Hari Rabu MALAYSIA

84
/ Jilid I Bil. 29 "' MALAYSIA Hari Rabu 18hb Disember, 1991 PENY AT A RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KAND UN GAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3881) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991 [Ruangan 3968] Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) [Ruangan 4031) DICETAK OLEH JABATAN Pl!RCl!TAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, J.s.o., K.M.N., A.M.P., P.P.T., KETUA PENOARAH PBRCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1992 ,.,--.

Transcript of Hari Rabu MALAYSIA

Page 1: Hari Rabu MALAYSIA

/

Jilid I Bil. 29

"' MALAYSIA

Hari Rabu 18hb Disember, 1991

PENY AT A RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KAND UN GAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3881)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991 [Ruangan 3968]

Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) [Ruangan 4031)

DICETAK OLEH JABATAN Pl!RCl!TAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, J.s.o., K.M.N., A.M.P., P.P.T.,

KETUA PENOARAH PBRCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1992

,.,--.

Page 2: Hari Rabu MALAYSIA

,, MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' CHAN CHOONG TAK, D.S.N.s. (Dilantik).

"

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAn ANNUAR BIN MusA (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATo' S. SuBRAMANIAM, D.s.N.s.,. D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR SAK CHENG LuM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAn SYED ABDUL HAMID SAGAFF (Dilantik).

TUAN HAn ABDUL MAno BIN HAn ABDULLAH, P.1.s., P.P.M. (Johar).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AWANG, A.M.N. (Dilantik).

TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAn AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

PuAN A1NoN BINTI ARIFFIN, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PUAN HAJAH AsMAH BINTI HAn ISMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

TUAN AzMAN ATAR BIN OrHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzuMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P.

(Dilantik).

Page 3: Hari Rabu MALAYSIA

3875 18 DISEMBER 1991 3876

Yang Berhormat TUAN CHONG Cm SIONG alias CHoNa FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAn EMBUN (Perlis).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAn DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., 1.P. (Melaka).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

TUAN GHAZALI BIN HAn EMBONG, P.I.K. (Dilantik).

PuAN RAJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.I.K. (Terengganu).

WAN HAMID EDRUCE BIN TuANKU HAn MOHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG w ANG (Perak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAN, B.S.K. (Sabah).

TUAN Isu BIN HAn SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TuAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M~C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TUAN JoHAN B.O.T. GHANI alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

TuAN C. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

PuAN LAW JACK YOON (Dilantik).

DATO' DR MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TuAN HAn MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Aziz (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' MOHD. GHAZALI BIN DATO' MOHD. SETH, M.I.D., P.P.M., K.MN., J.M.N., S.M.J., P.P.C., P.N.B.S .• D.P.M.J., P.S.M., S.P.M.J., P.M.N., S.I.M.P.,

D.H.M.S., P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN MoHD. ZAIN BIN HAn MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY A/L KUPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.I.K. (Terengganu).

TUAN NEo TUAN CHENG, P.P.N. (Johar).

TUAN Na PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' NG TmAN HocK, D.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

DR NORDIN BIN AHMAD SELAT (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

Page 4: Hari Rabu MALAYSIA

3877 18 DISEMBER 1991 3878

Yang Berhormat PuAN HAJAH RoGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

"

PuAN RosALIND YAU SHuK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PuAN HAJAH RosNAH BINTI HAn MoHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SAAD BIN HAJI MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

PUAN HAJAH SALBIAH BINTI MOHD. AK!M, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

TUAN v. K. SELLAPPAN, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHUrn BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAJI SHurn BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA' (Sarawak).

DATUK TAN GrM HuA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN Trnw BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

DATO' VADIVELOO A/L GovrNDASAMY, D.P.M.s., s.M.s., A.M.N. (Dilantik).

TUAN K. VnAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG Km YIK (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HOCK (Dilantik).

TUAN HAJr ZAINAL BIN Mo. DERUS, s.s.A., P.I.K., J.P. (Selangor).

Page 5: Hari Rabu MALAYSIA

3879 18 DISEMBER 1991

DEWAN NEGARA

PEGA WAl-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Haji Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

BAHA:GIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Hj. Yahya bin Manap.

Penyunting: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Rusin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Rajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARAMESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.I.K.

3880

Page 6: Hari Rabu MALAYSIA

3881 18 DISEMBER 1991 3882

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Rabu, 18hb Disember, 1991

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERT ANY AAN­PERTANYAAN

KAD KREDIT-KESAN PENGGUNAAN

1. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Kewangan menjelaskan:

(a) apakah Kerajaan sedar peng­gunaan Kad Kredit secara berleluasa telah menyebabkan kenaikan kadar inflasi dan ianya bercanggah dengan hasrat Kerajaan supaya rakyat berjimat cermat dan menambah tabungan;

(b) jika sedar, apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengetatkan peraturan pengeluaran kad kredit seperti menaikkan kadar pendapatan seorang pemohon dan me­ngurangkan kad kredit; dan

(c) apakah Kerajaan bercadang menghadkan kadar faedah dan bayaran perkhidmatan lain yang boleh dikenakan oleh Syarikat Kad Kredit yang mana sekarang ianya terlalu tinggi hingga men­capai 24% setahun.

24.12.91

31. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah tindakan Kerajaan untuk mengetatkan pengeluaran kad kredit yang begitu berleluasa sekarang; dan

(b) sehingga Jun 1991, berapa banyakkah kad kredit yang telah dikeluarkan.

26.12.91

5. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Kewangan menyatakan bolehkah beliau beri butir-butir sama ada jumlah kad-kad kredit yang ada dalam pasaran sehingga kini dan jumlah permohonan-permohonan baginya yang dalam pertimbangan untuk kad-kad kredit daripada institusi­in stitusi kewangan dan adakah Kerajaan berkeinginan untuk menetap­kan suatu had ke atas kebanyakan kad­kad kredit yang boleh didapati.

27.12.91

3. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan akan mengawal kenaikan faedah bank bagi pengguna kad kredit ke suatu tahap tertentu kerana ada bank-bank yang mengambil faedah hingga 17 1/2%, sedangkan faedah simpanan tetap hanya 6% atau tidak lebih daripada 10%.

39. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Kewangan menyatakan adakah

Page 7: Hari Rabu MALAYSIA

3883 18 DISEMBER 1991 3884

beliau sedar bahawa kebebasan dan penggunaan banyak kad-kad kredit adalah fakta yang sangat penting bagi sebab inflasi dan adakah Kerajaan berkeinginan untuk mengenakan suatu p~ne~tuan atas kadar faedah yang boleh d1caJkan oleh institusi-institusi ke­wangan yang mengeluarkan kad-kad kredit.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pertanyaan berkaitan dengan kad kredit telah juga dibangkitkan oleh 4 .ora?~ Ahli Yang Berhormat yang lam, ta1tu Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay yang dijadualkan dijawab pada 24 Disember; dua pertanyaan daripada Yang Berhormat Tuan K. ,Vijayanathan yang dijadualkan dijawab pada 26 dan 27 Disember; Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamed y~ng dijadualkan dijawab pada 27 D1sember; dan Yang Berhormat Tuan C. Krishnan yang dijadualkan dijawab pada 27 Disember 1991. Saya mohon untuk menjawab pertanyaan­pertanyaan itu serentak pada hari ini. Saya juga memohon untuk mengambil masa lebih sedikit untuk memberi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mak­luman. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa mi terdapat tiga jenis kad kredit dan dua jenis kad caj yang dibenarkan beroperasi di Malaysia. Jenis-jenis kad kredit itu ialah Visa Card, Master Card ?an Execar~. Manakala kad caj pula talah American Express dan Diners Club. la dikeluarkan oleh 15 buah institusi kewangan di negara kita.

Bagi pemegang kad kredit, mereka boleh menangguhkan pembayaran ke atas trans~si yang dilakukan dengan hanya menJelaskan bayaran minimum bulanan antara 5% hingga 10% daripada jumlah yang belum berbayar manakala bagi pemegang kad cajpula, mereka hanya boleh menangguhkan pembayaran ke atas transaksi yang

dibuat sehingga penyata akaun di­terima. Bila penyata itu diterima, mereka perlu membuat pembayaran sekaligus.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan kad kredit dan kad caj di kalangan masyarakat pada masa ini adalah tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan suatu perkhidmatan yang diwujudkan untuk kemudahan orang ramai. Di samping itu penggunaan kad kredit dan kad caj juga sedikit sebanyak mem­bantu dalam perkembangan ekonomi negara khususnya dalam perkembangan industri pelancongan. S ungguhpun begitu Kerajaan juga sedar bahawa penggunaan k~d kredit dan kad caj boleh memben kesan ke atas inflasi sekiranya pengguna-pengguna kad mem bu at perbelanjaan secara ber­lebihan melalui kemudahan kredit yang diberikan kepada mereka. Dalam hubungan ini, pengguna-pengguna perlulah menggunakan kemudahan itu deng8:n bijaksana dan menggunakannya meng1kut kemampuan mereka kerana ia juga boleh menyebabkan pengguna­pengguna menanggung beban hutang.

Setakat ini kesan penggunaan kad kredit dan kad caj ke atas kenaikan i~flasi. negara masih belum dapat d1bukt1kan dengan statistik yang kukuh: Dalam kajian awal yang dibuat oleh p1hak Bank Negara, jumlah kredit yang diberi melalui penggunaan kad kredit hanyalah merupakan kira-kira 0.8% sahaja daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh sistem bank. Dengan itu kesannya ke atas inflasi adalah arnat kecil. Di samping itu juga perbelanjaan yang dibuat melalui kad kredit juga merupakan sebahagian kecil daripada jumlah perbelanjaan peng­gunaan di negara ini di mana anggaran kasarnya bagi setengah tahun pertama tahun ini ialah kira-kira 6%.

Tuan Yang di-Pertua,setakat 30 Jun 1991 b~langan kad ~edit dan kad caj yang d1keluarkan d1 Malaysia adalah masing-masing sebanyak 834,811 dan 191,678 berbanding dengan sebanyak

Page 8: Hari Rabu MALAYSIA

3885 18 DISEMBER 1991 3886

703,036 dan 190,225 pada hujung tahun lalu. Kad-kad itu dikeluarkan dengan had kredit sejumlah $3.48 billion pada bulan Jun tahun ini berbanding dengan had kredit sejumlah $2.87 billion pada hujung tahun lalu.

Mengenai bilangan permohonan yang masih dalam pertimbangan, Kementerian Kewangan tidak dapat memberikan maklumat kerana Bank Negara Malaysia tidak mengumpul maklumat yang diperlukan itu. Dalam setengah tahun pertama tahun ini, perbelanjaan yang dibuat melalui kad kredit dan kad caj adalah sebanyak $2.23 billion. Jumlah perbelanjaan yang dibuat dalam suku akhir tahun 1990 ialah sebanyak kira-kira $1.11 billion. Jumlah perbelanjaan untuk keseluruhan tahun 1990 tidak dapat diperolehi kerana Bank Negara hanya mengumpul rekod mulai bulan Oktober 1990. Jumlah kredit yang belum diselesaikan setakat 30 Jun 1991 ialah sebanyak $1.39 billion. Jumlah ini berubah-ubah dari dari masa ke semasa bergantung kepada pembayaran balik yang dibuat oleh pemegang-pemegang kad.

Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun penggunaan kad kredit dan kad caj di negara ini adalah terkawal, Kerajaan telahpun membuat keputusan untuk mengambil langkah-langkah sewajar­nya bagi membendung kesan-kesan negatif yang mungkin timbul daripada operasi kad kredit dan kad caj di masa hadapan. Di antara langkah-langkah yang sedang dalam pertimbangan termasuklah pengwujudan peraturan­peraturan tertentu bagi mengawal pengeluaran kad kredit dan kad caj serta penentuan had kadar faedah ke atas kredit. Sekian.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, s.oalan tambahan. Adakah Kerajaan mengadakan garispanduan untuk menetapkan faedah yang di-

kenakan atas bayaran lewat untuk sesuatu bulan dan yuran tahunan untuk penggunaan kad kredit? Apakah pendapat Kementerian mengenai kad kredit yang dikenakan faedah atas bayaran tidak lewat untuk pembelian pada sesuatubulan itu?

Misalnya, faedah telah dikenakan untuk perbelanjaan $1,000 pada 8hb November, 1991 walaupun tarikh habis ialah 20hb November, 1991. Saya ada kad di sini which says here: "Effective from 1st October, 1991, interest on cash advance is levied from the transaction date", dengan izin.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan sedar bahawa terdapat amalan-amalan yang berbeza-beza antara mereka yang mengeluarkan kad kredit dan juga kad caj ini. Antaranya ialah kadar faedah yang berbeza-beza. Ada di antara kad-kad kredit, pengusaha kad kredit yang mengenakan kadar faedah bulanan antara 16% hingga 24% jika dikirakan sebagai kadar faedah tahunan.

Mengenai dengan cash advance, Tuan Yang di-Pertua, kadar faedah ke atas cash advance yang menyatakan oleh Yang Berhormat U1di, ini juga memang ada dikenakan oleh setengah­setengah syarikat. Masalahnya boat masa ini, Kerajaan tidak mempunyai sebarang peraturan dan yang dalam pertimbangan pada masa ini ialah cara­cara bagaimana kita boleh mengadakan satu peraturan yang seragam. Jadi, perkara ini berlaku pada masa sekarang ini kerana tidak ada satu garispanduan yang seragam. Sepertimana yang disebutkan dalam jawapan tadi, Kerajaan sedang mengkaji langkah­langkah untuk menyeragamkan ke semua peraturan berkaitan dengan perkara ini, termasuk pengenaan kadar faedah.

Page 9: Hari Rabu MALAYSIA

3887 18 DISEMBER 1991 3888

TV4 DAN PERKHIDMATAN BERITA BERLANGGAN (PBB)

2. Dato' William Chek Lin Kwai minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) apakah program-program yang akan ditayangkan oleh rang­kaian TV4;

(b) adakah rangkaian ini akan diperluaskan supaya rakyat jelata seluruh negara dapat menikmati rancangannya; dan

(c) siapakah pemegang saham utama dalam Syarikat Melewar Corporation yang telah di­berikan kuasa untuk mengurus­kan rangkaian ini.

51. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) tujuan utama penubuhan Per­khidmatan Berita Pengguna atau Subscription News Services (SNS) yang akan dilancarkan oleh RTM awal tahun depan;

(b) apakah faedah yang akan diperolehi oleh pelancong­pelancong atau orang asing dari perkhidmatan tersebut;

(c) apakah basil tambahan yang akan diperolehi daripada penonton-penonton rancangan itu; dan

( d) sama ada akan berlaku sebarang persaingan dengan TV3 ber­hubung dengan perkhidmatan tersebut.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Haji Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan No. 2 ini bersama-sama dengan soalan No. 51 oleh Yang Berhormat Tuan David Yeah Eng Hock yang berkaitan dengan perkara yang sama dengan soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan belum bercadang untuk

mengadakan sebuah stesen televisyen yang baru ataupun TV4. Oleh kerana itu, tiada syarikat swasta yang dilantik untuk menguruskannya. Kementerian Penerangan melalui RTM bertujuan untuk menambahkan perkhidmatan yang ada sekarang ini bagi penyibaran maklumat dari dunia luar yang tepat dan terkini kepada kumpulan yang memerlukan. Ianya merupakan satu perkhidmatan yang baru yang dipanggil Perkhidmatan Berita Berlanggan (PBB) atau Subscribed News Service (SNS), dengan izin, dan dirancang untuk dikelolakan oleh J abatan Penyiaran (RTM) sendiri. Perkhidmatan ini adalah merupakan perkhidmatan "infortainment" yang selaras dengan fungsi RTM itu sendiri. Antara program:program yang akan disiarkan adalah seperti berikut:

(i) berita-berita terkini daripada dalam dan luar negeri,

(ii) berita-berita bercorak ekonomi dan perdagangan;

(iii) Dokumentari; dan

(iv) lain-lain rancangan yang ber­corak pendidikan seperti sains, perniagaan, kebudayaan, ke­senian, hiburan teater, sukan dan sebagainya.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Penerangan untuk membuat liputan di seluruh negara bagi Skim SNS ini. Buat permulaan untuk mengatasi operational constraint, dengan izin, perkhidmatan ini akan bermula di Lembah Kelang sahaja dengan sasaran pada kese­luruhannya pengguna di Lembah ini, khususnya institusi-institusi kewangan, industri-industri perkhidmatan seperti hotel-hotel dan pelancongan, ahli-ahli perniagaan dan perdagangan serta profesional dan juga lain-Iain kum­pulan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama penubuhan Perkhidmatan Berita Ber­langgan ini adalah untuk mewujudkan

Page 10: Hari Rabu MALAYSIA

3889 18 DISEMBER 1991 3890

masyarakat yang bermaklumat. Per­khidmatan ini akan juga melibatkan penyiaran berita-berita yang terkini daripada pelbagai sumber ataupun punca berita dunia dan tidak semata­mata bergantung kepada CNN sahaja. Masyarakat dalam negara dan juga pelancong-pelancong sama ada dari qalam negeri atau luar negeri boleh menikmati berita-berita yang tepat dan terkini daripada negara-negara mereka yang diperolehi oleh RTM dari sumber­sumber yang saya nyatakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi persaingan dengan TV3, tidak dapat dinafikan bahawasanya perkhidmatan ini akan memberi saingan kepadanya. Saingan ini adalah dijangka sihat dan akan meningkatkan lagi mutu penyiaran RTM itu sendiri.

KUMPULAN MEMERASUGUT PELAJAR SEKOLAH

3. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah benar wujudnya 'gang' yang memerasugut murid-mruid sekolah. Apakah gang-gang ini gang dalaman ataupun dengan pengaruh luar yang menghasut dan menggunakan murid­m urid sekolah untuk kepentingan mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Leo Michael Toyad): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan disiplin pelajar yang diterima daripada Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri, ada kebenaran terdapatnya geog ataupun kumpulan-kumpulan yang memeras­ugut pelajar-pelajar di sekolah. Kewujudan kumpulan 101 pada kebiasannya sememangnya dipengaruhi oleh orang-orang luar yang meng­gunakan murid-murid sekolah untuk kepentingan mereka.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah

Kementerian Pendidikan akan ber­tindak untuk menubuhkan satu pasukan bersama dengan pihak Polis untuk membanteras kegiatan seperti geng yang memerasugut murid-murid sekolah? Kerana saya memandang masalah-masalah ini telah melibatkan sekolah-sekolah di dalam negara ini, khususnya di negeri Melaka yang mana baru-baru ini dua orang murid sekolah yang terlibat dengan kegiatan gangsterism ini telah dibunuh semasa perlawanan di antara satu geng dengan geng yang lain. Adakah Kementerian akan bertindak untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas ataupun satu pasukan bersama dengan pihak Polis untuk membanteras kegiatan yang saya sebutkan tadi?

. Dr. Leo Michael Toyad: Pada masa ini kita belum ada cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang khas untuk mengatasi masalah ini tetapi sudah wujud di sekolah-sekolah kita jawatankuasa-jawatankuasa, ter­masuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Polis, dan juga badan-badan agensi. Kerajaan yang lain yang sentiasa bekerjasama, dengan PIBG untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang tidak secara rasmi dari semua peringkat. Sekolah-sekolah memerlu­kan penglibatan semua lapisan masyarakat setempat untuk mengambil tindakan-tindakan atas masalah­masalah termasuk masalah perasugut ini. Kita telah mengadakan program­proram di sekolah kita untuk mengatasi masalah disiplin ini menerusi program seperti bimbingan dan kaunseling di mana kita menempatkan guru bimbingan dan kaunseling untuk memberi bimbingan kepada pelajar­pelajar yang bermasalah ini. Kita juga mengadakan program-program untuk membangunkan iklim sekolah kita, program kem bina semangat dan program rakan sebaya melalui aktiviti­akti viti kokurikulum kerana kita percaya banyak masalah timbul di

Page 11: Hari Rabu MALAYSIA

3891 18 DISEMBER 1991 3892

mana pelajar-pelajar yang tidak terlibat dalam kegiatan sekolab adalab ke­banyakannya terlibat dalam kegiatan­kegiatan yang tidak sibat ini.

Dan keduanya, kerjasama dengan Polis kita sentiasa ada di mana timbul masalah-masalab tertentu di samping bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa yang mengambil berat juga bersama dengan Kementerian atau Jabatan-jabatan Pendidikan setempat.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang .di-Pertua, soalan tambaban. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berbormat Timbalan Menteri apakab berlakunya geng ini bagi sekolab yang lokasinya di kampung ataupun di bandar ataupun sekolah yang muridnya terdiri daripada berbagai-bagai kaum ataupun kerana latarbelakang murid itu sendiri dari segi ekonomi keluarganya?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, sejaubmana yang kita dapat laporan kebanyakannya adalab sekolab-sekolab yang terletak di bandar

. di mana latarbelakang sekolab itu adalab biasanya di kawasan-kawasan pertengaban bandar dan pengarub­pengarub dari luar. Ada satu kes di mana bekas pelajar-pelajar sekolab itu dan juga orang-orang dewasa yang mengambil kesempatan untuk me­merasugut pelajar-pelajar kita di sekolab-sekolab masing-masing. Dan latarbelakangnya memang banyak terlibat orang-orang luar, bukan dari sekolab dan yang menjadi mangsanya kebanyakannya pelajar-pelajar kita di sekolab.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban. Pada pandangan Kerajaan adakab geng-geng di sekolab ini mendapat naungan daripada geog-geog yang jabat di luar?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, secara tidak jelas kita · percaya ini adalab dari dorongan atau

sokongan geng-geng atau kumpulan­kumpulan yang sudab wujud di luar kawasan sekolab.

PELABUR ASING DAN TEMPATAN

4. Puan Hajah Habidah bin Jusoh minta Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri menyatakan:

(a) berapa ramaikab pelabur yang melabur ke negara ini setelab kempen yang dibuat oleb Yang Berbormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri baru­baru ini;

(b) berapakab nilai pelaburan ter­sebut;

(c) dari negara manakab yang paling ramai pelabur-pelabur itu datang; dan

(d) berapa ramai pula pelabur­pelabur dari Malaysia yang telab mendaftar untuk pergi melabur ke negara-negara Arab, dan apakab perusabaan mereka itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan S. S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua,

(a) basil misi-misi galakan pe­laburan yang dijalankan oleb Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru­baru ini tidak dapat diperolehi dengan serta-merta dan hanya dapat dilibat dalam jangka masa yang panjang. Namun demikian, basil m1s1-m1s1 galakan pelaburan yang telab dijalankan di masa-masa yang lalu dapat dilibat dari bilangan projek­projek yang telab diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.

Page 12: Hari Rabu MALAYSIA

3893 18 DISEMBER 1991 3894

(b) Bagi tempoh Januari hingga November 1991, jumlah modal pelaburan asing yang diluluskan ialah $15,195 juta iaitu 56% dari jumlah modal pelaburan sebanyak $26,875 juta.

(c) Mengikut penyertaaan negara asing pelaburan yang terbesar sekali yang diluluskan adalah dari Taiwan $3,500 juta; Jepun $3,066 juta; Republik Korea Selatan $1,667 juta; Amerika Syarikat $1,485 juta; Indonesia $1,234 juta; Hong Kong $594 juta; United Kingdom $537 juta dan Singapura $533 juta. Jumlah modal pelaburan asing dari kelapan-lapan negara tersebut adalah $12,618 juta iaitu 83% dari jumlah modal pelaburan asing.

(d) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelabur-pelabur Malaysia tidak perlu mendaftar dengan Kerajaan untuk melabur di luar negeri. Kerajaan menggalakkan pengusaha­pengusaha tempatan untuk melabur di luar negeri dalam industri-industri tertentu yang boleh mengukuhkan lagi rang­kaian pemasaran bagi barang­barang keluaran Malaysia. Tetapi jika sektor swasta ingin memberitahu MITI akan aktiviti mereka di luar negeri, Kemen­terian bersedia untuk me­ngumpul maklumat-maklumat terse but.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di sam­ping Yang Berhormat Menteri Per­dagangan Antarabangsa dan Industri menghantarkan misi dagang ke luar negeri terdapat juga Kerajaan-kerajaan Negeri yang menghantarkan misi dagang masing-masing ke luar negeri. Jadi, apakah pada pandangan Setia­usaha Parlimen tidak berlaku pertindihan dan juga persaingan di

antara Kerajaan-kerajaan Negeri ini untuk menarik pelabur yang sama untuk datang ke negara ini?

Tuan S. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya satu hakikat yang telah berlaku pada masa­masa dahulu tetapi pihak Kementerian kita sedang menguruskan satu aturcara di mana kedua-dua pihak iaitu pihak Negeri dan juga pihak Kementerian boleh mengambil bahagian di dalam semua lawatan yang akan diadakan pada masa-masa yang akan datang.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sedar bahawa baru-baru ini dalam ucapan Budget Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyebut bahawa Kerajaan bercadang akan menarik balik galakan ataupun insentif kepada pelabur-pelabur asing yang telah menyediakan pelaburan mereka di Malaysia kerana kenyataan telah dikeluarkan di beberapa akhbar dan mass media di negara luar. la telah menjadi satu halangan untuk negara kita menarik pelabur-pelabur asing ke negara kita pada tahun depan. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memberikan sedikit pen­jelasan supaya ia tidak mengelirukan pelabur-pelabur yang berpotensi yang akan datang melabur di sini?

Tuan S. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya adalah benar kita akan menarik balik sedikit demi sedikit insentif-insentif yang telah pun diberi dahulu pada masa akan datang, tetapi ini tidak akan berlaku dengan serta-merta. Baru-baru ini pihak Kabinet telahpun meluluskan satu cara untuk kita mengkaji sekali lagi pelaburan untuk 1992. Tetapi kita harus ingat, negara kita mempunyai banyak kesan-kesan yang baik. Janganlah kita hanya bergantung di

Page 13: Hari Rabu MALAYSIA

3895 18 DISEMBER 1991 3896

atas insentif-insentif untuk menarik pelabur-pelabur dari negara asing. Saya rasa dengan satu keadaan politik yang stabil dan satu infrastruktur yang begitu mewah, kita masih boleh menarik pelaburan-pelaburan daripada luar negeri sepertimana kita telah berjaya pada masa-masa yang lalu. Saya rasa dengan keadaan begitu pelaburan daripada luar negeri tidak akan berkurangan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.

Puan Rajah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapa lamakah tempoh pegangan tapak industri yang diberi kepada sesuatu pelabur yang membina industri mereka di sini dan adakah berkemungkinan mereka ini akan diberi milik kekal kemudian?

Tuan S. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini harus ditujukan kepada kerajaan negeri­negeri yang mempunyai kuasa untuk memberikan tanah-tanah kepada industri-industri.

KELAHIRAN ANAK PELARIAN VIETNAM-JUMLAH

S. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah pelarian-pelarian yang ditempatkan di seluruh Malaysia yang telah melahirkan anak dalam setahun ketika berada di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak tahun 1975 hingga tahun ini seramai 4,834 orang pelarian Vietnam telah melahirkan anak di negara ini.

Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah kelahiran

1975 tidak ada 1976 5 1977 44 1978 119 1979 1,101 1980 518 1981 298 1982 208 1983 214 1984 226 1985 224 1986 216 1987 233 1988 314 1989 457 1990 368 1991 289

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya rasa terkejut sedikit dengan penyataan angka-angka kelahiran daripada pendatang-pendatang haram ini. Ada­kah mereka ini mendapat tempat yang istimewa untuk melahirkan zuriat hingga tahun 1991 sahaja sudah ada 200 orang lebih. Soalan saya apakah mereka mempunyai peluang-peluang yang terbuka untuk mengaktifkan atau meningkatkan produktiviti kelahiran ini?

Soalan yang kedua ialah tidakkah ada apa-apa rancangan dari pihak Kerajaan atau jawatankuasa yang berkaitan dengan mereka ini untuk memberikan mereka itu satu peluang merancang? Mungkin keadaan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai masalah. Itu sahaja dua soalan tambahan.

Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, sebenar-

Page 14: Hari Rabu MALAYSIA

3897 18 DISEMBER 1991 3898

nya susah kita hendak berhentikan keadaan semulajadi manusia selagi ada lelaki dan perempuan, mesti ada basil daripada perhubungan di antara kedua pihak yang dianggap sah.

Berkenaan dengan ini kalau kita lihat daripada segi jumlah yang ada, jumlah kelahiran itu tidak ramai iaitu 4,000 dalam jangka masa 1975 hingga 1991, jadi tidak ramai. Saya percaya kalau tidak ada cara-cara untuk merancang keluarga, mungkin lebih ramai lagi oleh kerana mereka duduk di dalam keadaan sedemikian yang boleh men.ggalakkan kelahiran yang lebih ramai. Jadi, saya percaya oleh kerana ada perancangan yang dibuat oleh masing-masing maka kelahiran itu dapat terkawal di peringkat yang demikian rupa.

Tuan Mustafa bin A wang: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri yang berkenaan. Apakah status anak yang di­lahirkan di Malaysia ini, adakah dikeluarkan sijil beranak dari Malaysia ataupun hanya diberi surat sementara sahaja? Apabila mereka ini berlamaan di Malaysia, apakah mereka berhak menuntut supaya menjadi warganegara ataupun kerakyatan Malaysia di masa akan datang?

Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua,apabila seseorang lahir tidak kira di mana ia lahir, negara di mana ia dilahirkan akan mengeluarkan Sijil Beranak, tetapi ini tidak akan memberikan kelayakan untuk menjadi rakyat kepada negara itu. Dan seseorang yang bertaraf pelarian melahirkan anak,anaknya juga akan bertaraf pelarian dan tidak mempunyai hak untuk mendapat kerakyatan atau diambilkira jangka masa mereka tinggal di dalam negara. itu untuk mendapat kerakyatan.

KURIKULUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN­

KAJIAN

6. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah basil kajian yang telah dibuat oleh pihak Kementerian berhubung dengan kurikulum pengajian Diploma Pendidikan di universiti tempatan.

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak universiti masing­masing sentiasa mengkaji kurikulum Program Diploma Pendidikan yang di­jalankan untuk disesuaikan dengan keperluan masa.

Terdapat lima buah universiti tempatan yang menawarkan Program Diploma Pendidikan. Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemampuan guru-guru lulusan Diploma Pendidikan tersebut, pihak universiti sentiasa mengkaji kurikulum program Diploma Pendidikan ini untuk disesuaikan dengan keperluan pendidikan semasa. Jadi antara aspek-aspek yang lainnya diberi penekanan ialah memper­kemaskan aspek pengajaran pem­belajaran, pedagogi dan juga pengen­dalian gerakkerja luar (kokurikulum).

PROGRAM LITERASI FUNGSIAN

7. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) adakah Kerajaan akan memberi peruntukan yang lebih banyak dan penambahan kakitangan anggota KEMAS terutama dalam melaksanakan Literasi Fungsian kerana dalam men­capai tujuan tersebut adalah amat memerlukan kedua aspek itu dan juga memandangkan aspek itulah yang telah mem­bawa perubahan mendadak kepada masyarakat luar bandar

Page 15: Hari Rabu MALAYSIA

'3899 18 DISEMBER 1991 3900

yang dimainkan oleh anggota KEMAS dan agensi sokongan; dan

(b) berapakah banyak industri kecil yang terdapat dalam Negeri Perlis dan bagaimanakah ke­upayaan industri itu dalam men­capai tahap berdikari dan ada­kah suatu badan khas dibentuk bagi membimbing industri yang tidak berupaya maju terutama kerana lc:ekurangan modal.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (Tuan Mohd. Yasin bin Kamari): Tuan Yang di-Pertua,

(a) buat masa ini Kementerian m1 tidak bercadang untuk me­nambah peruntukan kakitangan KEMAS dalam melaksanakan program Literasi Fungsian. Keperluan kewangan akan disemak dari semasa ke semasa mengikut proses belanjawan ~iasa. Wal au bagaimanapun struktur dan perjawatan yang sedia ada akan disusun semula untuk menjadikan program tersebut lebih lancar dan berkesan.

(b) Mengenai di mana Ahli Yang Berhormat ingin mengetahui jumlah bilangan industri kecil yang terdapat di negeri Perlis sehingga sekarang khususnya yang terletak di luar bandar jumlahnya ialah sebanyaJc 83 buah.

Mengenai keupayaan industri itu di dalam mencapai tahap berdikari, pihak Kementerian ini telah mengenalpasti beberapa masalah yang menyekat ke­mampuan industri tersebut ke arah mencapai tahap berdikari. Oleh itu beberapa program yang dirancang secara terperinci dan bersepadu telah disediakan bagi membantu pengusaha-peng­usaha industri kecil ini berdikari

dan seterusnya mencapai matlamat mewujudkan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Dari segi memberi bimbingan kepada industri kecil yang tidak berupaya maju, terutamanya dari segi kekurangan modal, Kementerian ini telahpun meng­am bil langkah-langkah iaitu dengan mewujudkan program­program yang khusus dan bersepadu bagi maksud tersebut. Salah satu daripadanya ialah Program Kemuda)lan Ke­wangan. Di antara bantuan yang disediakan ialah dari segi pembekalan mesin dan peralatan di mana ianya diberikan kepada pengusaha-pengusaha industri kecil di luar bandar, manakala bagi pinjaman kewangan pula ianya disediakan bagi maksud meningkatkan kemajuan indus­tri tersebut. Walaupun suatu badan yang khusus tidak dibentuk bagi mengatasi ma­salah tersebut, namun dengan adanya program-program ter­sebut adalah diharapkan masalah kekurangan modal itu dapat diatasi.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, sQalan tambahan. Sedikit sahaja, apakah makna "Literasi Fungsian"?

Tuan Mohd. Yassin bin Kamari: Tuan Yang di-Pertua, pengertian "Literasi Fungsian" membawa maksud keupayaan untuk memanfaatkan apa­apa juga pengetahuan di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh­nya, dengan perkembangan yang amat pesat di bidang pertanian, seseorang itu hendaklah tahu kaedah-kaedah, cara­cara penggunaan baja yang betul sehinggalah kepada bagaimana mem­pertingkatkan jualan hasil-mahsul keluaran mereka. Oleh yang demikian objektif seseorang peserta Literasi

Page 16: Hari Rabu MALAYSIA

..

3901 18 DISEMBER 1991 3902

Fungsian ialah bagi mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran dalam bacaan, penulisan, pengiraan dalam apa juga bidang sosial, ekonomi yang dihadapinya. Terima kasih.

TENAGA BURUH­KEKURANGAN

8. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk me­nyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya tenaga mahir di kilang-kilang. Adakah Kementerian Sumber Manusia mempunyai satu rancangan yang menyeluruh terhadap pembangunan Sumber Manusia d~ negara ini agar kita dapat mencapa1 matlamat negara kita dalam tahun 2020.

Timbalan Menteri Somber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Tuan Yang di-Pertua, keperluan tenaga kerja pada masa hadapan banyak bergantung dan dipengaruhi oleh tahap pertumbuhan ekonomi, perubahan struktur ekonomi negara dan peralihan teknologi pengeluaran yang men­jimatkan penggunaan tenaga pekerja. Selaras dengan matlamat Wawasan 2020, keperluan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran pengurusan, saintifik dan teknologi tinggi di­jangkakan akan terus meningkat. Ke arah mencapai keperluan ini, langkah­langkah serta rancangan yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah seperti berikut:

(i) telah melaksanakan Skim Insentif potongan dua kali semenjak tahun 1987 di mana syarikat-syarikat dalam industri pembuatan, dibenarkan po­tongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan untuk latihan yang diluluskan. Pada tahun 1989 bidang skim ini diperluaskan untuk meliputi juga syarikat-

(ii)

(iii)

syarikat kecil dalam sektor pembuatan yang melatih pekerja-pekerja di institusi­institusi latihan tertentu. Pada tahun 1991 bidang skim ini diperluaskan sekali lagi untuk meliputi juga semua syarikat­syarikat kecil, sederhana dan besar di dalam sektor pem-buatan serta bukan pembuatan. menam bah bilangan Institusi Latihan Perindustrian {ILP) yang berperanan mengeluarkan tenaga kerja terlatih. Sejak tahun 1989, lima buah ILP baru telah beroperasi menjadikan sepuluh institut kesemuanya. Dari tahun 1986 higga 1990, ILP telah mengeluarkan seramai 7 ,224 tenaga buruh mahir dan separuh mahir. Antara tahun 1991 hingga 1995, dianggarkan ILP akan mengeluarkan seramai 15,200 tenaga kerja terlatih

.dalam berbagai bidang ke­mahiran teknikal. Di samping ILP terdapat juga sebuah Pusat Latihan Lanjutan di bawah Kementerian iaitu Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lan­jutan yang berperanan mening­katkan kemahiran pekerja­pekerja industri di peringkat lanjutan.

merangka kursus khas iaitu kursus dengan izin, 'cus­tomised' untuk memenuhi keperluan majikan bagi latihan dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan sasaran bagi kursus 'customised' ialah pekerja­pekerja industri. Tujuan utama kursus ini adalah meningkat atau mengubahsuai kemahiran pekerja-pekerja industri sesuai dengan perubahan dalam ope­rasi kerja atau barangan. Kursus ini disediakan di atas per­mintaan majikan dan kandungan kurikulumnya dirangka setelah dibincang bersama antara majikan dan institut.

Page 17: Hari Rabu MALAYSIA

3903 1& DISBMBBR 1991 3904

(iv) menggalakkan penggunaan pusat-pusat latihan Kerajaan untuk sektor swasta melatih pekerja-pekerjanya.

(v) Kementerian Sumber Manusia · juga sedang dalam proses

menyediakan Skim Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang akan ditubuhkan melalui sumbangan levi sebanyak 1 % dari jumlah gaji bulan untuk tujuan membiayai kos latihan yang dijalankan oleh syarikat­syarikat yang membu~t sum­bangan. Tabung ini akan di­uruskan bersama oleh sektor swasta dan pihak Kerajaan.

Dato' Ng Thian Hock: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ber­banyak-banyak tahniah kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia untuk mengambil langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh, akan tetapi apabila saya baca suratkhabar pada pagi ini. ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat soalannya?

Dato' Ng Thian Hock: Soalannya akan datanglah, sedikit sahaja.

Saya nampak satu berita di mana negara maju seperti Taiwan telah mengumumkan bahawa 10 syarikat telah menjadi agen untuk menarik pekerja atau tenaga buruh untuk bekerja di negara maju seperti Taiwan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah langkah-langkah yang dijalankan oleh negara maju seperti Taiwan ini menjejaskan apa yang kita telah buat, jikalau ya, apakah tindakan yang kita mesti ambil? Terima kasih.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia adalah mengamalkan dasar ekonomi terbuka dalam pasaran bebas di mana rakyat negara ini tidak disekat untuk bekerja

di negara-negara luar sekiranya mereka berpendapat dengan cara demikian mereka akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Jadi, open eco­nomic, kita tidak boleh buat apa-apa.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Timbalan. Menteri Sumber Manusia sedar, kami difahamkan bahawa Kementerian Sumber Manusia akan memberi kebenaran kepada pihak pekilang-pekilang untuk mengimport pekerja-pekerja asing. Apakah pro­sedur untuk mereka memohon mengimport pekerja-pekerja asing untuk menghadapi kekurangan tenaga mahir di kilang-kilang?

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini prosedur belum ditentukan.

T ADIKA DI LO KASI "MAJOR UNITS"

9. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah Kementerian Pertahanan ber­cadang untuk menubuhkan Sekolah­sekolah Tadika di tiap-tiap lokasi "Major Units" di negeri-negeri di Malaysia. Dengan adanya tadika-tadika ini boleh juga kanak-kanak bekas tentera menumpang nikmatnya dengan menghantar anak-anak mereka dan dengan ini dapatlah mengurangkan beban perbelanjaan mereka. Saya percaya rancangan ini tentu sekali boleh diibaratkan sebagai polisi Kerajaan terhadap Masyarakat Penyayang.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan tidak ber­cadang menubuhkan Tadika-tadika di tiap-tiap lokasi Major Units. Sistem sekarang akan dikekalkan di mana penubuhan sesebuah Tadika mestilah berasaskan keperluan sebenar dan tidak

Page 18: Hari Rabu MALAYSIA

3905 18 DISEMBER 1991 3906

berdasarkan jumlah major units yang wujud. Buat masa ini, keperluan kemudahan Tadika untuk anak-anak anggota Angkatan Tentera dapat di­penuhi dengan memuaskan.

Menyentuh tentang kemasukan anak-anak bekas anggota Angkatan Tentera ke Tadika-tadika kelolaan Angkatan Tentera, anak-anak bekas anggota Angkatan Tentera boleh diterima bergantung kepada ke­kosongan yang wujud. Walau bagai­manapun, keutamaan seharusnya diberi kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera yang masih dalam per­khidmatan.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh atau tidak pihak swasta memberi pertolongan bersama-sama- dengan pihak Kementerian Pertahanan atau yang lain-lain untuk mendirikan sekolah Tadika ini di kawasan major units di seluruh negara kita supaya dapat dipercepatkan demi untuk anak­anak bukan sahaja anak-anak tentera yang sedang berkhidmat, bahkan juga kepada anak-anak tentera yang telah bersara itu, oleh kerana hendak hantar seseorang anak-anak ke sekolah Tadika, mereka itu kena bayar di antara $100 hingga $300 satu semester itu berat sekali kepada mereka.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini tidak ada satu dasar yang pasti tentang perkara ini. Walau bagai­manapun, Kementerian akari mengkaji perkara ini berdasarkan kepada peraturan-peraturan seperti yang ada di dalam peraturan-peraturan Kerajaan sekarang khususnya di Kementerian Pendidikan.

PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN PILIHANRAYA

10. Tuan Mustafa bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan apakah benar pihak Suruhanjaya Pilihanraya

Malaysia (SPR) bercadang untuk mengubahsuai kawasan-kawasan Pilihanraya sama ada peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara sesuai dengan suasana pertambahan bilangan pengundi di masa-masa akan datang. Dan jika benar, sila nyatakan di manakah kawasan-kawasan yang terlibat dengan pengubahsuaian yang akan dilakukan itu. Dan apakah benar ada campur­tangan orang-orang politik tertentu supaya perubahan ini tidak dilakukan demi kepentingan politik peribadi, dengan tidak memikirkan kepentingan politik negara yang sedang menuju ke arah Wawasan 2020.

Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Perlembagaan Persekutuan, Suruhan­jaya Pilihanraya (SPR) boleh men­jalankan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya tidak lebih awal dari tempoh 8 tahun dari urusan yang terakhir yang dijalankan. Oleh sebab urusan persempadanan bagi negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah telah dijalankan pada tahun 1984 maka urusan yang akan datang boleh dijalankan pada akhir tahun 1992. Oleh sebab tempoh masa itu belum tiba, SPR tidak dapat memberikan butir-butir lanjut termasuk bahagian-bahagian pilihanraya yang terlibat dalam urusan terse but.

Dalam menjalankan urusan persem­padanan semula bahagian pilihanraya, SPR hanya berpandu kepada prinsip yang telah ditetapkan oleh Seksyen 2 Bahagian 1 Jadual Ketiga Belas Per­lembagaan Persekutuan.

PEGAWAI/ANGGOTA TENTERA BERS ARA

11. Dato' Azumu bin Tak minta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah:

(a) Pegawai Tentera yang bersara di dalam tahun 1991.

Page 19: Hari Rabu MALAYSIA

?.907 18 DISEMBER 1991 3908

(b) Anggota Tentera lain-lain pangkat yang bersara di dalam tahun 1991.

dan dari jumlah tersebut, berapakah yang telah mendapat pekerjaan di (i) pejabat-pejabat Kerajaan dan Badan­badan Berkanun Kerajaan dan (ii) di syarikat-syarikat swasta. Sehingga akhir tahun 1991 dari anggota-anggota Tentera yang bersara sebelum tahun tersebut, berapa ramaikah yang masih menganggur.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a) dan (b), bagi tahun 1991, jumlah anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan ialah 5 ,024 orang iaitu terdiri dari 429 pegawai dan 4,595 anggota lain-lain pangkat.

Mengenai pekerjaaan, pada ke­biasaannya anggota tentera yang bersara akan mengambil masa di antara 6 hingga 12 bulan sebelum mendapat pekerjaan baru ataupun memulakan pern"iagaan sendiri. Waiau bagai­manapun, daripada maklumat dan data­data setakat bulan September 1991, seramai 167. orang telah mendapat pekerjaan seperti berikut:

(i) Pejabat Kerajaan dan Badan Berkanun - 127

(ii) Syarikat swasta - 40

Kementerian Pertahanan memerhati bahawa mereka yang datang untuk mendaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit untuk mencari pekerjan telahpun mempunyai atau mendapat pekerjaan. Mereka yang tidak men­daftar kemungkinan sedang bekerja di syarikat-syarikat swasta atau bekerja sendiri. Di samping itu, terdapat golongan yang mendapat pencen dan ganjaran yang mencukupi dan tidak lagi berminat untuk mencari pekerjaan.

DENGGI-TINDAKAN PENCEGAHAN

12. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) juml11h kes denggi yang telah dilaporkan dan jumlah kes yang telah membawa maut pada tahun ini apabila dibanding dengan bilangan kes pada tahun lepas;

(b) jumlah orang yang didenda kerana terdapat bukti pembiakan jentik-jentik di kawasan mereka; dan

( c) tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk men­dapatkan kerjasama orangramai dalam kempen pencegahan t>enyakit denggi.

Timbalan Menteri Kesihatan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua,

(a) jumlah kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 8hb Disember 1991 ialah sebanyak 6,322 kes dengan 39 kematian. Pada tempoh yang sama iaitu tahun 1990, sebanyak 4,235 kes demam denggi telahpun di­laporkan dengan 17 kematian.

(b) Dari Januari hingga September 1991, seramai 15 ,503 orang telahpun didenda kerana telah­pun terbukti adanya pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes.

(c) Tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk men­dapatkan kerjasama orangramai di dalam kempen pencegahan penyakit demam denggi adalah seperti berikut:

(1) A k ti v i ti - a k t i v i t i Pendidikan Kesihatan

Page 20: Hari Rabu MALAYSIA

3909 18 DISEMBER 1991

Dalam Kawalan Denggi iaitu seperti berikut:

(i) m e n g a d a k a n sebanyak 2,201 ce­ramah, 2,722 dialog dan 666 pameran, dan pameran-pame­ran ini diadakan di pusat-pusat kesihatan, pasaraya, sekolah, di pejabat­pejabat dan kilang­kilang;

(ii) m e m b e r i k a n tunjukajar kepada orangramai berkaitan dengan penjagaan kebersihan tempat tinggal dan peng­gunaan ubat mem­bunuh jentik-jentik;

(iii) m e n g a d a k a n tayangan gam bar sama ada mengguna­kan filem ataupun video lebih kurang 612 kali;

(iv) m e n g a d a k a n perbincangan­perbincangan dengan kumpulan-kumpulan masyarakat seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, kumpulan-kumpulan belia dan sebagainya dan lebih kurang 199,541 tunjukajar diadakan. Kemudian mengadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan yang tertentu;

(v) m e 1 a k u k a n pengumuman awam sama ada melalui radio, televisyen ataupun pengumuman spontan;

3910

(vi) m e n g e d a r k a n risalah-risalah dan poster-poster lebih kurang setakat ini 500,443 bilangan risalah.

(2) Kempen Anti-Denggi:

(i) mengadakan kempen anti-denggi yang dilancarkan oleh orang-orang kenamaan;

(ii) penglibatan agensi­agensi Kerajaan yang lain seperti Jab a tan Penerangan dan agensi-agensi bukan Kerajaan seperti penguasa­penguasa tempatan, kelab-kelab belia, Bulan Sabit Merah dan lain-lain;

(iii) p e n g e 1 u a r a n kenyataan akhbar dari masa ke semasa;

(iv) p e n e r a n g a n mengenai penyakit demam denggi, pen­cegahan dan penga­walan melalui siaran radio, televisyen, tayangan gambar di pawagam dan media massa yang lain;

(v) mengadakan gotong­royong di tempat­tempat tertentu dan membekalkan ubat pembunuh jentik­jentik Aedes kepada penduduk semasa gotong-royong tersebut; dan

(vi) mengadakan aktiviti pengutipan tin-tin kosong dengan peng­libatan penguasa tempatan dan orang­ramai serta meng-

Page 21: Hari Rabu MALAYSIA

3911 18 DISEMBER 1991 3912

adakan peraduan yang melibatkan murid-murid sekolah.

Pada masa ini kita masih lagi belum berpuas hati oleh kerana kerjasama orangramai dalam mengurangkan tempat-tempat pembiakan amat men­dukacitakan.

RUMAH KOS RENDAH

13. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagaimana caranya untuk menggalakkan pihak swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dengan harga $25,000 ke bawah supaya memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf kerana terpaksa menjawab soalan untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan sedar bahawa permintaan bagi menduduki rumah-rumah kos rendah yang berharga tidak melebihi $25,000 adalah menggalakkan. Bagi memem,1hi permintaan golongan berpendapatan rendah ke atas rumah­rumah tersebut, pihak swasta adalah digalakkan untuk membina lebih banyak rumah-rumah kos rendah. Di antara langkah-langkah Kerajaan untuk menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam pembinaan rumah-rumah kos rendah adalah seperti di bawah ini:

(i) bagi menghadapi masalah kekurangan tanah dan menjimat­kan kos pembinaan, pemaju­pemaju digalakkan untuk membina rumah bertingkat dan kepadatan tinggi khususnya di bandar-bandar besar. Dengan itu, rumah boleh dijual pada paras harga tidak melebihi

$25,000 seunit yang mampu dibeli oleh golongan ber­pendapatan rendah;

(ii) pemaju-pemaju juga digalakkan supaya melaksanakan projek perumahan secara pembangunan campuran atau mixed develop­ment, dengan izin. Melalui cara ini maka pemaju-pemaju boleh memperolehi pulangan ke­untungan yang berpatutan dan dengan itu projek pembangunan perumahan tidak mengalami kerugian;

(iii) menggalakkan Kerajaan-. kerajaan Negeri meneruskan

insentif kepada pemaju-pemaju swasta seperti yang telah diberikan kepada projek-projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah. Antara insentif yang telah diberikan di bawah PKPKR dan boleh diteruskan ialah dengan mem­percepatkan proses perancangan dan kelulusan projek melalui penubuhan Pusat Serenti, i:nengurangkan bayaran pre­mium tanah, mengecualikan bayaran ukur dan sebagainya; dan

(iv) sentiasa mengkaji piawaian rekabentuk dan teknologi perumahan bagi mengurangkan kos pembinaan rumah.

PROJEK LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SEPANG­

PERANCANGAN

14. Tuan ltam Wali bin Nawan minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah jenis perancangan penempatan dan projek bagi mereka yang kawasannya (tanah) terlibat dalam projek Lapangan Terbang Antara­bangsa Sepang, di Selangor Darul Ehsan; dan

Page 22: Hari Rabu MALAYSIA

3913 18 DISEMBER 1991 3914

(b) berapa agensi terlibat sebagai komiti perancangan penempatan semula masyarakat yang terlibat itu.

24.12.91

46. Tuan V. K. Sellappan min ta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah akan diambil oleh Kementerian untuk memberi pampasan kepada rakyat yang akan ·hilang hartanah warisan ataupun harta keluarga apabila pembinaan Lapangan Terbang Antara­bangsa di Sepang dimulakan nan ti;

(b) adakah Kementerian mem­punyai sebarang rancangan bagi memberi sumber pendapatan kepada rakyat yang akan hilang pekerjaan; dan

( c) apakah rancangan Kementerian untuk menempatkan semula rakyat yang akan hilang rumah dan cadangkan cara-cara mengendalikan pemindahan kemudahan awam seperti tempat-tempat ibadat, Balai Raya dan lain-lain kemudahan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersama­sama dengan soalan dari Tuan V .K. Sellappan pada 24 Disember 1991 memandangkan perkara-perkara yang disoal menyentuh perkara yang serupa iaitu penempatan serta pampasan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.

Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat ini, Kerajaan sedang dalam proses memulakan Kajian Pelan lnduk pem­bangunan kawasan 25,000 ekar tanah yang telah diambil untuk kegunaan Lapangan Terbang · Antarabangsa

Sepang. Kajian ini adalah kajian menyeluruh, di antaranya termasuk kajian mengenai zoning, dengan izin, tanah-tanah yang terlibat.

Perancangan mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang ini dilakukan dengan teliti termasuk aspek kemanusiaan. Untuk makluman Yang Berhormat, proses pengambilan balik tanah masih dalam peringkat awal lagi. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Persekutuan di peringkat awal ini bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal peran­cangan Lapangan Terbang Antara­bangsa yang baru ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga tel~ mewujudkan satu Jawatankuasa di peringkat negeri bagi menyelaraskan perkara-perkara tertentu berhubung dengan projek ini termasuklah urusan pengambilan balik tanah dan rancangan pembangunan di sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.

login saya memberi jaminan bahawa dalam proses pengambilan balik tanah, pampasan dan juga pembayaran yang munasabah akan diberi kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN DI KELANT AN

DAN SABAH

15. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Perdana Menteri me­nyatakan apakah tujuan sebenarnya Kerajaan Persekutuan mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri Kelantan dan Sabah sedangkan kedua-dua negeri tersebut telahpun mempunyai Jabatan Kemajuan Negeri:

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di semua negeri di Malaysia;

(b) berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan

Page 23: Hari Rabu MALAYSIA

3915 18 DISEMBER 1991 3916

dan dilaksanakan untuk negeri Kelantan dan Sabah; dan

(c) sila nyatakan projek-projek yang telah dilaksanakan di negeri-negeri tersebut.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, uniuk makluman Yang Berhormat, tujuan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan Sabah adalah bagi melancarkan lagi program­program pembangunan Kerajaan di negeri-negeri tersebut.

(a) Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan Jabatan Pem­bangunan Persekutuan di semua negeri di Malaysia.

(b) Jumlah peruntukan pemba­ngunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Keenam untuk negeri Sabah ialah sebanyak $2.306 bilion dan bagi negeri Kelantan pula ialah sebanyak $2.065 bilion. Projek-projek bernilai sebanyak kira-kira $1.2 bilion sedang dilaksanakan untuk negeri Sabah manakala negeri Kelantan pula, projek-projek yang sedang dilaksanakan pula bernilai sebanyak $20.383 juta.

(c) Projek-projek yang telah di­laksanakan bagi kedua-dua negeri tersebut adalah panjang senarainya, memadailah saya menyebutkan bahawa projek-projek itu termasuklah infrastruktur, kemudahan-kemudahan sosial dan awam, keselamatan, pembangunan tanah dan pertanian serta projek-projek luar bandar.

PEND AT ANG HARAM­PENCEGAHAN

16. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah yang diambil untuk

mencegah pendatang haram sementara negara kita membenarkan buruh asing dimasukkan secara halal.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi masalah kemasukan pendatang haram tanpa izin atau PTI ke negara ini.

Langkah-langkah yang sedang dan telah diambil adalah seperti berikut:

(i) ~engetatkan kawalan dan rondaan di pintu-pintu masuk haram dan kawasan-kawasan yang disyaki iaitu di sempadan dan perairan negara;

(ii) meningkatkan kegiatan peme­riksaan, serbuan dan tangkapan di tempat-tempat yang di­syaki;dan

(iii) mendakwa mereka serta orang­orang yang bersubahat atau yang memberi perlindungan kepada golongan ini ke mahkamah.

BAHASA INGGERIS­MENAIKKAN MUTU

17. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah usaha positif secara segera untuk menaikkan mutu bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar luar bandar.

23.12.91

22. Tuan Doi bin Dollah minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan bahawa Perdana Menteri kita menggalakkan pelajar­pelajar belajar bahasa Inggeris dengan baik kerana ia adalah satu bahasa yang utama di dunia. Tetapi dilihat tidak banyak perubahan dalam pertuturan dan tulisan murid-murid dan juga guru­guru muda kita sekarang. Apakah usaha yang sedang dan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk meng­atasi masalah rersebut.

Page 24: Hari Rabu MALAYSIA

-------···---------

3917 18 DISEMBER 1991 3918

24.12.91

39. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk me­ningkatkan dan memperkukuh­kan asas bahasa Inggeris, mulai dari sekolah rendah; dan

(b) langkah-langkah yang sedang dijalankan.

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga soalan mengenai isu mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Oleh itu, saya memohon soalan-soalan tersebut dijawab secara serentak.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan yang sama adalah seperti berikut:

(i) Yang Berhormat Senator Ainon binti Ariffin;

(ii) Yang Berhormat Senator Dol bin Dollah(23.12.91);

(iii) Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon (24.12.91).

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah jangka pandek dan jangka panjang yang telah dilaksanakan oleh Kemen­terian Pendidikan untuk meninggikan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangail pelajar-pelajar sekolah dan pelatih-pelatih Maktab Perguruan adalah dengan menggalakkan pelajar­pelajar di sekolah-sekolah dan pelatih­pelatih di Maktab Perguruan meng­gunakan bahasa Inggeris seluas­luasnya melalui kegiatan kokurikulum dan kurikulum.

Melalui kokurikulum, pelajar­pelajar digalakkan mengadakan aktiviti perbahasan, kuiz, syarahan, bacaan ramai, menulis esei, drama, puisi, nyanyian dalam bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, sekolah­sekolah digalakkan menganjurkan Hari Bahasa Inggeris dan Minggu Bahasa

Inggeris di sekolah-sekolah masing­masing.

Melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sepadll Menengah (KBSM) serta Kurikulum Pendidikan Guru di Maktab-maktab, pelajar-pelajar di­libatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa lnggeris yang bertumpukan kepada pelajar dan penekanan kepada kemahiran ber­bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris ini, melalui Program KBSR dan KBSM, guru-guru diberi kursus tentang sukatan pelajaran dan teknik peng­ajaran serta dibekalkan dengan bahan­bahan pengajaran seperti pukal latihan dan juga buku panduanguru. Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga giat melatih lebih ramai guru pengkhususan dalam pengajaran bahasa lnggeris bagi semua program di institusi pendidikan.

Satu langkah yang diambil baru­baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Program-program Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan. Tugas utamanya ialah untuk me­rancangkan tindakan-tindakan susulan bagi membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, syabas dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan. Dalam menyebut bahawa guru-guru yang akan melatih mereka yang memang kurang pendedahan dari segi bahasa Inggeris terutamanya yang di luar bandar, mereka tidak akan bercakap Inggeris sama ada di rumah atau di kawasan persekitaran selain daripada sekolah, adakah Kementerian Pendidikan membekalkan juga alat-alat

Page 25: Hari Rabu MALAYSIA

3919 18 DISEMBER 1991 3920

pandang-dengar yang canggih yang sebenarnya boleh ditempah atau boleh diusahakan yang boleh menghasilkan kecekapan dan kebijaksanaan bertutur dan menguasai bahasa Inggeris dengan mudah dan cepat? ·

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, selain dari kita membekalkan pukal latihan dan buku-buku panduan mengajar bahasa Inggeris dan peng- · gunaan bahasa Inggeris, kita meng­galakkan pelajar-pelajar di sekolah­sekolah kita meningkatkan lagi minat dalam membaca sastera-sastera bahasa Inggeris dan tambahan itu untuk guru­guru yang mengajar khususnya bahasa Inggeris, kita ada program Pra­Perkhidmatan yang saya katakan tadi untuk guru-guru lepasan ijazah ter­masuk juga Maktab Perguruan dan program Kursus Dalam Perkhidmatan di mana kita melatih guru-guru me­nyediakan mereka ini untuk meningkat­kan keupayaan dan tujuan meningkat­kan guru-guru yang sedia ada.

Ketiganya, kita mengadakan pro­gram berkembar di mana mulai tahun 1992 ini Kementerian akan meng­adakan program Maktab Perguruan Ilmu Khas dan sebahagian lagi kita mengadakan kursus untuk guru bahasa Inggeris ini di United Kingdom.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan sudah dijawab.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat, adakah Kementerian ber­cadang untuk menghantar guru-guru siswazah bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa Inggeris di Sekolah­sekolah Rendah untuk mengatasi masalah itu?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang tepat dari Yang Berhormat itu tadi. Sebenamya kelemahan-kelemahan bahasa Inggeris di sekolah bukannya boleh dikatakan menyeluruh di negara

kita tetapi kebanyakan di kawasan­kawasan luar bandar yang masih ber­kurangan guru-guru yang boleh mengajar bahasa Inggeris. Ini adalah usaha kita untuk meningkatkan lagi menerusi lepasan maktab dan guru­guru lepasan ijazah untuk mengajar bahasa Inggeris di kawasan-kawasan yang masih kurang guru untuk meng­ajar bahasa Inggeris. Kita meng­galakkan mereka ini supaya dapat memberi khidmat di kawasan-kawasan tersebut kerana kebanyakan kawasan yang masih lemah dalam bahasa Inggeris adalah kawasan yang tidak diminati oleh guru-guru kita dan ini kita berharap dapatlah mengatasi masalah ini. Di sekolah-sekolah di bandar di mana kita telah menempatkan guru-guru ijazah, kita pun telah nyatakan ada juga masalah yang timbul di mana walaupun mereka ini mendapat ijazah di dalam bahasa Inggeris tetapi untuk proficiency, dengan izin,dalam mengajar bahasa itupun masih berkurangan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Tuan Azman Atar.

Puan Hajah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 18.

YAPEIM-SUMBANGAN KAKITANGAN SEKTOR AWAM

18. Puan Rogayah binti Che Mat (di bawah S.O. 23(2)) minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah jumlah kakitangan sektor awam yang menderma bulanan kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Y APEIM) dan jika bilangannya kurang memuaskan, apakah usaha untuk meningkatkan penyertaan mereka ke dalam Yayasan yang boleh membantu rakyat miskin di negara ini.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, bilangan kakitangan

Page 26: Hari Rabu MALAYSIA

3921 18 DISEMBER 1991 3922

Kerajaan yang telah memberi per­setujuan untuk menyumbangkan kepada Yayasan Pembangunan Eko­nomi Islam (Y APEIM) adalah 120,000 orang sementara penyumbang dari sektor swasta adalah 15,000 orang. Bilangan ini adalah sederhana kerana skim sumbangan amal jariah di­laksanakan secara sukarela dan tidak dipaksakan kepada kakitangan.

U saha yang berterusan dilaksanakan untuk meningkat penyertaan kaki­tangan dalam skim ini. Antaranya ialah:

(i) memberi taklimat kepada ketua­ketua jabatan dan kakitangan melalui perjumpaan-perjumpaan tertentu;

(ii) menubuhkan Jawatankuasa Per­hubungan Y APEIM di peringkat negeri dengan Timbalan Setia­usaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi;

(iii) melantik Pegawai Penerangan Sukarela mengadakan kempen penerangan;

(iv) meminta kerjasama dari media massa seperti akhbar dan RTM menerbitkan pengumuman awam dan publisiti semasa kempen dijalankan.

WANITA BEL UM BERSUAMI­IKHTIAR KERAJAAN

19. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:

(a) apakah ikhtiar Kementedan untuk membantu 60,000 orang wanita yang masih belum ber­suami untuk mendapatkan pasangan mereka bagi men­dirikan rumahtangga yang sah; dan

(b) apakah Kementerian bercadang supaya digalakkan poligami.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pem­bangunan Masyarakat (Tuan Yong Khoon Seng): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedua-dua soalan ini tidak berkaitan dengan togas dan tanggungjawab Kementerian saya.

PERPADUAN NEGARA­PROGRAM DAN AKTIVITI

20. Tuan Haji Wan Hamid Edruce bin Tuanku Mohammad minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan sama ada usaha-usaha konkrit sedang dijalankan untuk mewujudkan per­paduan rakyat di negara ini. Jika usaha ini memang ada apakah masalah­masalah yang dihadapi oleh Ke­menterian ini.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Per­paduan Negara dan Pembangunan Masyarakat adalah bertanggungjawab untuk meningkatkan perpaduan negara. Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan program serta aktiviti dengan cara melibatkan setiap golongan dan lapisan masyarakat dari berbagai keturunan dan agama dalam kegiatan-kegiatan masyarakat setempat supaya dapat memupuk serta mempraktikkan nilai-nilai yang penting berasaskan kepada perpaduan negara. Ke arah tujuan ini Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sedang mengendalikan beberapa program seperti Skim Rukun Tetangga, Khemah Kerja Kejiranan, Cawangan Jiran Muda dan Jiran Wanita, Lawatan Integrasi, Program Anak Angkat yang dikenali sebagai Titian Emas dan Kelas Tabika Perpaduan.

Di antara masalah-masalah yang dihadapi oleh Kementerian yang ketara sekali ialah untuk mendapatkan

Page 27: Hari Rabu MALAYSIA

3923 18 DISEMBER 1991 3924

penglihatan seramai mungkin rakyat menyertai aktiviti-aktiviti perpaduan dari semua lapisan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk soalan sudah cukup dan sekarang kita terus pergi kepada perkara yang Iain.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 21 hingga 54 adalah diberi di bawah ini)

HOSPITAL BARU LABUAN­PEMBINAAN

21. Tuan Isli bin Haji Siput minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) kerja-kerja untuk mem bin a hospital baru Wilayah Per­sekutuan Labuan telahpun di­m ulakan. Apakah rancangan Kementerian Kesihatan ter­hadap hospital lama yang ada sekarang;

( b) apakah perkhidmatan specialist akan diberikan kepada hospital baru Labuan; dan

(c) pada masa ini hanya terdapat 2 sahaja pusat rawatan "Radio­theraphy" di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur dan Kuching. Adakah rancangan Kementerian untuk menubuhkan sebuah lagi yunit di Hospital Wilayah Labuan memandang­kan ramai rakyat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan memerlukan rawatan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerja-kerja untuk pembinaan hospital baru Wilayah Per­sekutuan Labuan telah di­mulakan pada IO Oktober dan pada masa sekarang kerja-kerja

penyediaan tapak berjalan dengan Iancar dan pembinaan dijangka siap pada Julai 1993. Kemudahan di hospital Labuan lama akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan luar bandar seperti Klinik Kesihatan Ibo dan Kanak-kanak, bekalan air yang selamat dan kebersihan alam sekitar. Selain dari itu per­khidmatan pergigian masih diteruskan di tapak ini.

(b) Perkhidmatan kepakaran yang akan disediakan di hospital baru ini adalah:

Perubatan

Pembedahan

Perbidanan dan Sakitpuan

Kanak-kanak.

(c) Pada masa ini Kementerian Kesihatan tidak ada rancangan untuk menubuhkan pusat rawatan Radiotheraphy di Hospital Wilayah Persekutuan Labuan.

SAINTIS MALAYSIA DI LUAR NEGARA

22. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar me­nyatakan adakah benar ramai saintis­saintis Malaysia berada di luar negara. Apakah usaha dan langkah-langkah untuk mereka suka balik berkhidmat semula di Malaysia.

Timbalan Menteri Sains, Tek­nologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak mengendalikan rekod saintis-saintis yang berkhidmat di luar negeri. Namun demikian Kementerian ini percaya bilangan saintis yang berkhidmat di luar negeri adalah tidak ramai. Mereka

Page 28: Hari Rabu MALAYSIA

3925 18 DISEMBER 1991 3926

berkhidmat di luar negeri dengan tujuan untuk mendapat pengalaman melalui pendedahan bekerja dalam bidang-bidang sains berkenaan di luar negeri. Di harap pengalaman yang mereka perolehi sewaktu berkhidmat di luar negeri akan membantu negara ini dalam mengembangkan sains apabila mereka kembali kelak.

Setakat ini Kementerian masih belum bercadang untuk melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah supaya mereka berminat untuk kembali berkhidmat di negara ini. Bagaimana­pun sekiranya Kementerian im memerlukan perkhidmatan mereka, khususnya penuntut-penuntut tajaan Kerajaan, maka Kementerian ini akan melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah dengan kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa ber­kenaan bagi memastikan mereka berkhidmat di negara ini.

lNFLASI-LANGKAH MENGAWAL

23. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Kewangan menyatakan dalam laporan bulanan bagi Jun, 1991 mengenai kadar inflasi dalam negara, mengikut ukuran indeks RARGA PENGGUNA (HIP) yang dikeluarkan oleh Bank Negara, peratus peningkatan ialah 0.8% iaitu 5.1 % pada akhir bulan Jun 1991 berbanding 4.3% akhir bulan Mei 1991. Kenaikan kadar inflasi untuk satu bulan itu amat membimbangkan rakyat kerana perkiraan itu mungkin hanya meliputi barangan terkawal sahaja. Ini bermakna kenaikan kadar inflasi SEBENAR adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan iaitu:

(a) apakah strategi-strategi yang akan diperkenalkan oleh Ke­menteriannya untuk mem­bendung inflasi di negara kita selain daripada memupuk rakyat berbelanja untuk keperluan serta menyimpan ke dalam tabung pendapatan yang selebihnya itu;

( b) di samping itu, apakah langkah yang diambil untuk memper­cepatkan pemindahan teknologi moden dari negara asing yang maju ke negara kita dalam usaha rnembendung inflasi yang di­import; dan

( c) apakah strategi yang diambil untuk memujuk atau menggalak pelabur asing mempelawakan sebilangan jawatan eksekutif kepada pekerja tempatan yang berkelayakan dalam syarikat mereka.

31.12.91

7. Tuan K. Munisamy min ta Menteri Kewangan menyatakan langkah­langkah yang diambil oleh Kemen­teriannya untuk membendung inflasi dan mengawal kadar inflasi, ke tahap yang minima pada tahun 1992.

34. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah kesan-kesan terhadap ekonomi negara akibat me­naikkan gaji bagi kakitangan Kerajaan; dan

(b) apakah langkah-langkah dan usaha-usaha diambil bagi memastikan keadaan kadar inflasi tidak meningkat.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tuan Foo Boon Liang serentak dengan pertanyaan Yang Berhormat Tuan K. Munisamy dan Yang Berhormat Tuan V. K. Sellappan (soalan Bahagian (b)) yang sepatutnya dijawab kedua-duanya pada 31 Disem ber 1991, oleh kerana soalan­soalan tersebut adalah mengenai perkara yang sama.

Angkatunjuk Harga Pengguna (AHP) merupakan angkatunjuk yang mengukur perubahan purata harga-

Page 29: Hari Rabu MALAYSIA

3927 18 DISEMBER 1991 3928

harga sekumpulan barang dan per­khidmatan yang dikira mewakili corak perbelanjaan sebuah isu rumah di Malaysia. Untuk tempoh Januari­Oktober 1991, angkatunjuk ini (yang mengukur kadar inflasi) mencapai 4.4 peratus berbanding dengan 2.2 peratus yang dicapai paa tempoh yang sama tahun 1990. Perkiraaan angkatunjuk ini meliputi 430 jenis barang dan perkhidmatan. Oleh itu adalah tidak benar anggapan Yang Berhormat bahawa AHP hanya meliputi 9 jenis barang yang tertakluk kepada kawalan harga dan 8 jenis barang yang dikenakan pengawasan harga (price supervision).Kerajaan juga telah menyemak semula kumpulan barang­barang yang diliputi oleh AHP serta wajarannya baru-baru ini untuk mengambilkira corak perbelanjaan rakyat. Oleh yang demikian AHP yang digunakan merupaman petunjuk yang mencerminkan kenaikan kadar inflasi negara sebenar pada keseluruhannya.

(a) Untuk membendung inflasi, beberapa langkah utama melalui dasar fiskal dan kewangan telah dilaksanakan. Langkah-langkah kewangan meliputi:

(i) Menaikkan nisbah rizab berkanun (statutory re­serve ratio) bank-bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank-bank saudagar sebanyak 1 peratus kepada 7 .5 pe­ratus. Langkah ini mengurangkan jumlah mudahtunai di pasaran kewangan, dan per­tumbuhan bekalan wang, serta meredakan per­mintaan aggregat.

(ii) Bank Negara Malaysia tel ah membebaskan kawalan ke atas kadar faedah pinjaman asas (base lending rate) dan membiarkan kuasa pasaran menentukan paras kadar

faedah dalam negeri yang sesuai. Peningkatan kadar pinjaman akan me­ngurangkan permintaan pinjaman dan seterusnya penggunaan. Ini akan membantu meredakan te­kanan ke atas inflasi.

(iii) Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah juga mengetatkan syarat­syarat pinjaman sewa beli yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan untuk pem­belian kenderaan ber­motor. Ini juga bertujuan mengurangkan kredit penggunaan oleh peng­guna.

(iv) Dari segi dasar fiskal, Kerajaan akan.terus meng­amalkan dasar berjimat cermat dan sentiasa mengawal perbelanjaan dalam pengurusan ke­wangannya. Keutamaan perbelanjaan-perbelanjaan pelaburan akan sentiasa diberi kepada perbelanjaan yang produktif sahaja yang boleh meningkatkan daya pengeluaran negara.

(v) Beberapa langkah untuk menggalakkan simpanan dan membendung inflasi telah diperkenalkan dalam Belanjawan 1992. Antara­nya ialah: - Membenarkan bank­

bank dan syarikat­syarikat kewangan membuka lebih banyak cawangan baru di kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bank;

- Menubuhkan pondok­pondok di pusat pameran atau kompleks perniagaan.

Page 30: Hari Rabu MALAYSIA

<•

3929 18 DISEMBER 1991 3930

- Selanjutnya, tahap pe­ngecualian cukai ke atas pendapaian faedah yang diperolehi dari akaun simpan·an di­naikkan daripada $5 ribu kepada $50 ribu. Juga, pengecualian cukai atas pendapatan faedah yang diperolehi dari akaun simpanan di koperasi yang ber­daftar, Bank Pertanian, Malaysia Building So­ciety Bhd dan Borneo Housing Mortgage Finance Bhd dinaikkan dari $10 ribu kepada $50 ribu.

(b) Untuk membendung inflasi yang diimport, Kerajaan telah meng­galak peningkatan pengeluaran negara dengan menyediakan galakan untuk industri bersekil kecil dan sederhana serta pengeluaran pertanian. Antara galakan yang sedia ada, ialah Tabung Bantuan Teknikal Per­industrian Kecil dan Sederhana (IT AF - Industrial Technical Assistance Fund) yang di­tubuhkan pada tahun 1990 dengan peruntukan permulaan sebanyak $50 juta. Skim ini adalah untuk membantu industri-industri kecil dan sederhana untuk (antara lain):

(i) Meningkatkan penge-luaran dan mutu barang­barang;

(ii) Me mp er ting k at k an teknologi tempatan; dan

(iii) Menerokai pasaran eks­port. Selain daripada ini, import daripada pasaran yang lebih murah (cheaper sourcing of imports) misalnya, daging lembu yang sekarang diimport dari India, telah juga digalakkan.

(c) Bahagian soalan ini (soalan kecil (c)) tidak ada kaitan dengan perkara utama yang dibangkitkan dalam soalan ini dan juga dengan bidang togas Kementerian ini. Walau bagai­manapun, saya akan cuba men­jawab soalan ini secara am. Kerajaan sedar akan kepen­tingan pelaburan swasta dan oleh yang demikian beberapa insentif telah disediakan untuk menggalak pelaburan. Ini akan mewujudkan pekerjaan di kalangan rakyat Malaysia. Dasar pelaburan yang liberal telah menggalakan pelaburan asing di negara ini khususnya dibidang perindustrian. Kera­jaan telah membenarkan be­berapa jawatan penting atau "key-posts" dipegang oleh eksekutif asing. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:

(i) Mengenakan levi bagi pengambilan tenaga kerja dari luar negara yang mana melaluinya syarikat akan sedar bahawa meng­ambil pegawai tempatan tidak melibatkan kos yang tinggi;

(ii) Mengenakan syarat latihan bagi tiap-tiap jawatan yang dipegang oleh pegawai asing (expa­triates) kecuali jawatan "key-post". Pihak syarikat d i k e h e n d a k i mengemukakan nama calon tempatan untuk "understudy" beserta dengan program latihan bagi calon ini, yang mana diharapkan calon tempatan berkenaan akan mengisi jawatan pegawai asing apabila tempoh perkhid­matan pegawai asing ber­kenaan tamat; dan

Page 31: Hari Rabu MALAYSIA

3931 18 DISEMBER 1991 3932

(iii) Menghadkan tempoh se­suatu jawatan pegawai asing kepada tempoh­tempoh tertentu iaitu sama ada 5 atau 10 tahun sahaja yang mana diharapkan dalam tempoh berkenaan jawatan berkenaan mampu diambilalih oleh pegawai tempatan.

RELA-SY ARAT MEMILIKI SENJATAPI

24. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) masa kini berapa ramaikah anggota RELA di

(i) Semenanjung;

(ii) Sarawak; dan

(iii) Sabah;

(b) berapa ramai yang dibekalkan dengan senjatapi. Apakah syarat-syarat seorang anggota RELA itu boleh mendapat senjatapi; dan

( c) sehingga Jun 1991, berapa ramaikah anggota RELA yang telah ditarik balik senjatapi mereka dan nyatakan apakah sebabnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob):

(a) Jumlah anggota RELA masa kini ialah seramai 198 ,924 orang. Pecahan adalah seperti berikut:

(i) Somenanjung

(ii) Suawak

(iii) Sabah

166,285 orang

19,168 orang

13,471 orang

lumlah 198,924 orang

(b) Sehingga kini seramai 19,519 orang telah dibekalkan dengan senjatapi. Di antara syarat-

syarat yang telah ditetapkan untuk seseorang anggota layak menerima senjatapi adalah:

(i) Berumur antara 23 hingga 54 tahun.

(ii) Mempunyai anggota tubuh badan yang sihat dan tidak cacat anggota atau panca­inderanya.

(iii) Tidak pekak atau bisu.

(iv) Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun.

(v) Tidak mempunyai rekod jenayah.

(vi) Telah menghadiri sama ada Kursus Asas atau Kursus Tempatan.

(c) Sehingga Jun 1991 sejumlah 2.191 laras senjatapi telah ditarik balik daripada anggota­anggota RELA atas sebab-sebab berikut:

(i) Cukup umur 55 tahun;

(ii) Cedera dan tidak lagi boleh menggunakan senjatapi;

(iii) Terlibat dengan kegiatan subversif;

(iv) Disabitkan dan dihukum atas kesalahan jenayah;

(v) Berpindah ke tempat lain di luar kawasan unit asalnya;

(vi) Didapati tidak boleh men­jaga keselamatan senjatapi dalam miliknya;

(vii) Menyalahguna senjatapi;

(viii) Membahayakan kesela­matan orang ramai;

(ix) Perlakuan yang merosak­kan nama baik RELA; dan

(x) Didapati meminda atau mengubah sifat senjata yang dibekalkan.

Page 32: Hari Rabu MALAYSIA

3933 18 DISEMBER 1991 3934

KESESAKAN LALULINT AS DI KAWASAN TIGA SEGI EMAS

25. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Perdana Menteri menyatakan bahawa memandangkan banyaknya bangunan tinggi yang berbagai jenis sedang dalam pembinaan di tengah­tengah bandaraya Kuala Lumpur dan juga sebuah menara berbentuk "COKMAR" yang menelan belanja $250 juta di Bukit Nenas yang dijangka siap awal tahun 1996:

(a) apakah Kerajaan sedar bahawa kesesakan lalulintas dan ma­salah tempat meletak kereta di bandaraya akan menjadi lebih buruk;

(b) apakah langkah-langkah ber­kesan sedang diambil bagi meredakan masalah yang sedia ada, terutama di kawasan tiga segi emas bandaraya; dan

(c) berapa banyakkah tempat­tempat meletak kereta yang baru yang telah disediakan di bandarnya Kuala Lumpur dalam tempoh 2 tahun lalu berikutan dengan bertambahnya ken­deraan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed): Kerajaan sememangnya menyedari mengenai kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta di Bandaraya yang semakin meruncing. Pertambahan kenderaan yang sangat pesat tidak sebanding dengan pertambahan jumlah jalan dan tempat letak kereta. Masalah ini sangat dirasakan di dalam kawasan yang dikelilingi oleh Lingkaran Dalam {Jalan Sultan Ismail).

Dengan terhadnya tanah serta banyaknya bangunan-bangunan tinggi, masalah ini hanya dapat diatasi dengan menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang cekap seperti metrolink atau LRT. Pembinaan sistem

pengangkutan ini adalah diuruskan oleh . Bahagian Pengangkutan Bandar, Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur (DBKL).

Sebagai langkah untuk mengu­rangkan kesesakan lalulintas di kawasan pusat bandar seperti di kawasan tiga segi emas, DBKL bercadang untuk membina per­simpangan-persimpangan bertingkat di sepanjang Jalan Sultan Ismail. Pem­binaannya adalah bergantung kepada peruntukan kewangan. Sebagai langkah jangka pendek, DBKL pada tahun ini telah menaikkan taraf lampu-lampu isyarat disepanjang Jalan Sultan Ismail dan persimpangan-persimpangan yang sentiasa sesak untuk menjadikannya 'traffic responsive'. Dengan meng­gunakan sistem ini, masa hijau dan penyelarasan antara persimpangan­persimpangan lampu-lampu ini adalah berubah-ubah mengikut keperluan dan pengaliran lalulintas.

Berkenaan tempat letak . kereta, jumlah tempat letak kereta di kawasan pusat bandar (kawasan yang di­lingkungi oleh Lingkaran Dalam) pada masa ini ialah:

1. Tempat letak kereta tepi jalan 11,048 ruang

2. Tempat letak kereta di kawasan bangunan 21, 770 ruang

Jumlah ini tidak termasuk tempat letak kereta persendirian yang di­khaskan untuk kegunaan sendiri sahaja. Tempat letak kereta tanpa izin pula dianggarkan lebih kurang 2,500 ruang. Pertambahan tempat letak kereta dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini ialah 1,941 ruang.

Tempat letak kereta di kawasan antara Lingkaran Dalam dan Lingkaran Tengah pula dianggarkan berjumlah 48,000 ruang. Kebanyakannya dari jumlah ini tidak dikawal. Waiau bagaimanapun, oleh kerana banyak tanah-tanah lapang di kawasan ini, dan juga kebanyakan jalan-jalan di kawasan

Page 33: Hari Rabu MALAYSIA

3935 18 DISEMBER 1991 3936

ini tiada larangan meletakkan kereta, maka jumlah sebenar , tempat letak kereta di kawasan ini berlipat kali ganda daripada jumlah tersebut.

Bagi kawasan di luar Lingkaran Tengah, boleh dikatakan tempat letak kereta tidak dikawal. Kebanyakannya adalah kawasan kediaman dan masalah letak kereta tidak menjadi masalah besar.

RAKYAT TEMPATAN BEKERJA DI LUAR NEGARA

26. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Somber Manusia me­nyatakan kenapa ketika negara kita menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, terdapat ramai pekerja­pekerja tempatan kita keluar dan bekerja di negara lain seperti Singapura, Taiwan dan Jepun. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menggalakkan pekerja-pekerja tempatan bekerja di negara sendiri.

Timbalan Menteri Somber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Seperti yang diketahui, Kerajaan Malaysia adalah mengamalkan dasar ekonomi terbuka dalam pasaran bebas. Di mana rakyat negara ini tidak disekat untuk bekerja di negara-negara luar sekiranya mereka berpendapat dengan cara itu akan meningkatkan pendapatan mereka. Begitu juga, rakyat Malaysia yang bekerja di negara-negara luar itu adalah dialu-alukan untuk kembali dan bekerja di negara ini sekiranya mereka berpendapat dengan kembali bekerja di tanahair sendiri akan lebih mengun­tungkan mereka. Pada hakikatnya, keadaan ini adalah merupakan se­bahagian dari amalan mobiliti buruh di peringkat antarabangsa. Waiau bagai­manapun, Kerajaan memang meng­galakkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri untuk kembali dan

bekerja bagi memenuhi peluang­peluang pekerjaan yang banyak terbuka sekarang.

Kerajaan memang sentiasa meng­gesa supaya pihak industri memper­baiki kadar upah dan syarat-syarat serta terma perkhidmatan bagi pekerja supaya dapat menarik rakyat negara ini, termasuk yang sedang bekerja di luar negara, untuk bekerja dengan industri dalam negara sendiri. Waiau bagai­manapun, Kerajaan tidaklah bercadang untuk mengadakan usaha-usaha atau galakan yang khusus bagi menarik mereka supaya balik dan bekerja . .

BOT LAUT DALAM-JUMLAH LES EN

27. Tuan Mustaffa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan se­hingga kini berapakah jumlah lesen laut dalam yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia dan dibatalkan:

(a) Jumlah Bumiputra;

(b) Jumlah Bukan Bumiputra;

(c) Jumlah yang di "Kassim Baba" kan;

(d) Apakah benar terdapat lesen­lesen yang dikeluarkan ber­operasi di negara jiran dan jika benar apakah tindakan yang berkenaan mengenai perkara terse but.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Jumlah bot laut dalam yang sedang beroperasi di Malaysia sehingga kini adalah 537 unit dan jumlah lesen/permit yang dibatalkan adalah 342 unit.

(a) Jumlah bot laut dalam milik Bumiputra yang beroperasi di Malaysia adalah 313 unit dan jumlah lesen/permit yang di­batalkan adalah 364 unit.

Page 34: Hari Rabu MALAYSIA

..

3937 18 DISEMBER 1991 3938

(b) Jumlah bot laut dalam milik Bukan Bumiputra yang ber­operasi adalah 224 unit dan yallg dibatalkan adalah 78 unit.

(c) Mengikut rekod di Kementerian Pertanian, setakat ini didapati tiada lesen yang telah di 'Kassim :Babakan'. Adalah amat sukar sekali untuk membuktikan bahawa sesuatu lesen itu telah di 'Kassim Babakan'. Waiau bagaimanapun, sekiranya se­sebuah lesen itu terbukti telah di 'Kassim Babakan' maka Kementerian Pertanian tidak akan teragak-agak untuk me­narik batik dan sekaligus membatalkan lesen-lesen ber­kenaan.

(d) Adalah tidak benar sama sekali bahawa bot-bot laut dalam yang dilesenkan di negara 101

beroperasi di negara jiran. Mengikut peraturan yang ditetapkan, setiap bot yang dilesenkan di Malaysia adalah dikehendaki menangkap ikan di perairan Malaysia, bukannya di negara a~ing.

AIDS/HIV....JRISIKO KEPADA PESAKIT

28. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) setakat sekarang jumlah pesakit yang pergi ke luar negeri untuk surgery pemindahana buah pinggang dan jumlah pesakit itu yang pulang telah dikesan menghidap HIV; dan

(b) bagaimana Kementerian mem­bantu bakal-bakal pesakit yang akan ke luar negeri untuk surgery tentang risiko pesakit AIDS.

Timbalan Menteri Kesihatan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, jawapan kepada soalan ini telahpun saya buat dalam jawapan saya kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat batuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah pada 16.12.91.

AIDS-PENCEGAHAN

29. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilangan pesakit AIDS di negara pada masa ini mengikut pecahan kaum dan jantina; dan

( b) sila beri sebab-sebab pesakit itu menghidapi penyakit AIDS dan bagaimana caranya untuk men­cegah penyakit itu kepada orang awam.

Timbalan Menteri Kesihatan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, jawapan kepada soalan ini telahpun saya buat dalam jawapan saya kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah pada 16.12.91.

UPSR-PENCAPAIAN MURID SRJK (T)

30. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan bahawa keputusan Bahasa Malaysia dalam peperiksaan UPSR di SRJK (Tamil) adalah kurang memuaskan. Adakah benar 90% murid yang menduduki dalam peperiksaan ini gagal dalam Bahasa Malaysia; dan sekiranya benar apakah langkah yang diambil untuk membaiki keadaan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Leo Michael Toyad): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya tidak dapat dinafikan

Page 35: Hari Rabu MALAYSIA

3939 18 DISEMBER 1991 3940

pencapaian murid-murid di SRJK(T) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah kurang memuaskan. Waiau bagaimanapun adalah tidak benar bahawa 90% murid yang menduduki peperiksaan UPSR di SRJK(T) gagal dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah kerana peperiksaan itu tidak meng­gariskan sempadan di antara lulus dengan gagal.

Di antara langkah yang diambil untuk memperbaiki mutu penguasaan di kalangan murid-murid SRJK(T) adalah seperti berikut:

(i) Menempatkan lebih ramai guru terlatih Pendidikan Sekolah Rendah dalam Pengajian Melayu di sekolah-sekolah ber­kenaan untuk mengajar Bahasa Malaysia. Di samping itu mem­beri galakan kepada pihak guru menggunakan Bahasa Malaysia dalam berinteraksi dengan murid-murid di luar bilik darjah.

(ii) Meminta pihak sekolah meng­galakkan murid-murid membaca buku di dalam Bahasa Malaysia selaras dengan hasrat negara dalam kempen "Cintailah Bahasa Kita".

(iii)

(iv)

Sekolah-sekolah tersebut di­galak untuk mengadakan kelas­kelas tambahan Bahasa Malaysia selain daripada apa yang terdapat di dalam jadual waktu.

Mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dapat mem­beri peluang kepada murid­murid untuk menggunakan Bahasa Malaysia dengan lebih meluas lagi.

JALAN BANTING-KELANG­NAIK TARAF

31. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) sama ada beliau sedar jalan Banting ke Kelang di Negeri

Selangor Daruk Ehsan adalah sempit dan merbahaya untuk lalulintas yang pesat bertambah; dan

(b) jika sedar, apakah rancangan Kementerian untuk melebarkan jalan raya tersebut untuk me­nampung pertambahan ken­deraan di sana.

Menteri Kerja Raya (Datuk Leo Moggie anak Irok): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat keadaan jalan dari Banting ke Kelang sedang di­naikkan tarafnya untuk keselamatan lalulintas. Oleh itu Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk mem­perelokkan jalan daripada Teluk Datuk ke Kelang di km 2.4 hingga km. 4.7 Jalan Langat. Kerja-kerja memperelok jalan ini dijangka akan siap pada awal tahun 1992 sementara bahagian yang lainnya pula, kerja-kerja awal sedang dijalankan dan dijangka tawaran akan dipanggil untuk memperbaiki bahagian-bahagian yang perlu itu pada akhir tahun 1992.

SENJAT A NUKLEAR­KEUPA Y AAN ANGKATAN

TENTERA

32. Tuan V. K. Sella pan minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah rancangan-rancangan Kemen­terian Pertahanan untuk membuat senjatapi nuklear bercanggih, kerana sistem pertahanan tanah air kita perlu dimodenkan.

Timbalan Menteri Pertabanan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad): Kementerian Pertahanan tidak mempunyai rancangan untuk mengeluarkan senjata nuklear. Namun begitu Kementerian ini sentiasa ber­usaha meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia dengan melengkapkannya dengan senjata­senjata yang moden dan canggih.

Page 36: Hari Rabu MALAYSIA

..

3941 18 DISEMBER 1991 3942

GURU SEMENT ARA­LANTIKAN TET AP

33. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Pendidikan menyatakan ada­kah Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengesahkan segolongan guru C2 sementara di aliran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang mem­punyai kelayakan Sijil Senior Middle 3 dan telah diberikan latihan dari tahun 1974 hingga 1977 (SRC-5) atas peri kemanusiaan, memandangkan ke­banyakan mereka tidak berpeluang untuk belajar Bahasa Malaysia pada masa persekolahan mereka dan mereka selama ini hanya mengajar dalam Bahasa Cina di sekolah.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian tidak bercadang untuk mengesahkan lantikan tetap guru-guru yang terlibat selagi mereka tidak mempunyai kelayakan yang di­syaratkan iaitu kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. W alau bagaimanapun Ke­menterian Pendidikan akan mengkaji perkara ini dengan teliti dan mem­pertimbangkan dengan sewajarnya.

PERPADUAN NEGARA­PROGRAM DAN AKTIVITI

34. Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat me­nyatakan adakah satu rancangan khas Kementerian untuk· perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Napsiah binti Omar): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ke­men terian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat adalah bertangunggjawab untuk meningkatkan perpaduan negara. Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan program serta aktiviti dengan cara

melibatkan setiap golongan dan lapisan masyarakat dari pelbagai keturunan dan agama dalam kegiatan-kegiatan ma­syarakat setempat supaya dapat me­mupuk serta mempraktikkan nilai-nilai yang penting berasaskan kepada perpaduan negara.

Ke arah tujuan ini, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sedang mengendalikan beberapa program seperti Skim Rukun Tetangga, Khemah Kerja Kejiranan, Cawangan Jiran Muda dan Jiran Wanita, Lawatan Integrasi, Program Anak Angkat yang dikenali sebagai "Tititan Emas" dan Kelas Tabika Perpaduan.

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MELAKA-PEMBINAAN

35. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan:

(a) bilakah Kementerian bercadang hendak mengwujudkan Institusi Pengajian Tinggi di kawasan Parlimen Selandar;

(b) sudahkah Kerajaan merangka pelan induk cadangan ini; dan

(c) adakah Kementerian bercadang hendak membina sebuah Se­kolah Menengah Vokasional di Batang Melaka.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Kerajaan belum mempunyai hasrat untuk mendirikan sebuah institusi pengajian tinggi di kawasan Parlimen Selandar. Waiau bagaimanapun sebuah politeknik dirancang untuk dibina di negeri Melaka dalam Fasa Kedua di bawah Ran­cangan Malaysia Keenam yang tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diberikan dan pembinaan kampus tetap Institut Teknologi MARA di Mukim

Page 37: Hari Rabu MALAYSIA

3943 18 DISEMBER 1991 3944

Kelemak, Alor Gajah sedang pesat dijalankan.

(b) Kerajaan sudah pun merangka pelan induk untuk pembinaan politeknik tersebut di bawah Projek Pembangunan Poli­teknik.

(c) Dalam cadangan pembinaan sesebuah SMV, perancangan yang lebih teliti tentang pemilikan tapak sesebuah SMV itu perlu dibuat kerana kos pembinaannya adalah tinggi.

Waiau bagaimanapun, sehingga ini dua buah SMV di Melaka dan enam buah di Negeri Sembilan yang telah sedia ada, didapati cukup untuk me­nampung calon-calon dari Melaka dan Negeri Sembilan yang membuat permohonan dalam berbagai kursus vo­kasional.

PASPORT ANTARABANGSA MALA YSIA-PENYELEWENGAN

36. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa orang Pegawai Imigresen yang terlibat dengan kegiatan penyelewengan pasport antarabangsa; khususnya Malaysia-Thailand. Apakah tindakan undang-undang yang diambil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Seramai 10 orang Pegawai Imigresen telah ditangkap berkaitan dengan kegiatan penyelewengan pasport antaraba.ngsa Malaysia. Kedudukan pada masa ini adalah seperti berikut:

(a) Lima orang dikenakan perintah tahanan di bawah Seksyen 8( 1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi tempoh dua hingga empat tahun.

(b) Empat orang masih dalam tahanan di bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk penyiasatan Ian jut.

(c) Seorang dibebaskan kerana kekurangan bukti.

PENY AKIT LELAH­PENINGKATAN

37. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Kesihatan menyatakan iaitu berhubung dengan penyakit lelah di Negara ini:

(a) apakah sebabnya penyakit lelah ini telah meningkat angka kematian mangsanya dalam setahun antara 30 hingga 50 orang; dan

(b) benarkah penyakit ini di­sebabkan oleh kecemaran alam sekitar di Negara ini iaitu -habuk-habuk daripada kilang­kilang industri, asap daripada ekzos kereta-kereta berat dan ringan dan pembuangan bahan­bahan daripada industri pro­kimia juga dikaitkan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin:

(a) Mengikut perangkaan Kemen­terian Kesihatan Malaysia, peningkatan jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit asthma adalah tidak mem­bimbangkan dan peningkatan yang ketara hanyalah bagi negeri-negeri Selangor, Johor dan Terengganu. Buat masa ini, peningkatan morbiditi dan mortaliti penyakit asthma bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga melanda seluruh dunia, walaupun terdapat teknik diagnosa dan rawatan khusus yang diperakukan. Pakar-pakar dalam bidang penyakit per­nafasan (respiratory disease

Page 38: Hari Rabu MALAYSIA

3945 18 DISEMBER 1991 3946

specialist) di dunia sedang membincangkan fenomena ini dan punca penyebabnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

(b) Penyakit asthma adalah sejenis penyakit imun (immune disease) yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Penyebabnya tidak diketahui tetapi faktor genetik merupakan faktor yang penting (essential). Faktor-faktor per­sekitaran seperti habuk-habuk daripada kilang-kilang industri, asap daripada ekzos kereta­kereta berat dan ringan dan pembuangan bahan-bahan dari industri petro-kimia adalah faktor "precipitating" dan "agravating" dalam kejadian penyakit tersebut.

KEGANASAN RUMAHTANGGA­JUMLAH KES

38. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bilakah rang undang­undang mengenai perlindungan ke­ganasan rumahtangga dapat disiapkan dan:

(a) berapakah jumlah kes ke­ganasan rumahtangga yang dilaporlan hingga masa ini; dan

(b) apakah tindakan yang berkesan bagi mengekang gejala buruk itu terus berlaku.

Dato' Napsiah binti Omar: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Keganasan Dalam Rumahtangga sedang digubal oleh Persatuan Peguam-Peguam Wanita.

(a) Daripada tahun 1983 sehingga 1990, sebanyak 332 kes kejadian keganasan dalam rumahtangga telah dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat di seluruh Seme­nanjung Malaysia.

(b) Bagi mengurangkan kejadian­kejadian keganasan rumah­tangga adalah dipercayai bahawa pendidikan masyarakat bagi golongan wanita adalah sangat diperlukan supaya mereka mengetahui hak-hak mereka. Adalah wajar juga mangsa keganasan diberi perlindungan apabila berlaku kecemasan supaya mereka terselamat dan dapat mencari ketenangan fikiran.

Adalah nyata bahawa mewujud dan menguatkuasakan undang­undang sahaja tidak dapat menghapuskan keganasan dalam rumah tanpa penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak. Tindakan menyeluruh yang meliputi berbagai aspek hendaklah dimulakan dari segi persediaan setiap individu sebelum berumahtangga, mem­beri perawatan jiwa bagi orang yang bertindak kejam, pe­mulihan semangat mangsanya dengan anak-anaknya sekali serta khidmat bimbingan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.

LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN-KEPERLUAN

LESEN PEMBA WA A

39. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan:

(a) adakah kajian dibuat bagi menentukan pengangkutan per­dagangan (Permit A) mencukupi di negara ini;

(b) apakah langkah yang diambil bagi menghalang orang tengah

Page 39: Hari Rabu MALAYSIA

3947 18 DISEMBER 1991 3948

terus menjalankan kegiatan dalam urusan mendapatkan permit pengangkutan, dan

( c) berapakah jumlah kes penipuan yang dilakukan oleh orang tengah dari tahun 1989, 1990 dan 1991.

Menteri Perusahaan Awam (Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor):

(a) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan tidak membuat sebarang kajian yang khusus bagi menentukan keperluan lesen pembawa A. Lesen-lesen pembawa A diberikan ber­dasarkan kepada permintaan pengusaha yang berkait lang­sung dengan kehendak pasaran (market forces) sejajar dengan tahap pembangunan ekonomi negara semasa.

(b) Bagi mengurangkan kegiatan orang tengah dalam me­nguruskan hal ehwal per­mohonan dan urusan berkaitan dengan le sen kenderaan perdagangan, Lembaga telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Men ubuhkan pejabat Cawangan Lembaga Pe­lesenan Kenderaan Per­dagangan di wilayah­wilayah bagi men­dekatkannya dengan orang ramai dan pengusaha tulin. Setakat rn1, pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Wilayah Timur dan Wilayah Utara telah dibuka dan beroperasi masing-masing mulai 1/7 I 91 dan 6/10/91. Pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Wilayah Selatan akan dibuka pada 1/1/92, Insya Allah.

(ii) Mengeluarkan Buku Pan­duan Berurusan Dengan Lembaga Pelesenan Ken­deraan Perdagangan yang menerangkan secara ter­perinci kaedah berurusan · dengan Lembaga Pe­lesenan Kenderaan Per­dagangan dari peringkat mengisi borang sehingga­lah ke peringkat me­lesenkan lesen yang di­luluskan. Dengan buku tersebut, pemohon lesen baru atau pemegang lesen sedia ada akan memahami secara mendalam cara-cara berurusan dengan Lem­baga Pelesenan Kenderaan Perdagangan secara lang­sung tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

(iii) Mengenakan peraturan yang ketat di kaunter dan hubungan melalui telefon bahawa cuma pemegang lesen sendiri bagi kes-kes individu dan dalam kes syarikat sendirian berhad, ahli-ahli Lembaga Pe­ngarahnya sendiri yang dibenarkan berurusan se­cara langsung dengan Lembaga Pelesenan Ken­deraan Perdagangan. De­ngan peraturan se­demikian, kegiatan orang tengah telah dapat di­bendung dengan ketara.

(c) Mulai 1989 hingga 1991, sejumlah tiga kes penipuan telah dapat dikesani yang melibatkan orang tengah memalsukan surat kelulusan dan lesen kenderaan perdagangan. Ketiga-tiga kes tersebut telah diadukan kepada polis dan siasatan sedang dijalankan.

Page 40: Hari Rabu MALAYSIA

3949 18 DISEMBER 1991 3950

SKIM TABUNG PEMULIHAN USAHA W AN-MENGENALPASTI

PROJEK

40. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Kerja Raya menyatakan projek-projek yang dibina dalam Rancangan Malaysia Keenam sudahpun bermula dan adakah pihak Kementerian menyenaraikan beberapa projek untuk diberi kepada pemohon­pemohon T.P.U. yang sudah dikenal­pasti untuk mendapat projek.

Datuk Leo Moggie Anak Irok: Setakat ini Kementerian belum lagi menyenaraikan projek-projek baru Rancangan Malaysia Keenam untuk diagihkan kepada kontraktor yang dikenalpasti oleh TPU. Waiau bagai­manapun Kementerian saya sentiasa berhubung rapat dengan TPU untuk mengenalpasti projek-projek yang sesuai untuk dilaksanakan di bawah Skim Tabung Pemulihan Usahawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat ini Kementerian Kerja Raya telah menyerahkan 23 projek untuk dilaksanakan di bawah skim TPU dengan nilainya berjumlah $24.8 juta.

SAUDARA BARU ISLAM­KESAHIHAN AGAMA

41. Tuan Saad bin Haji Man minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mem­perkemaskan peraturan supaya saudara baru Islam yang meninggal dunia tidak dipertikaikan kesahihan agamanya di Mahkamah Sivil di dalam perkara yang melibatkan tuntutan mayat mereka oleh keluarga mereka yang bukan Islam.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Di dalam perkara di mana saudara baru Islam yang memeluk Agama Islam benar-benar mengamal­kannya soal sahihnya atau. tidak keislamannya itu tidak menimbulkan

pertikaian. Tiap-tiap negeri mempunyai peruntukan berkaitan dengan pen­tadbiran dan pelaksanaan Undang­undang Islam. Soal kesahihan agama seseorang individu itu adalah soal peribadi dan mana-mana pihak tidak terhalang untuk menuntut hak atas keluarga mereka. Waiau bagai­manapun, Kerajaan terus mengkaji kes­kes pertikaian keislaman saudara baru yang meninggal dunia dari semua aspek dengan teliti. Langkah-langkah yang sesuai akan diambil kelak.

PENERBIT AN BAHAN AL­QURAN UNTUK DERMA­

KA W ALAN

42. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengawal percetakan bahan­bahan majalah, kitab-kitab, ayat-ayat suci Al-Quran yang semakin berleluasa yang digunakan untuk tujuan pengutip derma oleh individu-individu dan organisasi bukan Kerajaan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan sentiasa mengawal pengimportan, penjualan, penerbitan, percetakan dan pengedaran basil-basil penerbitan berupa teks-teks Al-Quran dan bahan Al-Quran dan akan meng­ambil tindakan jika ianya bercanggah dengan mana-mana peruntukan di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 .

Masyarakat seharusnya tidak menderma kepada individu atau organisasi yang menjadikan bahan Al­Quran untuk mengutip derma. Derma dihulurkan seharusnya kepada in­dividu, organisasi yang dikenalpasti benar-benar memerlukan bantuan atau kepada organisasi yang mendapat kebenaran mengutip derma di bawah Akta Pengutan Rumah Ke Rumah Dan Di Jalan, 1947.

Page 41: Hari Rabu MALAYSIA

3951 18 DISEMBER 1991 3952

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA-TENAGA

PENG AJAR

43. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapa ramai tenaga pengajar UIA yang dih.antar untuk mendapatkan ijazah Ph.D., apakah bidang pengkhususan, di universiti mana dan pecahan pembiayaan mengikut peng­khususan;

(b) adakah benar ramai tenaga pengajar UIA yang telah meletakkan jawatan, berapa ramaikah mereka dan sejauh mana kesan kepada mutu akademik; dan

(c) dalam rangka menduduki sepenuhnya kampus tetap UIA, berapakah anjuran tenaga pengajar akademik, pentadbiran, mahasiswa ketika itu.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Sehingga ini terdapat 58 orang tenaga pengajar UIA yang telah mendapatkan ljazah Ph.D mereka dalam 30 bidang pengkhususan. Antaranya ialah dalam bidang Pengajian Islam, Undang-undang Islam, Ilmu Fiqah, Bahasa Arab dan Ekonomi. Universiti-universiti yang mereka hadiri termasuk di negara-negara Timur Tengah, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara kita sendiri dan hampir semuanya dibiayai oleh Kerajaan.

(b) Jumlah tenaga pengajar UIA yang telah meletakkan jawatan sehingga 25hb November 1991 adalah hanya seramai 11 orang. Perletakan jawatan tersebut tidak menjejaskan mutu aka­demik UIA.

(c) Dalam rangka menduduki sepenuhnya kampus tetap UIA di Gombak, berikut di­senaraikan unjuran tenaga pengajar akademik, pentadbiran dan mahasiswa yang di­jangkakan:

Tenaga Pengajar Akademik 1,685

Pentadbiran 2,319

Mahasiswa 14,010

MALAYSIA SEBAGAI CONTOH NEGARA MEMBANGUN

44. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah Malaysia telah mencapai matlamat-matlamat berikut:

(a) Sebagai sebuah negara Islam contoh yang tidak banyak bergantung kepada bantuan negara asing;

(b) Sebagai negara contoh kepada negara-negara membangun dengan kemantapan ekonomi dan kestabilan politik;

(c) Sebagai jurucakap dan pejuang negara-negara dunia ketiga; dan

(d) Sebagai sebuah negara ma­syarakat 'plura' yang berjaya mengatasi masalah perselisihan dan perseimbangan kaum.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang ekonominya pesat membangun bersifat dinamik, teguh dan berdaya tahan se­m emangnya telah dianggap negara contoh bukan sahaja di kalangan negara Islam, tetapi juga di kalangan negara mem­bangun keseluruhannya. Dari segi pembangunan ekonomi negara Malaysia telah di­senaraikan ditangga kelima dari

Page 42: Hari Rabu MALAYSIA

3953 18 DISEMBER 1991 3954

lebih 150 buah negara-negara membangun. Dari segi pembiayaan rancangan pembangunan ekonomi negara, kita telah berjaya mengurangkan pergantuilgan kepada pinjaman luar negeri, malah negara kita telah membuat banyak pem­bayaran awal dan pembiayaan semula untuk mengurangkan lagi beban hutan luar negeri. Pembiayaan sumber luar negeri kini beralih dari pinjaman kepada aliran masuk modal asing yang pesat, khususnya bagi pelaburan produktif berbentuk ekuiti dan separa ekuiti.

(b) Kejayaan pelaksanaan dasar penswastaan, ekonomi · ber­orientasikan eksport dan sum­bangan besar sektor swasta

· dalam pertumbuhan ekonomi di samping berterusannya ke­stabilan politik adalah me­rupakan perkara-perkara pokok yang mendapat perhatian dari negara-negara membangun lain dan sering dianggap sebagai model oleh institusi-institusi pembangunan ekonomi antara­bangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antara­bangsa. Selaras dengan hasrat Wawasan 2020, kita akan terus mem­percepatkan lagi proses per­industrian dan mempelbagaikan lagi eksport barangan dan perkhidmatan negara. Di samping itu, kita akan mem­pertingkatkan kecekapan dan produktiviti dan akan terus mengurangkan penekanan kepada isu politik dan ideologi dengan lebih menumpukan kepada mengukuhkan daya ketahanan ekonomi.

( c) Setiap kali kesempatan terbuka kepada kita, umpamanya di per s id an g an -per s id an g a·n

antarabangsa, pegawai-pegawai Malaysia dan juga pemimpin­pemimpin politik negara meng­gunakan peluang itu untuk menyuarakan pendapat dan pendirian negara-negara mem­bangun mengenai isu-isu antarabangsa baik dalam bidang ekonomi ataupun keamanan dan keselamatan antarabangsa. Malaysia sudah terkenal sebagai sebuah negara yang berani menyuarakan pendirian dengan jelas dan berterus-terang asal­kan pendirian itu berasaskan keadilan dan kesaksamaan dalam perhubungan antara­bangsa.

Malaysia tidak sahaja setakat menyuarakan pendapat tetapi juga mengambil tindakan tertentu untuk memperjuangkan nasib negara-negara mem­bangun. Umpamanya, kita telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Kumpulan 15 yang pertama dalam tahun 1990. Berikutan Sidang Kemuncak tersebut berbagai projek kerja­sama antara negara-negara selatan telah dimulakan. Malaysia akan terus memberi dorongan diberbagai peringkat antarabangsa, umpamanya dalam Pertubuhan OIC, NAM dan Kumpulan 77, supaya kerjasama Selatan-Selatan dipertingkatkan.

( d) Sejak tahun 1990, Kerajaan menyedari sebab utama per­selisihan antara kaum adalah ketidakseim bangan pendapat dan kedudukan ekonomi. Tindakan membetulkan keadaan ini diambil melalui Dasar Eko­nomi Baru di mana salah satu strategi utamanya supaya wujud perseimbangan status ekonomi antara kaum. Pencapaian terperinci setakat ini telah pun dilaporkan dalam

Page 43: Hari Rabu MALAYSIA

3955 18 DISEMBER 1991 3956

Rancangan Malaysia Keenam, tetapi pencapaian tersebut masih belum meningkat ke tahap yang memuaskan. Oleh yang de­mikian, adalah dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Keenam untuk memberi tum­puan utama ke arah me­wujudkan kumpulan pemimpin, profesional, teknikal, pengurus dan usahawan yang berkualiti. Matlamat penyertaan Bumi­putera sekurang-kurangnya untuk tempoh tersebut.

Sungguhpun tahap perpaduan tidak dapat diukur dengan tepat, tetapi boleh dikatakan bahawa negara kita telah mencapai tahap persefahaman diantara kaum yang tinggi me­mandangkan rakyat kita telah bekerjasama dan hidup bersama secara harmoni tanpa sebarang perselisihan yang ketara semenjak 1969.

JAW AT ANKUASA PELAKSANAAN SISTEM

EKONOMI ISLAM

45. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Perdana Menteri menjelaskan:

(a) apakah program dan aktiviti yang telah dan sedang di­laksanakan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Sistem Ekonomi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan

(b) adakah jawatankuasa 101

merancang untuk mengadakan tindakan susulan terhadap pelaburan-pelaburan yang di­buat oleh Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Baitul Mal Negeri supaya potfolio pe­laburan berkenaan tidak ber­canggah dengan Islam.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Tidak ada Jawatankuasa Pelak­sanaan Sistem Ekonomi Islam yang telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

(b) Majlis-majlis Ag am a Islam Negeri adalah pihak berkuasa utama dalam hal ehwal agama Islam di negeri-negeri dan oleh itu boleh membuat keputusan sendiri mengenai perkara yang dibangkitkan itu.

BALAK-NILAI SIMPANAN NEGARA

46.- Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan berapakah nilai simpanan balak negara. Adakah Kerajaan bercadang mengamalkan konsep perhutanan "silvikultur" untuk mengimbangi aktiviti pembalakan. Sekiranya ada di manakah ia di­jalankan.

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Dr. Lim Keng Yaik): Nilai simpanan balak negara dianggarkan sebanyak $187.8 ribu juta iaitu $71 ribu juta bagi Semenanjung Malaysia, $41.6. ribu juta bagi Sabah dan $75.2 ribu juta bagi Sarawak.

Rawatan silvikultur merupakan salah satu amalan pemeliharaan hutan yang sedia dijalankan dalam Rutan Simpanan Kekal (HSK) untuk mem­percepatkan proses pemulihan dan pertumbuhan semula dirian-dirian tinggal (dengan izin, residual stand) bagi mengekal dan meningkatkan produktiviti HSK.

Rawatan silvikultur ini dijalankan di kawasan-kawasan hutan yang telah dibalak, yang miskin dan yang menjalani kerosakan.

Page 44: Hari Rabu MALAYSIA

3957 18 DISEMBER 1991 3958

PERIKANAN LAUT DALAM­KEJAY AAN

47. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapakah keperluan ikan negara dan setakat ini berapa peratuskah ikan yang diimport untuk memenuhi keperluan negara; dan

(b) setakat ini sejauh manakah kejayaan perikanan laut dalam terhadap industri perikanan negara dan nyatakan masalah­masalah yang membantut kemajuannya. Apakah pen­dekatan Kerajaan untuk menangani masalah tersebut.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar:

(a) Keperluan ikan makanan untuk negara tahun 1990 adalah dianggarkan sebanyak 650,626 tan metrik. Sebanyak 538,122 tan metrik atau 82.7% adalah dikeluarkan dalam negara. Sementara baki keperluan sebanyak 17.3% atau 112,504 tan metrik ikan untuk makanan adalah diimport. Anggaran penggunaan ikan per kapita pada tahun 1990 ialah 36 kg.

(b) Kejayaan industri perikanan laut dalam adalah dapat dilihat dari beberapa sudut seperti pe­ningkatan keluaran ikan negara yang berterusan, minat pelabur yang semakin menggalakkan untuk menceburi industri ini dan prestasi yang memuaskan di kalangan vesel perikanan laut dalam yang sedang beroperasi:

(i) Pendaratan Ikan: Aliran pendaratan ikan telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam 5 tahun kebelakangan ini iaitu dari

561,967 tan metrik dalam tahun 1986 kepada 951,307 tan metrik dalam tahun 1990.

Perikanan Laut Dalam dipercayai telah memberi sum bangan yang ketara dalam arah aliran ini di mana pada tahun 1990 sebanyak 128,432 tan metrik atau 13.5% adalah dari vesel perikanan laut dalam.

(ii) Minat Pelabur: Minat para pelabur ke atas industri Perikanan Laut Dalam adalah amat menggalak­kan di mana bilangan lesen yang beroperasi ialah 537.

(iii) Prestasi Vesel Perikanan Laut Dalam: Berdasarkan pengawaseliaan melalui buku log menunjukkan majoriti vesel yang sedang beroperasi menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Masalah-masalah utama yang di­hadapi dalam industri Perikanan Laut Dalam ialah kekurangan kemahiran pengurusan dan pengendalian per­usahaan Perikanan Laut Dalam di kalangan pengusaha dan pekerja tempatan serta kurangnya minat di kalangan nelayan tempatan untuk bekerja di atas vesel Perikanan Laut Dalam.

Bagi mengatasi masalah tersebut pihak Kerajaan telah mengambil tindakan berikut:

(a) Membina kapal latihan seberat 500 GRT dan sebuah lagi seberat 165 GRT diperolehi melalui bantuan negara Jepun untuk memberi latihan se­cukupnya kepada pengusaha dan nelayan tempatan dalam me­nerokai laut dalam.

Page 45: Hari Rabu MALAYSIA

3959 18 DISEMBER 1991 3960

(b) Memperkenalkan kursus Ang­katan Nelayan Laut Dalam (ANLD) pada tahun 1987 bagi menghasilkan golongan nelayan yang mampu bekerja di atas bot laut dalam. Sehingga sekarang seramai 623 orang nelayan telah dilatih.

ELAUN KHAS UNTUK GURU BESAR (PENYANDANG)

48. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah­langkah yang diambil oleh Kemen­teriannya untuk membayar Elaun Khas $60.00 bagi Guru Besar PPP Kategori C2 Tingkatan Biasa 'A' khas untuk Penyandang memandangkan mereka juga membuat kerja yang sama seperti Guru Besar-Guru Besar yang lain. Nyatakan jumlah Guru Besar dibawah Kategori C2 kum TBA yang belum lagi diberi Elaun Khas ini semenjak 1.1.89.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Guru Besar-Guru Besar atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kategori C2 Tingkatan Biasa 'A' (Khas Untuk Penyandang) gaji CS-1 merupakan penyandang hakiki jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kategori B 1. Mereka ini tidak layak diberi tawaran pertukaran tetap perkhidmatan me­masuki Skim Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah. Sehubungan dengan itu, mereka juga tidak layak menerima Elaun Khas sebanyak $60.00.

Waiau bagaimanapun mereka boleh dipertimbangkan lantikan biasa ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah atas skel gaji C8 tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) lulus Kursus Khas 12 Minggu yang dikehendaki oleh Kemen­terian Pendidikan; atau

(ii) mempunyai kelulusan "kepu­jian" di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

BANTUAN KEWANGAN KEPADA RAKYAT TERMISKIN

49. Tuan K. Munisamy minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan sama ada beliau bercadang menambahkan bantuan skim kemiskinan rakyat yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat dari $50.00 ke $100.00 memandangkan kos saraan telah meningkat. Berikan jumlah orang terlibat dalam skim ini dan kos perbelanjaan skim ini semenjak tahun 1988.

Dato' Napsiah binti Omar: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat memang bercadang untuk menaikkan kadar bantuan kewangan kepada rakyat termiskin. Perkara ini sedang dalam peringkat perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan. Setelah persetujuan dicapai atas perkara ini, Kementerian saya akan mengambil tindakan untuk melaksanakannya.

Semenjak tahun 1988, sebanyak 292, 799 kes telah menerima bantuan tersebut deilgan jumlah perbelanjaan sebanyak $103.1 juta.

KAD PENGENALAN MERAH KEPADA PENDATANG TANPA

IZIN

SO. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan kad pengenalan merah yang dikeluarkan kepada pen­datang tanpa izin sehingga September, 1991;

(b) kepada pendatang tanpa izin dari Indonesia dan lain-lain negara dengan menyatakan jumlah mengikut jantina; dan

(c) bilangan yang telah mendapat kerakyatan Malaysia yang telah

Page 46: Hari Rabu MALAYSIA

..

3961 18 DISEMBER 1991 3962

diluluskan dari tahun 1989 hingga Jun 1991.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa dokumen kepada mana-mana pendatang tanpa izin, sama ada kad pengenalan biru atau merah. Mereka yang tertangkap akan dihadap di mahkamah dan dihantar balik ke negara asal mereka.

PERKHIDMAT AN BERIT A BERLANGGAN-PROGRAM

51. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) tujuan utama penubuhan Per­khidmatan Berita Pengguna atau Subscription News Service (SNS) yang akan dilancarkan oleh RTM awal tahun depan;

(b) apakah basil tambahan yang akan diperolehi daripada penonton-penonton rancangan itu; dan

(c) sama ada akan berlaku sebarang persaingan dengan TV3 ber­hubung dengan perkhidmatan terse but.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Abdul Rahman): Kementerian ini belum bercadang untuk mengadakan sebuah stesyen TV yang baru atau TV4. Oleh kerana itu tiada syarikat dilantik untuk menguruskannya.

Kementerian Penerangan, melalui RTM bertujuan untuk menambah perkhidmatan yang ada sekarang bagi penyebaran maklumat dari dunia luar yang tepat dan terkini kepada kumpulan yang memerlukan. Ianya merupakan satu perkhidmatan yang baru yang dipanggil Perkhidmatan Berita Berlanggan (PBB) atau "Subscribed News Service" (SNS) dan dirancang untuk dikelolakan oleh

Jabatan Penyiaran (RTM) sendiri. Perkhidmatan ini adalah merupakan perkhidmatan "infortainment". Selaras dengan fungsi RTM itu sendiri, antara program-program yang akan disiarkan adalah:

(i) Berita-berita terkini dari dalam dan luar negeri;

(ii) Berita-berita bercorak ekonomi dan perdagangan;

(iii) Dokumentari;

(iv) Dan lain-lain rancangan yang bercorak pendidikan seperti sains, perniagaan, kebudayaan, kesenian, hiburan teater, sukan dan sebagainya.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Penerangan untuk membuat liputan keseluruh negara bagi skim SNS ini. Buat permulaan, untuk mengatasi "operational constraint", perkhidmatan ini akan bermula di Lembah Kelang dengan sasaran pada keseluruhan pengguna di Lembah ini, khususnya institusi-institusi kewangan, industri­industd perkhidmatan seperti hotel­hotel dan pelancongan, ahli-ahli perdagangan dan profesional serta lain­lain kumpulan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Tujuan utama penubuhan perkhid­matan berita berlanggan ini adalah untuk mengwujudkan masyarakat yang bermaklumat. Perkhidmatan ini akan juga melibatkan penyiaran berita-berita yang terkini daripada pelbagai somber atau punca berita dunia dan tidak semata-mata berganting kepada CNN (Cable News Network) sahaja.

Masyarakat dalam negara dan juga pelancong-pelancong sama ada dari dalam negeri atau luar negeri boleh menikmati berita-berita yang tepat dan terkini dari negara-negara mereka yang diperolehi oleh RT~ dari sumber­sumber yang saya nyatakan tadi.

Page 47: Hari Rabu MALAYSIA

3963 18 DISEMBER 1991 3964

Dari segi persaingan dengan TV3 tidak dinafikan, bahawasanya perkhid­matan ini akan memberi saingan kepadanya. Persaingan ini adalah dijangka sihat dan akan meningkatkan mutu penyiaran RTM itu sendiri.

HIV-LANG KAH KAW ALAN TERHADAP BANDUAN

52. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawa selepas mengambil kira pertimbangan iaitu penyakit "Human Immuno­deficiency Virus" (HIV), virus HIV boleh dengan senangnya ditrasmissi, apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian yang bertindak dengan Badan-Badan Ke­rajaan lain berkaitan banduan-banduan yang diketahui adalah pembawa­pembawa penyakit "Human Immuno­deficiency Virus", virus HIV selepas mereka dibebaskan daripada penjara.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffln: Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, jawapan kepada soalan ini telahpun saya boat dalam jawapan saya kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah pada 16.12.91.

BANTUAN KEPADA ORANG MISKIN

53. Tuan Rahim bin Baba minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah Kerajaan sedar bahawa kemiskinan juga terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur; dan

(b) apakah Kerajaan bercadang memberi bantuan orang miskin mendirikan rumah orang-orang miskin di bandar seperti yang dinikmati oleh golongan miskin di luar bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Al bar):

(a) Masalah kemiskinan terdapat di mana-mana negara sahaja di dunia ini termasuklah negara­negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan lain-lain lagi.

Adalah mustahil bagi Kerajaan untuk mengatakan masalah kemiskinan tidak wujud di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Kerajaan memang sedar terdapatnya keluarga­keluarga miskin di Kuala Lumpur ini.

Bagaimanapun kemiskinan yang wujud adalah lebih merupakan kemiskinan relatif dan mereka yang tergolong di dalam kumpulan termiskin adalah kecil bilangannya.

(b) Kerajaan tidak bercadang untuk memberi bantuan mendirikan rumah bagi orang-orang miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana seperti yang kita sedia maklum tanah adalah merupakan asset yang paling berharga dan semakin ber­kurangan di Wilayah Per­sekutuan Kuala Lumpur. Segala perancangan bagi pembangunan perumahan adalah dibuat de­ngan secara teliti dengan mengambilkira keperluan semua peringkat rakyat yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di samping itu kebanyakan golongan miskin ini tinggal di kawasan-kawasan setinggan. Dan oleh itu adalah kurang wajar bagi Kerajaan mendirikan rumah orang-orang miskin di atas tanah kawasan setinggan, kerana cara ini Kerajaan akan mengiktiraf dan menggalakkan

Page 48: Hari Rabu MALAYSIA

..

3965 18 DISEMBER 1991 3966

pula pertumbuhan setinggan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun keluarga­keluarga miskin yang terlibat dengan program penempatan semula setinggan akan diberi peluang untuk memiliki rumah­rumah kos rendah. Bagi yang masih tidak mampu mereka dibenarkan menyewa di rumah­rumah panjang. Sehingga tahun 1990, pihak DBKL telahpun membina sejumlah 31,640 unit rumah kos rendah dan 2,590 unit rumah panjang. Keutamaan untuk membcli ataupun me­nyewa rumah-rumah tersebut diberi kepada mereka yang berpendapatan rendah.

RAKYAT TERMISKIN­PROGRAM KHUSUS

54. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Kewangan menyatakan berkaitan dengan Belanjawan Negara yang dibentangkan baru-baru ini:

(a) Sejauh manakah terjaminnya perlindungan rakyat termiskin yang disebut sebagai fakir dalam pembentangan Belan­jawan itu, maksudnya dari segi keperluan-keperluan asas hidup, sebab dalam tanggapan­tanggapan terhadap Belanjawan keghairahan nampaknya ter­tumpu kepada kepentingan pemodal-pemodal; dan

(b) Langkah-langkah yang di­lakukan kini adalah cukup baik untuk menggalakkan rakyat miskin menabung, misalnya dalam ASB sekiranya mereka akan dijadikan alat sahaja oleh golongan-golongan tertentu. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian

Kewangan untuk memastikan perkara-perkara yang di­sebutkan tadi tidak berlaku.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed):

(a) Adalah tidak benar bahawa Belanjawan Negara tertumpu kepada kepentingan pemodal­pemodal. Sebaliknya, langkah­langkah utama Belanjawan adalah untuk memperbaiki taraf hidup rakyat khususnya go­longan fakir dan miskin. Langkah-langkah yang diambil meliputi:

(i) Peruntukan berjumlah $128 juta di dalam Belanjawan 1992 kepada l:)eberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan bagi melaksanakan program­program khusus untuk golongan ini. Misalannya:

$52 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi melaksana­kan Program Bantuan Makanan Berzat;

- $25 juta bagi Program Pemulihan dan Pembi­naan Rumah keluarga­keluarga yang dhaif;

- $2.5 juta untuk me­nampung kos mengurus Projek Amanah lkhtiar iaitu Pemberian Pin­jaman Tanpa Faedah untuk memperbaiki taraf ekonomi golongan fakir;

- $2.5 juta peruntukan bagi projek-projek eko­nomi untuk meningkat­kan pendapatan di bawah Kementerian Pertanian seperti pe­meliharaan a yam

Page 49: Hari Rabu MALAYSIA

3967 18 DISEMBER 1991 3968

kampung, ladang jaya diri dan projek tanaman jangka pendek; dan

- berbagai-bagai program lain seperti makanan dan pemakanan bagi kanak-kanak yang ke­kurangan zat, bantuan kepada murid-murid sekolah dalam bentuk biasiswa, bantuan buku teks dan kemudahan asrama.

(ii) Pemberian subsidi yang besar yang diperuntukkan dalam Rancangan Pem­bangunan Negara. Misal­nya untuk subsidi baja padi sahaja diperuntukkan sebanyak $'70 juta di dalam Belanjawan negara daripada jumlah kese­luruhan sebanyak $39~ juta yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Keenam, dan

(iii) P r o g r a m - p r o g r a m infrastruktur luar bandar yang meliputi pembinaan jalan sebanyak $105 juta, bekalan letrik sebanyak $95.7 juta dan bekalan air sebanyak $93.5 juta.

(b) Pada umumnya tidak berlaku penyelewengan atas ke­mudahan-kemudahan yang di­sediakan, misalnya dalam pelaburan ASB. Bagaimanapun terpulanglah kepada golongan miskin itu sendiri untuk merebut peluang-peluang yang di­sediakan dan menghindarkan atau mengelakkan diri mereka dari diperalatkan oleh golongan lain. Sekiranya mereka memilih untuk diperalatkan, Kerajaan tidak harus dipersalahkan. Mereka seharusnya menyedari bahawa sekiranya mereka bekerjasama dengan orang­orang yang tidak bertanggung-

jawab yang cuba menggunakan nama-nama mereka untuk sesuatu kemudahan yang di­tetapkan, tindakan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka bahkan pada akhirnya ia merugikan mereka sendiri.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG ORGANISASI ANTARABANGSA

(KEISTIMEW AAN DAN KEKEBALAN) 1991

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketlga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (17hb Disember, 1991).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad me­nyambung ucapannya.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah habis? Sekarang saya jemput Yang Berhormat Puan Salbiah.

3.32 ptg.

Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bersama membincangkan Rang Undang-undang Organisasi Antara­bangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991.

Apa yang saya ketahui bahawasanya undang-undang ini adalah undang­undang baru. Pada masa-masa yang

Page 50: Hari Rabu MALAYSIA

------ --------

3969 18 DISEMBER 1991 3970

lepas kita tidak ada undang-undang yang sedemikian rupa berkaitan dengan perkara-perkara ini tetapi dengan kuasa-kuasa Ordinan Keistimewaan Diplomatik/K.onsular - yang itu sahaja. Tetapi bila kita hendak membuat undang-undang yang baru ini bunyinya begitu istimewa sekali. Saya ingin bertanya mengapakah begitu besar keistimewaannya kepada missi-missi yang akan datang ke negara kita untuk satu-satu konferen atau sebagainya. Itu satu soalan saya.

Soalan saya yang kedua, bagaimana pula kalau wakil-wakil daripada negara kita yang pergi ke luar negeri dengan urusan yang sama? Adakah juga kita begitu kebal dan istimewa layanannya bila pergi ke luar negeri di atas perkara-perkara tersebut? Kalau kita begitu memberi keluasan, kekebalan, keistimewaan kepada wakil-wakil yang datang ke negara kita ini tidakkah kita berasa curiga bahawasanya mereka akan mengambil kesempatan istimewa itu? Umpamanya mereka datang ke negara ini bersukan, dalam pada bersukan itu dia membuat sesuatu, membeli dan menguruskan satu urusan pembelian tanah yang berkaitan dengan sukan, umpamanya, hendak membeli satu kawasan tanah untuk mengadakan padang golf. Selepas beberapa tahun tidak jadi padang golf tetapi akan jadi kawasan perumahan. Tidakkah kita berasa curiga? Kita tidak boleh buat apa-apa kerana undang-undang kita begitu kebal dan istimewa yang tidak dapat ditembusi oleh peluru agaknya, sebab kebalnya.

Pada masa sekarang beberapa banyak negara yang suka datang ke Malaysia main golf. Tidak cukup padang golf, sedikit-sedikit sahaja hendak bina padang golf, walaupun negeri yang kurang tanah. Kita dapat tahu juga ada beberapa kawasan yang hendak dibeli untuk dibuat padang golf, terutama sekali negara jiran kita J epun, mereka yang rajin sekali datang ke tanahair kita untuk berbuat demikian.

Beli tanah untuk padang golf, dengan kekebalan dan keistimewaan sukan dan selepas itu nanti kita tidak ada kuasa di atas tanah itu. Itu soalan saya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ke­kebalan ini juga mereka mungkin dapat tinggal lama tetapi mereka buat perkara lain pula, mengadu-dumbakan rakyat di negara ini yang kita tidak dapat kesan melalui perkara-perkara yang lain. Tidakkah ini tergugat negara kita?

Selepas itu dengan kekebalan dan keistimewaan ini, kerana negara kita ini terlalu istimewa sebagaimana kata Yang Berhormat Tuan Azman Atar petang semalam, hendak makan apa pun ada, hendak tengok rupa yang cantik bagaimanapun ada - dikaitnya dengan saya. Saya tahu saya tidak cantik, ini sengaja perli sahaja dalam Dewan ini. (Ketawa) Hendak makan apa, semua ada. Hendak makan Tom Yam ada, hendak makan capati ada, hendak makan nasi lemak, samba! belacan yang paling enak pun ada. Hendak makan apa lagi? Berbagai­bagai rupa makanan pun ada. Berbagai­bagai rupa manusia daripada yang cantik kepada yang buruk, hitam manis, kulit langsat, sawo matang semua ada. Ini juga mungkin nanti menjadi satu masalah kepada negara kita.

· Saya terlihat petang semalam -kebetulan, Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke satu tempat, saya tengok orang ramai di tepi-tepi jalan. Apa sebab ini. Saya tengok satu orang sedang diusung dipegang tangan dan kaki, dukung dia keluar. Dia bawa keluar duit-duit dia semua, dia buang atas jalan. Saya kata pasal apa? Ini bukan lawak, Tuan Yang di-Pertua, hendak sebut pun tidak boleh. Dia tidak mahu balik ke negerinya, agaknya mungkin makanan dan keindahan-keindahan yang di­sebutkan sebagai keistimewaan tadi itulah menyebabkan dia tidak mahu balik ke negeri dia. Sampai orang usung bawa masuk ke dalam van untuk dihantar pergi ke airport. Macam itu

Page 51: Hari Rabu MALAYSIA

3971 18 DISEMBER 1991 3972

berlaku. Ini kita takut juga bila dah orang sampai macam itu ke negeri kita, bukan?

Selepas itu bila saya pergi ke tempat makan yang satu lagi ada juga pelancong daripada luar negeri. Umur dia lebih, saya rasa kalau tengok daripada luar, 70 tahun tidak kurang­lah. Bila kita bersembang dengan dia, dia kata bila dia datang ke Malaysia seolah-olah dia berumur 24 tahun. Kadang-kadang dia kata, dia rasa umur dia 21 tahun. Ini ajaib negara kita ini. Begitu istimewanya walaupun orang itu tidak ada kekebalan dan keistimewaan yang dia datang. Apatah lagi apabila kita telah beri keistimewaan dan kekebalan yang semacam ini, kita tidak tahulah macam mana nanti.

Jadi, baik kita fikirkan semula tetapi saya rasa boleh fikir dan bincanglah tetapi perkara ini tetap berlaku juga. Tetapi kalau boleh pindalah sedikit, jangan begitu kebal.

Tuan Yang di-Pertua, kebal ini macam-macam kebal. Ada setengah orang dia hendak menuntut kekebalan ini minyak yang sedang mendidihpun dia boleh mandikan ke tubuh dia kerana kekebalannya. Dan ada pula orang yang mencari untuk kekebalan ini dia kebas manusia. Dia mengambil kesempatan mencari, itu setengahnya jadi 'orang minyak' kerana hendak keballah ini. Jadi kalau Sudah sampai ke setakat itu, kita susah hendak beri dia kurang kebal pada masa-masa yang akan datang. Saya rasa kalau keistimewaan itu dapat kita bendung tetapi kalau sudah kebal sangat susah hendak dibendung.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak sebut berkenaan dengan mengadu-dumbakan tadi itu bila mereka lama di sini, dia boleh jarumi rakyat-rakyat ini dengan kata-kata atau menggula-gulakan rakyat dalam negara ini supaya boleh buat business dengan dia dengan cara macam ini - macam ini, maka rakyat kita pun kelam-kelibut untuk mendapatkan keistimewaan itu.

Jadi ini patut kita berhati-hatilah kerana kita baru hendak buat undang­undang ini. Oulu kita gunakan kuasa­kuasa lain, kita telah hidup dengan begitu aman dan sempurna beberapa puluh tahun tetapi mungkin dengan kekebalan dan keistimewaan ini pada masa akan datang mungkin menjadi kesusahan kepada negara kita.

Jadi, saya rasa memadailah setakat itu hujah-hujah saya dan juga menyokong Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keisti­mewaan dan Kekebalan) 1991 ini. Waiau macam manapun kekebalan itu tolong nipiskan sedikit, tidak begitu kebal. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jenera! (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth.

3.46 ptg.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991.

Saya percaya perkara ini telahpun dibincangkan dengan sedalam-dalam­nya oleh pihak yang berkenaan dan juga pihak yang berkuasa, bukan sahaja dalam negeri tetapi di luar negeri juga saya percaya ada hubungannya untuk menentukan apa yang dibentangkan di sini dapat juga reciprocation dari negara-negara lain. Oleh kerana itu, tidak dapatlah saya hendak memberi teguran atau kritik yang telah disiapkan di kertas kerja ini, saya hanya ingin menyokong sahaja.

Namun demikian, saya ingin meng­ambil kesempatan dan ada kaitan juga· terhadap apa yang telah dibentangkan ini, sekiranya berguna kepada pihak yang berkenaan, saya ingin tujukan kepada dua pihak. Yang pertamanya, pihak yang datang ke sini khususnya

Page 52: Hari Rabu MALAYSIA

3973 18 DISEMBER 1991 3974

diplomat yang masuk ke mari dengan menggunakan undang-undang yang kita akan luluskan ini. Yang keduanya kepada pihak kita, diplomat kita yang akan pergi ke negara-negara asing untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan mengikut aturan-aturan yang telah dibentangkan di dalam Akta ini.

Yang pertama, kepada mereka yang akan datang ke negara kita ini saya tahu perkara ini tentu sekali telahpun difikirkan. Walaupun demikian, saya ingat perlu pihak yang berkuasa Kerajaan kita menentukan mereka itu apabila ke sini, mereka itu seolah-olah macam kita pun tetamu (guest) kita. Tetamu kita harus kita layani dengan sebaik-baiknya mengikut peraturan dan adat resam kita. Dalam hal itu juga patut kita menentukan mereka itu diserapkan terhadap kedudukan kita, terhadap environment kita, terhadap adat resam kita, agama kita dan segalanya supaya dia tidak melanggar dan tidak memandang kecil kepada kita. Cara-cara manakah yang patut kita buat itu terserahlah kepada pihak yang berkuasa dan ini kalau diaturkan dengan sistematik iaitu kalau-kalaulah kita pergi ke negara orang, dan kita diterima sebagai tetamu, apa yang kita hendak. Kita hendak tahukan Kerajaan, kita hendak tahukan rakyat, kita hendak tahukan kedai, kita hendak tahukan segala-galanyalah. Jadi kalau perkara ini dapat ditentukan, dapat diaturkan sehingga mereka itu apabila berada di sini dari bulan demi bulan, tahun demi tahun sehingga mereka itu boleh dikatakan macam orang kita juga, seperti rakyat kita juga. Jadi apa juga niat mereka hendak membuat satu-satu perkara yang telah dibayangkan oleh saudara dan sahabat saya hari ini dan semalam mungkin tidak sampai hati, ataupun dia berjaga-jaga oleh kerana bukan sahaja ada undang-undang yang mereka itu s~mua memang pakar, mereka itu sebelum datang ke mari memang dipilih sehalus-halusnya dan juga menentukan kepandaiannya, kepintarannya dari segi percakapan,

dari segi adat-adat semua itu tentu sekali dipasakkan kepada pegawai­pegawai yang akan datang ke mari dan juga keluarga mereka.

Jadi, kalau kita ambil dari satu duta ke satu duta, lain dia punya bawaan. Kepada duta-duta be!>ar seperti Amerika, Russia, Jepun dan lain­lainnya, mereka itu memang dipilih dan ditapis betul-betul. Mereka itu telah dilatih dari segi percakapan kita dia mesti tahu, dan juga dia mesti tahu selok belok adat resam kita - semuanya itu dididik sebelum mereka datang ke mari. J adi, yang datang ini pakar sangat (expert). Kalau dia datang ke mari dia tahu - the do's and don't, dengan izin, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat, dan cara mana mereka itu akan menyungkil kita ataupun satu-satu sasaran yang ditugaskan kepada mereka, akan mereka dapat.

Inilah caranya yang mereka buat dan saya percaya dengan jalan itu mereka dapat kemahuan mereka seperti mana yang diarah oleh ketua mereka di negara mereka. Jadi, mereka ini, seperti yang saya kata, pandai dan pintar dan kita terpaksa menghadapi mereka itu dengan kepintaran mereka juga. Jangan kita diampu-ampukan, jangan kita dibohong-bohongkan dan dalam hat ini dapat dia mengambil sesuatu perkara atau buat sesuatu perkara yang tidak diingini dan perkara itulah yang dihantarnya balik, disuapnya balik ke negara mereka. Jadi, kalau tetamu kita itu dijaga dengan berpatutan mengikut undang-undang dengan mengenalkan selok-belok adat resam kita dan juga inspirasi kita, jadi mereka mesti memahami. Kalau mereka tidak faham inspirasi kita, mereka itu akan menghantar laporan-laporan yang tidak kita ingini dan ini akan merugikan kepada Kerajaan kita. Apabila kita bawa sesuatu perkara itu di United Nations, yang mana kita minta mereka itu membantu kita maka orang-orang inilah yang kita harus gunakan. Seperti

Page 53: Hari Rabu MALAYSIA

3975 18 DISEMBER 1991 3976

mana mereka datang ke sini hendak mengorek-ngorek, maka kita beri supaya yang dikorek itu meng­untungkan kita juga. Mereka itu tahu, tidak payah kita bohongkan mereka. Mereka itu faham betul dan pintar -kebanyakannyalah.

ltu memang tugas dia, kita tidak boleh salahkan. Maksud saya kita gunakan kepintaran mereka itu untuk kita, negara kita dan segala-galanya. Itu boleh kita buat dan saya percaya Kementerian Luar Negeri tentu faham dengan perkara ini. Kalaupun mereka tidak dapat buat sepertimana yang saya sebutkan tadi dengan hormat, mungkin disebaHkan kekurangan kakitangan, kekurangan masa dan sebagainya, namun demikian saya percaya perkara 101 haruslah Kementerian yang berkenaan menentukan supaya kita dapat gunakan mereka. The objective is, dengan izin, ialah supaya kita gunakan wakil-wakil dari luar negeri yang datang ke mari dengan menguntungkan kita. Kita hormat dia, kita tunjukkan dia kalau tidak tahu, kita jemput mereka datang ke rumah kalau boleh - tunjukkan ini gayanya kita duduk dan sebagainya, maknanya bukanlah kita duduk di atas pokok. Kalau kita biarkan mereka, mereka itu sudah salah sangka dan intrepetasinya ialah laporan balik mereka itu kepada negara mereka semuanya tidak menguntungkan kita.

Inilah yang penting dan yang saya ingin menyentuh mengenai perkara ini, oleh kerana saya juga ada pengalaman serba sedikit mengenai Diplomat­diplomat ini. Ada juga di antara Diplomat-diplomat itu yang mem­punyai tujuan, misalnya Diplomat daripada bahagian tentera, ada kiraannya - apa yang dia hendak tahu ialah tentang kekuatan kita dan segalanya. Begitu juga kita, Diplomat Tentera kita juga mesti tahu juga. Jadi, pendek kata boleh ditolak ansur tetapi yang penting sekali ialah kita mesti tahu apa intisarinya yang boleh dapat

berguna kepada kita. Itulah yang kita analisakan dan gunakan manfaatnya untuk negara kita.

Dalam pada itu saya juga ingin menyentuh dari segi aspirasi berkenaan kcdudukan politik negara kita, kedudukan sosio-ekonomi kita. Itu banyak bahagian-bahagiannya. Jadi, kalau kita tidak mahu ia salah wasangka, kita mesti tentukan, compartmentalisekan, dengan izin, supaya mereka itu dapat diterangkan, diindoktrinasikan, yang inilah cara­caranya, bukan sepertimana yang difikirkan di negeri mereka ataupun negara-negara yang tidak suka kepada kita meracuni kepada mereka itu. Inilah yang penting.

Berbalik semula kepada perkara di mana kita pula yang menghantarkan pegawai-pegawai kita ke negara luar sebagai Diplomat. Mereka itu mesti dilatihkan, dipilih dari orang-orang yang tertentu yang boleh menjalankan tanggungjawabnya. Bukannya sebarang orang yang boleh, sungguhpun ada kepandaian, mungkin tidak secucuk dengan tempat yang kita hantar itu. Maksud saya, kalau hendak hantar kepada negeri China, sebagai contoh, kita memilih orang kita, kita ada orang Cina, orang India, orang Pakistan ada dan semua bangsa ada. Kalau boleh, rakyat Malaysia yang pintar dalam bahasa Mandarin dan segalanya, personalitinya ada, kepandaiannya ada, dia sudah tahu benar cara-cara hidup kita dan segalanya - dilatihkan orang itu untuk kita hantar ke sana. Jadi, lekas dia secucuk dengan negeri itu dan lekas diterima. Apabila diterima, wakil kita itu senang berganding bahu dengan pihak-pihak yang lain di negeri itu dan jalankanlah pekerjaannya sepertimana yang dikehendaki dan dapat dilaporkan balik kepada kita.

Jadi, kita punya link, dengan izin, dengan negeri itu lekas di dapati. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghantar orang Melayu di sana.

Page 54: Hari Rabu MALAYSIA

--- ·--------------

3977 18 DISEMBER 1991 3978 -

Boleh! Kalau dia pandai cakap Mandarin, boleh hantar sana. Begitu juga kalau dia tahu cakap India, atau Pakistan. Kalau orang tidak tahu bahasa itu, susah sedikit. Sungguhpun bahasa Inggeris itu boleh juga dicommunicate, tetapi ada baiknya kalau dia ada kebolehan dalam bahasa negeri yang kita hantar itu. Ini umpamanya.

Selain daripada itu, pegawai­pegawai yang kita hantar itu, bukan sahaja pegawai itu tetapi juga keluarga mereka yang mengikut itu, kalau boleh mereka juga ditolong diedukasikan supaya erti bahasa dan adat resam negeri-negeri yang kita hendak hantarkan mereka itu supaya tidak kekok dan lekas disayangi dan diterima oleh negara yang kita hantar wakil ke negara itu. Juga, pegawai-pegawai kita dan keluarga mereka yang menjadi Diplomat ke sana segala gaji, elaun dan sebagainya, itu saya sedih, setakat yang saya ketahui, apabila saya ketemu kawan saya yang jadi ambassador di sana, counsellor di sana - gajinya, elaun sewa adalah tidak mencukupi. Mereka itu menjalankan tarafnya sebagai wakil kita. Mereka itu adalah wakil kita, wakil negara, wakil Yang di-Pertuan Agong. Jadi, mereka itu harus sangat diberikan secukup-cukup, kalau lebih pun tidak apa supaya mereka boleh menunjukkan bahawa "inilah orang kita", "mewakili kita" dan tidaklah naik bas, naik teksi dan segala-galanya dan dia boleh memberi entertainment kepada rakan-rakannya.

Dalam entertainment ini banyak perbelanjaannya dan banyak yang boleh ia bicara-bicara, dapat ia butir­butir yang diingini, yang tidak dapat kalau dia pergi ke Kementerian Luar Negeri atau Kementerian Pertahanan dalam cocktail. Dia tidak dapat. J adi, kalau hamba Allah ini gajinya sedikit, kalau orang jemput, takut dia hendak pergi - macam mana wakil kita segan hendak pergi kalau di jemput oleh Duta-Duta. Kalau negeri yang besar

hampir 100 lebih Duta menjemputnya. Jadi, kita punya Pak Duta ini berkata "kalau aku pergi di sini, macam mana hendak jemput dia, pergi sini, jemput dia, kalau pergi 100, aku buat hari jadi ataupun hari Kebesaran Malaysia terpaksa juga kita menjemput mereka. Jadi, dari mana datang per­belanjaannya, tidak cukup. Saya percaya ini memang tidak salah saya menyatakan, memang tidak cukup. Mungkin ada satu Embassy dapat lebih, tetapi kebanyakan Embassy kita itu teruk dia. Saya bukan menyalahkan pihak Yang Berhormat yang duduk di sini. Saya percaya kalau Yang Berhormat duduk di sini dia akan beri. Tetapi Kerajaan hadkan banyak itu sahaja. Why? Mengapa kita mesti hadkan itu?

Mereka ini ialah mewakili kita, wajib kita beri dia wang yang setimpal untuk menjalankan tugas yang sangat murni itu, menjualkan negeri kita, menjualkan kita punya aspirasi supaya mereka itu boleh memahami kita. Pendek kata jangan kita cendekel, tahan duit sedikit-sedikit kerana kita hendak suruh orang bekerja ini. Tak boleh, tak boleh sekali-kali satu-satu pegawai itu menjalankan pekerjaannya seperti mana dikehendaki kalau ini tak boleh, ini tak cukup dan sebagainya. Inilah penderitaan pegawai-pegawai kita yang saya percaya masih lagi ada berlaku, tidak semua tetapi ada juga sebahagiannya.

Saya merayulah kepada pihak yang berkuasa, kepada Kementerian Ke­wangan, dari segi wang ini jangan kita lokek-lokekkan, berikan kepadanya. Dia punya Duta itupun kita buatkan bentuk seperti mana kita hendak yang ada tanda-tanda kita punya negara ini. Dan juga segala perbelanjaannya, perbelanjaan anaknya, semua mestilah mencukupi, setimpal untuk mereka itu menjalankan tugas. "Hamba Allah" itu pergi ke sana selama tiga tahun, kemudian barangkali balik setahun, ataupun lima tahun di sana, selepas itu

Page 55: Hari Rabu MALAYSIA

. 3979 18 DISEMBER 1991 3980

pindah lagi. Ada yang separuh itu dia tidak ingat anaknya, daripada kecil dilahirkan, sampai besar dia melompat daripada satu negara ke satu negara itu. Begitulah teruknya pegawai-pegawai kita hendak menjalankan tugas yang baik itu, hendak mengharumkan negara kita. Setakat itu sahaja diberinya. Saya berasa kesal di atas perkara ini.

Saya haraplah pada budget-budget yang akan datang itu kita Duta-Duta kita yang di luar negeri itu dan juga pegawai-pegawainya cukup-lengkap­kanlah dari segi kepintarannya, kepandaiannya, dedikasinya itu dan apa juga yang dijalankan itu diadakan barang-barang itu untuk duta dan sebagainya. Kalau tidak, tidak puas, tidak dapat manfaatkan dengan seratus persen kepada kita. Juga kepada duta­duta kita yang di sana itu, janganlah ditumpukan apabila orang-orang besar, VIP sahaja datang yang dia datang ke airport. Ramai juga orang-orang kita sekarang pergi melawat negeri-negeri itu, mereka mesti menentukan kalau ada rakyat di sini pergi tak kira siapa, miskin ataupun kaya, besar ataupun kecil, mereka itu mesti ada wakilnya di situ, jumpa dia dan menentukan siapa dia dan di mana hendak pergi, berilah pertolongan dan segala-galanya.

Inilah yang saya harap kalau perkara ini dapat ditentukan, apa juga yang diminta dalam Akta ini, privilege yang kita beri kepada mereka yang datang ke mari, juga kita di sana akan diberi privilege juga. Kalau diberi privilege sampai seratus peratus, tetapi duta kita cuma dapat 50% atau 40% sahaja, kita yang rugi, pihak mereka tak rugi dan mereka yang datang kemari itu dia punya layanan, gaji dan segala-galanya itu semua itu tak boleh saya hendak ceritakan. Saya tahu satu-dua yang saya kenal, saya dapati dia betul-betul, dengan izin, take care pegawai­pegawai yang menjadi wakilnya di sini. Oleh kerana itulah, mereka itu boleh menjalankan kerja dengan lebih licin lagi.

Tuan Yang di-Pertua, rasa say a itulah sahaja yang saya ingin menyentuh di sini berkaitan dengan undang-undang ini. Saya tidak ada apa­apa hendak beri sebarang teguran ataupun kritik di atas Rang Undang­undang telah dikem ukakan ini. Saya sokong dan juga saya harap apa yang saya beri buah fikiran saya sendiri atas sedikit pengalaman saya itu berkenaan dengan diplomat yang datang kemari, begitu juga diplomat kita yang pergi ke sana itu, apa · yang boleh itu berilah pertolongan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Puan Ainon Ariffin.

4.04 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya yang lain untuk sama-sama membahaskan dan akhirnya me­nyokong kepada Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keisti­mewaan dan Kekebalan) 1991.

Tuan Yang di-Pertua, perkataan keistimewaan dan kekebalan me­nimbulkan berbagai-bagai provokasi. Saya juga ada merasakan sesuatu dengan perkataan yang begitu tinggi, begitu bermakna, begitu dalam dan begitu besar dari segi pelaksanaanya sama ada ianya merupakan sesuatu yang mendatangkan pulangan kepada kita atau sebaliknya, atau mungkin ianya boleh rnenjadikan satu boo­merang kepada kita yang mencipta undang-undang kalau banyak perkara yang diterakan di dalam Akta ini tidak dipraktikkan dengan sesungguhnya dan dengan bijaksana.

Tuan Yang di-Pertua, saya menye­butkan perkataan 'dengan bijaksana' kerana ianya merupakan Akta.Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh lebih lanjut mengapa saya berkata begitu daripada segi perkataan

Page 56: Hari Rabu MALAYSIA

3981 18 DISEMBER 1991 3982

walaupun saya menyokongnya ialah setelah saya meneliti daripada beberapa kejadian, dari beberapa tragedi, dari beberapa perkembangan sejarah yang berkaitan dengan undang-undang kita yang jadi boomerang kepada kita di negara kita ini.

Apabila kita menengok dari segi tafsiran di sini iaitu, Dndang-undang ini mengandungi 12 fasal. Fasal yang kedua mengenai taf sir an, selain dari­pada yang telah disebut melalui fasal 1, 2 dan 3. Daripada tafsiran ini, daripada mukasurat 3 iaitu perkara 1, perkara 2 kemudian 2 ini dipecah-pecahkan pula iaitu tafsiran kepada mereka yang berkaitan yang dikatakan organisasi antarabangsa di seberang laut ini dijelaskan. Yang lain-lain itu me­manglah kita rasa ianya berkaitan, berkenaan dan memang wajar iaitu seperti organisasi suruhanjaya, majlis atau badan dan juga yang mengenai diplomat-diplomat.

Ada di sini di para akhir, mukasurat 4 menyebut: laitu persatuan ertinya sesuatu persatuan atau sesuatu badan atau kumpulan lain orang sama ada diperbadankan atau tidak. Saya ingin bertanya sebelum meneruskan hujah. Apakah ini bermaksud atau adakah akta ini juga akan memberikan ke­istimewaan, kekebalan kepada non­governmental organisations (NGOs) daripada luar negeri, seberang laut yang membuat kegiatan sama ada berkonferensi atau mengadakan per­sidangan atau mengadakan apa-apa kegiatan yang berbentuk satu hala atau dua hala ke negara ini tertakluk.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya negara kita Malaysia ini sudah terkenal di negara-negara luar yang telah diperkenalkan - bukan semua negara kenal - tetapi negara-negara yang telah mengenali kita memang menyanjung tinggi kepada keistimewaan yang kita berikan kepada mereka sama ada organisasi-organisasi berbentuk GO ataupun NGO. Saya mempunyai

pengalaman yang banyak dari segi penganjuran, pelaksanaan dan terlibat di dalam organisasi NGO melalui PEMADAM kerana kita selalu menganjurkan dan menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan di peringkat antarabangsa yang kita memang sudah ada pertubuhan yang berbentuk gabungan, ahli bersekutu atau ahli bergabung dalam ringkasnya dipanggil International Federation of Non-governmental Organisation (IFNGO) yang berkaitan dengan dadah.

Mereka yang pernah datang ke Malaysia, wakil NGO - saya bercakap ini mengenai NGO - memuji-muji mengenai keistimewaan, layanan kekebalan yang mana tak ada undang­undang ini di masa itu lagi, yang kita berikan kepada mereka sebagai satu tradisi orang Malaysia yang memang syok, memang baik, memang lembut, memang suka membodek-bodek sedikit dan memang sangat-sangat mengambil berat. Kadang-kadang hormat terlalu berlebih-lebihan kepada tetamu-tetamu asing kita. Mereka mengatakan, dengan izin, so warm, so good, so nice, fantastic dan lain-lain. Tidak ada undang-undang ini - tidak ada undang­undang.

Dalam pada dia kata good dan segala-galanya yang berkaitan dengan good, dengan izin, maka berlaku juga beberapa perkara yang no good for us, dengan izin, tidak baik kepada Malaysia. Ada juga pernah kejadian dalam masa persidangan anti dadah itu dianjurkan berlaku beberapa selitan dari negara luar yang ingin membuat sesuatu kegiatan business melalui dadah di negara kita dan ianya berjaya, tanpa kita sedari dan mengembangkan sedikit sebanyak fahaman zionis, contoh, di dalam NGO, janganlah dikenang-kenang, kata orang Melaka, jangan dikata, jangan dikenang, kesemuanya memang istimewa dan senang-senang. CHOGM, Kumpulan 11, Kumpulan 7 macam-macam lagi conference yang kita adakan, yang kita

Page 57: Hari Rabu MALAYSIA

3983 18 DISEMBER 1991 3984

jadi tuan rumah. Kalau bandaraya berkembar, bandaraya seluruh dunia, entah apa lagi persatuan yang bagus­bagus. Pendek kata setiap tiga bulan, kita sentiasa jadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan yang or­ganisasinya GO, NGO dari luar negeri datang ke Malaysia. Sebelum ada undang-undang, mereka ditatang dengan 1sumewanya, kebal dan istimewa, dan mereka pulang dengan penuh rasa pujian, rasa senang sementara kapalterbang belum me­langkah garisan khatulistiwa ke negeri dia. Apabila sampai ke negeri dia, maka keluarlah cerita-cerita yang sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, kita dengar Australia menghentam kita, yang datang mula-mulanya menjadi tetamu kita. Kita dengar juga apa yang dibuat oleh persatuan-persatuan yang berkaitan dengan kelapa sawit di Amerika dengan kita. Kita juga mendengar beberapa perkara-perkara lain dari segi Majlis Peguam dan ahli­ahli persatuan yang datang ke Malaysia, yang digunakan oleh orang kita di sini pula untuk kepentingan politik, kepentingan lain-lain perkara termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan business yang telah menjadi boomerang kepada kita, begitu cantik, begitu baik kita layan, tetapi itu juga yang kita terima.

Tuan Yang di-Pertua, lapan tahun yang lalu Freemason, mungkin ada yang ingat. Ini juga merupakan satu organisasi, apakah dengan undang­undang yang sekarang kita telah bincangkan akan diluluskan kemudian undang-undang ini akan ada orang yang menggunakannya, mengirimkan­nya kepada orang-orang di seberang laut, sekarang boleh datang, pintu sudah terbuka, walau engkau culprit, di depannya cantik akan dilayan dengan baiknya. Saya sebenarnya lega sedikit, banyak saya hendak cakap.

Tan Sri Ghazali, negarawan negara kita, yang pernah menjadi hero menjaga tanahair kita dari segi keselamatan, telah mendedahkan beberapa perkara yang berkaitan dengan diplomatik ketenteraan. Jadi, kita tidak mahu nanti songkok terpersuk kerana lonjak kita, kocek koyak kerana lenggok kita, kita buat undang-undang, kita perbahaskan, kita putuskan, kita jalankan, satu ketika ia kembali membantai kita.

Tuan Yang di-Pertua, undang­undang yang kita buat, yang kita tegakkan, yang kita luluskan, telah banyak mendatangkan peristiwa sedih dengan cara boomerang kepada kita, BMF, pengharaman UMNO, mengenai peristiwa pemecatan Hakim dan lain­lain. Saya bercakap berkenaan undang­undang ini, kerana kita tidak bijaksana mengatur dan melaksana, tidak bijaksana, saya tidak menentang undang-undang ini tetapi memper­katakan perkara-perkara yang mungkin timbul kalau tidak bijaksana dan tidak hati-hati.

Tuan Yang di-Pertua, biarlah kita curiga dahulu, jangan kita nanti menderita kemudian. Saya tahu apa yang saya perkatakan ini mungkin hanya didengar di sini, dicatatkan di dalam laporan atau Hansard sahaja, tetapi biarlah ia merupakan satu tinta dalam sejarah, kalau sepuluh tahun akan datang, undang-undang ini didapati .memberikan perkara-perkara pulangan yang tidak sihat kepada negara, maka adalah catatan kami-kami yang bercakap, yang mengingatkan Kerajaan mengenai kelunakan, mengenai keistimewaan, mengenai kekebalan undang-undang yang kita putuskan ini, kalau tidak hati-hati mendatangkan mudarat kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, ada pepatah Melayu menyebut, "Lulus jarum lulus kelindan," ertinya melalui keisti­mewaan yang kita beri ini tidak pula mustahil puak-puak seberang laut itu,

Page 58: Hari Rabu MALAYSIA

3985 18 DISEMBER 1991 3986

yang memang ramainya culprit menggunakannya untuk kepentingan mereka.

Kalau Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian rasa kurang yakin, silalah flashback kepada kejadian yang sudah-sudah. Peristiwa 'buka pinto' di zaman Tun, di zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, apakah akibat kepada negara. Dan kemudian beberapa lagi perkara 'buka pinto' yang lain-lain juga menyebabkan 'sejarah dalam sejarah' menyebut peristiwa buka pintu di Melaka menyebabkan negara kita terjajah sampai 664 tahun. Ini dari segi sejarah perkembangan orang-orang di Malaysia, bukan orang Melayu sahaja malah warganegara Malaysia. Peristiwa buka pinto, masa itu tidak ada undang­undang, ini merupakan satu lagi buka pin tu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu persatu. Dari aspek NGO. }\atalah sebuah organisasi kebudayaan, maka datang ke Malaysia. Saya percaya ia tertakluk di bawah ini. Mereka juga kalau telah didaftar, ditentukan, didapati okay, elok semuanya, maka mereka juga boleh mendapat hak istimewa dalam ini -kebudayaan. Jangan lupa, negara China pernah menjadi punah-ranah kerana indoktrinasi yang dijalankan di dalam revolusi kebudayaan. Kalau di dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesenian, kita juga bimbang dengan pengaliran, dengan terbukanya pinto yang begitu luas, dilindungi begitu baik, kita bimbang, saduran-saduran yang telah ada, yang telah teruk akan bertam bah teruk.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut beberapa perkara dalam Fasal ini yang saya rasa ada kaitan dengan apa yang saya perkatakan. Maksud saya, tidak ada undang-undang inipun dahulu, kita telah jaga orang dengan baik, telah saya sebutkan tadi, jaga orang begitu baik pun orang tidak

balas kita baik, ada-ada dibalas baik, ada-ada tidak, di bawa peristiwa kita Persidangan Komanwel di sini, kita putuskan satu Kuala Lumpur Declaration. Selepas habis sahaja keputusan itu dibuat, elok semua, pergi Pulau Langkawi berkelah-kelah, sebelum pergi Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain telah membatalkan sokongannya kepada satu resolusi, ini satu contoh, kita layan baik, kita jaga baik tetapi itu balasannya. Bukan semua baik dibalas baik, ada juga baik dibalas dengan tidak baik termasuklah apa yang Tan Sri saya menyebut beberapa perkara tadi, dari segi keselamatan pula, ini dari segi diplomatik, kemudian dari segi sosial, dari segi ekonomi, dari segi pem bangunan negara dan dari segi kuasa politik orang-orang Malaysia.

Saya haraplah Menteri Luar Negeri kita yang memegang jawatan Menteri Luar yang ada, memang puji, okay, bagus, memang berjiwa rakyat, berjiwa Malaysia tetapi kalau Menteri Luar Negeri itu besok sebab ini ada kuasa Menteri ini, kita boleh lihat di sini, Fasal-fasal yang dihuraikan, yang berkaitan dengan kuasa Menteri.

Saya ingin membuat soalan kepada Timbalan Menteri, adinda saya, ini Kerajaan, saya tidak menyentuh beliau, beliau adalah dipertanggungjawabkan, kami sama-sama bertanggungjawab, iaitu mengenai Fasal 4. Fasal 4 undang­undang bertujuan membolehkan Men­teri memberi organisasi-organisasi antarabangsa yang dikategorikan di bawah Fasal 3 keistimewaan­keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang ditetapkan dalam Jadual-jadual yang berkenaan dan memberi orang­orang yang melaksanakan kewajipan­ke waj i pan di organisasi-organisasi sedemikian, orang-orang yang di­tauliahkan kepada atau yang meng­hadiri persidangan-persidangan antara­bangsa dan juga orang-orang yang berkhidmat dalam jawatankuasa­jawatankuasa atau mengambil bahagian

Page 59: Hari Rabu MALAYSIA

3987 18 DISEMBER 1991 3988

dalam kerja sesuatu organisasi antarabangsa, keistimewaan-keisti­mewaan dan kekebalan-kekebalan yang dinyatakan dala"? Jadual-jadual yang berkenaan. Bermakna Menteri boleh menentukan kategori-kategori ini. Kita yakin Menteri tidak membuat ke­putusan sendiri, akan meminta jasa baik dari semua pihak termasuk pasukan-pasukan keselamatan yang berbentuk intelligence kita kerana jangan sekali-kali kita tidak berwaspada, walaupun orang senyum manis dengan kita. Di sini nampaknya segala kebijaksanaan, segala keputusan yang membawa pulangan atau sebaliknya akan diputuskan oleh Menteri Luar Negeri.

Jadi soalan saya, adakah Menteri akan mewujudkan satu jawatankuasa khas atau satu kumpulan badan untuk menasihatkan beliau dan menentukan hak-haknya itu digunakan untuk mendatangkan pulangan yang baik kepada negara kita dan kepada imej kita serta keselamatan kita. Apakah segala keputusan yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri dirujuk atau tidak kepada Jemaah Menteri atau kepada badan-badan yang lebih tinggi yang boleh menapis dan menentukan perkara-perkara berkenaan.

Mengenai Fasal 5, Rang Undang­undang bertujuan membolehkan Menteri memberikan keistimewaan­keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang terhad jenisnya kepada orang­orang yang menghadiri persidangan­persidangan antarabangsa atau dalam misi-misi yang dihantar ke Malaysia. Ini satu ikatan yang baik. Menteri boleh menentukan orang-orang yang datang itu kategorinya; kategori terbaik, baik, kurang baik, culprit umpamanya ataupun yang musang berbulu ayam. Ini ada di sini. Cuma kita bimbang kalau-kalau tertinggal yang ini dalam pelaksanaan, dalam undang-undang memang ada.

Satu lagi yang saya ingin menyentuh ialah mengenai Fasal 8, Rang Undang­undang ini yang memberikan kuasa kepada Menteri lagi untuk menarik balik keistimewaan-keistimewaan dan keke~~lan-kekebalan orang yang me­wak1h sesuatu negara yang tidak memberikan layanan bersaling kepada pegawai-pegawai atau orang-orang yang mewakili Malaysia di persidangan-persidangan antarabangsa y~ng diada~an di negara itu. Saya mmta perhat1an pegawai-pegawai dan Timbalan Menteri. Sehingga hari ini ada atau tidak diplomat-diplomat atau wakil-wakil yang kita lantik secara sah, sama ada GO (Government) atau NGO (Non-Government) yang mendapat layanan yang tidak selaras. Kalau ada, negara-negara manakah yang telah berbuat demikian. Saya percaya mesti ada perkara ini berlaku, maka baru diperundangkan. Kalau tidak, mungkin ianya tidak begitu mustahak ianya dimasukkan di dalam undang-undang kita ini.

• . Menam bah kepada apa yang

d1perkatakan oleh Tan Sri Ghazali sesungguhnyalah ada diplomat~ diplomat kita sama ada ianya bertaraf Kuasa Usaha atau Consulate, ada juga yang bertaraf Duta di luar-luar negeri yang tidak mendapat layanan yang baik dari negara yang berkenaan, tidak mendapat kerjasama sepenuh-penuhnya seperti yang kita berikan kepada mereka. Contoh, satu dua negara yang pernah kita lawati, kita telah minta pihak-pihak kedutaan untuk mem­berikan sedikit pertolongan dan lain­lain. Mereka datang menunggu kita dan m~mberikan sokongan baik, daripada W1sma Putra sangat baik, mereka beri arahan, mereka beri taklimat melalui fax, telegram atau telefon, maka yang berkenaan dua orang menunggu. Tetapi kemudahan-kemudahan yang didapati oleh orang luar di negeri kita, kita tidak dapat. Kita sama seperti orang biasa yan~ dis?al dan ditapis keselamatannya berJam-Jam, diselidiki barang­barangnya sampai kepada pakaian sulit.

Page 60: Hari Rabu MALAYSIA

.,.

3989 18 DISEMBER 1991 3990

Pernah kami terkena, seorang polis wanita membawa kami masuk ke dalam satu bilik, lalu diraba segala-galanya dan diminta hendak menengok pakaian dalam, sedangkan wakil kedutaan menunggu di luar. Adakah kita buat begitu kepada pihak orang luar? Biarlah kita ini ada irihati sedikit, sebab kalau kita terlalnpau sangat terbuka, kadang-kadang benda yang terbuka, orang ambil kesempatan ....

Tuan Adam bin Kadir: Jadi yang dalam itu penting juga.

Puan Ainon binti Ariffin: Yang dalam itupun hendak ditengok, Tuan Yang di-Pertua, sehingga kita membuat bantahan. Kena kepada saya, saya buat bantahanlah. Saya minta, apa undang­undang negeri kamu yang boleh berhak menengok barang sulit saya?

Tuan Adam bin Kadir: Oh, ini hendak balaslah !

Puan Ainon binti Ariffin: Jadi, dari segi undang-undang inilah yang disebutkan oleh Menteri, ada hak berbuat begitu. Kita ada juga bercakap, tetapi kita tidak buat aduan rasmi. Tetapi kita bercakap dengan pegawai kita itu, dia kata, "Maaflah YB, kami tak ada kuasa apa-apa". Kemudian, mengenai kenderaan dan penyelarasan, semuanya tak ada, sebab kedutaan kita itu tak cukup peruntukan. Bukan salah pegawai-pegawai itu. Pegawai-pegawai itu baik, dia nampak kita dia sangat seronok dan hormat, tetapi dia tak ada daya-upaya. Ada yang baik itu, dengan kereta dialah dibawanya kita ke sana ke mari. Ini lawatan separuh rasmi, lawatan tak rasmi kita tak pernah susahkan kedutaan sebab kita tahu mereka tak cukup kakitangan, tak cukup kemudahan, macam kata Tan Sri itu betul. Anak saya pernah bekerja di kedutaan di luar negeri, sebab itu perkara ini saya tahu dengan jelas dan terang, bukan salah Menteri atau Timbalan Menteri, tetapi salah

peruntukan. Jadi inilah kewajipan kami untuk meminta kepada Kerajaan supaya sokong penuh saranan Tan Sri supaya ditambah peruntukan itu. Dalam kita hendak buka pinto, hendak beri istimewa, kebal kepada orang, kita kena kebalkan orang kita dahulu. Jangan orang lain kebal, disimbah hendak jadi orang minyak pun boleh, bak kata sahabat saya tadi, orang kita di sana merengkek, kurus kering, tak usah kata kebal, malahan mereka itu kesejukan dan mereka sentiasa sahaja diberi layanan tidak lebih daripada seorang warga asing yang berada di negara berkenaan, begitu sahaja keadaannya.

Tuan Yang di-Pertua, kadangkala ramai rakyat merungut dengan Kerajaan kita yang begitu liberal, yang begitu bertolak ansur, bertolak lebih, ansurnya kurang, tolak, tolak, beri kepada orang ....

Tuan Adam bin Kadir: Siapa yang tukang tolak dan siapa yang tukang ansur?

Puan Ainon binti Ariffin: Yang tukang tolak juga undang-undang, manakala yang tukang ansur juga undang-undang kerana saya sedang bercakap mengenai perkara undang­undang.

Tuan Adam bin Kadir: Ya.

Puan Ainon binti Ariffin: Jadi ini yang kita bimbang. Undang-undang yang kita buat menolak kita, kemudian memberikan ansuran kepada orang. Jadi, kita terlampau banyak memberi daripada menerima. Inilah komen­komen yang saya rasa sesuai kerana ada di sini yang masih boleh lagi, belum lambat lagi apa yang kami cakap ini. Apa yang kami cakap ini, pegawai­pegawai Kementerian Luar Negeri tolong catatkan, Timbalan Menteri saya, adik saya ini memang peka, saya tahu, terkedip-kedip matanya, dia masukkan dalam fikirannya itu. Kerana

Page 61: Hari Rabu MALAYSIA

3991 18 DISEMBER 1991 3992

perkara yang kami cakap ini masih boleh diambil ingatan, dipraktikkan kalau ianya berguna dan sesuai, di dalam Fasal yang saya sebutkan tadi, iaitu mengenai kuasa-kuasa Menteri, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6 dan Fasal 7, banyak kuasa-kuasa Menteri di situ.

Ada lagi satu kuasa Menteri yang kita ingin peringatkan, iaitu Fasal 8 yang dikatakan tadi boleh ditarik balik kalau orang tak layan kita. Kita beri mereka very warm welcoming, tetapi dia pula beri kita terlampau dry welcoming, dengan izin, kita boleh teliti dan tentukan, jadi tolong berani sedikit gunakan kuasa kita kerana dahulu kita sudah menarik orang, sudah mempopularkan negeri kita, tetapi janganlah kita terlalu menghambakan segala daya upaya kita kerana hendak menarik pelancongan, hendak mencari kepopularitian kepada negara dan untuk hendak mengenalkan negara di luar negeri. Kalau itu, hanya jadi seperti cerita Pak Kaduk, walaupun ianya menang di dalam perlagaan ayamnya, ayam yang bersabung menang, tetapi kampungnya tergadai.

Biar kita ikut taktik dan cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, berani memperkatakan sesuatu, berani berterus terang, berani mengkritik dan berani menegakkan hak walaupun Malaysia negara kecil. Ini menjadi satu penghormatan kepada negara-negara lain yang membangun hingga digelar beliau itu 'juara'. Kita harap Kementerian-kementerian, Menteri­menteri, orang-orang yang men­jalankan undang-undang apabila diluluskan nanti, contoh itu mesti dipatuhi. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Saya hendak cakap dari segi 'baik yang berpada-pada'. Janganlah bila orang datang nanti, dia buat salah di sini, kita pun sibuklah carikan lawyer hendak lepaskan dia itu supaya harumlah nama kita di luar, sedangkan ~atu aspek yang lain kita kuat, kita

tegas. Umpamanya masalah dadah, kita berani walaupun orang kata kita ini 'barbarian' tetapi kita berani mem­pertahankannya.

Jangan kerana diplomatik, kerana ada perhubungan dua hala, kita hendak sedikit business, kita hendak orang puji kita, hendak · pelancong datang ramai, hendak negara jadi tuan rumah tidak berhenti-henti, maka kita pula longgar­kan sedikit sana sini. Kemudian apabila sudah ada undang-undang dan lawyer akan hidup dan lawyer dalam negara kita ini, tidak dinafikan ada di antaranya yang "lawyer buruk" hendak memburuk-burukkan negara kita. Cuba lihat apa yang Bar Council buat, cuba teliti apa peristiwa terjadi sewaktu perkara yang berbangkit mengenai masalah kehakiman, cuba tengok apa yang berlaku juga kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan imej Kerajaan kita, dan beberapa kali kita pernah kalah dengan undang-undang yang kita buat sendiri. Allahu Akbar, macam mana ini, Tuan Yang di-Pertua? Tangan yang menyincang itu juga, pisau di tangan kita yang menyincang bahu kita balik, jadi macam mana ini? Senjata makan · tuan! Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini pernah memperkatakan "malanglah bagi kita sebab senjata makan tuan". Takut senjata ini esok nanti makan tuan.

Tuan Yang di-Pertua, yang itulah saya ulas banyak sedikit kerana belum lambat sebab ada kuasa Menteri, bila ada kuasa Menteri mana-mana yang terlajak sangat, terlampau kebal itu tarik sedikitlah bak kata Yang Ber­hormat sahabat saya Yang Berhormat Puan Salbiah Mohd. Akim. Puan Salbiah Mohd. Akim ini memang comel, betul kata Yang Berhormat Azman Atar, dia tidak perli. Memang orangnya camel.

Tuan Adam bin Kadir: Tidak boleh dinafikan lagi. (Ketawa)

Page 62: Hari Rabu MALAYSIA

c

3993 18 DISEMBER 1991 3994

Puan Ainon binti Ariffin: Tidak boleh dinafikan lagi. Jadi janganlah pula berasa hati, sahabat kita itu memuji kita mungkin dengan niat yang baik. Saya pun kalau dipuji begitu saya ucapkan terima kasih juga. Insya Allah. Tetapi saya tidak termasuk dalam comel sebab saya ini bersaiz besar. (Ketawa)

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, berbaliklah kita kepada Fasal 10, inilah banyak orang sudah sentuh, bukan saya hendak menduplikasikan apa yang sahabat-sahabat saya sudah perkatakan tetapi saya juga ingin mengambil peranan dan dicatatkan untuk menyebut Fasal ini.

Tuan Yang di-Pertua, dulu-dulu dalam zaman Empayar Melayu ataupun di zaman Abad yang ke-15, ada orang tua-tua kita mengatakan, "jangan jadi Belanda membeli tanah". Pada ketika itu orang Belanda membeli tanah di Melaka. Ini suatu sejarah juga. Dia hanya hendak tanah seluas kulit seekor kambing. Dia hanya minta dengan Tuanku, mempersembahkan mereka hendak tanah hanya seluas kulit seekor kambing yang telah dikeringkan. Maka adalah juga orang-orang per­antaraannya, yang sebenarnya kalau bahasa yang tidak eloknya, orang­orang tali barut yang memper­sembahkan kepada Tuanku. Tuanku pun fikir sedikit sangat, sekangkang kera, berilah, kerana kita baik. Bila diberi sahaja, Tuan Yang di-Pertua, maka mereka telah meletakkan tali-tali untuk meregang kulit yang berkenaan hingga luasnya hampir satu ekar. Apabila ditanya mengapa luas sangat, dia kata macam mana hendak perkembangkan kulit itu kalau tidak diregangkan dengan tali. Kalau dibuat begitu sahaja dia tak boleh kembang, kena diregangkan dengan tali. Kalau dekat, dia tidak; tegang, kena jauh.

Ini takut cerita ini esok berlaku bagi tanah, diberi tanah, tanah untuk barangkali mula-mula hendak buat

tapak diplomasi, kalau kedutaan kita tidak nafikan itu memanglah boleh, tetapi ini dah luas, bukan daripada segi diplomatik sahaja ini, diplomat­diplomat sahaja, bukan misi-misi organisasi yang lain, yang tidak diperbadankan pun boleh. Katalah sebuah persatuan, dapatlah dia contact orang-orang kanan Menteri, maka iapun diiktiraf sebagai organisasi seberang laut yang berbentuk persatuan dan tidak diperbadankan, datang ke sini hendak membuat kegiatan untuk kajian, umpamanya mengenai hal ehwal kebudayaan negara, buat satu bangunan atau beri tanah, dia buatlah apa yang dia hendak buat di situ dan entah macam mana pula di dalamnya berbagai-bagai berlaku kita tidak boleh tahu. Sebab saya ingatkan balik cerita "Freemason", ki ta tidak sedar benda itu sudah begitu luas, ada jalan bawah tanah, berbagai-bagai, kita tidak sedar, Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak tahu, dibincangkan, dihebohkan, tiba-tiba benda sudah melarat ibarat kanser sudah tidak boleh diubat, baru kita dapat dia punya ubat. Bertuahlah negara ki ta ini memang cergas dari segi ini, dapat jugalah kita menghapuskan kubu, fahaman belum tahu lagi. Seperti juga kita telah berjaya menghapuskan komunisme dan juga komunis militan, tetapi belum dikatakan bersih. Menghapuskan kubu-kubu, ism belum tahu. Ini takut ism ikut melalui jalan­jalan ini besok, Tuan Dato' Yang di­Pertua. Tuan Yang di-Pertua, insya Allah jadi Dato'.

Jadi, beberapa perkara yang saya sentuh ini adalah daripada seorang warganegara yang punya generasi, yang kasih dan cinta kepada negaranya, dan kasih kepada tujuh atau sepuluh keturunannya yang akan datang. Sebab apabila ianya diperundangkan sekurang-kurangnya lima tahun baru dipinda. Tengok ini, baru kita hendak buat undang-undang ini sedangkan kebaikan kita itu sudah sampai melimpah ruah, kitapun baru buat undang-undang. Pada fikiran saya,

Page 63: Hari Rabu MALAYSIA

399:5 18 DISEMBER 1991 3996

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada undang-undang inipun tidak ada masalah negara kita ini. Memang kita sudah buat segala-galanya, tetapi kalau diperundangkan baik jugalah, kerana yang saya "kata baik ialah mengenai kuasa-kuasa Menteri.

Yang ada yang lain-lain itu mengecutkan perut, Tuan Yang di­Pertua, kalau saya baca sebelah malam ia mengganggu tidur saya.

Tuan Adam bin Kadir: Tidur saja?

Puan Ainon binti Ariffin: Mengganggu tidur, memikirkan apakah baik buruknya, tetapi bila saya tengok ada clause mengenai kuasa Menteri, saya lega. Saya tahu Menteri-menteri saya bijaksana. Saya tahu Menteri­menteri saya peka dengan keadaan, perkembangan sejarah, keselamatan, perekonomian, pembangunan dan imej negaranya serta kepentingan rakyat jelatanya.

Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahajalah ulasan saya sebab banyak sudah yang diperkatakan oleh Tan Sri dan tidak patut saya mengulangnya perkara-perkara yang saya telah catatkan di sini. Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Organisasi Antara­bangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991.

Tuan Adam bin Kadir: Tuan Dahalan bin Haji Embun, dipersilakan.

4.36 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya meng­ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mem­bahaskan secara ringkas dan seterusnya menyokong di atas Rang Undang­undang ini. Rasa saya tidaklah banyak yang dapat saya menyentuh, tetapi ada satu dua perkara, yang mungkin

merupakan teknikal. Ada sedikit sebanyak keraguan tentang satu dua hal.

Yang pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai Tajuk. Memang ini telahpun disebut beberapa kali oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum·dari saya. Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991, dalam Bahasa Inggerisnya International Organisation (Privileges and Immunities) Bill 1991. Yang saya hendak tekankan di sini ialah mengenai kekebalan. Saya masuk ke library di bawah sana, saya check batik di dalam dictionary English­Malay makna "immunities". Di situ disebut bebas, lali, kebal, terkecuali, tetapi di sini dipilih perkataan "kebal" susahlah saya hendak bagi makna "kebal" secara tepat, tetapi dalam Dewan ini pun kita nampak dua tiga orang memang sudah kebal.(Ketawa) Kalau Yang Berhormat Mustafa bin Awang itu setakat tiga empat orang, tiga lawan satu, dia makanlah. Kalau Yang Berhormat Azman Atar daripada Batu itu memanglah tidak terhadlah kekebalannya. Jadi, contoh kekebalan ini memang kita tujukan kepada kekuatan, benda fizikal.

Jadi, di sini kita masukkan ini sebagai istilah undang-undang. Yang anehnya, ini merupakan satu corruption dari segi translation, saya rasa. Sedangkan di dalam sinipun banyak translation yang dibuat daripada unsur perkataan bahasa Inggeris. Tidak usah banyaklah, saya hendak ambil satu, dua, tiga. Muka pertama ini kita ada konvensyen, kita ada diplomatik, organisasi, akta, subseksyen, organ, ini semua sudah jadi Bahasa Malaysia. Fungsi-fungsi, geografi, misi-misi -Bahasa Malaysia juga .. - aktiviti, kes­kes, semua ini daripada unsur Bahasa Inggeris. Mengapa di sini pula kita gunakan bahasa kekebalan, guna perkataan kekebalan untuk hendak

Page 64: Hari Rabu MALAYSIA

..

3997 18 DISEMBER 1991 3998

memberi makna "immunities". Senang dengan ubah ejaan sahaja - imuniti.

Tuan Adam bin Kadir: Bagaimana kalau "kalis"?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: "Kalis?", "Kalis" mungkin ada di dalam istilah, tetapi untuk translation kepada perkataan untuk memberi makna yang tepat dalam undang­undang ini, tak usahlah kita dok alih­alih sangat fasal dalam undang-undang dahulu ada perkataan "Juvana" daripada perkataan "Juvenile" - tidak apa, ia ada juga di situ. Jadi maknanya tidak lari, ia tepat, tetapi hari ini memanglah tidak boleh saya cadangkan supaya dipinda-pinda atau dibuat apa­apa lagi, benda sudah jadi. Jadi saya hendak merungut kepada siapa, saya tidak tahulah, kepada Timbalan Menteri ataupun kepada Attorney General Department atau Dewan Bahasa atau siapa yang bertanggung­jawab, saya pun tidak tahu. Tetapi untuk masa-masa hadapan saya ingat eloklah jangan ada kejanggalan, ambil benda yang tepat. Kalau kita ambil begini sahaja, rasa saya susahlah untuk masa hadapan, untuk budak-budak kita pun susah hendak faham.

Kalau kita bawa balik bahasa ini ke kampung, "Keistimewaan dan Ke­kebalan", saya tak tahu apa tafsirannya yang dia hendak beri.

Tuan Adam bin Kadir: Bunyi macam kereta kebal.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Ya, kebal. J adi itulah satu yang ingin saya sebut di sini sebagai ingatan untuk Jabatan yang tertentu yang ber­tanggungjawab untuk tafsiran Rang Undang-undang ataupun Undang­undang kita yang akan datang.

Menyentuh mengenai Rang Undang­undang ini, tidak banyak juga dapat saya sebutkan oleh sebab banyak sudahpun disebut, tetapi saya dapati

dalam Fasal-fasal yang disebut ini memang kuasa yang terkandung di dalam Rang Undang-undang ini begitu luas sekali. Ini telahpun disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum kita dan telahpun jelas sebentar tadi Puan Ainon dan Puan Hajah Salbiah pun telah menyebut mengenai bidangkuasa-bidangkuasa yang tertentu di mana-mana tempat yang mungkin dapat diseleweng kecuali pihak Menteri begitu berhati­hati. Tetapi di sini kita dapati ada rasa saya macam discretion yang Menteri boleh gunakan oleh sebab ia sebut di situ; "The Minister may by regulations declare an organization. "Jadi bila sebut "may" itu, dia pun "may not"lah. Jadi kita harap perkara ini akan menjadi begitu. Jadi, atas lunas-lunas yang konkrit sahaja pihak Menteri akan membenarkan pembelian tanah ataupun penukaran syarat-syarat tanah ataupun kegunaan-kegunaan tanah yang dibeli oleh pihak organisasi ini.

Lagi satu yang saya ini masih was­w as lagi mungkiri Rang Undang­undang ini ataupun undang-undang ini merupakan sebagai backlaw, kita sudah buat perkara itu baru kita hendak buat undang-undang. Mungkin tanah-tanah itu kita pun telah jual kepada organisasi luar. Ini kita minta penjelasan - sebagai back law, perkara sudah dibuat baru kita hendak buat undang-undang. Jadi, kalau ini benar, saya tidak tahulah bagaimana undang-undang ini akan backdate supaya dia berkuatkuasa. ltu satu .

Yang satu lagi mengenai tanah ini pula. la berkaitan dengan National Land Code. Tanah adalah di bawah kuasa Negeri. Kita membuat undang­undang di peringkat Federal di sini, mungkin di peringkat-peringkat Negeri undang-undang mereka itu tidak dapat accommodate, ataupun belum lagi dipinda untuk hendak menyesuaikan dengan undang-undang yang kita pass pada hari ini. Jadi, ini saya rasa kalau kita hendak implement undang-undang

Page 65: Hari Rabu MALAYSIA

3999 18 DISEMBER 1991 4000

ini terpaksa kita cepat selaraskan dengan negeri-negeri yang belum lagi ada syarat untuk membenarkan apa yang kita sebut di dalam Rang Undang­undang ini.

Sepertimana yang disebut tadi, organisasi antarabangsa ini tidaklah begitu jelas, ia tidak begitu spesifik sungguhpun pihak Menteri telah menyebut ini untuk tujuan diplomatik, tetapi banyak lagi persatuan-persatuan lain yang kalau diikut dari bidang yang diberi di sini adalah luas. Kita boleh beri contoh macam Red Cross, Amnesty International, ASEAN, ataupun yang akan datang ini EAEC. Jadi, banyak yang merupakan organisasi yang mungkin ada sedikit sebanyak berbau politik, sosial, saintifik, educational dan sebagainya. Jadi, kalau yang sosial, saintifik, educational, diplomatic dan sebagainya yang mana dapat memberi faedah kepada rakyat, memang itu kita galakkan. Tetapi mungkin seperti yang disebut oleh Tan Sri tadi daripada segi security, ada yang menyusup, ada pun infiltrate melalui organisasi inter­national yang mempunyai tujuan lain, tetapi dibuat lain. Jadi, ini kita perlu berhati-hati.

Jadi, akhir sekali kita nampak pihak penyokong Kerajaan di sini begitu berminat, begitu mengambil berat untuk memberi teguran-teguran, untuk memberi cadangan-cadangan kepada Kerajaan di dalam perbahasan Rang Undang-undang ini, tetapi kita dapati di dalam Dewan di sini pun ada dua tiga orang Pembangkang yang tidak bersuara dan tidak memberi pendapat mengenai Rang Undang-undang ini. Saya tidak fahamlah sama ada mereka ini bersetuju oleh sebab mereka senyap - silence means consent. Jadi, adakah bermakna mereka ini bersama-sama kita. Semalam saya terciengar ada juga di pihak Pembangkang yang me­nyokong Kerajaan di dalam Rang Undang-undang ini. Jadi penyokongan ini kita tidak tahulah, dalam Dewan ini

menyokong oleh sebab ada faedahnya, tetapi bila ada pilihanraya pula dia pangkah orang lain. Jadi, ini satu masalah. Kita berharap pihak Pem­bangkang pun sedang menyokong Rang Undang-undang yang kita bawa ini yang memberi faedah untuk masa-masa hadapan itu kita mintalah supaya dibuat secara jujur.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Ya, Tuan C. Krishnan.

4.47 ptg.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Organisasi Antara­bangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991.

Seperti yang dihuraikan oleh rakan­rakan saya, Rang Undang-undang ini perlu pada masa sekarang. Kita harus adakan satu peraturan supaya Menteri Loar Negeri dapat mengawal organisasi antarabangsa ataupun missi-missi yang datang ke negara kita di mana sekiranya kita tidak menerima sam­butan atau layanan daripada negara­negara yang missi-missi dari Malaysia dihantar, kita harus adakan satu peraturan supaya kita boleh ambil tindakan-tindakan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa masalah yang dihadapi oleh Kementerian Loar Negeri mengenai triti-triti antarabangsa yang masih bel um di tandatangani. Say a difahamkan lebih kurang 100 triti antarabangsa masih belum ditanda­tangani kerana kita tidak ada satu bahagian di dalam Kementerian untuk menasihat tentang undang-undang.

Mungkin sekiranya tidak ada, Kementerian Luar Negeri harus adakan

Page 66: Hari Rabu MALAYSIA

..

4001 18 DISEMBER 1991 4002

satu Bahagian Penasihat Undang­undang kerana kebanyakan triti-tritinya adalah teknikal dan harus diadakan satu panel peguam supaya mereka boleh sentiasa menasihatkan Kementerian apabila kita. menandatangani triti-triti ini.

Saya difahamkan Kedutaan di New York apabila pegawai-pegawai yang bertugas di Bangsa-bangsa Bersatu menghadapi berbagai masalah dengan hal-hal triti yang harus diinter­pretasikan, menterjemahkan triti itu dan ingin dapat bantuan dari Ke­menterian, mereka sukar dapat bantuan itu kerana di Kementerian Luar Negeri tidak ada satu bahagian di mana Penasihat Undang-undang yang cekap boleh memberikan alasan-alasan yang diperlukan oleh Kedutaan ataupun Suruhanjaya Tinggi di luar negeri. Oleh sebab itu, saya menyeru Kementerian Luar Negeri sekiranya tidak ada, harus kita adakan satu bahagian untuk hal-hal yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa Kementerian Luar Negeri harus nampak kemajuan­kemajuan yang dicapai di rantau ini. Mungkin mereka sedar ataupun saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri supaya beritahu Dewan ini sejauh manakah kita telah mengambil kesempatan untuk melabur di negara­negara seperti Vietnam dan Kampuchea di mana saya difahamkan bahawa negeri Thailand telahpun mengambil kesempatan untuk melabur di dalam negeri-negeri tersebut. Sejauh manakah Kementerian Luar Negeri menasihati sektor swasta ataupun agensi-agensi Kerajaan yang sudah melabur . Janganlah kita ketinggalan, Kemen­terian Luar Negeri mengatakan mereka sudah melabur dahulu. Kita sudah tinggal. Jangan! Kalau boleh, apabila negara-negara di dalam ASEAN itu boleh mengambil kesempatan, kita pun harus mengambil kira tentang peluang­peluang yang baru bukan sahaja di

dalam negara-negara seperti Kampu­chea dan Vietnam.

Saya difahamkan Singapore Airlines telahpun ada satu pejabat dan Singapore Airlines akan terbang ke Phnom Penh directly, dengan izin, dari Singapura. Sekiranya benar, apa sebab MAS, national carrier kita, tidak boleh adakan satu penerbangan terus ke Phnom Penh. Mungkin pegawai­pegawai kita daripada Kementerian Luar Negeri ataupun Ahli-ahli Parlimen ataupun pihak-pihak yang ingin melawat harus kena pergi ke Singapura dan dari Singapura kita kena terbang ke Phnom Penh. Ini kita hilang matawang kita. Tak tahulah ini sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beritahu benarkah ataupun tidak? Saya difahamkan SIA sudahpun terbang. Kalau sudah, apa salah kita? Kita sudah hilang landing right di San Francisco tetapi negara jiran kita yang sangat kecil itu sudah dapat landing right di San Francisco. Kita cuma ada di New York. Apabila kita minta sekarang, dia kata: "Traffic banyak, macam teksilah. Tidak ada tempat. Ah! Tunggulah!" Oleh sebab itu, kalau boleh, Kementerian Luar Negeri sentiasa harus nasihatkan Kementerian Pengangkutan supaya mengambil kira tentang pembangunan-pembangunan yang pesat yang telah berlaku, khususnya di negara-negara seperti Vietnam dan Kampuchea.

Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan saya pun ielah timbulkan mengenai kedudukan pegawai-pegawai tinggi di dalam Kedutaan-kedutaan Luar Negeri. Saya tidak mahu sebutkan negara mana saya pergi, mungkin ini akan men­jejaskan kedudukan pegawai-pegawai di sana. Saya harap pegawai-pegawai diplomatik di Kementerian Luar Negeri harus diberikan kenaikan pangkat kepada mereka. Apabila mereka duduk di satu-satu kedutaan mereka boleh bandingkan dengan kedutaan lain.

Page 67: Hari Rabu MALAYSIA

4003 18 DISEMBER 1991 4004

Kaungelor di Kedutaan Singapura -Superscale C. Apa sebab Kaunselor di Kedutaan Malaysia - Senior Time­scale? Nama besar tetapi pangkat kurang. Kementerian Luar Negeri - 12 tahun masih di dalam jawatan itu, apabila saya berjumpa dan berbual dengan dia, beliau kata ini mungkin dalam Kementerian Luar Negeri ini "closed department". Siapa bersara, baru boleh naik. Ini saya tahu. Saya terimalah alasan ini. J angan tunggu orang bersara, baru hendak diberi kenaikan pangkat kepada pegawai­pegawai. Mereka bekerja bertungkus­lumus di dalam Kedutaan-kedutaan kita untuk mencerminkan satu imej kepada negara kita. Saya harap Kementerian Luar Negeri akan mengambil kira tentang kedudukan pangkat pegawai­pegawai kita di Kedutaan-kedutaan ataupun Suruhanjaya Tinggi di luar negeri. Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah bertugas sebagai pegawai Kerajaan dahulu, saya harap beliau akan berunding dengan pihak yang berkenaan supaya kedudukan pegawai-pegawai di Kedutaan Luar Negeri setanding dengan Kedutaan­kedutaan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan masalah-masalah komu­nikasi, mungkin di peringkat ASEAN ataupun peringkat Malaysia dan luar negeri. Kalau boleh, kita harus, khususnya ASEAN harus mencari satu jalan supaya kemajuan pembangunan ataupun segala isu-isu yang kita hadapi ini harus diterima oleh negara-negara Third World Countries, dengan izin. Kebanyakan negara-negara itu masih belum kenal, belum tahu tentang satu­satu isu itu. Apa masalah yang berlaku di Sarawak itu diheboh-hebohkan di Amerika Syarikat oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, tidak kena-mengena dengan kita, tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat kita. Ia heboh-hebohkan isu Penan.

Saya baru-baru 101 berada di New York, dua orang Penan-tidak tahu siapa bayar tambang mereka, mereka buat satu demonstrasi. Dua orang sahaja, tetapi di sekeliling mereka ada 'Mat Saleh' seramai 20 orang. Di dalam negara itu mereka tidak menerima penerangan yang tepatnya.

Tuan Adam bin Kadir: Orang Penan itu dia pakai macam mana di sana?

Tuan C. Krishnan: Dia pakai pakaian tradisi dialah.

Tuan Adam bin Kadir: Tidak sejuk?

Tuan C. Krishnan: Kasut tidak ada, baju pun tidak ada.

Tuan Adam bin Kadir: Di sana sejuk, kalau kita pergi musim sejuk ....

Tuan C. Krishnan: Itu dia tahulah. 'Mat Saleh' tahu macam mana hendak beri dia. (Ketawa) Dia pergi dengan kapalterbang, bukan dengan kapal layar.

Tuan Adam bin Kadir: Di sana sejuk, kalau dia tidak pakai baju, dia tidak boleh duduk.

Tuan C. Krishnan: Masa itu bukan musim sejuk, jadi tidak berapa sejuk.

Tuan Ada.m bin Kadir: Tidak berapa sejuk. (Ketawa)

Tuan C. Krishnan: Masa saya pergi tidak berapa sejuk - musim panas. Dia pun pandai, hendak buat demonstrasi pakai macam ini, siapa hendak nampak dia. Dia mahu pakai pakaian-pakaian tradisi baru dia boleh menarik perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, pada November 17, ada satu berita ataupun rancangan yang dikeluarkan oleh The

Page 68: Hari Rabu MALAYSIA

4005 18 DISEMBER 1991 4006

New York Times dengan satu caption -Quo.ta. Saya tidak tahulah sama ada Kementerian Loar sudah terima itu, mungkin daripada Kedutaan kita, di mana mereka mengeluarkan fitnah­fitnah mengenai Kerajaan kita me­ngenai apa sebab seorang Perdana Menteri yang sentiasa mengheboh­hebohkan mengenai hal-hal di luar negeri. Macam mana sistem kuota ini boleh diamalkan? Tetapi ceritanya palsu. Satu cerita di mana seorang wartawan daripada New York sampai di sini, dia buat liputan dan dia pun sudah interview dengan seorang Ahli Parlimen daripada negara kita, Ahli dari Barisan Nasional. Apabila seseorang baca mengenai itu, ke­mungkinan besar mereka akan men­dapat satu gambaran, yang kurang baik.

Oleh sebab itu kita harus meningkatkan komunikasi kita. Kita harus earl satu jalan di mana sebagai negara Malaysia, kita tidak boleh bersaing dengan gergasi-gergasi ma'ss media di negara-negara besar. Mungkin kita boleh kumpulkan dari segi ASEAN. Kita boleh bawakan satu komunikasi di mana tidak berat sebelah. Sebagai sebuah negara yang multi-racial, dengan izin, kita akan menghadapi beberapa masalah untuk mendirikan satu negara Malaysia. Kalau kita bandingkan kepada semua negeri-negeri di luar mahupun di negara India di mana beberapa kejadian berlaku, satu hari ratusan orang mati, satu loghat dengan satu loghat, tidak ada bersatu·padu. Apatah lagi ada bermacam-macam wama, wama hitam manis ada, warna kuning langsat ada, kita ada masalah. Masalah kita sentiasa dibincang dan dapat mengatasinya. Dia heboh·hebohkan isu ISA. Tetapi orang tahanan ISA pun boleh jadi Menteri Kewangan. Apatah lagi rakyat kita undi kepada Barisan Nasional. Mereka tahu apa maknanya ISA, tetapi diheboh­hebohkan oleh orang di luar yang ingin menjatuhkan negara kita. Kalau boleh lc.ita harus meningkatkan lagi ataupun earl .satu jalan supaya orang-orang luar

benar-benar boleh mendapat satu penerangan yang tepat mengenai negara kita.

Kita mengadakan rang undang­undang, kita membelanjakan banyak wang tetapi segala kebaikal'I kita tidak diterima oleh ·orang-orang luar itu, ini akan menjadi sia-sia sahajalah. Oleh sebab itu, kalau boleh kita -harus meningkatkan ....

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, penjelasan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat rakan saya tadi mengenai Ahli Parlimen yang telah cuba memburukkan keadaan negara kita, saya minta lebih elok kalau Yang Berhormat rakan saya itu sebutkan sama ada Ahli itu daripada Dewan Negara ataupun Dewan Raky'at ataupun dari parti MCA atau mana-mana yang telah memburukkan imej negara kita supaya kemungkinan kalau daripada Dewan ini kita boleh merujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib.

Tuan C. Krishnan: Bukan dari parti MCAlah.(Ketawa) Ahli Parlimen itu saya sendiri telah berjumpa dan saya telah berbincang dengan dia.

Tuan Adam bin Kadir: Maksud Tuan Krishnan, Ahli Parlimen itu bukan Ahli Dewan Negara?

Tuan C. Krishnan: Bukan Ahli Dewan Negara. Ini daripada Dewan Rakyat. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu sebab dia mengangguk­angguk kepala dia. (Ketawa)

Jadi, saya tidak mahu sebutkan namanya. Saya telah berjumpa dengan Ahli Parlimen itu, dia kata .apabila dia interview, saya beritahu macam ini. Tetapi apa yang•keluar pada November 17, dia tidak tahu. Kita harus berjaga­jaga bila bercakap dengan wartawan luar negeri khasnya daripada Amerika Syarikat. Dia banyak bully itu.

Page 69: Hari Rabu MALAYSIA

4007 18 DISEMBER 1991 4008

Tuan Adam bin Kadir: Dia banyak apa?

Tuan C. Krishnan: Bully, kalau badan besar macam saya. (Ketawa) Apabila Ahli Parlimen keluarkan satu­satu kenyataan, harus kena rujuk kepada parti dia. Saya tidak tahulah apa yang akan dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak mahu menyebut nama. Cuma penjelasan Ahli itu bukan daripada MCA, UMNO ataupun MIC. Terpulanglah kepada Timbalan Menteri untuk mendapatkan berita itu, New York Times keluaran special dengan caption - Quota.

Tuan Yang di-Pertua, ~aya timbul­kan perkara-perkara ini kerana Perdana Menteri kita telah dianggap sebagai seorang pemimpin yang sentiasa berani mengeluarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara kecil seperti negara-negara Pacific Islands dan juga seorang pemimpin di negara­negara ketiga. Ini satu kenyataan yang saya terima daripada seorang Presiden negara apabila saya hadir di General Assembly Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini. Presiden Mugabe daripada negara Zambia apabila beliau telah berucap, saya pun berbaris untuk berjabat tangan dengan dia. Mula-mula dia menganggap saya mungkin datang dari India atau dari Afrika. (Ketawa) Saya pun pergi dekat dia, dia tanya, "Where are you from?" "I am from Malaysia."

Saya telah lihat betapa gembiranya seorang Presiden di hadapan pegawai­pegawai dia mengatakan: "I am very proud of your Prime Minister. He is a man who can lead the Third World countries. He can speak for us without fear or favour", dengan izin. Ini menunjukkan negara kita setanding di luar negeri mahupun di peringkat antarabangsa, di negara-negara Asia ataupun Asia Pasifik. Oleh sebab itulah p~da masa ini kita kena mencari satu jalan untuk mengatasi masalah komunikasi yang kurang baik dengan

negara-negara maju dan negara-negara yang sedang maju. Oleh sebab itu Kementerian Luar Negeri kalau perlu peruntukan kita boleh beri banyak peruntukan, Menteri Kewangan kita sentiasa mengambil kira dengan tuntutan-tuntutan dari Kementerian Luar Negeri dengan syarat masalah­masalah komunikasi yang dihadapi oleh Kementerian Luar Negeri dapat diatasi.

Dengan kata-kata ini, Tuan Yang di­Pertua, 'saya menyokong penuh Rang Undang-undang Organisasi Antara­bangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991. Terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat hendak bercakap? Ya, silakan.

5.12 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991.

Saya sebenarnya tergalak oleh Yang Berhormat sebelum saya tadi untuk bangun, oleh kerana beliau menyentuh juga salah satu dari kaum saya, iaitu orang Penan yang telah dibawa ke New York untuk membuat demonstrasi di situ. Oleh kerana dalam ucapan saya ini, Tuan Yang di-Pertua,saya ingin menyentuh sedikit kecurigaan saya mengenai Rang Undang-undang ini, walaupun sebenarnya saya menyokong sepenuhnya tetapi saya ingin juga kemukakan perkara itu untuk diambil kira oleh pihak Kementerian ber­kenaan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kemen­terian Luar Negeri kerana telah dapat menyediakan satu cadangan Rang Undang-undang baru yang saya anggap penting sekali. Dengan wujudnya

Page 70: Hari Rabu MALAYSIA

4009 18 DISEMBER 1991 4010

cadangan Rang Undang-undang ini negara kita terutama sekali, me­n~atakan kenyakinannya sebagai sebuah negara yang, dengan izin, sovereign dan setaraf dengan negara­negara lain, baik di Barat, di rantau ini ataupun di Timur Tengah, dan juga membayangkan keyakinan, khususnya kepada keyakinan pemimpin-pemimpin politik kita, iaitu mereka yang ber­tanggungjawab secara langsung dalam hal-hal politik antarabangsa ini untuk menguruskan hal-hal berkaitan Rang Undang-undang ini akan memberi keistimewaan dan kekebal~n nanti sekiranya diluluskan.

Rang Undang-undang ini bagi saya menyatakan juga kita bersedia be­kerjasama dengan lebih kuat lagi dari apa yang telah kita lakukan sekarang iaitu kerjasama di antara negara-negara lain dengan kita.

Seperti yang kita sedia maklum negara kita kini sudah mempunyai kedudukan yang telahpun diiktirafkan oleh Uni.ted Nations Charter, dengan izin, dan kita pun kalau saya tidak salah telah menandatangani Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations 1946, dan Convention on the Privileges and Immunities of Space Life Agencies 194 7, dan seterusnya juga Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.

Dengan penglibatan kita yang telah ada itu, Tuan Yang di-Pertua, kita pun telah mencatatkan kedudukan kita iaitu negara kita Malaysia ini sebagai satu negara yang dihormati di kalangan negara-negara di dunia ini. Bagai­manapun, dengan adanya undang­undang yang memperuntukkan cara kerjasama kita yang lebih erat lagi itu, seperti yang kita baca dalam peruntukan-peruntukan mulai dari Fasal 4 hingga 12 dalam Rang Undang­undang ini dan juga dalam Jadual­jadual yang ada itu, saya rasa penglibatan kita dalam hal-hal antarabangsa adalah akan diper-

tingkatkan lagi. Maka dengan itu saya rasa imej kita sebagai sebuah negara yang sovereign akan juga diper­tingkatkan lagi. Maka itulah sebabnya saya nyatakan lebih awal tadi, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian berkenaan kerana telahpun memikirkan perkara ini dengan begitu mendalam dan cara-cara menguruskannya kemudian nanti.

Tuan Yang di-Pertua, awal-awal tadi juga saya katakan, saya ada sedikit curiga, ini adalah atas istilah yang digunakan seperti rakan-rakan saya yang telah sebut tadi, kalau saya lihat konsep kekebalan itu dari latarbelakang saya khususnya kaum yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan C. Krishnan tadi iaitu orang Penan yang kebal ini kita potongpun tidak Iuka, kita pukul pun tidak jatuh ....

Tuan Adam bin Kadir: Apa yang dipotong tidak Iuka?

Tuan Ding Seling: Kerana kulitnya itu kebal.

Tuan Adam bin Kadir: Oh!

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, parang ini tidak masuk. Jadi, cara untuk menghapuskan orang yang kebal itu hanyalah dengan sumpit sahaja, hanya kita menyumpit matanya sahaja. Jadi, adalah payah sekali untuk menghapuskan kekebalan seseorang itu. Dalam konsep itu, Tuan Yang di­Pertua,apabila saya membaca dan meneliti cadangan Rang Undang­undang ini semalam, saya tentu mempunyai kekhuatiran. Bagai­manapun seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Puan Ainon tadi, saya merasa penuh sukacita apabila melihat ada kuasa-kuasa tertentu yang diberi kepada Menteri-menteri yang ber­kenaan, jadi sayapun menyatakan bahawa saya memberi penuh kepercayaan kepada Menteri-menteri yang pada ketika dan sehingga sekarang ini dan saya yakin dengan

Page 71: Hari Rabu MALAYSIA

4011 18 DISEMBER 1991 4012

penuh kebijaksanaan akan mengurus­kan perkara itu kemudian nanti.

Bagaimanapun, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin juga nyatakan bahawa sekiranya kita memberi keistimewaan dan kekebalan kepada para diplomat-diplomat daripada luar negeri itu, saya harap bahawa Kementerian berkenaan akan memberi perhatian yang begitu teliti apabila membenarkan sesiapa yang datang. Saya sebut begini, Tuan Yang di­Pertua, kerana pernah dahulu berlaku ada orang dari luar negeri dari Eropah yang datang ke negeri Sarawak yang menyamar sebagai orang pelancong. Tetapi yang melancong ini telah menetap di tempat pendalaman dan tinggal bersama dengan kaum Penan beberapa tahun dan telah menanamkan ragi-raginya, entah apa lagi, kepada orang Penan itu sehingga orang Penan iaitu sebahagian dari kaum saya membentukkan satu pandangan dan fikiran sehingga mereka pun rela menentang rancangan-rancangan pem­bangunan dan proses-proses per­kembangan komersial di mana mereka berada.

Jadi, dalam kes begitu, Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita memberi keistimewaan dan kekebalan yang begitu penuh kepada orang luar negeri, saya menyeru kepada pihak Kementerian yang berkenaan supaya apabila mereka datang, kita akan memberi satu safety measure, dengan izin, supaya apabila mereka ini datang, ada had-had tertentu di mana dan kc mana mereka akan pergi. Saya harap had-had yang seperti itu tidaklah menjadi satu model kepada ahli-ahli politik Pembangkang untuk mengata­kan kita tidak mengamalkan demokrasi yang penuh ataupun tidak digunakan oleh pihak luar negeri yang tidak senang kepada kemajuan pencapaian kita dari segi politik dan juga dari segi ekonomi dan sosial supaya janganlah mereka gunakan had itu sebagai satu · bukti di mana kita akan menghadkan

kebebasan orang untuk orang ke mana­mana sahaja dalam negeri kita ini. Wujudnya Rang Undang-undang ini bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, membuktikan bukan sahaja kepada ahli-ahli politik Pembangkang dari negara kita ini, tetapi orang luar juga bahawa kita sedia bekerjasama dan sedia membukakan negara kita kepada mereka semua. Melainkan kita mem­punyai had sedikit bagi negara kita, orang-orang kita yang seperti kita sedia maklum bukanlah sama sophistication­nya, dengan izin, kerana kita di Kuala Lumpur misalnya kita mempunyai sophistication yang sama ataupun setaraf dengan mana-mana di dunia ini, baik di New York, London ataupun di mana-mana.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, kita juga mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu yang begitu simple, dengan izin, di mana mereka ini tinggal di tempat-tempat pendalaman. Bukan sahaja di tempat­tempat pendalaman, tetapi dengan cara yang begitu purba, misalnya tinggal dalam pondok-pondok, bukan sahaja tinggal di situ beberapa lama, tetapi mungkin sehingga dua tiga bulan mungkin dan berpindah-randah. Jadi, dengan adanya begitu, Tuan Yang di­Pertua, saya harap pihak Kementerian yang berkenaan berilah consideration, dengan izin, sedikit mengenai ke­bebasan mereka yang datang dari luar negeri untuk bergerak dalam negeri kita di Sarawak ini.

Seperti kita sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua, dahulu kita dalam koloni di mana pegawai-pegawai koloni itu sebelum mereka datang ke negara kita ini, mereka telah belajar dengan sepenuh-pcnuhnya, dengan sebaik-baiknya mengenai adat-resam kita, mengenai nilai-nilai kita, sistem nilai baik dari segi sosial, rohani dan sebagainya, dan dengan pengetahuan itu mereka datang dan mudah sahaja menyesuaikan diri mereka dalam masyarakat kita, baik di Semenanjung

Page 72: Hari Rabu MALAYSIA

4013 18 DISEMBER 1991 4014

ini dan juga di Sabah dan Sarawak. Dan dengan itu, kita telah memberi mereka kehormatan yang begitu tinggi, maka mudahlah bagi mereka untuk meng­ambil hati kita, dan dengan itu mereka juga mudah untuk melakukan apa-apa sahaja.

Maka dalam pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua, inilah sebabnya mereka mudah sahaja memerintah kita dahulu dalam beberapa abad. Oleh itu, kita pun terikut-ikut juga dan kalaulah mereka jujur dalam pemerintahan mereka untuk memerintah negeri ataupun kawasan kita pada masa itu dengan kebaikan kita, we thank God, dengan izin. Tetapi seperti kita sedia maklum, ada juga sebahagian daripada mereka ataupun beberapa aspek polisi mereka di mana mereka telah menyalahgunakan kebebasan ataupun kedudukan mereka yang mana kita telah memberi kedudukan mereka itu.

Walaupun misalan saya itu agak terkeluar sedikit daripada kekebalan ataupun keistimewaan yang akan kita beri kepada mereka dari luar negeri yang dibekalkan dalam Rang Undang­undang ini, Tuan Yang di-Pertua, ada kemungkinan perkara itu mungkin berlaku. Sekiranya mereka itu bebas ke mana-mana sahaja seperti juga saya sebut sekali lagi Yang Berhormat Puan Ainon mengatakan tadi, mereka datang mungkin bukan mewakili negara mereka, tetapi dalam persatuan­persatuan tertentu di mana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja. Jadi, butir-butir yang mereka dapat itu mungkin disalahgunakan apabila mereka kembali ke negara mereka nan ti.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin memohon Ke­menterian berkenaan fikirlah dari aspek ini juga kerana negara kita seperti yang saya sebut tadi bukan sama taraf kebijaksanaan ataupun sophistication­nya, tetapi kita mempunyai mereka yang mudah sahaja diperdayakan.

Sebagai mengakhiri perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta penjelasan daripada Timbalan Menteri yang berkenaan mengenai mukasurat 24 iaitu Jadual Keenam Seksyen 12 bahagian (d) -gantikan perkataan-perkataan "Land Code of the Federated Malay States or of any law relating to land corresponding thereto in force in any other State" dengan perkataan­perkataan "National Land Code".

Penjelasan yang saya minta ialah itu apakah ini hanya menyentuh tanah di negara kita ini yang dirangkumi di bawah National Land Code. Adakah ianya juga merangkumi menyentuh berkaitan dengan tanah-tanah seperti yang di bawah kepunyaan customary right seperti yang kita ada di Sarawak, saya kurang arif sama ada perkara itu masih wujud di Semenanjung ini.

Sebagai mengakhiri, Tuan Yang di­Pertua, sekali lagi saya beri sokongan penuh kepada cadangan Rang Undang­undang ini dan saya yakin kerjasama yang akan diberi oleh negara kita itu akan diuruskan dengan sebaik-baiknya oleh pihak Mente.ri ataupun Kemen­terian yang berkenaan dengan bijak­sana. Sekian, terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Tuan lsli bin Haji Siput.

5.30 ptg.

Tuan lsli bin Haji Siput: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Organisasi Antara­bangsa (Keistimewaan dan Kekebalan).

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Rang Undang-undang ini adalah satu Rang Undang-undang yang saya anggap canggih yang mana saya berpendapat keistimewaan dan ke­kebalan ini adalah Kerajaan telah membuka pintu yang begitu luas dahm

Page 73: Hari Rabu MALAYSIA

--~-------------

4015 18 DISEMBER 1991 4016

ertikata keistimewaan. Apakah setakat ini Duta-duta yang berada di Malaysia tidak mendapat layanan yang isti­mewa? Pada pandangan saya bahawa keistimewaan ini, kita juga· merasa bimbang di satu ketika nanti bahawa dengan adanya Rang undang-undang yang akan diluluskan ini, keistimewaan ini akan membawa padah pada negara kita kalaulah tersalah guna kerana motif-motif kedatangan Kedutaan dan rakan-rakannya mungkin ada sesuatu yang tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini tadi.

Ramai di antara mereka menaruh kebimbangan ke atas Rang Undang­undang ini. Apatah lagi salah seorang Yang Berhormat dari Sarawak tadi mengatakan bahawa pernah berlaku di Sarawak seorang yang mengatakan dirinya seorang pelancong tetapi lama tinggal di Sarawak dan telah dapat mempengaruhi orang-orang Sarawak iaitu yang terdiri daripada orang Penan.

Kita berharap dengan adanya Rang Undang-undang ini, perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Satu kajian hendaklah dibuat secara teliti ke atas kemasukan rakan-rakan Kedutaan­kedutaan ataupun orang-orang asing ke negara kita. Misalnya di Sarawak tetapi perkara yang amat penting juga ialah orang-orang asing yang datang ke Sabah yang mana mereka juga boleh menggunakan persatuan-persatuan negara-negara mereka untuk menye­ludup masuk ke negara kita melalui Sa bah.

Ini harus diambil · kira kerana kepentingan negara kita, keselamatan negara kita adalah satu perkara yang amat penting bagf kita menyelamatkan negara kita. Tambahan pula disusuli dengan kekebalan, bermakna Kerajaan kita telah melindungi keselamatan mereka. Manakala Kerajaan melin­dungi keselamatan mestilah ada garispanduan bagi orang-orang yang telahpun datang ke negara kita itu

sendiri. Kita tidak mahu hanyut di dalam air yang tenang. Kalau lautan bergelora maka nelayan-nelayan kita sentiasa berhati-hati untuk pergi ke laut tetapi kalau airnya tenang mungkin kita hanyut di air yang tenang. Inilah satu perkara yang harus diambil kira bagi melaksanakan dan menjalankan Rang Undang-undang ini.

Negara kita telahpun terkenal di luar negara. Kalau sekiranya Rang Undang­undang ini dapat memberikan matlamatnya ke negara luar dengan tujuan bahawa mereka hendaklah menyibarkan perkara-perkara yang baik di negara mereka, maka itu adalah sebagai satu matlamat Kerajaan, matlamat kita sendiri di dalam per­juangan dan sekiranya kehadiran mereka ke negara kita dengan membawa motif-motif yang ber­unsurkan politik, maka sudah tentulah dapat dipengaruhi melalui bermacam­macam dakyah dan juga isu-isu yang akan digunakan menyerap ke desa-desa terutama sekali di pesisir-pesisir pantai.

Kalau melalui saluran-saluran yang betul maka kita akan dapat mengawal tetapi macam mana kalau mereka menggunakan satu surat, sampai masanya mereka telah ditangkap ataupun diadukan kepada yang berkenaan. Sudah tentu mereka akan mengeluarkan satu surat kebenaran daripada negara mereka. Ini juga harus diam bilkira kerana say a percaya bahawa Menteri yang berkenaan akan dapat membuat tinjauan dan juga berwaspada ke atas Rang Undang­undang ini.

Kalau kita tinjau sekaligus, maka Rang Undang-undang 101 akan membawa kebaikan kepada negara kita tetapi isi kandungan di dalam Rang Undang-undang ini terdapat banyak keistimewaan-keistimewaan yang di­berikan kepada Kedutaan ataupun rakan-rakan mereka ke negara kita. Apakah pada hari ini keistimewaan-

Page 74: Hari Rabu MALAYSIA

4017 18 DISEMBER 1991 4018

keistimewaan yang diberikap kepada rakyat kita sudah kepuasan? Masih ramai lagi rakyat kita pada hari ini tidak merasa puas oleh kerana dengan ketiadaan kepuasan inilah me­nyebabkan ramai pembangkang­pembangkang yang cuba untuk membangkang Kerajaan dan saya mengharapkan supaya 101 tidak digunakan sebagai satu isu bagi parti­parti Pembangkang untuk menikam Kerajaan Barisan Nasional. Umpamanya, terdapat ramai lagi rakyat kita sendiri yang telah mempunyai l/C ataupun kad pengenalan merah sedangkan kita akan memberikan proses untuk memberikan keisti­mewaan dan kekebalan kepada bangsa­bangsa asing manakala mereka berada di negara kita.

Ini adalah satu tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan juga bahawa keistimewaan haruslah di­berikan kepada rakyat kita sendiri di samping Kita memberikan keisti­mewaan kepada Kedutaan dan rakan­rakan yang lain datang ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Rang Undang-undang int akan dijadikan sebagai satu langkah bagi Kerajaan berawas-awas manakala Rang Undang-undang ini kita luluskan sebentar lagi, kerana yang penting bagi kita ialah keselamatan negara kita melalui Rang Undang-undang yang telah digubal.

Rang Undang-undang ini juga memberikan kekebalan. Kekebalan ini mempunyai satu makna yang amat luas, manakala ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat tadi membahaskan soal kekebalan. Saya rasa saya tidak perlu untuk memberikan soal panjang berkenaan dengan kekebalan. Ahli Yang Berhormat dari Sarawak mengatakan tadi, "kekebalan" adalah daripada perkataan "kebal". Apakah kekebalan ini boleh menjamin kestabilan negara dan juga kestabilan politik kita? Kalau kita kebal di dalam

politik, kalau kita kebal daripada badan kita tidak Iuka dipotong, maka itu salah satu protection, dengan izin. Inilah satu perkara yang mempunyai makna yang amat luas.

Tuan Adam bin Kadir: Di Labuan perkataan "kebal" itu maknanya "kebal" juga?

Tuan lsli bin Haji Siput: Di Labuan saya rasa, yang kebal adalah, orangnya kebal, kulitnya kebal, mukanya pun kebal. Tetapi ada yang tidak kebal.

Tuan Adam bin Kadir: Apa yang tidak kebal itu?

Tuan lsli bin Haji Siput: Yang tidak kebal itu adalah yang licak.

Tuan Adam bin Kadir: Yang apa?

Tuan lsli bin Haji Siput: Yang licak.

Tuan Adam bin Kadir: Licak itu apa pula?

Tuan lsli bin Haji Siput: Licak itu yang lembut.(Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua, kita memang merasakan bahawa Rang Undang­undang ini telahpun diteliti begitu panjang lebar sebelum ianya digubal, dan mempunyai tujuan-tujuan yang tersirat dan juga tujuan-tujuan yang tersurat. Saya mengharapkan agar Rang Undang-undang ini akan dapat men­jadikan suatu cermin kepada negara luar yang mana Kerajaan Malaysia telahpun begitu baik sekali, begitu murah hatinya sekali, begitu senang sekali dengan kehadiran mereka ke negara kita dan memberikan per­lindungan keistimewaan dan juga kekebalan.

Bukan itu sahaja saya rasa tujuan yang tersirat, mungkin ada tujuan­tujuan yang lain untuk menggalakkan

Page 75: Hari Rabu MALAYSIA

4019 l& DISEMBER 1991 4020

lagi pelancong datang ke negara kita dengan adanya publisiti dan juga imformasi serta berita-berita yang akan dibawa oleh Kedutaan ini dalam erti kata yang lebih baik. Tetapi jangan pula disalah-ertikan bahawa satu isu yang digunakan yang akan menjadi satu masalah kepada negara kita itu sendiri. Kalau mereka membawa dan hanya bercerita soal kebaikan, soal kecantikan Malaysia, soal kecantikan kebudayaan, soal kebaikan dan juga tatasusila orang-orang Malaysia, maka itu adalah satu perkara yang positif. Kalau sekiranya disalah-ertikan, ataupun sengaja dibaut isu-isu yang memburukkan Malaysia, maka ianya haruslah ada satu kuasa yang telah diberikan kepada Menteri untuk bertindak dengan secepat yang mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, yang se­benarnya terdapat ramai bukan hanya di Semenanjung, tetapi juga di Sabah, di Sarawak, kebanyakannya terdiri daripada orang-orang asing yang berada. Maka inilah sebagai salah satu pintu, Rang Undang-undang ini juga akan memberikan ruangan dan juga akan memberi kesempatan bagi mereka menggunakan jambatan ini untuk kemudahan-kemudahan mereka.

Saya rasa memanglah menjadi tanggungjawab Kementerian yang berkenaan supaya berhati-hati di dalam melaksanakan Rang Undang-undang yang akan diluluskan. Waiau bagai­manapun, Tuan Yang di-Pertua, saya me.mberikan sokongan kepada Rang Undang-undang Organisasi Antara­bangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991. Sekian.

Tuan Adam bin Kadir: Datuk Haji Ahmad.

5.47 ptg.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengambil bahagian dalam

perbincangan mengenai Rang Undang­undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1991.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyentuh banyak, cuma mengenai berita dari media massa pada masa yang lalu, mengatakan bahawa ada Kedutaan kita di luar negara menyambut dan memuliakan Hari Kemerdekaan kita dengan mengadakan jamuan-jamuan yang memabukkan, sehingga "loktang" - tak sedar diri. Adakah itu juga termasuk dalam keistimewaan kepada Kedutaan itu? Saya ingin tahu daripada Kementerian yang berkenaan, adakah memang istimewa sehingga dia boleh meng­adakan jamuan sehingga mabuk? Jika tidak, apakah nasihat atau tindakan yang harus dibuat, ataupun taklimat daripada Duta-duta kita di luar negara supaya perbuatan itu jangan berulang kembali?

Kedua, kalau kita ke Juar negeri, sentiasa sahaja rakyat negara itu tidak memahami kedudukan atau per­kembangan negara kita. Kita melihat bahawa ini adalah kerana kelemahan di Kedutaan, terutama sekali semua alat­alat penerangan sangat kurang di Kedutaan kita di luar negeri. Kemudian pegawai-pegawai di Kedutaan kita itupun tidak dibekalkan sangat dengan apa juga perubahan yang berlaku di negara kita setiap hari. Jadi, kalau kita sampai hari ini di sesuatu negeri, cuma berita yang berlaku setahun yang lalu di negeri kita yang mereka tahu, perkembangan hari-hari tidak di­ketahui. Oleh sebab itu saya meminta supaya Kementerian yang berkenaan membekalkan berita setiap hari dan membesarkan Jabatan Penerangan di Kedutaan kita di luar negeri.

Yang ketiga, mengenai penuntut kita di luar negeri juga. Pada suatu masa saya pernah sampai ke sebuah negeri di Australia, saya tengok penuntut kita sedang berkempen seolah-olah pilihan­raya. Semuanya student kita itu yang

Page 76: Hari Rabu MALAYSIA

4021 18 DISEMBER 1991 4022

terdiri dari apa bangsa sekalipun yang ada di sana berkempen memburukkan negara kita, seolah-olah parti pem­bangkang berkempen hendak men­jatuhkan Kerajaan kita. Tetapi kita tidak ada lawan apa-apa pun. Kedutaan kita bagus, relax sahaja dan ketua yang menjaga student kita pun bawa serta dipangku anaknya, tengok sahaja. Dikumpulkan student-student kita, dia mengganyang kita. Barulah kita tahu selama dia duduk di sana, dibekalkan oleh puak pembangkang dengan segala anasir-anasir yang jahat yang mem­burukkan negara kita sedangkan ketua yang kita amanahkan untuk menjaga penuntut itu relax sahaja. Bila kita datang, kita tanya mana dia, barn dia datang sekejap, bawa anak satu dua orang macam hendak pergi berkelah, pangku anak dia - sedap sahaja. Jadi dia tidak berapa memahami keadaan negara kita. Orang-orang seperti itu pun patut diberi kursus atau diganti dengan orang lain.

Jadi ada juga kesilapan kita sedikit, sepatutnya kita menghantar rombongan ke luar negeri ini, kalau kita ada rombonganlah, rombongan ini hendak­lah terdiri dari pegawai-pegawai Kerajaan, kemudian ahli pplitik seorang ikut pegawai Kerajaan yang ramai itu. Ahli-ahli politik dari pihak Kerajaan kurang menyertai rombongan itu. Sepatutnya rombongan yang pergi itu jumpa dengan student dan rakyat Malaysia di negara itu supaya memberi taklimat atau berjumpa dan me- · nerangkan keadaan sebenarnya kemajuan di negara kita. Kadang­kadang orang yang diminta ke luar negeri itu sama ada orang politik atau pegawai Kerajaan takut sedikit hendak jumpa dengan penduduk di sana ataupun student kerana student ini akan menerangkan kesusahan. Jadi takut dengar kesusahan. Sepatutny a kita menerima penerangan daripada mereka dan kita boleh atasi segala kesusahan mereka itu.

Kemudian dalam menjaga kemu­dahan, keistimewaan, dikatakan di sini kekebalan. Orang-orang dari luar negeri yang duduk di neglJ_ra kita sama ada kedutaannya, pegawai kedutaannya ataupun warganegara luar yang datang ke . negara kita, kita terlampau memberikan keistimewaan. Saya pun tidak menghalangnya. Tetapi melihat dalam perkembangan negara kita hendak menggalakkan pelancongan, ada orang pakai singlet gantung, pakai seluar katuk, pakai topi mengkuang, capal atau selipar pun kita arak dan kompangkan dia, daripada dekat bus sampailah ke hotel. Kita beri minum, makan sehebat-hebatnya sehinggalah ke permaidani merah. Tidak apalah ini menunjukkan kita mempunyai ke­kayaan kononnya. Tetapi apabila kita pergi ke luar negeri, kadang-kadang kedutaan kita ini pun tidak hendak berhubung dengan kedutaan negara­negara lain supaya memberikan kita keistimewaan sedikit. Memang ada contohnya. Saya merasa dulu sewaktu mengiringi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, tiga negeri kita pergi tetapi yang sedihnya sampai hendak cari tempat makan pun cari sendiri. Kemudian bila kita hendak main golf pun ada taraf. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri kita tidak setaraf dengan padang golf yang begitu hebat, kita hendak bayar duit pun tidak boleh masuk. Jadi kita hendak cari padang golf yang lain hendak main, tidak ada kebolehan. Kita punya kedutaan pun diam sahaja. Tidak dapat main golf pun tidak apa.

Jadi, kelemahan-kelemahan kita di luar negeri ini menyebabkan kita merasakan terhina. Tetapi sambutan kita kepada semua orang luar ke negara kita sudah terlalu berlebih-lebihan. Jadi saya rasa kita kena mengubah sedikit cara berfikir, bagaimana kita mem­berikan layanan kepada orang luar begitu juga negara-negara asing patutlah memberikan layanan yang baik seperti layanan kita.

Page 77: Hari Rabu MALAYSIA

4023 18 DISEMBER 1991 4024

Dalam Malaysia ini sendiri saya merasakan layanan seluruh dunialah termasuk negeri-negeri dalam Malaysia ini. Kalau kita beri contoh seperti Jayanan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Sarawak, bila datang ke Negeri Sarawak sama ada bawa rombongan besar atau kecil pun diberikan keistimewaan seperti menyambut Duli­Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan. Jadi kalau dapat setiap negeri-negeri luar ini menyambut kita memberikan kemudahan kereta, makan minum, tempat tidur dan tunjukkan di mana patut kita berihat, cukuplah.

Jadi, saya rasa kedutaan kita di luar negeri patut kita tingkatkan dan segala perkara-perkara yang memalukan seperti yang saya kata tadi kalau yalah diberikan jamuan minuman mabuk, walaupun kata dalam Akta ini membolehkan dia menghidangkan minuman mabuk, sepatutnya tidak boleh dihidangkan kerana negara kita memang sudah terkenal sebagai negara yang mensucikan agama Islam yang maha tinggi. Jadi, saya harap supaya Kementerian yang berkenaan dapat melihat semula bahawa segala perkara­perkara yang tidak enak ini dapat diselesaikan supaya negara ki ta menjadi negara yang baik.

Jadi itulah sedikit ucapan saya pada petang ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Sila Timbalan Menteri berkenaan memberi jawapan.

5.57 ptg.

Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-pertua, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 10 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang yang tersebut.

Saya tidak dapat hendak menjawab satu-persatu perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sesungguhnya me­rangkumi begitu luas bidang dan perkara, saya cuba gulungkan ucapan saya dan saya harap ianya boleh memuaskan hati Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Saya ingin menyebutkan bahawasa­nya Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Senator Azman Atar yang pertama berucap semalam,. Yang Berhormat Senator Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad dan pada petang ini didahului oleh Yang Berhormat Puan Rajah Salbiah Mohd. Akim, Yang Berhormat Jenera! (B) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Dato' Mohd. Seth, Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin, Yang Berhormat Senator Dahalan Haji Embun, Yang Berhormat Senator Tuan C. Krishnan, Yang Berhormat Senator Ding Seling, Yang Berhormat Senator Isli Siput dan akhirnya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ahmad bin Abdullah. Semuanya telahpun memberi sokongan yang kuat kepada Kementerian Luar Negeri dan saya ucapkan berbanyak­banyak terima kasih dan semuanya nampaknya menyokong akan Rang Undang-undang ini walaupun mereka ada melahirkan beberapa perkara sebagai nasihat ataupun kecurigaan yang tertentu dan saya kira harus saya memberi penjelasan untuk meng­hapuskan segala kekuatiran ataupun kegelisahan yang mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat menaruh terhadap Rang· Undarrg-undang ini yang sebenarnya tidaklah mempunyai apa­apa masalah ataupun perkara-perkara yang boleh menggugat sangat keadaan dan prestasi serta imej negara kita.

Pertamanya saya ingin menjelaskan bahawasanya Rang Undang-undang ini ditumpukan khusus kepada agensi­agensi antarabangsa sahaja, bukannya umum diberikan kepada semua orang atau semua organisasi atau semua

..

Page 78: Hari Rabu MALAYSIA

4025 18 DISEMBER 1991 4026

badan tetapi khusus kepada agensi­agensi antarabangsa yang diiktiraf oleh negara dan Kerajaan kita. Dan kita ada perjanjian dengan mereka untuk kita memberi kemudahan-kemudahan yang tertentu kepada mereka.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Agensi-agensi ini boleh, sama ada bertaraf Kerajaan ataupun bukan Kerajaan, mengikut apa yang tertakluk di bawah Seksyen 3 di dalam Rang Undang-undang yang kita bincangkan pada petang ini. lanya selaras dengan amalan antarabangsa. Bermakna bukan kita sahaja yang membuat ini malah boleh dikatakan semua negara sudah membuat dan kita hanya mengekori apa yang dibuat oleh lain-lain negara untuk kita memastikan yang undang-undang kita ini terkawal. Semoga tidaklah wujud kelak kes-kes yang mana boleh diungkit oleh mana-mana peguam sebab tidak ada perlindungan daripada Rang Undang-undang yang kita hendak pinda buat kali ini.

Sudah tentu mana-mana agensi yang diberi keistimewaan-keistimewaan yang tertentu itu, kita rujuk kepada pihak Jemaah Menteri dan pihak Kementerian Luar dan Menteri Luar Negeri ada garis panduan dan perjanjian-perjanjian tertentu yang boleh kita buat untuk kita menentukan yang manakah badan, organisasi atau agensi-agensi yang perlu kita beri keistimewaan ataupun kekebalan yang tertentu. Bukan pula semua yang disenaraikan dalam Rang undang­undang itu diberi kepada mana-mana agensi ataupun pegawai-pegawai tertentu, tetapi kita beri mengikut kategori yang tertentu dan tidak menyeluruh. Maka kekhuatiran Yang Berhormat lahirkan tidaklah patut kita risaukan sangat oleh kerana banyak undang-undang ataupun budibicara

yang boleh kita buat untuk kita mengawal keadaan yang perlu bila ataupun manakala ianya berlaku dari masa ke semasa.

Untuk menyokong lagi tentang kenapa Akta ini perlu diadakan, saya ingin memberi sebab-sebab yang lebih kukuh lagi. Pertamanya, Malaysia adalah sebuah negara yang menjadi ahli kepada agensi-agensi antarabangsa seperti Pertubuhan · Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi antarabangsa yang lain. Kita telah menerima prinsip-prinsip yang ter­kandung dalam piagam bagi pembentukan sesuatu agensi antara­bangsa. Kebiasannya, piagam sesuatu agensi antarabangsa itu mengandungi peruntukan-peruntukan tertentu ber­hubung dengan hak-hak keistimewaan dan kekebalan yang perlu diberi oleh negara-negara ahli kepada kakitangan dan pekerja agensi-agensi tersebut.

Dalam konteks ini, tanpa ter­dapatnya sesuatu akta berhubung dengan hak-hak keistimewaan dan kekebalan ini, maka di bawah per­undangan Malaysia yang ada sekarang pemberian hak dan keistimewaan ini menjadi tidak sah dari segi undang­undang. Oleh itu, sekiranya timbul sesuatu kes yang melibatkan per­undangan, makamaka Kerajaan tidak boleh memberi hak-hak keistimewaan ini walaupun Malaysia menjadi anggota badan-badan yang berkenaan dan telah menandatangani piagam badan-badan tersebut. Oleh itu, adalah penting Akta ini diadak;.m dan tanpa Akta ini imej Kerajaan dan negara akan terjejas di kaca mata masyarakat antarabangsA sekiranya masalah ber­hubung dengan perkara ini berbangkit di satu masa nanti. Keduanya, sebagai sebuah negara yang membangun yang telah mencapai pembangunan sosial dan ekonomi yang tinggi, agensi-agensi di peringkat antarabangsa berminat untuk meminta Malaysia menjadi tuan rumah kepada projek-projek di bawah agensi-agensi tersebut. Sebagai contoh,

Page 79: Hari Rabu MALAYSIA

4027 18 DISEMBER 1991 4028

boat masa ini Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Asia Pacific Development Centre (APDC) dan beberapa agensi-agensi antarabangsa yang lain. Dengan menjadi tuan rumah kepada agensi-agensi ini negara mendapat faedah bukan sahaja dari segi peningkatan imej negaraJ tetapi juga dari segi peluang-peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan untuk rakyat Malaysia hasil daripada menjadi tuan rumah kepada agensi-agensi tersebut.

Di samping itu negara juga akan mendapat faedah secara langsung daripada aktiviti-aktiviti yang di­jalankan oleh agensi-agensi tersebut seperti aktiviti-aktiviti penyelidikan dan juga latihan yang dapat membantu memperkukuhkan lagi jentera pen­tadbir Kerajaan. Oleh itu, Akta ini adalah penting kerana ianya akan membolehkan negara memberi hak-hak keistimewaan dan kekebalan dari segi undang-undang kepada agensi-agensi ini selaras dengan persetujuan negara untuk menjadi tuan rumah bagi agensi­agensi tersebut.

Ketiganya, berhubung dengan agensi-agensi Bangsa-bangsa Bersatu, khususnya Malaysia telah mendapat faedah secara langsung daripada program-program yang telah dilak­sanakan di bawah agensi-agensi tersebut. Secara amnya Malaysia telah dan akan terus mendapat faedah daripada agensi-agensi, iaitu seperti berikut:

(i) UNDP (United Nations Deve­lopment ProgramJ1!e) - sebanyak US$7 .09 juta ataupun lebih $20 juta (ringgit Malaysia) untuk tempoh lima tahun akan datang akan dibelanjakan di Malaysia. Bantuan ini digunakan untuk membantu Kerajaan ,men­jalankan kajian-kajian kemung­kinan dan penyelidikan dalam bidang-bidang pembangunan tertentu;

(ii) UNFPA (United Nations Fund for Population Activities) -sebanyak US$1.5 juta ataupun $4.2 juta (ringgit Malaysia) dalam tempoh empat tahun akan datang untuk ditumpukan kepada kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan oleh Kerajaan ber­h u bung dengan aktiviti ke­pendudukan, pembangunan kekeluargaan dan kesihatan;

(iii) UNICEF (United Nations Children Fund) - sebanyak US$750 ribu ataupun $2 juta (ringgit Malaysia) untuk dua tahun akan datang untuk ditumpukan kepada program­program yang berkaitan dengan pembangunan kanak-kanak dan ibu dan nampaknya Malaysia juga menerima bantuan daripada agensi-agensi Bangsa-bangsa Bersatu yang lain seperti FAO, UNIDO, WHO, UNESCO, ESCAF dan sebagainya.

Akhirnya, pelaksanaan projek­projek bantuan teknik oleh agensi­agensi Bangsa-bangsa Bersatu ini melibatkan penggunaan pakar-pakar daripada agensi-agensi tersebut. Mengikut peraturan Bangsa-bangsa Bersatu, pakar-pakar ini perlu diberi hak-hak keistimewaan dan kekebalan. Daripada segi undang-undang ianya selaras dengan peruntukan Piagam Bangsa-bangsa Bersatu berhubung dengan perkara ini. Oleh yang demikian, Akta ini adalah penting untuk membolehkan Kerajaan memberi hak-hak keistimewaan dan kekebalan ini kepada pakar-pakar Bangsa-bangsa Bersatu.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menimbulkan tentang istilah 'kekebalan' yang agak meragukan daripada erti sebenarnya. Saya ingin menyatakan di sini bahawasanya perkataan 'kekebalan' it.u dipilih untuk mencerminkan bahawa

Page 80: Hari Rabu MALAYSIA

4029 18 DISEMBER 1991 4030

organisasi-organisasi antarabangsa dan orang-orang yang berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan tertentu dari segi undang-undang, lebih-lebih lagi tentang kekebalan daripada undang­undang tertentu. Dasar pembentukan istilah Dewan Bahasa dan Pustaka, padanan mencari daripada kalangan perkataan dalam bahasa Melayu dahulu. Kalau tidak ada bahasa Melayu yang boleh dipadankan dengan bahasa Inggeris, maka baharulah bahasa lnggeris itu dikekalkan.

Jadi, mengikut pentafsiran Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'kekebalan' itu tepat dan patut di­gunakan bagi mentranslatekan, dengan izin, perkataari 'immunity' itu dan ini telahpun diterima oleh pihak Kerajaan.

Beberapa orang Ahli Yang Ber­hormat juga telah menimbulkan tentang masalah. tanah yang dicurigai, mungkin diberi ataupun dibeli secara berleluasa oleh mereka yang ada keistimewaan dan sebagainya. Saya ingin menyatakan bahawasanya mengikut peruntukan dalam Fasal 10, ia adalah untuk membolehkan sesuatu organisasi antarabangsa memiliki tanah hanya bagi maksud-maksud rasmi organisasi itu sahaja iaitu untuk tapak pejabat atau kediaman pegawai-pegawainya sahaja dan bukan untuk tujuan lain.

Saya juga ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat bahawasanya per­untukan mengenai tanah sudah ada dalam Ordinan 1957 yang berkuatkuasa sekarang. Maka, kepada Yang Ber­hormat Senator Dahalan tidak perlulah kita hendak kebelakangkan penguat­kuasaan Rang Undang-undang ini.

Begitu juga berkenaan dengan tanah, Yang Berhormat Ding Seling tadi tentang perkataan 'Land Code' dan sebagainya, saya ingin menyatakan bahawasanya penggantian itu ber­maksud menggantikan, dengan izin, Land Code of the Federated Malay States yang sudahpun dimansuhkan dan

digantikan dengan National Land Code. Bagi undang-undang lain, perkataan, dengan izin, any law in force akan meliputinya.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita sedar beberapa keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada mereka yang tertentu, kita juga sambut baik pandangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Senator Azman Atar yang banyak men'ekankan tentang kita tidak mahu mereka yang diberi keistimewaan itu mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja yang boleh merosakkan imej negara kita ataupun men­campuraduk dengan keadaan dalaman, politik, kebudayan, agama dan sebagai­nya dalam negara ini. Pihak Ke­menterian Luar Negeri sentiasa peka dan sentiasa mengikuti sebarang tindak-tanduk, tingkah-laku yang di­laksanakan oleh mereka yang mendapat keistimewaan dan kekebalan yang tertentu dan kita akan pandang berat dan kita akan ambil tindakan tertentu sekiranya terdapat ada daripada mereka itu yang menyalahgunakan segala keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, pada umum­nya saya bangga dan berterima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap akta yang berkenaan. Dan kepada perkara-perkara dan cadangan­cadangan ataupun teguran yang telah disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Ber­hormat, yang tidak dapat saya jawab, mungkin insya Allah dalam per­bincangan, perbahasan berkenaan dengan perkara-perkara ini kelak boleh kita sentuh lebih lanjut lagi tentang tugas-tugas Kementerian Luar, tentang masalah-masalah pegawai-pegawai kita, masalah-masalah kempen mem­burukkan Malaysia, saya kira lebih baik, lebih tepat kita bincangkan apabila kita membincangkan dalam tajuk Perbekalan 1992. Maka dengan kata-kata itu, saya ucapkan terima

Page 81: Hari Rabu MALAYSIA

4031 18 DISEMBER 1991 4032

kasih dan sesungguhnya saya amat bersyukur di atas kerjasama dan sokongan yang telahpun Yang Ber­hormat tunjukkan kepada Kementerian Luar Negeri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatan­kuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

F asal 1 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Jadual diperintahkan jadi se­bahagian daripada Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG CUKAJ AKTIVITI PERNIAGAAN

LUAR PESISIR LABUAN (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.18 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-udang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 dibaca buat kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana mungkin ramai di antara Ahli Yang Berhormat yang belum pernah ke Labuan, saya ingin mengambil ke­sempatan ini untuk memberi sedikit latarbelakang dan penjelasan tentang Labuan dan tentang hasrat Kerajaan untuk mewujudkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa ataupun International Offshore Financial Centre, dengan izin. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Labuan adalah sebuah pulau yang terletak dekat dengan pantai Sabah iaitu kira­kira 8 kilometer daripada pantai negeri Sabah dan jaraknya dari Kota Kinabalu adalah kira-kira 123 kilometer.Labuan telah dijadikan Wilayah Persekutuan pada 16hb April, 1984. Pulau Labuan ini mengandungi Labuan sebagai pulau yang terbesar dan meliputi pulau-pulau lain termasuk Pulau Burung, Pulau Dahad, Pulau Kuraman, Pulau Papan, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil iaitu pulau-pulau dalam lingkungan 4.8 kilometer daripada Pulau Besar Labuan.

Keluasan Labuan ialah kira-kira 92 kilometer persegi dan penduduk pada ketika ini ialah kira-kira 40,000 orang. lanya terletak di tengah-tengah kawasan ASEAN. Kalau kita lihat dalam peta maka Labuan ini adalah di antara Bangkok, Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Singapura. Pulau Labuan merupakan sebuah kawasan di mana tiada cukai jualan dikenakan, tiada cukai tokok di­kenakan, tiada cukai eksais dikenakan, tiada cukai import dikenakan dan tiada c ukai eksport dikenakan. Wal au bagaimanapun, Kerajaan mengenakan cukai ke atas petroleum dan juga barang-barang keluaran petroleum.

Dalam usaha untuk membangunkan lagi Pulau Labuan ini, Kerajaan pada 6 November, 1989 telah membuat pengumuman untuk menjadikan

Page 82: Hari Rabu MALAYSIA

4033 18 DISEMBER 1991 4034

Wilayah Persekutuan Labuan ini sebagai sebuah pusat kewangan luar pesisir antarabangsa ataupun, dengan izin, International Offshore Financial Centre. Ada juga di beberapa tempat di negara-negara lain kawasan seperti ini dipanggil sebagai, dengan izin, tax haven. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, di antara tax havens lain di dunia yang ada pada hari ini termasuklah Bahamas, Cayman Islands, Bermuda, Isle of Man. Inilah di antara pusat-pusat kewangan luar pesisir antarabangsa yang terdapat di seluruh dunia pada hari ini. Jadi, tujuan kita membuat pengumuman untuk menjadikan Labuan ini sebagai dengan izin, IOFC ataupun International Offshore Financial Centre, dengan izin. ialah untuk memajukan lagi Labuan sepertimana beberapa negara dan kawasan atau pulau-pulau lain di dunia yang sudah maju dengan pesat apabila diberi taraf IOFC.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di antara ciri-ciri utama sesebuah pusat kewangan luar pesisir antarabangsa (IOFC) itu, ialah kawasan tersebut dikenakan kadar cukai yang rendah, malah kadang-kadang tidak dikenakan cukai langsung. Pada kebiasaannya kawasan IOFC itu meliputi satu kawasan ataupun negeri yang kecil sahaja. Dan di kawasan tersebut tidak dikenakan cukai pendapatan, tidak ada cukai ke­untungan, tidak ada cukai atas dividen ataupun juga cukai ke atas faedah­faedah yang diterima ataupun .jika pun dikenakan cukai maka kadar cukai yang dikenakan itu amat rendah sekali. Itulah ciri utama sesebuah International Offshore Financial Centre (IOFC), dengan izin.

Untuk menjadikan sesebuah kawasan itu sebuah IOFC yang berjaya maka biasanya memerlukan empat ciri utama. Yang pertamanya, perlu diadakan ataupun perlu ada kestabilan politik, kalau sesebuah kawasan itu tidak mempunyai kestabilan politik

maka mustahil kita boleh menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur dan beroperasi berniaga di kawasan yang tersebut. ltu ciri yang pertama.

Yang keduanya, sesebuah kawasan itu perlu mempunyai sistem kawalan tukaran wang asing yang minimum ataupun tidak ada langsung kawalan ke atas tukaran wang asing ataupun foreign exchange, itu ciri yang kedua, iaitu kawalan yang paling minimum dari segi tukaran wang asing.

Ciri yang ketiga, perlu diadakan aspek-aspek berkaitan dengan sistem bank di mana dipelihara secrecy, dengan izin, ataupun kerahsiaan akaun­akaun bank. yang perlu diadakan di mana-mana kawasan yang diisytihar­kan sebagai sebuah IOFC.

Dan yang keempat, yang paling penting juga ialah sesebuah kawasan itu perlu mempunyai sistem komuni­kasi dan infrastruktur yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, itulah empat ciri penting sebelum sesebuah kawasan itu boleh diisytiharkan sebagai sebuah kawasan IOFC untuk berjaya. Dan Kerajaan berpendapat bahawa Labuan mempunyai ciri-ciri, negara Malaysia kita mempunyai kestabilan politik, kita juga tidak mengenakan kawalan ke atas tukaran wang asing, kita juga mem­punyai sebuah sistem bank yang baik dan selain dari itu Labuan juga mempunyai infrastruktur yang baik. Dan di bawah Rancangan Malaysia Yang Keenam, Kerajaan akan mem­belanjakan wang yang banyak untuk memajukan lagi Pulau Labuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit latar belakang tentang Labuan, diharap penjelasan itu akan membolehkan kita mengetahui sedikit sebanyak tentang Labuan dan membolehkan kita meng­ambil bahagian dalam perbahasan nanti dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, pada lhb Oktober, 1990 beberapa perundangan

Page 83: Hari Rabu MALAYSIA

---- --------

4035 18 DISEMBER 1991 4036

asas telah dikuatkuasakan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan ini sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa ataupun, dengan izin, International Offshore Financial Centre atau secara ringkas­nya IOFC. Dalam usaha Kerajaan untuk memperkenalkan Labuan kepada pelabur-pelabur asing, beberapa siri seminar telah diadakan di dalam dan di luar negeri. Dan baru-baru ini seminar yang terakhir telah diadakan di Tokyo dan juga di Taipei.

Berdasarkan maklum balas dan pandangan-pandangan semasa seminar­seminar tersebut diadakan, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk meminda beberapa akta berkaitan dengan Labuan IOFC ini. Salah satu daripadanya ialah Akta Cukai Akvititi Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 atau, dengan izin, Labuan Offshore Business Activity Tax Act 1990 atau ringkasnya LOBAT .

• Tuan Yang di-Pertua, tujuan pindaan

ini antara lain ialah untuk menjadikan Akta tersebut lebih menarik dan lebih liberal sesuai dengan pandangan dan kehendak-kehendak pelabur asing. Untuk tujuan ini saya mohon men­cadangkan supaya Akta LOBAT ini dipinda bagi memperkenalkan satu seksyen baru dalam Akta tersebut iaitu Seksyen lOA.

Tuan Yang di-Pertua, Akta LOBAT ini mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 1990. Di bawah peruntukan LOBAT yang sedia ada syarikat-syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir mempunyai pilihan membayar cukai kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri, iaitu:

(i) sama ada membayar 3% dari­pada keuntungan bersihnya bagi setahun taksiran; atau

(ii) membayar $20,000 bagi satu­satu tahun taksiran itu.

Sementara syarikat-syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti

bukan perdagangan luar pes1S1r tidak dikenakan apa-apa cukai.

Seksyen lOA yang dicadangkan ini membolehkan syarikat-syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir di Labuan IOFC diberi pilihan tambahan iaitu syarikat-syarikat dibolehkan membayar $20,000 sebagai bayaran atau, dengan izin, fee kepada mana-mana pihak berkuasa tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini Pendaftar Syarikat dipilih sebagai pihak yang akan menerima bayaran fee tersebut, sebagai ganti kepada bayaran cukai yang dikenakan kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri, bermakna pada masa ini kalau mengikut · undang­undang ya·ng ada, syarikat diberi pilihan sama ada hendak membayar cukai 3% ataupun $20,000. Pilihan yang diberikan di bawah pindaan yang dicadangkan ini tidak perlu sesebuah syarikat itu membayar cukai, yang perlu hanyalah membayar $20,000 sebagai fee, dengan itu syarikat tersebut tidak perlu memfailkan penyata akaun syarikat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan berpendapat, pilihan tam bah an ini wajar diadakan kerana ianya bersifat basil bukan cukai ataupun, dengan izin, non tax revenue, jika syarikat-syarikat luar pesisir memilih membayar $20,000 itu kepada pihak berkuasa lain, Pendaftar Syarikat seperti diper­untukkan· di bawah pindaan yang dicadangkan ini, mereka tidak akan lagi dikenakan cukai di bawah LOBAT seperti dinyatakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak perundangan-perundangan asas me­ngenai Labuan IOFC dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1990, sebanyak 36 buah syarikat luar pesisir telahpun didaftar dan beroperasi di Labuan IOFC. Ini menunjukkan kejayaan besar telah dicapai oleh kita sejak Labuan diisytiharkan sebagai sebuah IOFC. ·

Page 84: Hari Rabu MALAYSIA

' ;

4037 18 DISEMBER 1991 4038

Pengenalan Seksyen lOA yang baru melalui pindaan ke atas LOBAT seperti yang dicadangkan itu tidak mengu­rangkan apa-apa basil kepada Kerajaan, sebaliknya pindaan ini akan men­jadikan sistem percukaian serta asas­asas perundangan bagi pembangunan Labuan sebagai sebuah IOFC lebih liberal dan menarik setanding dengan lain-lain IOFC yang telah saya nyatakan tadi, yang lebih maju dan terkenal tanpa menjejaskan sistem pengawalan dan pengawasan.

Tuan Yang di-Pertua, itulah secara ringkas penjelasan tentang cadangan untuk menambah satu seksyen baru, Seksyen lOA kepada Akta LOBA T yang dicadangkan dalam sidang Dewan Negara pada petang yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon mencadangkan.

Puan Hajah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.Yang Berhormat Tuan Isli bin Haji Siput.

6.29 ptg.

Tuan lsli bin Haji Siput: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kerana telah diberikan peluang untuk mem­bahas satu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh sam bung esok.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menangguhkan Mesyuarat ini sehingga hari esok mulai pada pukul 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.