HARGAI MEREKA DENGAN - prubsn.com.my · Pengecualian 1. Kehilangan nyawa disebabkan membunuh diri,...
Transcript of HARGAI MEREKA DENGAN - prubsn.com.my · Pengecualian 1. Kehilangan nyawa disebabkan membunuh diri,...
HARGAI MEREKA DENGAN SEWAJARNYA
Mencari dan mengekalkan pekerja yang cemerlang adalah satu cabaran. Sebagai majikan, anda mahu memberikan manfaat-manfaat perlindungan pekerja yang paling komprehensif. Anda mahu mereka dan bakal pekerja tahu bahawa kebajikan mereka dititikberatkan ketika bekerja di organisasi anda.
Di PruBSN, kami memahami keperluan anda. Dengan PruBSN Employee Benefit, kami menawarkan anda pelan manfaat pekerja yang eksklusif untuk memenuhi keperluan mereka.
Memberikan Bantuan Kewangan
UNTUK MEREKA YANG DISAYANGIKehilangan nyawa adalah satu tragedi tetapi hidup harus diteruskan oleh pasangan dan anak-anak mereka. Pastikan keperluan keluarga mereka yang terdekat dilindungi dengan mengurangkan beban kewangan mereka.
UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN FIZIKAL MEREKAKemalangan boleh berlaku dan mengakibatkan hilang upaya fizikal yang menghalang mereka daripada bekerja seperti biasa. Ringankan beban mereka dengan memberikan pendapatan gantian untuk menyesuaikan diri.
UNTUK KEPERLUAN PERUBATAN MEREKADisahkan menghidap penyakit yang mengancam nyawa boleh mengganggu kehidupan mereka. Bantu mereka supaya mereka boleh mendapatkan penjagaan terbaik apabila mereka didiagnos dengan penyakit kritikal.
UNTUK SOKONGAN EMOSI MEREKAKehilangan nyawa pasangan atau anak-anak merupakan pengalaman yang memberi kesan kepada emosi. Berikan sokongan dengan memberi pampasan untuk membantu mereka melalui situasi tersebut.
Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Employee Benefit
1. Apakah PruBSN Employee Benefit?
PruBSN Employee Benefit adalah satu pelan takaful berkelompok dengan sumbangan tunggal tahunan yang boleh diperbaharui. Ia direka dengan empat jenis perlindungan – Employee Term Takaful (ETT), Employee PA (EPA), Employee Crisis Protector (ECP) dan Employee Takaful Income (ETI) – yang memberi perlindungan apabila berlaku kehilangan nyawa, hilang upaya, kemalangan dan penyakit kritikal.
Pelan Manfaat-manfaat Butiran
ETT Kehilangan nyawa Satu amaun dibayar sekaligus apabila berlaku kehilangan nyawa secara semulajadi atau disebabkan kemalangan.
Hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD)
Satu amaun dibayar sekaligus apabila mengalami TPD berlaku secara semulajadi atau disebabkan kemalangan.
Elaun khairat kematian
Untuk jumlah perlindungan asas RM50,000 dan ke atas:i. RM1,000 sekali bayaran apabila pasangan meninggal
dunia ii. RM500 setiap bayaran apabila anak meninggal dunia
(maksimum 3 kali bayaran)
EPA Kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal
Satu amaun dibayar sekaligus apabila kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
ECP Penyakit kritikal Satu amaun dibayar sekaligus apabila seorang pekerja disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi. Bayaran ECP akan mengurangkan manfaat ETT.
ETI Pendapatan Tahunan Apabila seorang pekerja mengalami TPD, ETI akan dibayar secara tahunan selama sepuluh (10) tahun atau sehingga pekerja meninggal dunia, yang mana terdahulu. Bayaran tahunan pertama akan dibayar satu (1) tahun selepas kejadian tersebut.
2. Apakah pilihan-pilihan yang disediakan untuk PruBSN Employee Benefit?
Pelan Pelan A Pelan B Pelan C Pelan D Pelan E
ETT RM20,000 RM50,000 RM100,000 RM200,000 RM500,000
EPA RM20,000 RM50,000 RM100,000 RM200,000 RM500,000
ECP RM10,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM250,000
ETI RM2,000 RM5,000 RM10,000 RM20,000 RM50,000
Elaun khairat kematian
Tiada Ya Ya Ya Ya
3. Siapa yang boleh menyertai PruBSN Employee Benefit?
Pelan ini ditawarkan kepada kumpulan yang mempunyai minimum lima (5) orang pekerja dalam lingkungan umur tujuh belas (17) dan enam puluh lima (65) tahun. Umur maksimum untuk memperbaharui pelan adalah enam puluh sembilan (69) tahun. Pekerja anda akan menjadi ahli yang dilindungi di dalam pelan ini.
4. Bagaimana PruBSN Employee Benefit berfungsi?
Sumbangan akan dibayar oleh majikan. Semua manfaat akan dibayar kepada majikan yang diamanahkan untuk membayar manfaat tersebut kepada pekerja atau waris mereka.
5. Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam PruBSN Employee Benefit?
Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.
Jenis caj dan potongan Butiran
Caj wakalah 30% daripada sumbangan kasar. Caj ini membenarkan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan.
Duti setem Caj duti setem sebanyak RM10 untuk sijil induk baru dan setiap kali anda memperbaharui sijil dengan PruBSN.
Tabarru’ Sumbangan yang ditolak caj wakalah akan dimasukkan ke dalam Dana Tabarru’.
Nota-nota Penting
1. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan PruBSN. Sila rujuk kepada Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini. Terma-terma dan Syarat-syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel Terma-terma dan Syarat-syarat jika anda memerlukan maklumat terperinci tentang pelan tersebut.
2. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam risalah ini, Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang.
3. Anda perlu memperbaharui sijil ini secara tahunan, sebelum sijil tamat. PruBSN mempunyai hak untuk menukar kadar sumbangan yang boleh dibaharui, menukar terma-terma dan syarat-syarat atau menolak pembaharuan sijil berdasarkan pengalaman tuntutan dan sebarang keadaan wajar yang lain.
4. PruBSN Employee Benefit tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada tempoh tamat sijil.
5. Bayaran EPA adalah berdasarkan skala manfaat yang dinyatakan dalam dokumen sijil.
6. Sekiranya anda membatalkan sijil ini sebelum tarikh tamat, anda layak menerima nilai serahan (jika ada) daripada Dana Tabarru’.
7. PruBSN Employee Benefit adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam Dana Tabarru’ selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran perkhidmatan keseluruhan yang kami sediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru’.
8. Tabarru’ adalah satu persetujuan di mana sebahagian daripada sumbangan anda didermakan ke dalam dana untuk membantu ahli-ahli yang dilindungi yang memerlukannya menerusi manfaat-manfaat yang layak diterima.
9. Anda, sebagai pemilik pelan ini berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Bersama pemegang-pemegang sijil utama yang lain, anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru’. Amaun tepat agihan lebihan akan di nilai secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
Pengecualian
1. Kehilangan nyawa disebabkan membunuh diri, semasa siuman atau tidak siuman, dalam tempoh dua belas (12) bulan pertama dari tarikh asal kuatkuasa ahli yang dilindungi.
2. Hilang upaya disebabkan cubaan membunuh diri semasa siuman atau tidak siuman, atau sebarang kecederaan yang dilakukan sendiri atau sebarang penyakit.
3. Peperangan, penaklukan, tindakan keganasan musuh, perang saudara atau kekacauan awam.
4. Sebarang hilang upaya atau penyakit disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh jangkitan positif sero HIV, AIDS atau sebarang sindrom berkaitan AIDS yang serupa.
5. Sebarang hilang upaya, kecederaan atau penyakit yang berlaku sebelum tarikh kuatkuasa ahli yang dilindungi.
6. Berkhidmat dalam atau ditugaskan dengan angkatan bersenjata atau pasukan polis.
7. Penglibatan dalam sebarang sukan atau hobi merbahaya.
8. Mempunyai simptom penyakit kritikal sebelum atau dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikhkuatkuasa ahli yang dilindungi bagi angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari,kanser, pembedahan pintasan arteri koronari, serangan jantung atau penyakit arteri koronari serius.
9. Simptom bagi semua penyakit kritikal lain, sebelum atau dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh kuatkuasa ahli yang dilindungi.
Pengecualian dan had-had di atas adalah tidak terhad. Anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Lampiran 1
Senarai Penyakit-penyakit Kritikal
1. Penyakit Alzheimer / Demensia teruk
2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3. Meningitis bakteria
4. Tumor otak benign
5. Buta
6. Pembedahan otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati
9. Anemia aplastik kronik
10. Koma
11. Pembedahan pintasan arteri koronari
12. Pekak
13. Ensefalitis
14. Kegagalan hati tahap akhir
15. Penyakit paru-paru tahap akhir
16. AIDS dengan gejala penuh
17. Hepatitis viral fulminan
18. Serangan jantung
19. Pembedahan injap jantung
20. Jangkitan HIV melalui transfusi darah
21. Kegagalan buah pinggang
22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
23. Hilang keupayaan bertutur
24. Trauma kepala major
25. Transplan organ utama / sumsum tulang
26. Penyakit sistik medular
27. Penyakit neuron motor
28. Sklerosis Multipel
29. Kelumpuhan anggota
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi arteri pulmonari primer
32. Penyakit arteri koronari serius
Lampiran 2
Kadar Sumbangan
Umur Kemasukan Pelan A (RM)
Pelan B (RM)
Pelan C (RM)
Pelan D (RM)
Pelan E (RM)
17 – 30 38 95 187 370 917
31 – 35 44 110 217 429 1,066
36 – 40 61 151 297 591 1,472
41 – 45 89 222 439 875 2,183
46 – 50 138 345 685 1,366 3,410
51 – 55 212 532 1,058 2,113 5,278
56 – 60 344 862 1,719 3,433 8,579
61 – 65 515 1,288 2,573 5,142 12,848
66 – 69(Pembaharuan sahaja)
870 2,177 4,350 8,696 21,735
Kadar sumbangan adalah berdasarkan kepada risiko piawai kelas pekerjaan 1. Amaun sumbangan sebenar akan bergantung kepada umur, status kesihatan, kelas pekerjaan dan jenis pelan pekerja. Bagi kadar sumbangan sebenar sila rujuk sebutharga.
33. Strok
34. Pembedahan aorta
35. Lupus eritematosus sistemik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
36. Kelecuran tahap ketiga
Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini
merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
AHLI
Semua maklumat adalah betul semasa penerbitan. Diterbitkan Jun 2019
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)Tingkat 13, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat
55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur
Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:
03 2037 0233 [email protected]
PruBSN Employee Benefit adalah produk yang berasaskan Syariah.
Prudential BSN Takaful Berhad ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang dilindungi di bawah sijil takaful yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad dilindungi daripada kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan Pengendali Takaful. Untuk maklumat lanjut mengenai had dan skop perlindungan ini, sila dapatkan risalah maklumat PIDM daripada Prudential BSN Takaful Berhad atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).
www.linkedin.com/company/prudential-bsn-takaful-berhad
www.instagram.com/prubsn_official
SMS PruBSN dan hartarkan ke 33080
www.facebook.com/prubsn