Hari Sukan

6
Pada hari Isnin yang lepas,sekolah saya telah mengadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga. Kejohanan Sukan dan Olahraga tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon- belon yang berwarna-warni. Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang. Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari. Pada hari sukan, semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang. Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan. Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan. Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa. Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih. Pada hari Sabtu yang lepas , bersamaan dengan 12 Oktober 2010, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan buat kali yang ke-8. Acara ini dilakukan pada hujung minggu. Sebelum itu, pihak sekolah telah menyiapkan persediaan yang rapi bagi memastikan semua acara dapat

description

BM

Transcript of Hari Sukan

Pada hari Isnin yang lepas,sekolah saya telah mengadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga. Kejohanan Sukan dan Olahraga tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni. Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang. Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari. Pada hari sukan, semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang. Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan. Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan. Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa. Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

Pada hari Sabtu yang lepas , bersamaan dengan 12 Oktober 2010, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan buat kali yang ke-8. Acara ini dilakukan pada hujung minggu. Sebelum itu, pihak sekolah telah menyiapkan persediaan yang rapi bagi memastikan semua acara dapat berjalan dengan lancar. Bagi memastikan temasya sukan tahun tersebut berjalan dengan jayanya, persiapan awal telah dilaksanakan. Antaranya ialah membuat warm-up bagi memastikan semua peserta tidak akan mengalami sebarang kecederaan semasa acara berlangsung dan latihan perbarisan serta formasi buat kali yang terakhir.Seluruh kawasan padang telah dipenuhi dengan khemah-khemah tetamu serta khemah-khemah rumah sukan masing-masing yang terdiri daripada rumah syahbandar, laksamana, bendahara dan temenggung. Pada pukul 7.30 pagi, para tetamu yang dihadiri oleh ibubapa tiba. Mereka telah dipersilakan duduk di bawah khemah yang telah disediakan. Manakala para tetamu jemputan pula tiba tepat pada pukul 8 pagi. Dengan hadirnya para tetamu jemputan, semua murid diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing masing.Acara telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan acara lintas hormat rumah-rumah sukan dengan pakaian yang seragam. Semua peserta formasi kelihatan cukup bersemangat membuat persembahan di depan para tetamu jemputan. Para tetamu meberikan tepukan yang gemuruh pada setiap pasukan. Kemudian, tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya telah merasmikan temasya sukan bagi kali yang ke-8. Acara sukan bermula pada pukul 9.30 pagi. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah acara larian berganti, larian pecut serta tarik tali. Semua murid yang mengambil bahagian telah bertanding dengan penuh bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan yang tinggi.Ibu bapa yang hadir turut meberi semangat kepada anak-anak mereka. Mereka menjerit nama anak mereka bagi menandakan bahawa mereka juga telah member sokongan yang penuh kepada anak mereka. Murid-murid yang lain juga turut member sokongan kepada rumah-rumah sukan masing-masing. Suasana temasya sukan tersebut cukup meriah dan amat menyeronokkan. Pada waktu rehat, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian dari Kelab Kebudayaan sekolah serta pencak silat. Persembahan tersebut cukup terhibur dan telah menarik perhatian para tetamu yang ada.Setelah semua acara sudah berlangsung, kini tibalah dengan acara kemuncak bagi temasya sukan tahunan kali yang ke-8 iaitu penyampaian hadiah. Anugerah olahragawan telah disandang oleh saudara Iskandar b. Zulkarnain manakala anugerah olahragawati telah diungguli oleh Nur Alya Natasha. Majlis telah berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Semua para tetamu cukup berpuas hati dengan kelancaran sukan tahunan bagi kali yang ke-8. Saya berharap agar sukan tahunan ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun yang akan datang.

Kejohanan Olahraga SMK Seafield bermula pada pukul 7 pagi. Ramai peserta dan ibu bapa datang berduyun-duyun memenuhi Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya di USJ 5. Suasana bertambah meriah dengan kehadiran pelajar yang sibuk mengambil tempat yang strategik. Tetamu dan pegawai sukan juga kelihatan di ceruk padang. Masing-masing bertenaga dan ceria untukmenyambut hari yang gilang-gemilang ini. Perasaan kegembiraan jelas terpancar pada wajah semua hadirin. Tetamu kehormat majlis ini, yakni Yang Berbahagia Dato Abd Rahman bin Haji Ali selaku Yang di-Pertua PIBG tiba di kompleks sukan dengan iringan pengetua, penolong kanan, dan guru-guru kanan. Ketika itu, acara sukan 1500m dijalankan secara serentak.

Tepat pada jam 8 pagi, Kejohanan Olahraga bermula dengan barisan lintas hormat oleh semua Rumah Sukan dan Pasukan Badan Beruniform. Masing-masing mencuba sedaya upaya untuk bersaing mendapat johan dalam acara perbarisan. Terdapat juga pelajar yang mempamerkan kreativiti dalam mencipta kepala naga sebagai lambang warna yang simbolik. Kemudian, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dinyanyikan oleh semua dengan lantang sekali. Setelah bacaan doa, Pengetua SMK seafield, Pn. Hajah Zaleha bt Abu Hasan menyampaikan sepatah dua kata sebagai pembuka majlis ini. Beliau menyeru para pelajar supaya Majulah Sukan Untuk Sekolah demi merealisasikan hasrat murni kerajaan dalam melancarkan program 1 Murid 1 Sukan. Acara dilangsungkan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Dato Abd Rahman bin Haji Ali bagi merasmikan kejohanan olahraga tersebut. Beliau menegaskan perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, seantero hadirin melafazkan Ikrar Kejohanan di bawah pimpinan olahragawan dan olahragawati pada tahun 2010.

Kemuncak kejohanan olahraga ialah persembahan daripada para pelajar. Ahli-ahli taekwando mempersembahkan ragam yang beraneka dengan gaya sendiri mengikut rentak muzik. Seorang pelajar tingkatan 3 telah menendang sekeping papan tebal sehingga dibelah dua dengan mudah. Pasukan Cheerleading turut tidak ketinggalan semasa menghidangkan aksi yang menawan hati penonton. Asyik kedengaran tepukan yang gemuruh bergema mengisi atmosphera padang. Nyatalah persembahan yang memegunkan ini berjaya mencuit hati hadirin. Kira-kira 10 pagi, acara sukan yang terdiri daripada berbagai-bagai kategori diadakan, iaitu 100m, 200m, dan 400m serta acara jemputan 4X100m bagi lelaki dan perempuan. Para peserta kelihatan gigih menuju ke arah matlamat untuk merangkul pingat emas yang diidam-idamkan. Sebelum sesi rehat selama 45 minit, pertandingan senamrobik antara rumah sukan dijalankan. Jelaslah bahawa persaingan untuk menduduki tangga pertama adalah sengit kerana setiap rumah menunjukkan kelebihan diri yang unggul. Selepas itu, acara sukan disambung semula dengan 4X100m dan 4X400m bagi kategori lelaki dan perempuan.

Pada pukul 2 petang, Kejohanan Olahraga SMK Seafield Kali Ke-16 berakhir dengan majlis penyampaian hadiah. Para hadirin bersurai sebaik sahaja upacara penutup selesai. Meskipun letih dan panas dibakar matahari, namun masing-masing berpuas hati dan sukacita kerana menjayakan aktiviti tahunan ini dengan bermakna. Diharapkan kejohanan olahraga pada tahun hadapan akan dilaksanakan dengan lebih berjaya berkat kerjasama semua pihak. Sesungguhnya, aktiviti ini mempunyai tujuan serampang dua mata. Di samping diasah bakat dan potensi diri yang terpendam, para pelajar juga ditanamkan kesedaran tentang kepentingan melibatkan diri dalam sukan dan kegiatan kokurikulum bagi melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama menjelang tahun 2020.\

TEMASYA SUKAN Mandy Cheah Ka Tian(3 K)

Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan. Ramai murid dan ibu bapa hadir pada hari itu. Murid-murid memakai baju sukan berwarna mengikut rumah sukan masing-masing.

Temasya sukan sekolah saya bermula pada pukul 8.00 pagi. Acara pertama yang diadakan ialah perbarisan. Acara-acara lain yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh, tarik tali dan lain-lain.

Saya mewakili rumah hijau. Para penonton bersorak ketika acara-acara sukan berlangsung. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Tepat jam 2.00 petang, temasya sukan tahunan pun berakhir. Semua peserta kelihatan letih. Kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.

Pada 21 Jun 2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kim Sen telah mengadakan Sukan Tahunan ke-22. Sukan Tahunan tersebut bermula pada pukul tujuh pagi. Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari itu. Murid-murid yang mengambil bahagian memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan memberi sokongan bagi memeriahkan lagi temasya sukan ini. Acara dimulakan dengan perasmian yang dibuat oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau meminta semua murid memperjuangkan semangat kesukanan demi melancarkan perjalanan temasya sukan kali ini. Sebaik-baik sahaja sukan tahunan dirasmikan, acara larian 200m dan 100m dijalankan. Acara larian berganti-ganti menyusul selepas itu. Acara-acara seperti lompat pangar, melontar peluru dan sebagainya juga dipertandingkan. Acara sukaneka pula merangkumi penyertaan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa. Pada pukul 9.30 pula, acara-acara berhenti sebentar dan para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian, pancaragam sekolah, persembahan memalu gendang dan sebagainya. Acara-acara disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Pada pukul 12.00 tengah hari, acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak ialah acara penyampaian hadiah. Olahragawan dalam temasya sukan kali ini diberi kepada Tan Kok Jian manakala olahragawati jatuh kepada Siew Ling. Dengan itu juga, Rumah Kuning diumumkan sebagai pemenang bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan.