Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

13
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN...................................................... 1.0 Pengenalan..................................................... 2.0 Cabaran Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia.......... 2.1 Cabaran Daripada Kerajaan...................................... 2.1.1 Sikap Sambil Lewa Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu............................................................. 2.2 Cabaran Daripada Bidang Pendidikan............................. 2.2.1 Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah......................................... 2.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Utama Dalam Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi, IPT....................... 2.3 Cabaran Daripada Kemajuan Teknologi Maklumat................... 2.3.1 Bahasa Teknologi Maklumat.................................... 2.4 Cabaran Daripada Persepsi Masyarakat Terhadap Bahasa Melayu............................................................. 2.4.1 Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa Melayu...................................................... 2.5 Cabaran Daripada Penggunaan Bahasa Melayu..................... 2.5.1 Pengaruh Media Elektronik................................... 2.5.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja................ 3.0 Kesimpulan.................................................... BIBLIOGRAFI....................................................... 1

description

halangan dalam memartabatkan bahasa melayu di negara ini

Transcript of Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

Page 1: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN.....................................................................................................................

1.0 Pengenalan........................................................................................................................

2.0 Cabaran Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia...........................................

2.1 Cabaran Daripada Kerajaan..............................................................................................

2.1.1 Sikap Sambil Lewa Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu...........................

2.2 Cabaran Daripada Bidang Pendidikan...............................................................................

2.2.1 Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah.....................................................................................................................................

2.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Utama Dalam Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi, IPT..................................................................................................

2.3 Cabaran Daripada Kemajuan Teknologi Maklumat...........................................................

2.3.1 Bahasa Teknologi Maklumat...........................................................................................

2.4 Cabaran Daripada Persepsi Masyarakat Terhadap Bahasa Melayu.................................

2.4.1 Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa Melayu...............

2.5 Cabaran Daripada Penggunaan Bahasa Melayu.............................................................

2.5.1 Pengaruh Media Elektronik...........................................................................................

2.5.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja........................................................

3.0 Kesimpulan......................................................................................................................

BIBLIOGRAFI.........................................................................................................................

1

Page 2: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu ialah salah satu antara bahasa yang mana bilangan penuturnya

sangat besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dan

menggunakan bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa

Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai

bahasa lingua franca di Asia Tenggara, khususnya pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, dituturkan oleh pelbagai

lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama, bahasa diplomatik,

bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan sebagainya.

Namun begitu, sesetengah pihak menganggap bahasa Melayu tidak mantap dan

belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika

dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan

Melayu terdahulu. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin

seolah-olah meminggirkan peranan bahasa Melayu.

Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa

Austronesia atau dikenali juga sebagai bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu

berkembang menjadi pelbagai dialek yang unik dan tersendiri. Pada hari ini, bahasa

Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia,

Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa

Melayu ialah bahasa rasmi negara. Atas faktor tertentu, bahasa Melayu dikenali

juga sebagai bahasa Malaysia.

Bahasa Melayu merupakan antara sepuluh bahasa di dunia yang

mempunyai pengguna dan penutur paling ramai. Bilangan itu pula meningkat dari

setahun ke setahun. Namun begitu, Bahasa Melayu masih tidak dianggap sebagai

2

Page 3: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia

seperti bahasa Inggeris. Hakikatnya bahasa Melayu adalah bahasa yang unik yang

kaya dengan kosa kata dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Terdapat

pelbagai faktor dan halangan sama ada dari dalaman dan luaran yang

menyebabkan bahasa Melayu dipandang sinis dalam kancah keilmiahan dan

ketamadunan jati diri bangsa.

Bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda negara Malaysia seharusnya

dijaga dan ditingkatkan lagi martabatnya. Banyak pendekatan, kaedah dan tindakan

yang perlu diambil bagi memastikan bahasa Melayu akan sentiasa relevan.

Malaysia yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang Melayu seharusnya

peka akan masalah yang dihadapi oleh bahasa ibunda mereka ini. Walaupun dunia

kini semakin maju dan moden tetapi bahasa Melayu seharusnya sentiasa

diutamakan kerana inilah bahasa pertuturan setiap hari dan inilah juga bahasa yang

lebih difahami berbanding bahasa asing. Seharusnya pembelajaran dan pengajaran

sama ada daripada guru, mahupun ibu bapa ataupun rakyat adalah menggunakan

bahasa Melayu. Kita lihat contoh negara maju seperti negara Matahari Terbit iaitu

Jepun. Mereka bangga menggunakan bahasa mereka. Kemajuan dapat mereka

kecapi tanpa perlu mereka kuasai bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Orang dari

negara luar yang terpaksa memahami bahasa mereka dan bukan mereka yang

perlu memahami bahasa pelawat dari luar negara. Tetapi lain halnya di Malaysia,

kita yang terpaksa memahami bahasa pelawat dari luar negara. Rakyat Malaysia

seharusnya sedar bahawa bahasa ibunda kita ini mengalami kemerosotan kerana

banyaknya halangan dan cabaran yang dihadapi oleh bahasa ini.

2.0Cabaran Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia

Terdapat beberapa cabaran utama dalam memartabatkan bahasa Melayu di

Malaysia. Cabaran ini adalah seperti cabaran daripada kerajaan, bidang pendidikan,

3

Page 4: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

kemajuan teknologi maklumat, persepsi masyarakat terhadap bahasa Melayu dan

cabaran daripada penggunaan bahasa Melayu.

2.1 Cabaran Daripada Kerajaan

Cabaran daripada kerajaan dapat dilihat menerusi sikap sambil lewa kerajaan yang

dalam memartabatkan bahasa Melayu.

2.1.1 Sikap Sambil Lewa Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Sikap sambil lewa kerajaan menjadi penghalang bagi usaha memartabatkan bahasa

Melayu di negara ini. Kerajaan dilihat lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris

dalam nama program-programnya dan dalam singkatannya. Sebagai contohnya

adalah Program Transformasi Kerajaan yang menggunakan “Government

Transformation Programme” (GTP) sebagai singkatannya dan begitu juga dengan

Program Transformasi Ekonomi yang menggunakan “Economi Transformation

Plan” (ETP) serta Pusat Transformasi Luar Bandar yang menggunakan “Rural

Transformation Center” (RTC). Perlu kita sedari bahawa hal ini berkaitan dengan jati

diri, identiti bangsa dan berkait langsung dengan bahasa Melayu itu sendiri. Jika

dahulu kita sibuk menyokong hasrat menyatukan seluruh penduduk dengan bahasa

Melayu, mengapa perlu bahasa ini diketepikan dalam nama-nama program yang

baik? Sepatutnya singkatan dalam bahasa Melayulah yang perlu diutamakan. Hal

ini dikatakan demikian kerana kerajaan sering mengeluarkan kenyataan tentang

usaha memartabatkan bahasa Melayu tetapi kenyataan itu tidak disokong oleh

tindakan mereka yang menggunakan akronim menurut bahasa Inggeris. Ini telah

menjejaskan kewibawaan kerajaan sebagai pelindung bahasa kebangsaan. Tidak

salah dan tidak dikatakan mundur jika kita menggunakan singkatan PTK bagi

Program Transformasi Kerajaan dan PTLB bagi Pusat Transformasi Luar Bandar.

Perlu ditegaskan di sini bahawa pelbagai perancangan kerajaan dalam

memartabatkan bahasa Melayu tidak akan dikagumi rakyat sekiranya tindakan

4

Page 5: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

kerajaan sendiri tidak menyokong hasrat itu. Perlu ditekankan di sini bahawa

kerajaan seharusnya memupuk masyarakat dalam memartabatkan bahasa Melayu

di negara ini dan bukannya hanya pandai berkata-kata tetapi tidak bertindak seperti

yang mereka perkatakan.

2.2 Cabaran Daripada Bidang Pendidikan

Cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu adalah sangat jelas sekali jika kita

lihat dari aspek bidang pendidikan di negara ini. Cabaran-cabaran ini adalah seperti

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di

sekolah dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam pengajian

di Institusi Pengajian Tinggi, IPT.

2.2.1 Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa

Inggeris di sekolah

Kamal Shukri Abdullah Sani (2007) menyatakan bahawa Jepun tidak berganjak

daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat

pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya

dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang

mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia, Mandarin dan

lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan

lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi

martabat dan maruahnya. Kemuncak kepada keraguan kepada bahasa Melayu

yang menjadi cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu di negara ini

direalisasikan dengan terlaksananya sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar ini dilaksanakan pada 2003 yang

mana ini adalah peristiwa yang cukup menggurit hati para pejuang bahasa Melayu.

Pelaksanaan PPSMI adalah hasil daripada polemik-polemik yang sekian lama

membelenggu yang mana perasaan ketidakyakinan fungsi bahasa Melayu sebagai

5

Page 6: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

bahasa keilmuan dan bahasa sains teknologi tercerna melalui pelaksanaan PPSMI.

Pelaksanaan dasar ini telah merendahkan martabat bahasa Melayu pada waktu itu.

Bahasa Inggeris sekali lagi diangkat lebih tinggi daripada bahasa Melayu dan yang

menyedihkan dasar ini digubal dan dilaksanakan oleh Orang Melayu yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-hari yang lebih

faham kepada bahasa Melayu itu sendiri dan turut diterima oleh orang-orang

Melayu. Bagaimana bahasa Melayu dapat dimartabatkan sekiranya bahasa asing

diangkat lebih tinggi oleh orang Melayu itu sendiri? Dasar ini menyebabkan bahasa

Melayu semakin dianggap hilang seri dan kekuatannya sebagai bahasa yang boleh

berdaya saing di negara ini. Walaupun pada tahun 2010 Tan Sri Muhyiddin

Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012,

mata pelajaran sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu semula dan

kini mata pelajaran tersebut telah pun diajar semula dalam bahasa Melayu namun

peristiwa pelaksanaan PPSMI itu telah pun merendahkan martabat bahasa Melayu

di negara ini.

2.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Utama Dalam Pengajian Di

Institusi Pengajian Tinggi, IPT

Setelah 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan setelah 34 tahun

pelaksanaan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Akta

Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 yang diluluskan memberi cabaran yang besar

kepada bahasa Melayu. Semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar. Sehubungan itu, pengiktirafan Institusi Pendidikan

Tinggi Swasta (IPTS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan

dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996.Oleh sebab IPTS merupakan sebahagian

daripada sistem pendidikan Kebangsaan maka IPTS mempunyai pilihan dalam hal

penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah

kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon pengecualian mengikut

6

Page 7: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

Seksyen 17 Akta IPTS berkenaan. Dengan perkataan lain IPTS mempunyai

kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa pengantar.

Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus

melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.

Bukan hanya IPTS malah IPTA, Institusi Pengajian Tinggi Awam, pada tahun 2011

mercu gading tersohor di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), dalam hasrat Naib

Canselor ketika itu yang mahu melihat UM sebagai universiti yang diiktiraf dunia,

penggunaan bahasa Inggeris diutamakan dalam pengajian di universiti ini. Ini

sekaligus telah merendahkan martabat bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi

bahasa yang lebih di utamakan. Bukan itu sahaja, di Universiti Teknologi Mara,

UITM, terkenal dengan pelajarnya yang melahirkan banyak graduan yang fasih

berbahasa Inggeris kerana subjek-subjek utama yang diajar dalam bahasa Inggeris.

IPTA yang tidak kurang hebatnya kerana telah ramai melahirkan graduan dalam

bidang teknikal iaitu politeknik juga telah mengikut langkah IPTA lain yang mana

telah mengutamakan bahasa Inggeris untuk subjek-subjek utamanya. IPTA ini telah

mengalami transformasi yang besar. Subjek-subjeknya yang sebelum ini diajar

dalam bahasa Melayu telah diajar dalam bahasa Inggeris. Bukan setakat itu sahaja,

kod dan nama setiap subjek juga telah diubah sepenuhnya kepada bahasa Inggeris.

Contohnya subjek-subjek utama dalam bidang mekanikal seperti lukisan

kejuruteraan yang kini adalah “Mechanical Drawing”, Kaji daya bahan yang kini

adalah “Mechanic of material”, dan subjek-subjek yang lain. Bukan hanya nama dan

pembelajaran dalam bahasa Inggeris tetapi buku dan modul yang dikeluarkan dan

mahupun yang digunakan juga dalam bahasa Inggeris. Transformasi ini dibuat demi

menaikkan taraf pendidikan IPTA ini. Persoalannya adakah tidak cukup untuk

belajar subjek bahasa Inggeris yang sememangnya telah disediakan oleh IPTA ini?

Dan kenapa perlu setiap subjek diajarkan dalam bahasa Inggeris sedangkan pelajar

lebih memahaminya jika diajarkan dalam bahasa yang mereka biasa gunakan? Ini

7

Page 8: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu semakin rendah lagi martabatnya di

negara ini apabila bahasa asing yang lebih diutamakan.

2.3 Cabaran Daripada Kemajuan Teknologi Maklumat

Dunia kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Malaysia turut menerima impak

yang besar daripada kemajuan teknologi maklumat ini. Cabaran kepada

memartabatkan bahasa Melayu di zaman kemajuan teknologi maklumat kini adalah

bahasa teknologi maklumat.

2.3.1 Bahasa Teknologi Maklumat

Kita sedia maklum, bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan bagi bahasa

teknologi maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap teknologi maklumat

pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris

menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat di Malaysia.

Dalam pada itu, masyarakat di Malaysia terpaksa lebih mementingkan bahasa

Inggeris dek kerana bahasa teknologi maklumat adalah bahasa Inggeris. Era

teknologi maklumat telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran

pertama Internet dunia di Amerika Syarikat. Ini sekaligus menjadi Cabaran kepada

bahasa Melayu sama ada bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa teknologi

maklumat di Malaysia menggantikan bahasa teknologi maklumat yang sedia ada

iaitu bahasa Inggeris. Ini menduga keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang

boleh berdaya saing dengan bahasa teknologi maklumat yang sedia ada.

2.4 Cabaran Daripada Persepsi Masyarakat Terhadap Bahasa Melayu

Jika dilihat daripada persepsi masyarakat terhadap bahasa Melayu, cabaran yang di

hadapi oleh bahasa Melayu adalah sikap masyarakat memandang rendah dengan

kebolehan bahasa Melayu.

8

Page 9: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

2.4.1 Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa

Melayu

Persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju

dan tidak berdaya saing ini memberi cabaran hebat dalam memartabatkan bahasa

Melayu di negara ini. Mereka sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini

dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa

Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Malah mereka malu

sekiranya tidak fasih dalam berbahasa Inggeris tetapi tidak pula malu apabila

bahasa mereka sendiri iaitu bahas Melayu semakin rendah martabatnya. Memang

tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan

banyak kebaikannya terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta

pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara,

bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan yang lebih tinggi memandangkan

ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa diutamakan. Mana-

mana pihak yang fasih berbahasa asing tetapi tidak arif berbahasa Melayu

sepatutnya lebih berasa malu dengan keadaan diri mereka kerana bahasa Melayu

merupakan identiti penting bagi seorang warganegara Malaysia sebagaimana yang

sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa tetapi kini ramai dalam kalangan

penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan

lebih bangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa

Inggeris yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Situasi menggunakan

bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan penutur

bahasa Melayu itu sendiri.  Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis jika terdapat

walau hanya seorang warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada

bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut

majoritinya memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita

dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan bahasa

9

Page 10: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

Melayu adalah sikap yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap

masyarakat.  Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah

Islam pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa

lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka

gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang

menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah

bangsa yang agung. Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin

dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa

hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris.

Mereka terus terkesima dan bangga dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat

melihat kejayaan bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri dalam mendidik rakyat

kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris

dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama terjajah.

Itulah yang membelenggu masyarakat kita hari ini.

2.5 Cabaran Daripada Penggunaan Bahasa Melayu

Beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan

bahasa Melayu. Antaranya ialah pengaruh media elektronik dan kerancuan bahasa

Melayu daripada golongan remaja.

2.5.1 Pengaruh Media Elektronik.

Pengaruh media elektronik dapat kita lihat menerusi kaca televisyen dan radio,

pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu

program, sudah menjadi kewajipan untuk mencampuradukkan bahasa mereka.

Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara

mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun

programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya

berbangsa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara ini

10

Page 11: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

kebanyakannya mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik Safiah

Karim (2004), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli, iaitu satu ayat dalam satu

bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah “ Saya

mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father.”

Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu “Dalam hal ini you paling

best.” “How are you today? Harap OKlah.” Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan

mana-mana rancangan atau program televisyen kini. Inilah yang menjatuhkan lagi

martabat bahasa Melayu di negara ini. Bahasa yang indah dirosakkan dek

percampuran bahasa yang tidak sepatutnya berlaku.  

2.5.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja.

Selain itu, melihat dari perspektif golongan remaja pula, penggunaan bahasa

Melayu mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu.

Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi masa kini iaitu penggunaan telefon bimbit.

Untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak

dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa (2009),

kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya

sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya,

yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat,

klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa

perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar mesej. Misalnya,

perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam

(wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa).

Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata ganti nama seperti sayer (saya), aq

(aku), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai

seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa

Melayu ini merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan, kehalusan

11

Page 12: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang

menyebabkan kecelaruan dalam penggunaan bahasa Melayu. Hal ini akan

merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan

menurunkan maruah serta martabatnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh

pengguna bahasanya.

3.0 Kesimpulan

Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Kita seharusnya peka akan setiap

halangan dan cabaran yang telah menduga kehebatan dan keunikan bahasa ibunda

kita ini. Sekiranya kita tidak menjaga bahasa ibunda kita ini, tak mustahil suatu hari

nanti bahasa ini hilang daripada kita. Siapalah kita orang Melayu tanpa bahasa

Melayu? Saban hari sedar mahupun tidak bahasa kita ini mengalami kemerosotan

yang ketara. Setiap hari bahasa Melayu digunakan secara salah, dicampuradukkan

dengan bahasa asing, malah bahasa Melayu sangat terancam dek kita yang sangat

meninggikan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Lihatlah seperti negara maju

seperti jepun, mereka mampu menjadi negara maju yang pesat membangun walhal

mereka tidak sekalipun mengangkat bahasa lain selain daripada bahasa mereka

sendiri. Mereka maju dengan bahasa mereka dan mereka bangga dengan bahasa

mereka. Itulah yang menunjukkan budaya dan jati diri mereka. Mengapa kita harus

malu dengan bahasa kita sendiri? Bahasa Melayu adalah bahasa kita, bangsa kita,

dan itulah jati diri kita. Kita harus berbangga dengan bahasa kita ini. Tidak mustahil

dengan bahasa ini kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan

negara-negara maju di dunia suatu hari nanti.

12

Page 13: Halangan dalam memartabatkan bahasa melayu

BIBLIOGRAFI

Hashim Hj. Musa. (2009). BBM 5203 Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ibn Khaldun (cetakan kedua:2009) Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari disunting oleh Azizan Batrarudd, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail, Haslinda Abdullah.

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi?

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13