HandOut Ringkas Untuk Tips Soalan Eksperimen

download HandOut Ringkas Untuk Tips Soalan Eksperimen

of 3

description

Tips soalan eksperimen spm

Transcript of HandOut Ringkas Untuk Tips Soalan Eksperimen

InferensMembuat inferens bermaksud mentafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan. Contohnya, apabila jarum galvanometer yang disambung kepada suatu gelung dawai terpesong, inferens yang dapat dibuat ialah arus teraruh dalam gegelung itu.Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian. Definisi Secara OperasiTips: mesti dijawab berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen.Kaji dua kenyataan di bawah:1-Cerek elektirik ialah sebuah alat elektrik2-Cerek elektrik ialah alat untuk mendidihkan air

Apakah perbezaan antara kedua kenyataan di atas. Huraian 1 adalah bersifat konsep manakala huraian 2 merujuk kepada fungsi alat yang boleh diperhatikan. Kesimpulanya kenyataan 1 adalah definisi konseptual manakala kenyataan 2 adalah definisi secara operasi.

Contoh 1Berikut adalah dua kenyataan mengenai asidA-Asid ialah bahan yang mengandungi hidrogenB-Asid adalah bahan yang menukarkan kertas litmus biru kepada merah.

Apakah perbezaan kenyataan di atas?Tentukan yang mana satu definisi secara operasi?

Jawapan:Kenyataan B-Asid menukarkan kertas litmus boleh dilakukan dan diperhatikan manakala kenyataan A tidak boleh diperhatikan.Kenyataan B ialah definisi secara operasi.

Gerakbalas masaHubungan Jika masa bertambah, maka gerakbalas bertambah. Semakin masa bertambah, semakin gerakbalas bertambah. Gerakbalas berkadar terus dengan masa.

Pembolehubah

Berikut adalah contoh soalan mencari pembolehubah:Rajah di atas menunjukkan empat jenis air yang sama dengan tahap kepanasan yang berbeza. Setitik pewarna makanan dititik ke dalam setiap bekas dan diperhatikan masa pewarna memenuhi keseluruhan bekas berkenaan.Nyatakan pembolehubah dimanipulasi, Bergerakbalas dan dimalarkan.JawapanDimanipulasi : Kepanasan cecair Bergerakbalas : Masa pewarna makanan memenuhi bekasDimalarkan : Jenis cecair, Jenis pewarna makananTerdapat 3 pembolehubah iaitu Pembolehubah dimalarkan,Pembolehubah dimanipulasi dan Pembolehubah bergerakbalas. a. Pembolehubah dimalarkan;- sama / tetap b. Pembolehubah dimanipulasi;- berbeza / berlainan dari awal eksperimen lagi c. Pembolehubah bergerakbalas- keputusan / hasil eksperimen

Alat radas biasanya bukan pembolehubah!!!

Cara Menulis Pembolehubah: Mesti tulis parameter untuk setiap pembolehubah.

Contoh 1: Parameter + bahan

Panjang springKetebalan springJenis springIsipadu agar-agar nutrien Saiz koloni bakteriaDiameter koloni bakteriaJenis antibiotik

Kehadiran asid etanoikIsipadu lateks

Hipotesis1. Jika manipulasi polar maka gerakbalas polar/Jika X polar maka Y polar.2. Semakin polar manipulasi, semakin polar gerakbalas/Semakin polar X, semakin polar Y.3. X1 mudah/lebih ________________ berbanding X2. (perbandingan)Paku besi mudah berkarat berbanding paku keluli. Membuat pemerhatianTips:1. Perhati rajah yang diberi.2. Cari keputusan/hasil daripada rajah.3. Buat perbandingan jika ada dua rajah.4. Tulis apa yang dilihat sahaja.Lukisan grafGraf garis:Contoh soalan: Lukis graf suhu melawan masa.1. Baca skala pada paksi X dan Y.2. Plot titik.3. Sambung titik.4. Jika garis lurus mesti guna pembaris.5. Garis lengkung tidak boleh guna pembaris.6. Guna pensil mata tajam sahaja.7. Jangan ada garis berkembar (double line).Graf bar: Lukis graf palang/ bar..............................1. Baca skala pada paksi X dan paksi Y.2. Plot titik.3. Lukis bar yang sama lebar.