Hakikat Yang Disembah

download Hakikat Yang Disembah

of 6

Transcript of Hakikat Yang Disembah

  • 8/12/2019 Hakikat Yang Disembah

    1/6

    HAKIKAT YANG DISEMBAH (SURAH AL IKHLAS)

    Hakikat yang disembah tak tahu; tak boleh disebut tak boleh kata tak boleh difikir

    tak boleh dikaji, Hakikat Yang Disembah!; tetapi ganti untuk kita nak sebut dipanggil

    DIAhakikat yang disembah itu DIA, tapi hakikatnya tak tahunamaNya Allah. Apabila

    sebut namaNya Allah ganti daripada DIA yaitu ganti daripada Hakikat Yang Disembah.

    Maka sekiranya kita nak pergi kepada semata-mata Zat, bahawa Allah itu AL

    AAHADU { Alllah Ahad); QUL HUALLAH - HU AAHADUN { ALLAH ITU AHAD).

    Makna AHAD yaitu ia menunjukkan akan AhadiahNya.

    Katakanlah : Dia Allah Yang Maha Esa.

    Ahad itu menunjukkan Sifat ataupun nama bagi Sifat yang menunjukkan Ahadiah Allah

    Ahadiah Zat. Apa dia Ahadiah Zat? yaitu Zat {Semata-mata Zat, ia tidak berserta sifat, ia

    tidak berserta nama; sebelum lagi dipangil dengan satu namapun; itu ia Ahad.

    Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang dia tidak menjadi

    sesuatu benda yang disebut-sebut. Al Insan(76) : 01

    Yang disembah! Hakikat yang disembah itu tidak boleh disebut tidak boleh dikatakelu

    lidah nak menyebutnya. Hakikat Yang Disembah Hakikat yang kita minta tolong

    Hakikat yang kita berhadap; kelu lidah kita nak menyebutNya, itu hakikat Dia; yang

    boleh sebut tu nama kalau nak dijadikan nama bolehlah sebut tetapi sebelum Dia jadi

    nama kelu lidah nak sebut, tak boleh sebut. Kosong dalam akal fikiran nak memikirnya.

    Kosong!kosong daripada fikiran. Hakikat yang disembah itu tak boleh difikir.

    Oleh kerana hakikat yang disembah itu kelu lidah nak sebut; tuli telinga mendengar

    buta mata melihat maka hakikat yang disembah itu digantikan dengan kalimat DIA,

    baru boleh sebut, kalau tak!tak boleh nak disebut. Siapa yang menjadikan kamu? Dia!

    nama apa Allah! barulah boleh sebut.. Kalau tak ganti dengan Dia, tak ditukar dengan

    kalimat Dia, tak boleh sebut. Tak ditukar dengan nama Allah, tak boleh disebut. Begitu

    sekali bersalahannya Hakikat yang disembah itu; Muhalaqahnya.

    Makna terang, kalau timbul yang tersembunyi barulah terang, kalau masih tak timbul

    lagi, masih duduk ragu lagi, sekarang yang tersembuyi itu ialah Hakikat Yang Disembah;

    jadi Hakikat Yang Disembah ini lidah kita kelu nak sebut; akal kita tak boleh berfikir;

    buta mata melihatnya dan tuli telinga mendengarnya. Oleh kerana begini Maha Tingginya

    iaMaha Sucinya iaMaha Besarnya iatidak berdaya makhluknya nak fikir tak boleh

    nak sebut kelu lidahnya Hakikat Yang Disembah itu maka digantikan dengan kalimah

    DIA (HU) bila ganti Dia, baru boleh sebut; Dia tu banyak! Dia yang mana? Dia yang

    bernama Allah.

    Jadi nama Allah ini menerangkan kepada seseorang, sehingga ternyatanya AIN ZAT yang

    tersembunyi itu. Kalau begitu ia sungguhlah ada Zat kerana namaNya ada. Tapi Allah

    bukan Zat. Ini ikhlas. Kalau selagi nampak bergambar selagi boleh sebut yaini Hakikat

    Yang Disembah itu boleh disebut dengan lidah selagi itulah belum ikhlas. Itu dinamakan

    Surahtul Ikhlas. Suci sungguh selesai sungguh bersih sungguh Zat Allah Taala itu,

    Hakikat Yang Disembah itu sehingga nak sebut tak boleh; jika sekiranya Dia tidak

    izinkan.

    Masa datangnya (kiamat) tiadalah seorangpun dapat berkata-kata melainkan dengan izin

    Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. Hud(11) :

  • 8/12/2019 Hakikat Yang Disembah

    2/6

    105

    Hakikat Yang Disembah itu ditukar dengan Kalimah Dia yang bernama Allah. Kalau tak

    tak boleh kata apa, duduk senyap sunyi begitu, sehingga nak kata tak boleh tapi dengan

    kasih sayang rahmatNya, kemurahanNya maka dizinkan; maka digantikan dengan

    kalimah Hua, bila kata Dia barulah boleh mulut sebut.

    Tapi nak fikir tak boleh juga, bersalahan dengan segala yang baru. Dan tidak berfaedahsyafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, sehingga apabila

    dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka; bersukarialah mereka dengan

    bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?

    Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah

    jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. Saba(34) : 23

    Jangan bertuhankan Kalimah. Jangan bertuhankan Nama tapi kalau Dia tidak turunkan

    nama; tak boleh nak kata apalah kita, kelusuara tak terbit juga, masih ada suara, bukan

    lagi!; begitu ikhlasnya hakikat yang disembah, sampai disini barulah ikhlas Tauhid

    seseorang itu. Barulah sampai maksud Kul Hua Allah Hu Ahad.

    Teman yang Maha Tinggi itu adalah Rafequl Ala nak sebut tak boleh nak kaji tak boleh nak fikir tak boleh Rosul masa wafatnya; kalam yang terakhir terbit ialah Rafequl

    Ala. Tapi kalau senyap saja tak pakai, dia kena bunyi. Jangan jadi serupa tok cha; dia tak

    mahu sebut tapi dia nak. Adakah orang islam nak jadi begitu juga? pakai ilmu tok

    cha(sami).

    Kul Hua Allah Hu Ahad; Saidina Bilal apabila diletak himpit dengan batu didadanya kena

    dera ditengah panas, kalimah yang keluar dari mulutnya ialah AHAD AHADAHAD;

    dia pergi kepada Ahad, kepada Rafequl Ala kepada Ahdiah Allah semata-mata Zat;

    tidak berserta Sifat dan tidak berserta Asma. Pada hal Saidina Bilal itu seorang hamba

    abdi tetapi aqidah dia sudah pun kepada AhadAhad itu Ahadiah semata-mata Zat.

    Kemudian Allah didatangkan lagi namaNya namaNya itu Allah pada kali yang kedua;

    tadi ayat yang pertamaayat yang kedua ALLAHHU SAMAD - Jadi ALLAHHU AHAD

    yaitu nama bagi Sifat yang menunjukkan ADIAH ALLAH ALLAHHU SAMAD , nama

    yang menunjukkan WAHIDIAH ZAT yaitu ZAT BERSERTA SIFAT.

    Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

    Tadi semata-mata Zat (AHDIAH) yaitu zat tidak berserta Sifat, Zat tidak bernama.

    Sekarang Wahidiah yaitu Zat berserta Sifat dan Bernama; itu WAHIDIAH. Hak yang

    pertama tadi semata-mata Hakikat Yang Disembah saja, tidak berserta dengan SifatNya,

    tidak lagi bernama; tetapi untuk nak mendekatiNya kerana Hakikat Yang Disembah itu

    tidak bernama; payahlah nak disebut, tidak boleh difikir dan dikaji, maka adalah

    namaNya; tetapi nama itu menunjukkan Sifat AAhdiahnya (ALLAHHU AHAD)

    ALLAHHU SAMAD; Allah tu nama! tapi tak lain daripada Zat! sebab kalau tak diberi

    nama, tak boleh nak sebut langsung. Bila kata Allah tu, maksudnya Hakikat yang

    Disembahlah! Allah tu AL MAKBUD yaini Hakikat yang Disembah.

    Allah yang sebenar-benar disembah itu menunjukkan Zatnya berserta Sifat dan dikenali

    dengan AsmaNya (NamaNya) yaini ALLAHHU SAMAD.

    Jadi bila nyata ASSAMADU bahawa Zat Hakikat Yang Disembah; nama bagi Sifat

    Hakikat Yang Disembah yang menunjukkan WAHIDIAHNYA yaitu ZAT berserta

    SIFAT. Allah itu SIFATNYA tidak berhajat kepada yang lain, bahkan Allah itu menjadi

  • 8/12/2019 Hakikat Yang Disembah

    3/6

  • 8/12/2019 Hakikat Yang Disembah

    4/6

    Zat maka Nur itu adalah kuasanya seperti mana Zat; dia pula boleh buat alam lain lawan

    dengan ayah.

    Jadi kalaulah sekiranya sifat itu zat sifat sendiri berkuasa; sifat diri boleh menjadikan

    sesuatu berpisah ia dengan zat; sifat pun kenyataan bagi zat sifat tak boleh nak buat apa;

    ia hanya kenyataan menyatakan bahawa Hakikat Yang Disembah itu sebenar yang

    menjadikan sekelian alam. Nama pun tak boleh buat apa.

    Sekiranya Zat Allah Taala itu Dia beranak yaini keluar daripada Zatnya sesuatu yang lain

    samada keluar daripada Zatnya Hakikat Muhammadiah keluar daripada Zatnya itu

    Muhammad, maka Muhammad anak Dia? bila Muhammad anak Dia; maka Muhammad

    boleh buat macam mana Dia boleh buat.

    Walam Yulad Begitu juga Dia tidak diperanakkan. Bukanlah Zat itu timbul daripada

    Sifat atau daripada Asma. Ada Sifatada Asma baru ada Zat! bukan begitu! ia kenyataan

    ujud Zat bukan timbul dari Zat. Bukanlah Zat itu timbul daripada Ujud Ujud itu

    menyatakan bahawa Zat itu ada Zat yang Wajibal Wujud bukan yang ujud itu Zat. Itu

    membawa kepada WadahNya Wadahula Syarikala

    Sudah mengetahui Ahadiah Wahidiah kemudian pergi pula pada Wahdah makasurahtul ikhlas ini tiada suatu apa pun setanding dengan Dia pada yang lain daripada

    Zatnya. Sifat Dia tak boleh nak tanding dengan Dia Asma Dia tak boleh nak tanding

    dengan Dia, apa lagi yang lain daripada Dia. Kesimpulannya tiga yaitu AhdiahWahidiah

    Wahdiah.

    Dalam surah al ikhlas ini Allah menyatakan Ahadiah ZatNya yaitu semata-mata Zat

    Zat yang tidak berserta Sifat dan tidak Bernama; Hakikat Yang Disembah itu dia tidak

    bernama dan dia tidak bersifat pada AhadiahNya. Tetapi apabila sampai pada

    WahidiahNya Zat[Hakikat Yang Disembah] itu berserta Namaberserta Sifat dan disebut

    NamaNya. Kemudian turun kepada peringkat Wahdah[Wahdiah], Zat[Hakikat Yang

    Disembah] berserta Sifat disebut NamaNya kenyataanNya pada sekelian Alam. Barulah

    ZatSifatAsmaAfaal.

    Bila kata BISMILLA HIR RAHMAN NIR RAHIM manusia dengan segala alam

    perhimpunanNyakemudian menyatakan Ujudnya ZatUjudnya SifatUjudnya Asma

    Ujudnya Afaal Allah. Bila kat KUL HUALLAHHU AHAD pergilah kepada

    AhadiahNya yaitu semata-mata Zat. ALLAHHU SAMAD pergilah kepada

    WahidiahNya, Zat berserta Sifat SAMADIAHNYA, sifat; yang segala lain berhajat

    padaNya. LAM YALID WALAM YULAD WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD

    pergilah kepada WADAHNYA yaitu sekelian yang lain tidak boleh menyerupai Dia;

    sekelian yang lain hanya semata-mata Dalil atau Mazhar bagi Ujud Zatnya.

    Allah suruh nabi kata, beritahu kepada orang kafir Quraish yang bertanya siapakah

    Tuhan yang sebenar wahai Muhammad maka Allah suruh Nabi beritahu kepada kafir

    Qurish HUA, makna melayunya DIA; adalah mengatikan pada sebutan ZAT

    HAKIKATUL MAKBUD, kerana Zat, Hakikat Yang Disembah dengan sebenar-benarnya

    itu tak boleh nak disebut, kelu lidah nak menyebutnya, tak boleh dilihat, tak boleh

    dibanding dan sebagainya.

    Jadi oleh itu digantikan pada sebutan ZAT HAKIKATUL MAKBUD itu dengan

    perkataan HUA atau DIA. Bahawa HAKIKAT AL MAKBUD, Hakikat Yang Disembah

    dengan sebenarnya itu ialah SEMATA-MATA ZAT tidak berseta Sifattidak berserta

    Asma, pada Hakikat AhadiahNya; yang itu dinamakan Ahadiah.

  • 8/12/2019 Hakikat Yang Disembah

    5/6

    Dinamakan Surahtul Ikhlas kerana menyucikan Hakikat Ahadiahtul Makbud daripada

    kesamaran dari bilangan-bilangan nama Allah serta Sifat sebab bilangan nama Allah itu

    99, jadi bilangan namaNya banyak sedangkan Hakikat Makbud itu hanya SE [Ahadiah]

    sahaja; Jadi kalau ArRahman pun Dia ArRahim pun Dia dll, maka banyaklah bilangan-

    bilangan AsmaNya dan bilangan SifatNya.

    Kesempurnaan ikhlas bagi Zat Al-Makbud kesempurnaan menyucikan bagi Zat Al-

    Makbud itu, menafikan segala Sifat daripadaNya yaini Zat itu dinafikan Sifat daripadanya

    kerana tiap-tiap Sifat itu bukan suatu yang disifatkan. Makna Zat itu bukan Sifat jadi

    tiap-tiap sifat itu bukan suatu yang disifatkan bererti bahawa Sifat-Sifat Allah itu

    bukannya Zat tetapi tidak lain daripada menerangkan Hakikat Zat Al-Makbud.

    Allah nama bagi Zat berserta segala Sifat. Bila kata Dia Dia itu ganti pada sebutan

    Hakikat Al-Makbud. Bila kata Allah ganti daripada menyebut WAHUA, siapa Dia?

    adalah Allah. Jadi Allah itu nama bagi Zat berserta segala Sifat. Bila kata Allah

    ArRahman ArRohim - Al Malikul sehingga 99 dan segala Sifat Kemalatnya yang

    mengantikan Hakikat Al MakbudHakikat Al Makbud ini nak fikir tak bolehnak sebut

    tak boleh, pasal Dia bersalahan dengan segala yang baru. Melainkan bila kata Dia yangbernama Allah barulah boleh sebut. Bila ganti kepada Dia yang bernama Allah barulah

    boleh sebut tetapi Hakikat Al Makbud tetap Dia dengan AhadiahNya; kerana segala Sifat

    itu bukanlah suatu tambahan diatas Zat.

    Ahad ialah Ahadiah Hakikat Zat Al Makbud dengan tidak di iktibarkan pada bilangan-

    bilangan Sifat dan Asma Sifat-Sifat dan Asma itu adalah penerangan-penerangan

    sebagai tempat timbulnya AIN yang tersembnyi yaini Hakikat Zat Al Makbud

    tersembunyi tiada siapa pun boleh cerita, menerangkan dan sebagainya tetapi Sifat dan

    Asma inilah yang menerangkan supaya nyata dan timbulnya AIN yang tersembunyi tetapi

    Hakikatnya adalah AIN yang tersembunyi itu sendiri.

    Jadi ArRahman itu siapa dia? ArRahman tu Hakikat Al Makbud-lah tapi kalimah

    ArRahman itu itu Asmanya, itu SifatNya tetapi Hakikat ArRahman itu ialah Al

    Makbud-lah yang disembah.

    Perbezaan antara Ahad dan Wahid.

    AHAD ialah Ahdiah Hakikat Al Makbud yaitu zat Mutlak tanpa Sifat dan Asma. Bila

    kata Ahadiah hanya semata-mata Hakikat Al Makbud yang disembah. Tapi WAHID bila

    kata Wahid ialah Wahidiah Al Makbud berserta bilangan Sifat dengan AsmaNya, barulah

    Wahidiah. Ditukarkan Asma bagi Zat berserta Sifat pula adalah menunjukkan hakikat

    WAHDAH AL MAKBUD, jadi daripada SifatNya ditukar disebut dengan Nama itu

    menunjukkan WAHDAH-Nya.

    Assamadu nama bagi Sifat yang menunjukkan Wahidiah Al Makbud sebagi tempat

    sandaran yang mutlak, tak ada tempat lain hendak disandar melainkan kepada Allah

    Assamad yaini kepada Zat bagi tiap-tiap sesuatu yang lain, kerana berkehendaknya tiap-

    tiap yang lain daripadaNya kepadaNya. Segala yang lain daripada Allah kepada Zat itu

    semuanya berkehendak kepada Dia dan segala keadaan tiap-tiap sesuatu itu dengan Dia;

    semuanya sekali dengan Dia

    Dialah yang Maha Kaya yang berhajat sesuatu yang lain kepadaNya oleh itu tiap-tiap

    sesuatu MAUJUD dengan UJUD-Nya tetapi bukan dengan Zat Al Makbud. Dalil Ujud

    Allah itu sekelian yang Maujud tetapi Ujud itu bukan Zat. Ujud itu Sifat yang

    menerangkan bahawa adanya Hakikat Al Makbud itu kerana segala yang MUMKIN itu

  • 8/12/2019 Hakikat Yang Disembah

    6/6

    melazimkan bagi Ujud dan bukannya Sifat Ujud; contoh: kita tenguk tanah basah je,

    melazimkan ada hujan tetapi tanah basah itu bukannya hujan kita tenguk pohon kayu

    habis patah riuk, itu melazimkan adanya ribut tapi pokok patah riuk itu bukannya ribut.

    Melazimkan pokok tumbang itu adanya ribut. Jadi sekelian Mumkin ini Melazimkan bagi

    Ujud, takpadat tidak bila ada sekelian yang baru ini adalah Ujud; tapi bukannya Sifat

    Ujud Tuhan, Cuma Dalil Dia.

    Maka tiada rupa bentuk tidak ada bandingan tidak ada yang menyerupai UjudNya.

    Allah Taala itu tak boleh dibanding, tak boleh dibentuk, tak boleh dirupa Ujud Allah.

    Beranak ertinya melahirkan sesuatu daripada diri dan satu kelahiran itu adalah satu

    juzud daripada juzud yang beranak itu; makna kalau anak itu sebahagian daripada emak

    dan ayah, itu baru dipanggil beranak! Jadi darah daging akaulah tu!

    Kalau sebut beranak ertinya melahirkan sesuatu daripada diri sesuatu. Lahir sesuatu dari

    diri sesuatu dan satu kelahiran itu adalah satu juzud daripada diri yang beranak itu. Allah

    Maha Suci daripada meperanakkan sesuatu maknanya sekelian yang Maujud ini bukan

    terbit daripada dalam Zat Tuhan, bukan Zat itu terbit makhluk, Nur dll; tidak begitu dan tidaklah sesuatu yang lain itu lahir dari Zat Al Makbud, bukan Zat yang sebenar

    disembah itu memperanakkan sekelian Alam ini.

    Zat Allah Taala ini tidak beranak, bukalah maknanya sekelian makhluk ini terjadi

    daripada ZatNya tetapi ZatNya-lah yang mernjadikan sekelian Alam ini. Bukan terbit

    daripada ZatNya dan tidaklah sesuatu yang lain itu lahir daripada Zat Al Makbud bahkan

    sesuatu itu adalah kejadianNya yang menunjukkan Wahdatul Ujud Al Makbud; Dia

    sendiri sahaja menjadikan sekelian Alam ini. Jadi sekelian Alam ini menunjukkan

    Wahdatul UjudNya.

    Dia Ahadiah Ahadiah itu ZatNya. Wahidiah itu Asma dan SifatNya. Wahdah itu

    AfaalNya. Jadi bila kata Allah ZatSifatdan Afaal. Zat Maqamnya Ahadiah Sifat

    dan Asma Maqamnya Wahidiah dan AfaalNya Maqamnya Wadah. Tak ada yang lain

    daripada Dia menjadikan sekelian perbuatan itu melainkan Dia sahaja. Jadi bila Tauhidul

    Afaal ialah Wadahtul UjudNyaPada Tauhidul Sifat dan Asma ialah Wahidatul UjudNya

    Tauhidul Zat Ahadiahtul UjudNya, begitu! bukan makna Wahdatul Ujud itu kita

    didalamnya! Tidak!!

    Makna sekelian makhluk yang dijadikan ini Dialah yang menjadikan, tidak ada dua yang

    menjadikan, melainkan Dia sahajalah yang menjadikan; itu yang dimaksud Wahdatul

    Ujud. Demikian juga Zat Al Makbud itu tidak dilahirkan oleh sesuatu yang lain. Bahawa

    Zat Al Makbud itu tiada berupatiada berbentuktiada berbagaitiada bandingan dan

    tiada meminta-minta yang lain; tiada tercapai pada akal manusia untuk memikir Hakikat

    Al Makbud, bahkan wajib mempercayai dan meyakini Wahdatul Ujud Al Makbud itu.

    Jadi sekarang jelaslah bahawa Allah s.w.t ZatNya itu Ahadiah makna Ahadiah semata-

    mata Zat tidak berserta Sifat dan Asma; yang Zat Allah Taala apabila berserta Sifat Dan

    Asma maka dinamakan dia Wahidiah. Apabila Zat Allah Taala itu berserta Sifat dan

    AsmaNya menjadikan sekelian Alam ini perbuatan AfaalNya disitu mertabatnya Wahdah

    Allahhu Alam.