Handout m.union

9
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN SEMESTER II , SESI 2015/2016 AJ 21203 : SEJARAH MALAYSIA 1900-1957 SOALAN: KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME DAN PERUBAHAN POLITIK DUNIA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA TELAH MENYEBABKAN BRITISH TERPAKSA MENCIPTA KONSEP NASION YANG BARU UNTUK TANAH MELAYU YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYAN UNION. BINCANGKAN IDEA, KONSEP, CIRI-CIRI DAN PERLAKSANAAN PEMBENTUKAN “ BANGSA MALAYAN” TERSEBUT. NAMA PENSYARAH : ENCIK EKO PRAYITNO JOKO MASA/TEMPAT : KHAMIS ( 11-12 AM/BT 1.7 ) NAMA PENUH NO. MATRIK MOHAMAD ASWAT BIN SHAMSUDDIN BA 14110282

description

idea, konsep , ciri dan pelaksanaan

Transcript of Handout m.union

Page 1: Handout m.union

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

SEMESTER II , SESI 2015/2016

AJ 21203 : SEJARAH MALAYSIA 1900-1957

SOALAN: KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME DAN PERUBAHAN POLITIK DUNIA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA TELAH MENYEBABKAN

BRITISH TERPAKSA MENCIPTA KONSEP NASION YANG BARU UNTUK TANAH MELAYU YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYAN UNION. BINCANGKAN IDEA,

KONSEP, CIRI-CIRI DAN PERLAKSANAAN PEMBENTUKAN “ BANGSA MALAYAN” TERSEBUT.

NAMA PENSYARAH : ENCIK EKO PRAYITNO JOKO

MASA/TEMPAT : KHAMIS ( 11-12 AM/BT 1.7 )

NAMA PENUH NO. MATRIKMOHAMAD ASWAT BIN SHAMSUDDIN BA 14110282

Page 2: Handout m.union

1.0 PERANG DUNIA KEDUA DAN PENGERTIAN NASIONALISME

Perang dunia kedua bermula pada 1939 apabila Jerman menceroboh Poland dan berakhir pada 1945 di mana Jerman dan Jepun menyerah kalah.

Peperangan melibatkan “gabungan paksi” yang terdiri daripada Australia, Kanada, Britain, Perancis, Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat dan New Zealand dan telah menewaskan gabungan tiga buah Negara iaitu Jerman, Itali dan Jepun.

Nasionalisme – Satu fahaman atau semangat kebangsaan untuk menjelaskan sikap dan pendekatan yang berkaitan dengan perjuangan menentang kolonial serta pembelaan terhadap bangsa atau Negara.

Smith - Satu gerakan ideologikal, untuk mencapai pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu golongan atau sebahagian daripada kelompoknya yang menggelarkan diri sebagai bangsa yang sebenar atau bakal bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain.

Elie Kedouri (1966) – Suatu keazaman kelompok manusia untuk mempunyai kerajaan sendiri.

2.0 KEMUNCULAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Konsep Nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada dua iaitu gerakan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan ( Ramlah Adam 1998 ) dan selepas kemerdekaan pula muncul nasionalis yang cuba mempertahankan budaya, bahasa, pendidikan, ekonomi dan sebagainya ( Rustam 2004 ).

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1941-1945 ) telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Kesedaran anti penjajah yang tersebar selepas perang dunia kedua telah menyebabkan nasionalis golongan Melayu membabitkan diri dalam politik, samaada dalam pendekatan yang radikal atau tidak.

Pengalaman menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta tekanan ekonomi pada zaman Jepun telah menyebabkan keinginan orang-orang Melayu untuk berkerajaan sendiri.

Zaman ini juga telah wujud permusuhan kaum antara kaum Melayu dan Cina yang akhirnya membentuk penubuhan parti-parti politik mengikut kaum yang mendukung penubuhannya.

Antara Pelopor Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu seperti golongan radikal yang terdiri daripada Ibrahim Haji Yaakob, Dr. Burhanuddin Al – Helmy dan Ishak Haji Mohamad, kemudiaanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain.

Kekalahan Jepun telah menyemarakkan lagi semangat British untuk menubuhkan Malayan Union dan idea ini telah menyebabkan adanya penentangan daripada rakyat.

Page 3: Handout m.union

3.0 MALAYAN UNION 1946

IDEA Malayan Union telah di perkenalkan pada 1 April 1946 iaitu

selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Setelah Jepun berundur berlaku kekacauan di Tanah Melayu

yang dilakukan oleh Malayan People Anti Japaness Army ( MPAJA ) yang ingin mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu.

Bagi memulihkan keadaan, British telah kembali ke Tanah Melayu dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British ( British Military Administration-BMA ) yang mentadbir dari tahun 1945 hingga 1946.

Namun, kelemahan dan kekurangan pegalaman dalam bidang pentadbiran para pegawai BMA menyebabkan ia gagal untuk menangani masalah-masalah yang berlaku selepas tamatnya perang dunia kedua dan menyebabkan munculnya idea Malayan Union.

Kabinet Perancangan di England telah meluluskan syor yang di kemukakan oleh Perancangan Tanah Melayu pada 31 Mei 1944 supaya satu sistem pemerintahan baru di perkenalkan oleh British.

10 Oktober 1945, George Hall (Setiausaha Tanah Jajahan) dalam Parlimen Inggeris telah membentangkan satu kertas putih yang berkaitan dengan sistem pentadbiran baru British yang di kenali sebagai Malayan Union.

Sir Harold MacMichael telah di hantar ke Tanah Melayu pada 12 Oktober 1945 bagi mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu walau dengan cara apa sekali pun.

Dan akhirnya Malayan Union Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House ( Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang Pertama.

KONSEP konsep asas yang diketengahkan oleh pihak British adalah untuk

membentuk satu asas pentadbiran yang berpusat di mana segala kuasa legislatif, kehakiman dan eksekutif di bawah kekuasaan British.

Dalam aspek Politik, dalam melaksanakan pemusatan pemerintahan ini, kuasa akan diletakkan di bawah seorang ketua jeneral yang dilantik sendiri oleh permaisuri di London.

Malayan Union di tubuhkan adalah sebagai persediaan Tanah Melayu kearah berkerajaan sendiri.

Page 4: Handout m.union

Sebelum hasrat ini tercapai, satu bentuk pentadbiran yang cekap perlu di adakan dan pentadbiran yang di maksudkan adalah Malayan Union.

CIRI-CIRI DAN PELAKSANAAN Pelembagaan Malayan Union telah dibentuk secara rasmi

melalui “kertas putih 6724” pada 22 januari 1946. NNMB, NNMTB, NNS ( Kecuali Singapura ) diletakkan di bawah

satu pentadbiran untuk membentuk satu penyeragaman pentadbiran serta sistem perundangan.

Kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa menguruskan hal ehwal tempatan, namun memerlukan persetujuan pusat dalam membuat keputusan.

Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England dan dibantu oleh dua badan utama iaitu majlis eksekutif dan majlis perundangan.

Dalam Hak pembahagian kerakyatan pula, Malayan Union mengamalkan prisip kerakyatan “Jus Soli” di mana prinsip ini memberikan taraf kerakyatan yang sama rata.

Warga asing yang dilahirkan di Singapura dan Tanah Melayu serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 berhak dapat kerakyatan.

Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan british dan seseorang yang menjadikan identity Malayan Union sebagai identity kebangsaan perlu mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.

Page 5: Handout m.union

Kuasa penuh raja akan diambil alih oleh Gabenor dan raja-raja melayu hanya akan menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang terhad membincangkan tentang adat istiadat dan agama islam.

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua pentadbir di setiap negeri bagi mengawal selia pentadbiran di setiap wilayah.

Sistem Perundangan pula akan diselaraskan mengikut undang-undang British.

4.0 REAKSI DAN KESAN PENUBUHAN MALAYAN UNION

PENENTANGAN Berlaku penentangan daripada orang-orang melayu serta raja-

raja Melayu akibat penubuhan Malayan Union.

Penentangan secara individu - Misalnya Dato Onn Jaafar menulis surat kepada utusan

Melayu seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O).

- Raja-raja Melayu membantah MU, di mana Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.

- Sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith yang menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.

Penentangan melalui akhbar - menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara.

Penentangan secara kolektif- Demonstrasi secara aman yang membantah cara Sir Harold

MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.- Membantah Malayan Union yg menghapuskan kedaulatan

negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.- Kongres Melayu pertama dibentuk.

PENUBUHAN UMNO (United Malaya National Organisation) Keputusan menubuhkan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu

pertama. Telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada kesedaran

politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union sejak Disember 1945.

UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa persatuan dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah bergabung untuk menentang Malayan Union.

Page 6: Handout m.union

Dato’ Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang pertama.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union

di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada raja-raja Melayu, wakil kerajaan British dan UMNO.

Jawatankuasa ini telah berjaya merangka sebuah perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union.

Melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi Singapura kekal sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan.

Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang moden dan tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya.

Dan melibatkan konsep raja berpelembagaan, Majlis raja-raja Melayu menggantikan Majlis Melayu, Syarat Kerakyatan diperketatkan dan melibatkan gabungan 11 buah negeri.

5.0 ANALISIS DAN KESIMPULAN

Perang Dunia Kedua telah merubah politik dan menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.

Semangat Nasionalisme di Tanah Melayu mula muncul setelah Jepun menyerah kalah dan hasrat British yang ingin menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu.

British cuba berselindung yang kononnya demi kepentingan penduduk Tanah Melayu, namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union ini adalah semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Cara-cara penubuhan yang tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah membawa kepada banyak penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan perlembagaan Malayan Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya.

Pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan banyak bentuk penentangan yang rata-rata penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union tidak di laksanakan.

Kesan daripada Malayan Union ini juga telah menyebabkan tertubuhnya UMNO dan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Page 7: Handout m.union

6.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Hj. Ismail., MALAYSIA: Sejarah Kenegaraan dan Politik., Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Atory Husain. 1993. Dimensi Politik Melayu 1980 – 1990 : Antara Kepentingan

dan Wawasan Bangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : perspektif, sejarah dan politik. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan

Publication and Distributors Sdn.Bhd

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Universiti Malaya.

Kuala Lumpur.

Page 8: Handout m.union