

Bab 56

Bab 57

Bab 58

Bab 59

Bab 60

Bab 61

Bab 62

Bab 63

Bab 64

Bab 65

Bab 66 (Akhir)

Page 2: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 2

Bab 1 Nurfitriah Afifah merenung jauh ke luar jendela. Fikirannya kosong. Sekosong bukit yang hampir botak di hadapan rumahnya itu. Perlahan-lahan dia menyandarkan badannya ke tiang tingkap. Dia mengeluh perlahan. Agak dalam dan panjang. Semalam ada orang datang ke rumahnya membawa hajat besar. Sikit pun mama tak beritahu dia mengenai rombongan itu. Dia tahu pun melalui Mek Senah, pembantu rumahnya. Nak harapkan mama, memang dia tak tahulah.... Dengar cerita, rombongan itu bukan calang-calang orang. Lebih kaya dari mereka. Anaknya engineer. Lulusan seberang laut lagi! Emaknya dari kalangan raja Perak. Ayahnya pula bertitlekan Tan Sri. Ah, mama pastinya suka. Maklumlah... nak berbesankan orang kaya. Boleh heboh satu negeri kelahirannya nanti. Lagipun, ayah budak tu kenalan golf papa. Ish, bila cerita bab kahwin ni, geli geleman pula tengkuk dia mendengarnya. Bila pula budak jantan tu kenal dia? Mana berjumpa? Gatal sungguh jantan tu. Aku bukannya kenal dia tu! Yang dia tiba-tiba hantar rombongan merisik tu kenapa? Gerutu hatinya. "Fifa, come here for a while. I have something to discuss with you." Suara Datin Maznah menerbangkan khayalan-khayalannya sebentar tadi. Sekali lagi dia mengeluh. Hah, tak ada hal lainlah tu... mesti pasal semalam! Dia mengorak langkah malas menuju ke arah mamanya yang duduk di ruang istirehat keluarga. Dilabuhkan punggung ke sofa empuk buatan Itali itu. Wajah Datin Maznah dipandang dengan muka bodoh. "Fifa, semalam ada orang datang. Mereka datang bawa hajat besar dari Tan Sri Azman Tajuddin sekeluarga. Mereka merisikkan Fifa untuk anak Tan Sri Azman." "Habis tu?" Soalnya acuh tak acuh. Hei... aku ni muda lagi. Baru nak masuk 25 tahun. Dah nak suruh aku kahwin! Ingat zaman ni macam zaman dulu ke? Zaman anak dara kahwin awal? "Mama dah tengok gambar budaknya tu. Lawa orangnya. Memang sepadanlah dengan Fifa. Lagipun kita ni setaraf. Ini gambarnya..." Datin Maznah menghulurkan sekeping foto berwarna padanya. Dia menyambut foto itu dengan perasaan dingin. Wajah jejaka itu ditenung agak lama. Memang handsome. Bak kata budak perempuan sekolah sekarang, macho gila!! Kalau dipandang sekali imbas, sebiji muka Antonio Banderas. Tapi taklah semua sama. Kalau direnung balik, hanya matanya yang redup dan ke dalam serta hidungnya yang mancung saja yang nampak sama dengan pelakon barat tu. Bibirnya pula berbentuk seperti bibir wanita. Nampak seksi dengan ulas yang nipis di bahagian atasnya. Kulitnya putih bersih. Nampak licin tanpa kesan jerawat dan jambang. "Namanya Tengku Shamsul Amri. Dia beria-ia sungguh nak memperisterikan Fifa. Sebab tu dia suruh Tan Sri hantar pinangan. Mama kalau boleh memang nak Fifa kahwin dengan budak ni. Orangnya baik, Sesuai dengan Fifa. Lagipun, Fifa akan bahagia kalau kahwin dengan dia."

Page 3: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 3

Panjang lebar Datin Maznah memuji lelaki dalam gambar itu. Namun, sedikit pun tak menarik minat Fifa untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat lagi. Lagi dia meluat adalah! "Mama... Fifa kenal dia pun tidak! Inikan pula nak kahwin dengan dia! Mana boleh jadi macam ni...." "Fifa... itulah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Kalau Fifa dah jumpa dia nanti, I'm sure you will like him. Please try first, honey....." "I'm sorry, Mama. Fifa rasa Fifa tak boleh membohongi diri Fifa sendiri. Let me handle my future life with the own way. Please understand me, Mama..." "But, Fifa..." "I'm sorry, Mama... Sorry...." Dia bangun dan berlalu ke tingkat atas. Datin Maznah hanya mampu memandang dia berlalu tanpa berkata apa-apa. Kembali Ke Atas

Bab 2 "Wow!! Baguslah kalau macam tu, Fifa!! Mesti kau akan bahagia kalau kahwin dengan dia! Kau ni kira bertuah tau sebab dia nak kahwin dengan kau! Kau kan tau siapa Tan Sri Azman Tajuddin tu??" Itulah komen Maria; rakan karibnya apabila dia menceritakan hal itu padanya. Mencuka wajah Fifa mendengar kata-kata Maria. Ingatkan bolehlah minta pendapat bernas dar dia, rupa-rupanya otak dia ni sama brand dengan mama, getusnya. "Hoi!! Ambik jelah Tengku tu... Handsome pun ya jugak, tau! Aku pernah tengok gambar dia dalam business magazine. Untungnya kau, Fifa... dapat kahwin degnan engineer lagi!!" "Ya Allah.... cubalah kau ni bawa mengucap sikit!! Aku tak kata pun aku nak kahwin dengan dia. Yang kau lebih-lebih ni kenapa?" Ha... inilah susahnya kalau kawan dengan orang yang kelam kabut, cepat panik dan cepat excited ni! Pantang dengar cerita yang 'grand' sikit, sure mulalah penyakit dia datang.... "I'm sorry for too excited! Actually aku surprise bila dengar Tan Sri Azman datang ke rumah kau untuk merisik. Kalau aku, aku terima je Fifa. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah, Fifa. Think about it!" Executive Secretary itu berfalsafah. Itulah sikapnya yang paling dihormati oleh Fifa. Walaupun dia ni clumsy, tapi dia merupakan seorang wanita yang kuat berfalsafah. Setiap falsafahnya adalah benar dan logik belaka. Tak hairanlah kenapa dia berjaya memegang jawatannya sekarang!!! "Habis tu, mana aku nak campakkan si Ekmal tu? Kat tong sampah? Cuba kau bagitau aku sikit, Professor!!" Maria tersenyum sumbing. Serta-merta dia teringat pada jejaka pilihan hati sahabat karibnya itu. Mohd Ekmal Hijaz! Jejaka itu amat bertuah kerana berjaya memiliki hati gadis degil itu.

Page 4: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 4

Dia tahu, Fifa sudah lama meminati Ekmal. tapi egonya tinggi!! Dia jual mahal ketika Ekmal menguratnya dulu..... Bukan sekali dua Ekmal cuba mengoratnya. Banyak kali dah!! Cuma Fifa yang buat muka sombong. Kadang-kadang susah juga nak faham hati gadis berkulit kuning langsat itu. Sebelum dia tahu Ekmal ada hati dengannya, puas juga Fifa cuba mengurat jejaka itu. Bukan mengurat terang-terangan, tapi secara senyap-senyap. Setiap minggu kad dan surat pasti akan sampai ke komsis Ekmal. Agak-agaknya penuhlah seguni! Konon-konon Secret Admirer lah tu...!! "Hah! Tersengih je ni, kenapa? Mesti ada something yang kau ingatkan ni!" Tegur fifa bila dilihatnya Maria tersenyum seorang diri. "Tak adalah... aku just teringatkan tentang kau dan Ekmal waktu kita di IPT dulu!" Fifa tersenyum lebar mendengar penjelasan Maria. Wajah Ekmal tersenyum riang menari-nari di hadapan matanya. Senyuman itulah yang membuatkan dia 'cair' apabila berhadapan dengan jejaka itu. Kembali Ke Atas

Bab 3 Petang itu dia lalu di hadapan dewan makan bersama Maria. Kedengaran suara-suara siswa mengikut mereka dari belakang. Dia masih buat tak reti walaupun hatinya sakit mendengar suara-suara sumbang itu. Sesekali, Maria menjerit memarahi mereka yang sengaja menarik beg galasnya. "Nurfitriah Afifaf!! Ekmal kirim salam kat awak!!" Jerit satu suara lantang yang menyebabkan siswa-siswi yang berada berhampiran dengan mereka menoleh. Terasa sebal muka Fifa kala itu. Malunya bukan kepalang. Namun, dia masih cuba berlagak selamba. "Fifa, dia orang ni still ikut kita. Boleh tak kau buat sesuatu? Aku dah naik rimas kena tarik beg ni!!!" Suara Maria sudah cemas. Mungkin sudah tak tahan sabar diperlakukan begitu. Fifa tetap diam. Langkahnya masih diatur dengan kemas seperti tadi. "Fifa... aku dah tak tahan dah ni!!! Please do something!!! Dia orang ni dah melampau!!!" "Kita tunggu dan lihat sejauh mana dia orang nak buat kita. Kalau aku dah tak boleh sabar nanti, kita bukak silat." Maria sekadar angkat bahu tanda tak faham dengan kelakuan Fifa. ` "Fifa... Ekmal nak jumpa awak di bandar petang minggu ni!" Seorang budak lelaki menghalang jalannya. Fifa buat tak reti. Tetapi, langkahnya terhenti apabila secara tiba-tiba seseorang berlari di hadapannya dan berdiri menghadap mukanya. "Fifa... I nak jumpa you di bandar hujung minggu ni. You akan datang jumpa I tak?" Ekmal sudah melutut di hadapannya. Terkedu Fifa melihatkan gelagat Ekmal yang amat berani itu. Hampir saja buku-buku ditangan nak jatuh ke tanah. Maria menyinggul lengan fifa. Fifa tetap berdiri tegak.

Page 5: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 5

"Fifa, could you please say something?" "Ekmal.... sorry... I tak dapat nak jumpa you. Bangunlah... malu orang tengok!" "No!! I takkan bangun selagi you tak cakap yang you akan jumpa I minggu ni." Fifa memandang sekeliling. Sekejap sahaja kawasan itu sudah dipenuhi oleh siswa-siswi yang sedang asyik menonton drama swasta arahan Ekmal itu. Ish... tak malu betullah dia ni!!! "Ekmal, please... I akan bagitau jawapan kalau you bangun. Tolonglah I kali ni." Fifa bersuara perlahan seakan merayu. Ekmal hanya tersenyum manis padanya. Aduh... aku dah hampir cair ni, jerit hatinya. "Kawan-kawan, engkorang percaya tak apa yang saudari kita ni cakapkan??" Ekmal menjerit lantang dan kedengaran jawapan "TIDAK" dari setiap sudut penjuru alam. Fifa hampir tumbang mendengar suara yang bergema itu. "See... dia orang pun tak percaya dengan kata-kata you tu. Now, give me the answer. Will you see me this Sunday?" "If I say no?" Fifa cuba melawan Ekmal yang sudah naik lemak itu. Amboi... mentang-mentanglah semua orang backing dia, naik tocang pulak! Gerutu hatinya. "If you say no, I takkan bangun sehingga you kata YES!!" "Okay... NO! NO! NO!!! You duduklah sorang-sorang kat situ!! Come, Maria..." Fifa cuba melangkah tetapi kain baju kebarungnya seolah-olah disekat sesuatu. Dia menunduk ke bawah dan Ekmal masih tersengih-sengih memandang ke arahnya sedang tangan kanannya memegang erat kain Fifa. "Hei!! What the hell are you trying to do, Ekmal?? Let me go!!!" Jerit Fifa sekuat-kuat hati. Dia dah tak peduli orang ramai menonton gelagatnya atau tidak. Yang dia tahu, dia mesti melepaskan diri dari Ekmal. "Hei... hei... kan I dah kata yang I takkan bangun.... dan, you juga takkan ke mana-mana selagi you tak kata yang you akan jumpa I nanti! Kalau you nak jalan juga, jalanlah!!! Tapi... mungkin tanpa kain!!!" Serentak itu kedengaran gema ketawa yang kuat di sekeliling mereka. "You ni dah gila ya??" "Ya!!! I gila kerana you! You yang buat sampai I jadi gila macam ni!! So, nak jumpa ke tidak ni??" "Okay... okay.... I mengalah. Di mana dan pukul berapa?" Akhirnya Fifa terpaksa mengalah dengan kekuatan semangat dan "ketidakmaluan" Ekmal. "You nak jumpa I?" Fifa mengangguk perlahan dan menarik anak rambutnya yang berjuntaian jatuh ke muka. Peluh dingin sudah membasahi tengkuknya. "Could you please say it again?"

Page 6: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 6

"I will see you!" Keras sedikit suaranya kali ini. Ekmal tersenyum. "Can you say it louder? They can't hear you!!!" Fifa menarik nafas panjang dan menghela keluhan berat. Wajah Ekmal direnung. "I will see you this Sunday, Encik Ekmal Hijaz!!! Puas hati??" Fifa menjerit dan serentak itu satu tepukan gemuruh mula kedengaran dan Ekmal ketawa puas. Dia melepaskan kain Fifa dan mendekatkan mukanya ke muka Fifa. "I akan tunggu you pukul 5.00 petang di bus station Temerloh hari Ahad nanti. Make sure you'll be there. Bye.... and sorry....!!!" Ekmal berlalu dan diikuti oleh mereka yang lain. Fifa hanya mendiamkan Maria memujuknya dan berlalu balik ke komsis. Kembali Ke Atas

Bab 4 Seperti yang dijanjikan, petang Ahad itu dia pergi ke Temerloh untuk berjumpa Ekmal. Sengaja dia datang seorang diri kerana dia mahu melihat sejauh mana keberanian Ekmal bila berhadapan dengannya kelak. Dari jauh dia sudah dapat melihat kelibat Ekmal hampir padanya. Di tangannnya ada sebuah buku. Alah.. nak tunjuk baiklah tuh!! Kutuknya dalam hati. "Hallo, Fifa.... Dah lama tunggu I ke? Sorry, terlepas bas lah..." Ekmal bersuara sambil bibirnya mengorak senyuman. Fifa hanya mendiamkan diri. Wajah Ekmal direnung tajam. "Fifa, sorrylah sebab hal hari tu. Actually, I memang dah lama nak jumpa dengan you tapi I masih belum ada kekuatan untuk luahkan pada you. Hinggalah hari tu... I di cabar oleh member-member I untuk ajak you keluar!" "So, apa yang you nak dari I sekarang? I tak boleh lama ni. Ada date dengan orang lain." Ekmal tergelak kecil mendengar suara garang Fifa. Nampak saja lembut budak perempuan ni... rupanya keras gak!! Tapi.... sekeras-keras kerak nasi, kena rendam dengan air lembut jugak, kan!! Segarang-garang perempuan, kena dengan pujukannya, cairlah nanti!!!! Monolog Ekmal sendirian. "I cuma nak pulangkan harta you yang dah lama I simpan dalam diary I. Takut nanti you kata I curi pulak. That's why I nak jumpa you hari ni..." "Harta I? Harta yang mana pulak ni? I tak pernah bagi apa-apa pada you pun!" Fifa mengerutkan dahi tanda tak faham. "You terbagi pada I tanpa disengajakan." Pulak!!! Lagilah Fifa tak faham dengan kata-kata Ekmal. Entah permainan apa yang Ekmal ajak dia ikut serta sama, Fifa pun tak tahu.

Page 7: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 7

"You jangan nak main-mainkan I. Apa pulak yang I dah terbagi pada you tanpa disengajakan ni??" "Okay, kalau you tak percaya, ambil surat ni. Dan you akan nampak harta kepunyaan you kat situ." Ekmal menghulurkan sepucuk surat pada Fifa. Menggeletar tangan Fifa menyambut surat itu dari tangan Ekmal. Dia kenal surat itu. Ah, masakan dia tak kenal... surat itu dia yang bagi pada Ekmal dulu..... Fifa membuka surat itu dengan berhati-hati. Sesekali dia mengerling memandang ke wajah Ekmal yang sedang memandang ke arahnya lembut. "Buka sajalah... tak ada apa-apa dalam surat tu. Yang ada cuma harta kepunyaan you saja...." Fifa menelan air liur apabila dia membuka surat itu. "Ya Allah!! Macam mana gambar I ada dalam surat ni? Mana you curi gambar I ni??" Menjerit dia aapbila melihat gambarnya ada dalam surat itu. Ekmal tersenyum. "I jumpa dalam surat tulah. Itulah punca I tahu siapa yang selalu hantar surat pada I selama ni. Pandai you simpan rahsia, ya Fifa. I tak sangka I akan ada peminat misteri yang secantik you ni!!" Muka Fifa sudah merah padam. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi. Ekmal tersenyum lagi. Hai.. semakin lebar pulak senyum dia kali ni. Fifa dah rasa nak pitam. Hai... malunya aku... Macam manalah gambar tu boleh terselit kat dalam surat tu? Patutlah bila aku cari untuk lekatkan dalam borang pembantu minggu wawasan siswa, tak ada! Rupanya dah termasuk dalam surat malaun ni..... Maria, tolong aku!!!! "Buat apa you nak malu ngan I? Kan ke setiap orang tu ada hak untuk mneyintai dan dicintai? Tak salah kalau you jatuh hati dengan I. You ada hak untuk melafazkan kata cinta you kalau you nak. Sekarang pun I tak kisah!" "Sorry, Ekmal.... I tak berniat nak mengganggu you selama ni. Sorry kalau I dah banyak menyusahkan you." "Tak ada apa yang menyusahkan. Cuma I nakkan kepastian dari you. Itu saja. Tapi I takkan paksa you cakap kalau you masih belum bersedia lagi." "Kepastian apa pula yang you tunggu dari I ni? I tak fahamlah..." "Kepastian pada semua madah-madah dan kiasan you selama ini..." "Anggap sajalah benda tu semua tak pernah terjadi. Kalau ada pun, mungkin gurauan dari I pada you!!" "Okay, kalau you tak nak cakapkan perkara tu sekarang, I akan tunggu sehingga you dah sedia nanti. I takkan paksa you. Tapi, I nak you tahu something. Fifa... I dah lama menyimpan perasaan pada you. Perasaan yang memerlukan perasaan yang sama dari you. I harap you faham maksud I!"

Page 8: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 8

Fifa menarik nafas panjang. Sesungguhnya kata-kata itu benar-benar menggembirakan hatinya tetapi dia ragu-ragu dengan penjelasan Ekmal. "Terpulang pada you nak percaya atau tidak. I tak nak you terlepas ke tangan orang lain. I love you very much. Sejak I mula kenal you!!" "You jangan main-mainkan I, Ekmal!" Fifa mula tak keruan. "I tak malu nak mengaku yang I cintakan you. Kalau you betul-betul sukakan I, kenapa mesti you malu nak mengaku? I lagi senang hati kalau you mengaku." "I ni perempuan, Ekmal. Perasaan malu I masih tebal dalam diri I ni." "Okay, kalau you malu nak mengaku, biar I yang melamar you. Nurfitriah Afifah... saya Ekmal Hijaz nak jadikan awak sebagai kekasih saya. Saya berjanji saya akan menyintai awak selama-lamanya sehingga nafas saya yang terakhir dan saya takkan sia-siakan hidup awak! Awak sanggup terima saya ke tidak ni??" "You ni proposed I ke paksa I terima you ni?" "I tak memaksa. I tanya you betul-betul ni!" "Okay, bagi I tempoh untuk berfikir semasak-masaknya." "Terpulang... tapi I bagi masa seminggu je. Lepas tu I nakkan jawapan dari you dan I nak... jawapan tu mestilah positif." "Kita tunggu dan lihat nanti. I nak pergi beli sesuatu. Maria pesan kat I tadi. You tak payah tunggu I. I boleh balik sendiri." Fifa sudah bangun dan mahu melangkah meninggalkan Ekmal. "Er... Fifa!" Tahan Ekmal. Fifa menoleh memandang ke arah Ekmal. "Er... bila kita boleh jumpa lagi?" "Well... tengok keadaan. Maybe bila both of us free nanti..." Ekmal mengangguk cuma dan Fifa mengorak langkah. Hatinya menguntum senyuman lebar, gembira dengan respons Ekmal. Kembali Ke Atas

Bab 5 Fifa merenung jauh lagi. Kali ini jauh ke dasar hatinya. Bimbang pula dia nak beritahu Ekmal tentang hal ini. Takut jejaka itu melenting. Maklum sjaa, orangnya sensitif. Puas dia cuba mencari alasan yang munasabah. Tapi tetap tak berjumpa. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke telefon.

Page 9: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 9

Dia mengangkat gagang dan mula mendail nobor telefon office Ekmal. Namun, sebelum sempat gagang disambut, dia meletakkan kembali gagang ke asal. Dia menekup muka dengan telapak tangannya. Deringan telefon mengejutkannya. "Hallo, good morning. Nurfitriah Afifah speaking." "Assalammualaikum, Fifa.. Kenapa letak gagang sebelum I sempat angkat?" Fifa terkedu. Dia tak sangka Ekmal akan telefon semula. "Waalaikummusalam. Er... mana you tahu I yang telefon?" "Ala... macamlah I baru kenal you semalam. I tahu, kalau ada orang telefon sampai deringan keempat, then letakkan gagang... tak lain tak bukan mesti you! Mesti you ada problem, kan?" Jerangkap samar Ekmal mengena. "I... I... ish, macam mana I nak cakap dengan you ni, Ekmal?" "Kenapa ni, sayang? You ni gelisah semacam je. Problem ni besar sangat ke sampaikan you dah tak boleh nak bercakap ni? Pasal apa ni...???" "Pasal kita, Ekmal! Pasal I dan you!! I nak jumpa you lunch time nanti. It's important!!" "Important?? Okay, I'll fetch you nanti. You tunggu I dekat office, ya!" Fifa mengangguk walaupun dia tahu Ekmal tak kan nampak anggukan itu. Dia meletakkan gagang dan merebahkan badan ke kerusi empuknya. Hatinya berkecamuk. Gusar, gelisah dan kadang-kadang terasa berat kepalanya memikirkan hal itu. Airmata yang hampir tumpah diseka perlahan-lahan dengan belakang telapak tangan. Tepat jam 1.00 tengahari, Fifa keluar dari biliknya. Ruang pekerja di luar sudah lengang. Masing-masing mengejar makanan di food court. Lapar selama 4 jam sudah tidak mampu lagi ditanggung walau untuk sesaat cuma. Fifa memerhatikan sekeliling. Memang tiada orang. Setibanya dia di luar, Ekmal sudah sedia menanti di dalam keretanya. Tanpa banyak bicara, Fifa membuka pintu dan menghempas punggung ke dalam perut kereta Ekmal. Ekmal juga sepertinya, masih belum bersedia untuk membuka mulut memulakan bicara. Terus dia menghidupkan enjin dan meluncurkan keretanya laju membelah kesesakan kota. Sehingga makanan sudah berada di depan matanya pun, Fifa masih membisu. Sedikit sebanyak kesabaran Ekmal teruji dengan kelakuan Fifa. Dia merenung ke wajah muram Fifa seolah-olah menunggu Fifa berkata-kata. Tetapi, Fifa terus-terusan merenung cawan kertas berisi coke di hadapannya tanpa memperdulikan Ekmal. "Kenapa dengan you ni, Fifa? Dari tadi you tak cakap apa-apa. Diam je! Kita ni sebenarnya berjumpa untuk you meluahkan masalah you tu pada I atau untuk I tatap je muka masam you tu?" Ekmal menggigit Big Mac dan mengunyah perlahan-lahan. Fifa mengangkat kepala dan memandang ke wajah Ekmal. "Are you willing to share my problem, Ekmal?"

Page 10: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 10

"Of course! Kenapa pula you tanya macam tu? Buat apa I berada di depan you sekarang ni kalau bukan untuk berkongsi segala masalah dengan you? Come on, Fifa... masalah ni melibatkan kita berdua, kan! So, dah tentu I kena tahu juga!" "Ekmal... I.. I..." "Okay, take it easy. You jangan mendesak diri you untuk ceritakan semuanya sekali gus kalau you tak sedia lagi. Just give me a clue." Ekmal menyedut air. "Ada orang datang meminang I!!" Hampir tersembur air yang baru disedut. Ekmal merenung tajam ke arah Fifa memohon kepastian. Fifa tunduk. Makanan masih belum diusik. Sedetik kemudian, dia mengeluarkan tisu dan mengesat matanya yang mula basah. Ekmal terdiam mendengar kata-kata Fifa. Ternyata, apa yang amat ditakutinya selama ini menjadi kenyataan. Takut akan kehilangan Fifa. Takut untuk menghadapi hakikat yang antara mereka berdua tak setaraf. Walau berdiri sama tinggi, duduk sama rendah... tapi masih ada kepincangannya. Fifa puteri mahligai indah. Dilahir dan dibesarkan di kota metropolitan yang menderu warganya mengejar kemajuan dan kekayaan tapi dia... dia hanyalah anak kampung yang sejak lahirnya bermandikan selut, bergelumangkan lecak. Tempat permainannya bukan dikelilingi taman berpokok bunga renek tapi pokok-pokok yang tingginya melangit, binatang ternakan yang selalunya akan membuatkan anak-anak kota menutup hidung apabila lalu dekat dengannya... ataupun akan lari lintang-pukang apabila dikejar. "Mal... you marahkan I ke?" Tersentak Ekmal dengan pertanyaan Fifa itu. Kali ini, dia pula yang dihambat kebisuan. Jasadnya masih di situ tetapi rohnya melayang-layang mencari dahan berpaut untuk mententeramkan hatinya. "Ekmal.... you dengar tak apa yang I cakap ni??" Fifa menggoncang badan Ekmal. Ekmal mengeluh panjang. Dia mengalihkan pandangannya ke wajah bujur sirih Fifa. "Siapa orangnya?" "Anak Tan Sri Azman Tajuddin. Tengku Shamsul Amri." "Mama you terima, kan?" "Eh, you ni!! Bukan mama I yang nak kahwin, tapi I!! Kenapa pula you mesti tanya macam tu?" Fifa melenting mendengar kata-kata Ekmal. "Fifa... look! You kan tahu selama ni pun mama you memang tak suka kita berkawan! I yakin, mama you mesti terima pinangan tu. Kalau itu yang menjadi pilihan mama you, apa lagi yang kita boleh buat. I terpaksa terima hakikat yang I ni tak setaraf dengan you. Kita berlainan darjat, Fifa!" "Mal... ini bukannya filem Antara Dua Darjat P. Ramlee dan Saadiah!!" "Memang!! Sebab bukan filemlah maka I tahu yang segala impian kita takkan tercapai. Face the reality, Fifa. Kita bukannya anak-anak kecil yang hanya terima sogokan dan suapan kata-kata orang keliling! Kita dah cukup dewasa untuk berfikir sendiri. Mama you akan tetap takkan terima I walaupun semua lelaki dalam dunia ni dah mati!"

Page 11: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 11

"I... I... tak sangka you akan cakap macam tu, Ekmal!! I ni siapa sebenarnya pada you? I ni tak bermakna dalam hidup you, ya!" "I tak bermaksud macam tu, Fifa!! I sayangkan you! Lebih dari segala-galanya. Tapi, kita kena terima hakikat yang antara kita memang takkan ditakdirkan bersama. Kalau mama you nak jodohkan you dengan pilihannya, siapa I untuk menghalang? I boleh kata yang I takkan benarkan you kahwin dengan orang lain, tapi mampu ke I kotakan apa yang I katakan? Tak mungkin, Fifa...." "You dayus! You takut berdepan dengan kenyataan! Sebab tu you berani katakan macam-macam! You kata macam tu sebab you tak sungguh-sungguh cintakan I!!" Fifa sudah hampir histeria di situ. Orang yang ramai di dalam restoran makanan segera itu sesekali menoleh melihat pertengkaran mereka berdua. "Fifa.... bawa bersabar!! I cintakan you dan I akan cintakan you sampai bila-bila pun. Percayalah!!" "Kalau macam tu, datang rumah I." "Gila ke? Buat apa??" Giliran Ekmal pula melenting. "I nak you jumpa parents I dan katakan yang kita berdua akan berkahwin tak lama lagi. I nak you datang merisik." "Jangan buat kerja gila, Fifa. I tak ready apa-apa!" "I bukan nak suruh you datang bawa duit sekali. I tak suruh you pinang I sekarang! Just datang minta izin dari mama dan papa untuk memperisterikan I. Susah sangat ke??" "Tapi, mana I ada duit? Buatnya mama you minta sampai RM10,000 buat belanja hantaran, mana I nak cekau duit banyak tu?" "You ni teruklah!! You ni nak kahwin dengan I ke tidak ni??" "I tak yakin dengan diri I!" "Habis tu, you nak tunggu sampai bila lagi? You nak tunggu sampai I ni dah jadi isteri dan mak orang, baru you nak yakin dengan diri you? Suka hati youlah, Ekmal... I tak de masa nak fikirkan semua ni sekarang. Mulai sekarang, kalau you rasa you belum ada keyakinan, you jangan datang jumpa I! I tak nak jumpa orang yang penakut macam you ni!!" Fifa menarik tas tangannya dan keluar meninggalkan Ekmal yang masih termangu-mangu dengan tindakan kilatnya itu. Ekmal mengeluh lagi. Dayus ke aku ni?? Soalnya sendirian. Kembali Ke Atas

Bab 6

Page 12: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 12

Ekmal merebahkan diri di dada katil bujang yang sudah hampir 4 tahun menemaninya di bilik kecil itu. Sesekali dia mengiring ke kanan dan ada ketikanya ke kiri. Namun matanya tetap tidak mahu terpejam. Ingatannya terus tertumpu pada peristiwa siang tadi. Dia bangun dan duduk di kerusi malasnya. Satu persatu gambar yang tersergam di bingkai kayu yang dibelinya sewaktu berkursus di London dulu ditenung. Pandangannya beralih pada sekeping gambar yang dibesarkan dan ditampal di badan mejanya. Sengaja gambar itu tidak dibingkaikan dilekatkan sahaja di situ. Setiap kali dia menulis dan membuat kerjanya di meja itu, gambar itulah yang menjadi temannya. Walau lewat mana sekalipun dia tidur, gambar itu tetap setia di sampingnya. Dia bangun dari kerusi malas dan beralih ke meja tulis itu. Direnungnya gambar itu dalam-dalam. Seolah-olah mahu melepaskan gumpalan rindu yang tak terucap pada gadis di sampingnya dalam gambar itu. Dan, kerana gadis di sampingnya itulah dia tak lena tidur malam ini.... Dia berfikir sejenak. Mengingatkan kembali pertemuan antara dia dan Fifa, buah hati pengarang jantungnya itu. Kata-kata Fifa siang tadi amat membingungkannya. Satu persatu persoalan timbul di benaknya. Permintaan Fifa supaya dia datang ke rumah dan merisiknya itu membuatkan dia serba salah. Bukan dia tak sayang, bukan juga dia tak cinta. Tapi, mengenangkan taraf mereka yang tidak sama membuatkan dia takut untuk cuba memtik mawar merah kesayangannya itu. Jambangan itu penuh dengan duri! Dia tak takut terluka tetapi bimbang akan kecewa! Bukan sekali dua Fifa menyatakan hasratnya itu pada Ekmal. Sudah banyak kali. Bayangkanlah... sudah genap 4 tahun mereka menyulam benang cinta. Sepanjang 4 tahun itu, sudah kerap kali Fifa meminta agar dia datang meminang. Dulu, waktu masih belajar, bolehlah dia buat alasan. Tapi sekarang, takkan nak bagi alasan yang sama macam dulu...??? Dalam tahun ini saja sudah 3 kali Fifa menyatakan hasrat yang serupa. Bukan dia tak nak datang meminang, tapi dia masih belum yakin dengan dirinya sendiri. Nak katakan dia sengkek, gajinya lebih tinggi dari Fifa. Mereka sama-sama bergaji 4 angka. Dan, sekarang... Fifa sudah dilamar oleh orang yang lebih kaya darinya. Dapatkah aku memiliki dirimu, Nurfitriah Afifah? Adakah jodoh antara kita nanti? Kalaupun ditakdirkan aku tak dapat memilikimu, biarlah aku mati. Aku lebih rela daripada melihat kau berbahagia di samping insan lain yang berjaya memilikimu!! Dayuskah aku sebagai seorang kekasih yang rela melepaskan gadis idamanku ke tangan orang lain semata-mata kerana aku tidak yakin dengan diri sendiri? Bagaimana pula dengan perasaan Fifa? Adakah dia dapat menerima hakikat bahawa aku ini tidak mempunyai keyakinan diri? Tidak!! Aku takkan biarkan Fifa jatuh ke tangan orang lain. Kalaupun aku tak dapat memiliki dirinya, aku akan pastikan orang lain juga tidak dapat memilikinya sebagaimana aku!! Nurfitriah Afifah... Kau takkan aku lepaskan. Kau milikku dan aku juga milikmu. Walau apa pun yang terjadi, aku akan cuba melamarmu...

Page 13: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 13

Persoalan yang bersarang di benak sudah dapat dicarikan jawapannya. Ekmal tersenyum sendirian kerana dia yakin dengan keputusannya itu... Kembali Ke Atas

Bab 7 Pagi minggu itu, sesudah menunaikan solat Subuh, Fifa mengemas rumahnya dengan begitu indah sekali. Datin Maznah yang kebetulan baru bangun pagi terperanjat melihat Fifa membersihkan ruang tamu banglo 2 tingkat itu. Selalunya, pada hari-hari cuti hujung minggu atau public holiday, Fifa jarang bangun pagi. Selepas menunaikan solat Subuh, dia akan tidur semula dan hanya akan bangun pada pukul 9 pagi. Itupun, bukan terus ke ruang tamu atau ke ruang makan. Selepas membersihkan diri, dia lebih suka memerap di biliknya melayan televisyen atau radio. Hanya apabila matahari tegak di atas kepalanya baru dia menjengah ruang tamu. Itu pun kalau dia dah lapar sangat. Sememangnya untuk berjumpa Fifa pada hujung minggu amat susah sekali. Tetapi, perlakuan Fifa pagi itu membuatkan Datin Maznah hairan bercampur gembira. Ternyata anaknya itu sudah mula pandai menjalankan tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga. Impiannya untuk melihat anaknya menjadi permaisuri di rumah Tan Sri Azman Tajuddin kian berbunga mekar. "Hai, Fifa. Morning. Rajin hari ni? Kenapa rajin sangat anak mama ni? Mesti ada apa-apa...." Tegur Datin Maznah menyebabkan Fifa terperanjat. "Eh, Mama! Terperanjat Fifa tadi. Awal mama bangun pagi minggu ni? Mama dah sarapan?" "Belum lagi. Mama baru saja bangun ni. Fifa dah sarapan?" Fifa mengangguk. "Sudah, ma. Kalau mama nak sarapan, boleh Fifa hidangkan makanan. Fifa ada buat mee goreng dan pizza macaroni hari ni tau! Sedap, ma...." "Eh, kenapa Fifa yang siapkan sarapan? Mek Senah mana?" "Mek Senah ada kat dapur. Memang Fifa tak kasik Mek Senah masak. Fifa nak mama dan papa rasa masakan Fifa pulak." "Okay, kalau macam tu biar mama pergi mandi dan kejutkan papa. Fifa siapkan apa-apa yang patut. Kita surprise kan papa!!" "Okay..." Fifa berlari anak menuju ke dapur dan Datin Maznah pula naik semula ke tingkat atas untuk mengejutkan Datuk Mansor. Sambil menyanyi-nyanyi kecil, Fifa menyediakan sarapan untuk kedua orang tuanya. Segalanya dilakukan dengan rela hati dan teliti. Bimbang pula dia kalau-kalau rancangannya tidak menjadi. Takut papa dan mamanya terasa akan kelainannya hari ini. Mujur juga Datin Maznah tidak menaruh sedikit pun rasa curiga padanya. "Assalammualaikum, papa. Morning. Marilah sarapan. Fifa masakkan sesuatu yang menjadi kegemaran papa dan mama. Fifa nak papa dan mama cuba masakan Fifa." Jerit Fifa pada

Page 14: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 14

lelaki yang berusia hampir separuh abad itu sebaik sahaja terlihatkan kelibat Datuk Mansor dan Datin Maznah beriringan ke ruang makan. "Waalaikummussalam... morning Fifa. Wa... patutlah mama beria-ia suruh papa bangun tadi. Rupanya anak dara papa buatkan sarapan untuk papa." Datuk Mansor tersenyum manis. Segera dia menarik kerusi dan duduk. Bau mee goreng benar-benar membuatkan dia terasa lapar. Fifa tersenyum lebar mendengar kata-kata Datuk Mansor. Dalam hati, dia berdoa agar rancangannya dapat dilaksanakan. "Mee goreng untuk papa dan pizza macaroni untuk mama. Papa ngan mama makan dulu. Nanti Fifa ada something yang nak dicakapkan dengan mama dan papa!" "Oh... patutlah sampai bermasak-masak pagi ni. Ingatkan ini je surprise nya. Rupanya ada lagi yang surprise ya!!! Pandai sungguh anak papa ni...." Fifa tersenyum lagi. Tersipu-sipu malu sebenarnya dengan sindiran Datuk Mansor itu. "Ala... apa salahnya kalau Fifa cakap sekarang. Bukannya salah pun... Mama tak sabar nak tahu apa yang Fifa nak cakapkan dengan kami." "Sabarlah, mama... Karang tercekik pizza lak mama. Siapa yang susah? Fifa jugak..." Datin Maznah dan Datum Mansor ketawa mendengar seloroh Fifa. Fifa turut ketawa. Cuba menyembunyikan getaran di hati. Berjayakah dia nanti? Marahkah mama padanya nanti? Melentingkah papa? Hai.... cubalah dulu!!! Datuk Mansor dan Datin Maznah terus makan sambil diperhatikan oleh Fifa. Nampak berselera sungguh mereka makan sehingga bertambah dua tiga kali. "Em... pandai anak mama masak. Belajar dari siapa?" "Dari kawan yang ambik course katering di IPT dulu, mama. Dia buka restoran sekarang ni...." "Hmm... papa dah kenyang ni. Cakaplah apa yang Fifa nak cakapkan tadi." Datuk Mansor memulakan bicara semula setelah habis makan. "Em... em... begini papa, mama... em..." Teragak-agak Fifa untuk memulakan bicaranya. "La... kenapa pulak ni? Tapi excited sangat nak cakap. Ni dah terkulat-kulat pulak??" "Papa, mama... lepas Dzuhur nanti, Ekmal nak datang sini. Dia ada perkara yang nak dibincangkan dengan papa dan mama." "Apa?? Budak kampung tu nak datang ke sini? Nak cakap perkara apa? Tak ada benda lagi yang nak dicakapkan!!! Kenapa Fifa ni degil? Tak nak dengar cakap mama?? Kan mama dah cakap jangan kawan dengan budak kampung tu lagi!!! Kan Fifa tu nak ditunangkan dangan anak Tan Sri Azman tu!!!" "Mama... Fifa..."

Page 15: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 15

"Sudahlah tu... biarlah dia orang tu berkawan. Bukannya dia orang buat tak senonoh pun selama ni. Pelajaran Fifa pun tak tergugat walaupun dia berkawan dengan budak Ekmal tu. Baik nampaknya budak tu! Lagipun, apa hinanya kawan dengan orang kampung?" "Itulah awak, Datuk Mansor! Awak sedar tak yang dia tu tak setaraf dengan kita? Macam mana hidup Fifa nanti kalau kahwin dengan dia? Apa yang dia nak bagi anak kita makan nanti?" "Mama!! Tak baik mama kata macam tu!! Papa..." Fifa cuba memohon simpati dari Datuk Mansor. "Cubalah awak bawa bersabar sikit, Datin Maznha ooii!! Budak ni baru berkawan. Belum tentu jodoh mereka lagi. Apa salahnya dia orang mengenal hati budi masing-masing dulu? Kalau ada jodoh dia orang pun, apa salahnya??" "Tapi, macam mana Fifa nak sesuaikan diri dengan keadaan kampung tu nanti? Dapat ke dia sesuaikan diri dengan denai dan parit-parit besar? Makan lauk kampung? Pucuk pegaga, ulam raja... paku pakis, petai, jering!! Yang dikutip di tepi-tepi parit?? Di belukar kebun?? Tidur di bilik kecil yang penuh dengan nyamuk?? Saya tak nak anak saya merana kalau kahwin dengan dia!!" "Fifa boleh sesuaikan diri Fifa kalau Fifa mahu!! Fifa sayangkan Ekmal dan Fifa yakin dia takkan sia-siakan hidup Fifa!!" "Hah!! Awak tengoklah anak kesayangan awak tu, Datuk Mansor!! Sebab budak kampung tu, dia berani kurang ajar dengan saya!! Apa yang budak kampung tu dah ubatkan si Fifa ni saya pun tak tahulah... Awak ingat sikit... apa yang dah terjadi pada anak kita si Arfah dulu tu! Awak bersungguh-sungguh nak kahwinkan dia dengan orang kampung!! Apa yang jadik lepas tu?? Budak tu tinggalkan dia digantung tak bertali!! Sampai nak gila anak kita tu!! Lari ke Amerika tu tak balik-balik sampai sekarang! Tak ada khabar berita langsung!! Jangan jadi orang tak betul, Datuk Mansor ooiii!!!" Datin Maznah dan Datuk Mansor masih bertekak walaupun Fifa sudah berlari ke biliknya. Datin Maznah meluahkan ketidakpuasan hatinya ekoran apa yang telah terjadi pada Nur Fitriah Arfah, anak sulungnya satu ketika dahulu. "Awak tu yang dah tak betul, Maznah! Yang dah lepas tu jangan diungkit lagi. Kalau pun awak memang tak sukakan si Ekmal tu, jangan marahkan si Fifa tu! Ini tidak! Sudahlah awak kongkong dia, jodoh dia pun awak nak tentukan! "Awak terlalu manjakan dia sangat. tu yang naik kepala tu..." "Sudahlah!! Malas saya nak bertekak dengan awak ni!! Awak je nak menang. Hah... menanglah awak kali ni, Maznah!" Datuk Mansor bangun dan berlalu ke ruang tamu. Tinggalkan Datin Maznah termenung seorang diri di ruang makan itu. Kembali Ke Atas

Page 16: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 16

Bab 8 Tepat pukul 1.00 tengahari seperti yang dijanjikan, kedengaran bunyi kereta berhenti di halaman luar rumah banglo 2 tingkat milik Datuk Mansor dan Datin Maznah. Fifa berlari-lari anak menuju ke muka pintu dan menanti Ekmal di situ. Setelah mematikan enjin keretanya, Ekmal berjalan perlahan masuk ke perkarangan banglo sambil tersenyum melihat Fifa yang menunggunya. Di tingkat atas, dari tingkap kamar tidurnya, Datin Maznah muncung melihat wajah Ekmal yang tersenyum lebar apabila terlihatkan Fifa. Berbaur perasaannya ketika itu. Marah, geram, benci, menyampah.... segala-galanya berkocak serentak. Segera pula dia berkalih duduk di birai katil apabila menyedari kehadiran Datuk Mansur ke dalam kamar itu. "Marilah turun, Datin Maznah ooii... Janganlah buat macam perangai budak-budak. Si Ekmal tu dah sampai dah tu...," pujuk Datuk Mansur. "Awak sajalah yang turun layan budak tu. Saya tak nak tengok muka dia..." "Ish, tak baik awak buat macam ni. Kan ke budak tu datang dengan niat baik! Nak jumpa kita dan cakapkan perkara penting pada kita! Marilah, Maznah. Janganlah mcam ni..." Datuk Mansur menarik tangan Datin Maznah keluar dari bilik. Mereka menuruni anak tangga bersama. Ekmal yang ternampakkan mereka segera bangun dan menghampiri mereka., Ekmal menjabat tangan Datuk Mansur dan Datin Maznah. Datuk Mansur tersenyum lebar melihatkan sopan-santun Ekmal tetapi tidak pada Datin Maznah. Bukan sahaja dia tidak membalas senyuman Ekmal malah dibalasnya dengan jelingan. "Apa khabar, Datuk, Datin?" Soal Ekmal sebagai pembuka bicara. "Alhamdulillah.... kami berdua sihat. Ekmal pula macam mana?" "Saya pun begitu, Datuk. Alhamdulillah... sehari dua ni sihat. Maaflah kalau mengganggu Datuk sekeluarga hujung minggu ni." "Eh, tak payahlah berDatuk Datin dengan kami. Kan kita ni sama je... Panggil pakcik dan makcik kan ke lebih mesra?" "Maafkan saya.... er.. pakcik. Saya tak biasa lagi." "Ha! Kalau dah tak biasa tu, panggil saja Datuk dan Datin!" Sampuk Datin Maznah. Terdiam Ekmal apabila mendengar kata-kata itu. Datuk Mansur yang turut terperanjat dengan tindakan luar dugaan isterinya itu menyiku tangan Datin Maznah. Merengus Datin Maznah apabila Datuk Mansur berbuat demikian. "Mana pula si Fifa ni? Katanya tadi nak hidangkan makanan tengahari?" Datuk Mansur mengubah tajuk perbualan. Dia meninjau- ninjau ke ruang makan untuk mencari kelibat Fifa. "Saya masih kenyang lagi, pakcik!"

Page 17: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 17

"Papa... mama... makanan dah siap!" Jeritan Fifa bergema di segenap ruang banglo itu. Datuk Mansur tersenyum memandang ke arah Ekmal. "Tu! Dengar tu? Kan pakcik dah cakap, Fifa ke dapur nak hidang makanan tengahari! Jom kita ke ruang makan!" Datuk Mansur menarik tangan Ekmal dan mereka bersaing ke ruang makan. Datin Maznah yang berjalan di belakang mereka hanya mencebik melihat kelakuan kedua-duanya yang seolah-olah akrab. "Ini makanan kegemaran mama. Kari kepala ikan. Mama makanlah.... Fifa masak tak berapa menjadi so, Mek Senah tolong alter tadi. Cuba mama rasa dulu." Fifa menghulurkan mangkuk kari kepala ikan merah ke depan pinggan Datin Maznah. "Dan, untuk you pula. tomyam sea food. Mek Senah ajar I masak tadi. Have a try first. Papa lak, Fifa masakkan ikan bawal sweet sour. Mesti papa makan sampai jilat pinggan nanti!!" Datuk Mansur ketawa besar mendengar seloroh Fifa. Ekmal hanya mampu memaksa bibirnya menguntumkan senyuman apabila dilihatnya mata Datin Maznah merenung tajam ke arahnya. "Oh, untuk mama.... Fifa masak tak menjadi. Then, Mek Senah kena alter. Tapi, untuk budak ni... menjadi pulak Fifa masak, ya! Maksudnya sekarang, Fifa lagi sayangkan budak ni dari mama lah ya! Sanggup masak sedap2 untuk orang lain dari mama sendiri??" Datin Maznah melenting secara tiba-tiba. Ekmal yang baru mahu menyuap nasi ke mulut menjatuhkan kembali nasi ke pinggan. Dia memandang ke wajah Datin Maznah yang mencuka. Datuk Mansur yang menyedari ketidakpuasan pada isterinya cuba menjernihkan suasana. "Maz... bukannya Fifa tak masakkan lauk awak tu! Kan dia dah cakap, dia masak tak menjadi tapi Mek Senah betulkan! Ini bermakna bukan dia tak masakkan lauk tu. cuma tak sempurna je. Kebetulannya kan tomyam tu lagi senang nak membuatnya berbanding lauk awak tu! Itu yang menjadi tu. Awak ni suka fikir yang bukan- bukanlah.... Kecik hati anak kita tu." "Ala.... awak tak payahlah nak sejukkan hati saya yang membara ni, Datuk Mansur ooii.... saya ni lagilah kecik hati dengan perbuatan anak kita ni. Saya dah cakap berpuluh kali dengan dia jangan kawan dengan budak kampung ni lagi! Dia tak nak dengar. Lagi di bawanya budak ni datang ke rumah kita! Dulu, sorang buat perangai.... sekarang apa dah jadi dengan si Arfah tu? Awak nak si Fifa ni jadi macam Arfah juga? Orang-orang kampung ni bukan boleh diberi muka sangat! Naik kepalalah jadinya!!" "Mama!!!" Fifa menjerit. Bulat mata Datin Maznah memandang Fifa apabila mendengar jeritan Fifa padanya. Ekmal sudah menolak pinggan dan bangun dari duduknya. "Pakcik, makcik... saya rasa lebih baik saya balik dulu. Fifa, I balik dulu. Kita jumpa lagi nanti!!" "Jangan jumpa anak aku lagi!!!" Jerit Datin Maznah. Ekmal tidak memperdulikan kata-kata itu dan terus melangkah menuju ke pintu. Fifa yang sudah menangis teresak-esak mengejarnya dari belakang. "Ekmal!!! Tunggu!!!" Kaki Ekmal terpahat di pintu pagar. Dia menoleh memandang Fifa yang semakin kuat tangisnya.

Page 18: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 18

"I'm.... I'm sorry.... really sorry. I tak sangka...." Fifa tak berupaya meneruskan kata-kata. Dia menangis teresak-esak. "It's okay. Bukan salah you. Dan bukan juga salah mama you. I'm the one yang patut disalahkan dalam hal ni. I tahu, kehadiran I tak dijemput. So, lebih baik I balik. Sorry, Fifa... I dah mencuba dan you sendiri dah nampak keputusannya. Lebih baik kita putuskan saja hubungan ni." "Jangan cakap macam tu, Ekmal. I tak boleh hidup tanpa you!!! Kita lari!! Kita kahwin di Thailand!! I sanggup ikut ke mana saja you pergi." "Gila!!! Kita ni orang Melayu, orang Islam!!! You ingat elok buat macam tu???" Ekmal sudah pun berada di dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Fifa berlari masuk ke dalam rumah dengan tangisan yang masih bersisa. "Sanggup mama buat macam ni pada Fifa!!! Apa salah Ekmal pada mama? Kalau pun disebabkan hal kak Arfah dulu, kenapa Fifa yang menjadi mangsa?? I hate you!!!" Fifa berlari mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Datin Maznah menangis teresak-esak. Menyesal dengan perbuatannya. Datuk Mansur hanya duduk diam di hadapan Datin Maznah. Dia sudah malas mahu menasihati Datin Maznah lagi. Kembali Ke Atas

Bab 9 Sudah hampir sebulan Fifa tak bertegur dengan Datin Maznah. Sudah hampir sebulan juga Fifa tak keluar dari bilik. Kalau ada pun, hanya untuk bekerja. Pagi-pagi lagi dia sudah keluar bekerja, dan jauh malam baru balik. Kalau balik awal pun, dia akan menguncikan diri di dalam bilik. Seorang pun di tak tegur kecuali Mek Senah. Datin Maznah pula tetap dengan keras kepalanya. Segala keputusan yang telah dibuat tidak akan ditukar lagi. Pinangan dari keluarga Tan Sri Azman telah diterima. Walau apa pun yang terjadi dia akan tetap dengan keputusannya. Kata putus telah dibuat dan dia takkan tarik balik keputusannya itu. Minggu depan rombongan meminang akan datang. Kalau boleh, hari itu juga Fifa ingin lari dari rumah. Tapi, disebabkan pujukan Maria, dia akur dengan pertalian tanpa kerelaan itu. Biarlah dia menderita. Biarlah dia merana, asalkan mamanya bahagia. Walaupun dia tahu dia tak cintakan lelaki itu, tapi demi Datin Maznah dia akan cuba menyintainya seperti mana dia menyintai Ekmal. Ekmal.... sudah hampir sebulan lamanya mereka tak bertemu. Entah bagaimana agaknya keadaan jejaka kesayangannya itu. Bila telefon di pejabat, jawapan yang diberi dia tiada di office. Kadang-kadang sebelum sempat secretary Ekmal menjawab, Fifa sudah menjawab terlebih dahulu. Dah masak dengan jawapan yang bakal diterima membuatkan dia sudah tawar hati untuk mencari Ekmal. Telefon tangan juga tak diangkat. Tahulah Fifa yang Ekmal sudah mula mahu menjauhkan diri darinya. Ekmal memaksa dirinya untuk melupakan Fifa. Puas juga dia memujuk hati agar tidak terlalu mengingati diri Ekmal, tetapi semakin dia cuba melupakan Ekmal, semakin kuat pula rindu yang datang menggoda.

Page 19: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 19

Kepada Maria lah tempat dia mengadu segala-gala yang terbuku di dada. Nasib baik Maria ada, kalau tidak mungkin saat ini dia sudah pun mendaki anak tangga bangunan pejabatnya dan berdiri di bucu bangunan, memandang ke bawah - di mana banyak kereta yang lalu- lalang.... dan.... dia akan terjun ke bawah. Biar berkecai badannya, biar terburai isi kepalanya.... dia lagi rela dari terpaksa menyerahkan cintanya pada lelaki lain. Astaghfirullahal azim.... dia mengucap panjang. Selagi dia bernama Nurfitriah Afifah yang beragama Islam, dia takkan lakukan semua perkara yang dilaknati Allah SWT. Fifa pandang satu persatu hantaran balasan untuk pihak lelaki. Mamanya sanggup berhabisan untuk membuat hantaran yang terbaik. Bermacam-macam barangan yang dibeli. Semuanya mahal-mahal belaka. Maklumlah... nak berbesan dengan orang kaya raya. Saudara mara yang jauh di kampung semuanya sudah dijemput. Yang datangnya bukan satu dua kereta, tapi empat lima van! Itu baru sebelah mamanya, belum lagi sebelah papa!! Sikitpun Fifa buat tak hirau dengan saudara mara yang datang ke rumah menolong menyiapkan hantaran. Bukan dia sombong tapi, fikirannya berkecamuk. Perasaannya berbelah bahagi. Antara kebahagiaan keluarganya dan kebahagiaan dirinya sendiri. Setiap hari, bersama Maria yang menjadi teman setianya mereka keluar bersiar- siar untuk menenangkan fikiran. Banyak kali dia ditegur oleh neneknya. Anak dara yang nak bertunang tak baik keluar malam-malam. Nanti sesuatu terjadi, susah pula. Kata-kata itu tersumbat di telinganya sejak dia berusia 16 tahun. Namun dia tetap buat tak faham dan selalunya orang tua itu terpaksa menelan balik kata-katanya..... ***** Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Sejak Subuh lagi suasana rumahnya sudah riuh rendah. Suara anak-anak sepupunya sudah mula berkeriau seperti suara anak burung yang kelaparan. Fifa duduk sendirian di atas katil. Sesudah solat Subuh tadi, dia duduk meneleku di situ. Maria yang kebetulan cuti uzur hari ini masih nyenyak tidur. Sesekali dia memandang ke arah Maria. Kan bagus kalau tempatnya ditukar dengan Shida. Tak payahlah dia berserabut kepala otak nak memikirkan semua ini. Pintu diketuk dan kedengaran suara Datin Maznah menjerit memanggil Fifa dan Maria. Fifa yang tadinya duduk menarik bantal dan menutup telinganya. Dia merebahkan kembali badan ke dada katil. Mata dipejam namun, ketukan demi ketukan membuatkan dia lemas dan bangun menghampiri pintu. Dia memulas tombol pintu dan menjongolkan kepala. "Fifa, cepat sikit siap, ya! Kemas katil tu elok-elok. Kejutkan Maria tu. Dah siang dah ni." Fifa tidak menjawab sebaliknya terus menutup pintu. Dia terus baring semula ke atas katil dan mengambil bantal lalu menutup telinganya. "Fifa... Fifa!!! Buka pintu ni. Mama nak masuk!!" Jerit Datin Maznah di muka pintu. Pun begitu, Fifa tetap membatukan dirinya. Maria yang baru terjaga terkulat-kulat memandang ke arah Fifa dan kemudian tidur semula.

Page 20: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 20

"Maria!! Bangun!! Hooii anak dara... bangun!! Dah siang dah ni!! Tak laku korang nanti!!! Bangun!!!" Maria segera bangun dan menarik tangan Fifa. Fifa merengus dan menolak Maria sehingga gadis itu tersungkur ke bawah. "Sorry... sorry, Mar. Aku tak sengaja. Aku just nak tolak pelan-pelan je tadi!!" Tersekat-sekat suara Fifa meminta maaf pada Maria disebabkan menahan ketawa. Maria yang baru bangun meloncat ke atas katil dan mencekik leher Fifa. "Sorry kepala otak kau! Kalau leher aku patah tadi macam mana?" Fifa tak menjawab. Dia tak berupaya menjawab kata-kata Maria. Pertama kerana Maria mencekik lehernya dan kedua, dia masih menahan geli hati melihatkan Maria tergolek jatuh sebentar tadi. "Gelaklah... Gelak!!! Itu je yang kau tau! Hari ni kau nak bertunang tau! Jangan buat perangai tak betul kau tu!!" Fifa tiba-tiba bungkam. Dia menarik bantal peluk dan memeluknya kemas. Diliriknya Maria dengan ekor matanya. "Kenapa kau pandang aku cam tu?" "Aku tak nak bertunanglah, Mar. Kalau aku minta kau gantikan tempat aku, kau nak tak??" Maria menjegilkan biji matanya memandang Fifa. "Kau gila?? Kau ingat, kita ni tengah main kahwin-kahwin ke??? Kau ingat, yang datang ni makcik-pakcik kau..???" "Aku sayangkan Ekmal, Mar. Aku cintakan dia seorang saja. Aku tak nak bahagikan cinta aku pada dua lelaki. Kau faham tak??" "Aku faham, Fifa. Aku tahu kau cintakan Ekmal. Tapi, kau kena ingat, kalau ada jodoh kau dan dia, kau akan tetap jadi milik dia. Percayalah...." Fifa menarik nafas panjang. Maria memeluk bahunya. Agak lama Fifa termenung memikirkan kebenaran kata-kata Maria itu. "Okay, aku ikut kata kau! Aku yakin, jodoh aku memang dengan Ekmal." Fifa bingkas bangun dan menuju ke bilik mandi. Seketika kemudian, kedengaran bunyi air pancuran mencurah dan Maria tahu Fifa sedang membasahkan kembali hatinya yang kontang.... Kembali Ke Atas

Bab 10 Maria mendandan Fifa selepas Fifa selesai bersolat Dzuhur. Sesekali Fifa merenung jauh ke arah gambar Ekmal yang berada di kepala katil. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Ke mana agaknya Ekmal sekarang? Datangkah dia ke majlis pertunangan ini nanti? Dapatkah dia menerima hakikat ini atau pun dia juga seperti aku? Terpaksa menelan kenyataan yang sepahit hempedu ini??

Page 21: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 21

"Maria! Kau rasa Ekmal datang tengok aku tak?" Soal Fifa tiba-tiba menyebabkan Maria terperanjat. "Kenapa kau tanya cam tu?" "Entahlah... tiba-tiba je aku rasa macam nak jumpa dia sangat. Kau rasa, dia datang tak?" "Insya-Allah... dia akan datang kalau Allah lorongkan hatinya ke sini, Fifa. Janganlah kau bimbang..." "Aku... aku rindukan dia, Maria... Macam manalah reaksi dia tengok aku nanti..." Airmata mula mengalir ke pipinya. Teresak- esak dia menangis. Maria jadi kelam-kabut. "Fifa... janganlah macam ni. Habis make-up kau ni. Kau jangan bimbang, nanti aku akan jumpa dia dan beritahu kau nak jumpa dia, okay?" Maria memberi cadangan. Sekadar untuk memujuk Fifa. "Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Maria?" Maria mengangguk. Bibirnya mengorak kembali sekuntum senyuman. "Kau janji??" "Ya, aku janji dengan kau. Janganlah bimbang.... Dah, kesat airmata tu, susah aku nak make-up kalau muka kau tu basah dengan airmata!" Fifa mengesat airmatanya dengan telapak tangan. Maria terus mendandan Fifa sehingga jam hampir menunjukkan ke angka 2.00 petang. Sebaik sahaja selesai mendandan, kedengaran kecoh di luar rumah. Maria yang sejak tadi tak duduk diam menjadi panik. Peluh mengalir di dahi dan pipi dan wajahnya kelihatan pucat. Fifa yang melihat dia begitu menjadi risau. "Janganlah panik, Mar.... Nanti, aku kunci pintu bilik ni. Biar dia orang tak dapat masuk!" "Eh, kau gila?? Kalau kau nervous, kau tunduk je." "Aku yang nervous ke, kau yang nervous ni?? Aku ni yang nak bertunang, bukannya kau!! Kau tu yang buat aku nervous sebenarnya tau! Dah!! Lap peluh kau tu. Kalau muka aku berpeluh, kau boleh tolong make-up balik tapi kalau muka kau tu yang berpeluh, aku tak tahu nak tolong make-up!" Maria mengelap peluh yang mengalir laju. Dia membersihkan sisa-sisa make-up di muka Fifa. Sesekali dia merenung wajah gadis jelita itu. Bertuah kau kerana berjaya memiliki Shamsul, Fifa. Aku yang menyimpan angan-angan selama ini tak berpeluang langsung. Ternyata kau memang pilihan utama mereka sehinggakan Shamsul terpaksa meninggalkan aku.... Aku terpaksa pasrah menerima hakikat ini walaupun aku tahu antara kita tiada yang akan bahagia melainkan kecewa dengan takdir ini. Airmatanya menitis perlahan-lahan. Segera dia menyekanya kerana bimbang Fifa perasan. "Kau menangis, Mar?" Tersentak Maria mendengar pertanyaan Fifa. "Hah?? Tak adalah...." Maria mengesat airmata. "Kau jangan nak tipu aku! Tu yang kau kesat tu apa? Air tembikai??" Fifa menarik Maria rapat padanya. Dipegangnya pipi Maria. "Kenapa kau menangis ni?? Aku dah sakitkan hati kau ke??"

Page 22: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 22

"Taklah... aku.... aku cuma bimbang nanti kalau kau dah berumahtangga, kau akan lupakan aku. Yalah... orang dah berdua. Takkanlah nak jumpa aku lagi?!!" "Ish, ke situ pulak kau ni! Kau cakap dengan aku betul-betul, Mar... Betul ke kau bimbangkan aku atau ada perkara lain yang membuatkan kau menangis ni??" "Betul!! Aku sedih sebab aku akan kehilangan seorang sahabat suka duka aku. Nanti, kau dah tak ada banyak masa lagi nak spend ngan aku. Siapa yang nak kongsi problem ngan aku nanti??" "La... kau ke aku ni baru je bertunang! Bukannya kahwin pun... Kau jangan risau... kau doakan je aku tak ada jodoh ngan dia. Tak adalah kau kehilangan member... Lagipun, kalau pun aku dah kahwin ngan Ekmal nanti... kau tetap best friend aku, apa?? Kau tetap menjadi orang kedua terpenting dalam hidup aku selain Ekmal dan family aku!" Maria tersenyum tawar. Jaminan dari Fifa tak bermakna apa-apa padanya. "Eh, dahlah.... tu, orang dah nak habis berbincang dah agaknya tu. Kita ni boleh lagi dok berborak. Duduk baik-baik sikit. Nanti mak mertua kau masuk, tengok kau duduk ntah cam apa nanti.... apa pula dia kata!!" "Lagi elok, tak yah bertunang ngan anak dia." Fifa tergelak kecil. Dia menutup mulutnya agar gelaknya tak didengar oleh orang di luar. "Hah, masuklah.... Siapa yang nak sarungkan cincin ni? Biarlah bondanya yang sarungkan. Lagi afdal!!!" Terdengar suara Datin Maznah di depan pintu biliknya. Entah bila mereka naik ke tingkat atas, mereka pun tak sedar. Maria berdiri di sebelah Fifa. Membetulkan apa-apa yang patut. Dan, ada yang ketawa mendengar seloroh itu. Fifa mencebik. Afdal konon..... kita tengoklah nanti, afdal ke tidak.....!! Gerutunya. "Cantik bakal menantu, bonda. Bertuahlah Sham dapat kamu, nak...." Fifa hanya mendengar kata-kata bakal mertuanya tanpa berkata apa-apa. Bibir matanya sudah berat dirasakannya. Tanpa dipinta, airmatnya berlinangan dan tumpah jua akhirnya.... Alangkah bagus kalau emak Ekmal yang menyarungkan cincin ni ke jari manisku. Alangkah bahagianya kalau hantaran itu semuanya datang dari pihak Ekmal.... Alangkah..... Ah, airmatanya jatuh lagi. Dan, tanpa pengetahuan Fifa, Maria menyeka airmatanya. Airmata kegembiraan dan kekecewaan. Gembira kerana akhirnya sahabat karibnya menjadi tunangan orang dan kecewa kerana tunangan sahabat karibnya itu adalah kekasihnya sendiri. Alangkah bagusnya kalau aku yang duduk di kerusi itu. Tapi sayang.... bunga lain yang dicium Shamsul, bunga lain yang dipetik keluarganya.... Kembali Ke Atas

Bab 11 Hairan Fifa... Sejak hari pertunangannya dan Shamsul, sehinggalah ke hari ini, tiada langsung khabar berita dari Maria. Puas juga dia menelefon ke pejabat Maria tetapi jawapan yang

Page 23: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 23

diterima baik dari mesin jawapan atau dari pembantunya ialah dia bercuti panjang. Kenapa dia tak beritahu? Apa pula alasannya untuk bercuti kali ini? Tak pernah pula dia tak hubungi aku kalau nak bercuti?? Bermacam-macam persoalan bermain di benaknya. Sekali lagi dia mendail ke pejabat Maria. Ingin juga dia tahu ke mana Maria pergi bercuti. Kedengaran suara lembut milik pembantu Maria menjawab panggilannya itu. "Hallo. Itu Mazni ke?" "Ya! Saya Mazni. Cik Fifa ke tu? Ada apa-apa yang boleh saya bantu cik Fifa?" "Ya! Saya nak tahu sikit... ada tak cik Maria beritahu awak di nak bercuti ke mana?" "Hmm... seingat saya tak ada pula, cik Fifa! Selalunya pun memang dia tak pernah beritahu saya ke mana dia nak pergi bercuti melainkan kalau ada something urgent yang masih pending dan memerlukan dia memantau dari jauh. Itu pun cuma diberi nombor telefonnya saja. Kenapa cik Fifa? Ada hal penting ke? Cik Fifa tak cuba telefon handphone dia ke?" "Sudah! Dah puas saya cuba contact handphone dia tapi saya rasa dia off telefon tu. Sebab tu saya tanya awak ada tak dia call balik ke office dan beritahu ke mana dia pergi!" "Maaflah, cik Fifa! Dia tak ada telefon dan tak beritahu pun dia ke mana." "Tak apalah... terima kasih, Mazni. Sorrylah kalau mengganggu awak!" Gagang diletak kembali. Dia menyandarkan badan ke kerusi empuk miliknya. Dari riak wajahnya, jelas melambangkan kebimbangan di atas 'kehilangan' sahabat karibnya itu. Segera pula ingatannya beralih pada peristiwa tempohari. Dia merengus perlahan. Puas sudah dia menghubungi mana-mana hotel di seluruh Malaysia namun jawapan yang diterima nama Maria tiada dalam rekod pelanggan mereka. Fifa mengacau air milo yang sudah hampir sejuk. Perlahan-lahan dia menghirup air itu. Kembali Ke Atas

Bab 12 Pintu diketuk orang. Segera dia meletakkan cawan bulat besar itu dan menyuruh orang tersebut masuk. Pintu berkeriut dibuka dan sebatang tubuh yang tidak pernah dikenali dan dilihat masuk ke dalam biliknya dengan sejambak bunga carnation kuning air di tangan. Terperanjat dia melihat orang itu. "Siapa awak? Do I know you?" Soalnya dengan nada terperanjat. Lelaki itu tersenyum meleret padanya. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah lelaki itu. "Maafkan saya, cik Fifa. Saya mengganggu cik Fifa ke?" "Er.... tak adalah... Tapi bunga ni untuk siapa?" "Untuk cik Fifa."

Page 24: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 24

Lelaki itu menghulurkan jambangan bunga itu kepada Fifa. Fifa menyambutnya tak percaya. Takkanlah lelaki ni budak penghantar bunga! Kalau betul, kenapa dia mesti pakai kot dan neck tie? "Dari siapa bunga ni??" "Dari saya!" "Hah!!??" Fifa memandang seperti tak percaya dengan kata-kata lelaki itu. "Awak jangan main-mainkan saya! Saya tak kenal siapa awak! Ambil balik bunga ni!" "Janganlah macam tu, cik Fifa. Awak pernah jumpa saya tapi mungkin awak tak ingat. Dah hampir setahun kita tak berjumpa. Saya Hatta Hanafiah. Saya harap kedatangan saya ke sini tak memeranjatkan awak." "Apa pula tak terperanjat! Saya terperanjat tau! Saya tak kenal awak, tapi macam mana awak boleh kata saya kenal awak!" "Cik Fifa ni macam bimbangkan sesuatu je. Boleh saya tahu kenapa?" "Kenapa awak sibuk nak tahu ni?" Marah Fifa. "Hanya nak tahu.... awak ni bimbangkan Maria ke?" "Eh, mana awak tahu hah?? Awak ni private investigator ke?" Tergelak Hatta mendengar kata-kata Fifa itu. "Ya Allah... sakit perut saya gelakkan awak. Saya ni bukannya pengintip. Takkanlah saya nak mengintip awak je sepanjang masa. Lebih baik saya siapkan kerja saya yang melambak kat office tu dari buang masa intip awak. Lagipun, untuk siapa saya mengintip awak? Untuk Ekmal ke... untuk Shamsul??" "Hei!! Mana awak tahu pasal saya ni?? Siapa awak ni sebenarnya?? Baik awak cakap, kalau tak saya halau awak sekarang juga!!" "Sabar, cik Fifa.... Janganlah cepat melatah! Saya ni bukannya pengintip upahan siapa-siapa pun... Saya selidik semua tentang cik Fifa sebab saya sukakan cik Fifa dari dulu lagi! Selamat bertunang dengan Shamsul Amri." "Apa ni?? Awak sukakan saya?? Gila ke?? Jadi, selama ni awak memerhatikan gerak geri saya lah??" Hatta tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk. Bibirnya tak henti-henti menghadiahkan senyuman pada Fifa. Fifa memerhatikan Hatta dari atasa ke bawah. Ada tokoh jadi private investigator ni.... "Saya tahu awak bertunang pun sebab tengok kad jemputan tetamu yang kakak ipar saya dapat. Saya ada waktu hari awak bertunang tu. Mungkin awak tak perasan. Cantik awak hari tu...." "Awak.... awak ni siapa sebenarnya??? Setan yang menyamar jadi orang ke.... jin???"

Page 25: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 25

Hatta ketawa besar kali ini. Baginya kata-kata itu terlalu lucu sekali. Fifa memandang tajam padanya membuatkan dia berhenti ketawa. Walaupun masih bersisa ketawanya, dia cuba untuk bersuara. "Maafkan saya cik Fifa. Saya tak dapat tahan rasa geli hati bila dengar kata-kata awak tu. Janganlah anggap saya ni setan pulak, cik Fifa. Kesian saya. Sebenarnya kakak saya ada kaitan persaudaraan jauh dengan awak. Dia menantu makcik awak yang duduk dekat Kuala Selangor tu. Saya ni tak ada kaitan langsung ngan awak. Janganlah awak bimbang.." "Ish, tak faham saya dengan awak ni, Encik Hatta." "Tak mengapalah kalau tak faham. Oh iya! Awak ni nampak pucat je kenapa? Apa yang merunsingkan awak hari ni, cik Fifa?" Fifa memandang tepat ke mata Hatta. Betullah macam pengintip... gerutu hatinya. "Tak payah bercik-cik dengan saya. Panggil Fifa je dah memadai. Saya sebenarnya tengah bimbangkan kawan saya, Maria." "Hah... Maria... macam mana agaknya dia sekarang ya! Macam dulu lagi ke? Dengan kelam kabutnya tu?" "Maria pun awak kenal??" Hatta mengangguk. "Kenapa dengan Maria?" "Entahlah... lepas je saya bertunang, dia menghilangkan diri. Tak beritahu saya ke mana dia pergi. Bila saya telefon ke office, pembantunya kata dia pergi bercuti. Selalunya... dia akan beritahu saya ke mana dia nak pergi tapi kali ni..," ujar Fifa perlahan. Di matanya terbayang wajah Maria. Sahabat dari kecil sehingga kini. Kehilangan Maria memang membimbangkannya. "Mungkin dia pergi menenangkan perasaan. Atau mungkin dia ada masalah peribadi dan nak selesaikan seorang diri?" "Masalah peribadi? Selama ni dia tak pernah sorokkan apa-apa dari saya. Masalah saya adalah masalah dia dan sebaliknya. Kenapa baru sekarang dia nak sorokkan sesuatu dari saya?" "Mungkin pasal masalah dia dan boyfriend?" "Boyfriend? Setahu saya, dia tak ada boyfriend pun..." "Tak apalah... berdoa sajalah dia selamat walau di mana pun dia. Saya kena balik ke office saya dulu. Sampaikan salam saya buat Ekmal dan Shamsul." Hatta bangun dari duduk dan melangkah meninggalkan bilik berhawa dingin Fifa itu. Fifa tidak menjawab dan tetap memikirkan tentang Maria. Kembali Ke Atas

Page 26: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 26

Bab 13 Maria merebahkan badannya ke katil. Serta merta dia teringatkan Fifa yang masih jauh di Kuala Lumpur. Apalah khabar dia sekarang? Maria mengeluh perlahan. Cukup untuk dia seorang yang mendengar keluhannya itu. Dia tahu, bukan dia saja yang tidak merelakan perhubungan yang terjalin tapi... Shamsul, Fifa dan Ekmal sendiri pun tak pernah merelakan semua ini. Dia juga tahu, bukan hatinya sahaja yang terluka, malah.. hati Fifa, Shamsul dan Ekmal turut merasakan kepedihan ini. Bukan dia tak tahu, Shamsul menyintainya sepenuh hati. Mungkin orang akan katakan padanya, janganlah nak berangan. Pipit kawan dengan pipi dan enggang kawan dengan enggang. Itu dia akui sepenuhnya. Tapi, salahkah kalau sang enggang sendiri yang mahu berkawan dengan sang pipit? Robek hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Luka hatinya hanya dia seorang yang menanggung. Bukan Fifa yang harus dipersalahkan. Bukan juga Shamsul; jejaka yang amat dicintainya itu. Takdir?? Jangan sesekali menyalahkan takdir. Sememangnya sudah tersurat sejak azali lagi. Berita itu bukan pertama kali didengar dari mulut Fifa. Dia mendengar berita itu dari mulut Shamsul sendiri. Seminggu sebelum Fifa membuka cerita padanya. "I've something to discuss with you, Maria. I harap you takkan terperanjat bila mendengar berita ni." Shamsul menarik dia duduk di bangku panjang yang terdapat di taman rekreasi itu. Maria menurut. "Kenapa, Sham? Pasal kita ke?" Shamsul mengangguk perlahan. Maria tersenyum. Cuba menghiburkan Shamsul yang agak muram hari itu. "You nak datang pinang I ke?" Shamsul diam. Jenaka Maria sedikit pun tak menarik minatnya untuk ketawa. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Seribu pertanyaan bersarang di otak Maria. Kenapa? Serius sangat ke sampai dia tak berupaya nak berkata-kata? "Mar... you pun tahu yang I ni anak tunggal dalam keluarga I, kan!" Maria mengangguk perlahan. "Maafkan I, kalau perkara ni akan menyinggung hati you. I akan dikahwinkan dengan pilihan orang tua I. I'm sorry, Mar. I terpaksa menurut kehendak orang tua I kerana mereka berhak menentukan siapa isteri I. I... I memang cintakan you, but I hope you will understand." "You akan dikahwinkan dengan orang lain? Mengapa, Sham? Mengapa you senang-senang menurut kata-kata ibu you sedangkan you mempunyai pilihan sendiri? Mengapa you tak berterus-terang pada keluarga you tentang hubungan kita?" Maria sudah mula melenting. "You tak berada di tempat I sekarang, Mar. Kalau I cakap pun, bukan mereka nak terima kata-kata I. Mereka tetap dengan keputusan mereka!!" "Kenapa mesti sekarang baru you nak beritahu mereka? Kenapa bukan dulu... sewaktu kita mula serius? You memang tak pernah nak serius dengan hubungan ni, kan! Kata sajalah kalau you dah tak sukakan I! I sedar siapa diri I, Sham! Tak layak nak berdampingan dengan orang seperti you! Tapi, kenapa you mesti menipu I" Kenapa?" Serentak itu Maria menampar muka Shamsul yang putih melepak itu.

Page 27: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 27

Shamsul meraba pipinya yang masih panas dek tamparan Maria sebentar tadi. Maria menangis teresak-esak. Shamsul cuba menenangkan Maria tetapi Maria meronta mahu melepaskan diri dari pegangan Shamsul. Kesabaran Shamsul teruji dengan sikap tak mahu mengalah Maria. Dia menampar Maria dan menarik Maria ke dalam pelukannya untuk memujuknya. Maria menangis di dadanya yang bidang itu. Dan, malam itu menyaksikan derita seorang wanita..... "Maafkan I, Mar. I tak boleh nak buat apa-apa. Maafkan I...." Airmata lelakinya gugur perlahan-lahan. Maria masih tersedu-sedu dalam rangkulannya. Sampai hati kau, Shamsul... Aku begitu menyintai kau sehingga sanggup menerima kutukan orang lain, tapi ini balasan kau di atas ketabahan dan kesetiaan yang aku berikan. Kau kejam... meninggalkan aku seorang diri sedangkan kau akan berbahagia di samping Fifa; sahabat karibku sendiri!! Dan, dia menangis tersedu-sedu.... Kembali Ke Atas

Bab 14 "Fifa.... cepat sikit!! Shamsul dah sampai ni!!" Datin Maznah menjerit dari ruang tamu. Fifa merungut sendirian. Ish... sibuk je datang ajak keluarlah, itulah, inilah... Malas betul aku nak layan jantan sorang ni!! "Fifa rasa nak demamlah, Ma... Suruh jelah dia tu balik. Fifa tak nak keluar malam ni. Fifa nak tidur." Dia membalas dan terus memeluk bantal Garfield besarnya. Tersentak Datin Maznah mendengar jawapan Fifa yang berada di tingkat atas. Dia memandang ke arah Shamsul yang kelihatannya tenang menanti. Malu dia pada Shamsul yang pastinya mendengar jawapan Fifa sebentar tadi. "Sekejap ya, Sham. Untie panggilkan Fifa. Dia tu memang macam tu. Selalu cakap yang bukan-bukan. Sham minumlah air tu dulu. Nanti Mek Senah bawakan muffin coklat. Sham tunggu sebentar ya!" Datin Maznah bangun dan menuju ke tingkat atas. Shamsul hanya tersenyum dan apabila Datin Maznah berlalu, dia menarik nafas panjang dan melepaskan satu keluhan berat. Kalau aku tahu macam ni nak jadi, mati hidup balik pun aku tak setuju dengan cadangan bonda yang nak sangat aku keluar dengan kau, Fifa. Aku lebih rela duduk memerap kat dalam bilik daripada keluar dengan kau. Tak pun... mungkin di saat ini aku tengah bergayut dengan Maria. Maria?? Oh, Maria... bagaimana kau sekarang gadis pujaanku?? "Sham... cantik tak kalau I pakai baju ni?" Maria menunjukkan baju yang berada di tangannya kepada Shamsul. Shamsul mengangguk lemah. Maria tersenyum. "Cubalah you pakai dulu baju tu. Manalah tahu kalau-kalau tak muat pula nanti. Karang rugi je kalau beli." Kali ini giliran Maria pula mengangguk. Maria berlalu masuk ke fitting room. Shamsul menongkat dagu sambil menunggu Maria.

Page 28: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 28

"Cantiklah baju ni, Sham. I rasa macam nak beli pulak. You rasa sesuai tak dengan badan I?" Maria menghampiri Shamsul yang sedang enak diulit angan-angan. Shamsul yang terperanjat dengan kehadiran Maria hanya mengangguk. "Cantik. Belilah kalau you dah berkenan. Nah, guna kad I ni." Shamsul menghulurkan kad kreditnya kepada Maria. Maria menggeleng dan menolak lembut kad yang dihulurkan padanya. "I yang nak beli baju. Kenapa mesti you pula yang kena keluar duit?" Shamsul tersenyum mendengar pertanyaan Maria itu. "I akan bayar setiap barang yang you beli. Nanti bila dah kahwin pun I yang akan tanggung you. So, I nak biasakan diri dari sekarang." Maria mencubit lengan Shamsul dan Shamsul mengaduh kesakitan. Salesgirl yang kebetulan berada berdekatan mereka hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Maria menyerahkan baju dan kad kredit kepada sales girl itu dan dia menurut langkah gadis itu ke kaunter. Shamsul menyambung kembali angan-angannya yang terputus sebentar tadi. "Shamsul.. I dah sudah." Shamsul hanya membatukan diri. "Sham..." Tiada jawapan. Dia masih lagi dengan angan-angannya. "Shamsul..." Serentak dengan itu, satu tamparan lembut jatuh ke bahunya. Shamsul tersentak. Tubuh yang berada di hadapannya sekarang bukan lagi Maria tetapi sudah diganti dengan Fifa dan Datin Maznah. Barulah dia tersedar yang Maria sudah pergi jauh dari dirinya. "I'm.... sorry, untie, Fifa." Hanya itu yang termampu diucapkan olehnya kala ini. Datin Maznah tersenyum. Hanya Fifa yang mencuka. Dia mencebik seorang diri. "It's okay, Shamsul. Okay, baik korang pergi sekarang. Pergi sebelum si Fifa ni ubah fikiran sekali lagi. Please take care of her for me." "Insya-Allah... I will, untie." Janji Shamsul. "Fifa pergi dulu, Mama." Fifa mencium tangan Datin Maznah. Shamsul hanya memandang ke arah mereka. Fifa, beruntung siapa yang dapat memiliki gadis selembut dan sesabar kau. Aku?? Tak mungkin... Aku tak pernah berhajat untuk memilikimu!! Kembali Ke Atas

Bab 15 "Maafkan I kalau kedatangan I ke rumah you membuatkan you rasa tak tenang. Bukan I sengaja nak datang ke rumah you. Bonda I yang paksa. I tahu, you tak suka I. But we have no choice! Kita telah ditakdirkan untuk mengikut telunjuk parents kita!" "You know what?? Kalau I jadi you, I'll tell my parents yang I tak nak bertunang dengan gadis yang I tak suka. They can't do this to us!! Kita kan dah besar.... Kita boleh manage diri kita sendiri... We can make any decision yang kita rasa betul. Tapi, you.... tunduk,

Page 29: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 29

mengangguk... terima semua keputusan mereka. You ni lelaki dayus, tau tak??" Lancar sekali mulut Fifa menyerang Shamsul. Shamsul memandang tepat ke wajah Fifa. Sungguh. Dia tak pernah menyangka gadis yang cantik dan berpelajaran seperti Fifa sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu. Kalau baru sekejap tadi dia memuji Fifa, tapi kali ini dia rasa mahu menghina sikap kurang ajar Fifa padanya. "May be apa yang you cakap tu betul. Tapi, I ni bukanlah anak derhaka yang sanggup melenting, melawan cakap orang tua. I tak tahulah kalau you memang jenis macam tu!" Balas Shamsul sinis. Fifa menggertap bibir menahan geram. Sayang sekali, Fifa. Gadis sejelita kau mempunyai mulut yang berbisa. Ternyata kau tak sehebat Maria dalam menerima hakikat. Lancang betul mulut kau, Shamsul... Kau nampaknya sengaja nak mencari gaduh dengan aku. Kau gagal untuk memenangi hatiku sebagaimana Ekmal... "Well... I rasa tak guna kita bertengkar tentang perkara ni. Maafkan I di atas percakapan I tadi. Actually I saja nak duga hati you. I nak jumpa you ni pun nak bincangkan tentang kita!" "Pasal kita? Apa lagi yang you nak bincangkan dengan I ni, Shamsul?? You ni nobody pada I. So, tak yahlah kita nak bincangkan hal ni lagi. You yang gatal sangat ikut cakap parents you, kan! You yang kena settlekan benda ni sendiri. Sekarang I tak nak cakap apa-apa lagi. Take me home!! NOW!!" "Come on, Fifa!! Professional lah sikit!! You ni bukannya orang yang belajar takat tingkatan 5 je, kan! Takkanlah you tak boleh nak asingkan emosi dan akal. I tahu you marah sangat dengan pertunangan ni. Tapi, buat masa ni tolonglah terima dulu hakikat. Kita cuba berbincang macam mana nak elakkan perkahwinan ni berlangsung." Shamsul sudah naik darah melihatkan sikap keras kepala Fifa. Lagi kita berlembut, lagi dia naik kepala. "Okay, sorry. Kalau itu kehendak you, I setuju. I nak you tahu yang I ni sebenarnya dah ada somebody. Terus-terang I cakapkan cinta I hanyalah untuk dia sahaja. Mungkin kalau perempuan lain, akan cair melihat you tapi untuk I, cukuplah boyfriend I saja." "Samalah dengan I. Walaupun girlfriend I tak secantik you, tapi sikit pun tak terlintas di hati I untuk curang pada dia. Dialah satu-satunya perempuan dalam hati I." Perbulaan mereka terhenti seketika kerana telefon bimbit Shamsul berbunyi. Sambil menunjukkan isyarat tangannya kepada Fifa untuk menunggu, dia mencapai telefon. "Ya, speaking. Oh you! Where have you been?? I cari you merata-rata tempat." "Okay, I jumpa you di sana. Remember!! Don't you ever do any stupid things!! I'll be there about 15 minutes. Wait for me..." "I'm sorry, Fifa. I ada something urgent to do. I hope you can forgive me for this." Fifa hanya mengangguk lemah. Perbincangan baru mahu bermula, kini tertunda ekoran Shamsul menerima panggilan dari seseorang.

Page 30: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 30

Tentu girlfriend dia yang telefon. Bertuahnya girlfriend dia dapat guy macam dia ni. Aku?? Ah, Ekmal buat tak reti je dengan aku. Ekmal... di mana kau sekarang, sayang? Hatinya merintih pilu. "Let me take you home." Shamsul memegang tangan Fifa. Kerana terperanjat dengan tindakan luar jangkaan Shamsul itu, Fifa menarik tangannya kasar. "I'm sorry..." Shamsul menarik kembali tangannya dan meraut mukanya beberapa kali. Fifa menarik nafas panjang. Malu dengan tindakannya sebentar tadi. "No! I'm sorry. I terperanjat bila you pegang tangan I tadi. Sorry..." "It's okay. Itulah yang Maria buat waktu pertama kali I pegang tangan dia.." Shamsul berkata selamba tapi cukup untuk membuatkan dada Fifa berombak kencang. "Maria??" Shamsul mengangguk. "My girlfriend." "Ooo.." Hanya itu yang termampu diucapkan oleh Fifa ketika itu. Tapi dalam hatinya pertanyaan bergolak kuat. Maria? Maria sahabatku kah? Entah kenapa tiba-tiba wajah Maria terpampang di matanya dan kala itu dirasakan kepalanya tiba-tiba menjadi berat. "Fifa.. Are you okay?" Fifa menggeleng dan tersenyum. "I tak apa-apa. Don't worry." "I papah you!" Fifa menggeleng dan berjalan sendiri mendahului Shamsul. Masuk saja ke dalam perut kereta, Shamsul terus memasang lagu dari kaset Toni Braxton; You're Makin' Me High. Fifa terpegun mendengar lagu itu. Itu lagu kesukaan dia dan Maria. Dia memandang wajah Shamsul tetapi lelaki itu tetap selamba memandu. Apa maksud dia berpura-pura selamba? Apa hubungan dia dan Maria? Ah, mungkin secara kebetulan sahaja, Fifa... jangan syak yang bukan-bukan, hatinya berkata sendirian. "Lagu ni kesukaan girlfriend I. Tapi, dah lama dia tak contact I. Sejak kita bertunang. Tadi yang telefon tu dialah." Merona merah wajah Fifa mendengar penjelasan Shamsul. Mungkin memang benar Shamsul tak tahu yang dia dan Maria bersahabat baik. Kalau tidak, masakan dia tanpa rasa bersalah menceritakan segala-galanya? "Oh iya ke? Eh, berhenti di sini sajalah, Shamsul. I boleh ambil cab dari sini ke rumah." Fifa mengarahkan Shamsul memberhentikan kereta di bahu jalan. Terperanjat dengan arahan mendadak Fifa membuatkan Shamsul berhenti mengejut. "Kenapa pula nak berhenti di sini? Kan I dah janji pada untie nak hantar you balik sampai rumah. Nanti apa pula kata untie." "Tak pa. You kan nak cepat. Nanti makwe you tunggu lama sangat. I boleh balik sendiri. Percayalah... I boleh jaga diri I."

Page 31: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 31

"Okay, kalau itu kehendak you. Kirim salam pada untie. Hah, nampak tu macam cab. Biar I tahankan untuk you." Shamsul mendahului Fifa keluar dari kereta dan menahan teksi. Fifa mencapai tas tangannya dan mendekati Shamsul. "Cukup sampai sini je, Sham. Thanks." "I'm so sorry, Fifa. I didn't mean.... Next time-" "Insya-Allah... Next time kita bincangkan hal ni. Pergilah, nanti you lambat." Fifa masuk ke dalam cab dan Shamsul berlalu ke keretanya. Pemandu teksi bertanya ke maan destinasi yang mahu dituju dan Fifa menyuruh dia menunggu. Shamsul meluncurkan keretanya di dada jalan dan teksi itu menurut dari jarak yang agak jauh setelah Fifa menyuruh dia memulakan perjalanan. "Pakcik ikut je kereta tadi. Saya akan bayar berapa je tambangnya." Pemandu teksi mengangguk tanda faham. Kembali Ke Atas

Bab 16 Dari jauh lagi sudah kelihatan Maria menunggu di balik tembok bangunan lama itu. Shamsul segera memberhentikan keretanya dan menuju ke arah Maria yang tidak menyedari kehadirannya di situ. "Maria...." Maria berpaling dan Shamsul segera mendekati Maria. Ada kesan airmata di mata Maria. Shamsul sebak melihatkan wajah Maria yang muram dan dia menarik Maria ke dalam dakapannya. Sekali lagi Maria tewas dalam pelukan Shamsul. Tiada bicara yang keluar, cuma sesekali kedengaran seduan Maria yang masih berpanjangan..... "I'm sorry, Sham... I tahu I tak boleh kacau you lagi. Tapi, I tak mampu melawan kerinduan di hati I ni. I really miss you, Sham. Walaupun I nampak tabah menghadapi semua ni, tapi hakikatnya I tak sanggup untuk melepaskan you!! Sham... katakanlah sesuatu untuk melegakan hati I ni...." "Maria..... I miss you too. I masih tak dapat melupakan you. I.... I tak nak kita terpisah walaupun kita terpaksa mati bersama. Percayalah, Mar... I akan cuba mencari jalan memutuskan pertunangan I ni." Maria mendongak memandang ke wajah Shamsul. Terpamer senyuman dari bibirnya yang mungil. Hatinya kembali lega mendengar janji Shamsul. Pelukan Shamsul semakin kemas dan Maria senang begitu. "Sham... tadi waktu I telefon you, you ada kat mana?" Tanya Maria sebaik sahaja Shamsul meleraikan pelukannya.

Page 32: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 32

"Tadi.... I pergi makan malam dengan tunang I. Dapat je call dari you, I terus ke sini. I hantar dia sampai kat taxi stand je dan dia balik naik teksi. I nak hantar sampai depan rumah, dia tak nak." Jawab Shamsul jujur seolah-olah tiada rasa bersalah dalam dirinya. "You hantar Fifa di taxi stand?? You tinggalkan dia di situ?? Kenapa you benarkan dia naik teksi, Sham??" Maria melenting. Wajahnya merona merah menahan rasa amarahnya. Shamsul terperanjat melihatkan reaksi mengejut Maria. Kenapa mesti Maria melenting? Sepatutnya dia harus gembira! "Hei... kenapa dengan you ni? Salah ke kalau dia naik teksi balik ke rumah dia?" "You tahu tak yang Fifa tu tak pernah naik teksi sorang-sorang?? Kalau apa-apa jadi pada dia..... I takkan maafkan you!!" Maria membuka tembelang tanpa dia sedari. Seharusnya dia menyembunyikan hubungan persahabatan antara dia dan Fifa dari pengetahuan Shamsul. Tapi, tindakan Shamsul meninggalkan Fifa untuk balik dengan teksi benar-benar membuatkan dia marah. "Wait...... a minute...... you kenal ke siapa Fifa tu??" Suara Shamsul memecah kebeningan malam. Maria terdiam. Fifa yang masih menyorok di balik stor semakin berdebar-debar. Maria..... kenapa kau sanggup buat aku macam ni?? Kenapa kau tak beritahu aku yang Shamsul tu boyfriend kau??? Kau buat aku rasa bersalah.... kau buat aku menderita dengan kehilangan kau dan kini, setelah kau kembali ke sini, kau menambahkan rasa bersalah aku setelah aku tahu kau banyak menderita disebabkan pertunangan aku dan Shamsul!!! Fifa menahan sendunya. Dia menangis dalam diam. Dia tak sanggup berhadapan dengan Maria. Dia malu!!! Malu kerana merampas kekasih teman karibnya sendiri. Tapi, dia bangga. Teman karibnya ini setia, ikhlas dan jujur dalam persahabatan.... Sikap Maria terhadapnya masih tak berubah walaupun dia tahu Fifa adalah tunangan kekasihnya. "Sham..... I..... I....." "Kalau you tak kenal Fifa, kenapa you mesti tergagap-gagap? Kenapa you tahu yang dia tak pernah naik teksi sorang-sorang?? Kenapa you mesti ambil berat tentang dia? Sepatutnya you rasa gembira sebab I tinggalkan dia di tengah jalan dan dia balik sendiri!!!! Siapa Fifa pada you??" Jerit Shamsul. Maria pula semakin kuat tangisnya. Bukan takutkan jeritan Shamsul tetapi menyesal kerana rahsianya sudah pecah. "I.... dan Fifa...... kami....." Kelu lidahnya untuk mengeluarkan kata-kata. Segera dia menjauhi Shamsul untuk menenangkan perasaannya yang tak keruan. "Kami kawan baik, Sham! Sejak kami kecil lagi!!!" Shamsul dan Maria memandang ke arah datangnya suara itu. Fifa keluar juga dari tempat persembunyiannya. "Fifa??!!!" Serentak itu mereka menyebut namanya. Fifa cuba mengukir senyuman tetapi gagal. Airmata semakin banyak merembes keluar. Dia tak setabah Maria rupanya. Dia berlari mendapatkan Maria dan memeluk gadis itu erat. Maria membalas pelukan Fifa dan agak lama juga mereka begitu. Shamsul semakin pening kepala melihat lakonan mereka. Siapa sebenarnya mereka? Kawan karib?? Tapi..... "Sham...." Maria bersuara tetapi masih memeluk Fifa.

Page 33: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 33

"Kami kawan baik sejak kecil. Ayah I bekas driver ayah Fifa dan kami sama kelas sejak darjah satu sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya ke pusat pengajian tinggi. Cuma berlainan bidang tetapi masih satu bilik." "Tapi, macam mana you boleh ada kat sini? Kan you dah naik teksi dan balik ke rumah you?" Kehairanan masih bermain di kepala Shamsul. "I follow kereta you dari belakang. I mula syak tentang hubungan you dan Maria waktu you sebut nama Maria buat kali pertama di hadapan I. Dan juga sebab lagu kegemaran Maria yang juga menjadi lagu kegemaran I. Mustahil ada orang lain yang bernama Maria yang juga meminati lagu yang sama dengan I kecuali kawan karib I?" "Kau..... kenapa kau menghilangkan diri? Kau tahu tak yang aku risaukan kau! Tak pernah kau buat macam ni pada aku dan sekarang, kau dah mula pandai menyorokkan sesuatu daripada aku! Kau tahu tak tindakan kau tu lagi membuatkan aku kecewa? Aku dah lukakan hati kau tanpa aku sedari dan kau sendiri tak pernah nak beritahu aku yang kau ada hubungan dengan Shamsul!!!" Marah Fifa sambil menampar lembut pipi Maria. "Aku.... aku..... tak nak jadi batu penghalang antara hubungan kekeluargaan kau dan Sham. Aku lebih rela terluka daripada melukakan hati keluarga kau, Fifa!!" "Tapi, kau kan tahu aku tak nak kahwin dengan Shamsul!! Kau bukan saja menyeksa batin kau tapi aku jugak!! Ke mana kau menghilang selama ni?" "Tak ke mana.... cuma pergi menenangkan fikiran!! Aku ingat aku kuat, Fifa. Tapi, aku tewas juga. Aku dah mungkir janji pada diri aku sendiri. Aku janji tak nak pecahkan rahsia ni tapi aku bodoh!! Aku terlalu ikutkan perasaan. Aku... aku takut sesuatu terjadi pada kau dan aku akan kehilangan kau!!" "Gila!! Lain kali kalau kau buat macam ni lagi, aku akan tinggalkan kau betul-betul! Aku ingat aku ni kejam sangat ke? Aku tak nak Shamsul ni. Kau ambil balik Shamsul kau dan aku akan balik pada Ekmal aku. Aku bukannya perampas hak orang, lebih-lebih lagi hak sahabat aku sendiri!! Jom kita balik. Aku ada banyak hal nak cerita dengan kau sepanjang kau tak ada ni." "Sham.... boleh you hantar kami ke rumah I? Itu pun kalau tak menyusahkan you lah!!" Pinta Fifa lembut. Dan, Shamsul dapat lihat kejujuran dalam kejernihan mata Fifa. Dia mengangguk dan bergerak ke keretanya. Dia jadi buntu untuk mengeluarkan kata-kata setelah melihat adegan yang dirasakannya mimpi itu. Kenapa mesti Maria yang menjadi kekasihnya? Dan, kenapa juga mesti Fifa yang sudahpun menjadi tunangnya?? Kenapa mesti dia yang menjadi lelaki itu? Kenapa mesti mereka bersahabat baik??? Kenapa?? "Cam ne kau boleh tangkap mamat tu hah??" Soal Fifa pada Maria sewaktu mereka berdua melangkah menghampiri kereta. Maria tersenyum dan memandang ke arah Shamsul yang sudah pun masuk ke dalam perut kereta. "Sampai ke rumah kau nanti aku ceritakan segala-galanya..." Mereka berpandangan dan melemparkan senyuman ke arah masing-masing sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Kembali Ke Atas

Page 34: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 34

Bab 17 "Sahlah you ni dah gila! You sedar tak apa yang you cakapkan ni??" Ekmal memegang bahu Fifa dan menggoncangnya beberapa kali. Fifa tunduk memandang lantai restoran mewah itu. Beberapa pasang kekasih yang lalu lalang di tepi kolam memandang ke arah mereka. "Fifa, kenapa you tak nak terima hakikat ni? Terimalah takdir yang menimpa kita. You anak orang kaya, I anak orang miskin. Tak mungkin kita akan dapat hidup bersama. Kembalilah pada keluarga dan tunang you. Tiada apa yang kurang pada diri dia!!" "Ekmal... cinta I hanya untuk you. Tiada insan lain yang layak terima cinta ni selain dari you. You tahu betapa I menyintai you, kan! Atau.... cinta you dah beralih arah?" "Bukan macam tu, Fifa!!! Cinta I tak pernah beralih arah! Hanya untuk you seorang... Tapi, ini semua takdir. I terpaksa terima hakikat yang I tak layak menjadi suami you." "Ekmal... cuba you dengar dulu apa yang akan I cakapkan ni. Lepas ni you akan tahu yang I ni bukannya gila macam yang you cakapkan tadi. I nak putuskan pertunangan ni sebab I tak nak you kecewa, I kecewa, Maria kecewa dan Shamsul juga kecewa!" "Apa pula kena-mengena Maria dalam hal ni?" "Shamsul kekasih Maria." Ekmal menarik nafas panjang. Shamsul kekasih Maria!!! Dia tersenyum sendirian. Shamsul kekasih Maria!!!! Mahu saja dia menjerit. Shamsul kekasih Maria!!!!!!!!! Biar seluruh alam dapat mendengar jeritan gembiranya. "Betul ke apa yang you cakapkan ni, Fifa??" Soal Ekmal seperti tak percaya. Fifa mengangguk dan memulakan cerita satu demi satu apa yang terjadi pada mereka semalam. Ekmal sesekali mengerutkan dahinya dan adakalanya tergelak kecil mendengar jenaka Fifa. "So, what are we gonna do now?" "I nak minta putuskan pertunangan dengan Shamsul dan I akan ikut ke mana saja you pergi. I akan jumpa bonda Shamsul nanti." "Shamsul dah tahu pasal ni?" Fifa menggeleng. "Gila!!" Ekmal merengus kuat. Kalau tadi, dia rasa teramat gembira dengan berita ini tapi sekarang dia merasakan laluan sebenarnya semakin sukar. "Kenapa you cakap I gila pulak?" Marah Fifa. Sedap-sedap mulut je nak cakap orang gila!! "You tak rancang apa-apa dengan Shamsul, then you nak terus pergi ke rumah dia minta putus tunang! You tak fikirkan keluarga you dan keluarga dia ke??" "You memang sengaja nak putuskan hubungan kita ya?? You memang suka kalau I ni kahwin dengan orang lain? Atau ini cumalah alasan you untuk elakkan diri dari I?" Fifa semakin melenting melihatkan perubahan Ekmal. "I didn't mean that. You kena fikir, Fifa. Keluarga you ternama. Keluarga Shamsul lagiklah ternama. Kalau you buat macam ni, apa pula kata orang nanti?"

Page 35: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 35

"Lagi-lagi you fikirkan hati orang lain! Hati I ni you tak fikir ke? Hati you sendiri terluka you tak nak fikir? Kenapa mesti fikirkan hati orang lain sedangkan hati kita sendiri terluka, Ekmal???" "Bukan...." "I tak kira!!! I nak pergi juga jumpa family Shamsul dan I nak hujung bulan ni you datang ke rumah merisik I." "Apa??" Ekmal tergamam. Tapi, seketika kemudian dia tersenyum. "Ok, I setuju dengan cadangan you tapi, you jangan jumpa family Shamsul dulu sebelum kita jumpa dia dan rancangkan segala-galanya secara terperinci." "Ok. I akan set time dengan Maria dan Shamsul. Thanks, Ekmal. I love you!!!" "I love you too...." Apa saja untukmu, Fifa..... asalkan kau bahagia, aku sanggup buat apa saja.... bisik hati Ekmal. Kembali Ke Atas

Bab 18 Sedari tadi Maria asyik ke hulu ke hilir menantikan kehadiran Ekmal dan Fifa. Sesekali dia duduk dan kemudian bangun kembali dan mundar-mandir tak henti-henti. Dari riak wajahnya, jelas terbayang kegusaran dan kebimbangan seandainya Ekmal dan Fifa memungkiri janji. Shamsul memandang ke wajah Maria yang masih mundar-mandir. Hampir juga dia bersuara meminta Maria duduk diam. Letih dia melihat keadaan Maria begitu. Sebenarnya dia juga risau. Risau menantikan kehadiran 'tunangnya' dan 'kekasih tunangnya' itu. Mungkin kesesakan lalu lintas, fikirnya sejenak sekadar untuk menyedapkan hati sendiri. Entah kenapa dia teringin sangat nak berjumpa Fifa kali ini. Terasa rindu mencengkam kerana sudah lama tidak menatap wajah Fifa. Ah, mungkinkah kala ini dia sudah jatuh cinta dengan sahabat karib kekasihnya sendiri? Shamsul menarik nafas panjang dan duduk termenung. Dia bimbang apa yang amat ditakutinya selama ini berlaku. Dia takut dia akan jatuh cinta pada Fifa tapi kini, dia dapat rasakan perasaan itu secara perlahan-lahan menyelinap ke dalam hatinya. Jatuh cintakah dia? Tapi, bagaimana pula dengan Maria yang mengharapkan hubungan ini terjalin lebih lengkap menjadi ikatan perkahwinan? Bagaimana pula dengan impian kedua orang tuanya yang mahu menjadikan keluarga Datuk Mansor sebagai besan mereka? Pening kepala Shamsul memikirkan semua ini. Dari jauh sudah kelihatan susuh tubuh Fifa berjalan berpimpinan tangan dengan dengan Ekmal. Maria tersenyum senang sebaik sahaja ternampakkan mereka berdua tetapi tidak bagi Shamsul. Dia merenung ke wajah Ekmal yang melemparkan senyum padanya. Tak adalah handsome mana pun, gerutu hati kecilnya. Segera dia menundukkan kepala tanpa membalas

Page 36: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 36

senyuman itu. Fikirannya bercelaru. Antara cemburu dan gembira melihat pasangan itu. Ah, dia bukan milikku sebenarnya! Dia milik jejaka itu!! Siapalah aku untuk mendampinginya... "Sorry......" Suara lembut itu menujah ke gegendang telinganya. Shamsul angkat kepala. Wajah Fifa yang tersenyum ceria tiba-tiba mendebarkan dadanya. Benarlah!! Dia sudah jatuh cinta pada Fifa!! "Sham, ini Ekmal. Mal... inilah Shamsul tunang I tu. Dia ni pakwe Maria." Fifa memperkenalkan Shamsul dan Ekmal sesama sendiri. Ekmal menghulurkan tangan pada Shamsul tetapi disambut hambar. Wajah Shamsul muram. Dia tidak berkata apa-apa. Maria sibuk bercerita pada Fifa sesuatu dan sesekali terdengar Fifa ketawa kecil mendengar cerita Maria. Ekmal turut serta bersama mereka dan membiarkan Shamsul melayan perasaannya. "Okay, let's proceed to our main point! I tak de masa nak stay lama-lama kat sini!" Suara kasar Shamsul menyentakkan mereka bertiga. Maria yang sedang ketawa terhenti ketawanya dan segera mendapatkan Shamsul. "Sham, what's wrong with you?" "I tak ada apa-apa. Kita jumpa ni sebab nak bincangkan hal pertunangan I dan Fifa, kan!" Sengaja dia menekankan perkataan pertunangan itu agar Fifa dan Ekmal sedar gelodak hatinya. "Kalau kita asyik bercakap benda yang bukan-bukan je, bila nak selesainya masalah kita ni?" "Sorry, Sham... mungkin you marah sebab kami sampai lambat tadi. I yang lambat tadi. Sorry ya... okay, kita mulakan sekarang." Fifa menarik Ekmal duduk di sebelahnya - bertentangan dengan Shamsul. Shamsul melarikan pandangannya ke arah lain. "Okay, cam ni... I rasa, I akan berterus terang dengan bonda I tentang hubungan I dan Maria serta hubungan I dengan Fifa. I rasa dia boleh terima hakikat ni. Kalau idea ni tak menjadik juga, I rasa I kena gunakan taktik lain pula." "Jangan, Sham!! I rasa cara tu takkan berkesan. Apa kata kalau kita gunakan taktik yang kotor sikit? I mean... kita gunakan taktik yang akan membuatkan mereka tak syak apa-apa. Tapi sebelum tu, kita mesti berkorban antara satu sama lain...." "Cara kotor?? Cara macam mana ni? Aku tak fahamlah, Fifa..."Maria menggaru kepalanya yang tak gatal. Fifa tersenyum. "Aku akan berbaik dengan Shamsul di hadapan orang tua kami. Dan, setelah kita yakin mereka terpedaya dengan lakonan kami, aku akan jalankan pula rancangan yang kedua. Ini akan melibatkan pertengkaran antara kedua belah pihak. Sama ada you all nak tanggung risiko ini bersama-sama atau pun kita batalkan saja rancangan kita dan masing-masing kecewa!" "Sound interesting!! Well... what is your plan actually?" Ekmal menyampuk setelah lama mendiamkan diri. Dalam diam, dia mengagumi Fifa yang cekap membuat perancangan. "Okay, like this... One day nanti, I akan keluar dengan Shamsul dan kami akan balik dalam keadaan yang tegang. Seolah-olah kami bertengkar. I akan luahkan segalanya di hadapan

Page 37: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 37

Mama I dan kami akan bergaduh di hadapan mereka. Lepas tu, sure Mama I akan serang Bonda Shamsul untuk minta penjelasan. And, both of us sure kena panggil untuk discuss our problem. Di situlah segalanya bermula...." "Tapi, apa topik pergaduhan kau dan Shamsul nanti?" "Pasal kau!! Nanti aku akan beritahu pada Mama aku dan bonda dia yang dia takkan tinggalkan kau walaupun selepas berkahwin dengan aku. Dan, dia akan tetap jadikan kau isteri dia. Tapi, aku pula akan cakap yang aku tak dapat terima berkongsi suami dengan kawan karib sendiri. Jadi, aku akan bagi dia pilihan sama ada aku atau pun kau! Tentu dia akan pilih....." "Fifa!!!" Shamsul tiba-tiba menyampuk. Semua mata memandang ke arahnya. Terutama Fifa yang menyedari kelakuan aneh Shamsul sedari tadi. "You akan pilih Fifa??" Maria mula tak sedap hati mendengar sampukan Shamsul. Shamsul terkulat-kulat menutup perasaan malunya. "Bukan!! I panggil Fifa sebab I nak suarakan ketidakpuasan hati I. Kenapa mesti kita buat sampai orang tua kita bergaduh. Bukan ke boleh kalau kita just terus beritahu dia orang yang kita nak putuskan tunang!" "Tapi, you kena ingat Sham... dia orang yang aturkan semua ni dan semestinya mereka mahukan masalah ni selesai dan pertunangan ni tak terputus. Faham?" Ekmal dan Maria mengangguk tanda faham kecuali Shamsul yang masih terkulat-kulat. Dia menelan air liur beberapa kali. Tergamakkah dia melukai hati bonda yang melahir dan membesarkannya itu? Tergamakkah dia mahu membunuh rasa cinta yang baru mahu bercambah di ladang hatinya ini? Inikah jalan penyelesaian untuk keluar dari masalah ini??? Kembali Ke Atas

Bab 19 Fifa kelihatan riang hari ini. Ingin juga hatinya bertanya pada si anak tetapi terpaksa dipendamkannya sahaja apabila mendapati Fifa sedang berbual di telefon dengan gelak ketawa yang boleh didengar oleh semua orang dalam rumah itu. Sesekali kedengaran Fifa memanggil si pemanggil itu dengan panggilan 'abang'. Terdetik juga perasaan sangsinya atas panggilan itu namun dia memendamkannya saja. Takut terbantut perbualan anak kesayangannya. Sudahlah yang seorang itu tak mahu balik-balik lagi ke sini, nanti yang ini pun lari dari rumah. Fikirnya sendirian. Datin Maznah berlalu ke dapur. Fifa yang menyedari pemergian Datin Maznah ke dapur itu ketawa lebih kuat. Nyatalah Mamanya seolah-olah menyimpan seribu pertanyaan dalam hati. Segera pula dia memberitahu Shamsul untuk meletakkan gagang telefon dan memainkan peranan seterusnya. "Mama... Mama masak apa hari ni?" Fifa memeluk Datin Maznah dari belakang. Tersentak sedikit wanita bergaya itu apabila dipeluk secara tiba-tiba.

Page 38: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 38

"Eh, dah habis bercakap di telefon?" Fifa hanya mengangguk dan menghadiahkan sekuntum senyuman padanya. "Siapa yang telefon tadi?" "Abang..." Ringkas jawapannya. Dia mencapai sebihi epal merah yang kebetulan berada di atas meja dan menggigit epal itu. "Abang mana pulak ni? Si budak miskin tu ke?" Terkejut Fifa mendengar ungkapan itu. Riak wajahnya yang bertukar keruh tetapi segera dijernihkannya kembali. Takut tak menjadi pula lakonan. "Mana ada Fifa contact dia lagi, Ma. Abang yang Fifa maksudkan ialah Shamsul Amri, tunang Fifa tulah, Mama...." "Oooo... sejak bila pula korang ni berbaik?" "Mama... tak baik Mama curiga pada Fifa dan abang Sham. Fifa sedar Mama dan Papa nak Fifa bahagia dan Fifa ikut cakap Mama kerana Fifa yakin dengan pilihan Mama." "Good!!! That's my daughter. Mama tak nak Fifa jadi macam kak Arfah. Mama buat semua ni untuk kebahagiaan Fifa juga, tau!!" "Fifa faham, Ma..." Fifa bersuara perlahan. Dadanya sebak mendengar harapan Datin Maznah. Mama.. maafkan Fifa. Fifa lakukan semua ni adalah untuk kebahagiaan Fifa, Ma... "Fifa nak keluar makan dengan abang Sham. Mama tak yah tunggu Fifa balik, ek. Fifa mungkin balik lambat." "Fifa nak makan dekat mana? Mungkin mama ada something urgent nak beritahu pada Fifa nanti..." "You can call me, Ma..." Fifa tahu itu cumalah helah Datin Maznah untuk mengetahui dengan siapa sebenarnya dia keluar. "Okau, I'm sorry honey!" "Fifa pergi dulu, Ma..."Fifa bersalam dan mencium tangan Datin Maznah. Dia keluar dari rumahnya dengan wajah berseri-seri. Berseri kerana berjaya meyakinkan Datin Maznah atas lakonannya tadi. Begitu juga dengan Datin Maznah yang ditinggalkan oleh Fifa. Masih tersenyum seorang diri mengingatkan kembali kata-kata anak kesayangannya itu. Betul ke dia benar-benar dapat menerima Shamsul atau dia sengaja berbuat demikian untuk menyenangkan hati aku? Tapi, kalau untuk sekadar lakonan saja, tentu Shamsul takkan memahaminya. Mungkin juga diasedar bahawa dia sememangnya harus mengikut kata-kataku. Dan, Datin Maznah menyambung senyumnya.... Kembali Ke Atas

Page 39: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 39

Bab 20 "Sorrylah, Shamsul.... I terlambat sikit. Mama banyak betul soalnya tadi. Terpaksa bohong kat dia. Bohong sunat....." Fifa berkata dan melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan; bertentangan dengan tempat duduk Shamsul Shamsul memandangnya tak berkelip. Fifa naik hairan melihat gelagat Shamsul. Dia melayang-layangkan tangannya di hadapan muka Shamsul. Anak muda itu tersentak. "Eh, you dah sampai ke? I tak sedar pun. Duduklah..." pelawa Shamsul ramah. Fifa menggeleng. "Dah lama dah I sampai. Dah duduk dah pun.... You mengelamun apa tadi? Eh, Maria mana? Dia tak ikut you ke?" "Tak...... ada kerja yang nak dibuat katanya tadi." Jawab Shamsul acuh tak acuh. "La.... kalau I tahu tadi, I suruh Ekmal tunggu di sini. Kenapa you tak cakap tadi?" Fifa merenung ke wajah Shamsul yang kelat. Sebenarnya dia tak berapa sukakan Shamsul. Tapi, disebabkan Shamsul adalah kekasih Maria, dia memujuk hatinya supaya menerima Shamsul sebagai sahabat.. "Tak apalah..... kan kita ni tunang. Takkanlah keluar berdua pun salah...." "Memang tak salah, tapi kita ni sebenarnya hak orang lain. You hak Maria dan I hak Ekmal. Kita bertunang kerana orang tua kita. Bukan dengan kehendak kita sendiri." "Fifa, do you mind if I saya something?" Fifa menggeleng dan menghadiahkan senyuman pada Shamsul. Tiada balasan. Shamsul menelan air liur beberapa kali. Baginya terlalu sukar untuk meluahkan kata-kata itu. Mungkin akan diterima dan mungkin juga tidak. "I think I don't want to break off our engagement. What do you think?" "Are you nuts?? You ni betul ke tidak ni? You dah lupa pada perjanjian kita? You hak Maria dan I hak Ekmal. I tak tergamak nak menduakan Ekmal. Apa yang membuatkan you tiba-tiba berubah hati ni? Family you dah tahu rancangan kita ke? "No!! They will never know about our plan. But, I think....... I dah jatuh cinta pada you. Yes, Fifa!!! I had tried harder to love you. Now, I know that my feeling will never bluff me!!" "Look! We have our own mission, right. Our mission is to break off this engagement, not to make it be the fact. I tak tahu kenapa you tiba-tiba saja nak merubah kembali rancangan yang kita dah setujui bersama. You tak terfikir pasal Maria? Betapa dia begitu menyayangi dan menyintai you? I tak nak dia terluka, Shamsul. Cukuplah sekali dia terluka kerana pertunangan kita dulu. I tak nak kehilangan sahabat karib. Fikirlah masak-masak, Sham......" "But, Fifa.... why don't you try to-"

Page 40: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 40

"Enough, Shamsul!!! if you still want to talk about it, I'll go." Fifa melangkah pantas meninggalkan Shamsul yang masih termangu di situ. Shamsul meneguk airnya perlahan-lahan sambil menyesali perbuatannya sebentar tadi. Kembali Ke Atas

Bab 21 Ekmal berbaring di kerusi panjang rumahnya. Ingatannya terus pada Nurfitriah Afifah; gadis yang menjadi pengubat sepinya selama ini. Masih terbayang-bayang ri ruang matanya Fifa tersenyum riang selepas mereka bersetuju dengan rancangannya. Ternyata cinta gadis itu terhadapnya tak berbelah bahagi. Mengapa aku juga yang kau pilih, Fifa? Mengapa tidak Shamsul? Anak kelahiran keluarga diraja itu? Bukankah dia lebih sesuai dengan kau? Mengapa aku juga yang menjadi pilihan kau? Tidakkah kau tahu yang burung enggang takkan terbang seiring burung pipit? Serta-merta dia teringat akan pantun orang dulu-dulu. 'Anak udang, udanglah juga. Takkan jadik anak tenggiri. Anak orang, oranglah juga,. Takkan jadik hak sendiri.' Benar!! Anak orang, oranglah juga. Takkan jadi hak sendiri! Kau anak dara orang, Fifa! Aku?? Hanya anak penoreh getah yang mengharapkan hasil titik peluh dari jualan getah. Kalau hujan sepanjang minggu, tak adalah hasil minggu itu. Kau.... sejak kau kecil lagi telah ditaburi dan dibelai dengan kemewahan. Apa yang dapat aku berikan padamu kiranya kau menjadi permaisuriku nanti?? "Tinggalkanlah Fifa, Ekma. Biarlah dia berbahagia dengan aku...." Kata-kata Shamsul lewat pertemuan mereka semalam benar-benar mencabarnya. Tidak disangka tujuan Shamsul mahu berjumpa dengannya semalam adalah untuk membincangkan tentang Fifa. "Apa yangkau cakapkan ni, Shamsul? Aku tak faham......" Ekmal masih berlagak selamba. Tidak mengambil berat kata-kata Shamsul. Walhal dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Tapi, nampaknya dia seolah-olah mahu mengajaknya berbicara lebih lanjut tentang perkara itu. Tapi, mengapa? Apa sebenarnya maksud Shamsul berbicara tentang Fifa? "Aku cakap yang benar, Ekmal. Aku rasa, walaupun aku tak jadi kahwin dengan Fifa nanti, Datin Maznah tetap takkan benarkan Fifa berkahwin dengan kau. Kau pun tahu yang Datin Maznah tak sukakan kau, kan!" "Aku tahu semua tu. Tapi, aku tak tahu kenapa kau beria-ia sangat nak aku putuskan hubungan aku dengan Fifa. Kau tahu yang Fifa tidak menyintai kau, kan! Kau hanya akan memiliki tubuhnya sahaja, Shamsul kalau kau mengahwininya, tapi hatinya tetap milik aku!!" "Biarlah aku berterus-terang dengan kau, Ekmal. Aku tak tergamak nak melukakan hati bonda aku. Lagipun, aku sudah mula menyintai Fifa." Ekmal tergamam. Bagaikan panahan petir, kata-kata itu menujah dadanya. Serta-merta pandangannya kelam. Berkali-kali dia terbatuk. Shamsul masih selamba.

Page 41: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 41

"Aku tak sangka perkara ni akan terjadi, Sham. Aku kira kau benar-benar menyintai Maria dan mahu melepaskan Fifa untuk kembali padaku. Tapi, nyatalah sekarang sangkaan aku terhadap kau meleset. Kau, kau..... tak pernah nak menghargai perasaan Maria yang begitu setia menyintai kau!!" "Maafkan aku, Ekmal. Kau katalah aku tamak ke, apa ke... tapi aku tetap dengan keputusan aku. Aku tak dapat nak melawan hatiku. Aku menyintai Maria! Sumpah!! Aku tak tipu kau. Aku memang menyintai Maria. Tapi dalam masa yang sama aku juga menyintai Fifa. Bonda aku terlalu mengharapkan aku berkahwin dengan Fifa. Kau mesti faham tentang itu!" "Shamsul... Fikirlah masak-masak. Kalau kau mengahwini Fifa, kau mungkin bahagia. Aku berani jamin Fifa memang akan membahagiakan sesiapa sahaja yang menjadi suaminya kelak. Tapi, hanya kau saja yang bahagia. Maria, aku dan Fifa sendiri akan merana, kecewa dengan perkahwinan itu. Aku tak nak memaksa kau melepaskan Fifa kalau kau tak mahu, tapi aku berharap agar kau memberi peluang pada kami untuk membina mahligai kami sendiri." "Aarrrgghhhh!! Apa yang aku dah buat ni??? Kenapa mesti begini jadinya, Ekmal???? Kenapa aku mesti jatuh cinta pada Fifa???? Tolong aku...... Aku tak nak jadi anak derhaka pada ibu bapa aku!!! Aku tak nak mereka kecewa!!!" Shamsul menjerit meluahkan perasaan. Ekmal terdiam mendengar jeritan Shamsul yang bergema di atas bukit itu. "Sham.... insya-Allah, Allah akan membuka pintu hati kita kalau niat kita baik. Aku akan bantu kau setakat yang aku mampu. Tapi, kau pun harus berdoa pada-Nya." Deringan telefon mematikan khayalannya. Perlahan-lahan Ekmal bangun dan menuju ke telefon. Tetapi sebaik sahaja dia mahu mencapai gagang, deringan itu mati. Dia menggertap bibr. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Fifa. Mahu sahaja dia mendail semula ke rumah Fifa tetapi apabila teringat kembali kata-kata Shamsul, kemahuannya terbantut. Dia duduk semula di kerusi. Kembali Ke Atas

Bab 22 Fifa merenung hadiah pemberian Hatta dengan hati yang kosong. Mahu saja dia mencampakkan hadiah itu ke dalam tong sampah. Tapi bila mengenangkan Hatta terlalu baik padanya selama ini, tak sampai pula hatinya mahu melukakan hati lelaki itu. Kau terlalu baik padaku, Hatta. Aku tahu kau sebenarnya mengharapkan cintaku. Tapi, kau kan tahu aku sekarang milik Ekmal dan Shamsul! Sedangkan antara mereka berdua pun aku tak tahu yang mana satu harus kupilih, inikan pula untuk aku memilih antara kau, Ekmal dan Shamsul?? Sebentar tadi dia menerima panggilan dari Shamsul. Rasanya dia dah tak tahan dengan perangai Shamsul yang makin hari makin menyeksanya itu. Kenapa dia harus menduakan Maria? Takkan dia tak tahu yang selama ini Maria begitu menyintainya? Deringan telefon sekali lagi mematikan lamunannya. Dengan malas dia bangun dan menuju ke telefon. Dia tahu siapa yang menelefonnya itu. Perasaan marah mula menyelubungi hatinya. "Hei, kan aku dah cakap!! Jangan ganggu aku lagi!! Kau tak faham bahasa ke?" Jeritnya sebaik sahaja si pemanggil mengucapkan hello.

Page 42: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 42

"Oppss... Fifa!! Are you okay?" Fifa terdiam seketika. Suara itu bukanlah suara orang yang sepatutnya dimarahi. Dia menelan air liur. Siapa pula ni? "Fifa... it's me! Hatta. Can't you recognise my voice? Or... don't you even remember me?" "Hatta?? Oh, I'm sorry... I thought somebody wants to play with me! Lately ni I selalu terima prank call." "Sorry for disturbing. Are you waiting for another call actually?" "Me?? Er... not really! Er... Hatta, I need to talk to you. Boleh you jumpa I sekarang?" "I?? You ajak I keluar? Betul ke ni, Fifa?? Cam mimpi je.." Hatta tak percaya dengan ajakan Fifa. "Betul ni!! I nak cakap something dengan you. I rasa you adalah orang yang paling sesuai untuk bantu I. Boleh ke tidak ni??" "Okay. I datang jemput you di rumah." "Jangan!! I akan jumpa you di Restoran Sri Melayu dalam setengah jam lagi." "Okay, deal." Gagang diletak dan Fifa duduk di kerusi. Fikirannya bercelaru. Haruskah aku memberitahu Hatta tentang ini? Siapa dia untuk mengetahui semua ini? Tapi, sekurang-kurangnya dia boleh membantu aku menyelesaikan masalah ini.... Kembali Ke Atas

Bab 23 "Hai, dah lama tunggu ke? Sorrylah, I terpaksa hantar anak saudara ke Pekeliling. Nak balik ke UiTM Jengka." Hatta melabuhkan punggung ke kerusi di hadapan Fifa tanpa menunggu jawapan yang keluar dari mulut Fifa. Segera pula dia memanggil pelayan dan memesan makanan. "Kenapa tak cakap yang you nak kena hantar anak saudara you ke stesyen bas tadi? Kalau I tahu, tak payah I suruh you datang jumpa I." Perasaan bersalah bermain dalam diri Fifa. Hatta tersenyum cuma. "It's okay. She just wants me to lift her until Pekeliling. Then, I terus datang sini. Lagipun satu hala. Tak susahlah..... Okay, apa yang you nak bincangkan dengan I? Nampaknya macam important sangat. Kenapa you meradang sangat waktu jawab telefon tadi ek?" "I tak tahu macam mana nak mulakan perakra ni. I rasa..... I...... rasa macam nak bunuh diri!!" "Hei.... kenapa emosional sangat ni?? Sampai nak bunuh diri pulak! You ni ada berapa banyak nyawa?? Senang-senang je cakap nak bunuh diri! Cuba you ceritakan pada I dulu apa masalah you yang sebenarnya, Fifa. Kalau I boleh tolong, I akan cuba tolong. Tapi, janganlah

Page 43: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 43

sampai nak bunuh diri pulak! Malulah... orang yang berpelajaran macam you pun ada terfikir nak bunuh diri ke?" "I cakap betul ni, Hatta! I..... I rasa macam tak bermakna lagi hidup I ni." "Tak bermakna? Kalau I, dah ada pakwe dan ada tunang sekaligus..... I akan rasa diri I ni cukup bertuah! Ada dua orang yang sanggup melakukan apa saja untuk I." "Itu kata you!! I yang menanggung ni you tak tahu macam mana! You kan tahu I bertunang dengan Shamsul pun sebab terpaksa, kan! Dan, you tahu antara I dan Ekmal memang dah lama kawan, kan! Kami berempat; I, Ekmal, Shamsul dan Maria dah merancang sesuatu yang boleh membantu I melepaskan diri dari belenggu ni. Shamsul dan Maria sudah bersetuju dengan I...." "Wait a minute....," sampuk Hatta. Kenapa tiba-tiba nama Maria disebut? " Apa kena-mengena Maria dalam hal ni?" "Oh... you tak tahu lagi. Maria tu girlfriend Shamsul. Tapi....." "Ada tapi lagi??" Ffia tersenyum tawar mendengar pertanyaan Hatta. Lelaki ini seboleh-boleh mahu menarik minatnya agar menghilangkan rasa tension dalam diri. Dalam hati, dia berterima kasih di atas keprihatinan Hatta. "Shamsul sudah mula mahu menerima hakikat yang I dan dia terpaksa berkahwin demi menjaga hati ibubapa dia. Jadi, dia tak nak putuskan pertunangan kami. Sedangkan dia tahu yang Maria memang mengharapkannya dan Ekmal begitu mengharapkan I. Alasannya dia tak mahu menghancurkan harapan bondanya dan dia kata dia dah mula menyintai diri I. This is unfair!!! Dia hanya mementingkan hati keluarga dia tapi tak menghargai hati kami, especially Maria!!" "You mean, Shamsul tak nak lepaskan you balik pada Ekmal?" Fifa mengangguk perlahan dan menghela nafas panjang. Hatta meneguk air orange di hadapannya. "I rasa memang dia dah mula menyintai you. Orang macam you ni, siapa yang takkan terpikat!!" Bulat mata Fifa memandang Hatta ketika itu. Kalaulah dia alien, dah lama rasanya Hatta berada dalam perutnya yang elastic tu. Hatta hanya tersengih selamba memandang ke wajahnya yang merah padam akibat menahan marah. Dia tahu, Fifa marah dengan kata-katanya. Tapi, dia ikhlas mengeluarkan pendapat. "I tengah serius ni, Hatta!! You boleh main-main pula dengan I!! I ajak you keluar ni sebab nak selesaikan masalah I ni, bukannya nak dengar you perli I!! Is that clear??" Fifa melenting mendengar Hatta memerlinya. "Come on, Fifa..... I cuma melawak je. Tapi, memang betul. Kalau I jadi Shamsul pun sure I akan terpikat ngan you. So, yang you melenting tadi tu mesti sebab Shamsul asyik kacau you dan mengharapkan cinta you lah ya!!"

Page 44: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 44

"Sorry, Hatta. I tak bermaksud nak menengking you tadi. Memang Shamsul selalu telefon I kebelakangan ni. I rasa Maria tak tahu tentang ni. Dia merayu pada I agar terima dia. I sanggup menunggu sampai hati I terbuka untuk dia. Dia akan tetap mengahwini Maria selepas berkahwin dengan I dan dia nak I terima Maria menjadi madu dia! Gila!!" Fifa merenung gelas jernih di hadapannya. "Please, Fifa... You kena dengar dulu apa yang I nak cakapkan dengan you! I cintakan you. I tak boleh tipu hati I sendiri!!" Shamsul merayu lembut. Fifa menekup telinganya. Geli mahu mendengar suara Shamsul yang garau itu. Biar pun dia tak menjawab panggilan Shamsul, tetapi mesin penerima pesanannya tetap berjalan seperti biasa. Dan, itulah pesanan Shamsul setiap kali telefon. "I tahu you ada kat sana. You tengah dengar apa yang I cakapkan sekarang. You jangan tipu diri you, Fifa. I tahu you pun ada hati dengan I cuma you rasa bersalah terhadap Ekmal. I dah jumpa dia... I dah beritahu dia tentang isi hati I." Terus Fifa mencapai gagang telefon apabila mendengar penerangan Shamsul. Baginya, kalau dah termasuk nama Ekmal, kes ini sudah berat. Fifa tak mahu Ekmal menyangka yang bukan-bukan padanya. "Apa yang awak cakapkan ni? Saya rasa awak ni dah gila!!" "I gilakan you. Sebab tu I sanggup buat apa saja untuk memiliki hati you. Walaupun terpaksa melulut pada Ekmal, I sanggup." Balas Shamsul tenang. "Apa yang awak dah cakapkan dengan Ekmal? Awak jangan nak jadi racun dalam hubungan kami!! Awak kan dah ada Maria!! Cukuplah tu. Jangan jadi tamak, Shamsul, Tak ke mananya pun...." "I cuma beritahu Ekmal yang I benar-benar cintakan you dan I suruh dia undur diri." "Jangan telefon saya lagi!!! Saya tak nak dengar suara awak lagi!! Awak faham tak??" Gagang dihempaskan kembali. Fifa merengus kuat. Dia mendail nombor telefon bimbit Ekmal. Hampa. Telefonnya dimatikan. Fifa tahu, Ekmal masih memikirkan kata-kata Shamsul padanya. Jadi, Shamsul tak menipunya!! "So, apa kata Ekmal tentang hal ni?" Soal Hatta sebaik sahaja Fifa habis bercerita. "Dia tak tahu pun yang Shamsul selalu kacau I. I cuba nak berbincang dengan dia tapi dia seolah-olah mengelak dari I. Dah lama kami tak berjumpa. I sebenarnya memang nak cakap dengan Mama yang I nak putuskan pertunangan ni, tapi I tak sampai hati. Maria pun tak tahu yang Shamsul selalu kacau I." "Begini sajalah, Fifa. Kalau nak ikutkan pendapat I, I rasa baik you cerita pada Maria tentang ni. Sekurang-kurangnya dia faham situasi you dan I rasa dia takkan salahkan you. Kan dia tahu yang you tak sukakan Shamsul!" "Susah I nak terangkan pada dia, Hatta. Hati dia dah cukup terluka selama ni. Takkan I nak perahkan limau pada lukanya yang baru nak sembuh tu?"

Page 45: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 45

"Lambat-laun dia akan tahu juga. Jadi, lebih baik dari tahu dari mulut you sendiri dari mulut Shamsul. Kalau Shamsul buka mulut pada dia dulu, lagi dia kecewa sebab you seolah-olah menyorokkan perkara ni daripada dia." "Hmmm... I akan fikirkan cadangan you ni. Thanks very much, Hatta. Kalaulah you tak ada, I tak tahu apa yang I nak buat." "Hei, apa gunanya kawan kalau tak boleh tolong kawan, kan!! Makanlah... dah sejuk dah pun steak ni. Kang merajuk lak dia kita tak makan dia kang!!" Fifa mengorak senyuman mendengar lawak Hatta. Terasa ringan sikit hatinya selepas meluahkan segala masalah pada Hatta. Biarlah... biarlah Hatta tetap dengan harapannya, asalkan dia masih tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Hatta turut tersenyum apabila melihat Fifa sudah boleh menceriakan wajahnya. Andainya kau menjadi milikku, Fifa... Aku berjanji takkan mengecewakan dirimu. Percayalah, akan kujaga hatimu agar tidak terguris walau sedikit pun.... hatinya berbicara perlahan.... Kembali Ke Atas

Bab 24 Kata-kata Maria di telefon sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Terasa seakan disentap jantungnya apabila mendengar tangisan mendayu-dayu Maria. Memohon pertolongannya. Maria enggan menceritakan masalahnya di telefon. Maria tetap mahu berjumpa dengannya hari ini juga. Sudah-sudahnya, Fifa juga yang pening kepala. Kalau semalam dia merasakan masalah sudah hampir selesai selepas berbincang dengan Hatta, tapi hari ini masalah baru pula melanda. Fifa pergi juga ke Restoran Rasa Utara di Bangsar demi seorang kawan karib. Dari gaya Maria menangis dan meluahkan kata-kata, dia dapat rasakan yang masalah kawan karibnya itu terlalu berat untuk ditanggung seorang diri. Seperti juga dia, Maria juga memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Sampai di sana, sudah terlihat kelibat Maria yang tunduk merenung meja. Masih lagi dengan langkah yang lemah, Fifa mendekati Maria. Sebenarnya hatinya kala ini berdebar-debar. Perasaan bersalah dan kesian bercampur baur dalam dirinya. Adakah kerana Shamsul? Adakah Maria sudah tahu tentang 'cinta beralih arah' Shamsul kepadanya? "Mar..." Tangannya menyentuh bahu Maria. Lembut dan sedikit menggeletar sebanarnya. Maria mendongak dan memandang kosong ke wajahnya. Jelas bekas tangisan yang keras di wajahnya. Tersentuh hati Fifa melihatkan 'penderitaan' Maria. Kejamkah aku kerana menyorokkan kebenaran darimu, Maria?? Bersalahkah aku menjadi penghalang dalam hubungan cinta kalian?? "Kau datang juga, Fifa. Aku ingat kau tak sudi nak jumpa aku lagi!" "Eh, kan kau ni kawan aku? Takkanlah aku tak nak jumpa kau!"

Page 46: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 46

"Sorry kalau aku mengganggu kau. Aku tak ada kawan lain selain dari kau. Jadi, aku rasa kaulah yang paling layak untuk mendengar masalah aku ni." "Janganlah cakap cam tu, Mar... Sedih aku dengar." "Aku rasa macam tak guna, Fifa. Ada pakwe pun, pakwe dah bertunang dengan kawan karib aku sendiri. Aku tahu, kau dan Shamsul masing-masing tak bersalah dalam hal ni. Aku tahu cinta kau pada Ekmal takkan mungkin tergugat hanya dengan kehadiran Shamsul yang lebih kaya dan handsome dari dia. Tapi, aku ni perempuan, Fifa. Sekuat mana pun aku, aku tetap lemah sebenarnya. Puas aku cuba pujuk hati aku.... jangan syak wasangka dengan orang-orang yang amat aku sayangi. Tapi, aku gagal. Sedikit sebanyak aku rasa cemburu dengan kau. Aku takut Shamsul benar-benar jatuh cinta dengan kau. Kau tu cantik, pandai, anak orang kaya... Sedangkan aku? Aku ni anak bekas driver!! Dan driver ayah kau sendiri!! Di mana letaknya taraf aku untuk bergandingan dengan kau? Aku tahu... kau tak pernah bandingkan taraf kita. Kau tak pernah letak jurang pemisah antara kita sejak kecil sampailah kita dah besar panjang ni. Kau terlalu baik pada aku. Cuma aku yang tak sedar diri... masih terlalu panjang angan-angan untuk memiliki Shamsul... Aku tersalah rupanya, Fifa...." "Kau ada masalah dengan Shamsul?" Fifa cuba mencungkil rahsia. "Masalah tu dalam diri aku sendiri, Fifa. Aku mula curiga pada Shamsul. Sejak kebelakangan ni, Shamsul jarang telefon aku. Bila aku telefon dia, ada saja alasan dia untuk elakkan diri dari bercakap dengan aku. Aku tanya lebih sikit, dia mula naik angin! Dia tengking aku, dia herdik aku!!! Aku tahu.... hati dia dah mula berubah!!" "Mungkin dia ada masalah!" Fifa cuba memberikan alasan bagi pihak Shamsul. Dia tak tahu kenapa dia boleh berkata begitu. Tapi, yang dia pasti terlalu sukar untuk dia meluahkan segala yang bergumpal dalam hatinya. "Aku tak yakin dia ada masalah, Fifa. Dia memang sengaja mengelakkan diri dari aku! Aku pernah terbaca sms dalam handphone dia. Tapi, aku tak tahu untuk siapa sms tu. Aku tahu, perempuan tu tak pernah balas sms dia. Cuma dia yang mengharap pada perempuan tu. Itu pun aku tengok curi-curi waktu dia ke toilet. Itulah kali terakhir kita orang keluar bersama. Aku dah perasan perubahan dia cuma aku malas nak ambil pusing. Tapi aku tak sangka perangai dia makin menjadi-jadi lepas tu." "Kau tak cuba tanya pada dia? Dan, apa dia jawab?" "Macam mana aku nak tanya, Fifa?? Cuba kau fikir.... kalau dah dengar suara aku je terus dia matikan telefon dia, macam mana aku nak tanya dia siapa perempuan yang dia dah gilakan sangat tu?" "Ehem... " Fifa berdehem beberapa kali sambil memandang tepat ke wajah Maria yang sudah mula tenang. Baginya inilah masa yang sesuai untuk dia meluahkan apa yang dia mahu katakan pada Maria. Dia tahu, Maria sebenarnya tahu siapa wanita yang Shamsul gilakan, tapi Maria bukanlah jenis perempuan yang suka menuduh, apatah lagi menyerang tanpa usul periksa. Maria menunggu kesanggupannya menceritakan apa yang terjadi. Dan, kini dia yakin untuk memulakan sesi itu walaupun dia sendiri belum pasti apakah akibat yang akan mengundang di antara dia dan Maria kelak.

Page 47: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 47

"Mar... aku nak explain something kat kau dan aku harap kau terima dengan hati yang terbuka." Mukadimahnya cukup lembut. Seboleh-bolehnya dia tak mahu Maria tersinggung. Maria tersenyum kecil memandangnya. "Mar... sebenarnya..... aku...... Shamsul....... eerrr....." Termati kata-katanya. Sungguh! Rupanya dia taklah sekuat yang dia sangka. Maria menggenggam erat jemarinya. Sambil menepuk-nepuk perlahan tangan Fifa, Maria mengangguk perlahan. Anggukan Maria seolah-olah memberi satu kekuatan pada Fifa. "Sebenarnya akulah perempuan yang Shamsul kerap hantar sms sejak kebelakangan ni. Dia menagih cinta dari aku, Mar! Aku tak boleh terima dia! Aku dah beritahu dia yang aku memang tak boleh terima dia sebagai suami aku!! Kalau pun bukan sebab kau sahabat karib aku, aku masih memerlukan Ekmal dan dia tetap tak layak nak gantikan tempat Ekmal dalam hati aku!! Maafkan aku, Mar..... Aku... Aku tak bermaksud nak sorokkan perkara ni daripada kau tapi.... aku tak nak kau kecewa sekali lagi!! Maafkan aku, Mar....." Fifa mula menangis tersedu-sedu. "Fifa... aku dah tahu semua ni. Aku dah baca semua sms yang Shamsul hantar pada kau! Aku dah agak perkara ni akan terjadi juga satu hari nanti dan aku dah bersedia sebenarnya. Aku sengaja tunggu sampai kau buka mulut. Aku tak salahkan kau, Fifa... sebab aku tahu kau tak bersalah dalam hal ni. Yang aku kecewa, Shamsul tak nak beritahu hal yang sebenarnya pada aku! Dia dah mula membelakangkan aku dalam hal ni. Aku tak kisah sebenarnya.... cuma segala yang Shamsul lakukan tu membuatkan aku rasa macam aku ni tak pernah wujud dalam hidup dia sebelum ni!! Kenapa mesti dia sorokkan dari aku yang dia sudah mula jatuh cinta pada kau, sedangkan dia tahu aku sanggup terima apa saja kebarangkalian yang akan terjadi. Aku dah puas kecewa, Fifa.... dan aku tak kisah kalau aku kecewa lagi. Aku sedia undur diri kalau itu akan membuatkan kau dan Shamsul bahagia. Tolong beritahu Shamsul yang aku benar-benar berharap dia bersedia berdepan dengan hakikat yang dia cipta sendiri. Tolong jangan larikan diri dari aku sebab aku takkan kejar dia kalau benar-benar dia dah tak sukakan aku!" "Mar... sebenarnya dia masih sayang dan cintakan kau! Cuma.... dia sendiri keliru untuk memilih pilihan hati atau pilihan keluarganya! Kau berilah dia masa untuk dia menenangkan fikiran. Aku yakin, lepas ni dia akan tetap kembali pada kau." "Aku dah bersedia untuk terima apa saja keputusan dia, Fifa. Thanks for being my friend.... for sharing everything with me! Kau tetap sahabat aku walau apa pun yang terjadi." "Aku akan tetap jadi sahabat kau, Maria. Kau jangan bimbang, nanti aku akan cakap pada Shamsul. Lega hati aku tengok kau dah boleh bercakap macam biasa. Sorry, ya.... Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau lagi!" "Hei... kita sama-sama tak bersalah. Kalau betul kau anggap aku kawan kau, jangan ungkit lagi tentang ni. Kita order makanan, aku dah laparlah!! Dah lama tak makan dengan kau, kan!!" Maria menggamit pelayan dan memesan makanan. Fifa tersenyum lebar melihatkan wajah Maria yang sudah mula bercahaya walau masih disaluti kesuraman. Kembali Ke Atas

Page 48: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 48

Bab 25 "Mama... I have something to tell you." Fifa duduk di sebelah Datin Maznah. Datin Maznah mengangguk perlahan tetapi pandangan matanya tetap tidak lepas dari majalah Her World yang baru saja diterima semalam. "Mama... Fifa harap Mama boleh terima apa yang Fifa nak cakapkan ni. Fifa nak putuskan pertunangan dengan Shamsul! Fifa tak nak tipu Mama lagi. Rasanya biarlah Fifa berterus-terang dengan Mama hari ni juga. Selama ni, Fifa hanya menipu Mama dengan mengatakan yang Fifa sudah boleh terima Shamsul untuk menjadi suami Fifa. Fifa tipu Mama! Fifa tak boleh terima Shamsul, Ma!!" "Eh, apa yang Fifa repekkan ni? Fifa demam ke??" Datin Maznah kurang senang mendengar penerangan dari anaknya itu. Majalah yang tadinya dipegang kejap diletakkan di atas meja. "No, Mama!! Fifa tak sakit! Mama... tolonglah percaya cakap Fifa ni. Please understand me, Mama! Fifa tak nak kahwin dengan Shamsul! Shamsul tu kekasih Maria! Kalaupun Mama nak bahagiakan Fifa, janganlah sampai membuatkan Maria merana, Ma! Fifa sanggup buat apa saja yang Mama suruh asalkan jangan suruh Fifa kahwin dengan Shamsul! Fifa tak sanggup..." "What the hell are you talking about, Fifa? Fifa tahu tak Mama hanya nak Fifa bahagia! Bukannya Mama nak Fifa hidup terbuang. Semua ni sebab budak kampung tu, kan? Apa yang dah merasuk fikiran Fifa ni?" Kesabaran Datin Maznah sudah mula hilang. Dia merengus kuat. "Jangan cakap Ekmal macam tu, Ma! Bukan sebab Ekmal Fifa lakukan semua ni. Fifa sayangkan Maria dan Fifa tak nak bahagia di atas kekecewaan dia. Tolonglah, Mama... Fifa rayu pada Mama." "Fifa jangan ingat Mama tak tahu apa yang bermain di fikiran Fifa sekarang! Asyik-asyik nak menangkan budak kampung tu. Mama dah cakap, jangan kawan lagi dengan budak kampung tu! Fifa degil!" "Fifa tak kisah dia budak kampung ke, budak bandar ke, miskin ke, kaya ke... yang penting Fifa sukakan dia. Mama please.... Fifa tak nak kahwin dengan Shamsul. Kalau Mama bunuh Fifa pun Fifa sanggup tapi nama nak kahwin dengan dia, Fifa tak nak!!" "Hei, dah tak ada orang lain lagi ke dalam dunia ni yang Fifa gilakan? Look, Fifa!! Kalau pun semua lelaki dalam dunia ni dah mati, Mama tetap takkan kahwinkan Fifa dengan budak kampung tuh!! Fifa faham tak? Mama lagi rela Fifa jadi anak dara tua daripada hidup dengan budak miskin tu!" "Baguslah tu! Bagus, Datin Maznah.... Tahniah buat awak. Ajarlah anak awak tu memilih pasangan dan kawan. Hei, Datin Maznah... awak ingat tak asal usul saya ni dulu? Awak tak ingat ke saya ni dulu orang macam mana?" Datuk Mansor menyampuk dari belakang membuatkan Datin Maznah terkedu di tempat duduknya. "Awak tu lainlah, bang, Saya tengok budak tu bukan jenis macam abang. Abang tu jenis yang rajin..." Balas Datin Maznah masih tak mahu mengalah.

Page 49: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 49

"Awak kenal dia tak? Awak sendiri pun tak nak mengenali dia dengan lebih dekat, macam mana awak tahu yang dia bukan macam saya? Awak pernah selidik latar belakang dia? Awak tahu asal keturunannya? Datin Maznah ooii... selidik dulu tentang budak tu. Baik orangnya. Awak tahu, sekarang ni dia dah jadi orang kuat syarikat. Dan dah ada ura-ura nak dapat 5% share lagi. Awak apa tahu?? Tahu nak mengutuk orang adalah..." "Abang, saya..." "Papa.. Mama... janganlah bergaduh sebab Fifa." "Papa dah lama tak berkenan dengan perangai Mama Fifa ni. Kali ni Papa kena beritahu juga siapa Ekmal tu. Biar dia sedar sikit tak semestinya anak orang kampung, anak orang miskin tak boleh jadik pandai! Tak boleh kerja senang, dalam bilik hawa dingin. Tak semua anak kampung ni kolot, bodoh, tak sekolah!" "Ah, awak dengan anak awak ni sama saja. Malas saya nak layan awak berdua." Datin Maznah merengus. "Papa borek, anak mestilah rintik, kan Fifa!!" Datuk Mansor mengenyitkan mata pada Fifa. Fifa tergelak kecil. "Esok, awak telefon besan tak jadi awak tu, beritahu kita nak putuskan pertunangan antara Fifa dan Shamsul. Katakan kita mampu bayar balik dua kali ganda daripada hantaran tu." "Tapi, bang...." "Tak ada tapi-tapi lagi, Maznah. Apa yang saya kata ni awak mesti ikut. Fifa, hujung minggu ni ajak Ekmal datang ke rumah. Ada perkara penting yang Papa nak bincangkan dengan dia." Fifa mengangguk perlahan. Datuk Mansor bangun dan berlalu meninggalkan Datin Maznah yang masih dalam kekeliruan. Fifa turut bangun meninggalkan dia. DAtin Maznah diburu perasaan kurang senang. Kurang senang terhadap keputusan suaminya yang selama ini mengikut telunjuknya. Bimbang juga dia memikirkan bagaimana harus dia memberitahu Tan Sri Azman sekeluarga tentang hal ini. Tergamakkah aku memberitahu mereka perkara ini?? Fikirnya dalam hati. Kembali Ke Atas

Bab 26 Fifa masih tersenyum menantikan kehadiran Ekmal di pintu rumahnya. Datin Maznah hanya memandang Fifa dengan lirikan matanya sahaja. Fifa buat tak endah dengan pandangan Mamanya itu. Baginya sekarang, yang paling penting sekali ialah kehadiran Ekmal dalam membincangkan hal mereka berdua. Memang kau sengaja nak malukan Mama, Fifa... Tergamak kau memutuskan tali pertunangan ni. Mama malu pada semua orang dan impian Mama untuk melihat kau mewarisi harta Tan Sri Azman hancur sama sekali disebabkan oleh kau sendiri.

Page 50: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 50

Deruman motor berkuasa besar milik Ekmal jelas kedengaran dari jauh. Fifa segera berlari ke luar rumah untuk menjemput kekasih hatinya itu. Datin Maznah hanya memandang Fifa dengan jelingan. Fifa menyambut Ekmal dengan senyuman meleret di bibir. Ekmal membalas senyuman Fifa. Mereka berjalan seiring masuk ke dalam rumah. Kemesraan itu membibitkan rasa kurang senang di hati Datin Maznah. Dia merengus sendirian. Nampaknya semua orang dalam rumah ni nak melawan aku.... "Papa... Mama... Ekmal dah datang. Marilah turun, Papa..." Fifa menjerit dari tingkat atas. Ekmal hanya tersenyum memandang wajah Fifa. Raut wajahnya jelas membayangkan dia berada dalam keresahan menantikan saat yang mendebarkan. Datuk Mansor turun perlahan-lahan dan Fifa berlari mendapatkannya. Fifa memimpin tangan Datuk Mansor. Datin Maznah hanya memandang kemesraan anak beranak itu. Jauh di sudut hatinya dia menyesali perbuatannya yang membuatkan kasih sayang Fifa terhadapnya berkurangan. "Ekmal, mari sini. Pakcik nak bincang sesuatu dengan kamu. Fifa, pergi tolong Mek Senah kat dapur tu. Nanti kita nak makan tengahari bersama." Datuk Mansor mengarahkan Fifa pergi ke dapur. "Ekmal..." Datuk Mansor memandang ke wajah Ekmal yang sedia menanti apa saja yang dia mahu cakapkan. "Pakcik panggil Ekmal ke sini hari ni untuk minta maaf tentang hal dulu. Pakcik mewakili keluarga kami terutamanya makcik Maznah minta maaf kalau kami ada menyinggung perasaan Ekmal. Walaupun hal tu dah lama berlaku tapi pakcik masih rasa bersalah pada Ekmal." "Hhmm.. pakcik, sebenarnya saya dah lupakan hal tu. Lagipun saya faham... mungkin kehadiran saya hari tu tak kena pada masanya. Tak ada apa yang nak dimaafkan sebab keluarga pakcik tak ada buat apa-apa yang menyinggung hati saya pun..." "Kalau macam tu... senanglah hati pakcik sekarang. Oh iya! Pakcik ni nak bincangkan hal Ekmal dan Fifa. Pakcik memang dah lama tahu yang Ekmal berkawan dengan Fifa tapi... yalah... kalau boleh pakcik pun naklah dapatkan kata putus dari Ekmal. Dah lama Ekmal kawan dengan Fifa, kan!" "Iya, pakcik. Sejak dari di kampus lagi. Memang saya pun dah lama nak bincangkan hal ni dengan keluarga pakcik tapi... faham-faham jelah apa yang dah terjadi sebelum ni, kan! Jadi, saya tak yakin saya boleh bincangkan tentang hubungan kami waktu tu. Alhamdulillah... sekarang rasanya peluang dah ada depan mata dan saya kalau boleh tak nak buang masa lagi. Saya memang berhasrat nak jadikan Fifa isteri saya, pakcik.. makcik..." Datin Maznah menjeling. Menyampah mendengar kata-kata sopan Ekmal. Dia tahu, dalam diam sebenarnya Ekmal menyindir dia. Geram di hati sudah tidak dapat dibendung lagi. Kalaulah tak disebabkan Datuk Mansor sudah awal-awal memberi amaran padanya untuk tidak membuat apa-apa, sudah lama dia sembur budak kampung di hadapannya ni. "Saya ni bukannya kaya macam keluarga pakcik. Saya ni cuma budak kampung je. Keluarga saya orang miskin, hanya kerja menoreh getah dan kerja kampung je. Rumah pun tak secantik ni... Tapi, saya janji saya akan bahagiakan Fifa sebagaimana hidupnya sekarang. Saya akan

Page 51: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 51

cuba penuhi setiap kemahuannya." Bersungguh-sungguh Ekmal berkata untuk meyakinkan Datin Maznah sebenarnya. "Pakcik tak pernah membezakan darjat. Bukan itu yang kami mahukan untuk Emkal membahagiakan Fifa. Yang kami mahukan ialah kesetiaan dan kasih sayang yang Ekmal berikan sepanjang hayat Fifa. Kami mahu Ekmal didik Fifa, bimbing dia jadi isteri solehah yang taat pada suami dan agamanya. Kami tak nak Ekmal sia-siakan kesetiaan dia pada Ekmal." "Sya berjanji pada pakcik dan makcik, saya tak akan mensia-siakan Fifa sampai habis hayat saya. Percayalah, pakcik... saya sayangkan Fifa lebih dari diri saya sendiri." Datuk Mansor tersenyum panjang sambil memandang ke wajah Datin Maznah yang tunduk membelek majalah bahasa asing di tangannya. Mungkin mahu memberitahu dialah pemenang dalam perhitungan itu. fifa datang ke ruang tamu sambil membawa sedulang puding laici. Dia duduk di sebelah Datuk Mansor dan tersenyum riang memandang ke arah Ekmal. "Fifa... cakap pada dia yang Mama nak keluarga dia datang ke rumah kita 2 minggu dari sekarang. Hantaran boleh dibincang tapi Mama tak nak kamu berdua bertunang lama-lama. 6 bulan je dah cukup." Datin Maznah yang bersuara tiba-tiba membuatkan Fifa yang sedang asyik memandang ke wajah Ekmal terperanjat. Bukan hanya Fifa yang terperanjat tetapi Datuk Mansor juga memandang kehairanan ke arah Datin Maznah. "Eh, awak ni! Kan ke budak tu kat depan awak!! Awak cakaplah sendiri.... Kan senang!!" "Saya malaslah, bang!" Masih dengan egonya, Datin Maznah tetap memandang ke muka surat majalah tanpa mendongak sewaktu bercakap. "Awak ni sampai bila nak bermusuh dengan dia ni?? Awak tu dah tua, Maznah... cubalah bawa mengucap sikit. Perangai waktu awak muda dulu tu jangan dibawa sampai ke tua. Dah sampai masanya untuk awak belajar mengalah dengan orang lain..." "Tak apa, pakcik. Saya tahu, masih susah lagi untuk makcik terima saya. Saya akan beritahu mak dan ayah saya tentang hal ni dan insya-Allah... kalau tiada aral melintang, mereka akan datang dalam masa 2 minggu dari sekarang." "Hah... molek sangatlah tu. Kami pun suka kalau perkara baik ni disegerakan. Marilah makan puding ni. Karang merajuk pulak orang yang membuatnya tu!!" Datuk Mansor berseloroh sambil memandang wajah Fifa yang sudah merah padam menahan malu. Kembali Ke Atas

Bab 27 "Hallo, Fifa please...." Satu suara menusuk ke telinganya. Fifa yang sedang minum meletakkan cawan dan mula bersuara. "Fifa speaking." "Hai... tengah buat apa tu?"

Page 52: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 52

"Tengah minum pagi. Siapa ni?" "Hei, dah pukul 10.00 pagi baru nak minum pagi?" "Ada kerja tadi. Eh, siapa ni?" "Takkanlah you tak kenal I??" Suara itu seakan-akan mahu bermain dengannya. Fifa merengus perlahan. "I'm sorry... I tak kenallah. Do I know you, Mr....." "Hatta Hanafiah. Just call me Hatta...." "Ya Allah.... minta maaf banyak-banyak, Hatta. I memang tak cam suara you tadi. So, ada apa-apa berita terbaru ke?" "Tak ada apa-apa yang menarik pun.... I saja call you sebab dengar cerita you dah putus tunang dengan Shamsul, kan! Then, dah bertunang dengan Ekmal pun.... Sampai hati you tak jemput I. Anyway, congratulations." "Hei... hei... mana you tahu I dah bertunang dengan Ekmal ni....?? You ni kan... tahu je perkembangan terbaru I tau! Pasang spy ke??" "Biasalah... So, meranalah si Shamsul tu, ya!" "Entahlah... Hatta. Eh, you kat mana ni? Boleh datang jumpa I sekarang tak?" "I kat officelah.... Apa problem nya lagi, cik Fifa ooii....??" Fifa tergelak kecil mendengar keluhan Hatta. Tapi dia tahu Hatta sentiasa sudi membantunya. Bukan dia tak tahu tindakannya rapat dengan Hatta akan lebih membuatkan Hatta suka padanya tetapi entah kenapa, dia senang berkawan dengan Hatta. Hatinya lega selepas dapat meluahkan segala masalahnya pada Hatta. "Pasal Shamsul dan Maria. Boleh tak ni? You tunggu I kat tempat biasa..." "Ok. I keluar sekarang. Kalau you lambat dari I, you kena belanja I makan tengahari nanti." "Tak da hal punya. Bye..." ***** Hampir satu jam dia menunggu di situ tetapi bayang Fifa masih belum muncul. Hatta melemparkan pandangannya keluar dari restoran itu. Ingatannya masih berpusat pada Fifa. Mengenangkan Fifa membuatkan dia rasa menyesal seumur hidup. Kalaulah aku tahu kau sudah putuskan pertunangan dengan Shamsul dulu, Fifa... dah lama aku masuk meminang. Bukan!! Salah aku juga... Kalaulah aku tackle kau dari dulu; dari waktu kita sama-sama masih berada di IPT dulu pasti sekarang kau menjadi milikku. Tapi, waktu tu kau dengan Ekmal amat rapat. Sebab itu aku tak dapat menghampiri kau. Kau

Page 53: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 53

terkenal di sana sedangkan aku selalu disisihkan dari kawan-kawan kerana aku tak handsome macam orang lain. "Eh, siapa nama budak perempuan yang selalu kena kerumun tu, hah? Cantik sangat ke dia tu?" Soalnya pada Iqbal satu hari. Bukan dia prejudis pada kecantikan yang didengar, cuma mahukan kepastian. Anak muda itu tersenyum memandang wajahnya. "Kenapa? Terpikat ke?" Hatta tersenyum. "Tak adalah... aku saja tanya pada kau! Kau kan kenal semua perempuan kat sini. Nak gak tau cantik sangat ke dia tu sampaikan selalu sangat aku tengok dia tu kena kerumun ngan bebudak lelaki kat sini!" "Nama dia Nurfitriah Afifah. Orangnya memang cantik, Ta. Kalah ratu dunia! Kalau kau tengok pun aku rasa sure kau terpikat. Cair hati kau kat dalam tu. Lemah-lembut orangnya, putih melepak, tinggi, langsing... pendek kata memang cantiklah! Tapi, orang macam kita ni tak layak nak berdampingan dengan dia, Ta.... dahlah tak handsome, miskin lak tu. Anak orang kaya! Ayah dia Datuk!" "Apa aku peduli dengan ayah dia! Aku nak anak dia!!" Hatta ketawa. Iqbal turut ketawa. "Banyaklah kau!! Kau ingat anak orang tu macam anak ayam? Boleh ambil suka hati kau je? Dia tu anak orang berpangkat. Tentulah mak dan ayahnya nakkan menantu anak orang kaya jugak!" "Tapi, aku dengar dia rapat dengan Ekmal. Dah lama juga dia orang kawan, kan! Ekmal tu pun bukan anak orang kaya pun... budak kampung cam kita jugak. Dia pandang pun.... Takkan kita tak ada chance!" "Ekmal tu handsome! Kita ni haprak!! Hah, itu pun dia lalu. Kalau kau nak tackle, pergilah... aku nak tengok dapat ke tidak!!" Hatta memandang terus ke arah Fifa yang sedang berjalan dengan kawan-kawannya sambil tertawa riang. Hatinya berbunga mekar. Aku sudah jatuh cinta!!! Hatinya menjerit. Cantik sungguh kau, gadis. Kalah bidadari!! Kalau pun dibariskan semua ratu cantik satu dunia, kau juga yang akan aku pilih!! "Hatta! Hatta!! Ish, dah datang balik dah angau dia ni!!" Iqbal menggelengkan kepalanya. Maklum dengan perangai sahabat karibnya itu. "Hatta!! Hatta!! Yuu huuu...." Bahunya ditepuk dan Hatta segera menoleh. Dia terkebil-kebil memandang insan di hadapannya. Mana Iqbal? Kenapa tiba-tiba Fifa yang berada di hadapannya? Eh, aku mimpi ke ni?? Hatta menggosok matanya beberapa kali. "Eh, you ni mimpi di siang hari ya! Kenapa you pandang I macam nak telan je?" Fifa duduk di hadapan Hatta tanpa dipelawa. Hatta masih terkebil-kebil seperti budak kecil yang disergah. Dia terus memandang wajah Fifa. "Stop it, Hatta!! You ni macam tak kenal I je! Ini Nurfitriah Afifah. Fifa!! You kenal tak ni?" "Sorry... I teringatkan kenangan waktu di IPT dulu.."

Page 54: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 54

"Ingatkan makwe lah tu!" Mendatar suara Fifa. Ada nada kurang senang pada suaranya. "Bukanlah... I teringatkan sorang makwe tu. Dia ni ramai peminat kat Jengka dulu. I salah seorang peminat dari jauh tapi I tahu waktu tu dia dah berpunya. So, I undur diri. Tak nak kacau hak orang. Baru-baru ni I jumpa balik dengan dia. I ingatkan dia solo tapi rupa-rupanya dah bertunang. Dengan orang yang sama. I tahu, peluang I dah tertutup." "You belajar kat Jengka dulu?" Hatta mengangguk. "Course apa?" "Computer Science." "Perempuan yang you minat tu?" "Budak Accountancy. Boyfriend dia budak Science. Ekmal." "Hatta!!! Apa you merepek ni? You tengah cakap pasal I?" "Ya! Pasal you." "Tapi, kenapa I tak pernah jumpa muka you langsung dekat sana? I mean... takkanlah tak pernah terserempak langsung!" "Pernah... banyak kali tapi, siapalah I ni untuk you pandang. You tu kan sentiasa dikerumuni senior-senior yang minat habis kat you. So, I tengok dari jauh jelah. Orang cantik lah katakan... pergi mana-mana pun mesti kena kerumun." "Eh, kenapa you tak beritahu I yang you dah lama kenal I? No wonder you kenal Maria dan Ekmal." "Fifa... macam mana lagi I nak terangkan pada you?" "Hatta... boleh tak kalau kita cerita dulu tentang masalah I ni!" "Okay... as you wish." Fifa memanggil pelayan dan memesan makanan serta minuman untuknya dan Hatta. Hatta hanya mendiamkan diri mendengar Fifa memesan makanan kegemarannya setiap kali mereka datang ke RoadHouse Grill ini. Ground nuts yang penuh membuak-buak di dalam baldi kecil yang diletakkan di atas meja mereka dicapai satu persatu. Agak lama mereka mendiamkan diri sambil mengunyah kacang penuh nikmat. Bukan mudah untuk dapat kacang tanah yang besar dan lemak seperti itu. Maklum saja, sesuai dengan suasana ala cowboy kacang-kacangnya juga mestilah kelihatan brutal seperti cowboy juga, fikir Hatta. Waiter dan waitress yang kurang tersenyum tetapi cepat kerjanya kelihatan ke hulu ke hilir melayan setiap pelanggan. Kelebihan itulah yang selalu mengheret mereka ke mari selain daripada makanan yang sedap. "Maria dah tahu tentang I dan Shamsul."

Page 55: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 55

"Really?? Bila?" "Dah lama... sebelum kami putus tunang. Sehari selepas I jumpa you. Maria telefon I dan nak jumpa I. Bila kami berjumpa di Bangsar, dia meluahkan segala masalah dia dan I berterus-terang dengan dia tentang hal tu. Nasib baik dia tak marah. Tapi I tahu, dia cukup merana dengan perbuatan Shamsul tu. Then, I ada call Shamsul beberapa hari selepas pertunangan kami diputuskan. I minta dia balik pada Maria. Dia melenting. Dia kata, dia memang akan kembali pada Maria tapi dia tetap akan memiliki I. I tak nak jadi lemah lagi kali ni. I tetap dengan keputusan I. Walau apa pun yang terjadi, I takkan tinggalkan Ekmal. Hanya maut yang boleh pisahkan kami. Tapi, I takut Shamsul akan lakukan sesuatu. You kan tahu dia tu orang berpangkat. Bila-bila masa saja dia boleh buat apa yang dia suka." "Grilled chicken with fried potatoes." Pelayan sudah datang menghantar makanan. Fifa mencapai pinggan dari gadis India itu. "You sir, Country Chicken with baked potatoes." Hatta mengangguk dan tersenyum memandang pelayan itu. "Enjoy yourselves." "Thanks." Balas mereka serentak. Pelayan itu beredar setelah selesai menjalankan tugasnya. "You jangan risau, Fifa. Dia takkan buat apa-apa punya. Orang macam tu bukan boleh pakai sangat. Harapkan pangkat mak ayah dia je... Selalunya diaorang ni nothing! Zero!" "Tapi.... Maria cakap Shamsul dah lama tak contact dia. Selepas kami putus tunang, Maria ada call cakap yang dia tahu I dah hantar orang untuk putuskan pertunangan tu. Bila dia try call Shamsul... tak berjawab." "Kesian juga dengan Maria tu. Tapi I yakin, lambat laun Shamsul akan balik pada dia juga. You jangan risau. Makanlah... dah nak sejuk dah pun grilled chicken you tu. Hhmmm... lain kali cubalah yang lain pulak. You ni asyik pesankan I country chicken je... Lain kali I nak beli pasta lak lah... Jemu lak asyik ayam je." "Yalah... dah jemu dah.. Dulu, kalau boleh setiap kali keluar dengan I you nak makan country chicken. Okay, lain kali kita makan lain pulak. Eh, you ceritalah kat I pasal zaman kat jengka dulu." "Tak payahlah.... nanti saja I ceritakan. Makan dulu... I ada appointment ngan orang lain lepas lunch ni." Fifa mengangguk perlahan. Akur tentang kesibukan Hatta. Sebenarnya dia juga rasa bersalah kerana terlambat sampai tadi. Bukan dia sengaja nak keluar lambat tetapi kebetulan waktu dia nak keluar tadi, dia terserempak dengan Tuan Haji Abdullah; ketua jabatannya dan mereka berbincang sesuatu. Jadi, nak tak nak terpaksalah dia tunggu sebentar walaupun dalam hatinya meminta orang tua tu cepat berlalu. Kembali Ke Atas

Page 56: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 56

Bab 28 "Mama.... look! I'm so sorry...." Rayu Fifa pada Datin Maznah. Pun begitu, Datin Maznah tetap tak mahu memandang ke wajahnya. Dia masih terus membaca surat khabar yang dipegangnya. Semenjak dua menjak ni, selepas Datuk Mansor ke London kerana menghadiri seminar keusahawanan di sana, Datin Maznah sudah mula buat perangai lamanya. Bukan Fifa tak tahu yang Datin Maznah mahu melepaskan perasaan geram dan tensionnya selepas putusnya pertunangan antara Fifa dan Shamsul satu tempoh dulu. "Mama... janganlah buat Fifa macam ni! Mama buat Fifa ni macam tunggul je. Boleh tak Mama dengar dulu apa yang Fifa cuba nak explain pada Mama? Please...." "Apa lagi yang Fifa nak terangkan pada Mama ni? Kan segalanya dah terang? Segala-galanya jelas, Fifa. Semua kehendak Fifa Mama dah ikut. Apa lagi yang Fifa nak?" "Fifa cuma nak Mama tahu kenapa Fifa buat macam ni!" "Tak payah jelaskan pada Mama. Kak Arfah dulu pun tak pernah jelaskan pada Mama kenapa dia memilih Bahari. Nak kahwin dulu pun tak berbincang dengan Mama. Semuanya Papa yang aturkan. Mama ni kan emak yang tak sayangkan anak! Emak yang faham hati anak!" "Mama... janganlah cakap macam tu... Fifa tak ada niat nak derhaka pada Mama. Tapi, Fifa nak Mama tahu yang Fifa memang tak boleh bahagia dengan Shamsul!" "Fifa ingat Mama sengaja nak buat Fifa merana? Mama lakukan semua ni untuk Fifa. Mama nak Fifa hidup senang bila Fifa dah keluar dari rumah ni dan menjadi isteri orang! Mama bukan nak hancurkan hidup Fifa!! Tapi, Fifa tuduh Mama nak rosakkan hidup Fifa....." Sayu suara Datin Maznah meluahkan isi hatinya. Fifa menangis teresak-esak mendengar kata-kata itu. Tiada niat di hatinya untuk menyakiti hati Datin Maznah apatah lagi menuduh dia sengaja mahu merosakkan hidupnya. "Mama... Fifa tak pernah tuduh Mama macam tu. Malah... tak pernah terlintas sekali pun di hati dan benak Fifa yang Mama sengaja nak hancurkan hidup Fifa. Sungguh!!! Cuma, Fifa nak Mama mengerti yang antara Fifa dan Shamsul memang tak boleh hidup bersama!!" "Mama cuma nak Fifa hidup senang. Selama ni... Fifa dah biasa hidup mewah. Segala-galanya ada di sekeliling Fifa. Apa saja yang Fifa mahukan dah tersedia di depan mata. Mama tak nak bila Fifa dah kahwin nanti, Fifa terpaksa simpan semua keinginan Fifa sebab suami Fifa tak mampu nak adakan semuanya." "Mama... kemewahan tak menjamin kebahagiaan. Yang pentingnya persefahaman dan cinta. Hidup mewah atau tidak tu perkara kedua. Kalau pun Fifa kahwin dengan orang kaya tapi hidup Fifa diabaikan, Fifa tetap tak bahagia. Mama dulu kahwin dengan Papa pun bukan sebab Papa kaya, kan. Papa tu hanya anak petani. Tapi, Mama kahwin juga dengan Papa." "Papa tu lain. Dia ada wawasan. Dia rajin berusaha." "Ekmal pun macam tu, Mama!! Fifa lebih kenal dia berbanding Mama. Cubalah Mama kenal dia dulu... Fifa yakin, Mama pun akan sukakan dia. Yang Fifa pinta bukannya harta kekayaan

Page 57: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 57

dari Mama... Fifa tak nak semua harta Mama dan Papa.... Fifa akan cari sendiri. Tapi, yang Fifa harapkan dari Mama hanyalah restu untuk Fifa berkahwin dengan Ekmal. Tanpa restu Mama, Fifa takkan bahagia. Kan ke restu ibu tu penting untuk perkahwinan anaknya? Mama nak Fifa hidup terumbang-ambing bila lepas kahwin nanti?" Datin Maznah merenung wajah Fifa. Kesan airmata anaknya itu menyentuh perasaannya. Bukan dia tak mahu menerima Ekmal menjadi menantunya sekaligus merestui perkahwinan Fifa... cuma dia takut kehilangan Fifa sebagaimana dia kehilangan Arfah dulu. Cukuplah sekali dia kecewa dan merana kehilangan anak, dia tak nak kehilangan buat kali yang keduanya. Kesan ekoran kehilangan Arfah dulu masih berbekas sehingga kini. Dia takut! Takut kedua-dua anaknya meninggalkannya!! "Mama... maafkan Arfah!!!" Arfah melulut di hadapannya memohon kemaafan. Datin Maznah merengus kuat. Kata-kata Bahari sewaktu bertengkar dengannya dulu masih terngiang-ngiang di telinganya. "Ma... Arfah... Arfah..." "Apa lagi yang Arfah nak cakapkan dengan Mama ni? Kenapa Arfah balik ke rumah ni? Dengan beg-beg besar segala bagai... Mana perginya suami Arfah yang Arfah sayangkan sangat tu? Dia tak datang sekali? Dah habis dah ke semua duit yang Mama kasi pada Arfah dulu?" Keras nada suaranya. Arfah menangis teresak-esak mendengar Datin Maznah memerlinya. Hajat di hati balik ke rumah sendiri untuk meminta simpati dari keluarga. Alih-alih semakin parah luka di hati dibuatnya. Datuk Mansor hanya mendiamkan diri. Hanya sekadar menjadi penonton wayang yang sedang ditayangkan secara langsung di hadapannya. Fifa yang ketika itu masih bersekolah menengah turut terpaku melihat adegan sayu itu. "Abang Bahari dah ceraikan Arfah, Ma... Arfah balik ke sini untuk tinggal di sini semula." "Begitu senang? Dulu, waktu Arfah nak kahwin dengan Bahari, Mama tentang. Tapi, Arfah degil. Bahari yang terbaik untuk Arfah, konon!!! Mama dah cakap awal-awal dengan Arfah... Bahari tu bukannya nakkan Arfah! Dia tu cuma nak bolot harta keluarga kita! Arfah tak percaya! Arfah tuduh Mama sengaja nak hancurkan kebahagiaan Arfah. Arfah kata Mama kolot! Tak tahu menilai orang. Mama tak bercampur dengan orang. Mama too choosy!! Memilih orang kaya je untuk buat menantu! Arfah nak pilih orang miskin. Orang kampung. Alasannya orang kampung lagi mulia! Lagi sedar diri! Bahari tu jenis cakap je besar. Belajar pun tak seberapa. Harta pun tak ada. Apa yang dia janji pada Arfah sampai Arfah sanggup tinggalkan rumah kita ni dan balik ke kampung dia tu? Berapa banyak harta yang dia dah namakan atas nama Arfah sejak Arfah kahwin dengan dia? Berapa ratus ekar tanah dia ada? Berapa biji banglo dia beli? Duit simpanan Arfah semua habis dia kebas... lepas tu ceraikan Arfah. Apa yang Arfah ada sekarang? Arfah dah tak ada apa-apa, tau.... Arfah tu dah jadi janda!" Semakin kuat tangisan Arfah apabila Datin Maznah mengungkit segala-galanya. Terduduk di di hujung kaki Datin Maznah. Tiada lagi kata-kata yang dapat diluahkan setelah mendengar semua ucapan itu. Hatinya hancur. Dia tak sangka Datin Maznah terlalu sakit hati sehingga berdendam dengannya dan Bahari.

Page 58: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 58

"Sudahlah tu, Maznah.. Budak ni balik ke sini nakkan kita terima dia balik. Bukan nak dengar awak tu bersyarah pada dia. Dia dah cukup bersedih dah sekarang ni. Awak nak tambahkan lagi sedih dia! Sepatutnya awak sebagai emak memujuk, bukan mengungkit semua hal yang dah berlaku. Kita pun tak tahu perkara ni akan terjadi. Jadi, tak boleh nak salahkan Arfah dalam hal ni." "Senanglah awak bercakap! Awak pun menjadi punca hal ni berlaku, awak tahu tak? Kalau awak tak setuju dengan perkahwinan ni, semua ni takkan terjadi. Sebab awak sebelahi dia orang ni dululah... sampai jadi macam ni." "Hei, awak ni tahu tentang qada' dan qadar ke tidak ni? Awak percaya pada takdir tak? Awak ingat saya ni siapa? Tuhan ke yang boleh tentukan ikut kehendak saya sendiri? Saya ni bukan Tuhan, Maznah.... Kalau saya tahu nak jadi macam ni, saya takkan benarkan dia orang kahwin dulu. Awak faham tak?? Sudah tu, Arfah... pergi naik ke bilik. Arfah tinggal di sini saja." Arfah bangun dibantu oleh Fifa untuk naik ke tingkat atas. Mek Senah mengangkat beg-beg Arfah. Datin Maznah memandang tajam ke arah Datuk Mansor. Membara hatinya apabila Datuk Mansor menyebelahi anaknya itu. Dia mahu Arfah tahu betapa sakit hatinya apabila diperlakukan seperti itu. Dia mahu Arfah sedar yang dia sebenarnya kecewa apabila Arfah berkahwin dengan Bahari. Dia sebenarnya mahu Arfah terus belajar dan berkahwin dengan anak orang setaraf dengannya. Sehingga makan malam pun Datin Maznah tak turun untuk makan bersama. Dia mahu tunjuk dia protes di atas keputusan Datuk Mansor menyebelahi Arfah yang memang sudah terang-terangan bersalah. Dia mahu Arfah tahu betapa dia kecewa dengan perceraian Arfah dan Bahari. Seteruk mana pun dia tak dapat menerima kehadiran Bahari dalam keluarga itu, teruk lagi untuk dia menerima berita Arfah sudah menjadi janda. Mana mahu dia letakkan muka kalau saudara mara dan teman-teman rapatnya dapat tahu yang anak sulungnya itu sudah berstatus janda?? "Mama!!! Mama!!!" Datin Maznah yang sedang bersolek di dalam biliknya terperanjat mendengar jeritan Fifa memanggilnya. Nada cemas dalam suara itu menyentak-nyentak tangkai jantungnya. Segera dia berlari keluar dari bilik menuju ke ruang tengah tingkat atas. "Kenapa menjerit macam orang gila ni?? Buat terperanjat Mama je. Tak boleh ke panggil elok-elok?" "Kak Arfah, Ma!! Kak Arfah....." Termati di situ kata-kata Fifa. Datin Maznah memandang ke wajah pucat Fifa. Kenapa pula dengan Arfah? Bunuh diri pula ke? "Kenapa??" "Kak Arfah dah tinggalkan kita!!! Dia dah lari..... Ma... Kak Arfah dah lari!!!" Fifa memeluk Datin Maznah dan menangis dalam pelukannya. Datin Maznah terpaku. Arfah lari dari rumah??? Arfah tinggalkan dia sekali lagi?? Arfah lukakan hatinya buat kali yang keduanya!!! Setelah kembali ke rumah ini, dia melarikan diri pula?? Ke mana arahnya kali ni? Kembali ke pangkuan Bahari yang tak guna tu??? "Fifa jangan main-main dengan Mama!" Bergetar suaranya.

Page 59: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 59

"Tak, Ma! Kak Arfah tinggalkan surat untuk Mama." Fifa menghulurkan surat ke tangan Datin Maznah. Datin Maznah membuka surat tanpa bersampul itu. Di muka hadapannya tertera nama Datin Maznah Datuk Kamarul Hisham. Menggeletar tangannya sewaktu membuka surat itu. Assalammualaikum, Mama.... Arfah tahu Mama masih marahkan Arfah. Arfah tahu Mama masih simpan sekelumit benci di dalam gumpalan rindu di hati Mama. Arfah tahu Mama kecewa dengan tindakan Arfah. Kecewa Mama sewaktu Arfah kali pertama mencium tangan abang Bahari sebagai suami isteri yang sah 5 tahun dulu masih belum terubat. Lukanya masih berparut dan kepulangan Arfah kali ini dengan membawa status janda merobek kembali parut itu. Arfah tahu hati Mama berkecai dengan segala apa yang Arfah dah lakukan.... Mama, Sungguh! Percayalah.... Arfah tak pernah mahu menyakiti hati Mama. Apatah lagi membuatkan Mama bersedih. Bukan Arfah sengaja mahu biadap dengan Mama. Jauh sekali untuk jadi anak derhaka. Arfah tak berniat walau sedikit pun, Mama. Yang Arfah mahu cumalah secebis pengertian dari Mama tentang perasaan Arfah. Arfah sayangkan Mama. Walaupun selama 5 tahun ini kita saling berjauhan, hati Arfah tetap ingatkan Mama. Setiap kali makan, Arfah akan bayangkan apa yang Mama makan. Arfah akan segera teringat kenangan manis waktu kita selalu makan bersama dulu. Waktu Mama masih lagi mengaku yang Arfah ni anak Mama... waktu Mama masih sayangkan Arfah. Tapi, itu semua tinggal kenangan. Mama Arfah yang dulu dan Mama Arfah yang sekarang dah tak sama. Yang sama cuma kebencian dalam diri Mama. Tak pernah padam sejak dulu hingga kini. Mama ingat lagi waktu Arfah sakit satu ketika dulu? Mama sampai tak tidur malam sebab menjaga Arfah. Mama suapkan Arfah bubur nasi. Mama basahkan kain dan tekap pada dahi Arfah. 3 hari lamanya demam Arfah tak kebah. Mama selalu menangis tengok Arfah makin kurus. Tak ada selera makan. Last-last Mama bawa Arfah ke hospital. Rupa-rupanya Arfah kena demam denggi. Seminggu di tahan di hospital, Mama lah yang melayan kerenah Arfah. Mama selalu tuamkan lengan Arfah yang lebam dan bengkak ekoran terlalu banyak dicucuk oleh jarum doktor. Waktu tu Arfah rasa bahagia sekali, Mama. Arfah tahu Mama sayangkan Arfah. Mama nak Arfah selamat. Mama tak nak kehilangan anak sulung Mama ni. Tapi, rupanya sejak itu, hubungan kita semakin renggang. Sebaik sahaja Mama jumpa Bahari yang datang melawat Arfah di hospital, Mama terus berubah sikap. Mama dingin pada Arfah. Segala tindak-tanduk Arfah salah belaka di mata Mama. Semuanya ekoran pengakuan Arfah. Arfah yang tersilap sebenarnya. Sepatutnya Arfah tak boleh beritahu Mama awal-awal tentang hubungan Arfah dan Bahari. Tapi, Arfah sangkakan Mama tak kisah. Buta rupanya Arfah ni, Ma. Sebetulnya Arfah tenung dalam-dalam riak wajah Mama sewaktu Bahari bersalam dengan Mama. Wajah Mama masam mencuka bila Bahari beritahu dia bekerja sebagai kerani di bank. Nada suara Mama jelas membuktikan Mama menghina Bahari dalam hati. Tapi, Arfah tak ambil pusing perlakuan Mama. Arfah yakin, Mama pasti dapat terima Bahari selepas kami berkahwin.

Page 60: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 60

Betullah kata orang.. Kalau berkahwin tanpa restu ibu yang melahirkan kita, pasti sesuatu berlaku pada perkahwinan tu. Dan, Arfah percaya pada kalimat itu sekarang, Ma. Tapi, Arfah nak beritahu Mama sesuatu yang tak pernah Mama tahu selama ini. Zahirnya Mama lihat Arfah tak bahagia... tetapi sebenarnya Arfah bahagia bersuamikan Bahari. Kami tak pernah bergaduh selama ini. Bahari melayan Arfah bagaikan menatang minyak yang penuh. Mama.... duit pemberian Mama dulu masih belum berusik walau sesen pun. Bahari tak pernah suruh Arfah keluarkan duit tu untuk perbelanjaan harian kami. Dan, Arfah juga tak pernah mahu keluarkan duit tu untuk beli barang. Bukan Arfah tak hargai pemberian Mama tapi Bahari masih mampu untuk memberi belanja bulanan pada Arfah. Walaupun kami duduk di rumah sewa, tapi kami sudah pun membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur. Dan, nama tu Bahari letakkan atas nama Arfah. Sehingga kini kami belum pernah menjejakkan kaki ke rumah tu sebab.... tak payahlah Arfah ceritakan pada Mama tentang hal itu... Terlalu banyak pahitnya untuk dikenang. Perceraian kami bukan disebabkan Bahari, Ma. Semuanya salah Arfah. Arfah terlalu syak wasangka dan cemburu. Bahari sudah pun berkahwin lain. Dengan rakan sekerjanya. Arfah terlalu tamak. Arfah fikir Bahari milik Arfah seorang tapi sepatutnya Arfah mesti merelakan dia berkahwin lain. Bahari berkahwin dengan perempuan itu sebab mahu menolong perempuan itu dari hidup melarat. Perempuan tu kematian suami dan mempunyai 5 anak yang hendak ditanggung. Dan, 2 darinya menghidap penyakit Aids. Dan, dia sendiri juga mempunyai virus Aids dalam badannya. Suaminya juga mati disebabkan penyakit yang sama. Bahari bukan berkahwin kerana nafsu, Ma. Dia berkahwin kerana mahu membantu. Arfah sebagai isteri sepatutnya bersyukur kerana dia begitu baik hati tapi, Arfah bodoh. Arfah minta cerai dari Bahari kerana tak sanggup bermadu lebih-lebih lagi dengan wanita yang berpenyakit Aids. Semalam, sewaktu Arfah sampai ke rumah ini... yang Arfah rindukan ialah pelukan Mama. Yang Arfah idam-idamkan ialah gelak ketawa Mama. Yang Arfah nanti-nantikan ialah kata-kata pujukan Mama. Tapi, yang Arfah terima sebaliknya. Dengan pengakuan Mama semalam, tahulah Arfah yang Mama memang sudah anggap Arfah ni sudah mati. Mama dah tak ada anak bernama Nurfitriah Arfah. Waktu makan malam pun Mama tak turun untuk makan bersama Arfah. Arfah tak sanggup melihat Mama tak makan tiap hari. Jadi, Arfah rasa lebih baik Arfah tinggalkan rumah ni sebelum Mama sakit. Mama jangan risau tentang diri Arfah. Sepanjang 5 tahun duduk di rantau orang banyak mengajar Arfah untuk lebih berdikari. Arfah sekarang bukan Arfah yang dulu, Ma. Arfah sekarang sudah boleh menguruskan rumah tangga. Biarlah Arfah pergi. Arfah pergi bukan seorang tetapi berdua. Anak yang Arfah kandungkan ini akan menemani Arfah ke mana sahaja Arfah pergi. Bila dia dah besar nanti, Arfah akan tunjukkan gambar Mama, Papa dan Fifa padanya. Arfah akan ceritakan segala-galanya tentang keluarga kita. Tentang betapa cantik dan baiknya Mama, betapa segak dan tingginya Papa dan betapa comelnya Fifa. Jaga diri Mama baik-baik. Insya-Allah... kalau diizinkan Allah, Arfah akan kembali lagi ke Malaysia. Pemergian Arfah kali ni bukan kerana membawa hati tetapi sekadar untuk memberi ruang pada Mama untuk memaafkan Arfah. Maafkan Arfah, Ma. Arfah janji, Arfah takkan ganggu hidup Mama lagi lepas ni sehingga Mama sudi memaafkan Arfah. Sembah salam buat Papa dan Fifa. Juga pada Mek Senah yang masih sayangkan Arfah seperti dulu....

Page 61: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 61

Salam Sayang Selalu, Nurfitriah Arfah Datuk Mansor "Mama.... jangan menangis, Ma! Maafkan Fifa!! Fifa tak nak lukakan hati Mama! Fifa minta maaf, Ma!!" Tersentak Datin Maznah mendengar jeritan Fifa. Segera dia mengesat airmatanya. Bayangan Arfah hilang. Dan digantikan dengan tubuh kecil Fifa di hadapannya kini. Perlahan-lahan dia mengusap rambut Fifa. Fifa mendongak memandang Datin Maznah. "Maafkan Mama. Mama yang bersalah selama ni." Terdiam Fifa mendengar Datin Maznah meminta maaf. Adakah sekadar untuk mengambil hati atau benar-benar ikhlas diluahkan? "Mama terlalu mengikut perasaan selama ni. Mama mahu anak-anak Mama ikut kata Mama tanpa fikirkan perasaan mereka. Mama ingat dengan bertegas pada anak-anak, Mama akan lebih dihormati tapi rupanya Mama meletakkan jurang antara Mama dengan kak Arfah dan Fifa. Mama takut kehilangan kak Arfah dan Fifa. Kalau boleh, Mama nak kamu berdua sentiasa ada di sisi Mama. Bukan Mama terlalu memilih menantu. Cuma Mama tak nak anak-anak Mama hidup merempat. Mama takut kak Arfah dan Fifa tersalah pilih lelaki untuk menjadi suami. Tengoklah kak Arfah.... dah kahwin, bercerai pula. Tapi, akhirnya Mama faham kenapa kak Arfah minta cerai. Walaupun dia tak sepatutnya bertindak macam tu, tapi Mama bangga dia sanggup mengaku kesalahannya. Bukan macam Mama. Mama lemah.... Ego Mama terlalu tinggi! Kalaulah pada hari kak Arfah balik dulu, Mama nyatakan pada dia yang Mama terlalu rindukan dia... yang Mama sentiasa ingatkan dia.... pasti sekarang dia ada bersama kita. Sayang.... disebabkan ego Mama, kak Arfah tinggalkan rumah ni. Tinggalkan Mama sekali lagi! Entah macam mana hidupnya sekarang. Entah macam mana rupa cucu Mama. Perempuan ke, lelaki ke.... ikut abang Bahari ke, ikut kak Arfah ke.... Mama cuba nak bayangkan macam mana rupa anak kak Arfah. Tapi, tak terbayang!! Mungkin itu balasan yang Allah berikan pada Mama." Fifa hanya diam mendengar Datin Maznah meluahkan perasaannya. Dia bersyukur kerana akhirnya ego Datin Maznah berjaya dihancurkan... Hati Datin Maznah memang keras. Kalau tadi, dia menangis, tetapi sepanjang dia meluahkan perasaannya tiada setitik pun airmata yang mengalir ke pipi. "Mama restukan perkahwinan Fifa dan Ekmal. Mama yakin pilihan Fifa tepat. Mungkin Allah nak beri peluang kedua untuk Mama tebus segala kesalahan yang Mama lakukan pada kak Arfah dulu. Mama redha kali ni. Dan, kalau kak Arfah balik kali ni, Mama akan jaga dia baik-baik. Mama takkan abaikan dia anak beranak." Mahu saja Fifa membuka mulut untuk menyatakan sesuatu, tapi tak berupaya. Haruskah dia memberitahu Datin Maznah tentang sesuatu yang selama ini dia sorokkan dari pengetahuan Datin Maznah dan Datuk Mansor? Atau, dia perlu menunggu pada hari pernikahannya nanti? "Fifa maafkan Mama?" Fifa menghadiahkan senyuman pada Datin Maznah. "Tak ada apa yang Fifa perlu maafkan. Mama tak buat apa-apa salah pun pada Fifa. Fifa faham... apa yang Mama lakukan hanyalah untuk kebahagiaan kak Arfah dan Fifa. Kalau Fifa

Page 62: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 62

berada di tempat Mama pun, mungkin Fifa akan lakukan perkara yang sama. Cuma, Fifa bersyukur akhirnya Mama memahami perasaan Fifa." Datin Maznah memeluk Fifa erat. Dia mengukir senyuman gembira. Tapi, dalam hatinya merintih pilu. Arfah... di mana kau, nak? Baliklah... Mama rindu pada Arfah!!! Mama rindu pada cucu Mama. Kembali Ke Atas

Bab 29 Fifa duduk mengurungkan diri di dalam bilik sejak malam tadi. Dia tak turun makan malam semalam, tak pergi ke pejabat dan sehingga ke tengahari ini pun dia masih belum turun. Puas Mek Senah menjerit di pintu memanggilnya turun makan. Tak diendahkannya langsung! Naik merah dan sakit tangan Mek Senah mengetuk pintu biliknya. Namun dia pekakkan telinga. Sekejap-sekejap dia baring di katil. Sekejap-sekejap pula dia duduk di sofa. Sebenarnya, fikirannya buntu. Shamsul terus-terusan menelefonnya meminta agar pertalian yang sudah diputuskan disambung kembali. Maria juga sering mengadu tentang Shamsul padanya. Maria ibarat makan hati berulam jantung dengan perangai Shamsul yang semakin hari semakin galak menunjukkan rasa cinta tak bertepinya pada Fifa. Setiap hari dia menjeruk perasaan dengan sikap Shamsul. Hatta pula sering menghadiahkannya bunga. Hendak dibuang, terasa bersalah. Disimpan pula, membuatkan hatinya tak menentu setiap kali dia menatap jambangan bunga itu. Ekmal pula semakin menjauhkan diri. Merajukkah dia? Marahkah dia? Tapi untuk apa? Seingatnya, belum pernah lagi dia memberitahu Ekmal tentang panggilan-panggilan Shamsul dan juga bunga-bunga dari Hatta. Bukan mahu menipu tetapi dia rasa tak perlu mahu memanjangkan cerita. Cintanya tetap pada Ekmal. Tak kira apa pun yang terjadi. Restu sudahpun diterima. Apa lagi yang hendak dirisaukan? Pernikahan sudah mahu dekat tarikhnya, Walaupun masih ada 2 bulan, terasa seakan begitu cepat masa berlalu. Diam tak diam, sudah hampir siap semua barang hantarannya melainkan hantaran yang menggunakan makanan dan bunga-bungaan. Baju nikahnya juga sudah siap ditempah oleh Datin Maznah. Arfah yang tinggal di Sentul juga sudah dijemput. Minggu depan, Arfah akan kembali semula ke banglo itu tanpa diberitahu pada Datin Maznah dan Datuk Mansor pun. Sengaja Fifa tak pernah beritahu pada mereka yang Arfah sebenarnya sudah lama balik dari luar negera. Fifa tak nak keluarganya berpecah belah. Cukuplah sekali Arfah bawa diri meninggalkan Malaysia kerana tidak diterima oleh Datin Maznah. Tidak untuk kali ini. Dan, dengan hancurnya ego Datin Maznah tempohari, Fifa yakin Datin Maznah sudah bersedia untuk menerima Arfah kembali ke dalam hidupnya seperti dulu.... Pengakuan Hatta menyintainya dalam telefon lewat malam kelmarin semakin membuatkan dia tak keruan. Walaupun Hatta sudah menyatakan kesanggupannya menerima takdir yang Fifa akan berkahwin dengan Ekmal, tapi dia tetap tak berganjak dari keputusannya untuk terus menyintai Fifa. "Jangan main-main dalam soal perasaan ni, Hatta! I tak suka tau!"

Page 63: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 63

"I takkan main-main dalam hal ni. Percayalah, Fifa. Sebenarnya I dah jatuh cinta pada you sejak mengenali diri you di kampus lagi. Tapi, waktu tu you dah ada Ekmal dan I sedar siapalah diri I untuk dekatkan diri dengan you. Sampai sekarang, I masih terus cintakan you!" "Sorry, Hatta. You kan tahu yang I akan berkahwin dengan Ekmal? Tak lama je lagi. Tinggal dua bulan saja. I harap you lupakan I." "I tak kisah dengan siapa you akan berkahwin. Tapi, I masih tetap dengan keputusan I. I akan tetap menyintai you sampai bila-bila. Kalau ditakdirkan jodoh you dan Ekmal tak panjang, I sedia menerima you walaupun waktu tu you dah ada anak. I sanggup jadi ayah kepada anak-anak you." "Hatta... boleh tak kalau you hanya anggap I ni kawan you dan bukannya orang lain?" "Memanglah I anggap you kawan I. Tapi, perasaan tu tak boleh nak dielakkan. I akan doakan you berbahagia dengan Ekmal. Tak ada niat langsung di hati I ni nak pisahkan you dan dia. Jangan risau... you tetap kawan I sampai bila-bila...." "Thanks a lot sebab memahami I. You memang baik, Hatta. And I hope hubungan kita tak sampai di sini je." "Sure!! Takkanlah sebab hal ni je I dah tak nak kawan ngan you!" "So, you kena datang waktu I kahwin nanti!!" "Of course!! Kalau you nak I jadi pengapit Ekmal pun, I sanggup!" Hatta ketawa. Fifa tersenyum cuma. Adakah hatimu juga ketawa sebagaimana kau ketawa sekarang, Hatta? Atau, sengaja kau mahu menyembunyikan kesedihan hatimu dari pengetahuanku? "Fifa, buka pintu ni! Bagi Mama masuk sekejap!" Fifa memandang ke arah pintu biliknya. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali Datin Maznah mengetuk pintu biliknya memohon izin untuk masuk. "Fifa okay, Mama. Janganlah risau. Fifa hanya nakkan privacy. Please..." "But, I think we need to talk. Please let me in just for a while..." "Nanti saja, ya! Fifa nak berehat." "Okay... tak apalah kalau Fifa tak nak Mama masuk. Ekmal ada telefon tadi. Tapi, Fifa tak jawab pun, kan! Dia pesan suruh Fifa call dia balik. Ada hal pentinglah tu yang nak dicakapkan. Cuba Fifa call dia, ya sayang!" Fifa diam tak menyahut. Sebenarnya dia mahu meminta maaf kerana tak membenarkan Datin Maznah masuk tetapi apabila mendengar nama Ekmal, hatinya serta-merta jadi tak keruan. Segera tangannya mencapai gagang dan mendail nombor telefon Ekmal. Seketika kemudian dia meletakkan kembali gagang. Dia merengus perlahan. Cuba mencari kekuatan untuk berbicara dengan Ekmal. Perasaan bersalah menular ke dalam hatinya.

Page 64: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 64

Telefon menjerit nyaring memeranjatkannya. Dia tahu, Ekmal yang telefon. Dia diam terpaku di situ. Haruskah dia angkat gagang dan bercakap dengan Ekmal? Atau... membiarkan sahaja telefon itu berbunyi sehingga berhenti sendiri? Telefon masih menjerit nyaring. Fifa mengangkat bantal dan menekup telinganya kuat-kuat. Panggilan itu seolah-olah membawa maut padanya. Fifa mahu menjerit tetapi suaranya tak keluar. Dia mahu menangis tetapi airmatanya dirasakan kering. Mahu tak mahu dia mengangkat telefon. "Hallo, Fifa...." Suara itu dia kenal. Bukan suara Ekmal. Bukan juga Hatta. Dia diam tanpa jawapan. "Fifa.... sorry kalau I kacau you. I still tak dapat melupakan you. Percayalah.... I memang menyintai you. Setulus hati " "Shamsul, listen. I tak nak you kacau I lagi. I dah menyinpan terlalu banyak masalah sekarang. Tolong jangan tambah lagi masalah I. You setialah pada Maria. Dia lebih memerlukan you." "Tapi, Fifa.... I -" "Shamsul... I tak nak dengar apa-apa alasan pun lagi dari you. Jangan telefon I lagi! Faham!!" Fifa menghempas gagang. Dia merengus kuat. Kenapalah si Shamsul ni tak reti bahasa? Bukankah dia bahagia bersama Maria sebelum dia bertunang dengan aku? Cukuplah sekali aku menyakiti hati sahabat karibku tu. Aku bersumpah takkan sakitkan hati dia lagi! Telefon menjerit lagi. fifa diam tidak berganjak. Dia tahu Shamsul akan menelefonnya sekali lagi. Dia membatukan diri. Jeritan telefon berhenti. Fifa mengurut dada. Tetapi apabila telefon itu berbunyi buat yang kesekian kalinya, dia sudah hilang sabar. "Hei!! Berapa kali aku dah cakap, jangan telefon aku lagi? Kau ni tak reti bahasa ke?? Kau duduk diam-diam kat rumah kau tu!! Jangan ganggu hidup aku! Tolonglah.... aku dah malas nak layan kau ni!!" "Eh, kenapa dengan you ni?? Ni Ekmal lah...." Fifa terperanjat. Gagang terlepas dari tangan. "Hallo!! Halloo!!! Fifa...." "So.. sorry, Ekmal.... I ingatkan siapa tadi!" "Shamsul ke yang telefon you?" "Taklah.... bukan dia. Ada orang lain. Entahlah siapa pun I tak tahu. Kenapa ni?" "I nak jumpa you sekarang. Barang keperluan kita banyak lagi tak beli. I nak hantar untuk tempahan ni. You free tak sekarang?" "Okay.... I tunggu you di rumah. Nak ke mana?" "Adalah... you mesti terperanjat kalau you sampai kat situ nanti!"

Page 65: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 65

"Okay, I tak sabar nak ke sana. Cepat sikit, ya!" "Okay, sayang..... Bye." Fifa meletakkan gagang. Hari ini dia mesti berterus-terang dengan Ekmal tentang Shamsul dan juga Hatta. Dia membuka almari baju dan mengeluarkan jeans hitam lusuhnya serta t-shirt kelabu. Dicapainya pula tudung berwarna senada dengan t-shirt. Sambil menggosok tudung dia menyanyi sendirian. Kembali Ke Atas

Bab 30 "Hai, jom kita pergi sekarang. I dah tak sabar nak tunjukkan pada you barang yang I suka tu." Ekmal menarik tangan Fifa menaiki motor berkuasa besarnya itu. Fifa merenung wajah Ekmal. Tak pernah sebelum ini mereka keluar berdua menaiki motor. "Eh, kenapa ni?" "You bawa motor hari ni, kenapa?" "Saja.... I nak you rasa keseronokan naik motor ngan I." "Tapi, kan kita dah janji yang I takkan naik motor dengan you sebelum kita berkahwin? You dah lupa ke janji you tu?" "Ingat.... tapi, please... Permintaan pertama dan terakhir I untuk naik motor ngan you. Lepas ni tak da lagik." Ada kelainan pada kata-kata Ekmal itu. Fifa mengangguk lemah. Untuk menjaga hati Ekmal sebenarnya. "Kita nak ke mana ni, sayang??" Ekmal menjerit melawan angin yang membelah petang. Fifa hanya diam. Sungguh-sungguh dia tak mendengar pertanyaan Ekmal itu. Dia sibuk melayani perasaannya yang berkecamuk. "Fifa... you dengar tak apa yang I tanya pada you ni? Kita nak ke mana dulu ni? Takkan nak duduk je atas motor ni?" Ekmal menjerit lebih kuat. "You kata nak bawa I pergi tengok barang yang you suka tu. Kita pergi tengok barang tu dulu lah...." "Okay, you pegang I baik-baik. I nak bawak laju ni..." Ekmal terus menekan minyak dan motornya berlari laju melawan angin. Fifa terpaksa memeluk kuat pinggang Ekmal dengan mulut yang terkumat-kamit berkata sesuatu. "Kalau macam ni punya lajulah you bawak motor, sure dah lama I mati tengah jalan, tau! Lain kali, jangan keluar ngan I naik motor lagi." Kata Fifa sebaik sahaja kakinya mencecah ke tanah. Ekmal tersengih mendengar kata-katanya itu. "Ini jelah peluang I nak naik motor ngan you, Fifa. Lain kali dah tak ada lagi." Perlahan Ekmal berkata. Fifa yang mendengar kata-kata itu dibawa angin lalu mengerutkan dahinya.

Page 66: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 66

"Apa you cakap tadi?" "Tak ada apa-apa. Jom kita masuk butik ni." Mereka melangkah masuk ke dalam Butik Alissa. Ekmal berjalan dari satu rak ke satu rak yang lain. Fifa hanya menurut dari belakang. ` "Dik, mana baju yang bergantung kat sudut tu? Yang warna krim tu." "Ada kat dalam. Abang yang datang hari tu, kan! Yang minta saya simpankan baju tu dulu." Ekmal mengangguk. Budak yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu segera masuk ke dalam bilik dan keluar membawa sepasang baju kebaya bersulam emas. Ekmal segera menghampiri budak itu dan menyambut baju itu lalu menunjukkan pada Fifa. "Cantik tak baju ni, sayang?" Fifa terpaku. Memang cantik. Dan, kalaulah dia pakai baju tu, mesti dia akan nampak lebih cantik. "I nak you pakai baju ni untuk akad nikah kita nanti." "Tapi, Mama dah tempahkan baju nikah kita. Nanti merajuk pula orang tua tu kalau tau you beli baju lain. Tak payahlah banyak-banyak baju.... Bukan nak nikah dua tiga kali pun..." "I nak tengok you pakai baju ni. Baju Mama you buat tu bila-bila pun dia boleh tengok you pakai tapi I.... I takut tak sempat tengok you pakai baju ni lain kali. Mungkin kalau you tak pakai baju ni malam akad nikah tu, sampai bila-bila pun I takkan dapat tengok lagi." "Ekmal... kenapa you cakap macam ni? You janganlah nak takutkan I? Kita pasti kahwin nanti." "Bukan pasal kahwin tak kahwin, Fifa.... Tapi, I takut I tak dapat nak jumpa you lagi." "I tak suka you cakap macam tu." Fifa sudah mula menangis. Kata-kata Ekmal itu seolah-olah memberitahunya yang Ekmal akan meninggalkannya seorang diri kelak. "Eh, janganlah menangis! Janganlah fikir yang bukan-bukan pula... I kan cuma cakap je. Dahlah... pergi salin baju ni dulu... I nak tengok isteri I pakai baju ni cantik ke tidak." Fifa melangkah masuk ke fitting room. Ekmal sabar menanti di luar. Dia hairan kenapa Fifa harus menangis bila dia mengatakan perkara yang benar. Kalau boleh, dia pun tak nak berpisah dengan Fifa, tapi kalau sudah itu takdirnya, apa lagi yang dia boleh buat? "Hah, cantik pun isteri I pakai baju ni. You pakai waktu akad nikah nanti, ya!" Airmata Fifa tumpah lagi. Sesungguhnya kata-kata itu tidak menyenangkannya. Dia terasa sesuatu. Benarkah telahannya itu? "You tunggu sini... I nak pergi bayar harga baju ni." Ekmal terus berlalu tanpa menunggu jawapan Fifa. Fifa mengorak langkah perlahan kembali ke fitting room untuk menyalin baju itu.

Page 67: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 67

Kembali Ke Atas

Bab 31 Fifa sudah bersiap sedia memakai baju pilihan Ekmal untuk majlis akad nikahnya. Saudara mara sudah ramai yang menunggu ketibaan pengantin lelaki. Nasib baik Datin Maznah faham tentang hal baju itu. Mamanya itu hanya mengangguk apabila Fifa menyatakan padanya perihal permintaan Ekmal itu. Maria yang duduk di sebelahnya kelihatan lebih resah darinya. Fifa risau melihat gelagat Maria. Jari-jemari Maria yang masih berinai diramas-ramas lembut. Hairan Fifa.... sewaktu Maria melangsungkan perkahwinannya dengan Shamsul bulan lepas, tak ada pula Maria segelisah ini. Kenapa waktu majlis pernikahannya pula Maria yang harus risau? "Shamsul mana, Mar?" Sengaja Fifa bertanya untuk menenangkan Maria. Maria menoleh memandang Fifa. "Ada di luar tengah berborak dengan ayah mertua aku. Kenapa?" "Taklah... tak nampak pun muka dia dari tadi." "Kau dah jatuh cinta pada suami aku ke? Jangan main-main, Fifa. Dia tu dah sah jadi milik aku dan kau tu tak lama lagi sah jadik isteri Ekmal." Fifa tergelak kecil mendengar amaran Maria. "Mar... sekelumit pun aku tak ada perasaan cinta pada Shamsul. Aku rasa bahagia korang berdua dah kahwin. Awal dari aku lagi. Aku doakan kau dan Shamsul kekal bahagia hingga ke akhir hayat korang." "Sham memang frust betul dengan kau. Sebab tu dia ambil keputusan nak kahwin awal. Kalau boleh lebih awal dari kau dan Ekmal. Tapi, nampaknya sekarang dia dah boleh terima hakikat yang kau takkan cintakan dia. Malam pertama lepas pernikahan kami, dia menangis minta maaf pada aku sebab mengabaikan aku sepanjang pertunangan korang. Dia janji takkan abaikan aku lagi." "Alhamdulillah... itulah yang aku nak. Aku nak kau bahagia di samping Shamsul macam mana aku bahagia dengan Ekmal." "Hah! Cakap pasal Ekmal ni... Ke mana pula perginya laki kau ni? Dah lama dah ni. Aku tengok Papa kau tu dah tak senang duduk dah tu." Fifa memandang ke arah Datuk Mansor yang sudah pun berdiri di depan pintu. Dia sibuk menyuruh Ismail, anak saudara nya mencari Ekmal. Fifa meminta telefonnya daripada Maria. Sudah lambat sejam. Masakan malam-malam begini pun traffic jam? Fifa mendail kerumah kakak Ekmal. Tiada sambutan. Fifa tahu mereka sudah keluar dari rumah. Ekmal ada menelefonnya setengah jam sebelum mereka keluar tadi. "Fifa... I dah nak keluar ni. Lagi setengah jam I akan keluar ke rumah you. You tunggu, ya! I nak sangat tengok you pakai baju pilihan I tu! I love you very much, Fifa... You tunggu I

Page 68: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 68

datang, ya! Mungkin lambat sikit! Sampaikan sembah salam I pada family you kerana terlambat. I love you, Fifa.... I nak sangat jumpa you tapi I tak pasti bila. Tunggu I, ya..." Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Fifa menyerahkan kembali telefon pada Maria. Mungkin kereta mereka rosak. Mungkin juga ada sesuatu terjadi di jalan raya. Mungkin juga... tidak!! Tak mungkin !! Ya Allah... selamatkanlah Ekmal kesayanganku!!! "Assalammualaikum.... boleh saya jumpa tuan rumah?" Seorang pemuda yang berpeluh-peluh memberi salam pada semua yang berada di rumah. Datuk Mansor menghampiri pemuda itu dan menghulurkan tangan untuk bersalam. "Waalaikummussalam... anak ni siapa?" "Saya ni adik sepupu Ekmal, pakcik. Saya nak beritahu pakcik sekeluarga yang kereta yang Ekmal naik bertembung dengan lori. Ekmal cedera parah dan dibawa ke hospital." "Apa??? Ekmal kemalangan??" Tidak!!!" Fifa menjerit lantang di muka pintu bilik dan jatuh terjelepuk di lantai. Maria terkial-kial cuba mengangkat Fifa. "Mama!!! Papa!!! Maria!!! Mana Ekmal??? Ekmal??? Mana suami aku, Mar???" Jerit Fifa sebaik sahaja sedar dari pengsan. Maria menangis tersedu-sedu. Datin Maznah mengesat airmatanya. Hiba dia melihat keadaan anaknya itu. Fifa berlari ke tengah rumah. Saudara mara semua kelihatan lesu dan tak bermaya. Berita kemalangan Ekmal benar-benar menghancurkan harapan mereka untuk melihat Fifa dinikahkan malam ini. Fifa menjerit sekuat-kuat hatinya memanggil Ekmal. Datin Maznah dan Datuk Mansor berlari mendapatkan Fifa. Datin Maznah memeluk Fifa kuat-kuat. Fifa meronta-ronta. "Mama... Fifa nak jumpa Ekmal.... Mama, please...." "Okay.... kita tengok dia di hospital. Jangan menangis, sayang.... Ekmal akan selamat...." "Sham.... hantarkan kami ke hospital. Bawalah van uncle. Arfah dan Maria ikutlah sama.... Yang lain-lain tu, kalau nak tidur, tidurlah dulu... Kami mungkin akan balik lambat." Datuk Mansor memimpin Fifa menuju ke van. Shamsul memeluk Maria sebagai tanda dia juga turut sedih di atas apa yang berlaku pada Fifa dan Ekmal. Arfah memimpin Nabila; anaknya. Dalam perut van, mereka hanya mendiamkan diri. Sesekali kedengaran Fifa menangis tersedu-sedu. Maria yang melihatkan keadaan Fifa tidak dapat menahan airmatanya dari terus tumpah. Sehngga sampai ke hospital, tangisan Fifa masih bersisa. Sebaik van diberhentikan di depan pintu besar hospital, dia meluru turun dan berlari menuju ke kaunter pertanyaan. Setelah mengetahui di mana Ekmal berada, dia segera menarik Maria. Ramai saudara mara Ekmal yang menunggu di luar bilik operation. Kakak dan abang ipar Ekmal yang berada di situ menenangkan Fifa. "Dah berapa lama Ekmal di dalam, kak?" Tanya Fifa kepada Hasmah.

Page 69: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 69

"Dah lebih dari sejam. Tadi ada nurse keluar.... bila kami tanya, dia hanya suruh tunggu dan berdoa." "Macam mana boleh accident, kak?" Maria bertanya; seolah- olah bagi pihak Fifa yang sudah tak berupaya untuk bersuara. "Entahlah.... kami lain kereta. Ekmal dan Walid dua orang je dalam kereta tu. Mula-mula dia kata nak naik dengan mak dan ayah tapi.. kebetulan, ada mak saudara akak yang nak ikut sekali. Jadi kereta tu dah penuh. Ekmal telefon Walid minta dia datang. Kata Walid, waktu sampai di selekoh lepas t-junction, dia ternampak ada sorang perempuan melintas bawa anak dua orang. Satu dia dukung, satu lagi dia pimpin. Perempuan tu pula, waktu kat tengah-tengah jalan tu dia berhenti dan tahan kereta Walid. Nak elakkan perempuan tu, Walid terbabas langgar tembok jalan. Ekmal yang kebetulan memang tak pakai tali pinggang keledar tercampak keluar. Jauh juga katanya. Bahagian badan yang lain tak teruk sangat, tapi doktor kata ada pendarahan dalam otak. Itu yang buat operation tu. Tengkorak kepala dia retak." Fifa tidak berkata apa-apa. Dia melangkah longlai mendekati Puan Anis, emak Ekmal. Ayahnya, Mohd Hashim sedang membaca surah Yassin. "Assalammualaikum...." Fifa memberi salam dan mendekati Puan Anis. Dia bersalaman dengan Puan Anis. "Waalaikummussalam.... Fifa datang juga tengok Ekmal. Makcik ingat, Fifa tak datang tadi. Ekmal asyik sebut nama Fifa waktu dia tersedar sekejap sebelum operation." "Jangan cakap macam tu, makcik. Fifa mesti datang... Bukankah sepatutnya malam ni kami dah diijabkabulkan?" "Maafkan kami, Fifa... Bukan kehendak kami.." "Fifa faham, makcik. Fifa juga tak sangka perkara ni akan berlaku." "Mama dan Papa mana?" Soal Encik Hashim apabila didapati hanya Fifa dan Maria berhampiran mereka. "Ada, pakcik. Mungkin mereka ada dekat tempat menunggu. Mama dan Papa sebenarnya masih lagi terperanjat bila dapat tahu Ekmal kemalangan. Kak Arfah dan Shamsul pun ada." "Ekmal sempat sampaikan pesan pada makcik tadi. Sebelum dia dibawa ke bilik bedah, dia pesan nak jumpa Fifa. Dia asyik sebut nama Fifa. Katanya nak sangat tengok Fifa pakai baju nikah yang dia pilih." "Ha ah, Fifa. Ekmal asyik sebut nama Fifa je.... Mungkin ada sesuatu yang dia nak cakapkan dengan Fifa. Mungkin ini peluang terakhir untuk Fifa berjumpa Ekmal. Doktor cakap tadi, kalau pun pembedahan ni berjaya. peluang Ekmal untuk hidup 30-70. Bergantung pada semangat dan kekuatan dalaman dia. Keadaan dia teruk, Fifa. Akak tak rasa dia ada peluang untuk hidup." "Ekmal mesti hidup, kak. Dia tak boleh tinggalkan Fifa. Dia dah janji nak jaga Fifa!" Nada suara Fifa meninggi. Tak mahu menerima kata-kata Hasmah.

Page 70: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 70

"Kalau dah itu janjinya pada Allah, kita tak boleh nak buat apa, Fifa. Kita sayangkan Ekmal, tapi Allah lebih lagi... Kalau dah memang tersurat hubungan kita dan dia setakat ni saja, kita kena redha." "Makcik.... jangan cakap macam tu.... Makcik kena kuat semangat. Kalau makcik tak kuat semangat, macam mana Ekmal nak kuatkan semangat dia??" Pintu bilik pembedahan dibuka luas. Seorang doktor lelaki yang lengkap berpakaian berwarna putih dan bertutup mulutnya keluar. Di belakangnya kelihatan dua orang jururawat yang turut berpakaian sama warna keluar memegang laporan. "Macam mana dengan Ekmal, doktor?" Fifa sudah meluru bertanya kepada doktor itu sebelum sempat mereka yang lain menghampirinya. Doktor itu memandang tajam ke wajah Fifa yang penuh mengharap. "Emak dan ayah pesakit ada?" Puan Anis dan Encik Hashim mendekati doktor. "Kami emak dan ayah Ekmal. Macam mana dengan anak kami?" "Kami dah cuba sedaya upaya. Pembedahan dah berjaya tapi..." "Tapi kenapa?" Soal Hasmah pula. "Kami tak dapat jamin sama ada dia sudah selamat sepenuhnya atau tidak. Bergantung pada takdir. Insya-Allah... jika semangatnya kuat, dia akan dapat bertahan. Macam yang saya katakan sebelum pembedahan, peluangnya hanyalah 30-70. Banyakkan berdoa. Kita serahkan segalanya pada Allah. Saya minta diri..." "Terima kasih, doktor." Fifa terduduk di kerusi. 30-70!!! Peluang yang terlalu tipis. Datin Maznah menghampirinya. Datuk Mansor sedang berborak dengan Encik Hashim. Fifa tak ambil peduli keadaan sekelilingnya. Datin Maznah merangkul tubuh kecil Fifa dan membelai kepalanya. Fifa menangis teresak-esak. Mungkinkah benar kata-kata Hasmah padanya? Ini peluang terakhir dia untuk berjumpa Ekmal? Kembali Ke Atas

Bab 32 "Apalah nasib kita ni, bang.... Anak yang sulung digantung tak bertali oleh suami. Yang kedua pula, tak sempat akad nikah, bakal suami kemalangan pula. Bala apa yang menimpa keluarga kita ni??" Keluh Datin Maznah di hadapan Datuk Mansor, Arfah, Fifa, Maria dan Shamsul. Sebenarnya dia tak berniat mahu menujukan kata- kata itu kepada sesiapa, tetapi entah kenapa segala yang terakam di kepalanya keluar melalui mulutnya. "Apa yang awak cakapkan ni, Maznah? Cubalah bawa mengucap sikit... kan ke ini takdir? Jangan sesekali salahkan takdir."

Page 71: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 71

"Saya bukan salahkan takdir, bang! Saya cuma fikir kenapa bertimpa-timpa masalah datang dalam keluarga kita. Si Arfah ni... entah bilalah nak balik pada suaminya. Anak dah besar. Dah berapa tahun dia tinggalkan di Bahari tu? Sampai bila nak digantung tak bertali? Kalau betul tak nak bersama lagi.... minta cerai. Failkan ke mahkamah. Cepat sikit habisnya." "Mama.... Arfah dan abang Bahari dah bercerai!!!" "Mana surat cerainya? Bila dia lafazkan talak pada Arfah? Siapa saksi yang dengar? Bahari telefon Mama beritahu dia tak pernah lafazkan cerai pada Arfah. Arfah yang tinggalkan rumah tanpa kebenaran dia. Kalau dah betul-betul tak nakkan dia, jangan lari-lari. Ajak ke mahkamah... bercerai cara baik. Anak kamu si Nabila tu... sampai bila nak disorokkan siapa ayah dia? Sampai waktu dia nak kahwin nanti?" "Sudahlah... Ma... Saat-saat macam ni pun Mama dan kak Arfah boleh nak bertengkar lagi. Kak Arfah dah dewasa... Dia tahu apa yang terbaik untuk hidup dia. Kalau dia masih tahu dosa pahala... dia akan jumpa abang Bahari. Fifa tak nak keluarga kita jadi macam dulu lagi. Tolonglah... sekarang bukan masanya untuk kita bertengkar siapa yang betul dan siapa yang salah." "Mama bukan marahkan kak Arfah. Mama cuma nak dia tahu kesalahan dia. Fifa pun... kalau kahwin dengan Shamsul dulu... taklah jadi cam ni." "Mama.... please.... jangan ungkit semua ni. Fifa tak suka.. Mama percaya pada takdir tak?" "Untie... betul apa yang Fifa katakan tu. Semua ni bukan kehendak kita. Sejauh mana pun kita merancang, yang tentukan ialah Allah. Mungkin ada hikmahnya Sham dan Fifa tak berkahwin." "Maafkan Mama..... Mama tahu.... bukannya Mama tak percaya pada takdir... tapi, Mama kecewa kenapa semua ni mesti jadi pada anak-anak Mama? Apa salah Mama selama ni sampaikan Allah membalas segalanya pada Arfah dan Fifa? Mama tahu.... Mama banyak dosa... tapi kenapa bukan Mama yang terima balasannya?" "Mama.... segala yang berlaku ni bukan disebabkan dosa Mama... Mungkin betul, Allah nak membalas segala perbuatan Mama di dunia.... tapi percayalah.... semua ni memang dah ditakdirkan! Jangan terlalu ikutkan kata hati yang tak tentu betulnya tu... " "Sudahlah tu..... semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Tak guna kita kesal." Datuk Mansor bersuara setelah agak lama hanya menjadi pendengar sahaja. "Fifa tak kesal.... Fifa tak kesal tak kahwin dengan Shamsul... dan Fifa tak kesal Ekmal meninggalkan Fifa sebelum kami sempat diijabkabulkan. Impian Ekmal untuk melihat Fifa pakai baju pilihan dia untuk akad nikah kami pun dah terlaksana... Fifa redha dia pergi dari menanggung derita...." Fifa merenung baju akad nikah di atas ribaannya. Setitis demi setitis airmatanya tumpah ke baju itu. Kenangan terakhir dari Ekmal itu tak mungkin dapat meredakan tangisannya. Terlalu banyak impian mereka yang kini hanyalah tinggal kenangan. Segalanya pergi bersama jasad Ekmal yang sudah bersemadi buat selama-lamanya. *****

Page 72: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 72

"Mal... bila you nak bangun tengok I ni??" Soal Fifa satu hari sewaktu dia mengambil giliran menjaga Ekmal di hospital. Selepas pembedahan tempohari, belum sekali pun Ekmal sedar. Seorang demi seorang menarik diri dari terus duduk di hospital untuk menjaga Ekmal. Yang tinggal cumalah Fifa, emak dan ayahnya, dan kakaknya. Saudara mara yang lain terpaksa pulang ke rumah masing-masing dan hanya menjenguk seminggu sekali. Itupun, semalam emaknya terpaksa balik ke rumah kerana sudah tak bermaya. "Mal... kalaupun you nak tinggalkan I... sedarlah untuk sekali je. Jangan tinggalkan I tanpa pesan. I tak suka. I nak dengar suara you buat kali terakhir. I tahu, walaupun you tak boleh nak responds pada setiap kata-kata I, you masih boleh mendengar dan faham apa yang I katakan sekarang. Please.... tolonglah bangun untuk kali yang terakhir dan bercakap dengan I. You kata nak tengok I pakai baju akad nikah kita pilihan you hari tu! Kalau you tak sedar, macam mana you nak tengok? I bawa baju tu sepanjang masa... kalau-kalau you jaga dan nak tengok I pakai baju tu, I akan pakai untuk you." "Sudahlah Fifa.... Ekmal takkan sedar buat masa ni. Apa kata Fifa balik ke rumah dulu... rehat sekejap. Nanti, bila Ekmal dah sedar, kami akan beritahu Fifa." "Tak palah, kak.... Fifa lebih senang duduk kat sini. Nak tunggu sampai Ekmal jaga. Satu je Fifa musykil. Akak kata, Ekmal accident sebab Walid nak elakkan perempuan dan anaknya di tengah jalan dan terbabas di tembok jalan. Tapi, kenapa adik sepupu akak yg datang ke rumah hari tu kata Ekmal accident sbb terbabas ngan lori? Yang mana satu betul, kak?" "Sebenarnya si Anuar tu tersalah cakap. Waktu tu masing-masing kelam-kabut bila tengok kereta Walid terbabas. Jadi, kami semua ingat yang kereta Walid bertembung dengan lori. Kebetulan pula, lori tu berhenti kat situ sebab ternampak kereta Walid dah bersadai di tembok jalan. Dan, muka lori tu memang kemek sbb accident sebelum ni. Bukan sebab bertembung dengan kereta Walid. Waktu tu pun Walid pengsan. Jadi, dalam kelam-kabut tu, akak suruh Anuar beritahu keluarga Fifa. Tak sempat nak cakap apa-apa, dia pun dah lesap. Bila pemandu lori tu beritahu baru kami tahu bukan berlanggar dengan lori dia. Sampailah Walid sedar... dia ceritakan semua tu....." "Tak apalah... Fifa cuma nak dapatkan kepastian je. Fifa nak ambil wuduk dulu. Akak tolong tengokkan Ekmal... sekejap lagi Fifa balik." Hasmah menganggukkan kepala. Sebaik sahaja Fifa beredar ke bilik air, dia duduk di sebelah katil Ekmal. Direnungnya wajah adiknya itu. Dia tak sangka Ekmal boleh bertahan sehingga 4 hari walaupun tidak sedar. Kalau ikutkan kata-kata doktor, peluangnya untuk hidup tipis. Dan, ahli keluarga mereka masing-masing sudah membuat persiapan jikalau ada sebarang kemungkinan berlaku. "Dik Ei, kak Has tau Dik Ei dapat dengar apa yang kak Has nak cakapkan ni... Kalau Dik Ei betul-betul sayangkan mak, ayah, kak Has dan Fifa... tolong responds pada kami. Kesian kak Has tengokkan Fifa. Dia sanggup duduk di sini untuk lihat Dik Ei sedar. Sedarlah walaupun sekejap.... Cukuplah sekadar untuk buatkan mak gembira. Semput mak datang balik. Dia dah tak larat nak berjaga di hospital ni. Nasib baik ada orang yang nak jaga dia di rumah tu. Abang Ad dah jumpa pakar di HUKM. Minta pandangan pasal Dik Ei. Doktor tu kata.. bergantung pada Dik Ei sendiri... Kalau Dik Ei kuatkan semangat, Dik Ei akan sembuh cepat." Hasmah mengusap lembut lengan Ekmal. Mengalir airmata ke pipinya. Pilu hatinya melihat keadaan Ekmal begitu. Selama ini, Ekmal lah yang mengubati segala lukanya. Ekmal lah

Page 73: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 73

yang menjadi penghibur sepinya. Ekmal tak pernah lupa akan hari jadinya. Ekmal tak pernah lupa membawa buah tangan untuknya setiap kali berkunjung ke rumah. "Jangan bersedih, kak. Fifa yakin Ekmal dengar semua yang kita cakapkan pada dia. Dan, Fifa yakin dia akan bangun satu hari nanti. Akak dah solat? Kalau belum, solatlah dulu... waktu pun dah suntuk." Fifa bersuara menyentakkan Hasmah yang sedang mengelamun. Segera dia mengesat airmata dan mendongak memandang Fifa yang berdiri di sebelahnya. "Boleh akak tanya Fifa sesuatu?" Fifa mengangguk dan melabuhkan punggungnya di hadapan Hasmah. Hasmah memegang tangan Fifa. "Akak tengok sejak hari pertama Dik Ei masuk ke wad dan Fifa jaga dia, sikit pun Fifa tak rasa sedih. Maksud akak, Fifa tabah dan tenang menjaga Dik Ei. Fifa ajak dia berborak walaupun tak ada respond. Fifa tak rasa apa-apa ke?" "Tipulah kalau Fifa katakan pada akak yang Fifa tak sedih, kecewa dan hampa bila pernikahan kami tak jadi... Tapi, airmata Fifa dah tak ada untuk Fifa menangis, kak. Semuanya dah habis waktu malam akad nikah kami hari tu. Yang Fifa fikir sekarang, Fifa mesti kuatkan semangat untuk memberi semangat pada Ekmal. Kalau Fifa tak kuat, macam mana Fifa nak yakinkan Ekmal yang Fifa boleh beri semangat pada dia? Walaupun dia tak boleh respond pada kita, Fifa yakin dia nak respond, cuma tak mampu. Hati Fifa dah remuk. Sampai dah tak ada perasaan lagi. Tapi, Fifa yakin satu hari nanti Ekmal akan bangun dan panggil nama Fifa. Fifa yakin impian Ekmal untuk lihat Fifa pakai baju akad nikah pilihan dia akan tercapai. Fifa yakin dia akan renung wajah Fifa lama-lama sebelum dia menutup mata. Dan, kalau lepas tu, dia tinggalkan Fifa buat selama-lamanya pun... Fifa tak terkilan. Sebab segala impian dia dah terlaksana." "Akak bangga dengan sikap Fifa. Beruntung siapa yang dapat jadi suami Fifa nanti." Hasmah menepuk bahu Fifa dan bangun untuk ke bilik air. Fifa mengambil alih tempat duduk Hasmah. Dia membetulkan kain selimut yang membaluti badan Ekmal. Sedang asyik dia membetulkan letak selimut itu, matanya tertumpu pada jari-jemari Ekmal yang kelihatan seperti bergerak-gerak. Fifa hampir mahu menjerit apabila melihat jari-jemari itu terangkat-angkat. "Ekmal..... Ekmal....," panggil Fifa beberapa kali untuk mendapatkan respond dari Ekmal. Ekmal mengangkat jari-jemari tangan kanannya. Fifa tersenyum gembira..... "Kak Hasmah.... Kak Hasmah.... Ekmal dah sedar!!!" Jeritan Fifa membuatkan Hasmah tak keruan di dalam bilik air. Dia yang sedang mengambil air sembahyang segera berhenti dan keluar untuk melihat keadaan Ekmal. "Fifa......" Perlahan suara Ekmal memanggil nama Fifa. Fifa mendekatkan mukanya ke muka Ekmal. Hasmah segera mencapai telefon bimbitnya dan menelefon ke rumah untuk memberitahu emaknya tentang keadaan Ekmal. "Ya, Mal.... Alhamdulillah... you dah sedar." Dia menggenggam erat jari-jemari Ekmal. Ekmal mengorak senyuman. Dia memandang ke siling dan menghela nafas panjang. Terlalu banyak yang hendak dikatakan pada Fifa tapi dia tak berdaya.... Sebaik sahaja membuka mata, yang diharapkan ialah Fifa berada di depan matanya. Dan, akhirnya impiannya

Page 74: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 74

terlaksana. Sewaktu dia tidak sedar, kata-kata perangsang Fifa, Hasmah dan ibu bapanya menjadi perangsang untuk dia terus hidup. "Dik Ei... mak dan ayah datang sekejap lagi.... Kak Has dah beritahu dia orang yang Dik Ei dah sedar." "Sorry... I..." Terhenti kata-katanya di situ. Ekmal memegang kepalanya dan mengaduh kesakitan. Disebabkan dia cuba bangun, kepalanya berdenyut-denyut kembali. "Jangan banyak bergerak, Ekmal... You baru sedar. Kalau banyak bergerak, nanti you sakit balik." Hasmah sudah berlalu ke bilik air untuk mengambil air sembahyang sekali lagi. "Sorry..." "There's nothing to be sorry, Ekmal. Bukan salah you, bukan salah I dan bukan salah sesiapa. I tak nak you asyik minta maaf pada I. Yang penting sekarang, you dah selamat. You tunggu sekejap... I nak ambil sesuatu dan tunjukkan pada you." Fifa bangun dan pergi ke sofa. Dia membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan sepasang baju berwarna krim dan kembali ke katil. "Ingat lagi baju ni?? Kan you kata you nak tengok I pakai baju ni pada malam akad nikah kita? Tapi tak sempat.... sebab you accident. Kalau you nak, I akan pakai sekarang." Ekmal sekadar mengangguk perlahan. Setelah Hasmah keluar dari bilik air, Fifa mengambil giliran masuk dan menyalin pakaian. Setelah hampir 15 minit berada di dalam bilik air, akhirnya penantian Ekmal berakhir. Fifa keluar dengan wajah yang berseri-seri memakai baju akad nikah pilihannya. Sambil tersenyum manja pada Ekmal Fifa berpusing-pusing di hadapan Ekmal umpama seorang model. "Cantik tak??" Tanya Fifa sebaik sahaja melabuhkan kembali punggung di sisi Ekmal. "Cantik... isteri I mestilah cantik. Sayang.... sepatutnya I tengok you pakai baju ni waktu malam akad nikah kita. Tapi...." Termati kata-katanya di situ. Ekmal memegang kepalanya. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Nafasnya masih belum boleh ditolak tarik keluar masuk dengan betul sebenarnya. Tapi, melihatkan Fifa yang ceria wajahnya, dia menahan kesakitan. Dia tak sanggup melihat Fifa menderita lagi. "Jangan cakap lagi perkara yang dah lepas. I tak suka betullah..." "Okay... I.. I nak rehat sekejaplah... Kepala I sakit!" Ekmal memejamkan matanya. Dia sudah tak dapat menahan kesakitan di kepalanya. Fifa bangun membetulkan selimut dan menuju ke bilik air semula untuk menukar baju. Hasmah yang sudah selesai solat mengemaskan bilik sementara menunggu doktor datang. Sebaik sahaja Ekmal sedar tadi, Hasmah telah menekan butang di tepi katil untuk memanggil doktor. "Alhamdulillah.... kami tak sangka Ekmal boleh sedar dalam tempoh yang sekejap ni.. Kalau ikutkan pada keadaannya, memang mustahil dia akan sedar... Mungkin dia akan koma sampai bila-bila. Allah Maha Mengetahui.... berdoalah semoga dia cepat sembuh." Doktor Razak yg merawat Ekmal agak gembira melihat perkembangan pesakitnya itu.

Page 75: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 75

"Terima kasih doktor. Jadi, bila kami boleh bawa dia keluar?" Tanya ayah Ekmal. Hasmah turut menganggukkan kepala menyetujui pertanyaan ayahnya itu. Encik Hashim yg datang sebaik sahaja mendapat berita tentang Ekmal sempat berjumpa doktor Razak yg kebetulan sudah mahu keluar dari bilik itu. "Insya-Allah.... lepas kami buat x-ray di bahagian kepalanya, dan bila semuanya dah dipastikan berada dalam keadaan baik.... dia mungkin akan dibenarkan keluar. Cuma buat masa sekarang, dia kena banyak berehat dan jangan banyak bergerak. Kecederaannya serius... Lebih-lebih lagi dia baru je lepas dibedah.... Tolong nasihatkan dia...." "Terima kasih, doktor." Fifa menghampiri Ekmal dan memegang tangannya. "Mal.... I nak balik dulu.. Dah lama I tak balik rumah. Nanti Mama dan Papa risau pulak. I balik dulu... Malam nanti I akan datang tengok you balik, ya!!!" "Jangan balik dulu, Fifa... I.... I.... ish.." Ekmal memegang kepalanya. "I masih nak berborak dengan you. Please...." "I balik sekejap je... Lepas Maghrib I akan datang balik, ya!" Pujuk Fifa perlahan. Bukan dia tak kasihankan Ekmal yang terus-terusan memohon agar dia menunggu di situ, tapi dia juga harus balik ke rumah untuk menjenguk Mama dan Papanya. Sudah berapa hari Datin Maznah merajuk dengannya kerana tak balik langsung ke rumah. Sementelah Ekmal sudah sedar ni, bolehlah dia balik sebentar untuk memujuk Datin Maznah. "I takut tak sempat...." Ekmal tidak meneruskan kata-katanya. Entah kenapa terlalu berat untuk dia menuturkan ayat itu. Fifa merenungnya dalam-dalam. Kenapa? "I promise.... sekarang dah pukul 5.30 petang. Pukul 8.00 malam I sampai sini balik ya! Mama dah tunggu I kat rumah tu...." Sekali lagi Fifa cuba memujuk. "I'm gonna miss you..... Cepat.... sikit datang, ya! Nanti I tak sempat nak..... jumpa you lagi." Sekali lagi Ekmal cuba menyampaikan maksudnya tapi tetap tak kesampaian. Fifa mengucup jari-jemari Ekmal dan menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya sebagai tanda terima kasih. Ekmal menutup matanya rapat-rapat. Dahinya berkerut sedikit. Mungkin menahan kesakitan yang masih menyelubungi seluruh badannya. "Kak, Fifa balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa, akak telefon Fifa ya!" Hasmah hanya mengangguk. Encik Hashim merenung ke wajah Fifa. Mahu saja rasanya dia menghalang Fifa dari balik ke rumah. Naluri tuanya seolah-olah dapat merasakan sesuatu akan terjadi, tapi dia tak tahu bagaimana mahu meluahkannya kepada Fifa. "Fifa balik dulu, pakcik." Encik Hashim tak menjawab sebaliknya masih terus merenung wajah Fifa. Fifa mengangkat beg pakaiannya dan berlalu keluar dari bilik itu. Segera langkah dihayun secepat mungkin agar cepat sampai ke car park. Dia mahu berjumpa Datin Maznah. Dia mahu memohon maaf di atas kesalahannya sejak beberapa hari yang lalu. Dia bukan sengaja mahu menyakitkan hati wanita itu tetapi sayangnya pada Ekmal mengikatnya di hospital itu. Sekurang-kurangnya kini dia tahu yang Ekmal sudah selamat. Kembali Ke Atas

Page 76: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 76

Bab 33 Fifa baru sahaja selesai solat Maghrib. Selepas memberi salam, dia menadah tangan memohon agar Ekmal selamat. Entah kenapa, hatinya sedikit berdebar-debar apabila mulutnya menyebut nama Ekmal. Perasaannya libang libu apabila wajah Ekmal bermain di ruangan matanya. Kata-kata Ekmal sedetik sebelum dia balik tadi terngiang-ngiang di telinganya. Terbayang wajah Ekmal yang benar-benar mengharapkan dia berada di sisinya. Wajah itu terlalu pilu.... begitu juga dengan wajah ayahnya. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka mahu ceritakan kepadanya tetapi tidak pula kesampaian. Salahkah aku kerana tetap berkeras mahu pulang tadi? Sepatutnya aku tunggu sekejap sehingga Ekmal habis di x-ray. Kejamnya aku!! kutuk Fifa kepada dirinya sendiri. "I takut tak sempat...." Seolah-olah baru sekejap tadi Ekmal berkata begitu. Tak sempat?? Apa maksudnya tak sempat??? Fifa tersentak. Telefon bimbitnya menyanyikan lagu BSB. Telefon dari siapa? Di waktu-waktu begini? Hasmah? Ekmal? Tangannya kaku. Tubuhnya membeku. Dia takut untuk menjawab panggilan itu. Berita apakah ia? Telefonnya masih berbunyi nyaring. Perlahan-lahan dia mendapat kekuatan dan mencapai telefonnya. Ditekapkan telefon itu ke telinga dan sayup-sayup kedengaran suara Hasmah memberi salam. "Waalaikummussalam... kak." Jawabnya perlahan. Hatinya semakin tak keruan apabila mendengar suara Hasmah. "Fifa, datang ke sini cepat. Dik Ei.... Dik Ei...." tergantung kata-kata itu. Tapi suara Hasmah cukup tenang. "Kenapa dengan Ekmal, kak? "Pendarahan dalam otak. Please, Fifa... datang sekarang juga. Doktor dah tolak dia masuk ke dalam bilik pembedahan. Kata doktor, jantungnya pun tak dapat berfungsi dengan baik." "Ya Allah!!!" Telefon bimbitnya tercampak ke lantai. Ekmal!!! Segera Fifa membuka kain telekung yang masih membungkus dirinya. Dilemparkannya sahaja kain telekung itu di atas katilnya. Dia mencapai tudung dan menyarungkan ke kepala. Ditarik tas tangan yang berada di atas meja soleknya dan segera pula dia memegang kunci keretanya. Berlari-lari anak dia menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Datin Maznah dan Datuk Mansor yang sedang duduk berborak di ruang tamu menoleh serentak mendengar derapan kaki Fifa berlari. Termengah-mengah Fifa mendekati kedua orang tuanya. "Kenapa macam kena kejar dek hantu je ni?" Soal Datin Maznah kehairanan. Dah besar panjang pun perangai macam budak-budak. Cubalah turun tu elok-elok sikit! Gerutunya dalam hati.

Page 77: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 77

Fifa tak menjawab soalan Datin Maznah. Dia masih tercungap-cungap. Dia duduk di sebelah Datuk Mansor dan memegang paha orang tua itu. Sambil mengurut-ngurut dadanya dia membuka tas tangannya. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam tas tangan. "Cuba bawa bertenang dulu, Fifa. Kenapa tergesa-gesa? Fifa nak ke mana ni? Kan baru je balik..." Soal Datuk Mansor lembut. Satu sifat yang bertentangan dengan sifat Datin Maznah. Hati Fifa sedikit tenang mendengar suara lembut itu. "Fifa kena ke hospital sekarang, Papa. Ekmal baru saja dibawa ke bilik bedah. Fifa pergi dulu, Ma.. Pa.." Dia mencium tangan kedua orang tua itu. Datin Maznah merengus. Kalau pun sudah dibawa ke bilik bedah.. kenapa mesti tergesa-gesa? Bukannya dia doktor untuk membedah Ekmal! "Fifa pergi dulu. Kami akan menyusul nanti." Datuk Mansor memberi jaminan. Dia sedar, pada saat-saat begini Fifa amat-amat memerlukan sokongan untuk terus tabah. Dia mengerling Datin Maznah yang buat tak reti. Fifa sudah hilang dari pandagan mata. Deruman keretanya juga sudah tak kedengaran. "Cepatlah bersiap, Maznah ooii.... Tak nak pergi ke?" Tanya Datuk Mansor. Datin Maznah hanya memandang dari ekor matanya sahaja. Sedikit pun dia tak menoleh atau menyahut pertanyaan Datuk Mansor. "Awak dengar tak ni? Kalau awak tak nak pergi, duduk di rumah. Saya nak pergi ni. Jangan nanti waktu awak sakit nanti, orang tak datang melawat awak di hospital... awak menyesal.. Allah kalau nak tunjukkan balasan, tak payah tunggu dalam liang lahad!" Syarah Datuk Mansor sambil angkat punggung. Datin Maznah turut bangun. "Yalah!! Saya ikutlah ni... Tunggu saya nak bersiap sekejap." Balas Datin Maznah kasar. Sebaik saja Datin Maznah naik ke tingkat atas, Datuk Mansor ketawa kecil. Tau takut! Ingat tadi tak takut. Tu baru gertak sikit tu... hatinya turut ketawa kecil. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, Datuk Mansor keluar untuk menghidupkan enjin kereta. "Saya bukan apa, bang! Saya risau tengok si Fifa tu... baru je balik dari hospital menemankan si Ekmal tu. Alih-alih pergi balik ke sana. Kan tadi kata dah sedar! Nak buat apa ke bilik bedah lagi? Entah-entah sengaja dia orang tu telefon Fifa nak suruh jaga Ekmal di sana." Bebel Datin Maznah sebaik sahaja Datuk Mansor menggerakkan kereta keluar dari perkarangan halaman banglo mereka. "Awak ni... tak baik cakap macam tu. Kalau tak ada hal mustahak, takkanlah dia orang nak suruh Fifa datang cepat. Sampai dah masuk bilik bedah... mestilah ada hal..." "Takkanlah... saya bukan apa... nanti, si Ekmal tu mati, apa yang anak kita dapat? Penat menjaga waktu dia sakit... lepas tu? Takkan dia orang semua nak bertandang ke rumah kita ni... Tak ada kaitan lagi dah... Yang merananya si Fifa. Bukan dia orang... Yang si Fifa ni pun satu! Cubalah fikir diri sendiri dulu... Suruh kahwin dengan anak orang kaya, tolak! Memang anak tak kenang dek untung! Kita nak senangkan diri, bukan nak seksa dia! Si budak kampung tu jugak yang dia tunggu." Datin Maznah terus membebel walaupun Datuk Mansor tak menyahut. Datuk Mansor hanya mendiamkan diri sambil memberi tumpuan sepenuhnya ke jalan raya. Malas nak melayan.

Page 78: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 78

Karang, lagi dilayan lagi menjadi. Orang kalau dah mulut macam murai tercabut ekor, buat macam mana pun tetap tak boleh tutup mulutnya tu. Kembali Ke Atas

Bab 34 "Maafkan kami, Fifa. Fifa terlambat. Ekmal dah tiada!!" Fifa kematian kata-kata. Tubuhnya terasa longlai. Kakinya terasa tak jejak di bumi. Rohnya terasa disentap keluar dari jasad. Kata-kata Hasmah sebentar tadi menyentakkan jantungnya. Tas tangan terjatuh ke lantai marmar dan perlahan-lahan tubuhnya tumbang. Fifa pengsan mendengar berita itu. "Fifa!!!" Hasmah tak sempat menyambut tubuh Fifa. Fifa terkulai di lantai. Beberapa orang pembantu hospital yang kebetulan lalu di situ menolong Hasmah mengangkat Fifa. Puan Anis sudah tersandar di kerusi. Tak berupaya berbuat apa-apa. Seluruh tubuhnya lemah. Berita kematian Ekmal benar-benar memeranjatkannya. Kalau dia tahu, dia akan datang sekali dengan suaminya untuk melihat Ekmal yang sedar buat sementara waktu petang tadi. Tapi, anak-anak Hasmah tak ada orang yang jaga. Kebetulan, baby sitter mereka pulang ke kampung kerana ayahnya sakit. Jadi, Puan Anis membantu Hasmah menjaga anak-anaknya di rumah sementara Hasmah menjaga Ekmal di hospital. Penyakit semputnya juga menjadi satu penghalang untuknya berjaga terlalu lama di hospital ini. Fifa dipapah dan disandarkan ke kerusi. Hasmah menggamit suaminya untuk menolongnya memegang Fifa. Datuk Mansor dan Datin Maznah yang kebetulan baru sampai di hospital terperanjat melihat Fifa yang terkulai di kerusi. "Fifa!!! Fifa!!!" Jerit Datin Maznah sambil menampar-nampar muka Fifa. Datuk Mansor segera menarik tangan Datin Maznah dan menyabarkannya. "Awak ni.. cubalah sabar sikit... Kan ke budak tu tengah pengsan tu. Yang awak pergi tampar muka dia tu kenapa?" Datin Maznah menangis tersedu-sedu. "Sabar Datin. Fifa cuma pengsan je..." Hasmah memujuk Datin Maznah yang masih menangis. Datuk Mansor mendekati Encik Hashim yang duduk di sebelah Puan Anis. "Macam mana, bang?" Tanyanya seraya bersalam dengan Encik Hashim. Encik Hashim melemparkan senyum tawar kepada Datuk Mansor. Seketika kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ekmal tak dapat diselamatkan, Datuk. Sekarang, doktor tengah buat bedah siasat." "Nak buat post-mortem apa lagi?" Soal Datuk Mansor kehairanan. "Entahlah... kata mereka pendarahan dalam otak. Tapi, ada sebab lain.. Jantungnya tiba-tiba tak dapat berfungsi. Buah pinggang pun ada masalah. Tak tahulah saya nak cakap apa, Datuk."

Page 79: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 79

"Abang benarkan?" "Kami tak benarkan sebenarnya, Datuk. Tapi mereka cakap, nak tahu punca sebenar sebelum buat laporan kematian." Sampuk suami Hasmah yang tiba-tiba berdiri di sebelah Datuk Mansor. Dia menghulurkan tangan dan bersalam dengan Datuk Mansor. "Kenapa tak tetap dihalang? Boleh jadi kes ni!" "Malas nak banyak cerita, Datuk." Keluh Adnan perlahan. Dia memaut bahu Encik Hashim. Fifa membuka matanya. Dia memerhatikan muka-muka di sekelilingnya sebelum cuba bangun. Hasmah dan Datin Maznah yang terperasan akan pergerakan Fifa segera menghampirinya. Fifa memeluk Datin Maznah erat-erat. Dia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Datin Maznah. "Fifa!!!" Satu suara memanggil namanya. Fifa mendongak. Maria dan Shamsul berdiri di situ. Entah bila mereka sampai tak seorang pun yang sedar. Maria mendekati Fifa dan memeluk gadis itu. Mereka sama-sama menangis. "Sabarlah, Fifa... Bawa mengucap banyak-banyak..." Pujuk Maria. Shamsul di sebelahnya hanya mampu merenung wajah Fifa yang merah padam akibat terlalu lama menangis. "Aku menyesal tak tunggu dia tadi, Mar. Dia dah minta aku temankan dia lebih lama. Aku berkeras juga nak balik... Patutlah berat je hati dia nak lepaskan aku tadi. Rupanya dia tahu dia tak boleh tunggu lebih lama.... Aku menyesal sangat!!" Fifa meluahkan perasaannya kepada Maria. "Tak baik cakap macam tu... Kita merancang, Allah yang menentukan. Kau kena tabah. Kan kau juga yang kata, kau tak nak Ekmal sedih tengok keadaan kau yang tak keruan? Aku percaya Ekmal faham kenapa kau buat macam tu..." "Aku bersalah pada dia... Aku terkilan tak dapat jumpa dia buat kali terakhir. Aku terlambat, Mar. Aku terlambat nak ucapkan selamat jalan pada dia!" Fifa masih menyalahkan dirinya. Datin Maznah teresak-esak mendengar kata-kata Fifa. Doktor keluar dari bilik pembedahan. Mereka semua memandang serentak ke arah pintu bilik pembedahan apabila mendengar bunyi pintu berkeriut dibuka. "Apa sebabnya, Doktor?" Tanya Datuk Mansor tak sabar. "Sebenarnya kami dah dapat sedut keluar darah dari dalam kepalanya tapi tiba-tiba dia kena serangan jantung. Jantung dan buah pinggangnya memang tak dapat berfungsi secara tiba-tiba. Mungkin sebab sebelum ni kami tak check secara terperinci setiap anggota, jadi kami tak perasan. Maafkan kami!" "Macam mana awak semua ni buat kerja? Saya boleh saman pihak hospital ni dengan alasan tak buat fully check up pada pesakit sehingga menyebabkan kematiannya!!" Datuk Mansor hilang sabar. Kemarahan terpancar di wajahnya. Encik Hashim dan Adnan menyabarkannya. "Sabar, Datuk. Kalaupun kita saman dia orang, Ekmal takkan kembali. Yang sudah tu, sudahlah.... Dah memang janjinya dengan Allah untuk kembali padaNya waktu ni."

Page 80: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 80

"Bukan begitu, bang. Kalau kita tak buat macam tu, mungkin dia orang takkan sedar. Hari ni nasib Ekmal, esok nasib siapa? Saya tahu Ekmal takkan hidup balik, tapi sekurang-kurangnya biar dia orang ni sedar!" Datuk Mansor sudah mula lembut kembali. Kata-kata Encik Hashim menurunkan amarahnya. Doktor itu masih tercegat beridiri di hadapan mereka. Seolah-olah sanggup menanggung segala bebanan amarah Datuk Mansor terhadap kelalaian mereka. "Terima kasih, doktor... Maafkan besan saya ni.. sebenarnya dia menyesal tak-" "Tak mengapa, pakcik. Salah pihak kami juga sebenarnya. Saya faham... kalau jadi pada keluarga saya pun, mungkin saya akan bertindak macam encik ni juga!" Sampuk doktor yang memakai tag nama HAMDI itu. "Saya pergi dulu," sambungnya kemudian dan berlalu meninggalkan mereka semua. Puan Anis dipimpin oleh Hasmah masuk ke bilik bedah. Tubuh kaku Ekmal terbaring di situ. Dengan sisa-sisa semangatnya, dia memeluk Ekmal kuat-kuat. Hasmah tidak dapat menahan airmata kesedihannya melihatkan gelagat emaknya itu. Tersedu-sedu menangis. "Dik Ei... mak ingat mak yang akan mati dulu... Mak tak sangka Dik Ei yang tinggalkan mak. Mak ampunkan segala dosa-dosa Dik Ei dari kecil hingga sekarang. Tak kiralah dosa yang mak nampak atau tersembunyi... Mak tahu, Dik Ei nak minta maaf dari mak tapi tak sempat... Kak Has, ayah dan keluarga kita semua pun akan maafkan segala kesalahan Dik Ei macam mak juga.... Mak halalkan setiap titik air susu yang Dik Ei minum selama ni.. Mak halalkan setiap makanan yang Dik Ei suapkan ke mulut Dik Ei. Mak akan ingat segala kata-kata Dik Ei pada mak. Mak akan peluk dan cium kain telekung yang Dik Ei belikan untuk mak bawa ke Mekah pada bulan Haji nanti. Dik Ei... Mak tahu, Dik Ei akan aman di sana. Dik Ei tak pernah derhaka pada mak. Dik Ei tak pernah sakitkan hati mak, ayah dan kak Has. Dik Ei anak yang baik... Dik Ei tak pernah tinggalkan suruhan Allah. Mak akan terus berdoa agar Dik Ei dirahmati dan dilindungi oleh Allah.... Semoga Allah akan sayang Dik Ei lebih dari kami di dunia ni....." Semakin sayu Hasmah dibuatnya bila mendengar luahan Puan Anis. Hasmah tahu, hati tua emaknya terlalu sukar untuk menerima pemergian Ekmal apatah lagi dalam suasana untuk menyambut menantu barunya. Siapa sangka, menantu tak dapat, anak pula yang hilang... "Mak... sudahlah tu...," pujuk Hasmah. Puan Anis masih memeluk tubuh kaku Ekmal. Fifa pula semakin kuat tangisnya. Wajah Ekmal nampak tenang... Seolah-olah sedang tidur. Kepalanya masih berbalut dan kesan darah kelihatan jelas pada kain putih itu. Tiada kecacatan lain yang dapat dilihat dengan mata kasar. "Maafkan kami... kami terpaksa bawa jenazah ni keluar. Nak kami uruskan penghantaran ke rumah?" Soal jururawat yang kebetulan ada di situ.

Page 81: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 81

"Ya. Hantarkan ke rumah saya. Segala perbelanjaan saya akan tanggung." Pantas Datuk Mansor menyahut. Encik Hashim memandang ke wajah Datuk Mansor. "Datuk... maafkan saya.. Tapi, kami nak kebumikan Ekmal di kampung halaman kami. Bukan di sini." "Bang... saya tahu. Kita hantar ke rumah saya dulu. Dah tengah malam ni. Esok kita bawa balik ke sana. Sekurang-kurangnya kawan-kawan Ekmal boleh ziarah jenazahnya di sini dulu." "Begitu... kalau begitu, saya setujulah." ***** "Sudahlah tu, Fifa... Dah nak Maghrib dah ni. Pergi mandi. Kita sembahyang berjemaah." Tersentak Fifa sewaktu Arfah menepuk bahunya. Dia memandang kekiri kanannya. Maria dan Shamsul sudah tiada. Sudah balik ke rumah barangkali. Datuk Mansor juga sudah hilang. Fifa mencari-cari wajah Datin Maznah. Juga tak kelihatan. Dia merenung langit di luar. Sudah hampir gelap. Dah berapa lama dia terlena diulit kenangan? "Dah mandi ke belum ni?" Soal Arfah yang sudah menyarung telekung ke badan. Dia agak hairan melihat Fifa yang masih terpinga-pinga. "Mar mana, kak Arfah?" "Dah balik dah... Lama dah... Fifa tu kalau dah dok mengingatkan Ekmal, memang tak sedar apa yang dah jadi. Cepat sikit, dah nak masuk waktu ni. Karang, terlambat pulak." Fifa hanya mengangguk perlahan sebelum mengangkat punggung bangun dari sofa. Arfah terus menuju ke bilik solat dan menunggu yang lain-lainnya di situ. Kembali Ke Atas

Bab 35 Sudah hampir 2 tahun berlalu. Fifa masih sendiri. Maria sudahpun menimang seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Lia Maisara. Sebiji macam muka Shamsul. Shamsul sekarang dah semakin matang. Setiap kata-kata dijaga. Da, Fifa dapat lihat yang Maria bahagia bersuamikan Shamsul. Agak lama Hatta mendiamkan diri. Seingat Fifa, sejak hari pernikahannya sehingga kini Hatta masih tidak menghubunginya. Mungkin Hatta ingatkan Fifa sudah mengahwini Ekmal dan kini sedang berbahagia. Terasa rindu pula pada jenaka dan gurau senda Hatta. Fifa merasakan seolah-olah kehilangan seorang teman untuk mendengar segala masalahnya. Maria sekarang bukanlah bujang sepertinya. Hanya orang bujang sahaja yang memahami perasaan orang bujang, desis hatinya. Hatta?? Masih bujangkah dia? Atau dia juga sudah berkahwin seperti Maria?

Page 82: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 82

"Bila kau nak kahwin ni, Fifa?" Soal Maria. Tersentak Fifa mendengar soalan Maria itu. Terbang sekejap fikirannya terhadap Hatta. Lia Maisara yang berada dalam dukungannya direnung. Seolah-olah dia tidak mendengar soalan Maria itu. "Kau dengar tak soalan aku ni, Fifa?" Fifa mendongak dan memandang ke wajah Maria tanpa sebarang perasaan. Dia masih terus bermain-main dengan Lia Maisara. "Fifa...." "Mar... aku senang macam ni. Aku masih belum terfikir lagi nak berkahwin. Hati aku belum terbuka untuk orang lain. Kau jangan risau... sampai masanya nanti, sahabat kau ni akan berkahwin juga." "Aku cuma bimbangkan kau.. Kau ni macam tak pernah nak fikirkan tentang masa depan kau. Ekmal dah lama tak ada... apa salahnya kau cuba lupakan dia sementara?" "Mar... baru 2 tahun Ekmal pergi... Kau ingat senang ke untuk aku melupakan kenangan kami bersama hampir 7 tahun kalau nak dibandingkan dengan pemergian dia yang baru saja menjangkau 2 tahun? Terlalu banyak kenangan kami bersama, Mar... Kau sendiri tahu laluan perjalanan cinta kami, kan! Bukan senang nak melupakan setiap minit bersama Ekmal... Lebih-lebih lagi dialah cinta pertama aku... Kalau pun aku jatuh cinta lagi, takkan sama sebagaimana aku menyintai Ekmal." "Aku faham perasaan kau, Fifa. Aku tahu kau bukanlah perempuan yang terlalu mudah jatuh cinta... tapi, sampai bila mesti kau melukakan hati kau semata-mata untuk membuktikan yang kau masih setia pada Ekmal? Takkanlah semata-mata kerana terlalu cintakan Ekmal, sampai kau sanggup menolak ke tepi kebahagiaan kau? Aku pun kalau boleh tak nak semua ni terjadi, tapi, segala-galanya telah ditakdirkan oleh Allah." "Aku tak menyalahkan takdir, Mar... Sungguh... Aku buat begini bukan untuk menunjukkan pada semua orang yang aku terlalu setia pada cinta aku yang telah dibawa pergi... Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk menghancurkan kebahagiaan aku disebabkan bakal suami aku meninggal dunia... Tapi, hati aku masih belum terbuka untuk menerima orang lain. Cubalah kau faham sikit.... Sejak bila kau mula tak faham dengan perangai aku ni??" Kekerasan suara Fifa menyentakkan Lia Maisara yang sudahpun terlena dalam dukungannya. Segera dia mendodoikan kembali si kecil itu. Maria mengeluh perlahan. Susah untuknya mengorek rahsia Fifa sekarang. Fifa yang berada di hadapannya kini bukan lagi Fifa yang dulu yang dikenalinya sejak kecil. Fifa yang sekarang terlalu keras untuk dilenturkan. "Bagaimana dengan Hatta?" Secara spontan soalan itu keluar dari mulut Maria. Fifa menoleh dengan wajah yang merah merona. Nama itu muncul kembali... Setelah dia berjaya melupakan pemilik nama itu, kenapa tiba-tiba Maria mengungkitkannya kembali? "Macam mana kau tahu tentang lelaki tu?" "Surat. Kau tak sedar ke Hatta ada hantar surat pada kau? Dah berapa lama kau tak check surat-surat kau di office kau? Kebetulan, secretary kau datang hantar surat kau semalam. Aku selak-selak ternampak sekeping surat dari orang perseorangan. Ada tulis nama Hatta kat belakang surat tu... So, aku expect mesti somebody yang very close ngan kau. Kenapa aku tak pernah tahu tentang kehadiran dia?"

Page 83: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 83

"Tak ada apa yang perlu kau tahu tentang dia. Antara kami, hanya kawan. Tak lebih dan tak kurang. Dia dulu satu kampus ngan kitalah... Tapi lain course. Rupa-rupanya dia ada hubungan kekeluargaan dengan makcik aku. Entahlah... aku pun tak tahu nak explain cam ne ngan kau. Adalah beberapa kali dia datang ke office dan kami keluar makan bersama waktu aku ada masalah dulu... Tapi, sejak aku mula sibuk nak buat persiapan perkahwinan, dia menghilangkan diri. Puas aku cari dia, tak berjumpa. Aku ingatkan dia dah lupakan aku, rupa-rupanya telahan aku salah. Mana suratnya..." Wajah Fifa sudah mula ceria sedikit. Satu perubahan yang menggembirakan hati Maria. Kalau boleh, dia mahu Fifa semakin ceria. "Ada kat atas meja tu. Cepatlah pergi ambil, boleh aku tumpang baca sekali." Desak Maria. Fifa meletakkan Lia Maisara di atas tilamnya dan bangun menuju ke meja kecil di tepi telefon. Setelah menyelak-nyelak beberapa keping surat, dia mencapai sekeping surat bersampul biru laut dan membawanya mendekati Maria. "Bacalah cepat... Tak sabar aku nak tahu apa yang dia tulis." "Ish, kau ni... aku yang dapat surat, kenapa kau yang mesti over-acting? Apa, Shamsul tak pernah kasik kau surat ke?" Seloroh Fifa. Maria ketawa kecil. Fifa sudah boleh bergurau dan bersenda... Satu perkembangan baik! "Ala... Sham sekarang dah tak nak kasik surat kat aku.. Mentang-mentang dah dapat aku, terus malas nak tulis surat. Kalau dulu, seminggu sekali mesti ada surat terletak kat atas meja aku," ucap Maria seakan mengeluh. Fifa ketawa kecil melihat gelagat Maria. "Hei, kawan... dah kahwin pun nak tulis surat tu dah kira melampau dah tu... Dah selalu jumpa, tidur pun sebilik... Takkan nak buat karangan juga lagi... Teruklah kau ni.." Maria ketawa kuat. Lia Maisara bergerak-gerak sekali-sekala apabila mendengar gegak gempita suara ketawa Mamanya itu. Mujur juga Lia Maisara bukanlah jenis yang senang jaga kalau sudah tidur. Kalau tidak, harus mereka berdua terpaksa mendodoikan kembali si kecil itu. "Kau tak nak baca sekarang ke, Fifa?" Soal Maria sekali lagi apabila dilihatnya Fifa masih memegang surat itu dan menelek tulisan Hatta sahaja tanpa berura-ura mahu membukanya. "Nanti-nanti sajalah aku baca. Aku nak pergi masak dulu. Karang, Mama dan Papa aku balik, macam mana? Kan ke kita dah janji dengan dia orang yang kita nak masak hari ni? Si Shamsul pun balik sekali dengan dia orang ke?" "Ha ahlah... Habis tu, kau nak suruh suami aku tu tinggal kat Cherating tu sengsorang? Eh, Kak Arfah dah balik ke rumah suami dia ke?" "La... engkau ni, ketinggalan keretapi ke?? Dah berkurun dah dia pindah balik ke sana. Isteri kedua abang Bahari tu dah meninggal dah. Sejak tulah dia pindah balik ke sana. Jom kita ke dapur. Kang, dia orang dah sampai... Kita pulak baru nak masak..." Fifa dan Maria berlalu ke dapur meninggalkan Lia Maisara yang masih nyenyak tidurnya. Maria tersenyum sendirian... Semoga kau akan tetap ceria, sahabatku... desisnya dalam hati. Kembali Ke Atas

Page 84: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 84

Bab 36 Assalammualaikum, Fifa... You apa khabar? Semoga sihat selalu.. I tahu, lewat kedatangan surat ni, you mesti dah menjadi isteri kepada Ekmal. Maafkan I sebab terlewat mengucapkan tahniah pada you berdua. Tahniah dan semoga you berbahagia hingga ke anak cucu. Maafkan I kerana tak menghadiri majlis bersejarah you dulu. I tak pasti sama ada I harus datang atau tidak. I takut I tak dapat menerima hakikat yang kini you sudahpun menjadi isteri yang sah kepada Ekmal... Fifa, Mesti you kata I ni kawan tak mengenang budi. Mesti you meragui keikhlasan I berkawan dengan you, kan! Sungguh, Fifa... I berkawan dengan you bukan untuk suka-suka. I mahu mengenali diri you dengan lebih dekat lagi. Dan, kalau boleh, I mahu memperisterikan you. You tahu tentang isi hati I, bukan? I pernah beritahu you satu ketika dulu... I ni terlalu degil sebenarnya... Setelah I tahu yang you akan menjadi milik Ekmal pun, I masih tak undur diri.. Bagi I, selagi you belum diijabkabulkan dengan Ekmal, I masih berpeluang memiliki you.. Sehinggalah I menerima kad jemputan dari you... Hati I hancur... you adalah wanita pertama yang I cintai. Dan, cinta pertama I hancur sebelum sempat I bajai. Kuntuman-kuntumannya layu dan gugur ke bumi... You telah pun secara sah menjadi milik Ekmal. I mengaku, I melarikan diri... I pun tak tahu I melarikan diri dari siapa. Tapi, yang I pasti.... I tak nak hadiri majlis perkahwinan you kerana I tak sanggup nak menerima hakikat yang I tak berpeluang lagi memiliki you. Sekarang you milik Ekmal... Agak lama I pujuk hati I untuk menerima hakikat dan alhamdulillah.. sekarang I sudah boleh kembali ceria seperti dulu. I tahu, kalau pun I tak dapat memiliki you, itu tak semestinya I tak boleh menjadi kawan you, kan! Semoga you sudi menerima I kembali... Sekarang I dah kembali ke Kuala Lumpur. Hampir 2 tahun I meninggalkan bumi Malaysia menuju ke satu perhentian untuk melepaskan segala kesedihan dan kekecewaan I. Kini I kembali dengan semangat baru.... Fifa, I tahu you bahagia sekarang... Pastinya hidup you penuh dengan segala macam gurauan bersama Ekmal, kan! I yakin, Ekmal akan membahagiakan you... Dan, mungkin juga you terperanjat sewaktu menerima surat ni kerana you sudah melupakan I selama 2 tahun ni.... I tak kecil hati... Seharusnya begitulah... Apabila seorang wanita sudah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dicintainya, dia seharusnya melupuskan nama-nama lelaki lain dari dalam hidupnya, kan... I teringin nak berjumpa you tapi rasanya tak baiklah pula... Apa pula kata Ekmal nanti, kan... Tak mengapalah, kalau ada masa... I akan tunggu di depan office you dan lihat you dari jauh.. Janji, kerinduan di hati I ni terubat. Okaylah, rasanya dah terlalu panjang dah coretan I ni. Maaf seandainya coretan ni menggugat ketenangan you bersama Ekmal. I tak nak ambil masa lebih lama lagi. So, I akan undur diri sekarang. Jaga diri baik-baik... Jaga Ekmal baik-baik... Semoga berbahagia selalu.... I akan bahagia kalau you bahagia, Fifa...

Page 85: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 85

Percayalah, I tetap akan menjadi kawan you walaupun you tak lagi menerima kehadiran I... Salam Seorang Sahabat Hatta Hanafiah. Fifa menatap surat itu agak lama sebelum melipat dan memasukkan kembali ke dalam sampulnya. Dia bungkam. Terlalu besar pengorbanan Hatta untuknya... tapi, seandainya Hatta tahu keadaannya sekarang, adakah dia sudi menerimanya? Hatta, seandainya kau menjadi aku... pastinya kau tahu gelodak hatiku yang sedang mengganas ini. Seandainya kau berada di tempatku, pastinya kau rasa betapa hati ini terluka dan parut lukanya tak mungkin akan terubat sampai bila-bila.... Kalaulah kau tahu kebenarannya, pasti kau akan segera menemui aku... Adakah setelah kau tahu apa yang terjadi, kau sanggup mengotakan janjimu? Adakah perasaanmu terhadapku masih seperti dulu? Takkan pernah berubah? Fifa merebahkan badan di dada katil. Fikirannya kosong.. Otaknya tepu... Mana mungkin dia berfikir sekarang setelah membaca luahan demi luahan yang Hatta curahkan di dalam coretannya itu? Ah, betapa rapuhnya cintamu, Fifa... Begitu mudah kau mahu melupakan setiap detik kenangan bersama Ekmal? Baru 2 tahun pemergiannya, kini kau sudah mahu beralih arah? Lupakah kau pada segala janji-janjimu dengan Ekmal dulu? Lupakah kau janji sehidup semati bersamanya dulu...? Hati kecilnya berkata-kata. Fifa semakin dalam dilema. Mengapa di saat ini wajah Hatta terbayang-bayang di mata? Mengapa di saat ini nama Hatta juga yang sering bermain di bibirnya? Mengapa bukan Ekmal? Insan yang terlalu dia sayangi dan cintai? Benar.... dia sudah berjanji sehidup semati bersama Ekmal... Dia sudah berjanji akan setia pada cintanya... tapi, kenapa sekarang begitu mudah dia mahu menerima Hatta? Jatuh cintakah dia?? "Jangan tunggu terlalu lama untuk membuka pintu hati untuk orang lain, Fifa. Yang pergi sudahpun pergi... Kita yang masih hidup ni harus teruskan kehidupan kita. Jangan menyeksa diri, membuang ke tepi segala kebahagiaan semata-mata kerana mengharapkan cinta orang yang sudah pergi...." Teringat kembali dia pada kata-kata Hasmah lewat pertemuan mereka beberapa minggu lepas. Sebenarnya sudah berkali-kali Hasmah bertanya bila dia mahu kahwin. Selalunya Hasmah akan menerima jawapan bisu darinya. Dia malas mahu menjawab. Takut dianggap orang yang tak boleh menerima takdir dari Tuhan. Benarkah dia begitu?? "Kak Has bukan nak paksa Fifa... tapi sebagai seorang kakak, Kak Has berharap sangat Fifa akan berkahwin satu hari nanti. Bukan niat Kak Has nak suruh Fifa lupakan Dik Ei, sekelumit pun Kak Has tak berniat demikian... cuma, Kak Has tak nak Fifa terus-terusan berseorangan.. Lagi lama Fifa begini, lagi teruk keadaan Fifa nanti. Kak Has tahu, walaupun Kak Has kakak Dik Ei, tapi keakraban kami tak seperti mana akrabnya hubungan Dik Ei dan Fifa. Dik Ei jarang mahu berkongsi masalah dan kegembiraan bersama kami tetapi lebih senang meluahkannya pada Fifa. Tapi, janganlah disebabkan itu

Page 86: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 86

pula, membuatkan Fifa sanggup mengorbankan masa depan Fifa. Fikirlah... demi kedua orang tua Fifa yang juga Kak Has kira mengharapkan agar Fifa berkahwin dan berbahagia seperti orang lain...." Betulkah aku harus menerima kehadiran orang lain dalam hidup ni? Tapi, dalam hati aku cuma ada nama Hatta. Entahkan dia masih berperasaan seperti dulu atau pun sudah berubah perasaannya itu. Entahkan dia masih bujang ataupun sudah berkahwin. 2 tahun bukan satu tempoh yang sekejap untuk segala-gala keajaiban berlaku. Adakah aku yang terlewat kali ni untuk meraih cintanya?? Termenung panjang Fifa memikirkan hal itu sebelum dia terlelap di katil. Dan, malam itu menyaksikan kehangatan cinta barunya menular ke dalam hatinya... terhadap seorang lelaki yang satu ketika dulu terpaksa ditolak lamarannya..... dan, kini dia pula yang mengharapkan sinar dari serpihan cinta itu.... Kembali Ke Atas

Bab 37 Perjalanan ke Banting masih jauh. Fifa menyandarkan badannya di kerusi. Megat, pemandu keluarganya yang baru sesekali melirikkan matanya ke arah Fifa menerusi cermin tengah. Fifa buat tak nampak akan gelagat Megat itu. Dibiarkan sahaja mata Megat meliar memandang ke wajahnya. Megat baru sahaja tamat pengajian di institusi tinggi di Johor. Lulusan universiti selatan itu terpaksa menggantikan ayahnya yang sebelum ini berkhidmat dengan keluarganya sebelum mendapat pekerjaan lain. Fifa sendiri tak pernah berjumpa Megat. Semenjak Pak Karim, pemandu Datuk Mansor bekerja dengan keluarganya sepuluh tahun yang lalu, Fifa tak pernah tahu Pak Karim ada anak lelaki bujang yang hampir sebaya dengannya. Fifa melelapkan mata. Pemergiannya ke Banting untuk menziarah makciknya yang menetap di sana setelah berkahwin. Rasanya, sejak perkahwinannya tak jadi 2 tahun lepas, dia sudah tidak mengunjungi sanak saudaranya. Jadi, kesempatan bercuti kali ini digunakannya untuk menziarah saudara maranya itu. "Mengantuk ke? Nak saya tutupkan radio?" Persoalan pertama keluar dari mulut Megat yang sedari tadi hanya memerhatikannya. Fifa membuka kembali matanya dan memandang ke wajah sisi Megat. "Tak payahlah, Megat. Saya tak mengantuk.. cuma, nak rehatkan mata je. Kalau awak tutup radio tu nanti, sunyilah dalam kereta ni." Balas Fifa. Sekadar untuk berbahasa sebenarnya. "Kalau tutup radio, tapi ada teman berborak, sure tak sunyi, kan!" Megat mula memasang jerat. Fifa menggigit bibirnya. Anak muda itu sudah mula mahu memancing umpan. Dia sudah mula mahu masuk jarum. Menarik minat Fifa untuk terus berbicara dengannya. Fifa tersenyum nipis. "Betul juga... Tapi rasanya topik apa yang awak nak borak dengan saya?"

Page 87: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 87

"Tentang peribadi. Kalau awak tak keberatan...." Selamba Megat menjawab. Fifa tersentak. Terlalu berani rupanya budak ni, fikirnya dalam hati. Baru pertama kali berkesempatan berborak begini, terus melompat ke soal sensitif. Fifa terdiam seketika. Hujung jari runcingnya bermain-main dengan tudungnya. Megat mengintai sekali lagi dari cermin. "Keberatan? Kalau keberatan tak palah..." Pancingan masih terus dilemparkan dengan harapan ikan yang ditunggu mencakup umpannya. "Berapa umur awak?" Soal Fifa menukar topik. "Awak rasa?" Jawab Megat dalam bentuk soalan juga. "Mungkin dalam lingkungan 24 tahun." "Mudanya saya!" Megat tertawa kecil mendengar jawapan Fifa. Fifa memandang tepat ke arah Megat. "Salah ke? Habis tu, berapa umur awak?" Soal Fifa kembali. "Saya muda setahun dari awak." "Jangan nak tipu saya! Awak ni 28 tahun?" "Salah ke kalau saya 28 tahun? Jadi, awak yang 29 tu tak salah?" "Jangan main-main, Megat!" "Ya Allah... saya tak main-main dengan awak! Apa yang saya dapat kalau tipu awak pun.. Lainlah kalau sekali saya tipu, terus jatuh seguni emas dari langit kat riba saya ni, cik Fifa! Seribu kali tipu, dah jadi jutawan dah... Tak payah kerja jadi driver...." Sekali lagi Fifa terdiam. 28 tahun... Tapi, dia nampak muda dari usianya. Mungkin sikap periangnya itu yang berjaya menyembunyikan usianya yang sebenar. "Dengar cerita, awak baru saja dikecewakan!" Tersentak Fifa mendengar ungkapan "dikecewakan" itu. "Apa awak cakap ni?" Kasar sungguh bunyi persoalannya kali ni. Dia sudah hilang sabar. Dikecewakan?? Apa maksud dia dengan dikecewakan? Siapa yang mengecewakannya?? Ekmal?? Atau Tuhan?? Astaghfirullah.... Mengucap panjang dia dalam hati.... "Maaf... mungkin saya tersalah menggunakan prosa kata tadi. Maksud saya... awak baru lepas kecewa..." Fifa masih tak menjawab. Dia membiarkan sahaja kata-kata Megat itu berlalu tanpa jawapan. Hatinya sakit. Soal peribadinya bukan untuk diceritakan pada sesiapa pun.. Ianya terlalu peribadi. Dah namanya pun peribadi, kan! Kalau diceritakan pada semua orang, bukanlah rahsia lagi jadinya. Megat turut diam. Mungkin dia perasan ketidaksenangan Fifa dari riak di wajahnya. Dia terus menumpukan perhatiannya ke jalan raya. Seketika kemudian dia membelokkan kereta ke kiri;

Page 88: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 88

masuk ke Dengkil. Fifa melelapkan mata. Kali ini juga bukan sebab dia mengantuk tetapi untuk mengelakkan Megat. Megat masih dengan selambanya. Masih terus memandu dan menyanyi-nyanyi kecil mengikut alunan irama yang keluar dari corong suara radio kecil di dalam kereta. "Saya tak jadi ke Bukit Changgang. Kita ke Olak Lempit." Kata Fifa sebaik sahaja Megat membelokkan kereta masuk ke Bukit Changgang. Megat menarik nafas panjang. Dia tahu, Fifa sengaja mahu menyusahkannya kerana masih sakit hati di atas pertanyaannya sebentar tadi. Dia meneruskan perjalanan dengan hati yang memberontak. Dari jauh sudah kelihatan papan tanda bertulis OLAK LEMPIT di sebelah kanannya. Megat memperlahankan sedikit gerak tari kereta yang dipandunya. Menunggu arahan seterusnya dari Fifa membuatkan larian pecutannya semakin hilang ditelan deruman kereta lain yang memecut meninggalkan mereka. "Nampak masjid di sebelah kanan nanti, belok masuk ke perkarangan masjid tu. Ada jambatan batu warna putih kat situ." Kata Fifa dan serentak itu, matanya tertumpu pada sign board masjid 500m di hadapan. Syukur, desis hati kecilnya. Kalau terlambat sikit je minah sorang ni bagi arahan, dah sah-sah aku kena pusing balik. Megat memberi signal untuk belok ke kanan. Fifa memanjangkan lehernya. Cekap juga mamat ni bawa kereta... bisiknya sendirian dan tersenyum sinis. Megat memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah batu bertingkat dua dan bercat putih itu. Fifa membetulkan tudungnya. Segera tangannya membuka pintu kereta dan menutupnya kembali sebaik sahaja tubuhnya keluar dari perut kereta itu. "Assalammualaikum...." "Waalaikummussalam..." Salam berjawab dari atas rumah. Muncul satu tubuh wanita bertudung labuh berkulit kuning langsat di ambang pintu. Fifa tersenyum. Wanita itu juga tersenyum. Gembira barangkali dengan kunjungan Fifa ke rumahnya. "Naiklah, Fifa... Hah, siapa tu? Naik sekali..." Ramah wanita itu menjemput naik ke atas rumah. Fifa sudah melangkah untuk naik ke rumah. Megat masih tercegat berdiri di belakangnya. Fifa menoleh dengan wajah berkerut. Apa lagi ni?? Ajak naik pun susah ke?? "Saya tak ikut naik ke atas. Saya nak ke masjid untuk solat dulu. Awak naiklah. Nanti, saya nak ke kedai makan." Kata Megat sebelum sempat Fifa bertanya. "Kenapa dengan awak ni? Kan makcik saya suruh naik tu?" "Tak apalah. Itu makcik awak, bukan makcik saya. Kalau dah selesai urusan awak nanti, awak tahu macam mana nak cari saya, kan!" Megat berlalu meninggalkan perkarangan rumah besar itu. Fifa naik ke atas setelah Megat masuk ke perkarangan masjid bersebelahan rumah itu. "Ke mana pula kawan Fifa tu pergi?" Soal wanita bertudung labuh tadi. Fifa sudahpun melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan wanita itu selepas bersalaman dengannya.

Page 89: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 89

"Ke masjid. Nak solat dulu katanya, lepas tu nak makan di gerai." "La.. kan rumah Mak Uteh ni ada... Buat apa dia ke gerai?" Soal wanita itu tak puas hati. "Itu driver Papa, Mak Uteh. Anak Pak Karim. Gantikan ayahnya yang sakit." "La.. Mak Uteh ingatkan kawan baru Fifa tadi. Handsome juga orangnya, kan?" Sengaja Mak Utehnya berseloroh. Merah muka Fifa menahan malu. "Ada-ada saja Mak Uteh ni nak usik Fifa." Mereka ketawa bersama. Kemesraan kembali bertaut antara ibu dan anak saudara itu. Sudah lama mereka tak bertemu. Dalam adik beradik ayahnya, Fifa hanya rapat dengan beberapa orang sahaja dan salah seorangnya ialah Mak Utehnya ini. Hubungan mereka sudah seperti anak beranak. Sehingga hampir ke pukul 3.00 petang barulah mereka bergerak ke meja makan. Sesekali Fifa menjenguk memandang ke luar rumah. Mencari-cari Megat bersama-sama kereta yang sudah diangkut ke kedai makan. Tapi, hampa.... Sehingga pukul 4.00 petang, bayang Megat masih tak kelihatan. Fifa mula resah...... Kembali Ke Atas

Bab 38 Sudah 2 hari berlalu semenjak mereka bersama-sama ke Banting. Sehingga hari ini, Fifa masih tetap tak nampak bayang Megat berkeliaran di kawasan rumahnya. Datuk Mansor sudah 2 hari memandu sendiri ke tempat kerja. Pak Karim masih terlantar sakit di hospital. Fifa maklum tentang itu. Tapi, ke mana pula hilangnya Megat? Hari ini, balik dari kerja Fifa sudah dapat melihat kereta Datuk Mansor tersadai di garage. Pasti Datuk Mansor sudah pulang dari kerja. Segera dia masuk ke dalam rumah. "Assalammualaikum, Mama.. Papa.. Eh, anak Mak Usu pun ada ke???" terjerit sekejap Fifa apabila ternampakkan kelibat Nabila duduk di sebelah Datin Maznah Nabila mampir padanya dan mencium tangannya. Fifa mencari-cari kelibat Arfah dan Bahari. "Mereka tak ada... Dah balik dah..." Datin Maznah memberitahu seolah-olah dapat menangkap perlakuannya itu. Fifa tersenyum dan duduk di sebelah Nabila. "Kenapa Bila datang sini?" "Sekolah dah cutilah, Mak Usu. Bila nak spend time dengan atuk dan nenek. Bila nak berjalan-jalan dengan Mak Usu. Nak round the world.. Mak Usu mesti bawa Bila gi jalan-jalan tau!" Ketawa. "Okay, Mak Usu bawa Bila round the world nanti. So, Bila duduk sini sampai bila?" "Sampai habis cuti sekolah. Mak Usu kena cuti macam Bila..."

Page 90: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 90

"Amboi.. Kalau cam tu, terus Mak Usu kena buang kerja nanti.. Tak apalah.. malam ni kita pergi makan kat hotel ya!" Sengaja Fifa berseloroh dengan Nabila. "Tak naklah hotel, Mak Usu... Bila nak makan dekat Benteng. Mummy kata kat sana makanan dia best!!" Kata Nabila seraya menunjukkan tumb up pada Fifa. Fifa ketawa riang melihat gelagat anak saudaranya itu. Datuk Mansor dan Datin Maznah tersenyum. "Nenek boleh ikut?" Geleng. "Tak boleh. Nenek dengan Atuk tak boleh ikut. Malam ni, Bila keluar dengan Mak Usu je.. kita orang nak break the rules.. Kan Mak Usu...." Fifa tersenyum. Anak kecil berusia hampir 9 tahun itu cerdik. Apa saja yang diajar oleh Arfah, cepat sahaja dapat ditangkapnya. "Suka hati Bila lah... Mak Usu nak naik atas, nak mandi dan bersiap-siap untuk solat. Lepas Maghrib nanti kita keluar." "Bila sembahyang dengan Mak Usu, boleh tak?" Soalnya. Fifa mengangguk dan Nabila terus berlari ke tingkat atas. "Pa..." Datuk Mansor menoleh memandang Fifa. Wajah Fifa kemerahan sebelum dia mengeluarkan kata-kata. Malu untuk bertanya. "Kenapa?" "Er... er... Megat ke mana, Pa?" Hangat wajahnya semakin terasa. Janganlah hendaknya kedua orang tuanya sedar akan perubahan wajahnya itu... bisiknya sendiri. "Megat... Oh, dia dah dua hari tak datang kerja. Pergi interview ke Pulau Pinang katanya. Tapi, tadi dia ada telefon Papa kata dah sampai ke sini. Kenapa? Fifa nak jumpa dia ke?" "Er.... ingat.... nak suruh dia drive kami ke Benteng. Fifa penat sangatlah..." "Fifa telefon dia. Papa malas nak cakapkan. Hal orang muda..." Balas Datuk Mansor sambil mengenyitkan matanya pada Datin Maznah. Fifa mengangguk perlahan dan terus naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Pasti Papa dan Mama dah salah faham ni... gerutunya dalam diam... "Nak ke mana kita ni, cik Fifa?" Soal Megat sebaik sahaja dia membelokkan kereta keluar dari perkarangan rumah besar itu. Nabila memandang ke wajah Fifa. "Kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dulu. Ada barang saya nak beli. Dengar cerita, awak baru balik dari Penang petang tadi." Kali ini giliran Fifa pula cuba memancing minat Megat untuk berborak. Sekali lagi Nabil memandang ke wajah Fifa. Kemudian beralih pula ke wajah Megat yang agak masam malam ini. "Abang ni garang, kan Mak Usu..." Nabila berbisik ke telinganya. Fifa tersenyum tawar. Megat 2 hari lepas dan Megat hari ini sudah berbeza. Perjalanan ke Banting dan perjalanan malam ini; ke Petaling Street juga berbeza... dan kali ini, situasi juga berbeza.

Page 91: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 91

Irama yang berkumandang tidak dapat meredakan ledakan dalam hatinya. Fifa mencuri pandang ke wajah Megat melalui cermin. Alir keningnya yang lebat kelihatan bergerak-gerak setiap kali dia melarikan mata di jalan raya; melihat kenderaan yang lalu lalang. "Mak Usu, Bila dah lapar ni..," rengek Nabila. Fifa memandang ke depan. Megat memandang ke wajahnya. "Boleh tolong berhenti dekat mana2 kedai dulu. Nabila dah lapar. Saya nak belikan dia roti sekejap." Megat tak menjawab. Mengangguk pun tidak. Kenapa pula anginnya malam ni?? Hambar saja setiap perlakuannya. Terlalu bersalahkah aku pada dia tempohari? Sehingga benar-benar melukakan hatinya?? Sepatutnya aku yang terluka, dan bukannya dia.. Megat memberhentikan kereta di depan Seven Eleven depan Kotaraya. Segera Fifa keluar dari perut kereta dan berlari ke kedai 24 jam itu meninggalkan Nabila di dalam kereta. Setelah membayar harga roti berkrim coklat itu, dia berlari ke kereta tetapi kali ini dia duduk di sebelah tempat pemandu. Sengaja dia tidak duduk di belakang untuk melihat reaksi seterusnya dari Megat. "Nah, makan roti ni dulu. Nanti lepas Mak Usu belikan Bila beg Hello Kitty dan kasut baru untuk Bila, kita pergi makan di Benteng." Nabila yang kelaparan hanya mengangguk dan mencapai roti dari tangan Fifa. "Maafkan saya..." Perlahan Fifa berkata tetapi dia tahu Megat dapat menangkap kata-katanya itu. "Untuk apa?" Tanya Megat tanpa memandang ke wajah Fifa. Matanya terus memandang ke arah jalan raya. Fifa jadi semakin tak keruan dengan tindak balas Megat. "Sebab menyusahkan awak..." "Biasalah... saya kan driver awak..." terasa panas muka Fifa mendengar jawapan itu. Bukan itu yang dia mahukan dari Megat. Bukannya alasan sebagai driver yang seharusnya keluar dari mulut lelaki itu. Bukan!! Yang dia mahu adalah kata-kata kemaafan. Kata-kata yang Megat memaafkan dia. "Saya tak pernah anggap awak ni driver saya! Saya tahu, awak masih marahkan saya pasal hal hari tu. Kemudian awak tak beritahu saya pun yang awak nak ke Penang... ada interview! Kenapa awak buat macam ni??" "Eh, sejak bila pula saya kena report semua kegiatan saya pada awak ni? Sejak bila pula saya ni jadik suami awak... kena beritahu awak semua hal-hal saya?? Sejak bila pula awak ambil berat pasal saya.. sedangkan hari tu pun.. bila saya tanya awak pun awak tak jawab..." Terpana Fifa mendengar satu demi satu perkataan yang dituturkan oleh Megat. Dia menundukkan kepalanya. Setitis demi setitis airmatanya tumpah ke riba. Sepanjang dia berkawan dengan Ekmal, belum pernah dia terluka sebegini. Begitu juga sewaktu berkawan dengan Hatta... Hatta... ke mana kau??

Page 92: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 92

"Sorry, Fifa... Saya tak bermaksud nak marah awak..." Akhirnya Megat bersuara. Nabila sudahpun terlelap di belakang. Jalan yang agak jem malam itu memberi ruang untuk mereka berbicara sebelum sampai ke destinasi. "Awak masih simpan lagi kemarahan pada saya, kan...?" "Tak.. saya tak marah awak... cuma saya terasa hati je. Bukan saya tak nak beritahu awak yang saya kena ke Penang, tapi saya tak rasa pun yang awak nak tahu tentang pemergian saya ke sana. Jadi, saya hanya beritahu Datuk saja. Awak risaukan saya ke?" "Risaulah... ingatkan awak pergi bunuh diri..." Megat ketawa kuat sehingga menyentakkan Nabila yang sedang nyenyak tidur. Terpisat-pisat anak kecil itu. "Sayang juga awak kat saya, ya...." Megat berseloroh. Fifa tertunduk malu. Merona merah wajahnya. "Eleh... perasan! Siapa kata saya sayangkan awak... Saya cuma risau je.." "Ala... kalau dah risau tu tandanya sayanglah tu...." "Mak Usu... Bila dah lapar ni.... Tak sampai-sampai lagi ke??" Nabila bersuara membuatkan mereka berdua memandang serentak ke belakang. "Dah nak balik dah pun... Bila tidur tadi, Mak Usu sengaja tak nak kejut..." "Ha..." Fifa dan Megat ketawa kuat melihat gelagat Nabila yang tercengang. Kembali Ke Atas

Bab 39 Sebulan berlalu... Ingatannya pada Hatta sudah semakin pudar.... Bunga- bunga kenangannya bersama Ekmal dulu pun sudah mula melayu.... dan mungkin akan gugur tak lama lagi. Satu perubahan yang baik menurut kaca mata Datuk Mansor sekeluarga. Baik Datuk Mansor mahupun Datin Maznah sudah boleh tersenyum melihat cahaya kegembiraan rumah besar mereka itu bersinar kembali. Tetapi, perubahan itu membimbangkan Maria. Mahu sahaja dia memberitahu Datuk Mansor dan Datin Maznah agar dihalangkan sahaja hubungan antara Fifa dan Megat. Mahu sahaja dia memberitahu Fifa agar jangan membuat hubungan lebih rapat dengan lelaki itu. Tetapi dia tak berdaya. Atas alasan apa yang harus diberikan olehnya apabila ditanya kelak? Takkanlah disebabkan hatinya keras mengatakan yang Megat bukanlah orang yang sesuai untuk menggantikan tempat Ekmal di sisi Fifa, maka mereka dengan sewenang-wenangnya menerima setiap kata-katanya? Maria turut tumpang gembira melihatkan perubahan Fifa. Dia turut suka melihat Fifa sudah boleh bergelak ketawa seperti dulu... seperti waktu dia bersama Ekmal dulu.. Tapi, apabila melihat ke wajah Megat, hatinya sering berkata-kata. Megat bukanlah jodoh Fifa. Dia bukan ahli nujum, bukan juga tok bomoh... tapi, firasatnya berkata begitu.

Page 93: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 93

"Kau makin sibuk sekarang ni aku tengok!" Tegur Maria satu hari sewaktu Fifa datang ke rumahnya menjenguk Lia Maisara. "Mana ada... Kau tu yang sibuk sangat sampaikan tak ada masa nak bawa Lia datang rumah aku. Aku kalau sibuk pun hanya di office... bukan macam kau yang terpaksa melayan Lia lagi, Shamsul lagi.. rumah tangga kau lagi..." "Kalau kau dah tahu aku sibuk dan tak ada masa nak datang rumah kau, kau sajalah yang datang sini. Ini, kalau aku tak telefon, tak adalah nampak muka kau dekat sini. Sham pun dah lama bising kenapa kau tak datang sini." "Aik, dia rindukan aku lagi ke?" Fifa ketawa kuat. Maria merengus. Aku cakapkan dia, dia kenakan aku balik... "Janganlah marah, Mar... Kau ni, aku bergurau jelah.. Okay, memang aku agak sibuk sekarang. Kerja kat office tu makin banyak. Kau tahu sajalah... kan aku lama bercuti bulan lepas. So, bila balik tu.. terpaksalah selesaikan kerja yang terbengkalai. Nak pergi berjalan pun tak ada masa tau!" "Ya ke?? Tapi, pergi candle light dinner ada masa pulak, kan!" Merah muka Fifa. Maria sengaja mahu memerangkapnya. "Mana ada... Kau ni, tak baik buat fitnah, Mar..." "Sejak bila kau pandai berbohong dari aku? Sejak bila kau pandai sorokkan rahsia dari aku? Sejak bila pula aku pandai buat fitnah... " "Aku... aKu.." "Fifa... aku bukan marahkan kau nak keluar dengan sesiapa. Itu hak kau... Sekurang-kurangnya beritahu aku. Kenalkan aku dengan lelaki yang keluar dengan kau tu.. Apa yang kau takut sangat?" "Aku seganlah... Nanti kau kata aku tak setia..." "Setia?? Hei... hanya orang bodoh je yang akan kata kau tak setia kalau keluar dengan lelaki lain sedangkan orang yang kau tunggu tu dah lama meninggal! Aku taklah kolot sangat, Fifa... Walaupun sekarang aku dah berhenti kerja, otak aku belum tepu lagi tau! Aku masih boleh berfikir." "Okay... sorry... Aku betul-betul minta maaf. Nanti saja aku kenalkan dia pada kau." "Aku dah tahu nama dia... Megat, kan! Anak Pak Karim..." "Ha ah... Mesti Kak Arfah yang beritahu kau, kan! Dia tu memang, tak boleh simpan rahsia langsung!" "Dah berapa lama kau berkawan dengan dia?" "Hampir sebulan..."

Page 94: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 94

"Macam mana dengan Hatta?" Fifa tunduk. Lagi-lagi nama itu juga yang disebut. Kenapa, Mar.... "Ah, entah-entah dia dah kahwin...." "Mana kau tahu... kau pernah pergi cari dia?" "Buat apa pula aku yang kena cari dia? Nak jadi perigi cari timba. Mar... kalau dia betul-betul sukakan aku, dia akan datang cari aku. Dia tahu aku tinggal di mana..." "Suka hati kaulah... Tapi, aku tak suka kau kawan dengan Megat tu. Aku cakap terus-terang dengan kau ni.,.. sebab aku anggap kau kawan aku.." "La.. kau tak kenal dia lagi, Mar..." "Memang aku tak kenal dia.. Tapi, aku dah pernah jumpa dia. Aku dah pernah tengok muka dia... Dan, aku rasa, dia bukan jodoh kau!" "Tak apalah... nanti bila aku dah kenalkan dia pada kau.. sure kau akan sukakan dia!" Begitu yakin Fifa memberi jaminan kepada Maria. Maria diam. Dia terus mengulit Lia Maisara yang berada di atas ribaannya. Kembali Ke Atas

Bab 40 Semalam Fifa diundang ke majlis harijadi cucu Tan Sri Mahmud. Masuk saja ke halaman villa kepunyaan Tan Sri Mahmud membuatkan dia nak pengsan. Terlalu ramai orang... sehinggakan untuk melangkah pun susah.. Tan Sri Mahmud memang begitu.. kalau boleh, satu Malaysia ni dia nak jemput. Datuk Mansor demam. Jadi, Fifa terpaksa menggantikan dia datang meraikan harijadi cucu Tan Sri Mahmud itu. Kehadirannya malam itu bukan seorang. Dia bawa Megat bersama. Dia tahu, ramai yang pandang serong pada mereka malam itu. Tapi, Megat pandai bercampur. Dia pandai ambil hati semua orang. Dan, Fifa bersyukur kerana dia tahu dia tak tersalah pilih orang. Mereka bergerak ke meja makanan. Megat secara gentleman memesankan makanan dan minuman untuk Fifa. Kesegakan Megat sedikit sebanyak membuatkan beberapa orang anak Datuk dan Tan Sri menoleh beberapa kali apabila mereka lalu di hadapan mereka. Fifa bangga. Pilihannya memang tepat. Megat bukan calang-calang orang. "Cam ne?" Soal Fifa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung ke kerusi. Megat tersenyum nipis. "Biasa saja... Tapi banyak sangat mata yang memandang. Naik segan saya. Mesti awak segan berjalan dengan saya, kan!" "Alah... segan konon... Awak ingat saya tak nampak mata awak tu melirik kat anak-anak dara tadi?" Fifa pura-pura marah.

Page 95: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 95

"Ish.... mana ada..!! Anak dara yang kat depan mata saya ni dah cukup cantik dan anggun dah.. Buat apa nak pandang yang lain??" Fifa tersenyum bangga. Dia tahu, Megat jujur mengeluarkan kata-kata. Dalam diam, dia bangga Megat memujinya. Dia terus menyuap spagetti ke mulut. "Saya nak pergi ke tandas sekejap. Awak tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana ya!" Megat sudah bangun. Fifa hanya mengangguk. "Hai... duduk sorang-sorang je ke?" Satu suara menyapa. Hai, cepat sangat baliknya, baru je pergi ke tandas tadi. Fifa mendongak. Sangkanya, Megat sudah balik dari tandas dan mahu mempermainkannya. Tapi, dia terperanjat kerana yang berada di hadapannya kini bukanlah Megat. Hatta??? Terbeliak biji matanya memandang ke wajah lelaki itu. Hatta di hadapannya sekarang??? Hatta tersenyum manis memandang ke wajah Fifa. Terasa cair seluruh tubuhnya melihatkan senyuman Hatta itu. Senyuman itulah yang amat dirinduinya setelah sekian lama... Dan kini, senyuman itu hadir kembali... Kali ini, bukan dalam mimpi.. Hadirnya kini bersama pemilik senyuman itu sendiri... Hatta.... Fifa terkedu. Kolam matanya hangat. Dia tak tahu kenapa dia mesti rasa begitu. Gembirakah dia? Sayukah dia? Atau sedihkah dia melihat Hatta di depan matanya? Seharusnya dia gembira.. Ya! Seharusnya begitulah... Tapi, kenapa dia mesti menangis.....??? "Kenapa dengan you, Fifa?" Soal Hatta apabila dilihatnya ada airmata yang mengalir di pipi wanita itu. Fifa menggeleng dan mengelap airmatanya dengan belakang tangan. Dia melarikan wajahnya apabila Hatta cuba untuk melihat. Dia malu kerana Hatta melihat dia menangis. "Ekmal mana?" Soalan kedua yang semakin meruntun jiwanya. Fifa semakin tak dapat menahan airmata. Titis-titis jernih itu semakin lebat bertali arus membasahkan pipinya. Dia tersedu-sedu.. Ya Allah.. kenapa harus sekarang Kau pertemukan aku dan dia?? Kenapa harus sekarang?? "Eh, kenapa dengan you ni? You tak suka jumpa I ke?" "Bukan... please, Hatta... leave me..." Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fifa. Hatta terpinga-pinga tetapi tetap tidak berganjak dari tempat duduk di sebelah Fifa. Dia mahukan kepastian. Kenapa mesti bersedih berjumpanya? Ekmal meninggal ke?? Ah, terlalu jauh anggapannya. Masakan begitu.... "Er... saudara..." Hatta mendongak. Eh, siapa pula mamat ni? Ini bukan Ekmal. Kalaupun dah berubah, takkanlah lain sangat mukanya? Bisik hati Hatta. Walaupun dah terlalu lama tak berjumpa Ekmal, tapi dia masih kenal lagi wajah lelaki itu. "Awak okay? Eh, kenapa awak menangis ni?" Hatta memandang lelaki itu. Kenapa pula sibuk nak tahu ni? Siapa dia ni?

Page 96: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 96

"Saya okay. Kita balik... saya tak sihat lah..." Fifa bersuara perlahan sebelum bangun dan mencapai tas tangannya. Hatta semakin bingung. Ke mana Ekmal? Kenapa Fifa mesti datang dengan lelaki ni? Takkan tak jadi kahwin dengan Ekmal sedangkan kad jemputan telahpun diedarkan dulu? Mustahil sudah bercerai.... Bagai nak rak bercinta, sampai sanggup putus tunang dengan Shamsul.. Alih-alih bercerai... Biar benar... "Maafkan kami. Kami balik dulu.." Sopan lelaki itu meminta diri Hatta tak puas hati. "Tunggu dulu, Fifa. I tanya you, you tak jawab pun... Mana Ekmal?" Lelaki tadi berpusing semula dan berhadapan dengan Hatta. "Awak ni siapa nak ambil tahu tentang dia?" Kasar kali ini. "Sepatutnya saya yang tanya awak. Siapa awak ni? Sedap-sedap je jalan dengan isteri orang!" "Dia isteri awak ke?" Amboi, kasarnya bahasa! "Dia isteri Ekmal. Fifa, answer me.. where is Ekmal...??" "Ekmal dah meninggal. Awak tak tahu ke?" Merah padam muka Hatta mendengar kata-kata Megat itu. Pantas dia menggenggam penumbuk dan menghayunkan buku lima ke muka Megat. Tersungkur Megat ke belakang. Hatta mengibas tangannya beberapa kali. Sengal. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia menumbuk orang. Kembali Ke Atas

Bab 41 Hatta tak puas hati. Dia masih ingin bertemu Fifa untuk mendapatkan penjelasan wanita itu. Lelaki malam tadi tu memang kurang ajar. Dia meraba mata sebelah kirinya. Auch! Masih terasa kesakitannya... Tapi, tak seperti sakitnya hati dia.. Kurang ajar! Sedap-sedap je dia tumbuk mata aku ni? Memang dasar orang tak berpelajaran!! Dia mencapai batu sungai yang sudah dibungkus dengan kain tuala Good Morning dan meletakkan ke matanya. Ish... tersiut sedikit dia menahan kepanasan batu itu yang telah dibakar di atas api. Dituamnya beberapa kali sebelum dia meletakkan kembali ke atas meja. Hatta mencapai pula remote control televisyen di hadapannya. Ditekannya punat on dan dalam sekelip mata televisyen di hadapannya menyala dan lagu Hindustan mula kedengaran. Ah, lagi-lagi Hindustan.. macam dah tak ada lagu lain! Gerutu hati kecilnya. Ditekan sekali lagi punat itu dan televisyen terpadam. Hatinya masih berbuku. Marahnya masih belum padam. Nasib baik malam tadi ramai yang meleraikan mereka berdua. Kalau tidak, rasanya sekarang pasti budak lelaki kurang ajar itu

Page 97: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 97

sudah lepak dekat ICU Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia yang lepak kat sana ke, aku yang lepak kat sana? Soalnya sendirian. Dalam diam, dia akui budak lelaki kurang ajar itu bukan calang-calang orangnya. Cara dia buka langkah pun dah tahu, ilmu dalam dadanya bukan cetek. Puaslah Fifa menjerit suruh berhenti. Megat! Terngiang kembali nama lelaki kurang ajar itu dalam kepala otaknya. Megat apa? Megat Terawis?? Hahaha...!!! Hati Hatta ketawa mengejek. Loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang datang. Hatta angkat punggung dan melangkah malas menuju ke pintu. Dalam keadaan begini, memang dia tak suka terima tetamu. Perlahan-lahan dia memusing tombol pintu dan terjongol kepala Ishak, rakan sepejabatnya di hadapannya. Hatta merengus perlahan dan memusingkan badannya lalu berjalan menuju ke sofa. "Hei, kenapa dengan kau ni?" Soalan pertama Ishak yang membuatkan Hatta semakin naik angin. Kalau setakat datang nak tanya kenapa dengan aku, lebih baik kau duduk kat office tu siapkan kerja kau yang tak pernah habis tu, Hak!! "La... dah bisu rupanya kau ni... Ke, kau dah tak reti nak jawab soalan?" Hatta memandang ke wajah Ishak. "Kerja kau dekat office tu dah siap ke belum?" "Kau ni... aku datang tengok kau ni kau tak ucap pun terima kasih. Kau pula sibuk tanya pasal kerja aku." "Aku tak minta kau datang tengok aku pun..." "Aku datang bawa maklumat. Itupun kalau kau sudi nak dengar maklumat nilah..." Hati Hatta berbunga mendengar kata-kata Ishak. Segera wajahnya dimaniskan dan dia duduk menghadap Ishak. "Amboi... bila aku kata je aku datang bawa maklumat, terus muka kau tu tukar jadi manis ek... Kau ni memang tak gunalah Hatta." "Sorrylah, Hak. Hati aku ni tengah bengang gila dengan budak kurang ajar tu. Kau bukan tak tahu aku ni cam ne, kan!" "Tulah... nak tunjuk kuat konon... Last-last kau jugak yang pengsan." "Hoi... kau ni nak menyakitkan hati aku ke apa ni? Kalau kau datang semata-mata nak tolong tambahkan bengkak dekat hati aku ni, baik kau baliklah...." "Halloooo..... friend... sensitifnya kau ni.. Aku taulah kau memang sensitif kalau pasal Fifa, kan. Tapi, tunggulah dulu. Kau tak nak buatkan aku air ke?" Hatta sudah bangun dan mencapai batu sungai tadi. Ishak ketawa terbahak-bahak. "Okay... okay... Aku gurau jelah... Si Megat tu... sebenarnya driver Fifa. Anak driver papa dia. Baru habis belajar dekat Johor dalam IT. Tapi, muda setahun dari Fifa. Hubungan dia orang baru je sebulan lebih."

Page 98: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 98

"Tapi, kan Fifa tu isteri Ekmal..." "Hah.... menurut sumber aku tu.. Fifa tak jadi kahwin dengan Ekmal." "Tak jadi?? Kau biar benar sikit, Hak... Aku dapat kad jemputan dia tau!" "Kau pergi?" Termenung. "Tak.. aku flight ke Australia malam akad nikah dia. Aku tak sanggup terima hakikat yang Fifa memang akan menjadi milik Ekmal..." "Jiwang sungguh!! Hehehehe... Itulah kau.. Sepatutnya kau tunggu dulu. Mereka tak jadi kahwin. Ekmal kemalangan malam akad nikah mereka dan meninggal beberapa hari lepas tu. Sejak tu, selama lebih 2 tahun Fifa tak terima sesiapa dalam hidup dia. Baru sebulan lepas, Megat balik dari belajar.. dan jadi driver menggantikan ayah dia yang sakit dan dia orang kenal. Terus couple." Hatta terdiam. Ekmal dah meninggal!!! Jadi, kata-kata Megat malam hari tu bukan untuk menyakitkan hati dia???!! Ekmal meninggal?? Tapi, kenapa Fifa tak beritahu dia apa-apa? "Hoi! Aku nak kasi kau tau ni... Kalau kau nak tahu lebih lanjut, kau contact orang ni." Ishak menghulurkan sekeping kad nama ke tangan Hatta. Hatta menyambut kad nama itu dari tangan Ishak dengan muka berkerut. Aik, informer zaman sekarang dah guna kad nama?? Canggih sungguh... Hatta membaca nama yang tertera di atas kad nama itu. Maria?? Maria, kawan baik Fifa?? Hatta memandang ke wajah Ishak memohon penjelasan. "Dialah informer aku. Dia ni sepupu aku sebenarnya. Kau contact dia. Kau tanya dia apa sebenarnya yang dah berlaku." "Thanks, Hak. Ucapkan terima kasih juga pada Mar." Hatta terharu dengan pertolongan Ishak. "Ala... takat benda ni, aku tak kisah punya. Eh, aku balik office dulu. Ada meeting tak lama lagi. Kang orang tua tu mengamuk lak. Aku tipu kata pergi klinik ni..." Ishak bangun dan menuju ke pintu. Hatta menghantar Ishak keluar dengan senyuman di bibir. Thanks, my friend. Kembali Ke Atas

Bab 42 "Awak rupanya Hatta! Saya ingat siapalah Hatta yang selama ni dok suka kat Fifa." Maria agak terperanjat menerima kunjungan Hatta petang itu. Mujur juga Shamsul ada di rumah. Tak jadi ke padang golf menemani orang tuanya yang kebetulan sakit lutut hari ni. Kalau tidak, haru juga nak melayan lelaki itu ketika suaminya tiada di rumah.

Page 99: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 99

"Sayalah... Awak masih kenal dengan saya lagi?" "Kenal... Takkanlah tak kenal. Apa dah jadi dengan Mashita? Dulu, ke mana-mana asyik dengan awak je." "Saya dengan dia sebenarnya kawan je. Dia nak elakkan diri dari sorang budak Accounts. So, gunakan saya sebagai pakwe dia. Sekarang dah kahwin dah. Dengan budak tu lah.. Kalau dah jodoh, lari ke mana pun jumpa balik, kan. Anak pun dah 3 dah sekarang." "Iya. Macam awak dengan Fifa, kan!" Seloroh Maria. Hatta terdiam. Seloroh Maria membuatkan dia malu. Dia hanya mampu tersenyum. "Minumlah, Hatta. Mar ni memang macam tu. Suka mengusik. Kalau dilayan, sampai bila pun tak habis." Shamsul menyampuk untuk menghilangkan rasa malu Hatta. Hatta mengangguk dan mencapai gelas berisi air lemon itu. "Ke mana awak pergi?" "Ke Australia. Kena hantar kerja ke sana 2 tahun." "Kebetulan pula. Tapi, kenapa pula berangkatnya pada malam akad nikah Fifa? Ke... awak nak larikan diri?" Shamsul sekadar tersenyum mendengar isterinya serkap jarang. Hatta masih tersenyum nipis. Segala kebenaran sudah terbukti. Memang dia melarikan diri pada malam itu. Melarikan diri kerana tak boleh menerima hakikat Fifa akan mengakhiri zaman gadisnya malam itu. "Sekarang, rasa menyesal tak sebab tinggalkan Malaysia 2 tahun dulu?" Masih tiada jawapan. Lia Maisara yang menangis membuatkan Maria angkat punggung dan meninggalkan Hatta bersama Shamsul. "Mar memang macam tu. Sebenarnya kalau awak nak tahu, dia tak suka Fifa berkawan dengan Megat. Awak datang tepat pada masanya. Memang Maria dah lama mencari awak. Sampailah Ishak datang beritahu pasal awak dan Megat bergaduh di rumah Tan Sri Mahmud minggu lepas. Terus Maria korek semua cerita dari Ishak dan suruh Ishak beri kad nama dia pada awak." Shamsul kematian kata-kata sebaik sahaja ternampak Maria datang kembali dengan mendukung Lia Maisara di dalam dukungannya. Hatta mengangguk perlahan tanda faham akan kata-kata Shamsul. "Soalan saya awak tak jawab lagi." "Tak perlulah saya cakap menyesal ke tak menyesal, Mar. Cukuplah kalau saya katakan saya memang perlu sangat berjumpa dengan Fifa. Boleh awak tolong setkan date saya dengan dia? Rasanya hanya awak orang yang sesuai untuk lakukan tugas tu." "Memang saya nak tolong awak, Hatta. Demi persahabatan saya dan Fifa... saya tak nak Fifa kecewa sekali lagi. Cukuplah 2 tahun dia menderita. Sebenarnya dia rindukan awak... Dari riak wajahnya saya dapat tahu yang dia memang sayangkan awak. Cuma, awak hadir selepas dia dah jumpa dengan orang lain. Orang lain yang mendekati dia semata-mata untuk kepentingan peribadinya je. Saya takut Fifa akan ditipu."

Page 100: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 100

"Kalau macam tu, lebih baik kita buat rancangan ni cepat-cepat." "Hah, betul kata Shamsul tu. Cepat sikit kita buat plan ni, cepatlah kita dapat tengok Hatta dan Fifa kahwin. Betul tak, bang?" "Thanks... saya tak tau nak cakap cam ne. Kalaulah saya tahu benda ni akan berlaku, saya takkan tinggalkan Malaysia waktu tu. Mesti payah untuk Fifa terima hakikat yang Ekmal meninggal waktu nak diijabkabulkan, betul tak?" "Hhm.. lama jugak nak eloknya. Tapi, waktu jumpa Megat tu dah mula nampak perubahannya. Kalau saya sebut nama awak, terus dia macam tak ada mood. Mungkin hatinya berbelah bahagi sebab dia masih sayangkan awak." "Tak sabar rasanya nak jumpa dia. Nasib baik saya pergi ke rumah Tan Sri Mahmud malam tu. Kalau tidak, sampai sekarang pun saya masih anggap yang Fifa dah jadi isteri Ekmal dan tak tahu yang peluang saya masih cerah." "Teruk jugak awak kena belasah dengan Megat, ya! Sampai MC dua hari. Dengar cerita, Megat tu jurulatih silat cekak dekat Johor dulu..." "Ha?? Patutlah macam nak tertanggal anak mata saya ni kena penumbuk bongsu dia." Shamsul dan Maria tergelak mendengar seloroh Hatta. Kembali Ke Atas

Bab 43 Fifa memusingkan badannya menghadap ke dinding. Malam sudah larut tetapi matanya masih belum mahu lelap. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan peristiwa di rumah Tan Sri Mahmud minggu lepas. Wajah Hatta bermain di matanya. Memang dia benar-benar terperanjat apabila Hatta menegurnya di sana. Dia sangka, dia hanya bermimpi. Tetapi, apabila dia sedar yang dia berada di rumah Tan Sri Mahmud, dia tahu yang Hatta juga bukanlah stu mimpi. Hatta bergaduh dengan Megat kerananya? Kerananya atau kerana Ekmal? Bukankah Hatta bergaduh dengan Megat kerana masih menyangka yang dia sudah menjadi isteri Ekmal? Bukankah sebagai sahabat, Hatta memang sepatutnya melindungi isteri sahabatnya? Atau, Hatta cemburu melihat dia datang dengan Megat? "Kurang ajar sungguh! Kau tumbuk muka aku?? Kau ni siapa yang tumbuk muka aku?" Jerit Megat sambil bingkas bangun. Marah sungguh dia apabila Hatta bertindak begitu. Maruahnya jatuh. Jurulatih silat cekak ditumbuk di hadapan orang ramai? Kerana perempuan pula tu!! "Siapa yang kurang ajar? Aku ke kau? Kau tu keluar dengan isteri orang tu?" Soal Hatta kasar. Biarlah orang nak tengok ke apa... dia dah tak kisah. Asalkan hatinya puas dapat menumbuk muka lelaki kurang ajar tu. "Kau bukan suami dia, kan? Yang kau nak sibuk ni kenapa?"

Page 101: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 101

"Sudah, Megat!! Sudah, Hatta!! Jangan berperangai macam budak-budak. Kita kan dah dewasa!!" "Awak diam!! Sebab awaklah saya kena tumbuk! Saya kena buat perhitungan dengan budak ni. Kalau dia betul jantan, dia takkan berundur!" "Kau ingat aku takut kat kau? Kalau berani, meh sini lawan aku!!" Hatta cuba melepaskan penumbuk ke muka Megat tetapi berjaya ditepis oleh Megat dengan mudah. Megat menyiku badan Hatta dan menghadiahkan satu lagi pukulan di tengah belakang. Hatta jatuh tertiarap. Fifa cuba menarik Megat tetapi dia pula yang ditolak ke tepi. "Sudahlah tu, Megat!" Jerit Fifa tetapi masih belum dapat meleraikan mereka. Tan Sri Mahmud tak dapat berbuat apa-apa selain dari terpacak di situ melihat pergaduhan itu. Hatta, pekerja kesayangannya sedang bergaduh. Takkan kerana seorang perempuan, dia sanggup bertumbuk di hadapan orang ramai? Ke mana hilangnya maruahnya selama ni yang baik dijaganya? Hendak dikenalkan dengan anak gadisnya yang baru balik dari London, dia menolak. Ini bergaduh pula pasal anak gadis Datuk Mansor yang tak jadi kahwin kerana bakal suaminya meninggal akibat kemalangan? Kenapa dia juga yang direbut-rebut? Tan Sri Mahmud geleng kepala. Budak menolak tuah.... kita dah beria-ia mahukan dia ambil alih syarikat nanti, dia menolak. Alih-alih beralih pada orang yang tak pernah menjanjikan apa-apa? Dua orang pegawai keselamatan Tan Sri Mahmud datang untuk meleraikan pergaduhan mereka. Itupun, selepas Hatta teruk dibelasah oleh Megat yang masih boleh menunjukkan kegagahannya pada semua mata yang melihat adegan drama aksi mereka. "Siapa dia tu?" Tanya Megat kasar apabila Fifa menurutinya dari belakang menuju ke kereta. Dia sudah tidak ada mood untuk berlembut dengan Fifa. Kesan tumbukan Hatta di muka kanannya masih terasa. Berdenyut-denyut setiap kali dia mengelip-ngelipkan matanya. Fifa tidak menjawab tetapi masih tetap menuruti langkah Megat. Dia diam bukan kerana takut, tetapi kerana tak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada Megat. Tersilap cakap, akan memakan dirinya sendiri nanti. "Hei, awak ni dah bisu ya? Kan saya tanya awak ni?" Semakin kuat suara Megat mengherdik Fifa. Fifa tersentak. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. "Janganlah marah sangat. Patutnya awak bangga sebab awak dapat kalahkan dia.... Sekaligus menjatuhkan maruah orang!" "Ah!! Persetan dengan semua tu! Dia yang mulakan dulu! Dia salah oranglah.... saya ni jurulatih silat cekak tau! Saja nak cari mautlah tu.. Nasib baik ada orang yang leraikan... Kalau tidak, memang dah mati dah tadi." "Baguslah tu. Kalau saya tahu awak nak bunuh dia tadi, dah lama saya tolong hulurkan pisau untuk awak tikam dia. Kenapa tak cakap tadi?"

Page 102: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 102

"Awak ni kenapa sengaja nak sakitkan hati saya ni? Dia tu siapa sebenarnya? Sampaikan perli-perli saya pula!! Dia tu buah hati awak selepas Ekmal dah mati ke??" Fifa merenung tepat ke wajah Megat yang sedang memandu. Berdesing telinganya apabila mendengar Megat menyebut nama Ekmal. Secara tiba-tiba dia merasakan Megat tidak layak menyebut nama Ekmal dan juga Hatta. Dia fikir diasiapa? Tiba-tiba mahu merebut kuasa? Banggakah dia sebab dapat berpasangan dengan aku?? "Jangan sebut nama Ekmal. Saya tak suka! Awak tak layak cakap apa-apa pun pasal Ekmal. Dan, jangan sesekali kutuk Hatta!!" "Ooohhh.... Hatta!!! Jadi, buah hati awak tu namanya Hatta?" "Enough, Megat! You are too much!!" "Marah, cik Fifa? Marah saya sebut nama buah hati awak tu? Okay, malam ni malam terakhir kita bersama. Jangan cari saya lagi." Megat berhenti di tepi bahu jalan dan keluar dari kereta. Fifa terperanjat dengan tindakan luar jangka Megat. Ke mana pula dia hendak pergi malam-malam begini? "Awak balik sendiri. Saya nak berjalan-jalan." Megat berlalu tanpa menunggu jawapan Fifa. Fifa keluar dari kereta dan beralih ke tempat pemandu. Dia nampak Megat berjalan menuju ke seberang jalan. Dia membiarkan sahaja. Lantaklah kau.... suka hati kaulah... malas aku nak layan. Fifa terus menghidupkan enjin dan melarikan kereta membelah kesunyian malam. Sangka Fifa, Megat hanya akan naik angin malam itu dan akan seperti biasa keesokannya. Tetapi, sehingga hari ini, Megat tidak menghubunginya mahupun berjumpa dengannya. Dia sudah 4 hari tidak datang kerja. Tahu-tahu sahaja, dia dapat tahu dari Mek Senah yang Megat sudah pun mendapat kerja di Pulau Pinang. "Kenapa, Fifa?" Soal Mek Senah apabila dilihatnya Fifa agak curiga dengan jawapannya. "Bila dia dapat tawaran tu, Mek Senah?" "Dah lama dah.... Eh, Fifa tak tahu ke? Takkanlah Megat tak beritahu Fifa... Kan kamu berdua rapat.... Adalah dalam 2 minggu lepas. Dia cerita pada Mek Senah yang dia dah dapat kerja di sana. Mula-mula katanya, nak pergi hujung bulan ni. Tapi lepas tu dia ubah fikiran. Katanya nak sesuaikan diri di sana dulu. Itu yang dia pergi cepat tu. Mak dan ayahnya pun tak pergi menghantar. Dia pergi sendiri." Fifa mengangguk lemah. Megat benar-benar marah padanya. Tindakan Megat membuktikan segala-galanya. Segera diseka airmata yang sudah hampir mahu melimpah keluar dari kolam matanya. Tak sanggup dia membiarkan Mek Senah menyaksikan air jernih itu mengalir kerana Megat. "Fifa..," Panggil Mek Senah sebelum sempat Fifa menghilangkan diri di balik tembok pemisah dapur dan ruang makan. Fifa berpusing ke dapur semula. "Megat tak jemput Fifa ke kenduri pertunangannya minggu ni?" Fifa menyandarkan badannya ke dinding. Dia cuba berpaut di kerusi sebelum Mek Senah sedar dia seakan mahu rebah apabila mendengar berita itu.

Page 103: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 103

"Minggu ni, kata emaknya mereka nak buat kenduri sikit sebelum ke Johor untuk meminang kekasih si Megat tu." Johor? Kekasih?? Habis, aku ni siapa?? Ya Allah!! Inikah dugaan buatku? Inikah ujian yang harus aku terima? Masih belum cukupkah penderitaanku sehingga aku diuji sekali lagi?? Ya Allah.... betapa sayangnya Kau padaku sehinggakan terus-terusan Kau mengujiku. Parut lukaku baru mahu sembuh dan kini, ianya berdarah kembali... Kali ni, semakin teruk sehingga terasa bagaikan perahan limau dicurahkan ke atasnya.... Kenapa, Ya Allah.....?? Kali ni, Fifa tak dapat menahan tangisnya. Esakannya semakin menjadi-jadi sebaik sahaja dia melontarkan tubuhnya di tilam empuk di dalam biliknya. Dia menangis semahu-mahunya melepaskan segala kesedihan di hatinya. Perlahan-lahan Fifa bangun. Matanya masih belum mahu lelap. Dia meraba pipinya. Ada kesan airmata yang mengalir. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu tetapi dia masih meratap menangis apabila teringatkan detik-detik itu. Megat sudahpun bertunang dengan gadis pilihannya. Orang Johor. Pasti sama-sama belajar dulu.... Samalah seperti dia dan Ekmal... Oh, Ekmal... maafkan Fifa.... Maafkan Fifa kerana berpaling dari cinta kita dulu.... Fifa mengerling jam dinding yang tergantung di dinding di kepala katilnya. Sudah hampir pukul 3 pagi. Dia merebahkan kembali tubuhnya ke tilam. Sudahlah, Fifa... Megat sudah pergi... Lepaskanlah lelaki penipu tu. Bisik hatinya memujuk. Fifa tersenyum seorang. Tak sia-sia rupanya dia berjumpa dengan Hatta dan Megat bergaduh dengannya tempohari. Sekurang-kurangnya dia tahu tembelang Megat. Alhamdulillah... sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..... Dan, dalam pada dia tersenyum sendirian itu, dia sendiri tidak sedar bilakah masanya dia terlelap dan terus diulit mimpi. Kembali Ke Atas

Bab 44 "Hai.... kau apa khabar sekarang?" Gelak. "Sihat je... Kau cam ne? Eh, anak angkat aku tu sihat tak?" "Alhamdulillah.... sihat.... Aku nak jumpa kaulah... Aku dan Sham dah lama tak keluar makan dengan kau, kan.. Kau jumpa aku dekat Gloria Jeans malam ni pukul 8 malam ek." "Kenapa tiba-tiba je ajak aku makan ni....? Mesti ada apa-apa ni..." Fifa mula cuak dengan ajakan Maria. Budak sorang ni bukan boleh percaya sangat.... "La... kau dah lupa ke? Hari ni kan ke ulangtahun ke 29 aku! Aku nak celebrate ngan kau lah. Kau ni, tengoklah... Belum tua pun, dah jadi pelupa." "Ya Allah... sorrylah, Mar. Aku betul-betul terlupalah. Malam ni ke? Aiseyman... aku ada banyak lagi kerja urgent nak kena siapkan hari ni... Tak payahlah... kau orang pergilah makan

Page 104: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 104

berdua je. Esok aku datang rumah kau ya!" Fifa meneliti beberapa paper work yang terpaksa diapproved sebelum dihantar ke bahagian marketing. "Aku tak kira... Kau kena juga datang malam ni. Kalau kau tak datang, putus sahabat! Aku tak main-main ni, Fifa...," ugut Maria. Fifa tergelak besar. Mesti ada rancangan ni..., fikirnya. "Tengoklah dulu.. Nanti aku call kau balik." "Apa pun alasan kau, aku tahu kau kena datang. Kalau tak, aku datang office kau dan seret kau ke sana." "Huuii... sejak kahwin ni, kau makin garang, ya!" Fifa ketawa. "Yalah,... aku datanglah nanti. Kalau lambat, kau tunggu tau!" ***** "Lambatnya kau datang! Penat kitaorang tunggu tau!" Mengeluh Maria sebaik sahaja ternampakkan Fifa yang datang dengan bungkusan hadiah di tangan. Dia memeluk Maria dan mengucup pipi sahabat karibnya itu. Lia Maisara di dalam kereta sorong. "Hai, Sham." Tegur Fifa pendek. Shamsul mengangkat tangan dan mempelawa Fifa duduk. "Hah, mana keknya? Kau ni, kata nak sambut harijadi, tapi tak de kek... Harijadi apa namanya ni?" Maria tersengih. "Sekejap lagi sampailah kek tu. Ada orang pergi beli tak balik-balik lagi sampai sekarang. Agaknya dia tolong buat kek tu sekali kot!" Seloroh Shamsul. Fifa senyap. Shamsul jarang mahu berseloroh. Hatinya sedikit berdebar-debar. Ha... jangan-jangan mereka nak acu-acukan dia dengan seseorang tak....??? "Hei, janganlah gabra. Kau ni tak pasal-pasal je pucat ni kenapa?" Soal Maria apabila dia tersedar yang Fifa kelihatan agak gusar. "Tak ada apa-apa. Tiba-tiba je aku rasa serba tak kena. Siapa yang kau suruh beli kek tu?" "Sepupu aku. Ishak. Kau kan kenal dia..." La... Ishak???!!! Takkanlah budak Ishak tu yang Maria nak kenalkan dengan dia? Kan diaorang dah kenal dari kecil lagi? Lagipun, tak sesuailah dia dengan Ishak. Si Ishak tu kaki perempuan. Semua pun dia sambar. Fifa bermain-main dengan Lia Maisara untuk menghilangkan debaran di dadanya. Maria duduk berbual-bual dengan Shamsul dan sesekali mengerling jam di tangan. Lamanya, ke mana perginya budak-budak ni? "Sorry, lambat. Orang tu baru nak tulislah. Lepas tu, tiub icing tu pulak buat hal. Tu yang lambat tu." Ishak meletakkan kotak kek di atas meja. Dia memusingkan badan menghadap ke arah Fifa. "Eh, dah sampai dah ke. Fifa? Ingatkan siapa tadi... Makin cantiklah kau ni!!"

Page 105: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 105

Wajah Fifa merah padam. Dia membetulkan letak duduknya. Dia tak angkat kepala pun. Tapi dia sedar, selain Ishak ada seorang lagi lelaki berdiri di sisinya. Tetapi dia tak tahu siapa. Lelaki itu tidak bersuara. Dan, dia sendiri tak berani mahu mengangkat kepalanya. "La... duduk jelah kat situ. Yang kau berdiri je ni kenapa?" Terdengar suara Ishak memarahi seseorang. Maria dan Shamsul tergelak agak kuat. Lelaki tadi masih tak bersuara tetapi telah pun melabuhkan punggung di sebelah Fifa. "Apa khabar, Fifa?" Sapa suara itu. Suara itu amat dikenalinya. Dan, kali ini suara itu datang lagi. Mimpikah dia?? Fifa angkat kepala perlahan-lahan. Dia mahu lihat siapa pemilik suara itu. Benarkah seperti yang disangkakannya? "Hatta? What are you doing here?" Benar-benar dia terperanjat apabila melihat Hatta yang sedang duduk di sebelahnya. Maria dan Ishak tersenyum. Tugas mereka telah selesai. Pasangan itu telah mereka satukan dan selebihnya terpulang kepada mereka untuk merancang kehidupan seterusnya. "Kita orang blah dululah.. Kalau kau nak kek ni, aku tinggalkan dan kau datang rumah aku esok ek! Thanks for the gift." Maria, Ishak dan Shamsul bangun untuk meninggalkan mereka berdua. "Hei, nak ke mana korang ni? Tinggalkan aku kat sini? Kau kata nak celebrate birthday kau dengan aku?" "Alasan je... Sebenarnya aku nak kau jumpa Hatta. Korang berboraklah... Aku rasa, ada banyak perkara yang korang nak borakkan, kan! Kitaorang malas nak kacau. Nak balik tengok Astro. Malam ni HBO ada cerita best tau!" Maria kenyit mata dan menyorong Lia Maisara. Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja. Fifa terasa kekok berhadapan dengan Hatta berdua. Walaupun dulu, mereka selalu keluar makan bersama... tapi kini, entah kenapa hatinya berdebar-debar apabila ditinggalkan berdua dengan Hatta. "Cam ne ngan you sekarang?" Soal Hatta memecah kesunyian. "Hhmm... okay je. You pulak?" "Biasa saja. Tapi, masih terasa peritnya kena belasah dek boyfriend you tu! MC dua hari tau!" Hatta gelak kecil. Wajahnya berkerut-kerut menunjukkan kesungguhan dia bercerita. Fifa hanya tersenyum mendengar cerita Hatta. Kesian sungguh... Itulah... sarang tebuan pergi dijolok, kan dah kena sengat! Bengkak muka... "Kenapa boyfriend you tak ikut sama?" "Mana I ada boyfriend? Budak tu bukan boyfriend I lah. Dia dah bertunang dengan girlfriend dia minggu lepas." "La... bukan boyfriend you ke? Kalau I tahu, tak adalah I serang dia malam hari tu. Tak pasal-pasal je....."

Page 106: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 106

"Siapa suruh you tak tanya dulu? Main hentam je... Kan dah kena!" "Benganglah I sebab nampak you datang dengan orang lain. Kalau Ekmal, tak adalah I naik angin!" Kata Hatta. Fifa terdiam. Sekali lagi, nama itu membangkitkan kenangan-kenangan manisnya bersama lelaki itu. Sayang... lelaki itu sudah lama meninggalkannya bersama seribu satu luka. "Sorry, Fifa... I tak tahu pun..." Hatta rasa bersalah kerana menyebut nama Ekmal. "Tak apalah... you tak tahu pun, kan! Well.. ke mana you pergi ek? Terus hilang tanpa khabar berita. Baru bulan lepas I terima surat you. Selama 2 tahun lebih ni, you tak pernah ingatkan I lah ek!" "Sebab I sentiasa ingatkan youlah, I bawa diri jauh dari Malaysia. I takut I akan kalah dengan perasaan I." Terharu Fifa mendengar pengakuan Hatta. Mungkinkah Hatta jodoh sebenarnya? Mungkinkah Allah sengaja mengujinya sebelum dia benar-benar bertemu lelaki yang paling sesuai untuk dirinya? Mungkinkah selama ini hanya dia yang tak perasan bahawa jodohnya ada di depan mata? "Well... cam ne ngan wife you?" Soal Fifa setelah agak lama mereka mendiamkan diri. "My wife? Emm... sihat. Ada kat rumah. Nantilah... I akan bawa you pergi jumpa dia. I selalu cerita pasal you pada dia. Dan, dia insist nak jumpa you. Nasib baik kita terjumpa dekat rumah Tan Sri hari tu. So, next time, I akan invite you ke rumah I. For dinner maybe...." Termangu Fifa. Sekejap kata asyik teringatkan aku.. bila tanya, dah kahwin pula... Mamat ni biar betul... Dah kahwin ke belum sebenarnya ni? "Sorry, but I kena balik sekarang. Wife I pesan jangan balik lambat. Malam ni dia nak ajak keluar. You nak I hantar you balik?" Geleng. "No. Thanks. I ada bawa kereta. I akan balik sendiri. Kirim salam pada wife you." "As you wish. So, boleh I balik sekarang?" Fifa mengangguk. Hatta tersenyum dan berlalu. Fifa termangu sendirian selepas Hatta pergi meninggalkan dia di situ. Kembali Ke Atas

Bab 45 Agak lama Fifa menunggu di ruang legar hotel itu.. namun wajah yang ditunggu masih belum kunjung tiba. Fifa melirik jam di tangannya. Sudah hampir sejam dia di situ. Dia menggelengkan kepala. Sahlah! Dia sudah kena tipu. Segera dia mencapai tas tangannya dan angkat punggung untuk balik ke pejabat. "Fifa.. tunggu!" Satu suara menjerit dari belakang sebelum sempat dia melangkah keluar dari hotel itu. Fifa berhenti dan menoleh ke belakang.

Page 107: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 107

Megat termengah-mengah mengejarnya. Fifa merengus. Dasar jantan tak guna! Dahlah berjanji, lambat pula tu! "Sorry... jalan sibuk tadi. Cepat sangat awak nak balik!" "Hei, saya dah ada kat sini sejak sejam yang lepas. Awak ni janji apa ni? Suruh datang pukul 3 tapi awak sampai pukul 4. Kalau saya tahu cam ni, baik saya duduk kat office. Buat kerja lagi baik!!" Tengking Fifa. Kesabarannya sudah habis. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia bunuh lelaki tak malu di hadapannya ni. "Sorry... please... janganlah macam ni. Saya baru sampai ke sini, awak dah marah saya..." "Saya tak suruh awak balik sini pun. Awak yang nak balik." "Janganlah cam tu. Jom kita ke restoran.. Saya dah laparlah.. Dari pagi tadi tak jamah apa-apa pun..." Pujuk Megat. Fifa mengangguk. Kesian pula dia bila dengar Megat belum makan apa-apa. "Datuk dan Datin sihat?" Tanya Megat sebaik sahaja kereta melepasi palang car park. Fifa sekadar mengangguk. "Awak?" Soalnya kemudian. "Kan saya ada depan awak ni... tak nampak ke sihat ke tidak?" Soal Fifa kasar. Parut luka di hatinya masih belum sembuh dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Megat terhadapnya. "Awak masih marahkan saya.... Tak apalah... memang patut awak marah pun.. Saya dah menipu awak selama ni.. Tapi, saya ada sebab kenapa saya mesti tipu awak." "Tak payah nak beri alasan pada saya... Saya tak berminat nak dengar." "Tapi, awak kena tahu kebenarannya. Tolonglah dengar dulu... Dan, lepas tu terpulang sama ada awak nak maafkan saya atau tidak." Kata-kata Megat termati sebaik sahaja Fifa memberhentikan kereta di perkarangan sebuah restoran Itali. Fifa terus keluar dari kereta. Megat menurut dari belakang. Mereka sama-sama masuk ke dalam restoran itu. Haruman lemon yang semerbak menusuk ke hidung Fifa. Segera khalayannya terbang teringatkan kenangan bersama Ekmal. Di sinilah tempat terakhir mereka datang untuk candle light dinner sebelum diijab kabulkan dan Ekmal pergi buat selama-lamanya... "Awak kena dengar penjelasan saya!" Tersentap kenangan silamnya dek suara Megat. Fifa memandang tepat ke wajahnya. Seorang pelayan yang mampir ke meja mereka segera bertanyakan pesanan. "Guava." Pelayan mencatatkan sesuatu di kertas putih di tangannya. "Awak pesanlah apa yang awak nak makan. Saya masih kenyang." "Chicken spagetti.. and Orange Juice."

Page 108: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 108

Pelayan beredar. Fifa meletakkan tas tangan di atas meja. "Ceritalah... saya mendengar." "Thanks. First sekali saya nak minta maaf pada awak. Saya mengaku saya dah menipu awak. Tapi, ada sebabnya kenapa saya buat semua ni. Mula-mula kita kenal... waktu kita ke Banting. Waktu tu saya rasa awak ni terlalu ego. Berlagak dengan kekayaan awak. Awak anggap orang miskin semuanya berada di bawah telunjuk awak. Awak buat apa yang awak suka. Saya cukup bencikan awak waktu tu. Tapi, pemergian saya ke Pulau Pinang memang dah dirancang. Saya pergi interview ke sana. Tak terfikir pun nak beritahu awak.. sebab saya tahu siapa diri saya.. Tapi, waktu kita pergi makan di Benteng... saya tahu awak dah mula sukakan saya. Saya tahu tentang sejarah percintaan awak. Dan, saya tahu... awak masih terasa lukanya... Jadi, saya ambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan awak. Awak nak tahu kenapa? Sebab saya nak mainkan perasaan awak!! Saya nak awak pula tunduk pada saya..." Penjelasan itu termati seketika sebaik sahaja pelayan datang membawakan makanan dan minuman untuk mereka. "Jadi, awak terus sakitkan hati saya dengan bertunang? Sengaja nak tunjukkan yang saya dah kalah? Begitu?" Soal Fifa. "Sabar dulu, Fifa... Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Niat asal saya terhenti bila saya sedar... saya mula jatuh cinta dengan awak. Entah bila saya mula rasa cam tu, saya pun tak pasti. Tapi, memang saya cintakan awak. Selepas detik tu... saya hanya fikir nak bahagiakan awak je... Sehinggalah malam kita terserempak dengan Hatta; kawan arwah tunang awak tu. Dari gerak-geri dia, saya tahu dia pun sukakan awak. Saya rasa tergugat. Saya tak nak berkongsi awak dengan sesiapa pun. Saya tahu, awak kenal dia dulu.. tapi, saya tak boleh terima ada lelaki lain sukakan awak. Malam tu, saya belasah dia bukan sebab dia tumbuk saya... tapi sebagai peringatan supaya dia jangan kacau awak lagi." Megat berhenti bercakap dan mengeluh keras. Terpancar kekesalan di wajahnya. Fifa menyedut air guava di hadapannya. Masih sabar menunggu kata-kata seterusnya dari Megat. "Tapi, saya terlupa yang saya pernah buat hubungan cinta dengan orang lain... Kekasih saya waktu di Johor. Kami sebenarnya dah lama putus hubungan.. sejak tahun akhir di kampus. Entahlah... kenapa ya saya terlalu lemah?? Saya setuju berkahwin dengan dia...." "Bukan ke awak bertunang je?" Soal Fifa terperanjat. "Salah tu.. Bukan bertunang tapi kahwin. Kalau saya cakap pun... awak takkan percaya.... saya jadik pak sanggup. Pak sanggup untuk anak yang ada dalam kandungan dia tu. Bukan anak saya tapi anak orang lain yang tak bertanggungjawab... Saya... Saya kesiankan dia... dan... anak yang bakal lahir tak lama lagi tu!! Sebab tu saya terima dia. Kami dah buat perjanjian... sebaik sahaja anak tu lahir, saya akan ceraikan dia. Dan, lepas tu.. saya nak awak kembali pada saya!" "Begitu senang awak cakap? Awak fikir... saya ni anak ayam? Senang-senang je nak main tolak tarik?" "Please, Fifa... fahamlah sikit keadaan saya sekarang ni..." "Saya faham... saya tak salahkan awak.. tapi untuk kembali pada awak, mustahil... Megat!"

Page 109: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 109

"Kenapa? Awak dah jatuh cinta dengan Hatta?" "Dia tak ada kena-mengena dalam hal kita ni, okay! Jangan babitkan dia...." "Jadi, apa masalahnya? Awak cintakan saya, betul tak??" "Enough! Saya tak nak sebut lagik pasal ni. Saya nak balik. Awak makan puas-puas. Saya bayar." Fifa terus bangun dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dia tak nak ambil pusing Megat balik dengan apa... Dia tak nak peduli hati Megat terluka atau tidak... Hatinya lebih dari terluka selama ini. Benar... dia dapat terima penjelasan Megat dan memaafkannya.. tapi untuk menerimanya kembali, dia tak mampu. Dia tak mampu membohongi dirinya yang lelaki bernama Megat sudah lama mati dalam hidupnya. Kembali Ke Atas

Bab 46 Malam itu, selepas solat.. dia duduk berteleku di sejadah. Diselaknya helaian al-quran yang baru sudah dibaca isinya sebelum menutup kitab suci itu dan meletakkannya kembali di atas rak. Dia menanggalkan telekung dan melipatnya sebelum digantung semula di ampaian. Perlahan-lahan Fifa merebahkan diri di dada katil. Otaknya kosong.. Dia merenung siling.. cuba mencari-cari wajah Ekmal.. Namun hampa... kenapa sekarang terlalu sukar untuknya membayangkan wajah Ekmal? Sedangkan dulu... wajah lelaki itulah yang selalu bermain di mata... wajah lelaki itulah yang selalu dirindui.. sehinggakan tak lena tidurnya kalau tak merenung gambar lelaki itu. Tapi, kenapa sekarang.. bayangan Ekmal seolah-olah sudah menjauhkan diri? Mal.. I rindu pada you.. I rindu sangat... Kenapa takdir memisahkan kita, Mal...? I terseksa... I terseksa kerana terlalu ingatkan you.. Kenangan dengan you... seolah-olah menjerat I.. menjerat I dari berhubungan dengan orang lain. I tak salahkan you meninggalkan I.. tapi, I terlalu sedih... kerana di saat-saat kita di ambang bahagia.. I ditinggalkan terkapar-kapar seorangan... Kenapa nasib I jadi macam ni? Apa agaknya salah I? Sehinggakan kebahagiaan I direntap pergi dari I? Mal... saban malam I teringatkan you... Selama 2 tahun ni, I kesepian.. mencari kembali bahagia yang I bina bersama you dulu... Bahagia yang pernah kita semai sedari kita mula berkenalan dulu... Tapi, I hampa... bahagia tu umpama sinaran mentari di celah-celah lapisan awan... terlalu sukar untuk diintai.. sesekali menjelma.. tapi, bila awan berarak... cahaya sinarannya kelam... dan seterusnya hilang... lalu I dalam kegelapan... Bukan tak ada orang yang mahu mengubat luka di hati ni... tapi, tetap tak sama dengan you. Hatta datang... tapi, kemudian pergi tanpa sebarang berita... kemudian datang pula Megat... sekali lagi I kecewa... walaupun dia tak sebaik you, I cuba terima dia seadanya.. namun, I ditinggalkan jua... Dan, kini... kedua-duanya datang balik.. mengharap sesuatu yang terlalu mustahil untuk I berikan sebab hati I sudah tertutup....

Page 110: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 110

Mal... kalau ikutkan hati... I taknak terima sesiapa lagi sampai bila-bila... I tak nak mengkhianati cinta kita... cinta sejati kita yang telah you bawa pergi jauh dari dunia ni... kenapa I tak mati bersama you dulu? Biar kita sama-sama meninggalkan dunia ni... bukankah kita dah berjanji untuk sehidup semati?? Tapi, you pergi dan tinggalkan I...... Astaghfirullah.... Syaitan apa yang telah merasuknya ni?? Fifa meraup wajahnya beberapa kali... Kenapa mesti mendoakan kematian sendiri? Mengucap Fifa... ingat Tuhan... Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.... Pujuk hati kecilnya... Ternyata, imannya yang sekelumit itu mampu menyedarkan dia... Fifa bangun semula dan menutup lampu... Insya-Allah... Allah itu Maha Pemurah... dan Maha Mengasihani.... percayalah, Fifa... Kau akan bahagia juga.... bisiknya pada diri sendiri sebelum merebahkan kembali tubuhnya dan melelapkan mata.... Kembali Ke Atas

Bab 47 "Sampai bila Fifa nak macam ni? Mama dan Papa ni makin hari makin tua.. Risau kami tengok Fifa cam ni..." Tanya Datin Maznah satu hari. Fifa yang sedang duduk sambil mengunyah epal hijau kegemarannya diam. Sedikit pun dia tak berdetik untuk menjawab pertanyaan itu. Datin Maznah merengus. Dasar anak keras kepala! Kita tanya... dia boleh buat bodoh je... Dia menepuk paha Datuk Mansor - menyuruh lelaki itu pula yang buka mulut. Datuk Mansor berdehem beberapa kali dan meluruskan kakinya. "Boleh kita berbincang dari hati ke hati?" Soal Datuk Mansor lembut. Fifa menoleh dan mengangguk. Datuk Mansor terlalu berbeza dengan Datin Maznah.. Datuk Mansor pandai menggunakan psikologi tetapi Datin Maznah hanya tahu menggunakan emosinya. Sebab itulah Fifa agak malas mahu berbincang apa-apa dengan Datin Maznah. Belum sempat mahu buat penjelasan... sudah disampuk dan disalahkan. Fifa menghadap ke arah Datuk Mansor. Datin Maznah memeluk tubuh. Hatinya berbuku bengang dengan Fifa. Namun, dia mendiamkan diri kerana sekurang-kurangnya Fifa mahu berbincang. "Papa nak tanya Fifa.. macam mana hubungan Fifa dengan Megat ni? Papa tengok, kebelakangan ni dia selalu datang KL semata-mata untuk jumpa Fifa. Kamu orang ni ada apa-apa lagi ke?" "Tak ada apa-apa, Papa.. Kebetulan dia turun KL sebab kena pergi HQ kat sini. Tu yang dia jumpa Fifa sekali tu. Dia dah kahwinlah, Papa... Takkanlah Fifa nak kacau suami orang pula...." "Baguslah kalau macam tu.. Mama taknak nanti orang kata, anak dara Mama ni dah tak laku, sampai terpaksa berkongsi kasih dengan perempuan lain.," sampuk Datin Maznah tanpa dipinta.

Page 111: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 111

Berdesing telinga Fifa mendengar kata-kata itu. Kata-kata yang lahir dari mulut ibunya sendiri. Pilu hatinya.. Takkanlah sebab Mama teringin sangat nak tengok dia kahwin, sampai sanggup kata begitu? Semata-mata untuk tunjukkan yang dia tak puas hati kerana Fifa masih sendiri? "Fifa belum gila lagi, Ma.. Kalaupun dah tak ada orang nakkan Fifa, Fifa tak kempunan nak kahwin dengan suami orang." Balas Fifa. Datin Maznah mengurut dada. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya apa yang dia takutkan selama ini juga cuba dielakkan oleh Fifa. Manalah hendak dia sorokkan muka kalau Fifa kahwin dengan suami orang... Sanak saudara di kampung, sahabat handai... pasti akan mencemuh kerana anak gadisnya perampas suami orang. "Papa bukan memaksa.. Tapi, kami sebenarnya risaukan Fifa. Semenjak dua menjak ni, Fifa selalu menyendiri. Fifa dah semakin jarang berborak dengan kami.. Fifa buat seolah-olah rumah ni hotel. Balik kerja tengah malam... Tidur dan esok paginya, bangun untuk ke tempat kerja.. Macam tulah setiap hari.. Papa bimbang.. Fifa sebenarnya cuba lari dari masalah, tapi kenapa mesti macam ni? Papa dan Mama bukannya muda lagi, Fifa.. Kami ni dah tua. Entahkan esok, entahkan lusa... kami akan kembali. Kami teringin nak tengok Fifa berkahwin dan ada anak sendiri.. Sekurang-kurangnya, tunjuklah siapa pilihan Fifa..." "Papa... Mama... Buat masa sekarang, Fifa tak ada kawan dengan sesiapa pun.. Fifa taknak fikir tentang perkara ni dulu. Tolonglah.. Berilah Fifa bernafas sekejap. Fifa rasa tertekan kalau semua orang sibuk carikan jodoh untuk Fifa. Sampai masanya, Fifa akan kahwin juga. Kalau Mama dan Papa tak sabar sangat... carikanlah sesiapa yang rasanya sesuai untuk Fifa. Kalau Fifa okay dengan lelaki tu, Fifa akan terima dia. Demi untuk memuaskan hati semua, Mama dan Papa buatlah apa yang patut." Datin Maznah sudah boleh tersenyum. Hatinya lega kerana suasana yang agak tegang sebentar tadi sudah nampak kembali seperti sediakala. Fifa sudah beri lampu hijau untuk carikan calon yang sesuai. Dalam kepalanya sudah terbayang wajah Mohd Suhaimi, anak kenalan rapatnya. Kacak juga budak tu. Sesuai kalau dijodohkan dengan Fifa. Tak sabar rasanya nak menelefon pada ibu si calon. "Okay, macam ni. Papa beri Fifa tempoh sebulan. Kalau lepas tu, Fifa dah bersedia untuk suruh kami carikan calon suami, beritahu kami balik. Lepas tu baru Papa akan carikan. Papa beri tempoh sebulan ni supaya Fifa berfikir panjang.. dan manalah tahu, tiba-tiba terjumpa sesiapa yang sesuai dengan Fifa... Deal?" Fifa mengangguk. Datin Maznah terdiam. Ish, orang tua ni... aku baru je berangan-angan nak jodohkan si Fifa ni dengan anak Datin Hendon, dia pula pergi buat rancangan lain. Kalaulah si Fifa tu terjumpa sesiapa ke, habislah.... gerutu hatinya. "Fifa nak ke bilik dulu. Mama dengan Papa boraklah ya!" Fifa angkat punggung dan berlalu ke bilik, Sengaja dia mahu melarikan diri lebih awal sebelum terus-terusan di soal siasat. Dari raut wajah Datin Maznah tadi, Fifa dapat menangkap yang ada sesuatu sedang difikirkan oleh wanita itu dan sudah pasti dalam kepalanya sudah ada satu objek lelaki yang bakal menjadi mangsa keduanya selepas Shamsul.

Page 112: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 112

Kembali Ke Atas

Bab 48 "Sampai bila, Hatta? Sampai bila kau nak biarkan perkara ni macam ni?" Hatta tersenyum cuma mendengar kata-kata Ishak. Sahabatnya itu mundar mandir di hadapannya sejak tadi dan dia pula masih tenang duduk di kerusi malas di balcony yang menghadap ke arah bukit bukau. Dia menarik nafas panjang. Dan sengaja melepaskannya kembali secara keras. Ishak berhenti dan memandang ke arahnya. "Kau ni.. aku macam bercakap dengan tembok rumah kau ni, tau! Sikit pun kau buat tak heran dengan soalan aku! Manusia ke jembalang kau ni?" Kali ini Hatta tergelak besar. Ketawanya meletus tiba-tiba tanpa dipinta. Wajah Ishak semakin masam. Ketawa!! Gelaklah kau puas-puas. Takut-takut esok kau menangis teresak-esak!! "Apalah kau ni... Kau kata aku jembalang? Hei, bukan senang nak dapat jembalang baik macam aku tau! Cuba kau cari kat KL ni, jembalang mana yang tak sentuh anak dara orang walaupun duduk berdua dalam tempat yang sunyi? Ni hah.. jembalang bernama Hatta ni hah, kawan!!" Kata Hatta sambil menepuk dadanya yang bidang. Ishak duduk. Dia akui kata-kata Hatta itu. Tapi, dalam soal ni, bukan perlu itu semua. Tak perlu Hatta nak tunjukkan ke"malaikat"an dia.. Yang perlu sekarang, cara untuk memenangi hati Fifa. "Kalau kau tak nak, tak apalah... Aku cuma sampaikan pesan Maria. Katanya, Fifa dah suruh parents dia carikan jodoh untuk dia. Kau pun satu, yang kau beritahu dia kau dah kahwin tu kenapa? Saja nak bunuh diri sendirilah tu...." "Dia pun tahu berfikir, Hak... Dia tu bukan belajar takat sekolah tadika je... Takkanlah dia percaya cakap aku bulat-bulat. Lagipun, buat apa kau nak takut.. Kan ke kata Maria, ayah dia dah buat keputusan selepas sebulan baru diaorang masuk campur. Aku masih ada sebulan lagi, Hak... Tahulah aku nak buat apa..." "Ginilah, Ta.... Susah-susah sangat... Aku rasa biarlah aku je yang pergi pinang si Fifa tu. Aku pun bukannya tak handsome, kan!!" Hatta bangun dan mencekak leher baju Ishak. Terperanjat Ishak melihat reaksi Hatta. "Cubalah kalau kau nak rasa penumbuk aku ni!!" Gertak Hatta. Tiba-tiba hatinya panas. Tak guna punya kawan... Dalam pada dok pujuk aku pergi pinang si Fifa, dia sendiri nak potong jalan! "Aik! Melenting nampak? Tau pun kau marah... Aku ingat tadi, kau tu patung batu.. Tak ada perasaan... Rupanya, patung batu tu dah diserapkan nyawa, ya! Come on, Hatta... Aku bukan jenis makan kawan tau! Sengaja aku cakap macam tu, nak tengok reaksi kau.... Hah, terkujat kau!"

Page 113: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 113

Kali ini giliran Ishak pula ketawa terbahak-bahak. Hatta terduduk di kerusi. Perasaan malu menyerbu ke seluruh mukanya. Kenapa dia bertindak bodoh sebentar tadi? Cemburukah itu? Dia ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya. Sementara badannya terhenjut-henjut menahan gelihati. "Okay, kau menang. Aku kalah...." Hatta berkata setelah ketawa masing-masing reda. "Aku pun sebenarnya ingat nak pergi jumpa dia. Tapi aku pernah ternampak dia keluar makan dengan budak Megat tu. Dengar cerita dia tu dah kahwin dan duduk kat Penang. Kenapa pula selalu je ada kat sini?" "Ha... yang itu aku terlupa nak beritahu kau. Si Megat beritahu Fifa yang dia terpaksa jadi pak sanggup pada ex-girlfriend dia. Budak perempuan tu dah mengandung dan budak yang tak bertanggungjawab tu tinggalkan je macam tu. Tu yang dia kena kahwin dengan budak perempuan tu... dan kata dia, lepas je budak tu bersalin nanti.. Dia akan ceraikan perempuan tu, dan nak kahwin dengan Fifa." "Begitu senang? Apa kata Fifa?" "Tulah... si Mar cakap, Fifa tak nak terima dia. Fifa dah serik dan lagi katanya... sebenarnya dia kesiankan isteri Megat tu. Nanti tak pasal-pasal sebab Megat nak kahwin dengan dia, Megat tinggalkan perempuan tu dan anak dia." "Sampai cam tu sekali dia cintakan Fifa? Dahsyat jugak budak tu ek!" "Dahsyat tak dahsyat lah... Aku rasa, kalau mamat tu ayat si Fifa lebih je nanti... mau lekat balik tu... Saki baki sayang tu sure ada lagi ya tak? Jangan-jangan kau melepas nanti...." "Hallooooo.... makan boleh sebarang makan... cakap jangan sebarang cakap!! Itu dah kira mencabar tu..." "Memang mencabar pun... Kalau tak tergugat jugak, bukan anak jantan lah namanya...!!" Ishak sengaja mencurahkan minyak ke api kemarahan Hatta. Hatta bangun dari kerusi malas dan masuk ke dalam rumah. Ishak hanya memerhatikan gelagat Hatta yang setahunya sudah mula panas punggung bila dicabar begitu. Hatta terlalu ego dan sensitif tetapi bukanlah seorang yang panas baran. Ishak kenal benar dengan Hatta. Riaknya jarang menjanjikan apa-apa perasaan tetapi, gelodak di dalam sebenarnya terlalu hebat. Andai dia bukanlah seorang yang pandai menyorokkan isi hatinya, pasti seluruh dunia tahu betapa dia cintakan Fifa..... "Aku nak keluar makan. Kau nak ikut?" Soalnya tiba-tiba. Ishak menoleh memandangnya. Sudah siap berbaju t-shirt kolar warna kelabu dan berseluar jeans lusuh - pakaian kegemarannya. Kunci kereta juga sudah berada di tangannya. Ishak bangun. Menurut jejak langkah Hatta. "Ke mana tengah-tengah malam buta ni? Orang lain dah membuta, kita baru nak keluar makan?" Soal Ishak walaupun langkah masih terus diatur. Hatta tidak menjawab sebaliknya menyanyi-nyanyi kecil. Ishak tahu... hatinya tengah tak keruan. Dan, selalunya kalau hatinya gelisah, pasti dia akan makan. Makan... dan termenung..

Page 114: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 114

itu saja yang mampu dia buat... Dan, telahan Ishak benar kerana Hatta masih sayangkan Fifa.... Kembali Ke Atas

Bab 49 Megat sudah mencongak-congak. Hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum dia boleh melepaskan isterinya dan berkahwin dengan Fifa. Walaupun tempoh itu tidaklah terlalu lama, tetapi apabila teringatkan Fifa yang jauh di Kuala Lumpur, dia semakin tak sabar untuk menanti detik itu. Dia hanya memerhatikan Hayati, isteri yang dikahwininya tanpa rela; atau mungkin boleh disebut paksa rela, yang sedang berjalan berseorangan di tepi tasik. Tidak terlintas sedikit pun di hatinya untuk mengiringi wanita yang sudah sarat itu. Sesekali Hayati memandang ke arahnya dan dia buat tak tahu. Dia pura-pura memandang ke arah lain ataupun meraup wajahnya. Tetapi, bila wanita itu memandang ke arah lain, dia akan curi-curi pandang padanya. Dia sayangkan wanita itu... Memang cukup sayang.. Tapi itu dulu! Sebelum mereka putus hubungan. Sebelum wanita itu berkawan dengan lelaki dari Sarawak itu dan meninggalkannya keseorangan. Kalau boleh, dia tak mahu terima wanita itu lagi. Walaupun hanya untuk semalaman. Tapi, bila memandang ke wajah ibu tua yang terlalu mengharapkan dia mampu menutup malu, dia terpaksa. Sejahat-jahat dia, belum pernah dia membuntingkan anak orang. Seburuk-buruk perangainya, belum pernah dia mengecewakan hati orang tua. Dia sedar, tindakannya kali ini akan mengecewakan dirinya sendiri, malah hati Fifa turut terkena tempiasnya. Dia tahu, sekali Fifa sudah membenci, dia akan benci sampai mati. Dan, dia juga tahu... kini, dia adalah antara lelaki yang paling dibenci oleh wanita itu. Tapi, dia yakin... andai dia terus tunjukkan kesungguhannya untuk memiliki Fifa, wanita itu akan tunduk padanya. Fifa pasti akan menerimanya semula dan melupakan segala peristiwa hitam yang melanda mereka dulu. "Bang.. kita balik. Yati dah sakit kaki dah ni..." Hayati sudah berdiri di sebelahnya. Dia tak sedar bila wanita itu sampai ke bangku panjang itu. Tanpa menjawab, dia bangun dan melangkah jauh ke hadapan meninggalkan Hayati. Hayati berlari-lari anak mengejarnya dari belakang ekoran langkahnya yang panjang dan pantas. Di dalam kereta pun, Megat masih tak bersuara. Hayati yang kemengahan di sebelahnya dibiarkan sejuk sendiri. Dia terus memandu untuk pulang ke rumah. Dalam fikirannya hanya ada nama Fifa. Hanya ada impian bersama Fifa. Dan, hanya membilang hari untuk melafazkan talak ke atas Hayati. Dan, dia akan tetap menunggu detik itu.... Kembali Ke Atas

Page 115: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 115

Bab 50 Agak lama suasana senyap sebelum masing-masing bersuara. Hatta memandang ke wajah Fifa. Fifa memandang ke wajah Megat dan Megat pula memandang ke wajah Hatta. Pertembungan tiga penjuru ini benar-benar mencabar diri masing-masing. Tidak kira dari pihak Fifa mahupun dari pihak Hatta dan Megat. Megat terdiam sedari tadi. Bukan sebab tidak ada apa yang hendak diperbualkan dengan Fifa. Sebenarnya sejak sampai ke Kuala Lumpur, dia sudah merangka semua perbualan yang hendak diketengahkan kepada gadis itu termasuklah perihal Hayati yang sudahpun selamat melahirkan seorang anak lelaki dan sudah tiba masanya untuk dia melunaskan janjinya pada Fifa. Tetapi sebaik sahaja dia ternampak Hatta berada di situ, segala kata-kata hilang begitu sahaja. Dia terkulat-kulat. Perasaan bercampur baur. Marah, dendam, benci, terperanjat, takut kehilangan... semuanya menghantuinya kini. Hatta juga seperti Megat. Terperanjat dengan pertembungan ini. Sememangnya dia maklum hari ini yang dijanjikan dengan Fifa untuk bersua muka. Sudah terlalu lama Fifa mengelakkan diri dari bertemu dengannya. Cari di pejabat, memanjang tak ada.. Di rumah pula, sudah tidur atau sedang mandi. Alasan yang tak munasabah langsung! Sangkanya, hanya mereka berdua sahaja malam ini.. Tapi, alih-alih ada pula muka lelaki yang berjaya menyenakkan perutnya sedikit masa dahulu. "Chicken Chop." Pelayan meletakkan pinggan lebar di hadapan Megat. Megat menolak ke tengah. Bukan dia yang punya. Dia tahu, Hatta yang memesan hidangan itu. "Sorry!" Pelayan itu tersedar akan kesilapannya dan meletakkan di hadapan Hatta. Kemudian satu persatu hidangan di letakkan di atas meja dan selepas itu, dia beredar. "Makan dulu... Nanti kita berbincang." Saran Fifa. Hatta dan Megat tidak menjawab. Mereka hanya membiarkan makanan di hadapan muka masing-masing tanpa diusik sedikit pun. "Guys... kita makan dulu. Lepas ni, you all nak bertekak ke, nak bergaduh ke... lantak you all lah. I tengah lapar ni. Kalau tak nak makan, biar I makan sorang." Fifa sudahpun mencapai garfu dan pisau pemotong lalu memotong hidangan steak nya. Megat dan Hatta turut mencapai garfu dan pisau masing-masing. Hampir serentak. Tiada bicara yang keluar. Tiada sedikit bunyi pun selain dari bunyi garfu dan pisau menari-nari di pinggan masing-masing. Fifa tersenyum sendirian. Macam budak-budak! Hampir setengah jam berlalu. Fifa meletakkan garfu dan pisau di tepi pinggan. Megat dan Hatta sudah lama habis makan dan hanya memerhatikan setiap perlakuan Fifa. Fifa tersenyum lagi. Sengaja dia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan hidangan itu. Mahu menguji sejauh mana kesabaran dua insan bernama lelaki di hadapannya itu. Pelayan datang sekali lagi. Kali ini dengan tangan kosong untuk memungut pinggan yang sudah digunakan. Sempat lagi Fifa memesan tiga cawan cappucino dari pelayan itu. "Okay... alhamdulillah.. Kenyang pun... I kalau nak bergaduh, tak boleh berlapar. Nanti, hilang selera makan, terus kebulur sampai esok pagi. Susah pula. At least, kalau dah makan, dah tak yah fikir nak hilang selera ke, apa ke, betul tak?" Masih terukir senyuman di bibirnya. Tiada sahutan. Mungkin hati kedua-duanya masih membengkak.

Page 116: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 116

"Maafkan I kalau nampak macam I sengaja main-mainkan you dua orang. Sengaja I jemput kedua-dua sekali untuk selesaikan masalah ni. Biar you berdua dengar apa penjelasan I. Biar you berdua puas hati. Dengar dan faham dalam waktu yang sama. Sebenarnya, dah agak lama I melarikan diri dari you berdua. Pun sengaja I buat macam tu. I nak menenangkan diri.. I nak melupakan masalah yang melanda kita bertiga. Tapi, bila dah lama tu.. i terfikir.. sampai bila I nak lari dari kenyataan? Sampai bila I nak biarkan masalah ni berlarutan dan you berdua masing-masing sibuk mencari I? Sedangkan masing-masing ada tanggungjawab pada keluarga masing-masing. I harap, kita semua boleh bertindak professional. Kita pun bukannya budak-budak lagi, kan! Dah dewasa dan masing-masing berpelajaran tinggi. I tak suka nak bertekak-tekak ni. Sakit jiwa, sakit telinga, sakit hati... semuanya sakit! Nanti terus bermusuh! So, tolonglah ya... jangan gunakan bahasa kesat. Tolong dengar elok-elok apa yang akan dibicarakan oleh orang lain dan tolong faham..... Megat, saya rasa banyak yang awak nak cakapkan. Jadi, apa kata awak mulakan dulu." Megat menarik nafas panjang. Terasa seolah-olah berada di kandang pesalah dan diminta mempertahankan diri sendiri pula. Fifa sebagai Hakim dan Hatta sebagai Juri. "Well... saya datang sini untuk menunaikan janji saya pada awak selama ni. Saya tahu, awak mesti masih ingat lagi apa yang saya janjikan waktu kita berjumpa balik beberapa bulan lepas. Hayati dah selamat melahirkan bayi lelaki dan sekarang dia masih dalam pantang. Selepas habis pantangnya, saya akan jatuhkan talak ke atasnya dan akan mengahwini awak, Fifa. Saya tak nak menipu awak lagi. Saya tahu, tentu susah untuk awak percayakan kata-kata saya ni, selepas saya menipu awak dulu, kan! Terpulanglah pada awak untuk menilai sejauh mana kebenaran dan kejujuran saya kali ni. Cuma pinta saya, berilah saya peluang sekali lagi untuk merapatkan balik hubungan kita dulu. Tapi, saya kecewa.... bila ternampakkan Hatta ada sama malam ni. Mula-mula saya jangkakan, peluang saya cerah. Tapi, dengan kehadiran dia di sini, malam ni... saya dapat rasakan seolah-olah saya dicabar. Dicabar untuk tunjukkan siapa yang kuat akan menang, dan siapa yang lemah akan kalah!" "Ini bukan soal siapa kuat dia menang atau siapa lemah dia kalah, Megat! Soal hati tak kira itu semua. Saya yang berada di tengah-tengah ni takkan tengok semua tu. Yang saya pinta, awak berdua buat penjelasan dan saya akan menilai. Belum tentu saya akan pilih Hatta kerana dia kaya atau memilih awak kerana awak kacak! Itu pun topik utama." Terhenti perbualan kerana kedatangan pelayan membawakan cappucino yang diminta sebentar tadi. Fifa mencuri peluang untuk membetulkan letak tudungnya. Hatta masih seperti tadi. Tenang dan tak bersuara. Mungkin sedang memikirkan kata-kata Megat sebentar tadi ataupun sedang merangka-rangka ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada Fifa. "Siapa sebenarnya yang berada dalam hati awak sekarang ni?" Soal Megat tiba-tiba. Fifa memandang tepat ke wajah Megat. Berani sungguh lelaki ni! Getusnya. "Soal siapa yang berada di hati saya, bukan masalah awak!"

Page 117: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 117

"Untuk apa you nakkan penjelasan dari kami berdua kalau di hati you ada orang lain?" Hatta pula mencelah. Angguk seketika. "So, you berdua memang betul-betul nak tahu siapa yang bertakhta di hati saya ni? Okay, to tell you the truth, lelaki yang bertakhta di hati saya ni, dari dulu hingga sekarang.... cuma Ekmal! Tiada siapa yang boleh gantikan tempat dia! Tak kira awak, Megat atau you, Hatta! Puas hati?" "Nonsense! Awak nampaknya sengaja nak mempermainkan kami! Apa untungnya awak buat macam ni, Fifa... Salah sorang dari kami terpaksa mengalah... mengalah dalam terpaksa. Kerana hanya satu yang awak akan pilih, bukan! Ini namanya sengaja nak melaga-lagakan....." "You have to face it! Saya sendiri terpaksa mengorbankan perasaan saya sendiri... bukan hanya awak berdua... Saya lagi terseksa dalam permainan yang gila ni! Disorong ke sana... ditolak ke sini. Saya bukan bola! Yang boleh ditendang oleh pemain-pemain yang berebut nakkan saya... semata-mata untuk mencapai matlamat masing-masing - mendapatkan mata kemenangan! Saya ni manusia. Ada hati dan perasaan! Saya tak ada niat nak melaga-lagakan awak berdua. Niat saya supaya awak berdua berjumpa dan tahu apa keputusan saya.... Dan, selepas tu... saya tak nak awak berdua saling bermusuhan. Masing-masing ada isteri.... ada tanggungjawab... Saya tak nak melukakan hati wanita lain! Saya pun wanita, dan saya tahu hati wanita terlalu sensitif! Terlalu mudah terluka dan luka tu pula terlalu sukar untuk disembuhkan. Saya tak mengharapkan apa-apa dari awak berdua. Cukuplah sebuah pengertian... Please..." "Fifa... I wanna tell you something. Sebenarnya I belum kahwin. I sengaja cakap macam tu pada you dulu... untuk korek isi hati you. Sorry.. I tahu, mesti you cakap I menipu you... Tapi itulah kebenarannya." "So, you pun sama lah macam Megat ni! Menipu I untuk kepentingan peribadi? Kenapalah you berdua ni sama je perangai? I ingatkan... I akan jumpa salah seorang yang terbaik antara you berdua... tapi tak sangka... sama je... Macam nilah... I rasa I dah buat keputusan. Tak ada sorang pun antara you berdua yang I akan pilih untuk menjadi teman istimewa I! Kita tutup cerita ni dan balik. Jangan cuba cari I lagi lepas ni!" Fifa bangun dan meninggalkan Megat dan Hatta berdua di situ. Langkahnya pantas menuju ke kaunter dan membuat pembayaran lalu meningglkan restoran itu. Hatta mencapai cawan berisi cappucino dan menghirup airnya perlahan-lahan. Megat menyandar di kerusi. Terkejut dengan perlakuan tak diduga dari Fifa. Nyatalah... tiada yang menang atau kalah dalam permainan ini. Dia dan Hatta sudah kalah! Kalah di tangan seorang wanita tegas yang terang-terangan menolak kedua-duanya lantaran tersinggung dipermainkan. Kembali Ke Atas

Bab 51

Page 118: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 118

Agak lama juga Maria memerhatikan gelagat Fifa. Sudah disuruh datang ke rumah... tetapi dibuat seperti tunggul pula. Fifa masih seperti tadi. Berbaring di atas sofa dan membaca Mastika keluaran terbaru tanpa memperdulikan Maria. Lia Maisara sedang leka bermain dengan doll yang baru sahaja dibeli oleh Shamsul minggu lepas. Agak bernasib baik kerana Lia Maisara tak banyak kerenah. Jadi, dengan memerhatikan dari jauh sahaja sudah menyenangkan hati Maria. Maria bangun dan berlalu ke dapur. Tekaknya terasa dahaga. Hatinya terasa panas... Tubuhnya terasa membara.. Melihatkan gelagat beku Fifa. Kalau tak mengenangkan sahabat karib, sudah lama dia blah dari rumah besar ni. Tapi, Fifa lah satu-satunya sahabat karib yang dia ada. Fifa sudah seperti adik-beradiknya sendiri.. Dan, Fifa lebih rapat dengannya dari Arfah, kakak kandungnya sendiri. Memikirkan itu, Maria tak jadi mahu meninggalkan Fifa di saat-saat begini. Dia tahu, hati Fifa sudah lama terluka.. Parutnya sudah semakin teruk. Selesai minum, dia kembali ke ruang tamu. Dia mencari-cari Lia Maisara tetapi tak berjumpa. Fifa juga tidak kelihatan di ruang tamu. Ke mana pula perginya mereka? Takkanlah Fifa dah hilang ingatan dan melarikan Lia Maisara pula? Hatinya mencurigai Fifa. Tetapi sebaik sahaja dia nampak Fifa mendukung Lia Maisara dan masuk kembali ke dalam rumah, hatinya jadi lega. Serta-merta dia menyalahkan diri kerana menuduh Fifa yang bukan-bukan. "Dah okay?" Soal Maria. Fifa mengangguk. "Sorry, buddy. Aku memang tengah pening gila ni! Aku tak ada mood langsung.. Kesian kau kena tunggu sampai aku okay balik, kan!" Fifa meminta maaf. Satu sikap Fifa yang paling disenangi oleh Maria. Kalau dia tahu dia salah, dia akan segera minta maaf. "Tak apa. Aku kenal kau pun bukan hari ni je. Dah lama dah.. Aku dah masak dah dengan perangai kau! Cuma aku terperanjat gak tengok Lia hilang. Aku ingat, kau dah larikan anak aku tu!" Fifa ketawa kuat mendengar kata-kata Maria. Hatinya berbunga sedikit mendengar seloroh Maria. Dia tahu, Maria memang benar-benar bimbang bila tengok Lia Maisara tiada di ruang tamu. Dari riak wajahnya sahaja Fifa sudah boleh mengagak. "Sampai hati kau fikir cam tu, Mar... Aku ni cuma pening je.. taklah sampai nak larikan anak kau pula! Meh, duduk sini. Aku ada hal nak bincang ngan kau ni!" Maria duduk di sebelah Fifa. Lia Maisara masih berada dalam pelukan Fifa dan Maria membiarkannya. Lagipun, Lia Maisara sudah biasa dengan Fifa yang juga dianggap Mama. "Tinggal seminggu saja lagi, Mar. Aku kena tunaikan janji aku pada Papa dan Mama. Aku jadi buntu memikirkan masalah aku ni! Kau tak ada jalan lain lagi ke?" "Pasal yang kau minta Papa dan Mama kau carikan jodoh untuk kau tu?" Fifa mengangguk. Maria tersenyum. "La... aku ni tengah ada problem... Kau boleh tersenyum lagi?" "Fifa... bukannya susah sangat. Kau terima je lah siapa pun jodoh yang diaorang cari. Kadang-kadang, calon mak ayah ni lagi berkat, tau!"

Page 119: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 119

"Yalah tu... kalau betul calon mak ayah lagi berkat, kenapa kau kahwin ngan Shamsul? Kan tu calon kau sendiri?" "Ish... kau ni! Itu dah memang aku jumpa... Macam kau ni... tak jumpa lagi. Tu yang lagi berkat kalau kau terima calon mak ayah kau!" "Tapi, aku takut kalau-kalau aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan orang tu. Camna ni, Mar?" "Aku rasa, mesti dah ada yang datang meminang, kan! Tu yang kau panik sangat tu, betul tak? Mama kau tak beritahu kau ke siapa yang pinang?" Fifa menggeleng. Sungguh, dia memang tak tahu siapa yang masuk meminang. Kalau ikutkan, tempoh yang diberi masih belum tamat, tetapi Datuk Mansor dan Datin Maznah sudah confirm terima pinangan dari pihak lelaki itu. Hujung bulan depan mereka akan diijabkabulkan. Begitu senang semua perancangan diatur. Fifa tak dapat membantah. Kali ini, hitam kata mereka, hitamlah yang terpaksa diterima. Jangan mengada-ngada mahu dicat ke warna putih atau kuning air, pasti mengundang padah! "Aku nasihatkan kau buat sembahyang istihara'. Mohon petunjuk dari Allah... minta ditenangkan hati kau seandainya lelaki tu adalah jodoh kau! Kalau tidak, biar Allah jua yang tunjukkan." "Macam mana aku nak tahu betul ke dia jodoh aku? Aku nampak ke muka lelaki tu nanti?" Soal Fifa. "Aku tak tahu pula. Sebab aku tak pernah buat. Tapi, kau sendiri akan dapat rasa. Kalau betul dia jodoh kau, kau dengan senang hati akan terima dia sebagai suami dan kalau sebaliknya, mungkin sesuatu akan berlaku sebagai petunjuk kau dan dia bukan ditakdirkan bersama." Fifa mengangguk perlahan. Dia membelai rambut Lia Maisara yang sudah terlena di atas ribaannya. Kembali Ke Atas

Bab 52 Pejam celik pejam celik.... hanya tinggal 4 hari sebelum dia diijabkabulkan dengan lelaki yang tak dikenali. Bila ditanya pada Datin Maznah, hanya senyuman yang diberi. Begitu juga pada Datuk Mansor. Naik penat Fifa bertanya, paling kurang dijawabnya suruh bersabar. Semalam, dia cuba menghubungi Hatta. Ingin menyampaikan berita dia akan berkahwin tak lama lagi. Tetapi nombor yang didail tak berjawab. Ke mana pula dia? Takkanlah menghilangkan diri sekali lagi? Tapi, kali ini, dia pasti Hatta tak tahu yang dia akan berkahwin. Tak mustahil Ishak, sepupu Maria menyampaikan berita. Patah hati lagikah dia? Fifa sudah mula bercuti mulai hari ini. Dia cuba menghubungi Megat pula. Sejak hari mereka bertemu dulu, sehingga kini Megat tidak menghubunginya. Dia tahu, Megat kecewa. Tapi, Megat tak tahu betapa dia juga kecewa kerana terpaksa menolak cinta kedua-dua mereka. Megat tak tahu betapa dia kena kuatkan semangat untuk menghadapi itu semua. Megat

Page 120: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 120

mahupun Hatta tak tahu betapa setiap malam dia menangis sendirian di kamar kerana melukakan hati insan-insan yang dia sayangi! Termasuk dia sendiri! Dia lebih terluka dan merana! Setiap malam dia "mengadu" pada potret Ekmal yang menjadi teman tidurnya! Dia menangis meminta supaya hatinya ditenangkan. Seolah-olah memohon simpati dari Ekmal yang telah jauh meninggalkannya. "Assalammualaikum." Salamnya dijawab. Hatinya sedikit lega kerana dia cam suara Megat. "Ada apa awak cari saya ni?" Agak kasar suara Megat kali ini. Tersentak Fifa. Marah rupanya dia. "Maafkan saya. Saya tahu awak masih marahkan saya ekoran hal dulu. Saya telefon ni nak menjemput awak datang ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ni. Datanglah dengan isteri awak." "Awak jangan main-main, Fifa!" Menggeletar suara itu. Masih ada sisa cinta lagi rupanya. "Saya tak main-main, Megat. Saya akan dikahwinkan dengan lelaki yang saya tak kenal hujung minggu ni. Datanglah dengan Hayati. Bawa sekali anak awak. Saya nak tengok mereka." "Saya tak boleh terima awak nak berkahwin, Fifa. Awak kahwin dengan Hatta ke?" "Tidak, Megat! Bukan Hatta!! Saya dah lama tak jumpa dia! Lelaki ni pilihan parents saya." "Saya akan failkan perceraian saya hujung minggu ni. Dan, selepas tu, saya akan cari awak!" "Ya Allah!! Kenapa awak ni tak faham-faham? Saya tak main-main! Saya akan berkahwin minggu ni. Jangan bercerai, Megat! Please... demi saya... tolong jangan ceraikan Hayati. Awak jagalah dia. Kalau awak tak jaga dia, macam mana dengan anak dia? Cukuplah sudah dia menderita dengan perangai awak selama ni. Awak abaikan dia... awak buat tak endah dengan dia... Cubalah terima dia. Bukan ke dulu awak cintakan dia? Takkan awak tak boleh cintakan dia sekali lagi?" "Jangan nak ajar saya pulak! Saya tak suka ambil bekas orang! Dayus saya, awak tahu tak? Cukuplah saya dicop orang sebagai pak sanggup selama ni. Saya dah tak tahan!" "Tolong, Megat... Kalau awak benar-benar sayangkan saya, jangan ceraikan Hayati. Bimbinglah dia... Besar pahalanya membimbing orang yang tersasar jauh, Megat. Percayalah... awak pasti boleh terima dia kembali kalau awak benar-benar cuba. Saya pun akan cuba belajar menyintai bakal suami saya ni. Kalau saya boleh, takkan awak tak boleh?" Fifa nekad. Dia akan menerima siapa sahaja lelaki yang menjadi suaminya nanti. Dia sudah membuat sembahyang istihara' dan petunjuk juga sudah diberikan. Hatinya boleh menerima lelaki itu walaupun dia tak tahu siapa. Hanya di hari pernikahan mereka sahaja nanti dia akan mengenali lelaki itu dan dia akan cuba menyintai lelaki itu. Dia yakin, pilihan ibu bapanya adalah yang terbaik untuknya. "Megat. please... Dengarlah cakap saya sekali ni saja. Jangan ceraikan Hayati. Saya nak tengok awak dan Hayati datang bergandingan ke majlis saya nanti. Okay, nanti saya akan call awak lagi. Kirim salam pada Hayati. Assalammualaikum."

Page 121: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 121

Kembali Ke Atas

Bab 53 "Selamat Pengantin Baru, Fifa. Semoga berbahagia." Megat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Fifa, Hayati di sebelahnya hanya menjeling. Fifa cuba mengukir senyuman. Maria merengus perlahan. Bengang melihatkan wajah Hayati. "Terima kasih, Megat. Datang juga awak ya! Anak mana?" Tanya Fifa sekadar mahu memanjangkan perbualan. "Tinggal di rumah mak saya. Malas nak bawa. Lagipun kami tak boleh lama ni. Nak kena balik ke Penang petang ni jugak. Ada hal keluarga sikit." "La... Tunggulah lama sikit. Malam ni saya nikah. Nanti dapatlah awak jumpa suami saya. Kenapa nak cepat sangat ni... Saya tak kenal lagi isteri awak. Tak sempat nak berbual-bual pun, awak dah nak balik. Tunggu sini sampai malam ni, ya! Sekurang-kurangnya dapatlah saya kenal isteri awak ni..." Megat memandang ke wajah Hayati. Hayati hanya membalas dengan pandangan kosong. Seboleh mungkin dia tak mahu berada lebih lama lagi di sini walaupun kehadirannya diterima oleh Fifa dengan hati yang terbuka. Dia tak mahu melihat wanita itu lebih lama lagi berbual dengan Megat. Hatinya tiba-tiba menjadi panas. Cemburu? Barangkali. Isteri mana yang tak cemburu bila suami ajak pergi ke majlis perkahwinan kekasih lama? "Okay, kami stay sini sampai malam ni. Tapi, lepas tu kami terpaksa bertolak balik ke Penang. Mungkin bukan sehingga awak nikah. Cukuplah sedikit waktu untuk awak kenal Hayati. Saya keluar dulu. Yati, berboraklah dengan Fifa." Hayati tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia tetap berdiri tegak di muka pintu memandang ke arah katil Fifa. Perasaannya semakin bengang. Kenapa begitu mudah Megat bersetuju untuk berada lebih lama di situ? Sebab masih mengharapkan cinta Fifa? Atau sekadar mahu menyakitkan hatinya yang sudah sedia terluka ni? "Duduk dulu, Yati. Mar, boleh kau keluar sekejap? Aku ada hal yang nak dibincangkan dengan Hayati." Maria mengangguk dan keluar dari bilik Fifa. Dia menutup pintu dan membiarkan mereka berdua di situ. Hayati menghampiri katil Fifa tetapi masih belum duduk. Fifa menarik tangan Hayati duduk di sebelahnya. "Jangan malu-malu. Anggap saya ni macam kakak Yati. Anak sihat?" Hayati sekadar mengangguk. Seboleh mungkin dia mahu cepat keluar dari bilik itu. "Akak tahu, Yati mungkin rasa yang akak masih cintakan Megat. Jangan salah faham pada persahabatan kami. Cinta akak pada Megat dah hilang di hari perkahwinan Yati dan dia. Sekarang, akak anggap dia macam adik akak. Dan, Yati pun macam adik akak juga. Macam mana dengan proses perceraian? Jadi?"

Page 122: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 122

"Tak. Megat cakap, dia akan jaga kami anak beranak. Tapi, sampai sekarang, dia masih dingin pada saya. Kesian anak saya, kak. Belum pernah sekali pun Megat bermain dengan dia." "Dia perlukan masa, Yati. Sabarlah... Beri dia masa. Kalau dia boleh mengorbankan hidup dan masa depan dia demi Yati, kenapa tak sekarang Yati korbankan perasaan Yati demi dia? Cuba dekati dia perlahan-lahan... tunjukkan yang Yati benar-benar anggap dia pelindung Yati dan anak... Satu hari nanti, sure dia boleh terima Yati macam dulu. Dia kahwin dengan Yati dulu pun sebab dia masih sayangkan Yati.. Bukan hanya sebab kesiankan Yati... tapi lebih kerana dia sayangkan Yati dan tak mahu Yati terus dicemuh." "Maafkan saya sebab fikir yang bukan-bukan pasal kakak. Saya memang tak nak datang sini jenguk kakak, tapi Megat paksa. Katanya, sebab kakaklah, dia tak jadi ceraikan saya. Terima kasih, kak...." Hayati menangis tersedu-sedu. Sebak dada Fifa melihatkan wanita muda beranak satu itu menangis. Hatinya berbunga gembira kerana dia tahu, Megat sudah mahu bertanggungjawab ke atas Hayati dan anaknya. "Tak palah.. Akak tak kisah pun... Tapi Yati kena janji dengan akak, takkan sia-siakan Megat." Hayati mengangguk. "Tunggu sampai akak lepas nikah, ya!" "Tak boleh, kak... Memang kami kena balik juga lepas Maghrib nanti. Sebenarnya abang saya di Johor datang ke sana. Nak bawa anak dia berubat. Kalau ikutkan, kami tak dapat ke mari, tapi Megat nak jugak turun KL. Kami tinggalkan diaorang dekat sana sekejap. Malam ni kena betolak sebab esok pagi-pagi dah nak hantar anak dia ke hospital." "Emm.. kalau cam tu, tak apalah... Sekurang-kurangnya, akak dah kenal Yati dan Yati pun dah tak salah faham pada akak, kan! Kenapalah korang tak bawak anak sama? Ingatkan dapatlah akak tengok anak korang..." "Dia demam. Berjalan jauh, kan... Tu yang tinggalkan dengan mak tu. Rasanya, dah nak kena berangkat dah ni. Dah hampir pukul 6 dah ni. Takut kalau terlambat, sampai sana pun lambat jugak. Saya minta diri dululah, kak. Selamat Pengantin Baru." "Terima kasih sebab datang. Nanti akak panggilkan orang suruh bagi bekal pada Yati ek!" Fifa bangun dan memanggil salah seorang dari sepupunya dan meminta dibekalkan makanan kepada Hayati. Mereka berpelukan seketika dan Hayati beredar pergi meninggalkannya di dalam bilik. Fifa tersenyum sendirian. Hajatnya untuk berjumpa Megat dan Hayati sudah tercapai. Tetapi, di mana Hatta? Dia mahu meminta maaf pada Hatta kerana terpaksa menghancurkan perasaannya. Bukan hanya perasaan Hatta yang tercalar tetapi perasaannya juga. Cuma dia terpaksa menutup kesedihan itu dengan senyuman yang diukirkan di bibir. Kembali Ke Atas

Page 123: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 123

Bab 54 Maria merenung ke wajah Fifa yang sudah siap bersolek sekadarnya. Masih terbayang di wajahnya bagaimana satu detik dulu... wajah itu tertawa riang sewaktu menantikan kehadiran si suami ke rumah dan melafazkan akad untuk mengikat kedua-duanya dalam satu pertalian yang sah. Masih terpandang-pandang lagi bagaimana reaksi Fifa apabila mendapat berita kecelakaan yang menimpa Ekmal sewaktu dalam perjalanan ke sini, kecelakaan yang seterusnya merampas Ekmal dari tangan Fifa.... dan yang tinggal hanyalah serpihan-serpihan kenangan yang tak pernah dirakamkan. Masih terngiang-ngiang di telinganya jeritan dan tangisan Fifa sewaktu disampaikan khabaran keadaan Ekmal..... Hari ini, wajah itu tampak berlainan. Bukan kerana make-up yang dicoretkan ke wajahnya, tetapi keriangan menyambut status baru itu tidak terpamer di situ. Mungkin hatinya juga mencorakkan jaluran yang serupa. Maria akur pada perasaan Fifa. Bagaimana harus dia berdepan dengan lelaki yang tak dikenalinya? Sebagai suami pula tu? "Mar.... betul ke tindakan aku ni?" Maria memandang ke wajah Fifa. Arfah juga turut menoleh. "Betul ke keputusan yang aku ambil ni? Hari ni, aku akan jadi isteri orang. Isteri pada lelaki yang aku tak pernah kenal. Kau rasa betul ke tindakan aku ni?" "Eh, kenapa Fifa cakap macam tu? Kan ke Fifa dah setuju dengan pilihan Mama dan Papa?" Soal Arfah. Janganlah pula di hari yang penuh dengan sambutan ni, dia buat perangai... pohonnya dalam hati. "Entahlah... Fifa rasa seolah-olah tindakan Fifa ni salah. Fifa rasa bersalah pada Ekmal sebab serahkan cinta Fifa pada orang lain. Fifa dapat rasakan seolah-olah Ekmal ada di sini hari ni... Memerhatikan Fifa... kecewa dengan tindakan Fifa. Mar... aku bersalah pada Ekmal..." Fifa tunduk. Juntaian airmata gugur di pipinya. Maria memeluk Fifa dan menenangkannya. Perlahan-lahan dia menyapu airmata Fifa. "Fifa... kau terlalu mengikut perasaan. Ekmal kan dah tak ada. Aku yakin, tindakan kau ni betul. Kau tak perlu rasa bersalah pada arwah Ekmal. Sampai bila kau nak terus diburu oleh bayangan dia? Sedangkan kau tahu, sampai bila-bila pun kau tetap takkan menjadi milik dia lagi? Dia dah lama pergi... Jangan diungkit lagi hal yang lama-lama. Sekarang, apa yang perlu kau buat... tempuh hidup baru." "Mampu ke aku? Boleh ke aku hidup bahagia dengan lelaki yang aku tak kenal langsung sebelum ni?" "Fifa... Mama dan Papa tahu apa yang terbaik untuk diri Fifa. Percayalah... ibubapa mana yang nak anak dia hidup sengsara, kan!" "Aku takut... Bakal suami aku nanti... jadi macam Ekmal! Macam mana, Mar? Kalau-kalau.. dia pun kemalangan macam Ekmal dulu? Lepas tu dia tinggalkan aku?" Fifa menangis lagi. Kenangan silam masih menghantuinya. Kepedihan kehilangan Ekmal masih menyelubungi dirinya. "Ya Allah.... bakal suami kau dah sampai, Fifa. Dah ada kat luar tu. Dia okay. Dan, aku percaya. Kau akan bahagia."

Page 124: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 124

"Dah sampai? Jadi, dia tak apa-apa?" Maria berpandangan dengan Arfah dan saling berbalas senyuman. Mereka tahu, Fifa takut kehilangan sekali lagi. Dia takut untuk menerima hakikat lelaki yang bakal menjadi suaminya meninggal dunia sepertimana Ekmal dulu. "Dah sampai dah. Sekejap lagi, akad nikah akan dilangsungkan. Dan, kau akan jadi isteri orang. Welcome to the club, my friend." Fifa tersenyum nipis. Alhamdulillah... tak ada apa-apa yang berlaku pada lelaki itu. Walaupun hatinya sedikit gusar untuk menerima lelaki itu menjadi suaminya, tetapi dia juga risau kalau-kalau sesuatu terjadi pada lelaki itu. Lelaki itu adalah bakal suaminya dan dia harus menerima takdir yang sudah ditetapkan padanya. "Tolong bawa pengantin perempuan ke luar sekarang. Upacara akad nikah dah nak berlangsung." Seorang makcik menjenguk dan mengarahkan agar Fifa dibawa keluar dari bilik. Maria dan Arfah membawa Fifa keluar dari bilik dan duduk di kalangan saudara mara. Fifa tidak sempat melihat siapa bakal suaminya kerana dihalang oleh kepala orang ramai yang berada di dalam rumah besar itu. Perasaan malu juga menghalangnya untuk terus meninjau mencari wajah lelaki itu. Tak apa... nanti boleh tengok lama-lama, pujuk hatinya. "Aku terima nikahnya Nurfitriah Afifah binti Dato' Mansor dengan mas kahwinnya RM80 tunai..." Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Fifa sudah sah menjadi seorang isteri. Kata-kata "sah" dari saksi-saksi yang turut berada di sekeliling suaminya melegakan hatinya. Dia kini sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada lelaki yang akan bercinta dengannya sesudah kahwin. "Beri laluan... Pengantin lelaki nak sarungkan cincin pada pengantin perempuan." Fifa semakin tak keruan. Airmata berjuraian di pipinya... Ya Allah... aku sudah menjadi isteri orang... Alhamdulillah.. Fifa masih tunduk tak mengangkat wajahnya. Saudara mara ramai yang cuba mengerumuni. Tangannya diangkat dan satu tangan lelaki memegang jari-jemarinya. Sebutir cincin berlian sudahpun disarungkan ke jari manisnya yang merah berinai. Umpama bintang filem.... rakaman detik-detik pembatalan air sembahyangnya diabadikan oleh orang ramai terutama sanak saudaranya yang berpusu-pusu mahu melihat cincin disarung ke jari. "Cium tangan suami tu, Fifa..." Satu suara seakan menjerit meminta Fifa mencium tangan lelaki itu. Teragak-agak sedikit Fifa ketika itu kerana malu. Dia mencapai tangan lelaki itu dan mengucupnya perlahan-lahan. Airmata hangat masih mengalir... Tanpa henti-henti. Sesungguhnya, terlalu indah perasaan yang dirasakannya ketika itu sehingga tak terucap dengan kata-kata. "Tunggu dulu... Jangan angkat kepala lagi... Nak snap lagi gambar ni... Biar lama sikit..." Pinta satu suara lagi. Fifa tak jadi nak angkat kepala. Bibirnya masih di tangan suaminya. Bilalah nak angkat kepala ni... Dah pening ni... ngomelnya dalam hati.

Page 125: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 125

"Okay, dah cukup...." Fifa mengangkat kepala. Dia mahu melihat wajah lelaki yang telahpun menjadi suaminya.... Bibirnya mengukir senyuman. Sekuntum senyuman yang sungguh manis, tampak ikhlas sekali. Lelaki itu adalah suaminya. Fifa terkedu. Terdiam tanpa sepatah perkataan. Itu suaminya? Bermimpikah dia? Kembali Ke Atas

Bab 55 Fifa menutup matanya rapat-rapat. Cuba memaksa dirinya mengakui bahawa dia kini sedang bermimpi. Lelaki tadi masih di hadapannya. Masih tenang menunggu reaksinya. Fifa membuka kembali matanya. Lelaki tadi tersenyum. Fifa membalas kembali. "Thanks, Hatta. I cari you selama ni tapi tak jumpa. Ke mana you pergi?" Soal Fifa perlahan. Suaminya tersenyum cuma. Tidak menjawab soalan Fifa tetapi memimpinnya menuju ke arah sanak saudara. "Malam ni nak buat majlis berinai besar ke?" Soal Datin Maznah. Mengikut perancangannya, malam ini Fifa akan berinai besar dan bertukar-tukar pakaian. Sudah lama dia menunggu saat ini.... dan kini impiannya akan tercapai untuk melihat anak bongsunya itu menjadi raja sehari. "Maaf, Datin... emm.. Mama. Malam ni, saya perlukan masa untuk beritahu Fifa sesuatu." Fifa kehairanan. Dia memandang ke wajah Hatta Hanafiah dan kemudian beralih pula ke wajah Datin Maznah. Wajah wanita separuh umur itu kelihatan kecewa dan mengangguk perlahan. Fifa semakin hairan. Selama ini, wanita itu terlalu sukar untuk mengalah dengan orang lain. Sedangkan dengan ahli keluarga sendiri pun selalu bertengkar, inikan pula dengan orang luar. Tetapi, dengan menantu barunya yang seorang ini, dia kelihatan menurut. "Kenapa you tolak permintaan Mama? Kesian dia. Lagipun, Mama dah lama tunggu saat cam ni untuk tengok I di atas pelamin." "Malam ni abang ada hal nak dicakapkan dengan Nur. Abang mesti beritahu malam ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi sebab kalau abang tak beritahu Nur malam ni, kelak rumah tangga kita akan bergoncang." Fifa semakin pelik melihat tingkah laku Hatta Hanafiah. Lelaki itu membahasakan dirinya abang... Mungkin juga kerana mereka sudahpun sah menjadi suami isteri sekarang. Tetapi, kenapa mesti menukar namanya kepada Nur pula? "Kita jumpa sanak saudara abang, ya! Mesti diaorang semua nak tengok isteri abang yang cantik ni." Fifa sekadar mengangguk dan menurut langkah Hatta Hanafiah. Kepalanya ligat mencari jawapan. Hatta Hanafiah kelihatan lain hari ini. Ya! Lelaki itu nampak berlainan sekali hari ni. Dari tutur katanya, dari gerak gerinya, dari perbualannya.... berubah sama sekali.

Page 126: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 126

Takkanlah dalam masa tak sampai sebulan mereka tak bertemu, dia sudah berubah sampai begitu sekali? Mereka berjalan beriringan berjumpa sanak saudara Hatta. Ramai yang memuji-muji kecantikannya dan kesepadanan mereka berdua sebagai suami isteri. Fifa hanya sekadar menghadiahkan kuntuman senyuman kepada kesemua mereka kerana masih belum berkenalan lebih rapat. Sebelum ini, dia tak pernah berjumpa dengan ahli keluarga Hatta. Baginya, mereka hanya berkawan dan tak pernah terfikir mahu mengenali ahli keluarga Hatta. Manalah dia nak tahu yang satu hari nanti, dia akan berkahwin dengan Hatta. Hatinya berlagu syahdu mengingatkan segala yang telah dilaluinya sebelum bergelar seorang isteri. Bagaimana dia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada Ekmal dengan harapan lelaki itulah yang akan menjadi pelindungnya kelak. Tetapi, Ekmal pergi jua di kala mereka sudah bersiap sedia untuk disatukan. Dia terasa seperti terhumban ke gaung yang terlalu dalam dan agak sukar baginya untuk bangun semula. Mujur juga Maria ada di sisinya. Megat yang datang sekadar melayangkan perasaan dibuai angin lalu, berjaya mencairkan hati wanitanya sekali lagi setelah 2 tahun menutup pintu hati dari menerima cinta lelaki lain. Pun begitu, ingatan terhadap Ekmal masih terlalu kuat untuk dicampak ke tepi. Dalam pada mengalun buih-buih kasih bersama Megat, hatinya masih mendambakan Ekmal yang telah pergi buat selama-lamanya. Ternyata jodohnya memang bukan bersama Megat. Pertemuan pertama setelah 2 tahun dengan Hatta Hanafiah di rumah Tan Sri Mahmud ibarat ombak yang menghempas pantai. Pergaduhan bermula antara dia dan Megat. Sekali lagi dia tewas dengan perasaannya sendiri. Megat berkahwin dengan Hayati dan meninggalkannya sendirian tanpa pesan. Dirinya terumbang-ambing dan di kala itu, Maria dan Ishak menemukannya sekali lagi Hatta. Niat murni mereka untuk merapatkan kembali hubungan yang sudahpun terlalu renggang agak sukar untuk diterima olehnya walaupun masih ada sisa cinta untuk lelaki itu di hatinya. Kehadiran Megat sekali lagi memusnahkan impiannya untuk dimiliki oleh seorang lelaki. Megat masih menagih kasihnya yang kelopaknya sudahpun layu. Megat sanggup melepaskan Hayati semata-mata untuk mengambil dia menjadi isterinya. Fifa terpana. Lelaki itu sanggup melakukan sesuatu tindakan yang drastik dengan meninggalkan Hayati yang ketika itu baru sahaja menimang cahayamata. Fifa bingung. Di antara Hatta dan Megat, mana satu menjadi pilihannya? Megat... lelaki yang pernah diserahkan separuh dari serpihannya cintanya yang berkecai satu detik dulu... Lelaki yang pernah menipunya dan meninggalkannya begitu sahaja tanpa kata-kata.. Dan, kini lelaki itu kembali mengharapkan kasihnya? Atau... Hatta....? Lelaki yang sedari dulu terlalu sabar melayan karenah demi karenahnya.. yang sanggup mendengar luahan demi luahannya? Tanpa rasa jemu dan begitu lembut menyatakan perasaan cintanya dan sanggup menunggu sehingga sekarang? Lelaki yang merana di kala dia mahu dikahwinkan dengan Ekmal sehingga membawa diri jauh ke negara asing semata-mata untuk melupakannya.. Dan, kembali ke Malaysia setelah dirasakannya boleh menerima hakikat bahawa dia kini sudahpun menjadi isteri yang sah kepada Ekmal yang sebenarnya sudah terlalu lama meninggalkannya keseorangan?

Page 127: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 127

Lelaki itu juga yang mengamuk di rumah Tan Sri Mahmud apabila melihat dia bergandingan dengan Megat di sana kerana sangkanya dia telahpun menduakan Ekmal yang pada fikirannya secara terang-terangan telah memenangi hatinya dulu? Lelaki yang pernah juga sekali menipunya dengan mengatakan dia sudah berkahwin semata-mata untuk menarik perhatiannya? Di kala itu, Fifa meletakkan dirinya di tengah-tengah. Tiada simpang yang hendak dituju. Dia terpaksa mengorbankan cintanya kepada Megat kerana Hayati. Dan dia terpaksa melepaskan cintanya terhadap Hatta kerana tidak mahu dikatakan wanita lemah! Setelah ditipu hidup-hidup, dia masih mahu menerima lelaki itu.. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Segala perancangan Datin Maznah dan Datuk Mansor diterima separuh hati dengan harapan semoga mereka berdua berbahagia dengan segala persetujuannya. Dan, kini... dia telahpun sah menjadi isteri kepada Hatta Hanafiah. Tanpa syak wasangka, Hatta telahpun berjaya memenangi hati kedua orang tuanya sebelum benar-benar memenangi kembali hatinya. Mujur juga Megat tiada melihatkan pernikahan itu berlangsung. Kalau tidak, harus juga pertelingkahan terbaru berlaku sekali lagi. Tetapi dia yakin, kalaupun Megat ada di situ, dia kini sudahpun cuba menerima Hayati kembali seperti dahulu. "Nur, keluarga abang dah nak balik tu. Si Munira nak salam dengan Nur tu." Hatta menyedarkannya dari lamunan. Dia mengesat airmata yang hampir tumpah lalu mencangkung untuk bersalam dengan anak kecil itu. "Ummi Ngah jangan menangis ya! Abi Ngah sayang pada Ummi Ngah tau!" Kata-kata anak kecil itu membuatkan dia tersenyum Pada hari pertama dia bergelar Puan Hatta Hanafiah, dia sudah ada nama baru. Ummi Ngah. Sedap gelarannya. "Tak, Ummi Ngah tak nangis. Abi Ngah baik orangnya, kan Munira. Mesti Ummi Ngah selalu gelak duduk dengan Abi Ngah." "Abi Ngah selalu cakap dia suka nak kahwin dengan Ummi Ngah tau! Ummi Ngah jangan kasik Abi Ngah kahwin dengan orang lain tau! Kesian Abi Ngah..... dia kan suka kat sorang auntie tu... tapi, auntie tu tinggalkan dia." Munira berbisik ke telinga Fifa. Fifa terdiam? Jadi, benarlah Hatta pernah berkahwin? "Okay, Ummi Ngah janji." Fifa cuba mengorak senyuman. Dia mencium kedua-dua belah pipi anak kecil itu. "Abi Ngah, Ira nak balik dulu. Esok kita jumpa ya!" Hatta mendukung Munira dan mencium dahinya. "Itu anak adik abang. Adik yang ketiga. Dia kahwin dulu. Nantilah... lepas kenduri nanti, abang kenalkan Nur dengan diaorang semua." Fifa mengangguk perlahan. Kembali Ke Atas

Bab 56

Page 128: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 128

Majlis berinai besar yang tidak dapat dijalankan digantikan dengan majlis marhaban dan kenduri oleh keluarga Fifa. Sesudah habis majlis tersebut, Fifa dan Hatta Hanafiah masuk ke dalam bilik. Fifa terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan badannya sementara Hatta Hanafiah pula merebahkan badan di dada katil. Terlalu penat agaknya lelaki itu sehingga dia tak sedar, dia terlelap sewaktu menunggu Fifa keluar dari bilik air. Fifa sengaja tidak mengejutkan suaminya sehingga dia selesai memakai baju tidurnya. Sesudah itu, barulah dia mengejutkan Hatta Hanafiah yang terlena. Terpisat-pisat lelaki itu bangun apabila dikejutkan oleh Fifa. Dia memandang Fifa dari atas hingga ke bawah. Ternyata wanita itu memang cantik, tidak kira sama ada berpakaian formal atau ringkas seperti di hadapannya kali ini. Rambutnya yang sebelum ini terselindung di sebalik tudung kepalanya kelihatan berombak-ombak dan bercahaya. "Pergi mandi... Jangan tengok I macam tu!" Fifa menarik tangan Hatta Hanafiah dan menolaknya masuk ke bilik air. Baginya, dirinya sudah terlalu rapat dengan Hatta Hanafiah. Mungkin kerana sudah selalu makan bersama dahulu membuatkan dia tidak kelihatan canggung apabila berduaan bersama lelaki itu. "Baju tidur I letak dekat atas katil ni. I nak keluar sekejap." Fifa keluar setelah meletakkan baju tidur Hatta di atas katil. Selang beberapa minit selepas itu, dia masuk kembali ke dalam bilik bersama secawan milo panas. Hatta sudah berpakaian dan menunggunya di birai katil. Fifa menghulurkan cawan milo ke tangan Hatta dan duduk di meja solek. "Minumlah... I buat air tu khas untuk you." Fifa mencapai berus rambut dan memberus rambut ikalnya itu. Hatta meneguk air itu perlahan-lahan dan seketika kemudian meletakkan kembali cawan di atas meja kecil. Dia bangun dan menghampiri Fifa. Hatta memegang bahu Fifa dan memusingkan badan isterinya itu menghadapnya. Dia merenung wajah Fifa agak lama dan tersenyum. Fifa membalas senyuman itu. "Nur dah bersedia nak dengar apa yang abang nak katakan pada Nur?" Soalan Hatta menerbangkan khayalannya kembali pada peristiwa di siang hari tadi. Dia teragak-agak untuk mengangguk tetapi akhirnya mengangguk juga. "Okay, mari kita ke katil dulu. Abang akan terangkan satu persatu pada Nur dan abang tak nak Nur terperanjat nanti." Hatta menarik tangannya menuju ke katil. "Nur... abang bukannya Hatta Hanafiah." Kata-kata itu menerjah telinganya. Bagaikan disambar petir, Fifa terkaku di tempat duduknya. Dia terdiam tak bersuara. Lelaki itu bukan Hatta Hanafiah? Habis tu, siapa dia? Kenapa wajahnya serupa dengan Hatta Hanafiah? "Nur..." Lelaki itu menggoncang badannya. Fifa memandang ke arah lelaki itu. Dia menepis tangan lelaki itu dan menjauhkan dirinya dari katil. "Nur... dengar dulu.." Lelaki itu; yang sudahpun menjadi suaminya kini cuba memujuk. "Jangan pegang aku!" Fifa mula marah. Kalau bukan Hatta Hanafiah, kenapa dia di situ?

Page 129: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 129

"Dengar apa yang abang nak cakapkan ni! Please... Nur dengar dulu, then baru Nur luahkan apa yang Nur nak luahkan. Kalau Nur nak marah abang pun, abang tak kisah!" Fifa menutup telinganya. Dia sudah mula menangis. Kenapa begini jadinya?? Kenapa dia mesti dipermainkan? Sudahlah dia tak tahu siapa yang bakal menjadi suaminya... kini, dia sudah tersalah suami!! Ya Allah!! Dugaan apa lagi ni?? Kenapa harus aku juga yang menerima dugaan ini?? Jeritnya dalam hati. "Okay, kalau Nur tak nak dengar sekarang, abang takkan paksa Nur. Abang akan tunggu sampai Nur betul-betul bersedia untuk dengar penjelasan abang. Nur tidur dulu. Mesti Nur dah penat, kan! Abang nak ambil angin di luar sekejap. Tak payah tunggu abang.... Nanti, bila abang dah mengantuk, abang akan masuk tidur." Si suami, yang telah dipanggilnya Hatta Hanafiah sebentar tadi keluar dari bilik itu meninggalkannya. Fifa berlari ke katil dan menghempas badannya di dada katil itu. Dia menangis sepuas-puas hatinya. Dia tak mahu tahu ke mana lelaki itu pergi dan tak mahu mendengar penjelasan dari lelaki itu. Penipu! Semua lelaki sama! Kembali Ke Atas

Bab 57 "Please, Angah! Kali ni Angah mesti tolong Along! Along dah tak ada orang lain lagi yang nak diharapkan selain dari Angah!" Masih terngiang-ngiang di telinganya Hatta Hanafiah meminta tolong. "Along... takkanlah dah tak ada orang lain lagi yang lebih sesuai untuk tolong Along selain dari Angah ni! Angah kenal pun tidak dengan dia tu! Nanti, macam mana pula Angah nak sesuaikan diri dengan dia?" "Jangan risau.... Dia bukan yang macam Angah sangkakan selama ni. Angah bukan tak pernah tengok gambar dia, kan! Kan Along selalu kasik Angah tengok gambar dia sebelum ni?" "Memanglah... tapi, itu dalam gambar! Luarannya? Angah tak kenal dia betul-betul.... Berat permintaan Along ni... Angah tak sanggup...." Hatta Hanafi melepaskan keluhan panjang dan dalam. Permintaan dari Hatta Hanafiah terlalu berat untuk dilaksanakan olehnya. Kenapa mesti dia? Kenapa bukan orang lain? Baru sahaja luka lamanya masih sembuh. Sekembalinya dia dari Tanah Arab beberapa bulan yang lalu membawa luka yang parutnya masih berdarah.... kini terpaksa menjadi pak sanggup pula? Pak sanggup pada satu pertalian yang mungkin akan mengakibatkan kesengsaraan pada dirinya? Dia tak sanggup terluka sekali lagi.... "Macam mana, Angah? Boleh tak?" "Hmm.... berat ni, Along. Angah tak sangguplah..." Perlahan dia menjawab.

Page 130: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 130

"Tolonglah... anggap sahaja Angah tolong Ummi dan Abi kali ni dan bukan tolong Along. Kata sepakat dah dipersetujui dan ini permintaan terakhir Along pada Angah. Along janji, lepas ni tak ada lagi dah...." "Angah masih tak faham lagik! Along beria-ia mahukan dia menjadi isteri Along tapi sekarang, Along lepaskan pada Angah cam tu je? Along ni betul ke tidak ni?" "Please.... bukan ke menolong tu satu perbuatan yang digalakkan dalam Islam... Along sure Angah lagi maklum pasal ni sebab Angah belajar lagi mendalam dari Along sendiri, kan!" Hatta Hanafi termenung lagi mendengar kata-kata Hatta Hanafiah. Kali ini dia sendiri terperangkap dengan permintaan demi permintaan yang keluar dari mulut lelaki itu. Haruskah dia sekali lagi mengorbankan perasaannya semata-mata untuk membahagiakan orang lain? "Termenung pulak dia... Kenapa ni?" Bahunya ditepuk. Hatta Hanafi menoleh. Datuk Mansor tersenyum memandangnya. "Er.. Datuk! Err.. Papa! Maafkan saya kalau mengganggu Papa. Tak tidur lagi?" Soalnya terketar-ketar. Lamunannya terus hilang. "Macam mana Papa nak tidur kalau menantu Papa bukan berada dalam biliknya sendiri? Pada malam pertama pula tu? Tak mengantuk ke?" Datuk Mansor mengambil tempat di sebelah Hatta Hanafi lalu menyalakan batang paipnya. Hatta Hanafi tersenyum nipis. Dia melirik jam di tangan. Hmm.. sudah pukul 2 pagi. Jadi, sudah hampir 4 jam di situ. Melayan perasaan.... Dia tersenyum lagi. "Fifa mana?" "Nur dah tidur agaknya. Saya tak dapat tidur.. Jadi keluar ambil angin..." Datuk Mansor tersenyum apabila mendengar Hatta Hanafi memanggil Fifa dengan nama Nur. Bertuah engkau, Fifa... dapat dia menjadi suami..!! Suara itu bergema dalam hatinya. "Pergilah masuk tidur. Dah pukul 2 lebih dah ni. Esok, majlis lagi besar... Nanti, Napi mengantuk... Tak terlayan pula tetamu yang datang." "Yalah, Papa.. Saya masuk tidur dulu. Papa?" "Tak palah... Papa pula gantikan tempat Napi ambil angin sekejap. Nanti Papa masuklah." "Assalammualaikum..." "Waalaikummussalam..." Mereka bertukar senyuman sebelum Hatta Hanafi menghilangkan diri masuk ke dalam banglo besar itu dan Datuk Mansor meneruskan angan-angannya seorang diri. Kembali Ke Atas

Bab 58

Page 131: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 131

Fifa terjaga tepat jam 5 pagi. Dia mencari Hatta Hanafi. Keadaan katil di sebelah kanannya masih tetap seperti sebelum dia tidur. Bermakna, lelaki itu tidak tidur di sebelahnya. Dia bangun dan terperanjat kerana melihat lelaki itu sedang duduk di tikar sembahyang menunaikan solat sunat. Fifa duduk di atas katil dan hanya memerhatikan gelagat lelaki itu yang sudah pasti tidak perasan akan keterjagaannya itu kerana dia bersembahyang membelakangkan katil. Selesai solat sunat 2 rakaat, Hatta Hanafi memberi salam. Dia duduk berteleku di tikar sembahyang meneruskan wiridnya. Tangannya memegang erat biji-biji tasbih. Dalam kesepian dinihari itu, Fifa menangis sendirian. Lelaki itu terlalu baik. Entahkan dia tidur atau tidak malam tadi, Fifa tak tahu. Dan kini, sebaik sahaja dia sedar, lelaki itu sedang berbicara dengan Penciptanya. Perlahan-lahan lelaki itu menoleh memandangnya sambil melemparkan senyuman. Fifa segera menyeka airmata. Lelaki itu tersedar jua akhirnya yang dia sudah lama memerhatikan gelagatnya. "Nur pergi bersihkan badan dulu. Kita tunggu azan sama-sama. Nanti, kita sembahyang berjamaah. Biar abang jadi imam." Tanpa sedar, Fifa mengangguk. Dia segera bangun dan berlalu ke bilik air. Selesai solat berjamaah bersama suaminya, Fifa segera berlalu keluar dari bilik. Dia tidak sanggup duduk lama-lama di dalam bilik itu bersama lelaki itu. Perasaannya berkecamuk. Memikirkan bagaimana dia harus menerima lelaki itu. Bagaimana dia harus menipu dirinya bahawa selama ini dia mengharapkan Hatta Hanafiah dan bukannya lelaki yang seiras dengannya? Hatta Hanafi membiarkan Fifa keluar dari bilik. Dia merebahkan diri di katil. Mengambil tempat Fifa malam tadi. Malam tadi, dia melelapkan diri di sofa. Sakit badannya. Nasib baik majlis hanya dibuat di rumah perempuan dan di sebelahnya tak ada. Kalau tidak, agaknya dia terpaksa tidur berdiri. Memang tak pernah dibuat orang.. sebelum majlis bersanding, pengantin tidur bersama. Tetapi, dia tak peduli. Baginya, dia harus menerangkan pada Fifa tentang hal sebenar. Jadi, dia mengambil keputusan untuk berada di banglo besar itu sebaik sahaja selesai majlis pernikahan. Lagipun, sudah sah Fifa menjadi isterinya, kenapa mesti disekat lagi pergaulan mereka berdua? Ikut adat? Tapi, bagaimana dengan agama? Dalam bermonolog sendirian, dia akhirnya terlelap. Dia tersedar sebaik sahaja Fifa masuk ke dalam bilik. "Er.... dah sampai masa untuk pergi ke rumah bertandang. I.. err.. saya nak bersiap ni." "Ehmmm.... okay. Maaflah... kalau menyusahkan. Lena tidur malam tadi?" Fifa sekadar mengangguk. Hatta Hanafi bangun dari baringan dan berjalan menuju ke muka pintu. "Err.... tidur di mana malam tadi?" Soal Fifa. Dia tak tahu nak memanggil lelaki itu dengan panggilan apa.

Page 132: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 132

"Tidur di sofa." Dia terus keluar dari bilik itu. Fifa termangu sendirian. Tidur di sofa? Lenakah dia? Kembali Ke Atas

Bab 59 Majlis persandingan berjalan lancar. Hatta Hanafi kelihatan tidak selesa menjadi tontonan orang ramai yang berpusu-pusu mahu melihat persandingannya dengan Fifa. Pancaran demi pancaran dari kamera sanak saudara dan rakan taulan melemaskannya. Pun begitu, dia masih cuba mengukir senyuman buat semua yang datang melihat. Fifa sahaja yang mencuka di pelamin. Hatinya tetap tak boleh menerima lelaki lain dalam hidupnya. Kenapa mesti lelaki ini? Kenapa bukan Hatta Hanafiah? Soalan itu berputar di dalam kepalanya. Maria yang menjadi pengapitnya sedaya upaya memujuk agar dia menguntumkan senyuman untuk tetamu yang menepung tawar. Terdetik juga di hatinya, kenapa Fifa kelihatan tak gembira walaupun bertemu jodoh dengan Hatta Hanafiah yang ternyata memang dicintainya selama ini? Tapi, Hatta agak kekok bila berhadapan dengannya kali ini. Sebelum ini, bukan mereka tak pernah berborak bersama, malah selalu berbual dan bercerita tentang Fifa. Kenapa hari ini... sebetulnya sejak semalam, selepas akad nikah, dia berlainan sekali. Seolah-olah baru semalamlah dia mengenali Maria sebagai sahabat karib Fifa. Sehingga selesai majlis pun, Fifa masih masam. Selepas tetamu pulang ke rumah, dia terus masuk ke dalam bilik. Hadiah-hadiah di tengah rumah dibiarkan tak terusik. Datin Maznah dan Datuk Mansor perasan akan kelainan di wajah Fifa tetapi tidak pula cuba bertanya. Mereka yakin, menantu baru mereka itu akan berjaya juga memujuk Fifa. Mereka tahu, Hatta Hanafi terpaksa berkahwin dengan Fifa atas desakan Hatta Hanafiah sendiri. Mereka tak mahu tahu kenapa dan mengapa Hatta Hanafiah, yang sepatutnya menjadi suami Fifa membuat keputusan sedemikian kerana yang mereka mahukan, Fifa berkahwin secepat mungkin. Lagipun, itu bukanlah tajuk utama untuk diperdebatkan kerana sebelum ini pun, Fifa tak tahu siapa bakal suaminya. Tetapi hairan juga mereka kerana mereka tidak nampak langsung muka Hatta Hanafiah di majlis hari ini. Semalam pun tak ada juga. Ke mana pula perginya? Merajuk membawa hati yang lara? Tapi, kenapa? Bukankah ini juga atas permintaannya? Hatta Hanafi mengikut Fifa dari belakang. Sebaik sahaja badannya membolosi pintu masuk ke bilik tidur mereka, terus dia menekan tombol pintu untuk menguncinya. Dia mahu berbicara dengan Fifa. Sebagai seorang suami kepada seorang isteri. "Boleh Nur duduk dulu dekat abang?" Seboleh mungkin dia melembutkan nada suaranya. Dia tak mahu Fifa beranggapan negatif padanya. "Cakap saja, saya dengar." Fifa masih tak berganjak dari meja soleknya. Dia membuang segala calitan make-up yang dicolekkan ke wajahnya.

Page 133: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 133

"Abang rasa, kita buat solat Asar berjamaah dulu, ya! Nur bersihkan badan dulu.. lepas solat, abang ada hal nak cakap dengan Nur." Fifa tidak mengangguk atau menggeleng tetapi segera mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air tanpa suara. Hatta Hanafi merebahkan badan di katil. Mengeluh perlahan sambil mencari kekuatan untuk memulakan perbualan nanti. Telinganya menangkap bunyi air yang mencurah-curah dari shower dan dia tahu, kini... Fifa sedang membasahkan kembali hatinya yang kekeringan. Fifa sudahpun siap berpakaian menunggu Hatta Hanafi yang masih berada di dalam bilik air. Dia menyarungkan telekung ke kepala dan menunggu Hatta Hanafi di sejadah. Sejadah Hatta Hanafi sudah siap dibentangkannya di sebelah hadapan. Selesai mandi, Hatta Hanafi terus mengambil tempat di depan Fifa dan memulakan solat Asar. Fifa tenggelam seketika di dalam alunan bacaan suci Al-Quran yang dilagukan oleh Hatta Hanafi. Setiap kali bersolat jamaah dengan lelaki itu, hatinya menjadi lembut. Dia seperti dibuai oleh bacaan yang berlagu harmoni itu. Habis solat, Hatta Hanafi membaca doa dan selepas itu terus memusingkan badannya menghadap Fifa. Fifa bersalaman dengannya dan mencium tangan lelakinya itu. Dia terasa bahagia. Dan, hari itu... dia yakin bahawa dia adalah lelaki yang bertuah kerana beristerikan Fifa. "Tunggu dulu, Nur." Hatta Hanafi menahan Fifa dari terus bangun meninggalkannya setelah membuka telekung. "Abang ada hal nak cakap dengan Nur. Abang minta, Nur duduk di sisi abang dan dengar baik-baik apa yang abang nak cakapkan ni." Dia menarik tangan Fifa duduk di sebelahnya. Fifa terus melipat telekung tanpa memandang wajahnya. Dia tahu, terlalu sukar untuk Fifa menerima hakikat kerana terpaksa berkahwin dengannya yang disangkakan Hatta Hanafiah. "Hemmm..." Dia terbatuk kecil. Fifa mendongak memandangnya dan dia menghadiahkan senyuman kepada isterinya itu. "Abang minta maaf kalau Nur rasa tertipu dengan perkahwinan kita ni. Sebenarnya abang pun tak berniat nak tipu Nur.. Cuma... abang terpaksa menunaikan amanat orang. Hatta Hanafiah; saudara kembar abang yang minta supaya abang berkahwin dengan Nur." Fifa sedikit terperanjat mendengar kata-kata itu. Hatta Hanafiah ada kembar?? Kenapa selama ni, dia tak pernah beritahu? Jadi, lelaki ini benar-benar bukan Hatta Hanafiah? "Huh..." Satu keluhan keluar dari mulut Hatta Hanafi. Dia meraup wajahnya. "Along minta abang simpan rahsia ni baik-baik sebenarnya tapi abang tak sampai hati nak menipu Nur lagi. Sepatutnya, hari ni Along yang mesti ada di depan Nur untuk menjadi suami Nur dan untuk menjadi pelindung Nur. Tapi, Along tak ada dan abang yang kena gantikan tempat dia. Mengikut plan asal, Along yang datang meminang Nur. Sehingga 2 minggu sebelum tarikh perkahwinan, Along masih bakal suami Nur tapi... kehendak Allah SWT melebihi segala-galanya."

Page 134: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 134

Terhenti kata-katanya di situ. Dia meraup wajahnya sekali lagi. Airmata lelakinya mula bergenang. Terbayang wajah kembarnya yang masih tersenyum sewaktu meminta dia menjadi suami Fifa. "Jangan kecewakan Fifa, Angah. Along berharap pada Angah. Tolong Along untuk kali yang terakhir." "Kenapa Along tiba-tiba undur diri? Bukan ke selama ni Along yang bersungguh-sungguh nak memiliki dia? Kan ke dulu, Along bangga sebut pada Angah yang Along akan kahwin jugak dengan dia walau apa pun yang terjadi? Sejak Along di IPT lagi Along selalu cerita tentang dia.. Bagaimana dia mula-mula membuatkan Along jatuh cinta dan Along selalu cuba mendekati dia?" "Semua tu hanya angan-angan Along... Along tak punya banyak masa untuk capai semua impian Along tu.. sebab tu Along minta Angah gantikan tempat Along. Dia perlukan seorang lelaki untuk teruskan hidup dia, Ngah. Hanya Angah yang layak untuk membimbing dia." "Kenapa? Along tolong terangkan sikit pada Angah kenapa Angah mesti tolong Along? Along nak ke mana? Mengada-ngada! Dulu beria-ia sangat nakkan perempuan tu. Sekarang, pas kat orang pulak!" Hatta Hanafi mula meradang. Dia tahu, Hatta Hanafiah cuba main tarik tali dengannya. Hatta Hanafiah ketawa berdekah-dekah mendengar rungutan adik kembarnya itu. Dia menggelengkan kepala dan menepuk bahu Hatta Hanafi. "Emosional sangat! Sebab tu tak jadi kahwin dulu!" "Hah! Dah tahu Angah ni emosional, minta tolong lagik! Pi cari orang lainlah suruh tolong Along...." "Janganlah cam tu, Ngah... Along cuma ada sorang je teman karib selama ni... Angah lah orangnya.. Rahsia Along hanya Angah je yang tahu. Okay... Along beritahu Angah hal ni tapi janji jangan beritahu pada orang lain termasuk Ummi dan Abi, ya!" Hatta Hanafi mengangguk tanda setuju dengan syarat yang diberikan oleh abang kembarnya itu. Nafas ditarik panjang. "Cam ni, Ngah... Sebenarnya Along menghidap penyakit barah otak. Dah sampai final stage dan Along akan menjalani pembedahan hujung minggu ni. Seminggu sebelum Along diakad nikahkan dengan Fifa. Along tak pasti macam mana dengan keadaan Along lepas tu... tapi, Along tak yakin Along akan kahwin dengan dia." Hatta Hanafi cuba menyampuk tetapi ditahan oleh Hatta Hanafiah. dia mengangkat tangan meminta sehingga dia habis bercakap dahulu. "Sorry lah... Along sorokkan rahsia ni dari Angah dah bertahun lamanya. Sebenarnya Along dapat kesan penyakit ni sejak di IPT dulu tapi waktu tu tak teruk sangat. Baru masuk second stage. Along tak nak ganggu Angah di sana... nanti pelajaran Angah jadi teruk. Angahlah harapan Ummi dan Abi untuk jadik ustaz dalam keluarga kita. Along tak sepandai Angah...

Page 135: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 135

Sebenarnya dah lama doktor nasihatkan Along supaya buat operation tapi Along tak nak. Waktu tu, lama Along suffer... Yalah... dahlah jauh dari family... Tak da orang nak take care pasal Along. Nak mengadu pun tak ada orang nak dengar. Hati terluka, kepala sakit... Sepanjang 2 tahun kat sana dulu... Along lebih banyak habiskan masa di katil hospital. Tapi, Along tak beritahu sorang pun termasuk Ummi. Along sempat pergi buat umrah dan Haji dalam tahun pertama di negara orang. Mungkin itulah ujian buat Along. Allah tu kan Maha Pengasih dan Penyayang.... dalam pada Along diuji dengan penyakit, Along juga diberi kesempatan untuk menjadi tetamu rumah Nya di Mekah. Dan Along yakin, sebab tulah Along masih mampu bertahan sampai hari ni. Tapi, lepas operation ni, Along tak berani nak jamin. Mungkin Along takkan kahwin dengan Fifa. Allah telah mentakdirkan begitu. Along tak boleh menolak atau lari dari hakikat! Jadi, Along pinta Angah gantikan Along..." "Barah otak? Dah begitu lama baru Along nak beritahu Angah? Kenapa tak pendamkan saja sampai waktu operate nanti? Nak masuk bilik bedah baru panggil Angah dan beritahu yang Along sakit!" Hatta Hanafi melepaskan kemarahannya sebaik sahaja Hatta Hanafiah berhenti berkata-kata. "Sebab tu lah Along tak nak beritahu Angah. Along dah agak mesti Angah marah punya. Come on, Angah... Bukannya Along dah nak mati pun... Just in case sesuatu terjadi pada Along, Fifa dah dapat pengganti. Please..." Hatta Hanafi merengus kuat! Tanggungjawab yang terlalu berat untuk dilaksanakan. Dia sanggup menolong Hatta Hanafiah tapi bukan dengan cara itu. Dia kesal kerana Hatta Hanafiah menyorokkan perkara itu dari pengetahuannya. Sejak kecil sehingga dewasa segala rahsia dikongsi bersama. Belum pernah sekalipun mereka menyorokkan hal-hal peribadi masing-masing pada yang seorang lagi. Tapi kini, Hatta Hanafiah seolah-olah mengenepikannya. Lama dia duduk memikirkan hal itu. Lama dia termenung. Hatta Hanafiah juga diam tak berkata apa-apa kerana dia mahu memberi ruang untuk adik kembarnya itu bernafas dan berfikir. "Okay, Angah setuju tolong Along tapi, sebaik saja Along baik nanti, Angah akan undur diri." Hatta Hanafiah mahu menyampuk tetapi segera dipotong kembali olehnya. "Lagi satu. Angah akan beritahu Ummi dan Abi tentang hal ni. Kalau Along tak setuju, tak pa... Kita pergi jumpa keluarga perempuan tu dan putuskan pertunangan sehingga Along sembuh dan lepas tu baru mulakan balik urusan peminangan! Camna?" "Mana boleh cam tu? Syarat pertama tu Along tak setuju sama sekalo. Kalau dah Angah kahwin dengan dia dan bahagia, kenapa pulak bila Along dah sembuh nanti, Along kena ambil dia pulak! Nanti Angah camna? Tak boleh..." "Tak boleh....?? Tak kisah... Along carilah orang lain gantikan tempat Along. Angah tak nak!" "Okay... okay.... Janganlah cam tu! Okaylah... Along sanggup. Tapi, Angah hanya boleh beritahu Ummi dan Abi tentang operation Along waktu Along dah masuk dalam bilik bedah. Angah nak cerita semua pun tak pa."

Page 136: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 136

Hatta Hanafi mengesat airmata yang tumpah ke pipi. Buat yang kesekian kalinya, dia meraup lagi wajahnya. Dia memandang ke wajah wanita yang telahpun menjadi isterinya. Wanita itu sedang menangis tersedu-sedu. Dia rasa bersalah. Tidak pernah terniat di hatinya ingin membuat wanita itu menangis. "Along dah tak ada, Nur. Along dah kembali kepada Penciptanya. Sehari lepas pembedahan, dia koma dan terus meninggal dunia. Dia tak sempat nak beritahu abang amanat terakhirnya..... Tapi abang tahu... dia mahukan abang jaga Nur sebagaimana yang dia angan-angankan selama ni. Jadi, sekarang Nur dah tahu cerita yang sebenar dan terpulang pada Nur untuk menilainya." "Kenapa mesti tipu saya? Kenapa tak beritahu dari awal lagi? Saya rasa tertipu selama ni." "Maafkan abang. Sepatutnya abang beritahu Nur tentang hal ni sebelum kita bernikah semalam tapi, kedua orang tua abang tak setuju dengan permintaan abang. Mereka mahu impian Along terlaksana. Kalau Nur tak boleh terima abang, abang faham tapi buat masa ni kita cuba sesuaikan diri kita dulu.... Kalau Nur tak boleh juga terima abang, beritahu abang dan abang rela lepaskan Nur." Hatta Hanafi bangun lalu melipat sejadahnya. Fifa masih di sejadahnya. Dia masih lagi menangis. Fikirannya kacau. Lelaki itu sanggup melepaskannya kalau dia mahu? Untuk apa? Untuk mendapat gelaran janda berhias? Dia tak mahukan gelaran itu. Bukan jijik tetapi dia cuba mengelakkan perkara itu terjadi. Jadi, apa keputusannya? Dia bingung. Menerima lelaki itu... bermakna merealisasikan impian Hatta Hanafiah. Menolak lelaki itu umpama menolak seribu rahmat dari Allah.... Tetapi, bagaimana dengan hatinya????? Kembali Ke Atas

Bab 60 Sudah hampir sebulan mereka menjadi suami isteri... Sudah hampir sebulan juga, Fifa melepaskan jawatannya di pejabat dan menjadi surirumah sepenuh masa. Hatta Hanafi tidak memaksa tetapi dia yang mahu berbuat demikian. Apartment di tingkat 3 miliknya yang sudah lama dibeli dahulu baru kini dijejaki. Setelah lebih dari 3 tahun, baru kini dia mendiami apartment itu. Impiannya mahu menduduki rumah itu bersama Ekmal tetapi tak kesampaian. Kini, dia menduduki rumah itu sebagai isteri Hatta Hanafi. Setiap hari, dia melakukan segala kerja rumah. Dari mengemas rumah, membasuh sehinggalah memasak. Semua dilakukannya sendiri. Dia tak mahu ambil orang gaji. Dia mahu menguruskan rumahtangganya sendiri. Itulah tujuan utama dia berhenti kerja dulu. Makan pakai Hatta Hanafi disediakan sebaik mungkin. Dia melayan Hatta Hanafi dengan penuh sopan tetapi hanya melayan makan pakai sahaja. Dia masih tidak boleh menipu dirinya untuk menerima Hatta Hanafi sebagai suaminya. Selalunya, setiap hari apabila Hatta Hanafi mahu ke pejabat, baju kerja sudah tersedia di atas katil. Fifa sibuk di dapur menyiapkan sarapan. Hatta Hanafi hanya perlu duduk di meja makan dan makan makanan yang terhidang di atas meja. Selepas itu, pergi ke pejabat. Balik dari pejabat pula, Fifa akan menanti di muka pintu. Menyambut beg dari tangan Hatta Hanafi dan menghidangkan minuman petang. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Page 137: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 137

Mereka akan bersolat Maghrib dan Isya' berjamaah. Selepas itu, Fifa akan menghidangkan makan malam dan selesai makan malam, mereka masuk ke bilik masing-masing. Fifa di kamar utama dan Hatta Hanafi di kamar tetamu. Begitulah rutin harian mereka selama ini. Mereka hanya bersuara jika ada sesuatu hal penting yang perlu dibicarakan atau dibincangkan. Saudara mara yang datang dilayan mesra. Baik dari pihak Hatta Hanafi mahupun dari pihak Fifa sendiri. Mereka tak berpura-pura. Kemesraan memang tiada. Fifa kekok bila dipinta duduk bersebelahan dengan Hatta Hanafi sewaktu menonton televisyen atau makan malam kerana selama ini, mereka tidak begitu. Ramai yang perasan akan keganjilan rumahtangga mereka terutamanya Maria. Namun, tiada seorang pun yang mampu membuka mulut bertanyakan hal itu pada Fifa atau Hatta Hanafi. "Aku tak boleh terima dia, Mar..." Itulah jawapan yang diberikan oleh Fifa setiap kali Maria bertanyakan tentang hubungan dia dan Hatta Hanafi. "Kan dia dah jadi suami kau! Hendak atau tak, kau kena terima dia! Kau sanggup hidup macam ni sampai bila-bila? Ada suami tapi tak dilayan kehendak batin. Kau berhenti kerja untuk semua ni ke? Untuk melayan lelaki yang kau tak boleh terima dalam hidup kau? Baik kau terus kerja... Lagi senang... tak yah peningkan kepala otak dengan hal-hal rumahtangga cam ni.." "Aku sanggup hidup macam ni!" "Kau sanggup! Tapi, dia? Pernah ke kau fikirkan hati dia? Dia dah korbankan hidup dia demi untuk kau, alih-alih kau buat dia macam ni!" "Aku pun korbankan hidup aku juga, Mar! Aku tak minta dia jadi pengganti Hatta! Aku tak nak pun. Dia yang setuju! So, bukan salah aku!" "Kenapa kau macam ni, Fifa? Fifa yang aku kenal bukan jenis yang sanggup melukakan hati orang lain, kan... Tapi kau dah berubah... jauh berubah dari dulu. Kenapa kau buat macam ni? Kan kau kata dulu.. kau akan terima siapa juga bakal suami kau! Sekarang, kenapa kau tak boleh terima?" "Sebab aku rasa tertipu, Mar! Aku rasa semua orang menipu aku!" "Kau salah... tak ada orang yang menipu kau.. Kau kan memang tak tahu siapa bakal suami kau! Jadi, tak ada bezanya sama ada Hatta Hanafi atau Hatta Hanafiah yang jadi suami kau! Kau tetap tak tahu dari awal lagi... Sekurang-kurangnya, dia jujur pada kau. Aku rasa, dah cukup banyak dia berkorban untuk kebahagiaan kau. Dia sanggup tunggu sampai sekarang semata-mata untuk kau terima hakikat." "Aku perlukan masa, Mar. Aku perlukan masa untuk terima dia." "Sampai bila? Sampai dia dah muak dengan perangai gila kau ni?" Fifa terdiam tak menjawab. Betul ke dia akan muak dengan aku? Dia menyoal dirinya sendiri. Dia melepaskan keluhan perlahan-lahan.

Page 138: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 138

"Fifa... aku hanya nasihatkan kau. Fikirlah baik-baik. Sekarang baru sebulan, nanti-nanti kalau dia tak tahan dengan kau.... jangan salahkan dia kalau dia cari yang lain! Lelaki bila-bila boleh buka cawangan tau!" "Dia bukan macam tu!" Sanggah Fifa. Dia tak mahu Maria terus-terusan menakutkannya. "Mana kau tahu? Sebulan masih okay lagi! Kau tengok sajalah.. Kalau dah lebih dari 3 bulan, aku berani jamin dia panas punggung nak duduk lama-lama dalam rumah ni. Walaupun kau cakap, kau tak abaikan makan pakai dia, tapi macam mana dengan kehendak batin dia? Ada pernah kau benarkan dia sentuh kau? Pernah kau kasik dia belai kau? Come on, Fifa... kau dah besar panjang... dah nak masuk 30 dah pun... Takkanlah kau nak aku ajar kau jugak!" "Ah! Sudahlah!! Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Boringlah cerita pasal hal ni. Boleh tak kau ubah sikit topik tu?" "Kau ni... makin tua makin degil! Aku pun tak tahu cam mana lagi nak cakap dengan kau ni!" Fifa buat tak reti dengan rungutan yang keluar dari mulut Maria. Dia tahu, Maria memang betul-betul marah bila dia mengelakkan diri dari terus membicarakan soal rumahtannganya. Hatinya cuak sedikit mengingatkan kembali kata-kata Maria. Adakah Hatta Hanafi juga seperti lelaki lain yang tak puas dengan satu isteri? Ah, bagaimana dia nak puas, Fifa... sedangkan dia tak pernah dapat menjalankan kewajipannya sebagai suami? Soal hatinya. Kembali Ke Atas

Bab 61 Petang itu, sewaktu sedang minum di balkoni, Hatta Hanafi merenung wajahnya. Seperti tersedar dia sedang diperhatikan, Fifa mengangkat mukanya dan memandang ke arah Hatta Hanafi. "Abang ada hal nak cakap dengan Nur ni. Boleh Nur berhenti baca majalah tu sekejap?" Fifa mengangguk dan meletakkan majalah di atas ribanya. Dia menanti penuh sabar untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Hatta Hanafi. "Macam ni... hmmmm, berat sungguh abang nak beritahu pada Nur tapi abang terpaksa cakap juga. Hujung bulan ni, kalau boleh abang nak Nur balik ke rumah Mama dan Papa." "Kenapa? Awak nak ke mana?" Soalnya tergagap-gagap. Apakah kata-kata Maria akan menjadi kenyataan? Ya Allah... kenapa mesti begini? "Abang takkan ada di sini selama hampir sebulan. Abang akan berkursus di Sarawak. Abang tak nak Nur duduk sorang dekat sini. Sebab tu abang suruh Nur balik ke sana. Sekurang-kurangnya, ada Mama untuk tengokkan Nur." "Kursus? Ke... kahwin lain?" Terperanjat Hatta Hanafi mendengar soalan itu. Eh, kenapa pula tiba-tiba soal itu yang timbul? Siapa pula yang meracun isterinya itu?

Page 139: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 139

"Apa yang Nur cakapkan ni? Abang nak kahwin lain? Siapa yang jadik tukang sampai berita ni? Abang kena berkursus kat Miri. Abang pergi dengan kawan-kawan ke sana." "Awak kena ingat, saya ni isteri awak! Kalau awak kahwin lain, siaplah. Saya akan pastikan awak tak bahagia sampai bila-bila." Fifa cuba mengugut Hatta Hanafi. "Astaghfirullahal 'Azim... Mengucap, Nur. Nur sedar tak apa yang Nur cakapkan ni? Nur sekarang dah menuduh abang buat perkara yang abang tak terfikir sikit pun. Untuk apa abang kahwin lain sedangkan abang dah ada isteri yang cukup sempurna. Segala makan pakai abang cukup tersedia. Cuma...." Hatta Hanafi tak menghabiskan kata-katanya. Dia tak mahu mengecilkan hati Fifa. "Cuma apa? Saya ni tak cukup baik jadi isteri? Kalau macam tu, kenapa kahwin dengan saya dulu?" "Ya Allah... kenapalah Nur ni suka fikir negatif? Abang tahu, Nur tak boleh terima abang sebagai suami tapi sekurang-kurangnya tolonglah jangan fikir negatif tentang abang. Abang sanggup bersabar sampai Nur boleh terima abang. Abang tak kisah, kita tak tidur sebilik, kita tak bercakap macam suami isteri yang lain. Abang tak kecil hati, kalau Nur buat tak reti dengan abang, kalau Nur tak benarkan abang sentuh Nur. Abang tak marah kalau waktu abang balik kerja, Nur terlupa sambut abang di pintu, sebab Nur sibuk siapkan minuman petang... Abang ni lelaki Nur.. Kalau abang nak buat jahat, malam pertama lagi abang dah selesaikan tugas abang. Lepas tu abang boleh tinggalkan Nur kalau abang nak... Tapi abang tak suka buat semua tu. Untuk apa? Abang ni belum gila lagi. Abang tak ada masa nak fikir tentang nak kahwin lain. Dalam hati abang ni cuma ada Nur sorang je. Nur sajalah isteri abang, takkan ada dua atau tiga atau empat. Abang jatuh cinta pada Nur dari hari pernikahan kita dulu. Dan, abang akan pertahankan cinta abang selagi terdaya." Fifa terdiam mendengar luahan perasaan Hatta Hanafi. Selama ini, lelaki itu hanya mendiamkan diri walaupun diperlakukan seperti orang asing di rumah sendiri. Lelaki itu terlalu sabar melayan egonya kerana tak boleh menerima dia sebagai suami. Lelaki itu tak pernah merungut, tak pernah menaikkan suara, tak pernah menyindir kalau dia buat tak reti dengannya. Fifa sedar semua itu. Cuma dia tak mampu untuk mentafsir perasaannya. Fifa juga mahu dibelai, mahu dimanja... tetapi oleh lelaki yang dicintainya! Lelaki di depannya ini tidak dicintai! Bagaimana pula dia nak menyesuaikan diri? Tapi, kini dia mula cuak. Hatta Hanafi akan pergi ke Sarawak hampir sebulan. Segala-galanya boleh jadi dalam tempoh itu. Manalah tahu kalau-kalau Allah mahu memesongkan hatinya di sana? Manalah tahu kalau-kalau kawan-kawannya akan cucuk dia untuk cari yang lain? Jadi, bagaimana dengan nasibnya nanti? "Nanti abang hantar Nur ke rumah Mama. Abang akan beritahu pada mereka tentang pemergian abang ke Sarawak." Suara Hatta Hanafi mematikan khayalannya. "Saya tak nak balik sana. Ini rumah saya. Saya akan tunggu sampai awak balik tapi saya takkan balik ke rumah Mama."

Page 140: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 140

"Okay, terpulang pada Nur. Masih ada 2 minggu lagi sebelum abang berangkat ke sana. Nur fikir masak-masak, nanti beritahu abang keputusan Nur." Hatta Hanafi mencapai cawan dan meneguk kopi nipis kegemarannya. Fifa mencapai kembali majalah yang sebentar tadi diletakkan di atas ribaan. Dia cuba menyambung kembali bacaannya tetapi fikirannya ke arah lain. Bagaimana ni? Tinggal 2 minggu je lagi sebelum Hatta Hanafi ke sana. Apa alasannya untuk mengelakkan diri dari dipaksa ke rumah Mama? Dan, apa pula alasannya untuk menghalang Hatta Hanafi ke sana? Fikirannya bercelaru mencari jalan keluar. Kembali Ke Atas

Bab 62 Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Hatta Hanafi berangkat ke Sarawak untuk menghadiri kursus di sana. Hati Fifa semakin tak keruan mengenangkan dia bakal ditinggalkan sendirian kelak. Walaupun hanya untuk tempoh yang sekejap, tetapi dia dapat merasakan seolah-olah sebulan itu terlalu lama. Walaupun sebelum ini, dia memang mengharapkan lelaki itu mengabaikannya, tetapi kali ini dia seperti mahu ikut lelaki itu ke sana. Dia tidak mahu ditinggalkan. Dia takut ditinggalkan! Itulah perasaan sebenar yang dialaminya. Pelik! Dia sendiri pun tak faham kenapa begini jadinya? Dia menolak takdir.... tetapi kenapa kini dia seolah-olah pungguk rindukan bulan? Kerana takutkan kata-kata Maria menjadi kenyataan? Atau kerana takut dimadukan atau diceraikan? Takut jadi janda? Semalam, sekali lagi Hatta Hanafi bertanya padanya sama ada mahu ke rumah Datin Maznah atau tidak. Fifa tidak menjawab sebaliknya terus masuk ke dalam biliknya. Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya dari Hatta Hanafi. "Nur, Mama nak cakap dengan Nur." Hatta Hanafi menjerit dari luar. Fifa segera keluar dari biliknya ke ruang tamu. Dia mencapai gagang dari tangan Hatta Hanafi tanpa memandang ke wajah lelaki itu. "Assalammualaikum..." Salamnya dijawab. "Mama apa khabar?" "Mama sihat je. Fifa cam mana? Okay ke? Napi layan Fifa dengan baik?" "Alhamdulillah... Fifa sihat, Ma... Dia layan Fifa cam biasa je... Dari dulu sampai sekarang tetap baik. Mama jangan risau. Kitaorang tak ada apa-apa...." "Mama dapat call dari Napi tempohari. Dia cakap dia nak tumpangkan Fifa kat rumah Mama sebulan sebab dia kena kursus ke Sarawak. Fifa baliklah rumah Mama... dah lama kita tak makan sama-sama. Lagipun, kalau Fifa duduk sana pun, bukannya ada teman..." "Tak apalah, Mama... Fifa rasa Fifa nak duduk kat rumah ni je. Banyak benda yang Fifa boleh buat kat sini. Lagipun, nanti kalau Fifa boring, kan Fifa boleh balik sana sehari dua...

Page 141: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 141

Takkanlah Fifa nak tinggalkan rumah Fifa pulak. Maria ada boleh tengok-tengokkan Fifa. Rumah dia pun bukan jauh sangat dari sini. Lain kali saja ya Mama!" "Mama risau Fifa tinggal sorang-sorang. Kalau sekejap tak pa juga, ini sampai sebulan." "Mama... Fifa bukannya budak kecil lagi. Fifa dah jadi isteri orang. Mama jangan risau. Setiap hari Fifa akan call Mama, ya! Kirim salam pada Papa. Assalammualaikum." Fifa meletakkan gagang telefon. Bukan dia mahu bersikap kurang ajar tetapi malas nak melayan rayuan Datin Maznah. Dia bukan tak kenal siapa wanita itu. Ibunya sendiri. Selagi terdaya, wanita itu akan memujuk sehingga orang lain terpaksa mengalah. "Kalau nak pergi, pergi jelah.. Tak payah call Mama beritahu pasal ni. Saya tahu nak jaga diri saya." Katanya sambil memandang Hatta Hanafi yang sedang duduk di sofa. "Nur jangan salah faham. Abang cuma bimbangkan Nur. Kalau Nur sakit ke, demam ke... tak ada orang tahu. Abang kat sana nanti yang risau." "Kan saya dah cakap, saya pandai jaga diri saya sendiri. Awak nak sangat pergi sana, kan! Pergi jelah... Saya dekat sini janganlah awak risau." Fifa bangun. "Nak pergi, pergi jelah... Sibuk je risaukan orang. Kalau risau sangat, tak yah pergi. Duduk kat rumah." Fifa berbicara sendirian tetapi cukup kuat untuk Hatta Hanafi mendengar kata-kata itu. Dia sebenarnya cukup geram dan sedih kerana Hatta Hanafi seolah-olah tak faham apa yang bermain dalam hatinya sekarang. "Nur, kita makan di luar malam ni." Hatta Hanafi sudah berada di depannya. Fifa terperanjat. Hampir terlepas gelas di tangan. Bila pula dia ni balik? Hatinya tak keruan kerana diperhatikan. Tiada balasan dari Fifa kerana dia masih terperanjat. "Esok abang dah nak pergi ke Sarawak. Jadi, malam ni abang tak nak Nur masak. Kita makan di luar. Dah lama kita tak makan di luar, kan!" "Saya sibuklah... Awak pergilah makan sorang." "Janganlah macam tu, Nur. Manalah tahu, kalau-kalau lepas ni kita dah tak ada peluang makan bersama lagi....," rayu Hatta Hanafi. Fifa memandang tepat ke matanya. Apa pula maksudnya kali ini? Tak ada peluang lagi? Jadi, dia benar-benar nak tinggalkan aku ke? "Okaylah... Lepas Maghrib lah kita keluar." Balas Fifa dengan hati berdebar. Hatta Hanafi tersenyum dan beredar ke biliknya. Kembali Ke Atas

Bab 63 Sudah seminggu Hatta Hanafi di Sarawak. Sudah seminggu juga Fifa keseorangan tak berteman. Setiap hari... dia duduk di bilik Hatta Hanafi. Dia tidur di situ, bersembahyang di

Page 142: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 142

situ, segala-galanya dibuat di bilik itu. Tiada panggilan dari Hatta Hanafi bertanyakan khabarnya. Mahu ditelefon pada telefon bimbit lelaki itu, terasa segan pula. Takut tak dilayan pun ada juga. Nak tak nak, terpaksalah dia pendamkan hasratnya untuk mendengar suara lelaki itu. Datin Maznah setiap hari telefon bertanyakan keadaannya. Tak kurang juga, setiap patah katanya seolah-olah memujuk Fifa balik ke banglo mewahnya. Pujukannya itu ditolak dengan lembut oleh Fifa. Bimbang juga dia kalau-kalau wanita itu kecil hati tetapi nampaknya wanita itu sudah jauh berubah. Mungkin masa telah menyedarkannya. Fifa termenung di sofa. Sesekali dia melirik jam di dinding. Hampir Zuhur. Ke mana pula sesatnya si Umairah ni? Hatinya berkata-kata. Umairah, adik iparnya telefon pagi tadi kata mahu datang menjenguk di rumah. Si Munira sudah bising mahu berjumpa Ummi Ngah nya yang sorang ini. "Assalammualaikum.... Kak Ngah..." Terdengar satu jeritan dari luar. Alhamdulillah... panjang umur budak-budak ni. "Waalaikummussalam.. Tunggu sekejap, Kak Ngah bukakan pintu." Fifa bangun dan menuju ke pintu utama rumahnya. "Ummi Ngah....." Jerit Munira kegembiraan apabila melihat Fifa di hadapannya. Sejurus selepas Fifa membuka grill, terus dia memeluk badan Fifa. Fifa tergelak riang melihat gelagat Munira. Entah kenapa, Munira mencari peluang untuk rapat dengannya. "Apa khabar, Kak Ngah?" Soal Umairah sebaik sahaja punggungnya berlabuh di sofa empuk milik Fifa. "Alhamdulillah... Kak Ngah sihat. Mai apa khabar? Najib tak ikut sekali?" Munira sudahpun duduk di ribaannya. Umirah membetulkan tudung labuhnya. Bibirnya menguntum senyuman. "Mai sihat, Kak Ngah. Najib ada kerja sikit hari ni. Sepatutnya dia pun datang sama, tapi boss dia telefon pagi tadi. Tu yang Mai lambat sikit tu... kena drive sendiri... tahu sajalah Mai ni.. kalau drive tu, mana boleh laju-laju. Phobia betul tengok kereta lain yang laju di jalan. Hish.... kecut perut Mai...." Fifa dan Munira ketawa mendengar cerita Umairah. Sesekali, Munira menarik Fifa dekat pada mukanya dan mencium pipi Fifa. Umairah tersenyum melihat gelagat puteri sulungnya itu. "Si Munira ni... dah berapa hari dah sibuk sangat nak datang ke sini. Nak jumpa Ummi Ngah, katanya. Rindu agaknya. Oh iya! Ummi dan Abi kirim salam pada Kak Ngah. Diaorang tanya, bilalah agaknya menantu baru diaorang ni nak balik ke sana...," seloroh Umairah. Fifa hanya tersenyum. "Ummi dan Abi sihat?" Umairah mengangguk. "Kak Ngah kena tunggu Angah balik ke sini dulu. Kalau dia dah balik nanti, insya-Allah kami akan balik bermalam di sana." "Angah tak telefon Kak Ngah?" Fifa menggeleng.

Page 143: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 143

"Dah seminggu dia pergi, kan! Takkanlah dah lupa nak telefon ke rumah?" Senyum. "Dia sibuk lah tu... Nanti kalau dia dah tak sibuk, mesti dia akan telefon." "Dia memang macam tu, Kak Ngah. Dulu waktu belajar, setahun sekali pun susah nak hantar berita. Kalau nak tahu dia sihat ke tidak, kenalah Ummi yang telefon. Nak tunggu dia, sampai bila pun tak tahu sihat ke tidak..." "Ummi Ngah, Ira nak tidur dengan Ummi Ngah kat sini boleh tak?" Munira menyampuk sebelum sempat Fifa menjawab kata-kata Umairah. "Boleh, apa salahnya... Tapi, Ira kena tanya Ummi dulu.. boleh tak Ira tidur dengan Ummi Ngah. Kalau Ummi kasi, baru boleh." Munira memandang ke arah Umairah memohon jawapan. Umairah tersenyum. "Sebelum datang tadi dah ditanya. Tu yang datang bawak sekali beg baju dia. Biarlah dia tinggal dekat sini seminggu temankan Kak Ngah. Ummi pun tak kisah. Iqbal ada nak temankan Ummi di rumah. Lagipun, Mai dan Najib kena pergi ke Penang Isnin nanti. Najib kena kursus dan Mai ada hal peribadi sikit dekat sana." "Okaylah.. Ira tidur rumah Ummi Ngah." Fifa memegang kepalanya. Tiba-tiba dia rasa pening. Umairah bangun mendapatkannya. "Kak Ngah ni tak apa-apa ke?" Fifa menggeleng. "Dah demam 2 hari. Pagi tadi rasa dah kebah sikit. Tak tahulah pulak kenapa tiba-tiba pening balik. Mai duduk dululah... Kita ni berborak dari tadi, terlupa pulak Kak Ngah nak buatkan Mai air." Fifa mahu bangun tetapi dihalang oleh Umairah. "Biar Mai yang buat air. Ira tunggu Ummi Ngah dekat sini, Ummi buat air, ya!" Munira mengangguk dan memicit kepala Fifa. Fifa tersenyum melihatkan jari-jemari Munira yang comel menari-nari di dahinya. "Demam rindu pada Angah lah tu, Kak Ngah... Orang tak pernah berjauhanlah katakan..." Umairah berseloroh sambil meletakkan dulang berisi jus orange di atas meja. Fifa tak mampu membalas kembali kata-kata itu. Dia hanya mampu tersenyum. Demam rindu? Rindukah aku pada dia? Rindu.... Adakah dia juga rindukan aku? Rindu tandanya sayang... Kalau sudah tahu rindu... adakah perasaan sayang tu dah melekat di hati?? Kembali Ke Atas

Bab 64 "Ummi Ngah dah bangun ya! Ummi dah balik. Ummi dah masak untuk Ummi Ngah makan. Ada atas meja. Jomlah makan.. Nanti Ummi Ngah lapar." Munira menarik tangannya sebaik sahaja dia sedar dari tidur. Fifa bangun menurut kehendak anak kecil itu. "Ira dah makan?" Anggukan diterima.

Page 144: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 144

"Ira dah makan dengan Ummi tadi. Lamanya Ummi Ngah tidur. Ummi Ngah tak sembahyang pun lagi..." "Ya Allah... Ummi Ngah tak sedarlah, Ira. Dah pukul berapa dah ni?" Soal Fifa sambil matanya meliar ingin melihat jam di dinding. "Dah malam dah... Ummi dah lama balik. Ummi kata, jangan kacau Ummi Ngah tidur sebab Ummi Ngah sakit. Ummi suruh Ira main dekat tepi Ummi Ngah. Kalau Ummi Ngah dah jaga, Ummi suruh Ira bawa Ummi Ngah pergi makan." Fifa tersenyum mendengar kepetahan anak kecil berusia 5 tahun itu. Raut wajahnya memang seiras Umairah. Tingkah lakunya serupa dengan Umminya itu. Tetapi ada perkara yang menarik minat Fifa untuk lebih dekat dengan anak kecil itu. "Ira... Abi Long pergi mana?" Soal Fifa membuatkan anak kecil itu melepaskan anak patung yang berada di tangannya. "Abi Long.... Abi Long... dah pergi jumpa Allah. Ummi cakap, Allah nak jumpa Abi Long, sebab tu Allah ambil Abi Long. Ummi Ngah nak tahu... muka Abi Long dengan Abi Ngah sama tau! Ira kan... selalu salah. Malu tau... Kadang-kadang, Abi Long yang kacau Ira, Abi Ngah yang kena pukul dengan Ira! Heheheheehe..." Ketawa kecil anak itu menceritakan tentang Hatta Hanafiah dan Hatta Hanafi. Fifa hanya senyum. Dia tahu, anak kecil itu takkan menipu. Jadi, kata-kata anak kecil itu di hari pernikahannya dulu juga betul. Cuma, orangnya saja yang tersalah. Anak kecil itu keliru. Dia juga keliru dulu. Kalau Hatta Hanafi tak beritahu tentang kematian Hatta Hanafiah dan dia sebagai penggantinya, sampai sekarang Fifa takkan tahu. Tapi, kan lebih elok dia tak tahu? Kan lebih bagus begitu? Sekurang-kurangnya, hubungan mereka takkan seperti ini. Dia takkan rasa ditipu, dan dia akan terima pertalian ini serela-relanya. "Abi Ngah selalu cakap sama Ira... dia sayang Ummi Ngah. Ummi Ngah sayang Abi Ngah tak?" Munira mengelus lembut rambutnya. Fifa tersentak. Dia tersenyum memandang Munira. "Sayang.. kenapa pula Ira cakap Ummi Ngah tak sayang Abi Ngah?" "Ira kesian dekat Abi Ngah. Dia cakap nak baby. Kenapa Ummi Ngah tak ada baby lagi? Ira nak kawan dengan baby Ummi Ngah. Ummi Ngah cepat-cepatlah dapat baby... Ira nak kawan ngan baby Ummi Ngah... Ira tak nak kawan ngan Iqbal. Iqbal tu jahat! Selalu gigit Ira.... sakit.." Sekali lagi Fifa terpana dengan kata-kata anak kecil itu. Hatta Hanafi meluahkan perasaan pada Munira? Pada anak sekecil itu? Fifa tahu yang Hatta Hanafi rapat dengan Munira, tapi takkanlah sampai beritahu hal sebegitu pada dia? "Bila Ummi Ngah nak ada baby?" Sekali lagi Munira bertanya. "Tahun depan, ya Ira. Tahun ni tak boleh... Ummi Ngah selalu demam.. Nanti, siapa nak jaga baby Ummi Ngah?" "Ira ada! Ira boleh jaga baby Ummi Ngah."

Page 145: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 145

"Kalau tahun depan lagi bagus. Ira dah 6 tahun... nanti, Ira balik sekolah, boleh ajar anak Ummi Ngah, kan!" Munira mula tersenyum sendirian. Fifa turut tersenyum. Hai, Ira.. kau tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Ummi Ngah ni. Kalau kau tahu, pasti kau takkan tanya kenapa sampai sekarang ni Ummi Ngah tak ada anak lagi. Kembali Ke Atas

Bab 65 Munira sudahpun berdengkur di sebelahnya namun, Fifa masih belum boleh lagi melelapkan mata. Kata-kata Munira siang tadi masih bermain di fikirannya. Terngiang-ngiang lagi di telinganya soalan demi soalan yang diajukan oleh Munira kepadanya. Ingatannya terbang jauh kepada Hatta Hanafi di Sarawak. Benar-benar sibukkah dia? Atau sengaja mahu menguji sejauh mana aku boleh bertahan? Atau juga, sengaja mahu membalas dendam terhadap apa yang aku dah lakukan padanya selama ini? Atau... dia sudah berkahwin lain? Astaghfirullahal 'Azim... Minta dijauhkan dari perkara-perkara buruk itu. Ya Allah... sekiranya benar jodohku dengan Hatta Hanafi, Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar. Berilah petunjuk padaku. Sedarkanlah aku, Ya Allah... Fifa menarik bantal peluk di sebelahnya. Dia cuba melelapkan mata. Sesekali Munira bergerak mendekatinya. Agak lasak juga anak kecil itu tidur. Mungkin kerana siangnya dia agak banyak bermain. Akhirnya, Fifa terlelap juga setelah puas dicuba. Dalam tidurnya, Fifa bermimpi. Dia, Hatta Hanafi dan seorang anak kecil sedang bermain-main di taman. Anak itu terlalu comel. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang bahagia. Tetapi anak itu bukan Munira. Bukan juga Iqbal. Anak itu mungkin anak mereka. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah bengis memegang parang. Lelaki itu mengamuk di hadapan mereka. Lelaki itu merampas anak mereka! Anak kecil itu meraung-raung menjerit memanggilnya. Fifa menangis sekuat-kuat hati. Hatta Hanafi cuba menyelamatkan anak mereka. Lelaki itu bertindak lebih ganas. Dia mahu melarikan anak kecil itu. "Jangan ambil anak aku! Tolong! Jangan ambil anak aku!! Abang, anak kita, bang!!" Fifa menggoncang kuat badan Hatta Hanafi. Hatta Hanafi menolaknya ke tepi. Fifa terperanjat melihat kelakuan Hatta Hanafi. "Siapa kata itu anak kau? Dia anak aku!! Kau tak berhak ke atas dia!" Tengking Hatta Hanafi tiba-tiba. Fifa semakin terperanjat. "Abang! Apa yang abang cakapkan ni? Itu kan anak kita! Anak Nur dan abang....., rayu Fifa. "Dia bukan anak kau! Kau tak layak jadi mak dia! Dia anak aku! Jangan harap kau akan dapat anak ni! Perempuan tak sedar diri! Selama ni ada kau anggap aku ni suami kau? Ada kau

Page 146: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 146

layan aku macam isteri layan suami? Yang kau pentingkan, hati kau saja... Hati aku? Kau ingat, aku ni malaikat....? Nak sabar sampai mati dengan perangai kau tu?" "Maafkan Nur, bang... Maafkan Nur... Nur dah insaf... Abang tolonglah.. selamatkan anak Nur... selamatkan anak kita.... Nur nakkan anak kita tu, bang... Tolonglah bang...." Fifa menangis merayu pada Hatta Hanafi tetapi tidak dilayan oleh lelaki itu. Dia menolak Fifa yang memegang kakinya. "Maaf? Senangnya minta maaf....!! Hati aku ni dah hancur dek perbuatan kau! Kau ingat senang je aku nak maafkan kau? Pergi jalanlah..." Hatta Hanafi mendekati lelaki berparang itu dan menarik anak kecil itu lalu memeluknya. Dia dan lelaki itu ketawa berdekah-dekah melihat Fifa menangis seorangan. Rupanya, Hatta Hanafi dan lelaki itu berpakat untuk memisahkan anaknya dari dia. "Jangan, bang... Jangan bawak anak Nur pergi..." Fifa meraung keseorangan melihat Hatta Hanafi dan lelaki berparang itu pergi. Airmata berjuraian meleleh di pipinya. Dia terbaring di situ... Kembali Ke Atas

Bab 66 (Akhir) Fifa terjaga dan memandang sekeliling. Tiada Hatta Hanafi, tiada anak kecil milik mereka, tiada juga lelaki berparang. Dia melihat sekeliling sekali lagi. Ini bukan biliknya! Di mana pula dia berada? Mimpi lagikah dia? Dia menggosok-gosok matanya dengan harapan semua yang dilihatnya tadi hanyalah dalam mimpi. Sehingga pedih matanya digosok, tetapi dia tetap di situ. Sekelilingnya putih. Terdapat satu kabinet di sisi katilnya. Ada televisyen, ada satu sofa melekat dua..... dan dia berpakaian putih juga! Di hospital? Kenapa pula? Sedangkan malam tadi dia di katilnya! Di bilik tidurnya! Kenapa tiba-tiba dia di sini? Siapa yang bawa? Kenapa? Pintu berkeriut dibuka oleh seseorang. Matanya meliar terus memandang susuk tubuh yang bakal masuk ke biliknya itu. Seorang wanita yang juga berpakaian putih tetapi bukan sepertinya. "Puan dah jaga?" Fifa masih keliru tetapi tetap mengangguk. Sekurang-kurangnya dia tak rasa seperti di alam lain. "Keluarga puan baru saja balik tapi, kata adik puan tadi, nanti ada salah seorang antara dia orang yang akan datang temankan puan. Puan berehatlah dulu." "Bila saya dibawa ke sini, kak? Kenapa pulak saya dibawa ke sini? Saya tak sakit pun..." "Puan dah 2 hari kat sini. Puan pengsan kat rumah. Anak puan telefon adik puan beritahu pasal ni. Nasib baik anak puan tu cerdik, kalau tak, entah apa jadi kat puan sekarang. Demam puan terlalu panas. Kalau lambat, tak tahulah.. tapi, rasanya sekarang puan dah beransur

Page 147: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 147

sembuh. Cuma, malam tadi, puan meracau sikit. Puan asyik panggil suami puan je... Suami puan mana?" Fifa tidak menjawab soalan jururawat itu. Dia termenung di katil. Munira telefon Umairah beritahu pasal dia pengsan. Dalam hatinya dia bersyukur sangat dengan tindakan pantas Munira. Hatta Hanafi? Takkan dia tak balik ke sini? Takkan tak ada orang yang beritahu tentang dia masuk ke hospital? Airmatanya mengalir perlahan-lahan ke pipinya. Jururawat yang bernama Julia tadi, sudahpun keluar dari bilik itu setelah soalannya tidak dijawab oleh Fifa. Fifa merebahkan diri di katil. Dia sedaya-upaya menahan tangisannya. Hatinya sedih... Di saat-saat dia begini, dia memerlukan perhatian dari Hatta Hanafi tetapi lelaki itu tiada di sisinya. Sekali lagi pintu berkeriut dibuka orang. Dia membalikkan dirinya menghadap dinding. Dia tahu, jururawat bernama Julia itu akan masuk sekali lagi untuk memastikan keadaannya. Dia malas mahu melayan sesiapa buat masa ini. Dia lebih rela melayan hatinya yang sedang membengkak dan hampir meletup ini dari melayan orang lain yang takkan faham isi hatinya. Kedengaran barang diletak di atas kabinet kecil di sebelah katilnya. Selepas itu, kerusi di sisi katil pula ditarik orang dan kedengaran bunyi tapak kasut berderapan beberapa ketika. Dia masih belum menoleh ke belakang. Tiba-tiba dia terasa selimut yang dihujung kaki ditarik sehingga menutupi hampir separuh badannya. Terasa hangat badannya bila selimut membungkus dirinya. Keadaan sekeliling senyap sekejap. Fifa masih seperti tadi. Masih tidak mahu menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orangnya yang begitu baik melayannya. "Ehem...." Satu suara berdehem beberapa kali. Selepas itu senyap kembali. Bunyi kerusi ditarik menarik perhatiannya untuk melihat siapa orang yang berada dalam biliknya sekarang. Fifa menoleh. "Eh, Nur dah bangun rupanya? Maafkan abang kalau ganggu Nur tidur." Hatta Hanafi duduk kembali dan menghadiahkan senyuman pada Fifa. Fifa membalasnya kembali. Kali ini dengan sepenuh hati. Hatinya berbunga mekar. Dia tak sangka, Hatta Hanafi akan balik untuk melihatnya. "Tak apa.. Sebenarnya saya dah bangun dari tadi. Cuma malas nak tengok siapa masuk. Bila awak balik?" Dia masih menggunakan panggilan hariannya dengan Hatta Hanafi. Dia terasa janggal mahu memulakan panggilan yang digunakan oleh suaminya itu walaupun hatinya meronta-ronta mahu memulakan panggilan itu hari ini. "Abang baru sampai pagi tadi. Maaflah... dah 2 hari Nur kat sini, baru hari ni abang dapat jenguk Nur. Abang terus bergegas ke airport kuching bila dapat berita Nur masuk hospital. Tapi, tiket habis pulak. Kena tunggu pagi tadi punya tiket. Nur dah sihat?" Fifa hanya mengangguk. "Abang risau sungguh bila mengenangkan Nur sorang pengsan di rumah. Nasib baik Munira ada... kalau tak, mesti abang menyesal sangat! Kalau abang tahu nak jadi macam ni, abang takkan tinggalkan Nur sorang."

Page 148: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 148

Hatta Hanafi meraup wajahnya beberapa kali. Kekesalan tampak berkesan di wajahnya. Wajah itu mendung seketika. Mungkin menyesal dengan keputusannya untuk pergi ke Sarawak. Hiba hati Fifa mendengar Hatta Hanafi berkata begitu. Manik-manik jernih jatuh lagi ke pipi. Kali ini, kerana dia gembira. Ternyata, Hatta Hanafi masih sayangkannya. Dia merasa bersalah kepada lelaki itu. Teresak-esak dia menangis bila mengenangkan selama ini dia telah mengabaikan lelaki itu. "Eh, kenapa Nur menangis ni? Nur tak sihat lagi ke?" Hatta Hanafi mahu memegang tangannya tetapi seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya berbuat demikian. "Tak... saya... eerr... Nur.. Nur... dah sihat, bang!" Akhirnya dia dapat mengumpul segala kekuatannya untuk memulakan panggilan itu. Dia cuba untuk bangun dan mencapai tangan Hatta Hanafi. Hatta Hanafi terperanjat melihatkan perlakuan Fifa. "Maafkan Nur, bang... Maafkan Nur kalau selama ni, Nur dah banyak sakitkan hati abang. Nur minta maaf.... Nur tahu, selama ni Nur banyak buat salah pada abang tapi abang tak pernah marah Nur.... Nur minta ampun pada abang..." Fifa mencium tangan Hatta Hanafi dan menangis. Hatta Hanafi benar-benar terpana mendengar Fifa memanggilnya abang dan membahasakan dirinya Nur. Hatta Hanafi seolah-olah baru tersedar dari sebuah mimpi ngeri yang panjang. Banyak kali dia memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana akhirnya Fifa dapat menerima kehadirannya sebagai seorang suami. "Alhamdulillah.... abang bersyukur sangat sebab hari yang abang nanti-nantikan akhirnya tiba. Nur... abang tak pernah salahkan Nur... abang tahu, susah untuk Nur terima hakikat yang Nur terpaksa berkahwin dengan lelaki yang Nur tak cinta. Sebab tu abang bersabar selama ni dengan harapan semoga Allah bukakan pintu hati Nur untuk menerima abang sebagai suami. Mungkin ada hikmahnya abang ke Sarawak. Dan, kesibukan abang di sana sehingga tak dapat hubungi Nur pun ada sebabnya barangkali. Allah itu Maha Mengetahui apa yang tak diketahui oleh makhluk ciptaanNya." "Betul..." Fifa kini sudah berada dalam dakapan Hatta Hanafi. "Sepanjang abang tak ada di rumah, Nur rasa kehilangan sesuatu. Semua yang Nur buat, serba tak kena rasanya. Nur rasa boring.. Nur rasa macam nak menjerit. Nur pernah cuba nak telefon abang tapi, ego Nur menghalang. Setiap malam, Nur tidur di bilik abang. Nur rasa rindu pada abang... Nur pun tak tahu kenapa mesti Nur rasa macam tu! Tapi, yang Nur pasti, Nur memang mengharapkan abang ada di sisi Nur waktu tu! Nur demam pun sebab selalu mimpikan abang. Nur takut abang akan tinggalkan Nur. Nur takut abang akan berkahwin lain! Nur takut kehilangan abang. Nur tak nak dimadukan. Nur nak, biar abang jadi milik Nur sorang je...." "Itu yang sampai pengsan tu? Nur suka fikir yang bukan-bukan... Abang tak pernah pun terfikir nak kahwin lain. Bagi abang, Nur dah terlalu sempurna dan memiliki semua ciri isteri yang abang mahukan. Buat apa abang nak cari yang lain kalau depan mata abang dah ada seorang isteri yang sempurna.... Cuma... sepanjang tempoh tu, memanglah terpaksa tahan sikit kan... orang lain dah tempuh malam pertama, tapi abang.. dahlah miss malam bersejarah tu,

Page 149: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 149

kena pulak tidur kat bilik lain... Hai... nasib badan..." Keluh Hatta Hanafi sambil tersenyum memandang ke wajah Fifa. Fifa tersipu-sipu malu mendengar keluhan Hatta Hanafi. Dia tahu, Hatta Hanafi sekadar berseloroh dengannya dan dia tak ambil hati. Sekurang-kurangnya dia tahu hati Hatta Hanafi masih tetap untuknya seorang. "Jahatlah abang ni.... Kenakan Nur pulak. Malas nak layan abang!" Fifa bingkas melepaskan dirinya dari pelukan Hatta Hanafi dan bangun menjauhi katil. Hatta Hanafi tergelak besar melihatkan wajah Fifa yang sudah merah padam menahan malu diusik begitu. "Tak apalah... kalau Nur dah malas nak layan abang, biarlah abang balik ke Sarawak hari ni jugak. Yalah.... orang dah tak sudi dengan kita, nak buat macam mana...." Hatta Hanafi melangkah untuk keluar dari bilik itu. Fifa terperanjat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu. Merajukkah dia? "Abang!!" Fifa menjerit dan mengejar Hatta Hanafi. Hatta Hanafi memberhentikan langkahnya dan menoleh. "Abang, jangan tinggalkan Nur lagi. Please..... Jangan tinggalkan Nur. Nur tak nak ditinggalkan lagi..." Fifa mula menangis lagi. "Kan Nur jugak yang cakap tadi dah malas nak layan abang!" Hatta Hanafi terpaksa menahan perasaan mahu tergelak melihatkan Fifa yang kaget bila mendengar dia mahu balik ke Sarawak. "Maafkan Nur.... abang, tolong bagi peluang untuk Nur tebus balik semua dosa Nur pada abang.... please... Nur pohon dari abang..." "Okay! Apa yang Nur nak buat untuk tebus balik dosa Nur pada abang?" Fifa mendongak memandang Hatta Hanafi. "Izinkan Nur ikut abang ke Sarawak. Nur nak berada di samping abang sepanjang masa dan melayan abang sebagai suami Nur.... boleh...?" Hatta Hanafi tersenyum lebar mendengar permintaan Fifa. Dia memeluk erat tubuh Fifa dan mengusap lembut rambut isterinya itu. Sekali lagi dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas segala ujian yang telah diberikan padanya selama ini. "Kalau macam tu, setahun dekat Sarawak pun abang tak kisah.. sebab Nur ada dekat dengan abang! Tapi, dekat Sarawak nanti, kita tidur bilik asing-asing lagi ke?" Sekali lagi Hatta Hanafi mengusik. "Ish abang ni... " Fifa menumbuk dada Hatta Hanafi perlahan dan ketawa kecil. Dia menutup matanya rapat-rapat. Terasa bahagia berada di dalam pelukan lelaki yang bergelar suaminya itu. Dia cuba mencari-cari wajah lelaki-lelaki yang sebelum ini pernah bertakhta di hatinya tetapi tak berjumpa. Yang muncul hanyalah wajah Hatta Hanafi, lelaki yang kini sedang menghangatkan badannya, lelaki yang sekarang ini bergelar suaminya....... dan dia pasti, wajah kekasih yang dicarinya selama ini adalah milik Hatta Hanafi.... SUAMINYA......

Page 150: Hakcipta Terpelihara. - SH2 E-BOOK SITEsh2e-book.synthasite.com/resources/Nahsya Aref - Wajah Kekasih.pdf · WAJAH KEKASIH Oleh Nahsya Aref Hakcipta Terpelihara. Bab 1 Bab 2 Bab 3

Nahsya Aref – Wajah Kekasih 150

TAMAT Kembali Ke Atas