Hard Copy

18
TAKAFUL DAN PELABURAN ISLAM Nama Kumpulam : Al- Mujahidin Nama Ahli : BIL . NAMA NO. MATRIK 1. MUHAMAD SYAHMI BIN MANSOR AA120076 2. AZALY BIN AZIZ AA120297 3. MOHD SUKRI SHAH BIN ABAS AA120474 4. MUHAMMAD HAZIM HAFIZ BIN ISMAIL AA120999 5. ZILLULLAH BIN HALIL SHAH AA121183 6. AHMAD MUHIBBUDDIN BIN SALIKIN AA120399 7. NUR EIMAN FITRI BIN MAZUKI AA121135 8. MUHAMMAD SYAHMI BIN PAZAMI AA120844 9. MUHAMMAD LUQMAN BIN MD. SALIHIN AA121110 1

Transcript of Hard Copy

TAKAFUL DAN PELABURAN ISLAM

Nama Kumpulam : Al- MujahidinNama Ahli :

BIL.NAMANO. MATRIK

1. MUHAMAD SYAHMI BIN MANSORAA120076

2. AZALY BIN AZIZAA120297

3. MOHD SUKRI SHAH BIN ABASAA120474

4. MUHAMMAD HAZIM HAFIZ BIN ISMAILAA120999

5. ZILLULLAH BIN HALIL SHAHAA121183

6. AHMAD MUHIBBUDDIN BIN SALIKINAA120399

7. NUR EIMAN FITRI BIN MAZUKIAA121135

8. MUHAMMAD SYAHMI BIN PAZAMIAA120844

9. MUHAMMAD LUQMAN BIN MD. SALIHINAA121110

BILKANDUNGANM/SURAT

1TAKAFUL

3

2PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURAN KONVENSIONAL5

3CIRI-CIRI TAKAFUL7

4PELABURAN ( MUDHARABAH )

11

5HIKMAH ( MUDHARABAH )

12

6RUKUN ( MUDHARABAH )

13

7RUJUKAN

14

TAKAFUL

Pengertian Takaful :

Takaful berasal dari kalimah kafala yang bererti jaminan atau memberikan jaminan. Setiap peserta takaful menjamin keperluan peserta lain. Apabila berlaku sesuatu musibah pada mana-mana peserta, wang Premium daripada peserta-peserta yang terkumpul itulah yang menjadi penjamin untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Di samping itu, wang Premium yang terkumpul itu dilaburkan mengikut sistem mudarabah.

Insuran yang diharuskan di dalam Islam :

1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan (Taawini @ Ijtimaie) iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (uqud tabarruat) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu diantara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Dalil keharusannya :Hadith Nabi SAW yang bermaksud :

Sesungguhnya al-Asyariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mereka di Madinah. Maka dikumpulkan apa yang terdapat dari kalangan mereka dalam satu tempat, kemudian di bahagikan antara mereka. Mereka adalah dari kami dan kami adalah dari mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa ia diharuskan :a) Ia tidak bertujuan mengaut keuntunganb) Ia tidak berbentuk perniagaan, malah berbentuk sumbangan derma kepada individu malang dalam proses dan seliaan organisasi dan pengurusan tertentuc) Ia tidak dikira uqud muawadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan) tetapi hanyalah uqud Tabarruat (kontrak derma dan sumbangan). Dengan perbezaan kontrak ini, segala riba, Gharar, perjudian yang wujud pada insuran konvensional terhapus kerana ia bukan lagi jual beli yang terikat dengan syarat-syaratnya. Kontrak Tabaruat tiada syarat seperti syarat jual beli.

2. Insuran yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat.i- Hukumnya harus.ii- Diibaratkan sebagai insuran wajib oleh kerajaan kepada rakyat.iii- Kerajaan bertindak sebagai badan yang mengurus bukan syarikat Insuran Perniagaan tertentu.iv- Ibarat seperti membayar cukai.v- Perlaksanaannya haruslah selari dengan syara.vi- Kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan rakyatnya dibantu apabila berada dalam kesusahan.

Insuran Konvensional :

Ia adalah suatu kontrak perniagaan dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut :

1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab dan qabul.

2. Pihak yang memberi insuran ; iaitu pihak syarikat Insuran.

3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Bahaya atau musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah atau kemalangan yang diandaikan, yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain. Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURAN KONVENSIONAL

INSURAN

TAKAFUL

Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsurankan

Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.

Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran

Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.

Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)

Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful. Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.

Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan syariah

Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan syariah.

Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.

Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.

Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'

Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Ciri-ciri Takaful Sistem Islam Sumbangan At-Tabarru'at Pelaburan halal Majlis Pengawasan Syariah Tiada unsur riba Tiada unsur maisir (Judi) Tiada unsur gharar (Tidak jelas) Al-mudharabah (Perkonsian untung)Sistem Islam

Berbalik kepada konseptakaful iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam.

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas.

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan ; Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan). Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah). Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil). Harta bangunan. Pembiayaan perumahan. Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan".

Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana: Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu: Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan Tidak diketahui kadar bayarannya Tidak diketahui bila masanyaAl-Mudaharabah (Perkongsian Untung) Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat Contoh = Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

PELABURAN ( MUDHARABAH )

Pengertian Mudharabah:Akad kerjasama antara pemilik dana (shahibul maal) dengan pengusaha (mudharib) untuk melakukan suatu usaha bersama. Keuntungan yang diperolehi akan dibagi antara keduanya dengan perbandingan nisbah yang disepakati sebelumnya.

Dari sudut bahasa Mudharabah bermaksud keluar dan pergi untuk bermusafir dan berniaga atau melakukan urusan perdagangan. Dari sudut istilah pula bermaksud pelaburan, iaitu suatu akad yang dibuat oleh dua pihak yang mana satu pihak mengeluarkan wang atau modal kepada satu pihak lagi untuk diniagakan dan untung yang diperolehi akan dibahagikan antara mereka mengikut kadar sebagaimana yang dipersetujui semasa akad.

Mudharabah juga ialah perniagaan dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk menanggung untung dan rugi bersama-sama, di mana pemodal menanggung kerugian dari segi modal dan pengusaha menanggung kerugian dari segi usaha. Oleh itu, masing-masing haruslah sanggup menanggung risiko hasil daripada perniagaan yang dijalankan, yang mana sebelah pihak sanggup berkorban mengeluarkan wang sebagai modal dan sebelah pihak lagi mestilah amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan.

Pembahagian Mudharabah :

Mudharabah Mutlaqah : Dimana pemilik dana (shahibul maal) memberikan kekuasaan penuh kepada pengusaha (mudharib) untuk mempergunakan dana tersebut dalam usaha yang dianggapnya baik dan menguntungkan. Namun pengusaha tetap bertanggung jawab untuk melakukan pengelolaan sesuai dengan kebiasaan normal yang sihat (uruf)

Mudharabah Muqayyadah : Dimana pemilik dana menentukan syarat dan pembatasan kepada pengusaha dalam menggunakan dana tersebut dengan jangka waktu, tempat, jenis usaha dan sebagainya.

Hikmah Mudharabah :Islam mengharuskan mudharabah untuk memberi kemudahan dan faedah tertentu kepada umat manusia, antaranya ialah :i- Untuk memberi keringanan dan kemudahan kepada manusia.

ii- Terdapat sesetengah manusia yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan hartanya. Oleh itu, ia boleh dilaksanakan dengan cara mudharabah.

iii- Terdapat juga sesetengahgolongan yang tidak mempunyai harta yang banyak tetapi mempunyai kemampuan dan kuasa untuk menjalankan perniagaan serta berkeinginan. Ini juga boleh diusahakan dengan cara mudharabah , iaitu berusaha dengan modal orang lain.

iv- Dapat membentuk kerjasama yang baik dan penggunaan harta serta tenaga yang disatukan untuk menghasilkan wang yang banyak dengan mencari keuntungan yang berlipat ganda.

v- Pemilik wang akan memperoleh manfaat daripada kemahiran orang yang menguruskan kewangannya dan orang yang bekerja dengan wang yang diberikan kepadanya dapat menikmati faedah daripada harta tersebut.

vi- Dapat membantu mereka yang kesempitan hidup dan menyuburkan sifat saling bantu membantu sesama manusia.

vii- Membiasakan diri dengan sifat amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab terutama berkaitan dengan harta yang diamanahkan.

Rukun Mudharabah :Mudharabah mempunyai 6 rukun iaitu :i- Pemodalii- Pengusaha (Peniaga)iii- Modal (harta yang dijadikan modal)iv- Pekerjaanv- Keuntunganvi- Sighah iaitu lafaz Ijab dan qabul vii- Bagaimana hendak bermula?Ianya bermula dengan matlamat dalam hidup. Pengalaman kami berbincang dan membantu pelanggan untuk mencari tujuan asal melabur dalam emas dapat disimpulkan seperti berikut:1)Harta Pusaka Pelanggan kami yang berusia di antara 50 hingga 60 tahun melabur emas sebagai harta pusaka untuk generasinya.2)Politik, Ekonomi dan Sosial Manakala pelanggan kami terutamanya dari kalangan masyarakat cina pula amat prihatin tentang aspek ekonomi masa hadapan. Mereka melabur emas untuk sebagai asset untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan.3)Modal Perniagaan Ada di kalangan pelanggan kami terdiri daripada kontraktor pembinaan, perkapalan dan percetakan memerlukan modal pusingan yang cepat. Maka emas yang dibeli mereka boleh dilabur utuk digunakan sebagai menambah modal perniagaan.4)Kekayaan dan Kemewahan Pelanggan kami yang berumur di antara 20an sehingga 40 an mahu melabur emas sebagai kaedah untuk mengumpul harta kekayaan. Ada yang ingin bersara awal dari kerja mereka dan menikmati kehidupan hasil pendapatan pasif dari pelaburan emas.5)BeramalMereka ini merupakan pelanggan spesifik kami yang ingin beramal. Membeli emas dan kemudiannya melabur dalam saham akhirat dengan mewaqafkan emas tersebut kepada institusi tertentu.

RUJUKANBUKU ILMIAH1. ABDULLAH SULAIMAN, AHMAD SHARIFUDDIN MUSTAFA, HUSSAIN OTHMAN, MUHAMAD SABRI ISMAIL, NIK KAMAL NIK MUHAMID, SYED MUHAMAD DAWILAH AL-EDRUS, SHAKILA AHMAD, SHARIFAH KHADIJAH SYED ABU BAKAR (2010) . PANDUAN HIDUP MANUSIA(PENGAJIAN ISLAM)2. http://takafulislam.blogspot.com/2005/05/konsep-takaful.html3. http://nizamprubsn.com/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=704. http://pemudaumnokuantan.com/tinigold_my/?page_id=83

14