Hal ehwal murid tatacara menangani ponteng sekolah

5
Hal Ehwal Murid Tatacara Tindakan Menangani Masalah Ponteng Sekolah 1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu. 2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. 3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut- turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. 4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut. 5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua. 6. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu). 7. Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut: Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut- turut Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Ketiga 20 hari lagi selepas Amaran Ketiga Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut

Transcript of Hal ehwal murid tatacara menangani ponteng sekolah

Page 1: Hal  ehwal  murid tatacara menangani ponteng sekolah

Hal Ehwal Murid

Tatacara Tindakan Menangani Masalah Ponteng Sekolah 1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau

SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa

pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki

MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata

bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan

(P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.

2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke

sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara

berturut-turut tanpa surat.

3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-

turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya

telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas

Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P)

sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir

bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan

berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga

bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak

boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.

6. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah

hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak

hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua

surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).

7. Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga

dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam

pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.

Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:

Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Ketiga 20 hari lagi selepas Amaran Ketiga

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut

Page 3: Hal  ehwal  murid tatacara menangani ponteng sekolah
Page 4: Hal  ehwal  murid tatacara menangani ponteng sekolah
Page 5: Hal  ehwal  murid tatacara menangani ponteng sekolah