Hasil kajian 2

download Hasil kajian 2

of 1

Transcript of Hasil kajian 2

2.0 LATAR BELAKANG2.1 Sejarah kewujudanDisebabkan pada awalnya Pn Rohaidah mempunyai modal yang sedikit sahaja, beliau mula menjalankan perusahaan ini secara kecil-kecilan dengan hanya mengusahakan bahulu di rumah. Suaminya, En Khairul Shahriman banyak membantu dalam perusahaan ini. Perusahaan ini dijalankan kerana minat berniaga dan memasak. Perniagaan ini juga dapat menambah pendapatan dan menampung hidup keluarganya. Bahulu yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja dijual di pasar malam atau permintaan daripada penduduk kampung. Perusahaan itu telah sedikit sebanyak mengubah gaya hidup keluarga beliau. Sekitar tahun 2004, Pn Rohaidah telah menghasilkan pelbagai produk lain seperti kerepek pisang dan tempeyek. Penghasilan ini telah meningkatkan keuntungan perusahaan Pn Rohaidah. Meskipun begitu, bahulu masih menjadi tumpuan pelanggan. Perusahaan di rumah itu telah dijalankan selama 3 tahun bermula dari tahun 2003 hingga 2006. Dalam tempoh 3 tahun itu Pn Rohaidah mengumpul wang untuk membuka sebuah kedai bagi memudahkan perniagaan bahulunya. Pada akhir tahun 2006, sebuah kedai berjaya didirikan di Kg. Teras Jernang dan dinamakan Aidah Best sempena namanya sendiri.

2.2

Punca dan jumlah modal ( persendirian / perkongsian / bantuan /pinjaman )Pada awal pengeluaran bahulu, Pn Rohaidah telah menggunakan wang simpanannya sendiri di bank bagi memulakan perniagaannya. Sekitar tahun 2006, beliau berjaya mengumpul wang sebanyak RM 10 000 berkat kegigihan usahanya sendiri. Dengan hasil tersebut, Pn Rohaidah telah mendirikan sebuah kedai dan menggunakan hasil tersebut untuk membeli beberapa peralatan dapur yang baru seperti mesin pengadun dan oven. Selain itu, beliau juga mendapat bantuan dari TEKUN. Suaminya juga banyak menyumbang dalam perusahaan ini.

2.3

Tujuan / kepentingan produk