hang tuah

4
3. Huraian tajuk kajian kes Kajian kes mengenai Hang Tuah dalam buku skrap ini adalah bertumpukan mengenai peranan Hang Tuah yang dilihat sebagai lambang semangat orang Melayu pada ketika itu. Kertas kerja ini akan menelusuri tiga peristiwa utama yang telah dipilih bagi membuktikan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka. Peristiwa pertama adalah mengenai perkahwinan Sultan Melaka dengan Tun Teja , kemudian kami mengupas pula peristiwa peminangan puteri Gunung Ledang dan akhir sekali buku skrap ini turut membincangkan mengenai pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. Diakhir kertas kerja ini akan turut menganalisis peranan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan dan laksaman Melaka. Sebagai penutupnya , buku skrap ini akan mengemukakan cara menghargai kehebatan Hang. 3.1 Keperibadian Hang Tuah

description

sejarah

Transcript of hang tuah

Page 1: hang tuah

3. Huraian tajuk kajian kesKajian kes mengenai Hang Tuah dalam buku skrap ini

adalah bertumpukan mengenai peranan Hang Tuah yang dilihat sebagai lambang semangat orang Melayu pada ketika itu. Kertas kerja ini akan menelusuri tiga peristiwa utama yang telah dipilih bagi membuktikan ketaatan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka. Peristiwa pertama adalah mengenai perkahwinan Sultan Melaka dengan Tun Teja , kemudian kami mengupas pula peristiwa peminangan puteri Gunung Ledang dan akhir sekali buku skrap ini turut membincangkan mengenai pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. Diakhir kertas kerja ini akan turut menganalisis peranan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan dan laksaman Melaka. Sebagai penutupnya , buku skrap ini akan mengemukakan cara menghargai kehebatan Hang.

3.1 Keperibadian Hang TuahLaksamana Hang Tuah ialah seorang pahlawan

legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya bermula pada tahun 1400 sehingga 1511. Menurut rekod sejarah, Laksamana Hang Tuah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka iaitu pada tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud

Page 2: hang tuah

manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika duhulu manakala ibunya pula merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Semasa kecil, Hang Tuah mempunyai empat orang sahabat iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Mereka bersama- sama mempelajari ilmu agama, pelayaran dan pencak silat. Hang Tuah juga dikatakan berketurunan daripada “orang yang berasal juga” sebelum Hang Tuah masuk berkhidmat di istana raja sebagai ‘biduanda dalam’, beliau telah selalu mengadap Bendahara untuk memperhambakan diri, dan dengan pengalaman itu, beliau mengetahui tentang cara bahasa orang istana.

Dalam Sejarah Melayu, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang wira yang mempunyai watak yang unggul, serba boleh dan sempurna. Beliau seorang yang gagah perkasa, bijak, pintar, tajam fikiran, jauh pandangan dan mempunyai banyak muslihat sebagai seorang pahlawan di dalam menwaskan musuhnya. Hang Tuah dikatakan merupakan seorang manusia yang begitu baik sama ada dari segi jasmani, rohani,

Page 3: hang tuah

pemikiran, tindakan dan cara berbudaya dengan orang lain.

Martabat Hang Tuah meningkat oleh kerana perwatakannya, kecerdasan otaknya serta kegagahannya. Hang Tuah telah dianugerahkan gelaran ‘laksamana’ oleh dua pihak yang berasingan. Pertama, oleh Betara Majapahit apabila beliau telah berjaya menumpaskan Taming Sari dan kedua, oleh Sultan Melaka kerana setiabaktinya membawa Tun Teja dari Indrapura. Dilihat dari segi fungsi laksamana, Hang Tuah muncul sebagai tokoh yang berkuasa dan menjamin kesejahteraan Negara Melaka. Hang Tuah juga adalah johan hulubalang Melayu. Melalui watak Hang Tuah, terlukis satu gambaran hulubalang Melayu di zaman Melayu lama. Seorang hulubalang, bukan sahaja mesti pantas bermain keris, tetapi perlu pandai menunggang kuda dan gajah.

Hang Tuah dianggap sebagai lambang semangat bangsa Melayu. Beliau dianugerahkan dengan gejala kebal maut. Sifat tidak boleh dibinasakan oleh senjata ini adalah disebabkan oleh beliau memiliki keris Taming Sari dan hasil- hasil ilmu yang diperolehinya daripada beliau berguru sebanyak dua kali.