HAKIKAT SOLAT

14
HAKIKAT SOLAT : Ertinya berdiri menyaksikan diri sendiri..kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita.. Hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) yang membawa dan menanggung rahsia Allah SWT. Hal ini terkandung dalam surat Al-Fatihah iatu : Alhamdu (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal) Kalimah alhamdu ini diterima ketika Rasulullah isra’ dan mi’raj. Mengambil pengertian akan hakikat manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iatu : Adam AS. Tatkala Roh (diri batin) Adam AS. sampai ketahap dada, Adam AS pun bersin dan berkata alhamdulillah artinya : segala puji bagi Allah Apa yang dipuji adalah : zat (Allah), Sifat (Muhammad), Asma’(Adam) dan Afa'al (Manusia) Jadi solat itu bukan bererti : Menyembah tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita.. ianya adalah diri Allah semata. Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahasia Allah SWT. Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata serta..tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata. Sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Ahzab 72 Inna ‘aradnal amanata ‘alas samawati wal ardi wal jibal. Fa abaina anyah milnaha wa’asfakna minha wahamalahal insanu Ertinya : “sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tapi mereka enggan menerimannya

description

berdiri menyaksikan diri sendiri

Transcript of HAKIKAT SOLAT

Page 1: HAKIKAT SOLAT

HAKIKAT SOLAT :

Ertinya berdiri menyaksikan diri sendiri..kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita.. Hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) yang membawa dan menanggung rahsia Allah SWT.

Hal ini terkandung dalam surat Al-Fatihah iatu :

Alhamdu (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal)

Kalimah alhamdu ini diterima ketika Rasulullah isra’ dan mi’raj.

Mengambil pengertian akan hakikat manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iatu : Adam AS.

Tatkala Roh (diri batin) Adam AS. sampai ketahap dada, Adam AS pun bersin dan berkata alhamdulillah artinya : segala puji bagi Allah

Apa yang dipuji adalah : zat (Allah), Sifat (Muhammad), Asma’(Adam) dan Afa'al (Manusia)

Jadi solat itu bukan bererti : Menyembah tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita.. ianya adalah diri Allah semata.

Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahasia Allah SWT. Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata serta..tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.

Sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Ahzab 72

Inna ‘aradnal amanata ‘alas samawati wal ardi wal jibal. Fa abaina anyah milnaha wa’asfakna minha wahamalahal insanu

Ertinya :

“sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tapi mereka enggan menerimannya (memikulnya) kerana merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya”

Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap :

“Asyhaduanlla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah”

Page 2: HAKIKAT SOLAT

ertinya :

Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah semata-mata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya sampai pada masa yang telah ditentukan.

Manusia akan berguna disisi Allah jika dapat menjaga amanah Rahsia Allah dan berusaha mengenal dirinya sendiri. Bila manusia dapat mengenal dirinya maka ianya dapat mengenal Allah.

Hadits Qudsi….

“MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU”

Artinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Allah

ALIF ITU ARTINYA : NIAT SEMBAHYANG

LAM ITU ARTINYA : BERDIRI

HA ITU ARTINYA : RUKU’

MIM ITU ARTINYA : DUDUK

Perkataan pertama dalam sembahyang itu adalah : Allahu Akbar (Allah Maha Besar) Perkara ini diambil daripada peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahasia Allah itu dimasukkan kedalam tubuh Adam AS. Berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan tubuhnya dan berkata : Allahu Akbar (Allah Maha Besar).

Dalam sembahyang harus memenuhi 3 syarat :

a. Fiqli (perbuatan)

b. Qauli (bacaan)

c. Qalbi (Hati atau roh atau qalbu)

MENGAPA KITA SEMBAHYANG SEHARI SEMALAM 17 RAKAAT :

Adalah mengambil pengertian sebagai berikut :

Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan Ah ( )

1. AH ( ) itu menandakan sembahyang subuh.......”2”rakaat iatu: Zat dan Sifat

Page 3: HAKIKAT SOLAT

2. ALLAH itu menandakan sembahyang Zohor “4” rakaat: Wujud, Alam, Nur dan Syahadah.

3. MUHAMMAD itu menandakan sembahyang Asar “4” rakaat: Tanah, Air, Api dan Angin.

4. Adam itu menandakan sembahyang Magrib “3” rakaat: Ahda, Wahda, dan Wahdiah.

5. HAWA itu menandakan sembahyang Isya “4” rakaat: Mani, Manikam, Madi, dan DI.

MENGAPA KITA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT 9 KALI DALAM 5 WAKTU SEMBAHYANG

Sebab diri batiin manusia mempunyai 9 wajah.

Dua kalimah syahadat pada :

Sembahyang SUBUH 1 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRU SIRR (Rahsia di dalam Rahasia)

Sembahyang ZOHOR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR dan AHDAH

Sembahyang ASAR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDA dan WAHDIAH

Sembahyang MAGHRIB 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD dan MUHAMMAD

Sembahyang ISYA 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA dan MUHAMMAD

MENGAPA KITA HARUS BERNIAT DALAM SEMBAHYANG

Kerana: niat itu merupakan kepala sembahyang.

Hakikat niat letaknya pada martabat aliff dan ataupun kalbu manusia di dalam sembahyang itu kita lafazkan di dalam hati : Niat sbb :

“aku hendak sembahyang menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata.”Dalilnya :

LA SHALATAN ILLA BI HUDURIL QALBI

Page 4: HAKIKAT SOLAT

Ertinya : Tidak Sah Solat Nya Kalau Tidak Hadir Hatinya (Qalbunya)

LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFATULLAH

Ertinya : Tidak sah Solat Tanpa Mengenal Allah

WAKALBUL MU’MININ BAITULLAH

Ertinya : Jiwa Orang Mu’min Itu Rumahnya Allah

WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ

Ertinya : Aku (Allah) Lebih Dekat Dari Urat Nadi Lehermu

IN NAMAS SHALATU TAMAS KUNU TAWADU’U

Ertinya : Hubungan Antara Manusia Dengan Tuhannya Adalah Cinta. Cintailah Allah Yang Karena Allah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali. (H.R. Tarmizi)

AKI MIS SHALATA LI ZIKRI

Ertinya : Dirikan Solat Untuk Mengingat Allah (QS. Taha : 145)Sedangkan :

Al-Fatihah ialah merupakan tubuh sembahyang

Tahayat ialah merupakan hati sembahyang

Salam ialah merupakan kaki tangan sembahyang

HAKIKAT AL-FATIHAH DALAM SOLAT

Membersihkan hati daripada syirik kepada Allah SWT

Mengingat kita bahawa tubuh manusia itu mempunyai 7 lapis susunan jasad iatu :

a. Bulu

b. Kulit

c. Daging

d. Darah

e. Tulang

f. Lemak

Page 5: HAKIKAT SOLAT

g. Lendir

7 ayat dalam Al-Fatihah merupakan tawaf 7 kali keliling ka'abah.

HAKIKAT ALLAHU AKBAR DALAM SOLAT IALAH :

“Mengambil magna ucapan Nabi Adam AS. Ketika berdiri menyaksikan dirinya sendiri dan Nabi Adam A.S mengucap kalimah Allahu Akhbar.

Peristiwa ini merupakan tajjali (perpindahan) diri rahsia Allah sehingga dapat ditanggung oleh manusia dengan 4 perkara iaitu :

1. Wujud

2. Ilmu

3. Nur

4. Syahadah

Perkataan Allah pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat zat sedangkan perkataan “Akhbar” pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat sifat.

Jadi zat dan sifat itu tidak boleh berpisah. Dzat dan sifat sama-sama saling puji memuji.

DALAM SOLAT ITU JUGA MENGANDUNGI HAKIKAT ZAKAT.

Hakikat zakat dalam solat ialah :

Mengandungi makna“Pembersih hati“ daripada syirik kepada Allah SWT.

“Iiya Kanak Budu Wa Iiya Kanasta’in”

Hanya kepada Allah lah aku menyembah dan hanya kepada Allah lah aku mohon pertolongan

HAKIKAT PUASA DALAM SHALAT :

a. Tidak Boleh Makan Dan Minum

b. Mata Berpuasa

c. Telinga Berpuasa

d. Kulit Berpuasa

Page 6: HAKIKAT SOLAT

e. Hati Berpuasa

Page 7: HAKIKAT SOLAT

SOLAT HAKIKI

Sesungguhnya solat itu ada 4 jenis yaitu :-

1 Solat Syariat2 Solat Thorikat3 Solat Hakikat4 Solat Makrifat

Maka dsini saya gabungkan ke-empat empat solat itu agar menjadi lebih sempurna kerana ia berhubung kait antara satu dengan yang lain.

Firman Allah SWT :-

Inna solati kaanat ala mukminina kitabin mauquta

Sesungguhnya solat itu adalah WAJIB bagi orang orang yang beriman.

Hadith Nabi :-

Assolatu imanu din

Sembahyang itu tiang agama

LAFAZ NIAT SOLAT HAKIKAT

ZOHOR

Sengaja aku sembahyang ZOHOR 4 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala.

Ya Muhammad aku TAJALLI itu wajib adanya sebabnya AKU mengadakan 4 rakaat itu ialah UJUD-ILMU –NUR – SUHUD AKU mengadap kepada Allah SWT

ASAR

Sengaja aku sembahyang fardhu asar 4 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad AKU tajalli wajib BERANASIR dengan 4 perkara yakni API-ANGIN-AIR – TANAH. Aku mengadap kepada AKU ada Allah Taala.

Page 8: HAKIKAT SOLAT

MAGHRIB

Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad aku tajalli wajib AKU ghaib kehendak mengadakan 3 rakaat yakni ALLAH-MUHAMMAD – ADAM . aku mengadap kepada AKU ada Allah SWT

ISYA’

Sengaja aku sembahyang fardhu isya 4 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad aku tajalli wajib AKU INSAN itu AKU mengadakan 4 rakaat yakni WAZI- MAZI – MANI - MAKNIKAM Allah SWT

SUBUH

Sengaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat ada ia dihadapan KAABAH di Mekah tunai kerana Allah Taala

Ya Muhammad aku yang WUJUD tajalli itu wajib BERTUBUH yang mengadakan 2 rakaat yakni ZAT - SI FAT aku mengadap kepada AKU ada dengan yaitu sebenar benarnya Allah Taala.

KAEDAH MENGERJAKAN SOLAT

a. Bentangkan sejadah , kemudian naik atasnya dimulai dengan kaki kanan lalu azan dan iqamat

b. Berdiri betul ..tangan kanan dan kiri disilangkan ..kanan diatas..pejamkan mata ..pandang DIRI BATIN..apabila jelas ..ucapkan KALIMAH SYAHADAH 3 x dan bedoa seperti berikut :-

DOA…

Aku berdiri dengan HURUF ALIF, aku duduk dengan huruf BA ..diatas HAMPARAN RASULLULLAH . Aku mengadap ke BAITULLAH KIBLAT DADA….KIBLAT RUH ke BAITUL MAKMUR – ALLAH KHALIQUL ALAM. Ruhku yang MENYEMBAH ALLAH ZAT WAJIBUL WUJUD – WUJUDUL MUKHDO ( Maha Suci ) yang BERDIRI PADA SIFAT LAISA KAMISLIHI SYAIUN..

Mengucap 2 Kalimah Syahadah

Page 9: HAKIKAT SOLAT

c. Melafazkan NIAT mengikut solat yang hendak didirikan itud. Luruskan kedua tangan dan TARIK NAFAS dari hujung kaki hingga sampai ubun

ubun , kemudian lafazkan TAKBIR – Allah Hu Akbar.beserta angkat kedua tangan.e. Semasa kita QIAM…tangan kanan atas tangan kiri lalu kit abaca Kalimah ini

didalam hati.Kalimahnya spt berikut :-

Aa Uu Zubillah Minash Syaitanurrajim – Bismillah Hir RahmanirrahimYa Muhammad RahsiaKU kepadamu. Ya Muhammad AKU yang mengadakan , AKU Zat Allah Taala menjadi DIRI.

f. Baca DOA IFTITAH, Fatihah dan seterusnya sampai akhirg. Semasa membaca TAHIYYAT maka hendaklah kita ingat akan MAKSUD Kalam

Allah itu seperti berikut :-

Attahiyya ….hga …assalamualaika ..wabarakatuhAKU yang BERHAYAT sebenar-benarnya. AKU Yang Esa yang mengadakan engkau Muhammad. AKU Yang Memeberi RAHMAT engkau dan Yang Memberi Rahmat

Assalamua ALAI NA….AKU yang sebenar-benarnya Tuhanmu

Wa ala ibadillah….solihinDan yang ibadatullah itu yang amat baik itu AKU

Ash hadu Ila ha illalallahAKU Tuhan Yang ESA..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan AKU

Wa..ash hadu….rasullullahAKU bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Allahuma….wa ala alihi Muhammad..Ya tuhanku juga yang member ANUGERAH itu ..Yang member kepada hambanya dan sekalian umat

h. Salam…Inni ana ZATUL HAQ..kekanan…inni ana SIFATUL HAQ..kekiri

Page 10: HAKIKAT SOLAT

PERINGATAN

1 Semasa kita melangkah keatas sejadah dengan KAKI KANAN hendaklah dimulai bacaan BISMILLAH

2 Semasa mengatakan ALLAH HU AKBAR..maka niat dalam hati…AKULAH YANG MAHA BESAR

3 Semasa membaca FATIHAH maka hendaklah kita ingat akan SIFAT KITA dalam Fatihah.

4 Semasa RUKUK selepas baca subhana rabbial adzim…wabihamdihi 3 x ..maka baca pula ..AKU mempunyai KEBESARAN dan YANG AMAT MENGETAHUI

5 Semasa kita ITTIDAL selepas baca sami allahu liman hamidah 3 x ..lalu kit abaca pula ..AKUlah YANG AMAT MENDENGAR dan AKU-lah YANG MEMBERI SEGALA KURNIAAN 1 x didalam hati

6 Semasa kita SUJUD selepas membaca subhana rabbial a’ala wabihamdihi 3 x lalu kit abaca pula…AKU jua YANG DISEMBAH dan AKU jua YANG MENYAMBAH pada diriku sendiri 1x didalam hati.

7 Semasa DUDUK ANTARA 2 SUJUD slepas membaca rabbigh firgli warhamni wa jeburni warzukni wahdini wa’afni wa’fu anni 3x lalu kit abaca AKU-lah YANG MENGAMPUNKAN DOSA dan MENGURNIAKAN RAHMAT dan KESEJAHTERAAN kepadamu 1 x didalam hati.

TENTANG SOLAT

Sebelum kita memulakan solat terlebih dahulu kita fahami akan PERATURAN & PEGANGAN dalam solat itu kerana ia amat PENTING bagi kita. Tanpa pengertian ini, solat kita tidak akan diterima oleh Allah dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi :

Sollu kama roai tumuni usolli

Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang

Perkara perkara itu adalah :-

1. AHDAH

Kita hendaklah mengerti bahawa ZAT YANG QODIM itulah DIRI BAGI MUHAMMAD ( ruh ) kerana AHDAH itulah MERTABAT ZAT atau MUHAMMAD AWAL ( Ta’ain Awal )

2. WAHDAH

Page 11: HAKIKAT SOLAT

Sesungguhnya SEGALA PERBUATAN dan KEJADIAN itu DARI NUR MUHAMMAD…DIRI bagi ADAM ( Tubuh ) kerana ia adalah MERTABAT TA’AIN TSANI ..SIFAT bagi ZAT.

3. WAHDIAH

PENGAKUAN kita pada Allah kerana MENERIMA JASAD, hakikatnya ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua didalam sembahyang itu atau dengan kata lain YANG SEMBAHYANG ITU adalah RUH atau ZATUL BUKTI. Hilangkan perasaan kita pada pebuatan kita. YAND ADA HANYA DIRINYA semata-mata.

La failun filsolati bihakikati illallahTidak ada perbuatan dalam solat itu melainkan Allah.

4. MIKRAJ

Semasa kita mengatakan ALLAH HU AKBAR maka yang naik atau MIKRAJ ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua beserta naiknya NAFAS kita . Maka hilanglah UJUD kita pada UJUDNYA dibawa WAHDATUL AF’AL.

5. IHRAM – TERCENGANG

Hilang perasaan kita ketika mengatakan ALLAH HU AKBAR , fana’kan perasaan kita sampai kepada LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHI ALIYYU ADZIM.

6. TUBADIL – TERGANTI

Gantikan pakaian zahir atau perbuatan zahir dengan perbuatanNYA. Jadi yang sembahyang itu adalah DIA juga pada hakikatnya.

7. MUNAJAT – PERMOHONAN

Yang meminta itu adalah sebenarnya KUDRAT IRADATNYA jua…maknanya diri kita bermunajat dengan HAKIKATNYA.