Hasil Kajian Kes

2
PENGETAHUAN BARU – HASIL KAJIAN KES Pada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu, perasaan bimbang timbul dalam kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini kerana autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi, pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung meningkat dari tahun ke tahun. Autism bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini. Autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Berdasarkan pemerhatian, soalselidik dan temubual yang dijalankan didapati bahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dan keberkesanan Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk subjek telah mencapai objektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru. Melalui laporan ini juga, maka dapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran seterusnya kepada subjek. Secara kesimpulannya, permasalahan autism ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Dengan ini pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Ini kerana, kanak-kanak autism memerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling dan intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak- anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.

description

Pengetahuan Baru

Transcript of Hasil Kajian Kes

PENGETAHUAN BARU HASIL KAJIAN KESPada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu, perasaan bimbang timbul dalam kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini kerana autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi, pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung meningkat dari tahun ke tahun.

Autism bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini. Autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.

Berdasarkan pemerhatian, soalselidik dan temubual yang dijalankan didapati bahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dan keberkesanan Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk subjek telah mencapai objektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru. Melalui laporan ini juga, maka dapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran seterusnya kepada subjek.

Secara kesimpulannya, permasalahan autism ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Dengan ini pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Ini kerana, kanak-kanak autism memerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling dan intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak-anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.

Kepada guru-guru tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dan direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak pengidap autism ini daripada berterusan dengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal dan membantu mereka dengan sewajarnya.