hari guru
-
Upload
john-harris -
Category
Documents
-
view
13 -
download
2
description
Transcript of hari guru
SK SAWAH RAJA 2015
1.0 PENDAHULUAN
Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKSR dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan.
2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Guru peringkat SKSR adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah.
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif sambutan hari guru SKSR tahun 2015 adalah seperti berikut :
Menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk memastikan kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah.
Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan pendidik bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal insan dan negara.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Mendidik pelajar supaya menghargai dan menghormati guru.
4.0 TARIKH
20 MAY 2015
5.0 TEMPAT
SK SAWAH RAJA
6.0 AKTIVITI
* Rujuk lampiran.
7.0 TENTATIF PROGRAM
* Rujuk lampiran.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1
SK SAWAH RAJA 2015
Pendapatan
Sumbangan PIBG = RM 200.00Kelab Guru = RM 200.00Lain-lain sumbangan = RM 1000.00JUMLAH = RM 1400.00
Perbelanjaan
Jamuan makan Sarapan : 20 orang x RM 3.00 = RM 60.00Makan tengah hari : 20 orang x RM 6.00 = RM 120.00JUMLAH = RM 180.00
Bahan dan peralatan sukaneka
Belon : 30 biji x RM 0.20 = RM 6.00Daun ketupat : 1 ikat x RM 3.50 = RM 3.50Buah epal : 20 biji x RM 0.50 = RM 10.00JUMLAH = RM 19.50
Bahan persiapan tempat
Kertas warna : 1 rim x RM 30.00 = RM 30.00Polisterin warna : 5 keping x RM 15.00 = RM 75.00Belon : 30 biji x RM 0.20 = RM 6.00JUMLAH = RM 111.00
Bahan sambutan
‘Cup cake’ : 60 biji x RM 2.00 = RM 120.00Bunga manggar : 5 paket x RM 3.50 = RM 17.50JUMLAH = RM 137.50
Hadiah sukaneka
Baling belon berair : Tempat 1 - RM 20.00 : Tempat 2 - RM 15.00 : Tempat 3 - RM 10.00
Terompah gergasi : Tempat 1 - RM 20.00 : Tempat 2 - RM 15.00 : Tempat 3 - RM 10.00
2
SK SAWAH RAJA 2015
Anyam ketupat : Tempat 1 - RM 20.00 : Tempat 2 - RM 15.00 : Tempat 3 - RM 10.00
Potong kulit epal terpanjang : Tempat 1 - RM 20.00 : Tempat 2 - RM 15.00 : Tempat 3 - RM 10.00
Lari dalam guni : Tempat 1 - RM 20.00 : Tempat 2 - RM 15.00 : Tempat 3 - RM 10.00
JUMLAH =RM 225.00
Hadiah Tokoh Guru
Guru Dedikasi : 1orang x RM 50.00 = RM 20.00Guru Popular undian pelajar : 1 orang x RM 50.00 = RM 20.00JUMLAH = RM 100.00
Cenderahati Hari Guru & AJK PIBG
Door Gift : 25 unit x RM2.50 = RM 62.50Hamper : 20 unit x RM 30.00 = RM 600.00 JUMLAH = RM 662.50
JUMLAH KESELURUHAN = RM 1,435.50
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : En Bahrim bin Selamon Guru Besar SKSR
Timb. Pengerusi : En Norazlan bin Khamis Penolong Kanan Pentadbiran
En Mohammad Ikram bin Mohd AdnanPenolong Kanan HEM
En Abd Ghafar bin Mat RipinPenolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras : Pn Rosidah bin Daud
Setiausaha : Pn. Azizah bt Abdullah
Bendahari : Ustazah Kamsiah binti Hasan
Ahli Jawatan Kuasa :
3
SK SAWAH RAJA 2015
Sukaneka : En. Khairiri bin AbasAJK PIBGPengawas
Persiapan tempat : En Khairul Anuar BarAJK PIBGPengawas
Persembahan : Cik Hanis Izzati bin BahrimAJK PIBGPengawas
Hadiah : Pn Arian binti Zainun
Sambutan : Pn Mimie Zawanie bin Dahalee
Pengacara Majlis : En. Khairiri bin Abas
Bacaan doa : En. Khairul Anuar bin Bar
Jamuan : Cik Azhariza binti HashimPn Norazizah binti Abdullah
Dokumentasi : Pn Norhidayah binti Abu Yamin
10.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SKSR. Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap dapat memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggung jawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………….. ..............................................(ROSIDAH BINTI DAUD) (BAHRIM BIN SELAMON)Setiausaha Sambutan Hari Guru Guru Besar SKSRLampiran
TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU
4
SK SAWAH RAJA 2015
SK SAWAH RAJA 2015
15 Mei( Majlis Bacaan Yassin Sempena Hari Guru 2015)
7 15 - 7 30 pagi : Perhimpunan Pagi7 30 – 7 45 pagi : Ucapan Aluan Guru Besar7 45 - 8 10 pagi : Bacaan Yassin dan Tahlil810 - 1210 pagi : Pelajar masuk Ke Kelas
20 Mei Sambutan Hari Guru7 15 – 7 30 pagi : Perhimpunan pagi7 30 – 8 00 pagi : Sarapan
: Guru mengambil kedatangan pelajar8 00 – 10 00 pagi: Pertandingan Futsal dan bola jaring
: Sukaneka10 00 – 10 30 pagi : REHAT10 30 – 10 45 pagi : Guru berkumpul di Kantin11 00 – 1230 tgh hari : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku: Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Sembilan: Bacaan doa: Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia: Ucapan wakil pelajar: Ucapan YDP PIBG : Ucapan Guru Besar: Bacaan Ikrar Guru: Nyanyian Lagu Guru Malaysia: Persembahan pelajar: Persembahan guru: Penyampaian hadiah: Persembahan Nasyid dari kumpulan Nasyid Sekolah
1 00 – 1 30 tgh hari : Bersurai
5