Happy-Home-Colouring-2019.06-v1.0.0 filebapanya, William Smart. Tradisi Hari Bapa kini dirayakan...

2
Butiran Murid Name: _____________________________________________ Umur: ________ Sekolah: _____________________________

Transcript of Happy-Home-Colouring-2019.06-v1.0.0 filebapanya, William Smart. Tradisi Hari Bapa kini dirayakan...

Butir

an M

urid

N

ame:

___

____

____

____

____

____

____

____

____

____

____

__

Um

ur: _

____

___

Sek

olah

: ___

____

____

____

____

____

____

__

Riang Ria Mewarna Happy Home http://www.happyhome.com.my/my/riang-mewarna Happy Home Syarikat Happy Home ditubuhkan pada tahum 1999 dan kini memberi layanan mesra kepada rakyat Malaysia selama 20 tahun. Ia telah mengekalkan posisi sebagai suatu bahagian integral komuniti tempatan di setiap lokasi ia berada. Selain itu, Happy Home juga sering mencapai trend dari segi kidmat pelanggan dan barangan yang dijual. Menjelang tahun 2019, Happy Home telah membuat satu komitmen untuk menjadi kedai pilihan utama bagi barangan rumah dan lengkapan perniagaan. Kami di Happy Home berharap agar adik-adik yang bersekolah dapat mengisi masa lapang atau hujung minggu secara terhibur dengan lembaran mewarna kami. Happy Home kini telah menyediakan pelbagai barangan kelengkapan persekolahan bagi memudahkan ibu bapa membuat persiapan untuk anak-anak yang bersekolah. Jangan lupa untuk megunjungi mana-mana satu daripada 41 buah cawangan Happy Home hari ini. Sambutan Hari Bapa Bapa adalah antara individu paling penting dalam kehidupan kita. Selepas ibu, bapa merupakan orang yang bertanggungjawab membesarkan dan mencorakkan kehidupan awal anak-anak. Oleh itu, sambutan Hari Bapa seharusnya diraikan sebaik mungkin untuk menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan bapa. Sambutan Hari Bapa ini dikata bermula di Amerika Syarikat oleh Sonora Dodd dari daerah Spokane untuk mengenang jasa bapanya, William Smart. Tradisi Hari Bapa kini dirayakan setiap tahun di serata dunia pada Ahad ketiga pada bulan Jun. Di antara aktiviti yang seringkali dilakukan bersempena Hari Bapa adalah pemberian hadiah oleh anak-anak kepada para bapa, serta kegiatan kekeluargaan bagi mengeratkan lagi ikatan keluarga. Terima Kasih Pahlawan Negara Keselamatan dan keharmonian sesebuah negara adalah sangat penting bagi masyarakat di negara tersebut untuk hidup aman dan selesa. Anggota keselamatan tentera, polis dan juga bomba memainkan peranan penting dalam menjamin keamanan negara. Pengorbanan mereka amat besar kepada masyarakat dan membolehkan negara menjadi maju dan makmur. Anggota tentera, polis dan juga bomba gigih berusaha untuk menjaga keselamatan dan kemanan negara. Jasa mereka dalam menjaga keamanan negara tidak seharusnya dilupakan masyarakat Malaysia. Tanpa pengorbanan mereka, tidak mungkin kita berada di sini untuk hidup dalam keadaan aman dan penuh ceria. Terima kasih kepada anggota tentera, polis dan juga bomba atas jasa dan kerja keras mereka. Jasamu sentiasa diingati dan dijunjungi. Artis Mrjian seorang artist dari Kuantan, Malaysia. Beliau suka melukis sejak dia masih muda dahulu. Cita-citanya adalah menjadi seorang artist terkenal apabila beliau dewasa. Walaubagaimanapun, beliau menghabiskan perlajarannya dalam sarjana muda kejuruteraan CADCAM yang bukan dalam bidang seni. Selepas itu, beliau cuba menjadi seorang guru sekolah tapi tidak berjaya. Tetapi cita-citanya tidak dilupai pada bila-bila masa. Sekarang, beliau seorang pelukis dan penulis bagi buku kanak-kanak, freelance designer dan pelukis mural. Beliau telah dalam perjalanan untuk menjadi artist terkenal di Malaysia. Berusaha! Rajinlah!

Cara untuk mengabil bahagian 1. Sila ambil Lembaran mewarna secara percuma di mana-mana Happy Home

yang terdekat. 2. Warnakan lembaran dan hantar semula ke Happy Home. 3. Sila ikuti Facebook kami di @happyhomemalaysia dan Happy Home Laman

sesawang rasmi www.happyhome.com.my. 4. Pihak kami akan memaparkan semua lembaran di laman sesawang rasmi dan

Facebook Happy Home

Butiran ibu / bapa Name: _____________________________________________________________

Alamat: ____________________________________________________________

Bandar: ___________________ Poskod: ___________ Negeri: _______________

Tel: ________________________ Emel: __________________________________

** Sila hantar semula ke lembaran mewarna ke Happy Home sebelum 30.06.2019 For Happy Home Office Use Only Branch Code: _______________________________________

Lembaran: 2019.06.v1.0.0-i