Halal Malaysia

6
LOGO HALAL, JAKIM DAN ISU BERBANGKIT Apr24 Assalamualikum kepada pembaca budiman… Mutakhir ini ini kita digemparkan dengan beberapa isu berkait dengan penggunaan logo Halal, makanan yang bercampur dan terdedah kepada barangan HARAM, pemprosesan makanan tidak menepati persijilan halal, isu persijilan HALAL dan pelbagai masalah berbangkit. Hal ini bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata sahaja atau buat-buat tidak tahu atau tidak perasan oleh umat Islam lantaran ia boleh memberi kesan baik dan tidak baik kepada perkembangan rohani dan jasmani umat itu sendiri. Ia berkait rapat dengan hukum hakam sudah jelas dan sudah banyak dihuraikan oleh sekian banyak ulama’ zaman berzaman. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi serta peningkatan permintaan terhadap sumber keperluan makanan dan minuman sebagai keperluan utama manusia, maka timbullah satu demi satu isu berbangkit yang akhirnya umat Islam sendiri yang menerima akibatnya. Hal ini berlaku atas beberapa faktor yang tidak dapat disangkal lagi kenyataannya ; a. 80% hasil pengeluaran makanan dan minuman bukan dari pengeluar bumiputera atau pemilikan Islam/Melayu b. Hampir 70% pengguna di Malaysia adalah beragama Islam. c. Tidak sampai 20% pengusaha makanan dan minuman milik orang islam/melayu di Malaysia. d. Kekuatan JAKIM tidak mampu mengawasi dan mengawal ribuan syarikat dan kilang yang majoritinya pemilikan bukan Islam bersama berpuluh ribu produk yang perlu dianalisis satu persatu. Ini tidak termasuk produk makanan yang diimport dari luar negara yang perlu pengawasan dan kerjasama dari badan yang diiktiraf JAKIM di negara-negara pengeluar.

description

Halal Malaysia

Transcript of Halal Malaysia

LOGO HALAL, JAKIM DAN ISUBERBANGKIT

Apr24Assalamualikum kepada pembaca budiman

Mutakhir ini ini kita digemparkan dengan beberapa isu berkait dengan penggunaan logo Halal, makanan yang bercampur dan terdedah kepada barangan HARAM, pemprosesan makanan tidak menepati persijilan halal,isu persijilan HALAL dan pelbagai masalah berbangkit.Halini bukanlahperkara yang boleh dipandang sebelah mata sahaja atau buat-buat tidak tahu atau tidak perasan oleh umat Islam lantaran ia boleh memberi kesan baik dan tidak baik kepada perkembangan rohani dan jasmani umat itu sendiri.

Ia berkait rapat dengan hukum hakam sudah jelas dan sudah banyak dihuraikan oleh sekian banyak ulama zaman berzaman. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi serta peningkatan permintaan terhadap sumber keperluan makanan dan minuman sebagai keperluan utama manusia, maka timbullah satu demi satu isu berbangkit yang akhirnya umat Islam sendiri yang menerima akibatnya.Hal ini berlaku atas beberapa faktoryang tidakdapat disangkal lagi kenyataannya ;

a. 80% hasil pengeluaran makanan dan minuman bukan dari pengeluar bumiputera atau pemilikan Islam/Melayu

b. Hampir 70% pengguna di Malaysia adalah beragama Islam.

c. Tidak sampai 20% pengusaha makanan dan minuman milik orangislam/melayu di Malaysia.

d. Kekuatan JAKIMtidak mampu mengawasi danmengawal ribuan syarikat dan kilang yang majoritinya pemilikan bukan Islam bersama berpuluh ribu produk yang perlu dianalisis satu persatu. Ini tidak termasuk produk makanan yang diimport dari luar negara yang perlu pengawasan dan kerjasama dari badan yang diiktiraf JAKIM di negara-negara pengeluar.

e. Kesedaran dan pengetahuan tentang HALAL dan HARAM dalam masyarakat masih ditahap rendah. (Jangan terkejut ramai tidak mengetahui fungsi JAKIM dan logo HALAL)

Di Malaysia, kita bertuahkerana kita memiliki JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebagai badan induk yang disokong oleh badan-badan Islam lain, jabatan Agama Islam Negeri, Badan bebas (NGO) yang sentiasa peka dalam memastikan hasilan produk keluaran tempatan dan luar negara sentiasa mematuhi garis undang-undangyang ditetapkan.JAKIM sebuah badan yang dipertanggungjawabkan tentang hal ehwal Islam di negara kita sentiasa mengambil inisiatif dan langkah proaktif dalam memastikan sola yang berkait dengan kepentingan umat Islam sentiasa terpelihara dan terjaga sebaiknya.

Logo terbaru HALAL yang dikeluarkan JAKIM berkuatkuasa 1 Januari 2012. Mulai tarikh ini,semua logo selain logo HALAL Jakim di atas dimansuhkan termasuk logo HALAL dariJabatan Agama Negeri, logo swasta dan sebagainya.

Namun, apa yang sangatmenyedihkan masih ramai lagi umat Islam sendiri tidak ambil pusing dengan isu berkaitan halal haram dalam soal makan minum harian. Yang lebih menyedihkan ramai umat Islam mutakhir ini tidak memperdulikan langsung makan minumnya dengan membeli dan mendapatkan makanan tanpa memeriksa dahulu LOGO HALAL samada ia disahkan atau tidak disahkan oleh badan berwajib. Hakikatnya sikap tidak acuh uamt Islam hari ini ditambah pula sikap tidak bertanggungjawab syarikat pengeluar yang sekian lama didominasi oleh orang bukan Islam akhirnya memakan diri sendiri. Satu persatu isu berkait isu HALAL terpampang di dada akhbar dan media elektronik.

Justeru, disarankan seluruh umat Islam khususnya pelajar perlunya menjaga soal makan minum mereka kerana makan dan minum memberi kesan langsung kepada nilai akhlak, tingkah laku serta penerimaan ibadah seseorang.

Disini penulis menurunkan sedikit malumat penting tentang JAKIM dalam usahanya memberi kefahaman dan maklumat terkinikepada pengguna Islam yang peka tentang HALAL dan HARAM. Anda boleh dapatkan maklumat ini diwww.halaljakim.gov.my

Pada maklumat PENGGUNA dalamwebsiteini, terdapat8 maklumat penting sebagai rujukan dan panduan umat Islam di malaysia untuk mengenalpasti senarai makanan, syarikat, hotel, maklumat logo dan sijil terbaru JAKIM, badan pengeluar produk luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, kandungan bahan yang halal dan haram serta sebarang aduan dan pertanyaan yang boleh dikemukakan dalam website ini. Perincian maklumat dalam website ini adalah sepertimana berikut

DIREKTORI HALAL MALAYSIA

Disini pelajar boleh masukkan nama produk (makanan atau menuman cth nestle, maggi, mentos dll) untuk memastikan produk tersebut disahkan HALAL oleh JAKIM atau tamat tempoh LOGO HALAL produk tersebut. pelajar juga boleh menyemak senarai pengeluar kepada produk terbabit samada mendapat pengiktirafan JAKIM atau sebaliknya. Perlu ditegaskan JAKIM hanya memasukkan senarai produk dan pengeluar yang memohon sijil HALAL keatas semua atau sebahagian produk mahupun syarikat terbabit. Contoh satu syarikat hanya mendaftarkan persijilan HALAL bagi cawangan utama sahaja, tidak kepada cawangan lain. Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.

SENARAI HOTEL

Direktori ini dikhaskan untuk dapur hotel yang memohon sijil HALAL dari JAKIM dan menepati syarat persijilan sahaja. Untuk makluman tidak semua hotel di Malaysia mendaftarkan dapur mereka kepada JAKIM untuk persijilan HALAL. Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.

SIJIL TERBARU DIKUATKUASAKAN

Maklumat syarikat dan produk terbaru yang memohon sijil halal dari JAKIM. Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.

SENARAI BADAN ISLAM YANG DIIKTIRAF

Direktori ini memasukkan badan islam luar negara (negara pengeluar/pengeksport) yang diiktiraf JAKIM terhadap produk makanan keluaran negara berkenaan. Menurut maklumat dari pegawai JAKIM, logo HALAL tidak dapat digabungkan atas faktor logistik dan sosiobudaya negara masing-masing.Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.

SENARAI PERMOHONAN LUAR NEGARA YANG DULULUSKAN

Menempatkan senarai syarikat luar negara yang memohon danmendapat persijilan HALAL dari JAKIM.Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.

ADITIF HALAL

Direktori berguna ini menempatkan senarai aditif makanan yang dibenarkan oleh JAKIM. Aditif adalah bahan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi tujuan memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa, perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral. Ianya juga mempunyai fungsi teknologi semasa penyediaan atau ketika pemprosesan makanan. Namun tidak semua aditif makanan boleh digunakan dalam makanan.Maklumat akan berubah dari masa ke semasa.

ADUAN HALAL

Pengguna dan pelajar boleh mengadukan maklumat makanan yang meragukan, tidak HALAL, bercampur produk, pemalsuan logo dan sebagainya.

PERTANYAAN/MAKLUM BALAS

Pengguna dan pelajar boleh gunakan medium ini sebagai saluran komentar, makluman, pertanyaan dan apa sahaja soalan berkaitan HALAL dan HARAM dan pegawai JAKIM bertanggungjawab akan memeberikan jawapan sewajarnya.

* Makluman : JAKIM hanya mengeluarkan nama syarikat dan produk yang didaftarkan sahaja. Jika tiada maklumat dalam direktori ini, maka ia bermaksud syarikat atau produk tersebut tidak atau belum didaftarkanlagi kepada pihak JAKIM.