Harta Aqar dan Harta Manqul

2
Harta alih dan Harta Tak alih (mal al-manqul wal mal al-aqar) Umumnya, harta alih ialah harta yang boleh diubah dari satu tempat ke satu tempat lain manakala harta tak ali ialah harta yang tidak boleh diubah kedudukan asalnya. Dalam Majalah al- Ahkam al-Adliyyah, harta alih adalah `sesuatu yang boleh dipindahkan dari sesuatu tempat seperti matawang, barang- barang, binatang dan benda yang bersukat atau bertimbang. Menurut pandangan ulama’ Hanafi, harta alih (al-manqul) ialah harta yang boleh berpindah atau diubah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal atau pun bertukar kerana perpindahan itu.Misalnya barang perniagaan, perabut hiasan, kenderaan, wang, barang-barang yang disukat atau dibungkus, binatang ternakan, buah-buahan dan lain-lain.Golongan ini menerangkan harta tak alih (al- aqar) ialah harta yang kekal di tempatnya yang tidak boleh dipindah atau diubah seperti rumah dan tanah.Oleh itu segala benda di atas tanah misalnya pokok, tanaman dan bangunan di atas tanah tersebut yang tidak boleh dipisahkan dari tanah dianggap sebagai harta tak alih. Manakala ulama’ Maliki pula berpendapat harta alih (al-manqul) adalah sesuatu yang boleh dialih dan dipindahkan dari satu empat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal seperti biasa contohnya seperti buku, kenderaan, pakaian dan sebagainya.Golongan ini seterusnya mengatakan harta tak alih ialah sesuatu yang tidak boleh dipindah atau diubah kedudukannya seperti tanah dan juga sesuatu yang boleh dipindah sekiranya berlaku perubahan bentuk ketika perpindahan itu seperti pokok dan bangunan. Pokok jika ditebang akan berubah menjadi kayu api manakala bangunan jika diruntuhkan akan menjadi hancur. Adakalanya berlaku pertukaran harta manqul menjadi aqar dan sebaliknya.Contohnya seperti pintu, kunci mangga pada pintu dan saluran elektrik atau air menjadi aqar kerana ia bersambung dan melekat kepada sesuatu benda aqar.

description

Pembahagian Harta Aqar dan Harta Manqul berdasarkan pandangan Ulama Mazhab Maliki dan Hanafi.

Transcript of Harta Aqar dan Harta Manqul

Harta alih dan Harta Tak alih (mal al-manqul wal mal al-aqar)Umumnya, harta alih ialah harta yang boleh diubah dari satu tempat ke satu tempat lain manakala harta tak ali ialah harta yang tidak boleh diubah kedudukan asalnya. Dalam Majalah al-Ahkam al-Adliyyah, harta alih adalah `sesuatu yang boleh dipindahkan dari sesuatu tempat seperti matawang, barang-barang, binatang dan benda yang bersukat atau bertimbang.Menurut pandangan ulama Hanafi, harta alih (al-manqul) ialah harta yang boleh berpindah atau diubah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal atau pun bertukar kerana perpindahan itu.Misalnya barang perniagaan, perabut hiasan, kenderaan, wang, barang-barang yang disukat atau dibungkus, binatang ternakan, buah-buahan dan lain-lain.Golongan ini menerangkan harta tak alih (al-aqar) ialah harta yang kekal di tempatnya yang tidak boleh dipindah atau diubah seperti rumah dan tanah.Oleh itu segala benda di atas tanah misalnya pokok, tanaman dan bangunan di atas tanah tersebut yang tidak boleh dipisahkan dari tanah dianggap sebagai harta tak alih.Manakala ulama Maliki pula berpendapat harta alih (al-manqul) adalah sesuatu yang boleh dialih dan dipindahkan dari satu empat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal seperti biasa contohnya seperti buku, kenderaan, pakaian dan sebagainya.Golongan ini seterusnya mengatakan harta tak alih ialah sesuatu yang tidak boleh dipindah atau diubah kedudukannya seperti tanah dan juga sesuatu yang boleh dipindah sekiranya berlaku perubahan bentuk ketika perpindahan itu seperti pokok dan bangunan. Pokok jika ditebang akan berubah menjadi kayu api manakala bangunan jika diruntuhkan akan menjadi hancur.Adakalanya berlaku pertukaran harta manqul menjadi aqar dan sebaliknya.Contohnya seperti pintu, kunci mangga pada pintu dan saluran elektrik atau air menjadi aqar kerana ia bersambung dan melekat kepada sesuatu benda aqar.Contoh benda aqar menjadi manqul ialah seperti batu-bata atau kayu-kayan dari runtuhan binaan, bahan-bahan galian, batu-batan dan tanah.Batu-batan, bahan galian dan tanah menjadi manqul sebaik sahaja ia terpisah dari bumi.Begitu juga dengan gambar lukisan dan kerusi yang diskrukan boleh menjadi manqul bila skrunya ditanggalkan dan dipindah ke tempat lain.Tujuan pembahagian kepada harta alih dan tak alih ini ialah untuk menentukan hokum berikut:i) Harta tak alih tertakluk kepada hokum syuf`ah sedangkan harta alih tidak tertakluk kepada syuf`ah ii) Seorang wasi misalnya wasi bagi kanak-kanak atau orang yang cacat fikiran, harus menjual harta alih kanak-kanak tersebut jika penjualan itu mengandungi masalah.Sebaliknya tidak harus menjual harta tak alih melainkan jika menjadi tuntutan syara seperti tanah itu terpaksa dijual kerana membayar hutang yang ditanggung oleh anak tersebut disebabka hutang yang ditinggalkan oleh ibubapanya dan tidak sempat dilangsaikaniii) Berhubung dengan harta yang terpaksa dijual untuk membayar hutang, penjualan harta alih hendaklah diutamakan.Harta tak alih hanya dilakukan sebagai langkah terakhir.