Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

15
Hari Raya Aidilfit ri

description

 

Transcript of Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Page 1: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Hari Raya

Aidilfitri

Page 2: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Hari Raya Aidilfitri

Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: الفطر Ayd al-Fiṭr' عيد

Juga dinamakan Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim

Jenis Perayaan agama

Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa

Tarikh 1 Syawal

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung

Amalan Solat

Berkaitan dengan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian

Page 3: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Niat Puasa

Sebelum perayaan Aidilfitiri umat islam akan menjalani ibadah puasa. Niat puasa ialah:

Page 4: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Niat berbuka

Doa berbuka puasa ialah:

Page 5: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Zakat Fitrah

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang

masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga

akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri

dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidil

Page 6: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan.

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih

bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat

solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh

rakaat.

Page 7: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Takbir

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir

bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga

malam.

Page 9: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan

mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.

Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama

beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan

berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan

kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Page 10: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Amalan lazim

ZiarahAntara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan

berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian

mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan

Page 11: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

BermaafanPada hari raya juga umat islam akan bermaaf-maafan dan melupakan

kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali

persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Page 12: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Amalan Memberi wang

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang

memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau

atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian

Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Page 13: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Mengadakan Rumah terbuka

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri

selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar

setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Page 14: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan

songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.

Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi

mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini

Page 15: Harirayaaidilfitri 111031060126-phpapp01

Tamat