Hari Kantin

1
Hari Kantin Pada hari Ahad yang lepas, sekolah saya telah menganjurkan Hari Kantin. Aktiviti ini telah diadakan di kantin sekolah saya. Tujuan Hari Kantin dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang bidang perniagaan kepada murid-murid selain mengumpul keuntungan hasil jualan. Sebelum Hari Kantin diadakan, guru-guru dan murid-murid sibuk menyiapkan kantin sekolah. Mereka menyusun meja-meja dan kerusi- kerusi dengan teratur di kantin. Selain itu, mereka juga menghiaskan gerai masing-masing. . Pada pukul 7.30 pagi, murid- muird berkumpul di dewan. Guru Besar berucap dan merasmikan Hari Kantin. Beliau menasihati murid- murid supaya berniaga dengan jujur. Kemudian, kami mendapat arahan daripada Puan Lim untuk pergi ke gerai masing-masing di kantin sekolah. Di sana, saya melihat banyak gerai. Terdapat pelbagai jenis juadah yang dijual oleh murid- murid. Ada mi goreng, nasi lemak, air sirap, cendol dan sebagainya. Gerai-gerai dihias dengan cantik. Murid-murid mengguna pelbagai cara untuk mempromosikan barangan jualan masing-masing. Mereka mengguna kain rentang dan pembesar suara. Suasana sangat meriah. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid membeli barang dengan berdisiplin. Kelas saya iaitu kelas Tahun Empat turut mengadalan jualan gerai. Kami menjual cendol Satu Malaysia dan rojak. Cendol dan rojak gerai kami sangat laris dijual kerana sedap dan murah. Kami mendapat banyak wang. Pada pukul 1.30 petang, barangan jualan telah hampir habis. Pengunjung pun mula berkurangan. Menjelaang 2.00 petang, semua pengunjung telah pulang ke rumah. Puan Lim mengarahkan kami untuk mengemaskan barang dan membersihkan gerai. Selepas selesai, kami pun pulang ke rumah. Wang yang diperoleh akan diberikan kepada pihak sekolah untuk membina bangunan. Semangat kerjasama yang diitunjukkan oleh murid-murid ibarat pepatah "bagai aur dengan tebing". Kamus Bahasa Melayu 华华 1 menganjurkan 2 pendedahan 3 perniagaan 4 keuntungan 5 arahan 6 gerai 7 juadah 8 mempromosikan 9 kain rentang 1 0 pembesar suara Melengkapkan Ayat 1. Tujuan Hari Kantin dianjurkan _____. 2. Murid-murid menyusun _____. 3. Murid-murid mendapat arahan _____. 4. Terdapat pelbagai jenis _____. 5. Ada mi goreng, _____. 6. Murid-murid mengguna pelbagai _____. 7. Guru-guru, ibu bapa _____. 8. Cendol dan rojak gerai kami _____ dan kami mendapat ______. 9. Barangan jualan _____ dan pengunjung _____. 10. Kami mengemaskan _____.

description

karanagan Hari Kantin

Transcript of Hari Kantin

Hari Kantin

Pada hari Ahad yang lepas, sekolah saya telah menganjurkan Hari Kantin. Aktiviti ini telah diadakan di kantin sekolah saya. Tujuan Hari Kantin dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang bidang perniagaan kepada murid-murid selain mengumpul keuntungan hasil jualan.

Sebelum Hari Kantin diadakan, guru-guru dan murid-murid sibuk menyiapkan kantin sekolah. Mereka menyusun meja-meja dan kerusi-kerusi dengan teratur di kantin. Selain itu, mereka juga menghiaskan gerai masing-masing. .

Pada pukul 7.30 pagi, murid-muird berkumpul di dewan. Guru Besar berucap dan merasmikan Hari Kantin. Beliau menasihati murid-murid supaya berniaga dengan jujur. Kemudian, kami mendapat arahan daripada Puan Lim untuk pergi ke gerai masing-masing di kantin sekolah.

Di sana, saya melihat banyak gerai. Terdapat pelbagai jenis juadah yang dijual oleh murid-murid. Ada mi goreng, nasi lemak, air sirap, cendol dan sebagainya. Gerai-gerai dihias dengan cantik. Murid-murid mengguna pelbagai cara untuk mempromosikan barangan jualan masing-masing. Mereka mengguna kain rentang dan pembesar suara. Suasana sangat meriah. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid membeli barang dengan berdisiplin.

Kelas saya iaitu kelas Tahun Empat turut mengadalan jualan gerai. Kami menjual cendol Satu Malaysia dan rojak. Cendol dan rojak gerai kami sangat laris dijual kerana sedap dan murah. Kami mendapat banyak wang.

Pada pukul 1.30 petang, barangan jualan telah hampir habis. Pengunjung pun mula berkurangan. Menjelaang 2.00 petang, semua pengunjung telah pulang ke rumah. Puan Lim mengarahkan kami untuk mengemaskan barang dan membersihkan gerai.

Selepas selesai, kami pun pulang ke rumah. Wang yang diperoleh akan diberikan kepada pihak sekolah untuk membina bangunan. Semangat kerjasama yang diitunjukkan oleh murid-murid ibarat pepatah "bagai aur dengan tebing". Kamus

Bahasa Melayu

1menganjurkan

2pendedahan

3perniagaan

4keuntungan

5arahan

6gerai

7juadah

8mempromosikan

9kain rentang

10pembesar suara

Melengkapkan Ayat

1. Tujuan Hari Kantin dianjurkan _____.2. Murid-murid menyusun _____.3. Murid-murid mendapat arahan _____.

4. Terdapat pelbagai jenis _____.

5. Ada mi goreng, _____.

6. Murid-murid mengguna pelbagai _____.

7. Guru-guru, ibu bapa _____.

8. Cendol dan rojak gerai kami _____ dan kami mendapat ______.

9. Barangan jualan _____ dan pengunjung _____.

10. Kami mengemaskan _____.