Harapan seorang ayah 1

5
Setiap orang mesti mempunyai ayah. Mungkin ayah kita baik dengan kita atau sebaliknya. Kalau ayah kita baik dengan kita, kita akan merasa bahagia. Berbangga dengan kehadirannya. Beliau akan menjadi contoh teladan kepada kita. Kalau ayah kita menjadi contoh teladan kepada kita, ini bererti kita akan cuba meniru cara dia bertingkahlaku dan bercakap. Malahan, kita akan berfikir mengikut cara ayah kita berfikir. Setengah daripada kita mungkin tidak begitu mesra dengan ayahnya. Ini mungkin kerana ayahnya sibuk dengan tugas dan jarang berada di rumah. Mungkin juga kerana ayah kita sudah pun berpisah dengan emak kita. Beliau tidak lagi tinggal bersama kita. Mungkin ayah kita bukan sebagaimana yang kita mengharapkan. Kita mendapati ayah kita tidak sebaik ayah rakan kita. Beliau tidak semesra ayah rakan kita. Tidak semurah hati sebagaimana ayah rakan kita. Kita berasa kecewa dan sentiasa berharap agar ayah kita menjadi lebih baik daripada ayah orang lain. Namun hakikatnya, ayah kita tidak begitu. Beliau tidak menjadi seorang ayah yang sebagaimana kita mengharapkan. Bagi mereka yang telah pun berpisah dengan ayah mereka, mereka tidak dapat bercakap dan berbincang dengan ayah mereka. Malahan, mungkin untuk membayangkan wajah ayah mereka pun menjadi sukar. Ini adalah kerana mereka telah bepisah dengan ayah mereka sejak kecil lagi. Oleh itu, beruntunglah anak-anak yang masih ada

Transcript of Harapan seorang ayah 1

Page 1: Harapan seorang ayah 1

Setiap orang mesti mempunyai ayah.

      Mungkin ayah kita baik dengan kita atau sebaliknya. Kalau ayah kita baik dengan kita, kita akan merasa bahagia. Berbangga dengan kehadirannya. Beliau akan menjadi contoh teladan kepada kita. Kalau ayah kita menjadi contoh teladan kepada kita, ini bererti kita akan cuba meniru cara dia bertingkahlaku dan bercakap. Malahan, kita akan berfikir mengikut cara ayah kita berfikir.

      Setengah daripada kita mungkin tidak begitu mesra dengan ayahnya. Ini mungkin kerana ayahnya sibuk dengan tugas dan jarang berada di rumah. Mungkin juga kerana ayah kita sudah pun berpisah dengan emak kita. Beliau tidak lagi tinggal bersama kita.

      Mungkin ayah kita bukan sebagaimana yang kita mengharapkan.

      Kita mendapati ayah kita tidak sebaik ayah rakan kita. Beliau tidak semesra ayah rakan kita. Tidak semurah hati sebagaimana ayah rakan kita. Kita berasa kecewa dan sentiasa berharap agar ayah kita menjadi lebih baik daripada ayah orang lain. Namun hakikatnya, ayah kita tidak begitu. Beliau tidak menjadi seorang ayah yang sebagaimana kita mengharapkan.

      Bagi mereka yang telah pun berpisah dengan ayah mereka, mereka tidak dapat bercakap dan berbincang dengan ayah mereka. Malahan, mungkin untuk membayangkan wajah ayah mereka pun menjadi sukar. Ini adalah kerana mereka telah bepisah dengan ayah mereka sejak kecil lagi.

      Oleh itu, beruntunglah anak-anak yang masih ada ayahnya bersama mereka. Mereka masih dapat menatap wajah ayahnya walau pun ayah mereka tidak sebaik yang diharapkan.

      Sesungguhnya setiap orang mempunyai ayah masing-masing. Adalah mustahil untuk seseorang dilahirkan ke muka bumi ini tanpa ayah. Kecuali dengan izin Tuhan, sebagaimana yang berlaku ke atas Nabi Isa alaihissalam. Darah yang mengalir dalam tubuh kita, sebahagiannya adalah darah daripada ayah kita.

Page 2: Harapan seorang ayah 1

      Setiap orang ayah sebenarnya sentiasa berharap untuk mempunyai anaknya sendiri. Walaupun ayah kita sudah berpisah dengan ibu, ayah kita tetap menaruh harapan tertentu terhadap kita.

      Cuba bayangkan, kalau ayah kita sudah meninggal dunia. Apakah harapan ayah tiri kita terhadap kita sebagai anaknya? Terdapat banyak kemungkinan dan pilihan yang mungkin ayah kita akan beranggapan terhadap diri kita.

      Namun demikian, ayah kita tidak mungkin mengharapkan kita menjadi seorang anak yang jahat, bodoh dan malas. Suka bertingkah laku memusnahkan harta benda, mengkhianati orang lain, dan dibenci oleh masyarakat.

   Pastinya ayah kita berharap kita akan menjadi lebih berjaya daripada apa yang diharapkan oleh beliau.

      Kalau ayah kita ialah seorang guru, sudah tentu dia mengharapkan kita menjadi seorang guru besar yang berpangkat lebih tinggi daripadanya. Kalau ayah kita ialah seorang mekanik, tidaklah hairan dia berharap kita boleh bekerja pada tahap yang lebih baik daripadanya. Misalnya, sebagai seorang jurutera atau jurutera pakar.

      Kalau ayah kita berkelulusan setakat SPM, pastinya dia mengharapkan kita boleh mencapai tahap yang lebih tinggi. Umpamanya, mendapat ijazah daripada universiti. Malahan, kalau ayah kita ialah seorang jutawan sekali pun, dia masih berharap kita akan menjadi jutawan yang lebih berjaya daripadanya.

      Harapan seorang ayah pastinya sentiasa berada pada suatu tahap yang lebih baik. Namun demikian, ayah kita mungkin gagal untuk menyatakan harapannya kepada kita, walaupun dalam hatinya sentiasa bergolak untuk menyatakan sedemikan.

      Kalau kita lihat di sekeliling kita, bukan semua orang mampu berada pada tahap yang lebih baik daripada kedudukan ayahnya. Perkara ini sudah tentu mengecewakan ayahnya. Namun, ayahnya tetap menaruh harapan agar suatu hari nanti anaknya

Page 3: Harapan seorang ayah 1

itu akan berada pada tahap yang lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan kedudukannya sekarang.

      Malang lagi, jika ada anak-anaknya yang terus memilih jalan yang gagal dalam hidupnya seperti menjadi seorang penjenayah, penagih dadah atau menjalani hidup yang merempat.

      Harapan seorang ayah terhadap anak yang sedemikian, tentunya hancur berkecai, walaupun si ayah itu sendiri merupakan seorang penjenayah, penagih dadah atau seorang yang hidup merempat. Hati seorang ayah pastinya inginkan anaknya tidak meneruskan kehidupan 'hina' yang dilaluinya seperti menagih dadah, melakukan perbuatan jenayah atau merempat di sana sini yang seterusnya dibenci oleh masyarakat.

      Kalau boleh, biarlah anak-anaknya menjalani hidup yang lebih baik. Menjadi seorang manusia yang diterima oleh masyarakat tanpa mendapat cemuhan dan kebencian daripada orang ramai.

      Kalau seorang ayah yang berjaya, mendapati anaknya jatuh ke lembah kehinaan seperti yang disebutkan di atas, si ayah tentunya akan berusaha dengan caranya sendiri untuk menyelamatkan anaknya tadi daripada terus mendapat malu dan penghinaan.

      Ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan harta benda dan kekayaan semata-mata untuk memulihkan anak-anak mereka yang telah terjebak dalam kancah dadah. Pernah juga kita mendengar, kisah seorang bapa yang meminta pertolongan daripada orang ramai menerusi akhbar, agar pembedahan terhadap anaknya yang sakit dapat dilakukan.

      Semua ini membuktikan, betapa besar dan sucinya kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anak mereka.

 Memikirkan harapan seorang ayah terhadap kita, adalah amat wajar agar kita perlu memikir mengenai kehidupan kita sendiri. Kalau ayah inginkan kita berada pada tahap yang lebih baik, tentunya adalah lebih baik jika kita sendiri turut berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik itu.

Page 4: Harapan seorang ayah 1

      Bagi mencapai tahap itu, tentunya kita terpaksa bekerja keras setiap masa. Jadikan bekerja keras seperti belajar bersungguh-sungguh, rajin membuat kerja rumah, dan suka menolong ayah atau ibu di rumah sebahagian daripada amalan hidup kita.

      Elakkan diri kita daripada sifat mudah jemu, malas, inginkan keseronokan semata-mata atau sentiasa berdukacita. Jadikanlah amalan ini sebagai pantang larang dalam hidup kita. Kuatkan ibadat kita kepada Tuhan, rajin berdoa, pegang kepada nilai-nilai baik dan murni dalam menjalani kehidupan seharian.

      Sudah tentu diri kita sentiasa terkawal dan tidak terpesong ke jalan yang sesat dan menyesalkan. Kita tidak akan terjatuh ke lembah perbuatan yang hina seperti melakukan jenayah, mengkhianati orang lain, menagih dadah atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai masyarakat dan agama.

      Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian. Mereka mempunyai akal fikiran untuk memilih jalan yang baik atau buruk. Harapan seorang ayah tentunya inginkan anaknya menjadi seorang yang baik dan bukan menjadi seorang yang buruk perangai serta tingkahlakunya. Kebahagiaan hidup yang sebenar ada pada kebaikan dan bukannya pada perlakuan yang buruk.

      Anda adalah seorang anak yang bijak. Buatlah pilihan yang terbaik untuk hidup anda dan penuhilah harapan ayah anda. Walau pun ayah anda bukan seorang ayah baik yang sebagaimana anda harapkan, tetapi anda adalah seorang anak yang baik.