Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

14
Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional Syarin Nadia Yaacob Abstrak Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (PTLV) merupakan satu mekanisma yang membekalkan individu kearah kerjaya yang pelbagai. Transfromasi Pendidikan Vokasional merupakan proses perekayasaan (reengineering) kembali sistem pendidikan vokasional supaya ianya menuju ke matlamat agenda Transformasi Malaysia. Hala tuju PTV ini dapat dilihat dengan pelaksanaan transformasi PTV dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan strategi yang dibina menunjukkan hala tuju pendidikan teknik adalah ke arah pendidikan yang lebih tinggi. Menerusi kurikulum yang diolah, Malaysia dilihat akan melahirkan graduan PTV yang lebih ramai bagi memacu industri negara. Kata kunci: Hala Tuju PTV, Pendidikan Teknik dan Vokasioanl,Transfromasi PTV, Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia

description

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : HALA TUJU DI MALAYSIA

Transcript of Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Page 1: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional

Syarin Nadia Yaacob

Abstrak

Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (PTLV) merupakan satu

mekanisma yang membekalkan individu kearah kerjaya yang pelbagai. Transfromasi

Pendidikan Vokasional merupakan proses perekayasaan (reengineering) kembali

sistem pendidikan vokasional supaya ianya menuju ke matlamat agenda Transformasi

Malaysia. Hala tuju PTV ini dapat dilihat dengan pelaksanaan transformasi PTV dan

juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan strategi yang dibina

menunjukkan hala tuju pendidikan teknik adalah ke arah pendidikan yang lebih tinggi.

Menerusi kurikulum yang diolah, Malaysia dilihat akan melahirkan graduan PTV

yang lebih ramai bagi memacu industri negara.

Kata kunci: Hala Tuju PTV, Pendidikan Teknik dan Vokasioanl,Transfromasi PTV,

Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia

1.0 Pengenalan

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan satu mekanisma

yang membekalkan individu kearah kerjaya yang pelbagai. PTV ini

memainkan peranan penting bukan sahaja di Malaysia malahan UNESCO

serta pertubuhan lain termasuklah bank dunia meletakkan PTV ini sebagai

agenda utama dalam pertumbuhan ekonomi (UNEVOC, 2013). Di Malaysia

selain melahirkan modal insan berkompentensi tinggi untuk menyokong

Page 2: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

perkembangan ekonomi negara, PTV juga diwujudkan bagi menyediakan

akses dan ekuiti pendidikan kepada semua murid (Dasar Pendidikan

Kebangsaan, 2012). Hala tuju PTV ini dapat dilihat dengan pelaksanaan

transformasi PTV dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.1 Pendidikan Teknik Latihan dan Vokasional (PTV)

Pendidikan di Malaysia telah bermula sebelum era kemerdekaan,

sebelum kedatangan penjajah, pendidikan di Malaysia adalah berbentuk bukan

formal iaitu sistem pendidikan agama yang berbentuk ‘sekolah pondok’.

Kehadiran penjajah telah mengubah corak pendidikan kepada sistem

pendidikan plural, dimana aliran sekolah khusus dibuka untuk kaum-kaum

tertentu seperti sekolah Aliran Melayu, Inggeris, Agama, Cina dan Tamil

sewaktu pemerintahan penjajah. Pada tahun 1905, sekolah teknik yang

pertama telah ditubuhkan bagi bertujuan melahirkan pembantu-pembantu

juruteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan

Ukur. Sewaktu Jepun menguasai Tanah Melayu (1941-1945) iaitu pada perang

dunia kedua, sekolah aliran teknik dan maktab teknik dalam bidang

telekomunikasi, maritim, perikanan pertanian dan pembinaan telah

diwujudkan bagi menggantikan pendidikan menengah.

PTV diperkembangkan lagi menerusi dasar dalam Ordinan Pelajaran

1952 dan seterusnya pendidikan teknik terus diberi perhatian apabila disebut

secara khusus dalam Laporan Rahman Talib iaitu pada tahun 1960 dimana

salah satu di antara empat perkara yang digariskan iaitu “memberi penekanan

kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir”

(Abdullah Sani, 2003). Pendidikan Teknik terus diperluaskan lagi menerusi

Rancangan Malaysia Kedua RMK2 (1966-1970) dengan membuka beberapa

sekolah Menengah teknik dan Vokasional iaitu dengan memperkenalkan

bidang Pertukangan, Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan.

2

Page 3: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Pendidikan Teknik dan Vokasional terus diperkasakan dengan

pertambahan bilangan sekolah teknik dan vokasional pada tahun 2005 iaitu

sebanyak 90 buah sekolah dimana semua sekolah vokasional telah ditukar

menjadi sekolah teknik dan enrolman bertambah daripada 30,691 pada tahun

1990 kepada 72,838 pada tahun 2005 (Pelan Induk Pembangunan Negara

2006-2010, KPM 2006).

Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mencungkil permasalahan

serta isu-isu bagi memperbaiki lagi sistem PTV. Tidak kurang juga suntikan

dana, bantuan serta kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bagi

menaiktarafkan lagi PTV. Usaha-usaha ini adalah bagi memartabatkan sistem

PTV. Rentetan daripada itu beberapa inisiatif dan inovasi dilaksanakan bagi

menentukan Hala Tuju PTV yang berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPN).

2.1.1 Transformasi Pendidikan Teknik Vokasional

Meningkatkan hasil kualiti pelajar merupakan salah satu daripada

enam agenda yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA). Bagi menyumbang kepada Malaysia sebagai negara yang

berpendapatan tinggi, ianya menjadi lonjakan kepada transformasi pendidikan

yang mana ianya merupakan intipati dalam memperkasakan institusi

pendidikan (Aminuddin, 2011). Bertepatan dengan itu satu Pelan

Strategik Transformasi Pendidikan Teknik Vokasioanal

diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2011.

Ianya bagi menjadikan PTV bersifat sejagat dan dijadikan

sebagai pengisian utama dalam usaha merealisasikan visi dan

misi destinasi pendidikan (Mohd Zulfadly, et al., 2011).

Transfromasi Pendidikan Vokasional merupakan proses perekayasaan

kembali sistem pendidikan vokasional supaya ianya menuju ke matlamat

3

Page 4: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

agenda Transformasi Malaysia. Transfromasi Pendidikan Vokasional

dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh sembilan tahun

iaitu bermula dari 2011 sehingga 2020.

Pelaksanaan pelan strategi ini melalui tiga iaitu fasa lonjakan yang

bermula pada 2011 –hingga 2013, fasa peningkatan bermula pada 2014 hingga

2016 dan fasa pemerkasaan iaitu bermula pada 2017 hingga 2020. Setiap fasa

yang tersebut akan ditumpukan kepada pencapaian lima objektif iaitu:

1. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil

kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan – badan pensijilan

kebangsaan.

2. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia

melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.

3. menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang mempunyai sijil atau

diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan kebangsaan.

4. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang berupaya menjadi

usahawan yang berdaya saing.

5. Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

melaksanakan transformasi pendidikan vokasional.

Sejajar dengan itu, tindakan bagi pelaksanaan trasnformasi ini

dilaksanakan melalui lima strategi dalam lima bentuk inisiatif dan selanjutnya

sebelas tindakan strategik yang kritikal akan dikenalpasti bagi meningkatkan

kualiti PTV ianya merangkumi kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran,

pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia.

Melalui transformasi ini, PTV lanskap dan struktur pendidikan kebangsaan

dilihat akan berubah dimana adanya pilihan pintas iaitu pendidikan ke peringkat

diploma tanpa melalui Sijil Pelajaran Malaysia SPM melalui pewujudan Kolej

Vokasional di tingkatan tiga. Pelaksanaan ini akan memperlihatkan mata pelajaran

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dilaksanakan seawal tingkatan satu hingga

tiga dengan menggantikan mata pelajaran MPV. Pelajar juga akan ditawarkan

4

Page 5: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

bagi menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia pada

tahap satu dan dua dan berpeluang menduduki SKM pada tahap empat iaitu

sekiranya menyambung selama empat tahun ke peringkat diploma di Kolej

Vokasional. Lepasan pendidikan vokasional juga akan dapat berpeluang bagi

melanjutkan pengajian mereka ke paringkat yang lebih tinggi. Selain ianya

menggalakkan lepasan pendidikan vokasional ke pendidikan tinggi, mereka juga

dapat bersedia menyertai industri dan menjadi usahawan yang berdaya saing.

Rajah 1: Lanskap dan Struktur Pendidikan Kebangsaan selepas transformasi

Pendidikan Tekniknik dan Vokasional

Sumber: Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, KPM

2011

2.1.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada

tahun 2013 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana ianya

meliputi 11 anjakan yang akan dilaksanakan melalui tiga gelombang iaitu

gelombang pertama (2013-2015), gelombang kedua (2016- 2020) dan gelombang

5

Page 6: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

ketiga (2021-2015). Ianya mengandungi hala tuju dasar untuk jangka masa

panjang bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan kepada semua murid.

Untuk membangunkan serta menambah baik sistem pendidikan, pelan ini

dirangka berdasandarkan kepada tiga objektif iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia

yang berfokuskan kepada penambahbaikan akses kepada pendidikan,

meningkatkan standard kualiti, merapoatkan jurang pencapaian (ekuiti),

menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan

keberkesanan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan

setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem

pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran

Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan

jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia 2015-2015 terdapat

10 lonjakan bagi kecemerlangan sistem pendidikan tinggi dimana empat

lonjakan pertama adalah melibatkan laluan pelajar dalam PTV. Anggaran

kepada peningkatan 2.5 kali ganda jumlah enrolmen PTV menjelang 2025,

telah dijangkakan tidak akan selaras dengan penawaran pekerjaan dalam

bidang ini. Kesan daripada ini menjadikan jumlah pelajar PTV masih rendah

terutamanya yang berkelayakan tinggi. oleh itu satu-satunya laluan kerjaya

adalah melalui pendidikan tinggi. Rentetan daripada itu kerajaan telah

mensasarkan kearah graduan PTV yang berkualiti bagi meningkatkan

kemahiran untuk memenuhi permintaan industri serta menambah peluang

kemajuan kerjaya. Pelaksanaan melalui kolej komuniti, kolej vokasional dan

politeknik dianggarkan akan berkembang menerusi kerjasama dengan industri

bagi menyelaraskan penawaran memenuhi permintaan.

6

Page 7: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Rajah 2: Sepuluh lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2015-2025

Sumber: Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi) 2015-2025, KPM

3.0 Penutup

Perubahan-perubahan di Malaysia banyak disandarkan melalui perkembangan

pendidikan. Ini kerana pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan kemajuan

sesebuah negara. Melalui Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat dilihat bahawa kerajaan komited dalam

merencanakan hala tuju pendidikan teknik di Malaysia. Pelan strategi yang dibina

menunjukkan hala tuju pendidikan teknik adalah ke arah pendidikan yang lebih tinggi.

Menerusi kurikulum yang diolah, Malaysia dilihat akan melahirkan graduan TVET yang

lebih ramai bagi memacu industri negara.

7

Page 8: Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Rujukan

Abdullah Sani Yahaya (2003), Siri Pendidikan Perguruan Perkembangan Pendidikan di

Malaysia, PTS Publication, Pahang

Aminuddin Awang Kechik, Reformasi dalam TVET: Perubahan Masa Hadapan, Journal of

Edupress, 2011, Vol 1: 336-341

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pelajaran

Malaysia

Mohd Zulfadly Othman, Rohana Hmzah, Ismail Sabri Norihan, Muhammad Afzamiman

Aripin, Dua Teras, Satu Destinasi: Pean Reformasi Strategik PTV Ke Arah

Pembangunan Sejagat, Journal Teknologi 2011, Vol 56 199:177 UTM Press

Nik Azis Nik Pa dan NorainiIdris (2008), Pembangunan Pendidikan di Malaysia: Cabaran

dan Harapan, Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia Pengalaman 50

tahun merdeka, Kuala Lumpur, Utusan Publication.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-

2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Revisiting Global Trends in TVET: Reflection on Theory and Practise, UNEVOC 2013

8